“Saya setuju. Tapi sebelum tu, saya ada permintaan......” Aku tersengih.
Akal gilaku datang tiba-tiba. Aku bagi tahu Isha supaya semua ahli keluarga berkumpul
selepas solat Subuh tadi. Mereka semua menanti dengan sabar.
“Apa dia?” Mak cik Yon bertanya tidak sabar. Ishamudin pula santai
bersandar di kerusi sebelah ayahnya. Aku pandang wajahnya kemudian tarik nafas.
“Awak, ermmm...” Semua mata memandang kearahku dan Ishamudin silih
berganti.
“Saya nak awak baca Doa Qunut. Bukan Qunut pendek tau.” Aku tergelak bila
teringat novel Gelak Tergolek tu. Ada ke Qunut panjang Qunut pendek. Suka suki
dia je. Ishamudin tersengih. Mungkin bagi dia, kacang je tu. Takpe. Tu intro
je. Masih ada lagi. Dia membetulkan
duduknya dan terus membaca dengan lancar sekali. Ermmm...bagus. Merdu betul
suara dia. Aku tahan gelak. Aku nak juga kenakan dia. Ishamudin pandang aku
sambil angkat kening. Dia masih bersandar di kerusi. Aku yakin, lepas ni, dia
akan berdiri bila dengar permintaan aku tu. Hahahaa...tak dapat tahan. Nak
gelak jugak.
“Okey. Satu lagi... ermmm...nyanyi satu lagu untuk saya. Apa-apa lagu.” Aku
tersengih nakal. Dia terus berdiri. Kan dah cakap. Aku berusaha untuk menahan
gelak. Kalau aku ketawa kat sini, nanti dia tahu aku nak kenakan dia.
“Hah!!! Nyanyi?” Aku angguk kepala sambil buat muka comel. Aku pandang
wajah satu persatu mereka yang berada di ruang tamu. Tangan Isha sudah melekat
diperutnya sebab dia sudah tergelak besar.
“Mawar ni, ingatkan apa tadi. Rupanya nak suruh Isham nyanyi. Hah... Sham,
tunggu apa lagi, bakal isteri nak dengar suara merdu kau nyanyi tu.” Pak Cik
Ismail bersuara sambil ketawa. Mereka yang lain juga turut tergelak. Aku hanya
tersengih. Suka dapat kenakan dia. Bukan selalu. Mana tahu, lepas kahwin nanti,
tak dapat nak kenakan dia. Aku mengeluh bila teringatkan perkara tersebut.
Dapatkah aku mengharungi hidup bersamanya? Berapa lama masa yang akan kami
ambil untuk mewujudkan suasana seperti suami isteri yang lain.
“Abang, nyanyilah. Nanti Mawar tak jadi kahwin dengan abang, baru padan
muka,” Aku angkat muka mendengar suara Isha menggesa abangnya. Aku tersenyum
kelat. Bila melihat wajah bengang Ishamudin, aku mengeluh. Aku bukan saja-saja
nak dia menyanyi, aku nak tenangkan hati sendiri. Sekurang-kurangnya, ada
kenangan yang indah untuk aku kenang jika ada masalah di masa hadapan kelak.
Tetapi, bila melihat tiada tindak balas darinya, aku mengeluh.
“Takpelah. Lupakan. Saya setuju kahwin dengan awak,” Aku terus berdiri dan
berlalu. Aku tak tahu apa yang aku rasa saat ini. Apa yang pasti, aku rasa
sedikit tenang berbanding semalam bila melihat mereka semua mengeluh lega. Mak
dan Mak cik Yon tersenyum sambil saling berpelukan. Aku menghentikan langkah
bila terdengar suara garau menyanyi perlahan. Pantas aku berpaling dan merenung
lelaki yang sedang tunduk memandang lantai.
Kau
mawarku
Juwita kalbu
Gadis yang ku rindu
Kau remaja mencuri hatiku
Merayu jiwaku
Juwita kalbu
Gadis yang ku rindu
Kau remaja mencuri hatiku
Merayu jiwaku
“Mawar sudi jadi isteri Sham?”
