Followers

Sunday, March 21, 2010

Pilihan Hati 24

Ariyana tersenyum bila melihat kelibat Irwan menghampirinya. Setelah di desak oleh Datin Hasmah dan Datuk Azran, akhirnya Ariyana setuju untuk menelefon Irwan dan mempelawa Irwan datang ke rumah besar itu.

“Tak sangka awak tinggal di rumah sebesar ini.” Irwan berkata kagum. Ariyana tergelak.

“Saya pun tetamu jugak di rumah ni. Saya ada rumah saya sendiri. Hanya waktu cuti je datang ke sini,” Ariyana dan Irwan berjalan seiringan menuju ke dalam rumah. Iskandar yang memerhati dari tingkap biliknya hanya mampu menggigit bibir menahan rasa cemburu melihat kemesraan Ariyana dan Irwan.

“Abang...” Iskandar tidak menoleh. Perlahan Arif menjenguk ke bawah. Dia tersenyum. Arif seperti dapat menghidu sesuatu. ‘Abang Is cemburu agaknya.’ Arif tersenyum. Perlahan bahu Iskandar di tepuk. Iskandar tersentak dan berpaling.

“Errr...Arif? Kenapa?” Arif tersengih melihat wajah Iskandar yang kemerahan itu.

“Mak panggil,” Iskandar angguk kepala dan mengekori langkah Arif.

“Arif tak bawak awek Arif balik? Semua orang dah bawak pasangan mereka tu,” Iskandar bersuara sinis. Arif tersengih.

“Arif belum jumpa lagi yang berkenan di hati. Abang pulak? Takkan takde?” Iskandar geleng kepala. Wajahnya masam. Arif tergelak.

“Belum sampai seru,” Jawabnya perlahan. Iskandar terdengar suara yang dia sangat kenal. Perlahan kakinya melangkah ke dapur.

“Za? Bila awak sampai?” Soalnya pelik. Zawiyah tersenyum manis.

“Terserempak dengan mak awak masa kat pasar semalam. Dia jemput saya datang. Baru je sampai ni,” Zawiyah tergelak bila melihat wajah tidak percaya Iskandar.

“Owh!!!! Mak tak cakap pun dengan saya dia jumpa awak?” Zawiyah tersenyum senang.

“Kenapa? Awak tak suka saya datang?” Soalnya manja. Ariyana yang baru saja hendak ke dapur mematikan langkahnya. Terkejut bila melihat Iskandar dan Zawiyah berada di dapur juga.

“Ari, kenapa tercegat je kat situ. Air untuk Irwan dah sedia?” Datin Hasmah tepuk bahu Ariyana.

“Nak..nak ambillah ni.” Ariyana menghampiri peti sejuk. Tangannya menuang air sirap ke dalam gelas dan berlalu pantas meninggalkan Iskandar dan Zawiyah. Iskandar hanya memandang Ariyana melalui ekor matanya.

“Za, marilah duduk kat depan tu.” Datin Hasmah membawa dulang yang berisi cucur udang ke ruang tamu. Ariyana sedang tersenyum melayan Irwan. Rancak sekali mereka bercerita tanpa menyedari sepasang mata merenung tajam kelakuan mereka.

“Hadi belum sampai?” Datin Hasmah bertanya pada anak gadisnya. Shila muncung mulut bila kelibat Hadi masih tidak kelihatan.

“Tadi dia kata dah nak sampai. Sampai sekarang masih jugak tak nampak muka dia.” Shila merungut. Beberapa minit kemudian sebuah kereta Proton Gen 2 memasuki halaman rumah tersebut. shila memandang tajam ke arah Hadi yang tergopoh-gapah keluar dari kereta.

“Assalammualaikum, mak cik, pak cik. Maaf sebab saya datang lambat. Ni buah tangan dari saya.” Hadi menghulur plastik buah-buahan kepada Datin Hasmah selepas dia menyalami tangan kedua orang tua Shila. Iskandar tergelak. Lucu bila melihat Hadi yang selalunya selamba berubah menjadi seorang yang sopan. Hadi menjeling tajam wajah Iskandar yang tersenyum sinis padanya. Pandangannya jatuh ke wajah Zawiyah yang sedang berdiri di sebelah Iskandar.

“Za, kau pun datang jugak?” Zawiyah tersenyum bila Hadi bertanya padanya.

“Ye. Mak cik Hasmah yang jemput. Nak harap Is jemput, macam tunggu bulan jatuh ke riba.” Iskandar tersengih malu. Hadi geleng kepala. Ariyana mencebik.

“Jemputlah masuk. Takkan nak berborak kat luar ni?” Mereka semua tergelak. Jamuan ringkas tersebut berjalan lancar. Sepanjang jamuan tersebut, Iskandar dan Ariyana saling berpandangan.

