Followers

Monday, March 18, 2013

Relaku Pujuk 19



“Saya setuju. Tapi sebelum tu, saya ada permintaan......” Aku tersengih. Akal gilaku datang tiba-tiba. Aku bagi tahu Isha supaya semua ahli keluarga berkumpul selepas solat Subuh tadi. Mereka semua menanti dengan sabar.
“Apa dia?” Mak cik Yon bertanya tidak sabar. Ishamudin pula santai bersandar di kerusi sebelah ayahnya. Aku pandang wajahnya kemudian tarik nafas.
“Awak, ermmm...” Semua mata memandang kearahku dan Ishamudin silih berganti.
“Saya nak awak baca Doa Qunut. Bukan Qunut pendek tau.” Aku tergelak bila teringat novel Gelak Tergolek tu. Ada ke Qunut panjang Qunut pendek. Suka suki dia je. Ishamudin tersengih. Mungkin bagi dia, kacang je tu. Takpe. Tu intro je.  Masih ada lagi. Dia membetulkan duduknya dan terus membaca dengan lancar sekali. Ermmm...bagus. Merdu betul suara dia. Aku tahan gelak. Aku nak juga kenakan dia. Ishamudin pandang aku sambil angkat kening. Dia masih bersandar di kerusi. Aku yakin, lepas ni, dia akan berdiri bila dengar permintaan aku tu. Hahahaa...tak dapat tahan. Nak gelak jugak.
“Okey. Satu lagi... ermmm...nyanyi satu lagu untuk saya. Apa-apa lagu.” Aku tersengih nakal. Dia terus berdiri. Kan dah cakap. Aku berusaha untuk menahan gelak. Kalau aku ketawa kat sini, nanti dia tahu aku nak kenakan dia.
“Hah!!! Nyanyi?” Aku angguk kepala sambil buat muka comel. Aku pandang wajah satu persatu mereka yang berada di ruang tamu. Tangan Isha sudah melekat diperutnya sebab dia sudah tergelak besar.
“Mawar ni, ingatkan apa tadi. Rupanya nak suruh Isham nyanyi. Hah... Sham, tunggu apa lagi, bakal isteri nak dengar suara merdu kau nyanyi tu.” Pak Cik Ismail bersuara sambil ketawa. Mereka yang lain juga turut tergelak. Aku hanya tersengih. Suka dapat kenakan dia. Bukan selalu. Mana tahu, lepas kahwin nanti, tak dapat nak kenakan dia. Aku mengeluh bila teringatkan perkara tersebut. Dapatkah aku mengharungi hidup bersamanya? Berapa lama masa yang akan kami ambil untuk mewujudkan suasana seperti suami isteri yang lain.
“Abang, nyanyilah. Nanti Mawar tak jadi kahwin dengan abang, baru padan muka,” Aku angkat muka mendengar suara Isha menggesa abangnya. Aku tersenyum kelat. Bila melihat wajah bengang Ishamudin, aku mengeluh. Aku bukan saja-saja nak dia menyanyi, aku nak tenangkan hati sendiri. Sekurang-kurangnya, ada kenangan yang indah untuk aku kenang jika ada masalah di masa hadapan kelak. Tetapi, bila melihat tiada tindak balas darinya, aku mengeluh.
“Takpelah. Lupakan. Saya setuju kahwin dengan awak,” Aku terus berdiri dan berlalu. Aku tak tahu apa yang aku rasa saat ini. Apa yang pasti, aku rasa sedikit tenang berbanding semalam bila melihat mereka semua mengeluh lega. Mak dan Mak cik Yon tersenyum sambil saling berpelukan. Aku menghentikan langkah bila terdengar suara garau menyanyi perlahan. Pantas aku berpaling dan merenung lelaki yang sedang tunduk memandang lantai.
Kau mawarku
Juwita kalbu
Gadis yang ku rindu
Kau remaja mencuri hatiku
Merayu jiwaku
“Mawar sudi jadi isteri Sham?”
Aku gigit bibir menahan gelak. Tak sangka pulak dia betul-betul menyanyi. Mereka yang lain bertepuk tangan. Aku????
