Followers

Friday, August 6, 2010

Jangan Kau Pergi 5

“Awak, errr....Awak tak keluar ke hari ni?” Hafiya bertanya perlahan. Dalam hati berdebar-debar rasanya. Hafiya tidak tahu mengapa perlu rasa berdebar-debar bila berbicara dengan lelaki ini? Sedangkan ketika dia masih menjadi isteri Arif, tidak sedikit pun rasa pelik itu muncul.

“Kenapa tanya?” Pertanyaannya dibalas dengan pertanyaan juga. ‘Ini yang malas nak bercakap dengan orang tua ni. Errr...berapa umur dia ye?’ Hafiya sempat mengutuk Elman. Dalam masa yang sama dia garu kepala. Elman memandang hairan ke wajah Hafiya yang tiba-tiba kelihatan bingung.

“Apa yang awak fikirkan tu? Sampai berkedut dahi tu?” Tegurnya selamba. Hafiya buat muka pelik.

“Takde apa-apa.” Jawabnya cepat dan terus berlalu. Hafiya berpaling bila mendengar suara Elman ketawa. Lama wajah tampan itu di renung. ‘Dia ketawakan aku ke?’ Soalnya pada diri sendiri. Wajah Elman yang masih tersenyum itu menarik minatnya untuk terus memerhati lelaki itu. Jari jemari lelaki itu begitu laju sekali menaip. ‘Apa dia buat tu? Barangkali chat dengan kawan-kawan dia,’ Hafiya berlalu ke dapur. Sudah genap 2 bulan mereka tinggal bersama. Setakat ini, masing-masing tidak mengendahkan status mereka.

Hafiya termenung. ‘Bagaimana dengan hubungan ini pulak. Adakah seperti hubungan aku dengan Abang Arif?’ Bisiknya perlahan. Hafiya terus termenung.

“Aku perlu buat sesuatu.” Bisiknya perlahan. Hafiya mengeluh lagi. Fikirannya berserabut.

***************************

Seperti biasa Hafiya bangun pagi menyediakan kuih muih yang hendak di hantar ke kedai. Dia melakukan tugasnya dengan tekun sekali tanpa menyedari dirinya diperhatikan. Elman geleng kepala melihat Hafiya leka melakukan kerjanya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

“Assalammualaikum.” Hafiya tersentak dan pantas menoleh ke belakang. Wajah lesu Elman menyapa matanya.

“Errr...awak dah bangun?” Elman angguk kepala dan duduk agak jauh di belakang Hafiya.

“Awak tak takut berjalan sorang diri setiap pagi ke kedai tu?” Hafiya angkat muka memandang wajah Elman dengan riak pelik.

“Kenapa pulak nak takut? ” Soalnya pula. Elman garu kepala yang tidak gatal.

“Yelah. awak tu perempuan. Tak takut ke, kalau ada orang berniat jahat kat awak,” Elman bersuara perlahan. Hafiya terdiam seketika.

“Memanglah kampung ni, kampung awak. Awak kenal mereka, tetapi, kita tak tahu kalau ada yang berniat jahat kat awak.” Elman menasihati isterinya. Hafiya terdiam. Tidak terlintas difikirannya perkara tersebut. Timbul rasa takut bila mengingatkan kata-kata Elman itu. Memang dia dikenali. Tetapi, kita tak tahu hati budi orang lain, bagaimana kalau ada yang berniat jahat terhadapnya? Sudahlah diawal pagi keadaan jalan yang dia selalu guna itu memang sunyi.

“Selama ni tak pernah pulak ada perkara buruk berlaku kat kampung ni. Awak jangan risau lah.” Hafiya berkata yakin.

“Saya tak nak awak pergi seorang diri hantar kuih tu. Biar saya je yang hantar kuih tu ke kedai.” Elman berkata tegas. Hafiya kerutkan dahi. Aih???? Baiknya hati? Sampai nak tolong hantar kuih ni pulak. Tak lama lagi, semua kerja aku dia nak sapu. Apa masalah dia ni?. Hafiya bertanya pada diri sendiri.

“Tapi....saya tak nak menyusahkan awak,” Hafiya berkata perlahan. Elman berdiri tegak. Walaupun dia lahir di dalam golongan keluarga senang, namun dia tidak sedikit pun memandang rendah pada orang lain. Jadi tugasan menghantar kuih muih ke kedai, bukanlah susah sangat.

“Kenapa awak ni asyik nak membantah kata-kata saya?” Elman angkat kening menunggu Hafiya menjawab pertanyaannya. Hafiya garu kepala.

“Errr...Bukan nak melawan. Saya masih mampu buat semua kerja tu,” Elman menghampiri Hafiya yang sedang mengemas bakul berisi kontena kuih. Dengan selamba dia membawa bakul tersebut ke pintu.