Aku gigit bibir menahan gelak. Tak
sangka pulak dia betul-betul menyanyi. Mereka yang lain bertepuk tangan.
Aku????
“I’m yours,” Ucapku pantas beserta
kedua-dua jari telunjukku mengarah ke arahnya kemudian aku terus berlari ke
bilik. Namun aku sempat melihat dia tersenyum sambil menggaru belakang
tengkuknya. Handsomenya.
“Macam budak-budak. Macamanalah dia
ni bila jadi isteri Isham nanti,” Sempat pulak ibuku mengutuk.
“Macam-macamlah Mawar ni.” Di dalam
bilik aku mencuri dengar perbualan mereka. Hahahaa...baru tahu. Aku tergelak
besar. Beberapa minit kemudian, aku terima panggilan telefon darinya.
“Assalamualaikum,” Aku memberi salam.
“Waalaikumsalam,” Selepas menyambut salamku, lama dia mendiamkan diri. Aku
turut sama mendiamkan diri. Aku berserah pada Allah S.W.T semoga pilihan yang
aku buat ini adalah pilihan yang tepat.
“Terima kasih.” Ucapnya perlahan setelah agak lama mendiamkan diri.
“Okey,”
“Sekejap lagi, kita pergi ke butik untuk pilih baju. Maaf, sebab terpaksa
buat last
minute.”
“Ermm...Okey,” Aku tak tahu nak jawab apa. Lidah kelu bila bercakap
dengannya.
“Jumpa nanti. Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,” Aku pandang telefon bimbitku. Bila teringat dia
menyanyikan lagu Kau Mawarku tadi, aku
tergelak halus. Tak sangka dia pilih lagu tu sebelum melamarku. Walaupun, suara
dia taklah sedap sangat macam artis, kira okey jugak sebab dia sanggup menyanyi
untuk aku depan keluarga dia dan keluargaku. Malam esok nak paksa dia nyanyi
kat atas pentas pulak. Jangan tak tahu, mereka siap buat pentas untuk
berkaraoke. Bukan untuk bertanding pun, hanya untuk suka-suka. Kalau dia tak
nak nyanyi, aku mogok tak nak bersanding. Aku tergelak halus. Tergelak lagi.
Aduiii....
Sementara itu, ahli keluarga Ishamudin, semuanya
begitu gembira mendengar khabar tersebut. Segalanya seperti dirancang.
Kakak-kakakku semua mengesahkan kehadiran mereka tanpa ada halangan kecuali Abang Zam, tak
dapat balik sebab ada hal di kem. Apa yang mengganggu aku saat itu, hanya
perasaan serba salah dan kasihan pada Kak Diah. Tentu dia sedih. Bagaimana
dengan majlis mereka? Kalau ikut perancangan, pengantin lelaki akan bergerak ke
rumah pengantin perempuan, memandangkan jarak kampung mereka tidaklah jauh.
Tetapi, sekarang, Ishamudin akan berkahwin dengan aku. Aduh!!! Kenapalah semua
ini terjadi sekarang. Betul ke aku nak kahwin ni?
Paginya, aku, Isha dan Ishamudin ke butik mak
andam yang akan menghiasku kelak. Isha begitu ceria sekali. Macam dia yang nak
berkahwin. Aku pandang wajah bakal suamiku. Bakal suami? Aduh!!! Kenapalah aku
tersekat di dalam keluarga ni? Aku mengeluh lagi.
“Mawar, kau nak pakai baju warna apa?” Aku tersentak. Kami dah sampai
rupanya.
“Ah!!! Aku? Errr...” Aku pandang wajah Ishamudin namun lelaki itu begitu
leka dengan handphonenya.. Esok majlis akad nikah. Hari ni baru nak pilih baju
pengantin. Huh!!! Apalah nasib.
“Nanti aku pilih, dia tak berkenan, susah jugak,” Aku berbisik ke telinga
Isha. Isha tersengih.
“Wah!!! Nak jadi isteri mithalilah ni?” Aku mencebik mendengar usikan Isha.
