Followers

Thursday, March 13, 2014

Relaku Pujuk 44



“Kak, lama tak nampak En.Haikal,” Kak Onah dan Kak Mila kerutkan dahi. Kak Kate dan Kak Sally geleng kepala.
“Dia sibuk.”
“Ye.” Bosan jugak sebab takde orang nak mengusik aku lagi.
“Mawar, tadi aku nampak Ishamudin kat klinik tu. Muka dia pucat je aku tengok. Dia tak sihat ye?” Ishamudin tak sihat? Pagi tadi okey je.
“Taklah. Pagi tadi okey je saya tengok.” Tapi, sebelum turun kerja tadi, mak  mertua aku pesan pada Ishamudin supaya  makan ubat. Dia sakit apa ye??? Isteri apalah aku ni, kesihatan suami sendiri pun tak pernah nak ambil tahu.
“Kak Ita, dia masih kat sana?” Kak Ita angguk kepala.
“Dia sakit apa ye?” Kak Ita geleng kepala. Soalan aku tu memang tak masuk akal.
“Aku tak sempat nak tanya. Bila aku keluar, dia pulak masuk tandas. Sakit perut agaknya.” Kenapa dengan dia? Bimbang pulak hati ni.
“Kak Onah, saya pergi jumpa dia, boleh tak?” Kak Onah terdiam seketika.
“Ita, keadaan dia teruk?” Kak Ita angguk kepala.
“Badan dia lemah je aku tengok,”
“Tengahari tadi, kau tak jumpa dia, Mawar?” Aku geleng kepala.
“Tak. Dia cakap dia tak keluar makan. Dia banyak kerja.”
“Agaknya dia nak berehat sebab tu dia cakap macam tu.”
“Kak Onah, saya pergi ye?” Bimbang pulak aku dengannya. Sebelum ni, aku tak pernah nampak dia tidak sihat.
“Pergilah.” Aku terus berjalan laju menuju ke klinik. Sebaik sahaja datang ke situ, aku terpandang wajah lesu suamiku yang baru keluar dari bilik rawatan. Aku terus menghampirinya dan memapahnya ke kerusi.
“Awak, kenapa ni? Awak sakit ye?” Entah mengapa, airmataku begitu mudah mengalir sekarang ni. Aku gigit bibir menahan tangis.
“Isk..Janganlah nangis. Nanti hairan pulak orang tengok. Nanti mereka ingat, aku yang marahkan kau,” Sempat pulak dia nak usik aku.
“Awak tu. Kenapa tak bagitahu saya yang awak sakit?” Dia hanya tersenyum lemah.
“Aku ingat, lepas ni nak baliklah. Rasa tak tahan lagi ni.” Aku terdiam. Kalau dia balik, macamana dengan aku? Macamana aku nak balik petang kelak?
“Kalau awak balik sekarang, saya macamana?”
“Ermmm...nanti, petang aku suruh ayah datang jemput kau balik,” Aku berdengus kasar.
“Tak nak. Saya nak balik jugak,” Ishamudin kerutkan dahi.
“La, masih awal ni. Nanti Madam marahkan kau?”
“Takpelah. Nanti saya cakap yang awak tak larat nak memandu sorang,” Aku peluk lengannya.
“Kau tak kisah kalau kena marah disebabkan aku?” Aku geleng kepala.
“Biarlah mereka nak marah. Kalau mereka di tempat saya, mesti mereka buat macam tu jugak,” Dia angguk kepala.
“Ishamudin,” Kami berdua berdiri bila nama Ishamudin dipanggil untuk mengambil ubat. Setelah mengambil ubat, Ishamudin balik semula ke QA. Aku pula terus mencari Madam.
“Madam, saya nak balik sekarang ni. Boleh tak?” Aku buat muka sedih.
“Apahal nak balik sekarang?” Dia buat tak endah je.
“Suami saya sakit,” Dahi Madam berkerut.
“Dia yang sakit, kenapa pulak kau yang nak balik awal?”
“Saya tak nak dia memandu seorang diri dalam keadaan sakit macam tu.” Madam ni, takkan aku nak biarkan suami aku dalam kesakitan macam tu balik seorang diri. Lama Madam pandang wajahku. Kalau dia nak aku menangis kat sini, sekarang jugak aku nangis.
“Sayang betul kau kat Isham tu ye,” Aku angguk kepala. Siapa tak sayang suami? Pelik betul orang tua ni.
“Okeylah. Tapi, gaji hari ni tak di kira,” Aku angguk kepala.
“Tak kisah. Yang penting utamakan kesihatan dan keselamatan orang tersayang. Duit boleh di cari Madam,” Aku tersenyum lebar.
“Yelah tu. Kenapa dengan Isham tu?”