“I’m yours,” Ucapku pantas beserta kedua-dua jari telunjukku mengarah ke arahnya kemudian aku terus berlari ke bilik. Namun aku sempat melihat dia tersenyum sambil menggaru belakang tengkuknya. Handsomenya.
“Macam budak-budak. Macamanalah dia ni bila jadi isteri Isham nanti,” Sempat pulak ibuku mengutuk.
 “Macam-macamlah Mawar ni.” Di dalam bilik aku mencuri dengar perbualan mereka. Hahahaa...baru tahu. Aku tergelak besar. Beberapa minit kemudian, aku terima panggilan telefon darinya.
“Assalamualaikum,” Aku memberi salam.
“Waalaikumsalam,” Selepas menyambut salamku, lama dia mendiamkan diri. Aku turut sama mendiamkan diri. Aku berserah pada Allah S.W.T semoga pilihan yang aku buat ini adalah pilihan yang tepat.
“Terima kasih.” Ucapnya perlahan setelah agak lama mendiamkan diri.
“Okey,”
“Sekejap lagi, kita pergi ke butik untuk pilih baju. Maaf, sebab terpaksa buat  last minute.”
“Ermm...Okey,” Aku tak tahu nak jawab apa. Lidah kelu bila bercakap dengannya.
“Jumpa nanti. Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,” Aku pandang telefon bimbitku. Bila teringat dia menyanyikan lagu  Kau Mawarku tadi, aku tergelak halus. Tak sangka dia pilih lagu tu sebelum melamarku. Walaupun, suara dia taklah sedap sangat macam artis, kira okey jugak sebab dia sanggup menyanyi untuk aku depan keluarga dia dan keluargaku. Malam esok nak paksa dia nyanyi kat atas pentas pulak. Jangan tak tahu, mereka siap buat pentas untuk berkaraoke. Bukan untuk bertanding pun, hanya untuk suka-suka. Kalau dia tak nak nyanyi, aku mogok tak nak bersanding. Aku tergelak halus. Tergelak lagi. Aduiii....
Sementara itu, ahli keluarga Ishamudin, semuanya begitu gembira mendengar khabar tersebut. Segalanya seperti dirancang. Kakak-kakakku semua mengesahkan kehadiran mereka  tanpa ada halangan kecuali Abang Zam, tak dapat balik sebab ada hal di kem. Apa yang mengganggu aku saat itu, hanya perasaan serba salah dan kasihan pada Kak Diah. Tentu dia sedih. Bagaimana dengan majlis mereka? Kalau ikut perancangan, pengantin lelaki akan bergerak ke rumah pengantin perempuan, memandangkan jarak kampung mereka tidaklah jauh. Tetapi, sekarang, Ishamudin akan berkahwin dengan aku. Aduh!!! Kenapalah semua ini terjadi sekarang. Betul ke aku nak kahwin ni?
Paginya, aku, Isha dan Ishamudin ke butik mak andam yang akan menghiasku kelak. Isha begitu ceria sekali. Macam dia yang nak berkahwin. Aku pandang wajah bakal suamiku. Bakal suami? Aduh!!! Kenapalah aku tersekat di dalam keluarga ni? Aku mengeluh lagi.
“Mawar, kau nak pakai baju warna apa?” Aku tersentak. Kami dah sampai rupanya.
“Ah!!! Aku? Errr...” Aku pandang wajah Ishamudin namun lelaki itu begitu leka dengan handphonenya.. Esok majlis akad nikah. Hari ni baru nak pilih baju pengantin. Huh!!! Apalah nasib.
“Nanti aku pilih, dia tak berkenan, susah jugak,” Aku berbisik ke telinga Isha. Isha tersengih.
“Wah!!! Nak jadi isteri mithalilah ni?” Aku mencebik mendengar usikan Isha. Ishamudin yang dari tadi tidak henti-henti menelefon seseorang sedikit mengganggu ketenangan jiwaku. Mungkinkah dia sedang menghubungi Kak Diah? Bagaimana kalau dia nak kahwin dengan Kak Diah disaat-saat akhir? Apa yang akan terjadi pada aku? Semua ahli keluarga dah tahu aku nak kahwin esok. Aku gigit bibir. Mungkinkah Ishamudin sedang merancang untuk kenakan aku? Tentu dia nak malukan aku. Aku tiba-tiba berasa marah dan airmata mula bergenang dibirai mataku.
