Followers

Thursday, April 15, 2010

Pilihan Hati 28

Ariyana termenung di jendela. Fikirannya melayang entah ke mana. Sesekali dia tersenyum sendirian. Shila geleng kepala melihat telatah sahabatnya itu. Semenjak balik dari berjumpa dengan Arif, Ariyana berkelakuan pelik. Bila ditanya, dia hanya tersenyum. Agak lama Shila memerhati perbuatan Ariyana itu sehingga dia naik geram bila melihat Ariyana tersenyum, tersengih seorang diri.

Ariyana terus melayan angannya. Wajah bersih Iskandar memenuhi ruang matanya. Setiap sudut dan tempat hanya terbayang wajah ceria Iskandar. Ariyana tersenyum lagi. beberapa saat kemudian dia mengeluh.

“Abang Is...” Tanpa sedar Ariyana tersebut nama Iskandar. Shila yang sedang leka memerhati gelegat Ariyana tersentak.

“Kau ni kenapa? Tiba-tiba sebut nama Abang Is? Semenjak kebelakangan ni asyik tersenyum?” Ariyana mengurut dadanya. Terkejut dengan sapaan Shila.

“Errrr...Bila kau sampai?” Ariyana bertanya gugup. Shila geleng kepala.

“Rasanya dah dekat 1 jam. Aku cemburu tengok kau senyum sorang diri. Macam best je...tu yang aku tak tahan nak tegur kau. Kalau ikut hati ni... masih nak tengok kau termenung, tersenyum, tersengih macam orang putus urat.” Ariyana tergelak besar mendengar kata-kata Shila itu.

“Kau ni...ada-ada je. Apa pulak putus urat? Aku teringat kenangan masa aku masih kecil dululah...kat halaman tu menyimpan kenangan tau?” Ariyana berdalih. Shila mencebik.

“Habis tu....Apa kaitan dengan Abang Is? Aku dengar kau sebut nama Abang Is tadi.” Shila berdiri disebelah Ariyana. Ariyana tergamam. Lama dia mendiamkan diri.

“Teringat perangai Abang Is yang sayang sangat kat aku dan Arif. Bertuah dapat keluarga angkat macam korang ni.” Shila tersenyum bangga.

“Baru kau tau.” Ariyana mencebik.

“Mulalah nak syok sendiri...” Shila membeliak matanya. Tersenyum Ariyana melihat gelagat Shila.

“Arif apa khabar? Dia sihat?” Shila berdiri disebelah Ariyana. Ariyana angguk kepala.

“Tak lama lagi dia tamat tingkatan 6. Tak sangka dia dah besar rupanya.” Ariyana tersenyum. Sungguh dia tidak menyangka masa begitu cepat berlalu. Rasa rindu pada kedua orang tuanya membuatkan Ariyana lupa masa semakin berlalu dengan pantas. Bila teringat kejadian lalu. Ariyana bersyukur sangat sebab nyawa Arif dapat diselamatkan. Biarpun kecederaan yang Arif alami agak teruk. Namun umurnya masih panjang.

“Tak tahulah apa akan jadi kat aku kalau Arif pergi meninggalkan aku seperti mak dan ayah. Hidup sebatang kara. Tanpa kasih sayang keluarga. Tentu aku lebih terseksa. Betulkan?” Ariyana bersuara perlahan. Tiba-tiba dia teringat perkara tersebut. Shila tepuk bahu sahabatnya.

“Sudahlah....lupakan perkara lepas. Sekarang...kau kena pastikan Arif sambung belajar supaya mudah untuk dia menguruskan syarikat keluarga kau tu. Takkan nak suruh orang lain yang take over. Hasil titik peluh orang tua kamu tu, kena jaga. Jangan sampai terlepas ke tangan orang lain. Okey?” Shila bersuara tegas. Ariyana angguk kepala. Syarikat Arif Sdn Bhd.yang mengusahakan import export beras semakin maju berkat usaha pembantu ayahnya yang memang cekap menguruskan syarikat tersebut. Ariyana dan Arif tidak perlu risau tentang syarikat tersebut dan mempercayai En. Rafi iaitu pengurus syarikat tersebut.

**********************

“Mana awak dapat gambar ni?” Ariyana bertanya pelik. Wajah kelat Irwan di pandang dengan riak hairan.

“Kenapa? Awak nak nafikannya?” Irwan bertanya sinis.

“Taklah. Saya memang pernah keluar dengan Abang Is. Tapi bukan berdua. Arif ikut sekali. Kami terserempak kat depan sekolah Arif.” Ariyana menjawab tenang. Irwan gigit bibir. Dia berharap Ariyana menyangkal gambar tersebut. Walau dia tahu gambar itu bukan gambar palsu, tetapi sekurang-kurangnya, dia mahu Ariyana menjaga hatinya dengan menafikannya.

“Mana awak dapat gambar ni?” Ariyana bertanya pelik. Wajah merah Irwan di pandang dengan riak hairan. Irwan gigit bibir.