“Erkkk..Lupa pulak saya nak tanya tadi. Risau sangat tengok dia macam orang takde tenaga.” Aku garu kepala yang tidak gatal. Madam geleng kepala.
“Apa tunggu lagi? Nak aku batalkan?”
“Ehh...Ye..ye..Terima kasih, Madam,” Aku terus berlari ke meja kerjaku. Kemas apa yang patut. Rakan-rakanku memandang pelik ke arah ku.
“Mawar, kenapa?”
“Saya nak balik awal. Isham dibenarkan balik. Tapi, saya takut untuk biarkan dia memandu seorang diri.” Mereka angguk kepala.
“Kenapa dengan Isham tu?” Kak Kate bertanya. Mereka yang lain menanti jawapan dariku.
“Tak tahu, kak. Saya lupa nak tanya tadi,”
“Mawar..Mawar. Dah bagi tahu Madam?” Kak Sally bertanya sambil tangannya masih lincah bekerja.
“Sudah. Kak, barang-barang saya tu, tolong hantar ke depan ye.” Mereka angguk kepala. Aku terus beredar menghampiri Ishamudin yang sudah sedia menungguku di pintu production.
“Jum...” Kami berdua terus beredar ke tempat letak kereta.
*****************************
“Awak, awak jangan tinggalkan saya ye.” Aku genggam erat tangannya. Airmata semakin deras mengalir dipipiku. Aku takut kehilangannya. Aku banyak berdosa padanya. Ketika itu dia terlantar lemah di atas katil. Nasib baik kami sempat sampai ke rumah tanpa berlaku apa-apa. Kemudian, bapa mertuaku terus membawanya ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
“Kenapa kau cakap macam tu? Aku Cuma sakit perut. Gastrik. Kenapa tiba-tiba je emo ni,” Aku cium tangannya.
“Saya takut awak  tinggalkan saya.” Dia tersenyum.
“Kenapa nak takut? Nanti, bolehlah kau bersama orang yang kau suka,” Aku geleng kepala. Sebak hatiku bila dia berkata seperti itu. Apakah dia sudah tak nak bersama dengan aku lagi?
“Tidak.. Awak, jangan cakap macam tu. Saya..saya tak nak orang lain. Saya nak awak sorang je,” Aku terus memeluknya dan menangis teresak-esak didadanya.
“Tapi, aku ni jahat,kan? Suka buat kau marah dan sakit hati,”
“Tak. Awak tak jahat. Saya yang jahat,” Aku geleng kepala. Ye. Pada aku dia baik, kalau dia lelaki jahat, sudah tentu dia tidak akan bersabar dengan setiap kerenah tidak matang aku selama ini. Mungkin dia sudah tinggalkan aku kerana tidak menjalankan tanggungjawabku sabagai isterinya.
“Awak jangan cakap macam tu. Saya tahu, saya bukan isteri yang baik. Tak pandai memasak, tak pandai jaga hati awak dan..apalagi ye. Ermm...tak ..errr..layan awak dengan baik dan..” Aku terdiam sekejap. Aku tak tunaikan tanggungjawabku sebagai isteri dia.
“Dah. Tak payah nak peningkan kepala.” Dia bersuara perlahan lalu mengusap lembut kepalaku. Aku peluk erat tubuhnya
“Awak maafkan saya?” Aku buat muka kasihan. Dia angguk kepala.
Tenang rasanya bila tangan kasar itu berada di atas kepalaku. Biarpun badannya masih lemah, tetapi dia tetap tersenyum manis padaku. Ini yang buat aku semakin sayang padanya. Ye. Aku sedar. Semakin hari aku semakin menyayanginya. Hakikatnya, namanya memang sudah lama bertakhta dihatiku.
“Janji ye, awak jangan tinggalkan saya. Saya nak hidup lebih lama bersama awak,” Dia tersenyum kemudian geleng kepala. Pipiku diusap perlahan.
“Macam budak-budak. Dah, jangan fikir yang bukan-bukan. InsyaAllah, aku tak apa-apa.” Aku angguk kepala dan berbaring disebelahnya.
“Kau dah sembahyang?” Aku geleng kepala. Dia kerutkan dahi.
“Pergi sembahyang dulu.” Sabar jelah. Kena halau. Aku muncung mulut.
“Tapi...” Kalau boleh, aku tak mahu berjauhan darinya saat itu.
“Tak baik melambatkan solat.” Aku terdiam. Betul juga. Takkan aku nak tinggalkan solat sebab nak temankan dia? Perlahan aku turun dari katil.
“Janji, jangan tinggalkan saya tau,”