“Kenapa?” Zawiyah bertanya pada Iskandar bila melihat wajah kelat lelaki disisinya itu. Iskandar geleng kepala. Zawiyah memandang ke arah Irwan dan Ariyana.

“Awak sukakan dia?” Zawiyah angkat kening bila melihat kerutan di dahi Iskandar.

“Takdelah,” Iskandar bersuara gugup. Zawiyah tergelak lagi.

“Is...Is...Tak payah nak tipu. Semua orang nampak cara awak pandang dia tu macamana. Dia pun, rasanya ada hati jugak kat awak. Tapi nampaknya, awak berdua sama-sama ego.” Zawiyah berkata perlahan.

“Tak mungkinlah. Saya tak nak ganggu hubungan orang. Biarlah dia dengan pilihan hati dia.” Iskandar bersuara perlahan hampir tidak kedangaran.

“Saya kagum dengan awak. Saya pun nak ikut macam awak jugak. Saya hanya nak tengok orang yang saya sayang gembira. Tak kira dengan siapa dia bersama.” Zawiyah dan Iskandar sama-sama merenung Irwan dan Ariyana yang leka membakar sate.

Ariyana mencuri pandang ke arah Iskandar dan Zawiyah. Bila melihat pasangan itu sangat seronok berbual tanpa sedar Ariyana melontar arang ditangannya dengan kasar sehingga debu berterbangan. Irwan terbatuk bila terhidu debu tersebut.

“Ari...buat betul-betullah. Kalau macam tu jaga api ni, alamatnya makan sate arang kita dibuatnya.” Irwan mengipas wajahnya. Ariyana gigit bibir sambil memohon maaf. Irwan geleng kepala.

“Maaf. Tak sengaja. Terlepas tadi,” Ucapnya sambil tersengih. Mereka meneruskan kerja tanpa menghirau keadaan sekeliling. Ariyana sengaja menyibukkan diri supaya hatinya tidak sakit.

*********************

“Ari...tolong hantar air tu kat Abang Is kamu,” Datin Hasmah bersuara perlahan. Ariyana muncung mulut.

“Kenapa?” Ariyana geleng kepala. Perlahan kaki dihentak tanda protes.

“Nah!!!” Ariyana bersuara kasar setelah meletak segelas kopi tarik untuk Iskandar. Iskandar angkat muka merenung wajah kelat Ariyana. Kemudian Ariyana terus berlalu tanpa sempat Iskandar berkata apa-apa.

“Aiii...apa kena pulak budak tu? Angin satu badan,” Ucapnya malas. Selepas tetamu mereka balik, Ariyana bersikap dingin dengannya. Iskandar hairan.

“Ari...kenapa?” Iskandar bertanya pelik. Ariyana menoleh seketika kemudian berlalu meninggalkan Iskandar terpinga-pinga. Ariyana gigit bibir. Geram dengan sikap dirinya sendiri yang terlalu mengikut emosi. ‘Kenapa aku nak marah? Biarlah dia dengan dunia dia.’ Ariyana merenung kepekatan malam. Ariyana menghampiri meja tulisnya. Komputer riba yang dia pinjam dari Arif dibuka. Perlahan jarinya menaip satu persatu di skrin komputer.

is_halim : salam. Ari marahkan abang?

ari_comel : salam. tak

is_halim : betul?

ari_comel : orang tak marah la

is_halim : abis tu, kenapa tengok abg cam tengok musuh je?

Ariyana mencebik. Dia terkejut bila Iskandar menegurnya melalui yahoo messenger. Tanpa Ariyana sedar, hatinya terpujuk saat Iskandar menyapanya. Tetapi kerana ego, dia terus merajuk.

is_halim : temankan abang duduk kat luar sekejap. Boleh?

ari_comel : nak buat apa?

Iskandar tersenyum. Walau hatinya kecewa bila melihat Irwan begitu rapat dengan Ariyana, namun dia dapat merasakan Ariyana hanya menganggap Irwan sebagai teman.

is_halim : temankan abang tengok bintang. Abang tunggu kat bawah

Ariyana mengeluh. Beberapa minit kemudian pintu biliknya di ketuk. Tetapi sekejap sahaja. Ariyana merenung skrin laptop. Dia terus menompang dagu. Berkira-kira sama ada hendak pergi atau tidak. Beberapa minit kemudian Ariyana menjenguk keluar tingkat. Iskandar sedang bersandar dibuaian sambil berpeluk tubuh merenung ke dada langit yang dipenuhi bintang. Ariyana mengeluh. Perlahan dia bergerak ke almari. Mencapai baju jaketnya.

Iskandar terus duduk sambil merenung bintang yang menghiasi dada langit. Dia yakin Ariyana akan datang menghampirinya.