“Mawar, nak ke mana tu?” Aku berlari meninggalkan Isha namun tanganku ditarik oleh seseorang.
“Kau nak pergi mana? Dah pilih baju?” Aku tunduk merenung kaki sendiri. Aku takut untuk memandang wajahnya.
“Mawar kenapa ni?” Isha pula bertanya.
“Awak...awak dan Kak Diah sengaja nak kenakan saya. Betulkan?” Aku bertanya dengan suara tersekat-sekat. Airmata sudah mengalir dipipiku.
“Apa yang kau merepek ni?” Suaranya jelas kedengaran marah. Aku kesat airmata dan angkat muka merenung wajahnya bersama sisa airmata dan sedu sedan. Aku gigit bibir menahan tangis yang hampir terlepas. Wajahnya jelas terpancar riak terkejut. Mungkin dia terkejut sebab aku sudah tahu rahsianya. Aku menepis tangannya dan berpaling untuk meninggalkannya.
“Apa yang kau merepek ni?” Soalnya marah sambil menarik semula lenganku dengan kuat sehingga aku hampir memeluk tubuhnya.
“Mawar kenapa?” Isha bertanya bimbang.
“Awak sengaja nak malukan saya. Kalaupun, awak bencikan saya, janganlah libatkan ahli keluarga saya,” Isha pandang wajah Ishamudin.
“Mawar, Mawar salah sangka ni. Abang dan Kak Diah memang tak jadi kahwin.” Isha tepuk bahuku. Ishamudin masih merenung wajahku dengan riak yang sukar untuk aku tafsirkan.
“Tapi...”
“Dah. Mari kita pilih baju. Nanti lambat pulak.” Isha tarik tanganku namun Ishamudin masih belum melepaskan tanganku. Matanya menikam terus ke dasar hatiku.
“Abang, Isha nak bawa Mawar pilih baju ni. Nanti lambat pulak,” Aku pandang wajah dua-beradik yang sedang bermain tarik tali menggunakan tangan aku.
“Abang nak bercakap dengan Mawar sekejap.” Isha kerutkan dahi.
“Abang nak cakap apa lagi. Jangan nak sakitkan hati Mawar. Nanti semua yang kita rancang ni tak jadi pulak. Kasihan pulak kat mak. Kalau Mawar batalkan perkahwinan ni, lagi malu abang dibuatnya.” Isha bersuara geram.
“Jangan risaulah. Tahulah abang nak buat apa kat bakal isteri abang ni,” Aku hanya mendiamkan diri. Hatiku tawar untuk meneruskan rancangan ni. Ishamudin menarik tanganku dan membawaku ke satu sudut yang agak terlindung dari orang ramai. Dia bersandar di tepi dinding.
“Kau nak aku buat apa lagi untuk membuktikan kata-kataku?” Aku pandang wajahnya.
“Errr....” Kelu lidahku saat ini.
“Kau nak aku menjerit kat sini. Bagitahu aku nak kahwin dengan kau? Tak pun, kau nak aku masukkan dalam surat khabar, biar satu Malaysia tahu aku nak kahwin dengan kau?” Aku gigit bibir kemudian geleng kepala. Takkan sampai macam tu sekali.
“Ermmm...Betul awak dan Kak Diah tak jadi kahwin?” Aku bertanya sambil mencuri pandang wajahnya.
“Ye. Aku takkan kahwin dengan dia sampai bila-bila. Aku hanya akan berkahwin dengan kau seorang seumur hidup ni. InsyaAllah. Puas hati?” Aku angkat muka. Mata kami bertentang membuatkan jantungku berdegup kencang. Macamana ni. Walau aku cuba untuk melarikan pandanganku, namun matanya seakan-akan menarik mataku. Macam ada arus elektrik pulak. Teringat pula dengan cerita Cina Klasik.