“Mana lagi aku nak pergi? Aku masih kat sini. Nak angkat kaki pun susah ni,”
Aku benar-benar takut kehilangannya saat ini.  Kenapa dengan aku ni?  Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkanlah suamiku. Berilah kesempatan kepadaku untuk berbakti padanya. Cepat-cepat aku berlari ke bilik air untuk berwudhu.
            Khusyuk sekali aku memohon keampunan pada Allah S.W.T di atas dosa-dosa yang aku lakukan selama ini. Melihat pada suamiku yang terlantar lemah tidak berdaya menimbulkan keinsafan dalam hatiku. Jika Allah mengkehendaki sesuatu terjadi pada kita, sekelip mata ianya terjadi. Aku memohon kepada Allah S.W.T  panjangkan umur suamiku supaya aku dapat menebus kesilapanku padanya selama kami bergelar suami dan isteri.
“Mawar, ni bubur untuk Isham. Lepas makan bubur ni, suruh dia makan ubat,” Aku angguk kepala dan menyambut mangkuk berisi bubur dari tangan ibu mertuaku. Perlahan aku menghampiri Ishamudin yang sedang bersandar lemah di atas katil. Dia tersenyum lemah memandangku.
“Awak makan ye,” Dia geleng kepala.
“Takde selera,”
“Tapi, awak kena makan jugak. Lepas ni, nak makan ubat lagi,” Dia tetap geleng kepala.
“Boleh tak aku tak payah makan ubat tu?” Dia bersuara perlahan. Aku kerutkan dahi.
“Kenapa?”
“Ubat tu pahit.” Aku tersenyum meleret. Aduii...muka bukan main lagi handsome dan macho. Tapi, takut makan ubat.
“Iskk...Nanti mengata orang macam budak-budak. Dia pun sama. Makan ubat pun takut.” Dia menjegilkan matanya. Aku tersengih. Hilang rasa risauku bila melihat dirinya semakin bertenaga. Berbeza dengan keadaannya sewaktu kami membawanya ke klinik petang tadi. Alhamdulillah. Doktor cakap tiada apa yang perlu dirisaukan. Tapi, bagi aku, selagi dia belum sihat, selagi itu aku rasa tak tenteram.
            Aku duduk memandang wajah lesu suamiku. Rupa-rupanya dia tidak dapat makan makanan yang pedas kerana Gastrik. Jadi, semua ini berpunca dari nasi goreng yang aku masakan untuknya pagi tadi. Semakin aku rasa bersalah padanya.
“Awak, saya minta maaf ye,” Hari ini memang sesi minta maaf. Aku duduk bersimpuh disebelahnya. Dia angguk kepala.
“Awak, makan bubur ni ye. Saya suapkan,” Dia tersenyum dan mengangguk kepala.
“Kalau kau suapkan, aku takkan tolak punya. Ermmm..kau dah makan?”  Soalnya lemah sekali.
“Sudah. Awak, kenapa tak cakap yang awak tak tahan makan makanan pedas?” Dia tersenyum. Aku menunggu dengan sabar jawapan darinya.
“Nanti siapa nak habiskan nasi tu?”
“La, saya boleh bawa ke kilang. Bagi Kak Onah, Kak Sally, Kak Mila, Kak Kate, Abang Alik, Ikmal..ermmm...siapa lagi ye?” Aku terdiam seketika. Nak bagi kat En.Haikal? Dah lama aku tak jumpa dia. Ke manalah dia pergi ye.
“Mana boleh bagi orang lain merasa masakan yang pertama kali isteri aku masak,” Aku kerutkan dahi.
“Kedekut,” Aku mencebik. Dia besarkan matanya.
“Tak takut pun,” Kemudian dia terdiam.
“Aku tak sangka pulak kau ni cengeng.” Tiba-tiba dia kutuk aku. Cengeng pun sebab dia jugak. Aku tak tahu mengapa hatiku mudah tersentuh bila melihat dia menahan kesakitan. Selalunya, kalau aku tengok  budak kecil atau orang tua menangis, memang aku akan ikut serta menangis. Tapi, kali ni, bila tengok suamiku ini menahan sakit, aku tak dapat tahan rasa sebak. Cepat je airmata ni mengalir.
“Mana ada.” Aku tersipu malu.
“Tak sangka budak comel ni cengeng.” Usiknya lagi sambil sentuh pipiku kemudian dengan selamba dia ketuk dahiku. Aku kertap bibir. Dia ni, sakit dan sihat sama je. Kuat mengusik.
