“Kak, lama tak nampak En.Haikal,” Kak Onah dan Kak Mila kerutkan dahi. Kak
Kate dan Kak Sally geleng kepala.
“Dia sibuk.”
“Ye.” Bosan jugak sebab takde orang nak mengusik aku lagi.
“Mawar, tadi aku nampak Ishamudin kat klinik tu. Muka dia pucat je aku
tengok. Dia tak sihat ye?” Ishamudin tak sihat? Pagi tadi okey je.
“Taklah. Pagi tadi okey je saya tengok.” Tapi, sebelum turun kerja tadi,
mak mertua aku pesan pada Ishamudin
supaya makan ubat. Dia sakit apa ye???
Isteri apalah aku ni, kesihatan suami sendiri pun tak pernah nak ambil tahu.
“Kak Ita, dia masih kat sana?” Kak Ita angguk kepala.
“Dia sakit apa ye?” Kak Ita geleng kepala. Soalan aku tu memang tak masuk
akal.
“Aku tak sempat nak tanya. Bila aku keluar, dia pulak masuk tandas. Sakit
perut agaknya.” Kenapa dengan dia? Bimbang pulak hati ni.
“Kak Onah, saya pergi jumpa dia, boleh tak?” Kak Onah terdiam seketika.
“Ita, keadaan dia teruk?” Kak Ita angguk kepala.
“Badan dia lemah je aku tengok,”
“Tengahari tadi, kau tak jumpa dia, Mawar?” Aku geleng kepala.
“Tak. Dia cakap dia tak keluar makan. Dia banyak kerja.”
“Agaknya dia nak berehat sebab tu dia cakap macam tu.”
“Kak Onah, saya pergi ye?” Bimbang pulak aku dengannya. Sebelum ni, aku tak
pernah nampak dia tidak sihat.
“Pergilah.” Aku terus berjalan laju menuju ke klinik. Sebaik sahaja datang
ke situ, aku terpandang wajah lesu suamiku yang baru keluar dari bilik rawatan.
Aku terus menghampirinya dan memapahnya ke kerusi.
“Awak, kenapa ni? Awak sakit ye?” Entah mengapa, airmataku begitu mudah
mengalir sekarang ni. Aku gigit bibir menahan tangis.
“Isk..Janganlah nangis. Nanti hairan pulak orang tengok. Nanti mereka
ingat, aku yang marahkan kau,” Sempat pulak dia nak usik aku.
“Awak tu. Kenapa tak bagitahu saya yang awak sakit?” Dia hanya tersenyum
lemah.
“Aku ingat, lepas ni nak baliklah. Rasa tak tahan lagi ni.” Aku terdiam.
Kalau dia balik, macamana dengan aku? Macamana aku nak balik petang kelak?
“Kalau awak balik sekarang, saya macamana?”
“Ermmm...nanti, petang aku suruh ayah datang jemput kau balik,” Aku
berdengus kasar.
“Tak nak. Saya nak balik jugak,” Ishamudin kerutkan dahi.
“La, masih awal ni. Nanti Madam marahkan kau?”
“Takpelah. Nanti saya cakap yang awak tak larat nak memandu sorang,” Aku
peluk lengannya.
“Kau tak kisah kalau kena marah disebabkan aku?” Aku geleng kepala.
“Biarlah mereka nak marah. Kalau mereka di tempat saya, mesti mereka buat
macam tu jugak,” Dia angguk kepala.
“Ishamudin,” Kami berdua berdiri bila nama Ishamudin dipanggil untuk
mengambil ubat. Setelah mengambil ubat, Ishamudin balik semula ke QA. Aku pula
terus mencari Madam.
“Madam, saya nak balik sekarang ni. Boleh tak?” Aku buat muka sedih.
“Apahal nak balik sekarang?” Dia buat tak endah je.
“Suami saya sakit,” Dahi Madam berkerut.
