Followers

Tuesday, April 3, 2012

Alia Najwa 6


                Alia tidur nyenyak di kerusi belakang bas sekolah yang membawa 40 orang pelajar untuk menghadiri sukan antara sekolah yang berlangsung di stadium negeri. Mereka menginap di asrama SMK Padang sepanjang tempoh sukan antara sekolah tersebut berlangsung. Hari pertama sukan berlangsung semua acara saringan sahaja. Pada hari kedua, upacara perasmian sukan MSSM.  Alia dan Ajay berdiri di hadapan selaku penolong dan ketua pasukan. 

“Ajay… aku mengantuklah,” Alia merengek. Ajay pandang muka Alia.
“Aku pun mengantuk jugak. Apalah lama sangat berucap tu. Satu apa pun aku tak faham.” Ajay menguap.
“Kau rasa Alan ada ambil bahagian tak tahun ni?” Soal Alia serius. Ajay garu kepala yang tidak gatal.
“Entah. Aku dah lama tak hubungi dia. Tak tahu cerita terkini tentang dia. Maklumlah orang bijak, mana nak berkawan dengan kita yang tak seberapa bijak ni?” Ajay buat muka sedih. Alia tergelak.
“Ye tak ye jugak. Manalah ada masa nak bersukan lagi, kan?” Alia berkata perlahan.
“Tapi aku dengar, sekolah mereka jadi tuan rumah tahun ni. Mungkin dia ada ambil bahagian,” Ajay berkata perlahan.
Boring betullah. Kalau mereka yang lain ikut serta, kan best. Dorang tu, langsung tak minat sukan.”
Alia muncung mulut ke arah temannya yang bertugas sebagai ahli Bulan Sabit Merah. Mereka berempat hanya duduk di khemah ketika majlis perasmian berlangsung. Setengah jam berlalu, dan upacara menyalakan obor-obor pun tiba. Semua peserta mengeluh lega.
“Errrrr….Ajay, aku rasa nak pengsan ni. Aduh!!!!!! Cepat, tolong aku,” Badan Alia condong dan hampir terjatuh, tetapi sempat di sambut oleh Ajay.
“Hahahaaahhhaa. Kena tipu. Aku gurau je.” Alia kembali berdiri tegak dan tersenyum lebar.
“Alia!!!!!” Ajay merenung wajah selamba Alia dengan perasaan marah.
“Hihihihiiii. Kau marah? Aku boring tahap tenuk dah ni. Silap hari bulan, aku berubah jadi tenuk kat sini. Habis korang aku sondol,” Alia gosok tengkuknya yang terasa lenguh.
“Sekali lagi kau buat macam tu, aku biarkan kau jatuh. Budak ni, kalau selalu macam ni, boleh kena sakit jantung aku dibuatnya,” Ajay membebel. Alia tergelak mendengar temannya membebel. Hilang rasa mengantuk. Setelah berdiri hampir 1 jam, mereka semua bersurai ke khemah masing-masing.
         Sebelum acara dimulakan, Alia dan rakan-rakannya duduk agak jauh dari khemah mereka sambil menikmati makanan ringan dan mendengar lagu dari MP3 nya.  Alia tersentak bila seseorang memanggil namanya. Imah, Ros, Maziah dan Sara mendongak memandang wajah empunya suara.
“Alan?” Serentak mereka menyebut nama sahabat lama mereka. Masing-masing memandang wajah Alan dan Alia silih berganti sambil tersenyum penuh makna.
“Eh…Alan. Kau ikut juga rupanya? Aku ingatkan kau dah tak minat bersukan lagi,” Ariy yang baru datang menepuk bahu teman lamanya itu. Mereka saling berpelukan.
“Alia… kau tak nak tegur aku ke?” Alan memandang Alia. Alia tersenyum kelat.
“Hehehehehe. Sorry ye. Keropok ni sedap sangat. Lagi pun rasa tak percaya pulak bila tengok  kau ada di sini jugak,” Alia buat muka blur. Alan tersenyum kelat. ‘Tentu dia masih marahkan aku,’ Bisik Alan lemah sambil merenung wajah yang semakin cantik itu. ‘Makin cantik pulak Alia ni?’ Alan leka seketika menatap wajah Alia yang semakin cantik dari 2 tahun lepas.
“Jum… kita jalan-jalan dulu. Acara kau, petang nanti, kan?” Soal Alan terus setelah agak lama mendiamkan diri.
“Mana kau tahu, acara aku petang nanti?” Soalnya pelik.
“Acara pecut semuanya pada sebelah petang. Dan aku masih ingat, kau hanya minat acara pecut. Betulkan?” Alan tersenyum. Alia angguk kepala. Alia cuba berlagak tenang dan menganggap Alan sebagai teman biasa seperti mereka yang lain.