“Di sini rupanya bakal pengantin aku ni. Sabar ye. Tak lama lagi tu. Esok korang tataplah puas-puas. Peluklah puas-puas. Sekarang ni, masa untuk pilih baju. Nanti kalau tak sempat nak ubah baju tu, korang berdua pakailah baju kurung dan baju melayu. Baru padan muka.” Aku gigit bibir mendengar mak andam tersebut membebel. Terasa nak tergelaklah pulak. Ishamudin tersenyum. Aku turut sama tersenyum. Kami berdua mengekori langkah mak andam itu menghampiri Isha.
“Kau nak warna apa?” Soal Isha padaku. Aku pandang wajah Ishamudin.
“Ungu muda,” Kami berdua saling berpandangan bila sama-sama menyebut warna kegemaran kami. Isha tersenyum meleret.
“Okey. Mari. Cuba dulu.”
Setelah mencuba beberapa pasang baju, kami bertiga pulang untuk menguruskan surat kebenaran berkahwin pula.
Satu hari digunakan untuk menguruskan segala urusan. Mungkin sudah takdir jodohku dengannya, sebab, sepanjang urusan mendapatkan tandatangan penghulu kampung dan urusan borang pernikahan kami berjalan lancar. Ayahku datang dari kampung dengan beberapa ahli keluarga yang lain sebagai saksi.
***************************
            “Erkk...kena bertunang jugak ye?” Aku garu kepala mendengar cadangan dari Mak Cik Yon. Mak angguk kepala.
“Ye. Sham yang suruh adakan majlis bertunang. Malam ni majlis bertunang. Esok akad nikah,” Aku tak tahu nak jawab apa.
“Perlu ke?” Aku bertanya bodoh. Isha tergelak.
“Kenapa? Kau tak nak ada majlis bertunang. Dah tak sabar nak kahwin?” Usiknya. Aku tampar bahunya. Mereka yang lain tergelak mendengar kata-kata dari mulut Isha.
“Merepek je. Kalau bertunang malam ni, mana sempat sediakan barang hantaran.” Bantahku.
“Alah...bukan susah pun. Barang tu semua Abang Sham dah tempah. Kau hanya perlu duduk dan terima cincin tu je.” Aku mengeluh.
“Jadi kena bertunang jugaklah ye?” Mereka angguk kepala. Sekilas aku pandang wajah bakal suami aku yang sedang duduk bersandar di tepi dinding bersebelahan ayahku. Wajahnya tetap tenang. Perlahan aku berdiri lalu menghampirinya.
“Kita kena bertunang jugak ye?” Dia angguk kepala. Matanya merenung wajahku. Serba salah dibuatnya. Dia ni nak pikat aku ke?
“Tapi, kan membazir semua tu. Saya tak kisah pun, kalau kita terus kahwin.” Dia tetap tersenyum.
“Aku nak kau jadi tunang aku, walaupun hanya semalam. Aku nak kau rasa apa yang gadis lain rasa sebelum bergelar isteri.” Aku terdiam. Terharu bila dia cakap macam tu. Belum apa-apa dia dah mula berubah.
“Kenapa awak baik sangat. Mana Ishamudin yang suka sakitkan hati saya tu?” Aku bertanya perlahan sambil merenung wajahnya. Dia turut sama membalas renunganku.
“Kenapa? Kau tak suka?” Aku geleng kepala. Aku keliru. Kenapa cepat sangat dia berubah.
“Awak betul-betul nak kahwin dengan saya?” Aku bertanya lagi. Rasanya berkali-kali aku bertanya soalan itu padanya. Dia tetap tersenyum dan angguk kepala.
“Barang hantaran tu dah siap? Sempat ke mereka buat?” 
“Aku tempah sedikit je. Benda yang penting je.”
“Bila mereka nak hantar?”
“Petang nanti mereka hantar.” Aku angguk kepala dan kembali ke sisi Isha.
“Isha, kau rasa, sempat tak kalau kita order kek?” Aku berbisik ke telinga Isha. Isha pandang muka aku.
“Kek? Untuk apa?”