“Dia yang sakit, kenapa pulak kau yang nak balik awal?”
“Saya tak nak dia memandu seorang diri dalam keadaan sakit macam tu.” Madam
ni, takkan aku nak biarkan suami aku dalam kesakitan macam tu balik seorang
diri. Lama Madam pandang wajahku. Kalau dia nak aku menangis kat sini, sekarang
jugak aku nangis.
“Sayang betul kau kat Isham tu ye,” Aku angguk kepala. Siapa tak sayang
suami? Pelik betul orang tua ni.
“Okeylah. Tapi, gaji hari ni tak di kira,” Aku angguk kepala.
“Tak kisah. Yang penting utamakan kesihatan dan keselamatan orang
tersayang. Duit boleh di cari Madam,” Aku tersenyum lebar.
“Yelah tu. Kenapa dengan Isham tu?”
“Erkkk..Lupa pulak saya nak tanya tadi. Risau sangat tengok dia macam orang
takde tenaga.” Aku garu kepala yang tidak gatal. Madam geleng kepala.
“Apa tunggu lagi? Nak aku batalkan?”
“Ehh...Ye..ye..Terima kasih, Madam,” Aku terus berlari ke meja kerjaku.
Kemas apa yang patut. Rakan-rakanku memandang pelik ke arah ku.
“Mawar, kenapa?”
“Saya nak balik awal. Isham dibenarkan balik. Tapi, saya takut untuk
biarkan dia memandu seorang diri.” Mereka angguk kepala.
“Kenapa dengan Isham tu?” Kak Kate bertanya. Mereka yang lain menanti
jawapan dariku.
“Tak tahu, kak. Saya lupa nak tanya tadi,”
“Mawar..Mawar. Dah bagi tahu Madam?” Kak Sally bertanya sambil tangannya
masih lincah bekerja.
“Sudah. Kak, barang-barang saya tu, tolong hantar ke depan ye.” Mereka angguk
kepala. Aku terus beredar menghampiri Ishamudin yang sudah sedia menungguku di
pintu production.
“Jum...” Kami berdua terus beredar ke tempat letak kereta.
*****************************
“Awak, awak jangan tinggalkan saya ye.” Aku genggam erat tangannya. Airmata
semakin deras mengalir dipipiku. Aku takut kehilangannya. Aku banyak berdosa
padanya. Ketika itu dia terlantar lemah di atas katil. Nasib baik kami sempat
sampai ke rumah tanpa berlaku apa-apa. Kemudian, bapa mertuaku terus membawanya
ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
“Kenapa kau cakap macam tu? Aku Cuma sakit perut. Gastrik. Kenapa tiba-tiba
je emo ni,” Aku cium tangannya.
“Saya takut awak tinggalkan saya.”
Dia tersenyum.
“Kenapa nak takut? Nanti, bolehlah kau bersama orang yang kau suka,” Aku
geleng kepala. Sebak hatiku bila dia berkata seperti itu. Apakah dia sudah tak
nak bersama dengan aku lagi?
“Tidak.. Awak, jangan cakap macam tu. Saya..saya tak nak orang lain. Saya
nak awak sorang je,” Aku terus memeluknya dan menangis teresak-esak didadanya.
“Tapi, aku ni jahat,kan? Suka buat kau marah dan
sakit hati,”
“Tak. Awak tak jahat. Saya yang jahat,” Aku geleng kepala. Ye. Pada aku dia
baik, kalau dia lelaki jahat, sudah tentu dia tidak akan bersabar dengan setiap
kerenah tidak matang aku selama ini. Mungkin dia sudah tinggalkan aku kerana
tidak menjalankan tanggungjawabku sabagai isterinya.
“Awak jangan cakap macam tu. Saya tahu, saya bukan isteri yang baik. Tak
pandai memasak, tak pandai jaga hati awak dan..apalagi ye. Ermm...tak
..errr..layan awak dengan baik dan..” Aku terdiam sekejap. Aku tak tunaikan
tanggungjawabku sebagai isteri dia.