“Err...Awak...tunggu dulu. Awak tahu kat mana saya hantar kuih tu?” Hafiya bertanya pelik sambil berdiri di hadapan pintu menghalang perjalanan Elman. Elman menatap wajah Hafiya yang sudah kemerahan menahan malu. Dalam hati Elman tergelak. Nampak macam berani, tapi penakut. Elman geleng kepala bila mengingatkan kedegilan Hafiya.

“Kalau awak tak tahu, macamana awak nak hantar kuih tu?” Hafiya bertanya perlahan. Dia salah faham dengan gelengkan Elman sebentar tadi. Walaupun perasaan malu menguasai diri, namun dia harus memberanikan diri. Bukan sebab dia tidak percayakan Elman, bimbang Elman tercari-cari kedai tempat dia menghantar kuih tersebut dan akan menyebabkan pelanggan tetap Kak Piah kehampaan.

“Saya tahu kedai tu. Setiap pagi saya singgah kat situ beli kuih awak ni. Jangan risaulah,” Hafiya garu kepala yang tidak gatal.

“Tapi tadi awak geleng kepala?” Hafiya bertanya hairan. Elman tersenyum. Tersentak Hafiya bila melihat senyuman yang terukir dibibir Elman. Kacak sungguh. Tergoda dia seketika. Namun cepat-cepat dia membuang rasa aneh itu.

“La...tadi tu saya geleng kepala sebab awak ni degil sangat,” Hafiya pandang wajah Elman yang selamba menuduh dia degil. Perlahan badannya ditolak ke tepi.

“Hantar kat kedai Kak Piah tu, kan?” Hafiya hanya mampu mengangguk kepala. Dalam hati dia mengutuk Elman. Elman pula dengan selamba meninggalkan Hafiya yang berwajah kelat. ‘Kalau hari-hari macam ni alamatnya aku goyang kaki je kat rumah ni,’ Hafiya geleng kepala. Semenjak ada Elman banyak kerja yang dahulu dia lakukan sendiri, kini sudah digalas oleh Elman. Sampai nak kupas buah kelapa pun Elman hendak berebut dengannya. Bila difikirkan Hafiya jadi takut. Bimbang dirinya menjadi terlalu bergantung harap pada Elman. Bagaimana sekiranya mereka berpisah kelak? Hafiya geleng kepala. Dia harus tegas. Tidak mahu terlalu mengikut kata-kata Elman.

Sedang leka termenung di meja makan, Hafiya tersentak bila seseorang menghentak meja.

“O...mak kau jatuh...” Hafiya melatah. Terdengar suara garau ketawa besar dibelakangnya. Hafiya mengurut dada bila melihat wajah nakal Elman yang masih tergelak.

“Awak ni..terkejut saya dibuatnya. Nasib baik saya takde penyakit jantung.” Hafiya berdengus marah. Elman masih ketawa. Lucu bila melihat aksi terkejut Hafiya sebentar tadi.

“Awak kutuk mama saya ye? Tak baik tau,” Hafiya muncung mulutnya. Beberapa saat kemudian dia menggigit bibir tanda geram bila Elman masih ketawa.

“Mana ada. Ni semua salah awak tau. Orang bagi salam dulu, baru masuk, ni tidak...yang awak pukul meja tu kenapa?” Hafiya bercekak pinggang. Elman terus ketawa. Semakin lucu bila Hafiya marah. Wajah yang putih itu bertukar warna. Tetapi tetap nampak comel.

“Saja. Kalau saya bagi salam pun bukannya awak dengar. Dari tadi saya tengok awak termenung. Apa yang awak fikirkan tu?” Elman duduk di hadapan Hafiya. Hafiya tersentak bila melihat senyuman manis lelaki itu. ‘Alamak. Kenapa ni? Perasaan apa pulak ni?’ Hafiya dapat merasakan jantungnya berdegup kencang. Tak pernah dia merasa perasaan seperti itu sepanjang hidupnya. Kenapa lelaki ini terlalu menduga hatinya. Hafiya kerutkan dahi.

“Malas nak bertekak dengan awak.” Hafiya beredar meninggalkan Elman yang masih tersenyum. Elman memerhati langkah kaki Hafiya. Dalam diam dia mula senang dengan wanita tersebut.

*****************************

4 catatan:

Miss Kira said...

hahahaha..
sayang bini ya elman..
kekeke

hana_aniz said...

hihi.. elman try nk flirt dgn hafiya ke?
hahaha

Unknown said...

hahahahaha....
dh nk masuk zon parah dh ni...
lama2 kritikal la
cinta sudah mula berputik nampaknya

MaY_LiN said...

memang sayang fiya la..