Aku gosok dahiku yang dipukulnya sebentar tadi. Kemudian dia tergelak. Aku tersenyum bila melihat dia tergelak. Yang paling aku suka, dia sudah menghabiskan bubur yang ibu mertua aku buatkan untuknya tadi. Aku tergelak halus. Ishamudin merenung sayu padaku. Aku tersipu malu bila menyedari Ishamudin sedang merenungku. Suka sangat buat aku gelabah. Aku bersihkan mulutnya dari sisa-sisa bubur. Mata bertentang mata membuatkan jantungku berdegup kencang. Aku ralit membalas renungan matanya yang redup itu. Indahnya ciptaan Tuhan yang satu ini. Aku sentuh bibirnya dengan hujung jariku. Semakin kuat degupan jantungku bila melihat dia tersenyum. Kesan luka di tepi bibirnya masih kelihatan. Tentu sakit. Lebih-lebih lagi bila terkena makanan pedas pagi tadi. Aku seperti ditarik untuk terus merenung wajah tampan itu. Aku pejamkan mata saat bibir kami bersatu, lama sekali sehingga aku terasa seperti berada diawangan. Dapat aku rasakan tubuhku ditarik mendekatinya. Betapa indahnya saat itu. Ingin aku rakam saat indah seperti ini. Kali kedua dia menciumku. Tetapi kali ini, aku merelakannya. Ishamudin sentuh bibirku dengan hujung jarinya. Aku tersipu malu.
“Kalaulah aku sihat, tentu sekarang ni malam terindah kita, betulkan?” Ishamudin tersenyum. Wajahku, usah cakap. Merona merah. Aku pukul dadanya perlahan. Tidak sanggup untuk aku pandang wajahnya.
“Isk..awak ni. Ke situ pulak dia. Nah makan ubat ni,” Aku menghulur 2 biji pil sakit perut padanya. Dia geleng kepala. Aku besarkan mata.
“Makanlah.” Gesaku. Dia tetap geleng kepala. Aku gigit bibir geram.
“Kalau aku makan ubat tu, kiss aku dulu,” Aku jegilkan mataku padanya. Dia mencebik.
“Yang tadi tu apa?” Aku berdengus marah.
 “Tak cukup,” Aku kerutkan dahi. Hai, mood miang dia dah datang. Sakit-sakit macam ni pulak dia nak bermanja dengan aku.
“Awak makan ubat ni dulu,” Aku tersenyum manis padanya. Lama, wajahku direnung sehingga akhirnya dia angguk kepala.
“Okey. Tapi, kena hancurkan dulu ubat tu.”
“Hah!!” Lagi teruk dari anak saudara aku yang kecil tu. Akhirnya aku ambil sudu dan aku larutkan pil tersebut sebelum aku suapkan kemulutnya. Aku tergelak halus bila melihat riak wajahnya saat itu. Beberapa saat kemudian dia kembali tenang. Itupun, selepas meneguk segelas air suam. 
“Okey. Mana ciuman untuk aku?” Aku geleng kepala. Perlahan aku dekatkan wajahku ke wajahnya. Apabila bibirnya hampir mengena bibirku, aku berpaling dan akhirnya dia hanya berjaya mencium pipiku.
“Kau tipu aku?” Aku angkat kening. Lama kami mendiamkan diri.
“Takpe. Kalau aku dah sihat, tahulah macamana aku balas,” Aku jelirkan lidah padanya. Dia geleng kepala.
“Okey, saya tunggu,” Aku tersenyum manis.
Sedang ayik membalas renungannya, tiba-tiba Ishamudin menahan sesuatu yang bakal keluar dari mulutnya.
“Awak, kenapa?” Aku bertanya cemas dan membantu Ishamudin ke bilik air. Sebelum sempat sampai di bilik air, Ishamudin muntah di atas lantai.
“Awak...” Aku menjerit bimbang. Ishamudin terduduk. Badannya masih lemah. Aku membantunya berdiri. Dengan perlahan kami melangkah ke bilik air. Bau muntahnya memeningkan kepalaku. Tekakku pula tiba-tiba merasa loya. Tanpa amaran, aku terus memuntahkan isi perutku. Ishamudin memandang wajahku dan aku juga memandang wajahnya. Dia tersenyum lemah. Bila tercium lagi bau muntah kami, sekali lagi aku muntah. Ishamudin usap belakang tengkukku. Dah macam aku pulak yang sakit.
“Isham, Mawar.. kenapa ni?” Kami berdua berpaling ke pintu bilik. Wajah risau ibu mertuaku menyapa ruang mataku.
“Mawar ni kenapa pulak? Sakit perut juga?” Aku geleng kepala.