Ishamudin yang dari tadi tidak henti-henti menelefon seseorang sedikit
mengganggu ketenangan jiwaku. Mungkinkah dia sedang menghubungi Kak Diah?
Bagaimana kalau dia nak kahwin dengan Kak Diah disaat-saat akhir? Apa yang akan
terjadi pada aku? Semua ahli keluarga dah tahu aku nak kahwin esok. Aku gigit
bibir. Mungkinkah Ishamudin sedang merancang untuk kenakan aku? Tentu dia nak
malukan aku. Aku tiba-tiba berasa marah dan airmata mula bergenang dibirai
mataku.
“Mawar, nak ke mana tu?” Aku berlari meninggalkan Isha namun tanganku
ditarik oleh seseorang.
“Kau nak pergi mana? Dah pilih baju?” Aku tunduk merenung kaki sendiri. Aku
takut untuk memandang wajahnya.
“Mawar kenapa ni?” Isha pula bertanya.
“Awak...awak dan Kak Diah sengaja nak kenakan saya. Betulkan?” Aku bertanya
dengan suara tersekat-sekat. Airmata sudah mengalir dipipiku.
“Apa yang kau merepek ni?” Suaranya jelas kedengaran marah. Aku kesat
airmata dan angkat muka merenung wajahnya bersama sisa airmata dan sedu sedan.
Aku gigit bibir menahan tangis yang hampir terlepas. Wajahnya jelas terpancar
riak terkejut. Mungkin dia terkejut sebab aku sudah tahu rahsianya. Aku menepis
tangannya dan berpaling untuk meninggalkannya.
“Apa yang kau merepek ni?” Soalnya marah sambil menarik semula lenganku
dengan kuat sehingga aku hampir memeluk tubuhnya.
“Mawar kenapa?” Isha bertanya bimbang.
“Awak sengaja nak malukan saya. Kalaupun, awak bencikan saya, janganlah
libatkan ahli keluarga saya,” Isha pandang wajah Ishamudin.
“Mawar, Mawar salah sangka ni. Abang dan Kak Diah memang tak jadi kahwin.”
Isha tepuk bahuku. Ishamudin masih merenung wajahku dengan riak yang sukar
untuk aku tafsirkan.
“Tapi...”
“Dah. Mari kita pilih baju. Nanti lambat pulak.” Isha tarik tanganku namun
Ishamudin masih belum melepaskan tanganku. Matanya menikam terus ke dasar
hatiku.
“Abang, Isha nak bawa Mawar pilih baju ni. Nanti lambat pulak,” Aku pandang
wajah dua-beradik yang sedang bermain tarik tali menggunakan tangan aku.
“Abang nak bercakap dengan Mawar sekejap.” Isha kerutkan dahi.
“Abang nak cakap apa lagi. Jangan nak sakitkan hati Mawar. Nanti semua yang
kita rancang ni tak jadi pulak. Kasihan pulak kat mak. Kalau Mawar batalkan
perkahwinan ni, lagi malu abang dibuatnya.” Isha bersuara geram.
“Jangan risaulah. Tahulah abang nak buat apa kat bakal isteri abang ni,”
Aku hanya mendiamkan diri. Hatiku tawar untuk meneruskan rancangan ni.
Ishamudin menarik tanganku dan membawaku ke satu sudut yang agak terlindung
dari orang ramai. Dia bersandar di tepi dinding.
“Kau nak aku buat apa lagi untuk membuktikan kata-kataku?” Aku pandang
wajahnya.
“Errr....” Kelu lidahku saat ini.
“Kau nak aku menjerit kat sini. Bagitahu aku nak kahwin dengan kau? Tak
pun, kau nak aku masukkan dalam surat khabar, biar satu Malaysia tahu aku nak
kahwin dengan kau?” Aku gigit bibir kemudian geleng kepala. Takkan sampai macam
tu sekali.
“Ermmm...Betul awak dan Kak Diah tak jadi kahwin?” Aku bertanya sambil
mencuri pandang wajahnya.