“Dah. Tak payah nak peningkan kepala.” Dia bersuara perlahan lalu mengusap
lembut kepalaku. Aku peluk erat tubuhnya
“Awak maafkan saya?” Aku buat muka kasihan. Dia angguk kepala.
Tenang rasanya bila tangan kasar itu berada di
atas kepalaku. Biarpun badannya masih lemah, tetapi dia tetap tersenyum manis
padaku. Ini yang buat aku semakin sayang padanya. Ye. Aku sedar. Semakin hari
aku semakin menyayanginya. Hakikatnya, namanya memang sudah lama bertakhta
dihatiku.
“Janji ye, awak jangan tinggalkan saya. Saya nak hidup lebih lama bersama
awak,” Dia tersenyum kemudian geleng kepala. Pipiku diusap perlahan.
“Macam budak-budak. Dah, jangan fikir yang bukan-bukan. InsyaAllah, aku tak
apa-apa.” Aku angguk kepala dan berbaring disebelahnya.
“Kau dah sembahyang?” Aku geleng kepala. Dia kerutkan dahi.
“Pergi sembahyang dulu.” Sabar jelah. Kena halau. Aku muncung mulut.
“Tapi...” Kalau boleh, aku tak mahu berjauhan darinya saat itu.
“Tak baik melambatkan solat.” Aku terdiam. Betul juga. Takkan aku nak
tinggalkan solat sebab nak temankan dia? Perlahan aku turun dari katil.
“Janji, jangan tinggalkan saya tau,”
“Mana lagi aku nak pergi? Aku masih kat sini. Nak angkat kaki pun susah
ni,”
Aku benar-benar takut kehilangannya saat ini. Kenapa dengan aku ni? Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkanlah suamiku.
Berilah kesempatan kepadaku untuk berbakti padanya. Cepat-cepat aku berlari ke
bilik air untuk berwudhu.
Khusyuk sekali aku memohon
keampunan pada Allah S.W.T di atas dosa-dosa yang aku lakukan selama ini.
Melihat pada suamiku yang terlantar lemah tidak berdaya menimbulkan keinsafan
dalam hatiku. Jika Allah mengkehendaki sesuatu terjadi pada kita, sekelip mata
ianya terjadi. Aku memohon kepada Allah S.W.T
panjangkan umur suamiku supaya aku dapat menebus kesilapanku padanya
selama kami bergelar suami dan isteri.
“Mawar, ni bubur untuk Isham. Lepas makan bubur ni, suruh dia makan ubat,”
Aku angguk kepala dan menyambut mangkuk berisi bubur dari tangan ibu mertuaku.
Perlahan aku menghampiri Ishamudin yang sedang bersandar lemah di atas katil.
Dia tersenyum lemah memandangku.
“Awak makan ye,” Dia geleng kepala.
“Takde selera,”
“Tapi, awak kena makan jugak. Lepas ni, nak makan ubat lagi,” Dia tetap
geleng kepala.
“Boleh tak aku tak payah makan ubat tu?” Dia bersuara perlahan. Aku
kerutkan dahi.
“Kenapa?”
“Ubat tu pahit.” Aku tersenyum meleret. Aduii...muka bukan main lagi
handsome dan macho. Tapi, takut makan ubat.
“Iskk...Nanti mengata orang macam budak-budak. Dia pun sama. Makan ubat pun
takut.” Dia menjegilkan matanya. Aku tersengih. Hilang rasa risauku bila
melihat dirinya semakin bertenaga. Berbeza dengan keadaannya sewaktu kami
membawanya ke klinik petang tadi. Alhamdulillah. Doktor cakap tiada apa yang
perlu dirisaukan. Tapi, bagi aku, selagi dia belum sihat, selagi itu aku rasa
tak tenteram.