“Dia tak tahan cium bau muntah Sham, mak,” Ishamudin menjawab lemah. Setelah mencuci mulut, aku dan Ishamudin melangkah perlahan ke katil.
“Ye?” Aku angguk kepala. Mak mertuaku kerutkan dahi.
“Ni Isham atau Mawar yang muntah kat sini?” Pantas jari telunjukku menunding ke arah Ishamudin. Mak mertuaku geleng kepala sambil tangannya pantas mencuci muntah anaknya sebentar tadi.
“Kalau Mawar muntah-muntah macam ni, maknanya mak dan ayah bakal jadi neneklah ni?” Wajah ibu mertuaku begitu ceria sekali memandang wajah kami berdua. Aku terbatuk. Ishamudin turut sama terbatuk. Sehati sejiwa pulak kami berdua ni.
“Belum,” Kami berpandangan. Mana tidaknya, serentak kami berdua menjawab. Mak mertuaku kerutkan dahi.
“Er...maksud  Mawar, belum ada rezeki lagi.”
“Ah..aha... Mak. Mawar baru je habis period dua hari lepas.” Aku pandang wajah Ishamudin.
“Ye ke? Takpelah. Mawar masih rasa nak muntah?” Pantas aku geleng kepala. Tak naklah, nanti dia fikir yang bukan-bukan pulak.
            Aku menjeling tajam wajah Ishamudin yang tersengih macam kerang busuk kat sebelah. Dalam keadaan tak sihat tu pun, dia masih jugak nak kenakan aku.
“Seingat saya, saya period minggu lepas. Apa pulak dua hari lepas?” Aku bertanya padanya sebaik sahaja ibu mertuaku keluar dari bilik kami. Sekarang kami berdua sedang berehat di atas katil.
“Ye ke?” Dia pulak tanya aku balik. Aku yang period, mestilah aku tahu. Sengaja nak kenakan akulah tu.
“Yelah. Pandai-pandai pulak dia,”
“Maknanya kau buat tanda setiap kali period?” Wajahku saat itu usah cakaplah. Memang panas membahang. Kalau letak telur burung pipit, rasanya memang dah masak. Panas sangat-sangat. Tiba-tiba rasa nak cari kipas bagi menghilangkan rasa panas ni. Dia tergelak. Tentu dia ingat aku sudah bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada kami berdua kelak.
“Jadi kau ikut apa yang aku cakap hari  tu?” Aku gigit bibir geram.
“Saya Ikut cakap awak? Beranganlah,” Aku berdalih. Padahal, memang aku buat pun. Dia tersenyum penuh makna. Siap angkat kening lagi.
“Bila agaknya malam terindah kita tu ye?” Soalnya bersama renungan yang boleh buat aku sesak nafas.
Wajahnya begitu hampir denganku sehingga aku terpaksa menolak pipinya menjauhi pipiku. Aku memandang wajahnya. Dalam hati aku berkata, bila-bila masa pun okey. Ingin je aku jawab macam tu. Tapi,kan? Macam tak sabarlah pulak. Kenapalah dia ni penyabar sangat. Tapi silap aku jugak, dia nak, aku pulak jual mahal. Sebenarnya, aku bukan jual mahal, aku tak tahu sama ada dia sungguh-sungguh nak bersama aku atau hanya nak mengusik. Dulu dia kata, bila dia dah sayangkan aku, dia nak goda aku habis-habisan. Tapi, sampai sekarang dia masih macam tu jugak. Tak nampak pun macam nak goda aku. Erkkk..tiba-tiba berfikir tentang goda menggoda ni apahal.
“Err..Awak berehat dulu ye. Saya nak tolong mak kat luar,”  Dia angguk kepala. Tak sanggup aku nak tunggu lama-lama kat situ.
“Tahu sangat. Nak mengelaklah tu. Tapi, takpe, memandangkan aku masih belum sihat, kita biarkan dulu hal tu,” Aku berpaling padanya. Dia tersenyum.

***********************
p/s : Selamat membaca semua. jangan lupa mendoakan keselamatan pasukan mencari dan menyelamat MH370. semoga negara kita di rahmati Allah S.W.T. sama-sama mendoakan yang terbaik buat negara kita.

5 catatan:

MaY_LiN said...

wink wink wink
comel ye dorg ni

Anonymous said...

sweet n cumel..
-ada

Anonymous said...

Sweet nyer diorg nie..nakk lagi..

hanis khiri said...

Sweetnya...good2

Anonymous said...

ble nk sambung..