“Ye. Aku takkan kahwin dengan dia sampai bila-bila. Aku hanya akan
berkahwin dengan kau seorang seumur hidup ni. InsyaAllah. Puas hati?” Aku
angkat muka. Mata kami bertentang membuatkan jantungku berdegup kencang.
Macamana ni. Walau aku cuba untuk melarikan pandanganku, namun matanya
seakan-akan menarik mataku. Macam ada arus elektrik pulak. Teringat pula dengan
cerita Cina Klasik.
“Di sini rupanya bakal pengantin aku ni. Sabar ye. Tak lama lagi tu. Esok
korang tataplah puas-puas. Peluklah puas-puas. Sekarang ni, masa untuk pilih
baju. Nanti kalau tak sempat nak ubah baju tu, korang berdua pakailah baju
kurung dan baju melayu. Baru padan muka.” Aku gigit bibir mendengar mak andam
tersebut membebel. Terasa nak tergelaklah pulak. Ishamudin tersenyum. Aku turut
sama tersenyum. Kami berdua mengekori langkah mak andam itu menghampiri Isha.
“Kau nak warna apa?” Soal Isha padaku. Aku pandang wajah Ishamudin.
“Ungu muda,” Kami berdua saling berpandangan bila sama-sama menyebut warna
kegemaran kami. Isha tersenyum meleret.
“Okey. Mari. Cuba dulu.”
Setelah mencuba beberapa pasang baju, kami bertiga pulang untuk menguruskan
surat kebenaran berkahwin pula.
Satu hari digunakan untuk menguruskan segala
urusan. Mungkin sudah takdir jodohku dengannya, sebab, sepanjang urusan
mendapatkan tandatangan penghulu kampung dan urusan borang pernikahan kami
berjalan lancar. Ayahku datang dari kampung dengan beberapa ahli keluarga yang
lain sebagai saksi.
***************************
“Erkk...kena bertunang
jugak ye?” Aku garu kepala mendengar cadangan dari Mak Cik Yon. Mak angguk
kepala.
“Ye. Sham yang suruh adakan majlis bertunang. Malam ni majlis bertunang.
Esok akad nikah,” Aku tak tahu nak jawab apa.
“Perlu ke?” Aku bertanya bodoh. Isha tergelak.
“Kenapa? Kau tak nak ada majlis bertunang. Dah tak sabar nak kahwin?”
Usiknya. Aku tampar bahunya. Mereka yang lain tergelak mendengar kata-kata dari
mulut Isha.
“Merepek je. Kalau bertunang malam ni, mana sempat sediakan barang
hantaran.” Bantahku.
“Alah...bukan susah pun. Barang tu semua Abang Sham dah tempah. Kau hanya
perlu duduk dan terima cincin tu je.” Aku mengeluh.
“Jadi kena bertunang jugaklah ye?” Mereka angguk kepala. Sekilas aku
pandang wajah bakal suami aku yang sedang duduk bersandar di tepi dinding
bersebelahan ayahku. Wajahnya tetap tenang. Perlahan aku berdiri lalu
menghampirinya.
“Kita kena bertunang jugak ye?” Dia angguk kepala. Matanya merenung
wajahku. Serba salah dibuatnya. Dia ni nak pikat aku ke?
“Tapi, kan membazir semua tu. Saya tak kisah pun, kalau kita terus kahwin.”
Dia tetap tersenyum.
“Aku nak kau jadi tunang aku, walaupun hanya semalam. Aku nak kau rasa apa
yang gadis lain rasa sebelum bergelar isteri.” Aku terdiam. Terharu bila dia
cakap macam tu. Belum apa-apa dia dah mula berubah.
“Kenapa awak baik sangat. Mana Ishamudin yang suka sakitkan hati saya tu?”
Aku bertanya perlahan sambil merenung wajahnya. Dia turut sama membalas
renunganku.
“Kenapa? Kau tak suka?” Aku geleng kepala. Aku keliru. Kenapa cepat sangat
dia berubah.
“Awak betul-betul nak kahwin dengan saya?” Aku bertanya lagi. Rasanya
berkali-kali aku bertanya soalan itu padanya. Dia tetap tersenyum dan angguk
kepala.