“Aku ingat nak bagi kek sebagai balasan hantaran tu. Tapi, sempat ke?” Aku mengeluh. Sekarang dah pukul 2 petang. Aku berpaling ke arah Ishamudin yang sedang berbual dengan ayahnya dan ayahku. Rancak sekali mereka berbual. Sesekali dia berpaling padaku dan tersenyum. Aku tersipu malu. Alamak!!! Rasanya kami berdua ni dah macam orang bercinta bertahun lamanya.
“Aku rasa tak sempatlah.” Isha menjawab perlahan.
“Ye ke? Takpelah.” Aku berdiri.
“Eh!! Kau nak pergi mana?”
“Nak jumpa Kak Rina. Nak minta tolong dia buatkan.” Isha angguk kepala. Kakak aku tu memang pandai buat kek. Setiap kali sambut hari raya, dia yang buat kek untuk kami.
            Ketika aku dan Isha menjenguk dapur, Kak Rina sedang menganyam ketupat lepas. Aku terus menghampirinya.
“Mawar, kenapa?” Aku tersengih.
“Kak, kalau buat kek sekarang ni, sempat tak siap sebelum majlis malam ni?” Kak Rina kerutkan dahi.
“Kek? Kek apa?”
“Apa-apa kek. Sempat tak?”
“Manalah sempat nak buat kek sekarang ni. Nak cari bahan lagi.” Aku mengeluh.
“Habis tu, apa saya nak buat sebagai balasan hantaran pihak lelaki tu?”
“Tak perlu tu semua. Asalkan kau sudi jadi isteri aku, dah syukur,” Aku tersentak bila mendengar suara garau Ishamudin di belakangku.
“Tengok...Sham tak kisah pun. Dah, tak payah nak peningkan kepala.” Aku berpaling menghadap Ishamudin yang sedang berpeluk tubuh sambil merenung wajahku. Tidak sanggup hendak menentang renungan matanya yang tajam itu, perlahan aku tundukan wajahku.
“Takkan saya tak boleh sumbangkan apa-apa dalam majlis kita ni?” Aku bertanya perlahan.
“Kan aku dah cakap tadi. Asalkan kita kahwin, dah cukup bagi aku. Balasan hantaran tu tak penting. Yang penting tuan punya badan tu sudi terima aku yang tak handsome ni.” Aku menjeling sekilas padanya. Dia tersengih.
“Betul?” Dia angguk kepala.
“Okey.” Nak buat macamana. Dia yang tak nak.
            Selepas solat Isyak, majlis bertunang pun bermula. Majlis bertunang kami tu dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Biarpun tidak ramai orang, namun tetap meriah. Yang sedihnya, kawan-kawan aku tak dapat datang. Maklumlah, buat kenduri mengejut. Tak sangka aku dah jadi tunang orang.
“Cantiknya bakal kakak ipar aku ni.” Aku tersipu malu bila Isha memujiku. Baju kurung moden yang aku pakai ni, simple je. Tapi, mereka cakap, tetap sesuai untuk majlis bertunang. Baju raya beberapa bulan lepas aku pakai untuk majlis bertunang. Nasib baik baju ni tak sempat nak di pakai masa raya hari tu. Macam tahu-tahu je, dia diperlukan sekarang ni.
“Cantik,” Aku tersentak bila suara garau tapi romantik menyapa telingaku.
“Cantikkan bang. Bila Mawar pakai tudung, makin terserlah kecantikannya. Cemburu adik tengok,” Isha peluk lengan abangnya. Aku masih mendiamkan diri.
“Eii...Sudah-sudahlah tengok orang.” Aku sembunyikan wajahku dengan kedua-dua belah tanganku. Terdengar suara mereka yang lain ketawa.
“Malu pulak dia. Sham, sabar ye. Lepas akad nikah esok baru dia jadi isteri kau,” Ishamudin garu kepala bila diusik oleh ahli keluarganya. Riuh rendah dalam rumah tersebut mendengar teguran lelaki tadi.
“Saya masuk bilik dulu.” Aku terus beredar. Tak sanggup nak menadah telinga mendengar usikkan mereka. Baru bertunang. Tak tahulah esok bagaimana.