“Duduklah.” Pelawanya sambil menepuk tempat duduk di sebelahnya. Ariyana menurut. Hatinya juga runsing. Namun, peluang untuk berdua dengan Iskandar tidak akan dilepaskan. Mereka sama-sama mendiamkan diri.

“Minggu depan abang ada lagi kursus 3 bulan. Penat jugak. Kursus tak henti-henti ni,” Iskandar melirik wajah tenang Ariyana.

“Selalu betul abang pergi kursus?” Ariyana bersuara perlahan. Iskandar tersenyum.

“Dah arahan dari pihak atasan. Ari takde perkara nak kongsi dengan abang?” Ariyana angkat muka memandang wajah Iskandar. Kemudian dia geleng kepala.

“Ari dan Irwan tu, dah berapa lama kenal?” Iskandar bertanya. Wajahnya memandang ke arah lain. Ariyana tersentak.

“Kami berdua rakan satu sekolah. Tapi dah lama tak jumpa. Baru jumpa lagi masa abang bawa Ari ke majlis hari tu. Lepas tu, sekali sekala kami berdua keluar,” Ariyana berkata perlahan. Iskandar angguk kepala.

“Ari apa khabar? Kerja okey?” Ariyana tersenyum. Terasa pelik bila Iskandar bertanya khabar dirinya. Rasanya sudah lama Iskandar tidak bertanya perkara yang dia buat.

“Alhamdulillah. Setakat ni okey je.” Iskandar angguk kepala. entah kenapa malam itu dia terlalu ingin menghabiskan masa bersama Ariyana. Semenjak kebelakangan ini, hatinya sering teringatkan Ariyana. Semua perkara mengingatkan dia pada gadis disisinya itu. Iskandar yakin sayangnya pada Ariyana tidak sama seperti dia sayangkan Shila.

“Abang dan..” Ariyana terdiam seketika. ‘Takkan aku nak tanya dia tentang hubungan dia dengan Kak Za. Malulah aku,’ Ariyana gigit bibir. Iskandar menoleh.

“Apa dia?” Iskandar angkat kening. Ariyana tayang barisan gigi putihnya.

“Ari nak tanya, abang dan Abang Hadi ke yang pergi kursus tu?” Ariyana menjawab sambil tersenyum. Tangannya digosokkan. Tiba-tiba sahaja terasa sejuk.

“Abang dan Zawiyah yang kena pergi.” Ariyana terkejut. Sepantas kilat kepalanya menoleh ke arah Iskandar.

“Kenapa?” Iskandar bertanya pelik. Ariyana geleng kepala. Kemudian dia menunduk. Hatinya terluka lagi. Iskandar dan Zawiyah memang tak dapat dipisahkan. Ariyana pura-pura menguap.

“Err...abang, Ari nak naik atas. Mengantuk,” Ariyana berkata perlahan. Iskandar pandang wajah Ariyana. Pelik. ‘Tadi okey je,’ Bisiknya dalam hati. Namun untuk melarang Ariyana pergi dia tidak sampai hati. Mungkin Ariyana memang letih sebab seharian melayan tetamu siang tadi. Akhirnya Iskandar turut sama berdiri dan melangkah masuk ke dalam rumah.

“Selamat malam,” Ucapnya sebelum Ariyana masuk ke dalam bilik.

“Selamat malam,” Ariyana menjawab perlahan sambil tersenyum. Ariyana bersandar dipintu.

***************************

7 catatan:

epy elina said...

hohoh...
sengal la ari ngn is ni...
cubalah slh seorg mngalah...
ni is pun ego jg...
dah zawiyah ckp ari suke kat dia...
tp x pcaya lak...
nnt dah mlepas bru mnyesal...
geram lak....
heheheh emo skit...

MaY_LiN said...

alahai~
napa xngaku jer..
sis..nape shila menjawap..?
bukan ke tu part ari..

Unknown said...

salam...sudah perbetulkan...susah betul nak buat mereka ni mengaku...mereka hanya akan mengaku dlm keadaan yg tak terjangka....sabar ye...

aqilah said...

susah betul lah ari dgn is ni tau!!!! ngaku aje lah yg masing2 suka sama suka, kan senang!!!!! ish.....hahahah over acting lak!!!

farra ramli said...

ala..asal is n ari ni..terus terang je ttg perasaan korg..waa..xsabar nk tggu smbgn seterusnya..best2!!

Anonymous said...

best sgt2 citer kalo wat pnjg2...smbil2 tu nk promote blog saya jgk utk shawl murah2...

Harga Promosi: beli 3 (RM28)
Free Postage

Silala ke...
http://www.indahshawls.blogspot.com

nursya said...

ala frustnyer...
abg is g ngn zawiyah...
huhuhu...
cian ari mkn ati...