“Barang hantaran tu dah siap? Sempat ke mereka buat?”
“Aku tempah sedikit je. Benda yang penting je.”
“Bila mereka nak hantar?”
“Petang nanti mereka hantar.” Aku angguk kepala dan kembali ke sisi Isha.
“Isha, kau rasa, sempat tak kalau kita order kek?” Aku berbisik ke telinga
Isha. Isha pandang muka aku.
“Kek? Untuk apa?”
“Aku ingat nak bagi kek sebagai balasan hantaran tu. Tapi, sempat ke?” Aku
mengeluh. Sekarang dah pukul 2 petang. Aku berpaling ke arah Ishamudin yang
sedang berbual dengan ayahnya dan ayahku. Rancak sekali mereka berbual. Sesekali
dia berpaling padaku dan tersenyum. Aku tersipu malu. Alamak!!! Rasanya kami
berdua ni dah macam orang bercinta bertahun lamanya.
“Aku rasa tak sempatlah.” Isha menjawab perlahan.
“Ye ke? Takpelah.” Aku berdiri.
“Eh!! Kau nak pergi mana?”
“Nak jumpa Kak Rina. Nak minta tolong dia buatkan.” Isha angguk kepala.
Kakak aku tu memang pandai buat kek. Setiap kali sambut hari raya, dia yang
buat kek untuk kami.
Ketika aku dan Isha
menjenguk dapur, Kak Rina sedang menganyam ketupat lepas. Aku terus menghampirinya.
“Mawar, kenapa?” Aku tersengih.
“Kak, kalau buat kek sekarang ni, sempat tak siap sebelum majlis malam ni?”
Kak Rina kerutkan dahi.
“Kek? Kek apa?”
“Apa-apa kek. Sempat tak?”
“Manalah sempat nak buat kek sekarang ni. Nak cari bahan lagi.” Aku mengeluh.
“Habis tu, apa saya nak buat sebagai balasan hantaran pihak lelaki tu?”
“Tak perlu tu semua. Asalkan kau sudi jadi isteri aku, dah syukur,” Aku
tersentak bila mendengar suara garau Ishamudin di belakangku.
“Tengok...Sham tak kisah pun. Dah, tak payah nak peningkan kepala.” Aku
berpaling menghadap Ishamudin yang sedang berpeluk tubuh sambil merenung
wajahku. Tidak sanggup hendak menentang renungan matanya yang tajam itu,
perlahan aku tundukan wajahku.
“Takkan saya tak boleh sumbangkan apa-apa dalam majlis kita ni?” Aku
bertanya perlahan.
“Kan aku dah cakap tadi. Asalkan kita kahwin, dah cukup bagi aku. Balasan
hantaran tu tak penting. Yang penting tuan punya badan tu sudi terima aku yang
tak handsome ni.” Aku menjeling sekilas padanya. Dia tersengih.
“Betul?” Dia angguk kepala.
“Okey.” Nak buat macamana. Dia yang tak nak.
Selepas solat Isyak,
majlis bertunang pun bermula. Majlis bertunang kami tu dihadiri oleh keluarga
terdekat sahaja. Biarpun tidak ramai orang, namun tetap meriah. Yang sedihnya,
kawan-kawan aku tak dapat datang. Maklumlah, buat kenduri mengejut. Tak sangka
aku dah jadi tunang orang.
“Cantiknya bakal kakak ipar aku ni.” Aku tersipu malu bila Isha memujiku.
Baju kurung moden yang aku pakai ni, simple je. Tapi, mereka cakap, tetap
sesuai untuk majlis bertunang. Baju raya beberapa bulan lepas aku pakai untuk
majlis bertunang. Nasib baik baju ni tak sempat nak di pakai masa raya hari tu.
Macam tahu-tahu je, dia diperlukan sekarang ni.
“Cantik,” Aku tersentak bila suara garau tapi romantik menyapa telingaku.
“Cantikkan bang. Bila Mawar pakai tudung, makin terserlah kecantikannya.