****************************

                    Keesokan harinya, aku berdebar-debar menunggu majlis akad nikah dimulakan. Walaupun ramai yang mengelilingiku saat itu, namun perasaan gementar tetap wujud. Lebih-lebih lagi bila mendengar Khutbah Nikah tentang tanggungjawab suami isteri. Jika tidak mengenangkan pernikahan ini melibatkan ahli keluarga, memang aku akan geleng kepala saat ditanya sama ada ikhlas berkahwin dengan lelaki ini untuk kali terakhir oleh jurunikah tersebut. Aku belum bersedia lagi hendak menggalas tugas sebagai isteri. Aku masih banyak kekurangan.
Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri Ishamudin. Aku terharu bila melihat Ishamudin menunaikan Solat Sunat Selepas Akad Nikah. Selesai menunaikan solat sunat selepas nikah, Ishamudin menghampiriku dan menyarung cincin perkahwinan kami. Aku menyalami tangannya seraya tunduk mencium tangannya. Kemudian, aku pejamkan mata saat bibir Ishamudin mendarat di dahiku. Airmata mengalir tanpa dapat ditahan sewaktu Ishamudin berbisik perlahan ditelingaku.
“Assalamualaikum, isteriku,” Mendengar ucapannya itu, satu perasaan halus menerpa jauh ke dalam hatiku. Mesti sekarang ni muka aku dah merona merah.
“Waalaikumsalam,” Jawabku perlahan. Dia tersenyum saat mata kami bertemu. Semalam aku bergelar tunang padanya, sekarang aku sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama Ishamudin. Aku berdoa semoga perkahwinan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dan, aku berdoa semoga kami mampu mengharungi ujian dan dugaan dalam rumahtangga kami.
*********************
Malamnya, aku buat hal. Walaupun hati sudah dapat menerima pernikahan kami, tapi, aku masih belum puas nak kenakan suami aku ni. Macam budak-budak. Tapi, tak beranilah nak buat hal depan ahli keluarga. Aku gamit lengan Isha dan berbisik ke telinganya.
“Isha, aku nak menyanyilah malam ni. Okey tak?” Aku tersenyum penuh makna padanya.
“Kau nak karaoke?” Aku angguk kepala.
“Okey. Jum, aku temankan. Tapi kau dah bagitahu Abang Isham?” Aku geleng kepala.
“Kenapa tak bagitahu dia? Nanti membebel pulak orang tua tu,” Aku tersenyum.
“Aku nak bagitahu kau, aku nak dia temankan aku menyanyi malam ni,” Aku tergelak lagi. Isha kerutkan dahi.
“Rosak sudah otak kakak ipar aku ni.” Aku angkat kening.
“Betul?” Aku angguk kepala.
“Jum..” Isha tarik tanganku menghampiri Ishamudin yang sedang leka berbual dengan beberapa orang rakannya.
“Sham, isteri kau datang,” Aku tersenyum. Ishamudin angkat kening.
“Err...Sini sekejap,” Aku melambai tangan padanya. Aku terpesona melihat dia yang sedang memakai baju melayu warna putih menghampiriku sambil tersenyum pada rakan-rakannya bila ada yang bersiul mengusiknya. Aku tersipu malu. Malu pulak bila melihat senyum mekar dibibirnya.
“Apa dia?”
“Kita nyanyi nak?” Aku tersengih. Dia merenung tajam wajahku.
“Menyanyi?”