Aku duduk memandang wajah
lesu suamiku. Rupa-rupanya dia tidak dapat makan makanan yang pedas kerana
Gastrik. Jadi, semua ini berpunca dari nasi goreng yang aku masakan untuknya
pagi tadi. Semakin aku rasa bersalah padanya.
“Awak, saya minta maaf ye,” Hari ini memang sesi minta maaf. Aku duduk
bersimpuh disebelahnya. Dia angguk kepala.
“Awak, makan bubur ni ye. Saya suapkan,” Dia tersenyum dan mengangguk
kepala.
“Kalau kau suapkan, aku takkan tolak punya. Ermmm..kau dah makan?” Soalnya lemah sekali.
“Sudah. Awak, kenapa tak cakap yang awak tak tahan makan makanan pedas?”
Dia tersenyum. Aku menunggu dengan sabar jawapan darinya.
“Nanti siapa nak habiskan nasi tu?”
“La, saya boleh bawa ke kilang. Bagi Kak Onah, Kak Sally, Kak Mila, Kak
Kate, Abang Alik, Ikmal..ermmm...siapa lagi ye?” Aku terdiam seketika. Nak bagi
kat En.Haikal? Dah lama aku tak jumpa dia. Ke manalah dia pergi ye.
“Mana boleh bagi orang lain merasa masakan yang pertama kali isteri aku
masak,” Aku kerutkan dahi.
“Kedekut,” Aku mencebik. Dia besarkan matanya.
“Tak takut pun,” Kemudian dia terdiam.
“Aku tak sangka pulak kau ni cengeng.” Tiba-tiba dia kutuk aku. Cengeng pun
sebab dia jugak. Aku tak tahu mengapa hatiku mudah tersentuh bila melihat dia
menahan kesakitan. Selalunya, kalau aku tengok
budak kecil atau orang tua menangis, memang aku akan ikut serta
menangis. Tapi, kali ni, bila tengok suamiku ini menahan sakit, aku tak dapat
tahan rasa sebak. Cepat je airmata ni mengalir.
“Mana ada.” Aku tersipu malu.
“Tak sangka budak comel ni cengeng.” Usiknya lagi sambil sentuh pipiku
kemudian dengan selamba dia ketuk dahiku. Aku kertap bibir. Dia ni, sakit dan
sihat sama je. Kuat mengusik.
Aku gosok dahiku yang dipukulnya sebentar tadi.
Kemudian dia tergelak. Aku tersenyum bila melihat dia tergelak. Yang paling aku
suka, dia sudah menghabiskan bubur yang ibu mertua aku buatkan untuknya tadi.
Aku tergelak halus. Ishamudin merenung sayu padaku. Aku tersipu malu bila
menyedari Ishamudin sedang merenungku. Suka sangat buat aku gelabah. Aku
bersihkan mulutnya dari sisa-sisa bubur. Mata bertentang mata membuatkan
jantungku berdegup kencang. Aku ralit membalas renungan matanya yang redup itu.
Indahnya ciptaan Tuhan yang satu ini. Aku sentuh bibirnya dengan hujung jariku.
Semakin kuat degupan jantungku bila melihat dia tersenyum. Kesan luka di tepi
bibirnya masih kelihatan. Tentu sakit. Lebih-lebih lagi bila terkena makanan
pedas pagi tadi. Aku seperti ditarik untuk terus merenung wajah tampan itu. Aku
pejamkan mata saat bibir kami bersatu, lama sekali sehingga aku terasa seperti
berada diawangan. Dapat aku rasakan tubuhku ditarik mendekatinya. Betapa
indahnya saat itu. Ingin aku rakam saat indah seperti ini. Kali kedua dia
menciumku. Tetapi kali ini, aku merelakannya. Ishamudin sentuh bibirku dengan
hujung jarinya. Aku tersipu malu.