 “Err… kamu berdua berboraklah dulu. Tentu banyak hal yang kamu berdua nak ceritakan,” Maziah menarik tangan temannya yang lain.
“Eh… apa pulak. Jum ar… ikut sekali,” Alia hairan. Rakan-rakannya seperti sengaja membiarkan mereka berdua.
“Dorang masih makan tu, kita beli ayam panggang dulu. Lepas tu, balik sini lagi,” Saran Alan. Alia angguk kepala. Malas hendak mengenang perkara yang telah berlalu. Lagipun, rasa hati yang ada untuk Alan dahulu sudah hilang. Cuma dia masih terasa hati bila persahabatan mereka putus begitu sahaja gara-gara cinta Alan pada seorang gadis.
           Mereka berjalan beriringan menuju ke tempat orang menjual makanan. Pelbagai cerita yang di kongsi bersama. Lupa segala sengketa yang berlaku 2 tahun lalu. Alia mula dapat menerima tindakan Alan meninggalkannya dulu. Ada kebaikan di atas apa yang berlaku.
“Kau ingat tak masa Affan di hukum berdiri dalam tong sampah dulu? Dah tu bawa penyapu pulak. Macam bodyguard kat pintu. Dia masih nakal macam dulu jugak,” Alia bercerita sambil tergelak mengenang kisah lalu.
“Ingat. Sampai bila-bila pun, aku akan ingat. Bila Zimah nak ke tandas, dengan selamba dia turunkan penyapu tu, kemudian bertanya, ‘Cik Adik Manis nak ke mana?’. Wajah Cikgu Rasidah, merah sangat waktu tu. Marah betul dia.” Alan turut ketawa bebas bila mengingatkan kenakalan sahabat lamanya.
“Selepas tu, dia dihukum berdiri di luar kelas. Kat luar kelas, dia usik kita yang sedang belajar kat dalam kelas pula.” Alia geleng kepala.
“Affan memang nakal sangat, yang terbaru, tahun lepas, dia kenakan cikgu Hadi, kita orang lupa bawa baju sukan. Cikgu Hadi hukum  kami, suruh bongkokkan badan kemudian pusing 5 kali. Dia cakap tak tau. Lepas tu dia minta cikgu Hadi tunjukkan. Cikgu tu pun, tunjuklah. Sebenarnya cikgu tu tak tahu yang dia dimainkan oleh Affan. Kami yang lain tahu, hanya tersengih,” Alia tersenyum mengingatkan kenakalan Affan. Alan hanya tersenyum.
“Rindulah kemesraan lalu. Kalau aku tak berpindah sekolah, tentu kita semakin rapat, kan.” Ucap Alan perlahan sambil merenung wajah yang sentiasa tersenyum itu. Agak lama Alan merenung Alia. Timbul satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan.
“Alaaa… jangan cakap macam tu, kita tetap kawan, kan. Lainlah kalau awek kau tak benarkan kita berkawan,” Alia menjawab sambil memandang wajah Alan yang leka merenungnya.
“Errrr… kenapa? Aku makin cantik sekarang, kan? heheheheeeee. Tentu kau  menyesal tinggalkan aku dulu,” Alia berseloroh bagi menghilangkan rasa tidak selesa bila direnung oleh Alan. Alan tersenyum.
“Ye,” Jawabnya ringkas.
“Apa yang ya?” Alia bertanya pelik. Perangai Alan pelik sekali. Kalau dulu, Alan seorang yang periang dan selalu menghiburkan hatinya. Kini, Alan jauh berbeza.
“Ye aku menyesal tinggalkan sekolah lama. Dan, kau memang semakin cantik,” Ucapnya tenang sambil merenung tunak wajah Alia yang kemerahan itu. Merah sebab cahaya matahari atau kerana rasa malu, Alan kurang pasti.
“Errrrrrr. Malunya,” Alia sentuh kedua-dua pipinya dengan tangannya. Kemudian Alia tersenyum.
“Isk..kau ni. Aku masih seperti dulu jugak.” Alia kembali serius.
Alan tergelak. Lucu dengan gelagat Alia.
“Kau masih tak berubah. Tetap suka merendah diri,” Alan geleng kepala.
“Laaaa…Aku memang rendah pun. Tak payah kau cakap, aku tau,”
“Yelah tu. Jum, kita ke sana,” Alan menarik lengan Alia.
Sedang asyik leka menikmati ayam panggang dan berbual sambil bergelak ketawa bersama Alan, Alia terlanggar seseorang. Alia hampir jatuh dan sempat di sambut oleh Alan. Ketika itu juga, orang yang dilanggarnya tadi menoleh ke arah mereka berdua.