“Mama saya. Nampaknya...hubungan awak dan dia semakin erat ye?” Ariyana kerutkan dahi.

“Apa maksud awak? Memang selama ni hubungan kami baik. Apa yang awak merepek ni? Awak tak percayakan saya?” Irwan membuang pandang keluar restaurent.

“Entah. Susah saya hendak percayakan awak. Lagipun...kita bersama bukan kerana awak cintakan saya.” Ariyana mengeluh. Dia sendiri keliru dengan perasaannya. Kenapa begitu sukar hendak menerima Irwan dan membuang nama Iskandar dari lubuk hatinya. Puas sudah dia berdoa diberi petunjuk agar dia membuat pilihan tepat. Namun, semuanya tidak membantu. Malah, dia semakin buntu.

“Habis tu? Macamana baru awak percayakan saya? Apa yang saya perlu buat supaya awak percayakan saya?” Ariyana bertanya malas. Irwan merenung wajah suram itu.

“Kita kahwin?” Ariyana tersentak. Badannya terus tegak. Terkejut mendengar usulan tersebut.

“Err...Maksud ...awak?” Ariyana bertanya gugup. Irwan mengeluh kemudian menyambung semula bicara.

“Kita kahwin. Baru saya yakin awak tak pandang lelaki lain.” Ternganga mulutnya mendengar kata-kata dari mulut Irwan.

“Kenapa? Awak tak setuju? Awak belum bersedia? Sebab awak masih tunggu Iskandar melamar awak?” Irwan bersuara sinis. Ariyana menjeling tajam.

“Ikut suka hati awak. Kalau itu yang buat awak percayakan saya...saya ikut je. Tapi...mama awak macamana? Dia kan tak suka saya.” Ariyana bersuara perlahan. Mungkin dengan cara itu, dia bisa melupakan Iskandar. Tetapi dia bimbang kerana mama Irwan tidak menyukainya. Sanggupkah dia melukakan hati wanita itu.

“Betul?” Irwan bertanya teruja. Ariyana hanya mengangguk lemah. Irwan tersenyum lebar.

“Kita kahwin terus ye? Tak payah bertunang. Tentang mama saya...awak jangan risau. Saya akan uruskan.” Irwan tergelak riang. Ariyana hanya mampu tersenyum kelat. ‘Apakah keputusan aku ni betul?’ Ariyana gigit bibir menahan kecewa. Melihat wajah ceria Irwan, Ariyana semakin berasa bersalah. Mampukah dia menerima Irwan dalam hidupnya kelak? Semua itu bagaikan satu percaturan.

10 catatan:

keSENGALan teserlah.. said...

alaahaaii..aryanaaaaaaa..
geramnyeee..

epy elina said...

hohoho....
x naaaaakkkkkkkk....
isssshhh...
pe la ari ni...
jgn la ari kawen ngn irwannn....
adehhhh...

Anonymous said...

ala,
xkn ariyana gn irwan jdk kawen k0t??
plezz writer..
cian kt is..

liana said...

haishhhhhhh!!!
nih yg nk emo nih...pe kne si ari nih..xsyg ke kt abg is...adohaiiii...xphm ler dua2 xmo ngaku..ari xyah ler kawen ngn irwan tu...nk abg is ngn ari gk!!xkre2..plizzzz cik writer gojes..=)

emo sguhh sye..hehhe
p/s susa2 kawen je ler ngn sye abg is..hahaha

kaira_syuma said...

camna nak buat ari dan abg is ni ngaku ye? takde jln....tidak ykin dgn perasaan sendiri sering membuatkan mereka kehilangan org yg mereka sayang..huhuhuhuhuuu...saya pun kesiankan abg is...ehehhehehe...nak tmbh calon dia..takdela...abg is mmg setia pda yg 1..pilihan hati dia..:P

MaY_LiN said...

alaaaaaaaaaaaa..
nak abg is..
ha..kan mak irwan xsuke ngan ari..
bile jmp tu mak die wat something yang menyakitkan hati ari..
ade sesuatu jadi kat ari..
eksiden ke apeke..
abg is luahkan perasaan die kat ari..
tapi abg is xsedar yang ari dengar or tau..
since da mak irwan sakitkan hati ari..
die pun tamau irwan jadi anak derhaka la..
sanggup lepaskan irwan..
huhuhu..cam pe la..
idea xsupa idea..
hikhikhik

Siti Soleha Yahaya said...

Nape Ari x tetapkan hatinya....
geram nih....

pompuan_keberet said...

Nape ari ni cepat sgt buat keputusan..
pikir dulula..karang menyesal x sudah..
abg is cepatla bertindak..!!!

apple_pie said...

siyes xmo ari kawen ngn irwan..
nk dia ngn abg is
awat la depa ni lembap sgt
geram...geram....

nursya said...

xmo ari kawen ngn irwan...
huk huk huk...