Cemburu adik tengok,” Isha peluk lengan abangnya. Aku masih mendiamkan diri.
“Eii...Sudah-sudahlah tengok orang.” Aku sembunyikan wajahku dengan
kedua-dua belah tanganku. Terdengar suara mereka yang lain ketawa.
“Malu pulak dia. Sham, sabar ye. Lepas akad nikah esok baru dia jadi isteri
kau,” Ishamudin garu kepala bila diusik oleh ahli keluarganya. Riuh rendah
dalam rumah tersebut mendengar teguran lelaki tadi.
“Saya masuk bilik dulu.” Aku terus beredar. Tak sanggup nak menadah telinga
mendengar usikkan mereka. Baru bertunang. Tak tahulah esok bagaimana.
****************************
Keesokan harinya,
aku berdebar-debar menunggu majlis akad nikah dimulakan. Walaupun ramai yang
mengelilingiku saat itu, namun perasaan gementar tetap wujud. Lebih-lebih lagi
bila mendengar Khutbah Nikah tentang tanggungjawab suami isteri. Jika tidak
mengenangkan pernikahan ini melibatkan ahli keluarga, memang aku akan geleng
kepala saat ditanya sama ada ikhlas berkahwin dengan lelaki ini untuk kali
terakhir oleh jurunikah tersebut. Aku belum bersedia lagi hendak menggalas
tugas sebagai isteri. Aku masih banyak kekurangan.
Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar.
Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri Ishamudin. Aku terharu bila melihat
Ishamudin menunaikan Solat Sunat Selepas Akad Nikah. Selesai menunaikan solat
sunat selepas nikah, Ishamudin menghampiriku dan menyarung cincin perkahwinan
kami. Aku menyalami tangannya seraya tunduk mencium tangannya. Kemudian, aku
pejamkan mata saat bibir Ishamudin mendarat di dahiku. Airmata mengalir tanpa
dapat ditahan sewaktu Ishamudin berbisik perlahan ditelingaku.
“Assalamualaikum, isteriku,” Mendengar ucapannya itu, satu perasaan halus
menerpa jauh ke dalam hatiku. Mesti sekarang ni muka aku dah merona merah.
“Waalaikumsalam,” Jawabku perlahan. Dia tersenyum saat mata kami bertemu.
Semalam aku bergelar tunang padanya, sekarang aku sudah bergelar isteri kepada
seorang lelaki bernama Ishamudin. Aku berdoa semoga perkahwinan kami berkekalan
sehingga ke akhir hayat. Dan, aku berdoa semoga kami mampu mengharungi ujian
dan dugaan dalam rumahtangga kami.
*********************
Malamnya, aku buat hal. Walaupun hati sudah dapat
menerima pernikahan kami, tapi, aku masih belum puas nak kenakan suami aku ni.
Macam budak-budak. Tapi, tak beranilah nak buat hal depan ahli keluarga. Aku
gamit lengan Isha dan berbisik ke telinganya.
“Isha, aku nak menyanyilah malam ni. Okey tak?” Aku tersenyum penuh makna
padanya.
“Kau nak karaoke?” Aku angguk kepala.
“Okey. Jum, aku temankan. Tapi kau dah bagitahu Abang Isham?” Aku geleng
kepala.
“Kenapa tak bagitahu dia? Nanti membebel pulak orang tua tu,” Aku
tersenyum.
“Aku nak bagitahu kau, aku nak dia temankan aku menyanyi malam ni,” Aku
tergelak lagi. Isha kerutkan dahi.
“Rosak sudah otak kakak ipar aku ni.” Aku angkat kening.
“Betul?” Aku angguk kepala.
“Jum..” Isha tarik tanganku menghampiri Ishamudin yang sedang leka berbual
dengan beberapa orang rakannya.
“Sham, isteri kau datang,” Aku tersenyum. Ishamudin angkat kening.