“Kalaulah aku sihat, tentu sekarang ni malam terindah kita, betulkan?”
Ishamudin tersenyum. Wajahku, usah cakap. Merona merah. Aku pukul dadanya
perlahan. Tidak sanggup untuk aku pandang wajahnya.
“Isk..awak ni. Ke situ pulak dia. Nah makan ubat ni,” Aku menghulur 2 biji
pil sakit perut padanya. Dia geleng kepala. Aku besarkan mata.
“Makanlah.” Gesaku. Dia tetap geleng kepala. Aku gigit bibir geram.
“Kalau aku makan ubat tu, kiss aku dulu,” Aku jegilkan mataku padanya. Dia
mencebik.
“Yang tadi tu apa?” Aku berdengus marah.
“Tak cukup,” Aku kerutkan dahi. Hai,
mood miang dia dah datang. Sakit-sakit macam ni pulak dia nak bermanja dengan
aku.
“Awak makan ubat ni dulu,” Aku tersenyum manis padanya. Lama, wajahku
direnung sehingga akhirnya dia angguk kepala.
“Okey. Tapi, kena hancurkan dulu ubat tu.”
“Hah!!” Lagi teruk dari anak saudara aku yang kecil tu. Akhirnya aku ambil
sudu dan aku larutkan pil tersebut sebelum aku suapkan kemulutnya. Aku tergelak
halus bila melihat riak wajahnya saat itu. Beberapa saat kemudian dia kembali
tenang. Itupun, selepas meneguk segelas air suam.
“Okey. Mana ciuman untuk aku?” Aku geleng kepala. Perlahan aku dekatkan
wajahku ke wajahnya. Apabila bibirnya hampir mengena bibirku, aku berpaling dan
akhirnya dia hanya berjaya mencium pipiku.
“Kau tipu aku?” Aku angkat kening. Lama kami mendiamkan diri.
“Takpe. Kalau aku dah sihat, tahulah macamana aku balas,” Aku jelirkan
lidah padanya. Dia geleng kepala.
“Okey, saya tunggu,” Aku tersenyum manis.
Sedang ayik membalas renungannya, tiba-tiba
Ishamudin menahan sesuatu yang bakal keluar dari mulutnya.
“Awak, kenapa?” Aku bertanya cemas dan membantu Ishamudin ke bilik air.
Sebelum sempat sampai di bilik air, Ishamudin muntah di atas lantai.
“Awak...” Aku menjerit bimbang. Ishamudin terduduk. Badannya masih lemah.
Aku membantunya berdiri. Dengan perlahan kami melangkah ke bilik air. Bau
muntahnya memeningkan kepalaku. Tekakku pula tiba-tiba merasa loya. Tanpa
amaran, aku terus memuntahkan isi perutku. Ishamudin memandang wajahku dan aku
juga memandang wajahnya. Dia tersenyum lemah. Bila tercium lagi bau muntah
kami, sekali lagi aku muntah. Ishamudin usap belakang tengkukku. Dah macam aku
pulak yang sakit.
“Isham, Mawar.. kenapa ni?” Kami berdua berpaling ke pintu bilik. Wajah
risau ibu mertuaku menyapa ruang mataku.
“Mawar ni kenapa pulak? Sakit perut juga?” Aku geleng kepala.
“Dia tak tahan cium bau muntah Sham, mak,” Ishamudin menjawab lemah.
Setelah mencuci mulut, aku dan Ishamudin melangkah perlahan ke katil.
“Ye?” Aku angguk kepala. Mak mertuaku kerutkan dahi.
“Ni Isham atau Mawar yang muntah kat sini?” Pantas jari telunjukku
menunding ke arah Ishamudin. Mak mertuaku geleng kepala sambil tangannya pantas
mencuci muntah anaknya sebentar tadi.