“Ye,”
“Tak naklah. Suara aku tak sedap,” Tolaknya. Aku mencebik.
“Tapi saya nak dengar awak nyanyi juga. Kita nyanyi sama-sama, nak?”
“Ni kenapa tiba-tiba nak menyanyi? Sakit?” Dia sentuh dahiku.
“Bukanlah. Jealous tengok mereka tu menyanyi,” Aku berusaha sembunyi gelak. Isha geleng kepala.
“Tiba-tiba je nak aku menyanyi. Kau nak kenakan aku lagi?” Tekaan Ishamudin sangat tepat. Aku angguk kepala.
“Ehhh!! Bukan..bukan.. Marilah. Kita nyanyi,” Aku memberanikan diri memeluk lengannya. Dia hanya mendiamkan diri. Wajahnya sedikit berubah. Mungkin tidak menyangka aku akan memeluk lengannya. Eleh!! Ini hanya taktik untuk pujuk dia masuk dalam perangkap aku. Hahahhaa... dalam hati, aku ketawa besar.
“Okey. Tapi, aku tak nak menyanyi malam ni. Aku nak nyanyi esok. Lepas kita bersanding.” Dia angkat kening.
“Hah!!! Esok? Tak naklah. Ramai orang nampak. Malulah Mawar.” Aku menolak lengannya.
“Tak kira. Kau dan aku mesti menyanyi esok. Sebenarnya aku memang ada planning nak menyanyi untuk majlis kahwin aku ni. Mulanya aku nak lupakan, tapi, kau dah bagi green light, so, esok kau kena temankan aku menyanyi.” Aku muncung mulut. Tak sangka pulak, niat untuk kenakan dia, terkena aku pulak. Siapa suruh berniat jahat pada suami sendiri. Kan dah kena.
“Mari,” Dia tarik lenganku.
“Nak ke mana?” Soalku bingung.
“Ehh!! Abang nak bawa Mawar pergi mana tu? Malam ni, Mawar tidur dengan adik. Abang jangan nak buat hal pulak.” Ishamudin menjeling tajam wajah adiknya. Isha kecut perut. Aku? Aku ikut ke mana sahaja dia membawaku. Aku kan dah jadi isteri dia.
“Sham, Mawar kenapa ni?” Mak Cik Yon a.k.a mak mertua aku menegur.
“Sham nak bagi sesuatu pada Mawar.” Aku kerutkan dahi mengekori langkah Ishamudin masuk ke bilik pengantin.
Errkkkk...takkanlah... aku pandang wajahnya yang tetap selamba itu.
“Nah!!”
“Ipod??? Nak buat apa?” Tiba-tiba je bagi aku Ipod dia. Apa kes?
“Kau hafal lagu Penghujung Cintaku?”
“Hah!!! Penghujung Cintaku? Lagu apa tu?” Peliklah mamat ni. Tak pernah dengar pun.
“Tu mesti tak pernah dengar. Itulah asyik sangat dengar lagu Korea. Sama macam Isha tu,” Erkkk....Mana dia tahu aku minat lagu Korea? Pelik.
“Mana awak tahu saya minat lagu Korea?” Aku bertanya pelik sambil dahi dikerutkan.
“Kenapa kau suka sangat kerutkan dahi,” Dia tolak dahiku dengan hujung jari telunjuknya. Aku sentuh dahiku tetapi aku tersentuh jarinya. Aku tersentak dan mengangkat muka. Mata bertentang mata membawa kami berdua ke satu tempat yang aku tidak pernah jumpa. Hanya kami berdua dikelilingi rumput hijau. Kami tersentak bila terdengar bunyi mercun di luar rumah. Mungkin pemuda kampung yang bermain mercun. Bila ada majlis kahwin, memang biasalah bunyi mercun tu. Jangan ingat raya je dia orang main mercun. Waktu kenduri kahwin ni, lagi mereka suka main mercun tu.