“Err...Sini sekejap,” Aku melambai tangan padanya. Aku terpesona melihat
dia yang sedang memakai baju melayu warna putih menghampiriku sambil tersenyum
pada rakan-rakannya bila ada yang bersiul mengusiknya. Aku tersipu malu. Malu
pulak bila melihat senyum mekar dibibirnya.
“Apa dia?”
“Kita nyanyi nak?” Aku tersengih. Dia merenung tajam wajahku.
“Menyanyi?”
“Ye,”
“Tak naklah. Suara aku tak sedap,” Tolaknya. Aku mencebik.
“Tapi saya nak dengar awak nyanyi juga. Kita nyanyi sama-sama, nak?”
“Ni kenapa tiba-tiba nak menyanyi? Sakit?” Dia sentuh dahiku.
“Bukanlah. Jealous tengok mereka
tu menyanyi,” Aku berusaha sembunyi gelak. Isha geleng kepala.
“Tiba-tiba je nak aku menyanyi. Kau nak kenakan aku lagi?” Tekaan Ishamudin
sangat tepat. Aku angguk kepala.
“Ehhh!! Bukan..bukan.. Marilah. Kita nyanyi,” Aku memberanikan diri memeluk
lengannya. Dia hanya mendiamkan diri. Wajahnya sedikit berubah. Mungkin tidak
menyangka aku akan memeluk lengannya. Eleh!! Ini hanya taktik untuk pujuk dia
masuk dalam perangkap aku. Hahahhaa... dalam hati, aku ketawa besar.
“Okey. Tapi, aku tak nak menyanyi malam ni. Aku nak nyanyi esok. Lepas kita
bersanding.” Dia angkat kening.
“Hah!!! Esok? Tak naklah. Ramai orang nampak. Malulah Mawar.” Aku menolak
lengannya.
“Tak kira. Kau dan aku mesti menyanyi esok. Sebenarnya aku memang ada planning nak menyanyi untuk majlis
kahwin aku ni. Mulanya aku nak lupakan, tapi, kau dah bagi green light, so, esok kau
kena temankan aku menyanyi.” Aku muncung mulut. Tak sangka pulak, niat untuk
kenakan dia, terkena aku pulak. Siapa suruh berniat jahat pada suami sendiri.
Kan dah kena.
“Mari,” Dia tarik lenganku.
“Nak ke mana?” Soalku bingung.
“Ehh!! Abang nak bawa Mawar pergi mana tu? Malam ni, Mawar tidur dengan
adik. Abang jangan nak buat hal pulak.” Ishamudin menjeling tajam wajah
adiknya. Isha kecut perut. Aku? Aku ikut ke mana sahaja dia membawaku. Aku kan
dah jadi isteri dia.
“Sham, Mawar kenapa ni?” Mak Cik Yon a.k.a mak mertua aku menegur.
“Sham nak bagi sesuatu pada Mawar.” Aku kerutkan dahi mengekori langkah
Ishamudin masuk ke bilik pengantin.
Errkkkk...takkanlah... aku pandang wajahnya yang tetap selamba itu.
“Nah!!”
“Ipod??? Nak buat apa?” Tiba-tiba je bagi aku Ipod dia. Apa kes?
“Kau hafal lagu Penghujung Cintaku?”
“Hah!!! Penghujung Cintaku? Lagu apa tu?” Peliklah mamat ni. Tak pernah
dengar pun.
“Tu mesti tak pernah dengar. Itulah asyik sangat dengar lagu Korea. Sama
macam Isha tu,” Erkkk....Mana dia tahu aku minat lagu Korea? Pelik.
“Mana awak tahu saya minat lagu Korea?” Aku bertanya pelik sambil dahi
dikerutkan.
“Kenapa kau suka sangat kerutkan dahi,” Dia tolak dahiku dengan hujung jari
telunjuknya. Aku sentuh dahiku tetapi aku tersentuh jarinya. Aku tersentak dan
mengangkat muka. Mata bertentang mata membawa kami berdua ke satu tempat yang
aku tidak pernah jumpa. Hanya kami berdua dikelilingi rumput hijau. Kami
tersentak bila terdengar bunyi mercun di luar rumah. Mungkin pemuda kampung
yang bermain mercun. Bila ada majlis kahwin, memang biasalah bunyi mercun tu.