“Kalau Mawar muntah-muntah macam ni, maknanya mak dan ayah bakal jadi
neneklah ni?” Wajah ibu mertuaku begitu ceria sekali memandang wajah kami
berdua. Aku terbatuk. Ishamudin turut sama terbatuk. Sehati sejiwa pulak kami
berdua ni.
“Belum,” Kami berpandangan. Mana tidaknya, serentak kami berdua menjawab.
Mak mertuaku kerutkan dahi.
“Er...maksud Mawar, belum ada rezeki
lagi.”
“Ah..aha... Mak. Mawar baru je habis period
dua hari lepas.” Aku pandang wajah Ishamudin.
“Ye ke? Takpelah. Mawar masih rasa nak muntah?” Pantas aku geleng kepala.
Tak naklah, nanti dia fikir yang bukan-bukan pulak.
Aku menjeling tajam wajah
Ishamudin yang tersengih macam kerang busuk kat sebelah. Dalam keadaan tak
sihat tu pun, dia masih jugak nak kenakan aku.
“Seingat saya, saya period minggu lepas. Apa pulak dua hari lepas?” Aku
bertanya padanya sebaik sahaja ibu mertuaku keluar dari bilik kami. Sekarang
kami berdua sedang berehat di atas katil.
“Ye ke?” Dia pulak tanya aku balik. Aku yang period, mestilah aku tahu.
Sengaja nak kenakan akulah tu.
“Yelah. Pandai-pandai pulak dia,”
“Maknanya kau buat tanda setiap kali period?” Wajahku saat itu usah
cakaplah. Memang panas membahang. Kalau letak telur burung pipit, rasanya
memang dah masak. Panas sangat-sangat. Tiba-tiba rasa nak cari kipas bagi
menghilangkan rasa panas ni. Dia tergelak. Tentu dia ingat aku sudah bersedia
dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada kami berdua kelak.
“Jadi kau ikut apa yang aku cakap hari
tu?” Aku gigit bibir geram.
“Saya Ikut cakap awak? Beranganlah,” Aku berdalih. Padahal, memang aku buat
pun. Dia tersenyum penuh makna. Siap angkat kening lagi.
“Bila agaknya malam terindah kita tu ye?” Soalnya bersama renungan yang
boleh buat aku sesak nafas.
Wajahnya begitu hampir denganku sehingga aku
terpaksa menolak pipinya menjauhi pipiku. Aku memandang wajahnya. Dalam hati
aku berkata, bila-bila masa pun okey. Ingin je aku jawab macam tu. Tapi,kan?
Macam tak sabarlah pulak. Kenapalah dia ni penyabar sangat. Tapi silap aku
jugak, dia nak, aku pulak jual mahal. Sebenarnya, aku bukan jual mahal, aku tak
tahu sama ada dia sungguh-sungguh nak bersama aku atau hanya nak mengusik. Dulu
dia kata, bila dia dah sayangkan aku, dia nak goda aku habis-habisan. Tapi,
sampai sekarang dia masih macam tu jugak. Tak nampak pun macam nak goda aku.
Erkkk..tiba-tiba berfikir tentang goda menggoda ni apahal.
“Err..Awak berehat dulu ye. Saya nak tolong mak kat luar,” Dia angguk kepala. Tak sanggup aku nak tunggu
lama-lama kat situ.
“Tahu sangat. Nak mengelaklah tu. Tapi, takpe, memandangkan aku masih belum
sihat, kita biarkan dulu hal tu,” Aku berpaling padanya. Dia tersenyum.
***********************
p/s : Selamat membaca semua. jangan lupa mendoakan keselamatan pasukan mencari dan menyelamat MH370. semoga negara kita di rahmati Allah S.W.T. sama-sama mendoakan yang terbaik buat negara kita.
5 catatan:
wink wink wink
comel ye dorg ni
sweet n cumel..
-ada
Sweet nyer diorg nie..nakk lagi..
Sweetnya...good2
ble nk sambung..
Post a Comment