“Err...Aku nak kau hafal lagu tu.” Aku angguk kepala. Dia terus berlalu. Lama Ipod putih itu aku pandang. Perlahan aku pasang earbuds ke telinga dan berjalan keluar dari bilik.
“Mawar, abang Sham ada buat apa-apa kat kau tadi?” Aku kerutkan dahi. Kemudian aku tayang Ipod tersebut.
“Kau pernah dengar lagu, apa ye. Lupa pulak. Ermmm....penghujung rindu? Ehhh...Penghujung cintaku... ha..lagu tu, kau pernah dengar?” Isha tayang wajah pelik. Kemudian dia geleng kepala.
“Kenapa dengan lagu tu?”
“Abang kau suruh aku hafal lagu tu. Esok dia nak nyanyi lagu tu,” Mataku terpaku pada Ipod. Lagu yang berkumandang di telingaku membuatkan langkahku mati di situ.
“Kau dengar lagu ni. Best.” Aku suakan earbuds  ke telinga Isha.
“Yelah. Mari. Cari lirik dia kat google,” Aku angguk kepala. Kami berdua terus masuk ke dalam bilik Isha.
“Mawar, tidur awal. Esok kena bangun awal,” Aku berpaling mendengar suara ibuku. Terlupa pulak, yang kami sekarang berada di majlis perkahwinanku. Aduh!! Bila berjumpa Isha, aku tak rasa yang aku  sekarang ni sudah jadi isteri orang.
            Kami berdua terus search di google tajuk lagu itu beserta lirik. Aku tersenyum lebar bila melihat lirik lagu tersebut. Isha pulak sudah tersenyum meleret. Bahuku menjadi mangsa tangannya. Budak ni, habis lebam badan aku kena cubit.
“Romantik gila lagu ni. Takkan abang aku dah rosak jugak? Aku ingatkan kau seorang yang rosak, rupanya, abang aku pun sama. Betullah tu.” aku tersenyum meleret bila Isha mula menyanyi.
aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Isha menyanyi dengan penuh perasaan sekali. Naik meremang bulu romaku dibuatnya. Entah bagaimana pulak versi Ishamudin. Tak dapat aku bayangkan. Rasa menyesal pulak sebab usulkan cadangan gila-gila aku ni.
“Isha, sudahlah. Aku nak tidur.” Aku terus naik atas katil sambil menyumbat telinga dengan earbuds Ipod tersebut. Aku leka melayan lagu Penghujung Cintaku. Alangkah indahnya jika memang lagu tu untukku. Aku tersenyum meleret bila mengingatkan Ishamudin akan menyanyikan lagu tersebut esok hari.
**************************

p/s : serius saya cakap.. tak sampai hati nak letak konflik besar-besaran dalam novel ni... korang sudi baca tak, kalau setakat konflik kecil-kecilan.. huhuhu...

6 catatan:

Unknown said...

RINGIN-2 SUDAH .

eija said...

okey jer

MaY_LiN said...

ai kaira
bile nk smbg lg

Unknown said...

baby mio... terima kasih

eija . yelah.. memang dah kekeringan idea nak buat konflik besar2

lin ms said...

Akak x mnt konflik berat.tiap2 hr dh tension ngn kerja.nk jgk bc novel cm ni.santai n lucu.tq penulis.klu nk dibukukn akak mst bli punye.cite yg x buat kita sakit kpl.

Unknown said...

may_lin, hihihihi...sorry sangat2. terima kasih sebab masih setia tunggu new n3.. huhuhu...muah.. sayang awak.. hihihi

Lin ms , tq kak.. samalah kita ni.. mawar dan isham ni penghibur hati di kala sunyi... hhihi