Jangan ingat raya je dia orang main mercun. Waktu kenduri kahwin ni, lagi
mereka suka main mercun tu.
“Err...Aku nak kau hafal lagu tu.” Aku angguk kepala. Dia terus berlalu.
Lama Ipod putih itu aku pandang. Perlahan aku pasang earbuds ke telinga dan berjalan keluar dari bilik.
“Mawar, abang Sham ada buat apa-apa kat kau tadi?” Aku kerutkan dahi.
Kemudian aku tayang Ipod tersebut.
“Kau pernah dengar lagu, apa ye. Lupa pulak. Ermmm....penghujung rindu?
Ehhh...Penghujung cintaku... ha..lagu tu, kau pernah dengar?” Isha tayang wajah
pelik. Kemudian dia geleng kepala.
“Kenapa dengan lagu tu?”
“Abang kau suruh aku hafal lagu tu. Esok dia nak nyanyi lagu tu,” Mataku
terpaku pada Ipod. Lagu yang berkumandang di telingaku membuatkan langkahku
mati di situ.
“Kau dengar lagu ni. Best.” Aku suakan earbuds
ke telinga Isha.
“Yelah. Mari. Cari lirik dia kat google,”
Aku angguk kepala. Kami berdua terus masuk ke dalam bilik Isha.
“Mawar, tidur awal. Esok kena bangun awal,” Aku berpaling mendengar suara
ibuku. Terlupa pulak, yang kami sekarang berada di majlis perkahwinanku. Aduh!!
Bila berjumpa Isha, aku tak rasa yang aku
sekarang ni sudah jadi isteri orang.
Kami berdua terus search di google tajuk lagu itu beserta lirik. Aku tersenyum lebar bila
melihat lirik lagu tersebut. Isha pulak sudah tersenyum meleret. Bahuku menjadi
mangsa tangannya. Budak ni, habis lebam badan aku kena cubit.
“Romantik gila lagu ni. Takkan abang aku dah rosak jugak? Aku ingatkan kau
seorang yang rosak, rupanya, abang aku pun sama. Betullah tu.” aku tersenyum
meleret bila Isha mula menyanyi.
aku
akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Isha menyanyi dengan penuh perasaan sekali. Naik meremang bulu romaku
dibuatnya. Entah bagaimana pulak versi Ishamudin. Tak dapat aku bayangkan. Rasa
menyesal pulak sebab usulkan cadangan gila-gila aku ni.
“Isha, sudahlah. Aku nak tidur.” Aku terus naik atas katil sambil menyumbat
telinga dengan earbuds Ipod tersebut.
Aku leka melayan lagu Penghujung Cintaku. Alangkah indahnya jika memang lagu tu
untukku. Aku tersenyum meleret bila mengingatkan Ishamudin akan menyanyikan
lagu tersebut esok hari.
**************************
p/s : serius saya cakap.. tak sampai hati nak letak konflik besar-besaran dalam novel ni... korang sudi baca tak, kalau setakat konflik kecil-kecilan.. huhuhu...
p/s : serius saya cakap.. tak sampai hati nak letak konflik besar-besaran dalam novel ni... korang sudi baca tak, kalau setakat konflik kecil-kecilan.. huhuhu...
6 catatan:
RINGIN-2 SUDAH .
okey jer
ai kaira
bile nk smbg lg
baby mio... terima kasih
eija . yelah.. memang dah kekeringan idea nak buat konflik besar2
Akak x mnt konflik berat.tiap2 hr dh tension ngn kerja.nk jgk bc novel cm ni.santai n lucu.tq penulis.klu nk dibukukn akak mst bli punye.cite yg x buat kita sakit kpl.
may_lin, hihihihi...sorry sangat2. terima kasih sebab masih setia tunggu new n3.. huhuhu...muah.. sayang awak.. hihihi
Lin ms , tq kak.. samalah kita ni.. mawar dan isham ni penghibur hati di kala sunyi... hhihi
Post a Comment