“Errr… cikgu buat apa kat sini?” Soal Alia gugup.
Syah Aiman memandang hairan ke arah pasangan remaja dihadapannya itu. ‘Siapa pulak budak ni? Tak pernah nampak pun kat sekolah. Kekasih dia agaknya?’ Bisik Syah Aiman dalam hati. ‘Buaya darat jugak perempuan ni,’ Syah Amian memandang sinis wajah Alia yang jelas sekali terkejut melihat kehadirannya di situ.
“Aihhhh. Saya yang patut tanya kamu soalan tu. Dating ye? Tak ada acara hari ni?” Soal Syah Aiman serius. Alan bingung. ‘Siapa pulak lelaki yang menegur Alia ni?’ Bisiknya di dalam hati.
“Alia, siapa ni? Cikgu korang ke? Tak pernah nampak pun kat sekolah dulu?” Akhirnya Alan bertanya juga pada Alia.
“Dia guru baru. Guru sandaran je. Anak pengetua,” Bisik Alia ke telinga Alan. Syah Aiman yang melihat terasa sakit hati. ‘Mengata akulah tu?’ Bisiknya tidak puas hati.
“Cikgu Hamidah ada datang tak?” Soal Alia ingin tahu. Sengaja buat selamba biarpun dia tahu lelaki itu sedang menahan amarah.
“Ada. Agaknya dia kat khemah sana. Awak buat apa kat sini?” Syah Aiman mengulangi soalannya. Alia masih belum jawab soalannya tadi. Matanya juga melirik pada remaja lelaki disebelah Alia.
“Lapar cikgu,” Jawabnya ringkas. Syah Aiman merenung tajam wajah Alia sehingga membuatkan Alia tunduk. Gerun dengan renungan tajam dari guru yang sering mencari kesalahannya. Bimbang dimarahi oleh lelaki tersebut dikhalayak ramai, Alia menarik tangan Alan.
“Errr.. Kami pergi dulu ye cikgu,”
‘Muda-muda lagi dah bercinta,’Syah Aiman mencebik. ‘Kau cemburu?’ Suara lain pula menyampuk. Syah Aiman geleng kepala. ‘Takde maknanya aku nak cemburu,’ Syah Aiman geleng kepala. Alia mempercepatkan langkahnya.
“Alia… Tunggulah. Kenapa ni?” Alan menarik tangan Alia. Alia menoleh dan sempat juga memandang sesusuk tubuh yang masih merenung tajam ke arah mereka berdua.
“Takde apa-apa. Cepatlah. Nanti mereka bising kita lambat bawa ayam panggang ni,” Alia meneruskan langkahnya. Alan segera mempercepatkan langkahnya.
“Aihhhh. Cepatnya kamu berdua pergi beli ayam panggang. Sini… aku dah lapar ni,” Ros menyambut bungkusan ayam panggang yang dihulur oleh Alia.
“Korang tau tak…” Alia duduk di sebelah Maziah.
“Kau tak bagi tau lagi, manalah kita orang tau,” Jawab Imah selamba.
“Laaaa… Aku tak bagi tau korang ye?” Alia membalas selamba juga.
“Ceritalah. Cerita sensasi ke? Kau terserempak Cikgu Asri dengan awek cun ke?” Soal Hafiz pula.
“Sabar.. Aku belum habis cakap lagi korang dah menyampuk.” Alia buat muka marah. Mereka yang lain hanya tersenyum.
“Cikgu Hamidah ada datang untuk memberi sokongan kepada kita,” Jawab Alia sambil tersenyum.
“Itu saja? Aku ingatkan gosip tadi.” Ajay geleng kepala. Alia tergelak melihat riak kecewa diwajah teman-temannya.
“Aku mana pandai nak bergosip,” Alia tergelak lagi. Ros yang berhenti mengunyah ayam panggangnya tadi segera menyambung kembali sambil membebel.
“Tadi… Masa aku dan Alan beli ni semua, aku terlanggar lagi Si Harimau merangkap monyet tak jadi tu. Ala putera monyet sekolah kita tu,” Alia menerangkan satu persatu. Mereka yang lain tergelak bila teringatkan gelaran baru yang Alia sedekahkan untuk guru sandaran baru mereka.
“Yang kau asyik langgar dia tu kenapa? Memang cari nahas betullah budak ni,” Ariy menolak kepala Alia. Alia muncungkan mulutnya.
“Eh… mana ada, aku tak sengaja terlanggar dia. Kalau tak percaya, tanya Alan tu. Betulkan, Lan,” Alia menoleh ke arah Alan. Alan angguk kepala.
“Punyalah ramai manusia kat stadium ni, dia jugak yang kau langgar. Tak faham aku,” Imah geleng kepala.
 “Oiiiiii… korang, Cikgu Hamidah panggil,” Terdengar suara lantang Asrul memanggil mereka.
“Okey, Alan, kami pergi dulu ya,”  Mereka beredar menuju ke khemah sekolah mereka.
“Alia, dia ada kat situ jugaklah,” Ros menyiku lengan Alia.
“Taulah. Aku belum buta lagi.” Marah Alia sambil menggosok lengannya yang terasa sakit terkena siku Ros. Ros tersengih.
     “Bagaimana prestasi hari ni? Okey?” Soal Cikgu Hamidah ramah. Semua pelajar angguk kepala. Syah Aiman mencuri pandang wajah Alia yang kemerahan terkena cahaya matahari. ‘Cantik jugak budak tu. Tapi tak sesuai dengan perangai.’ Bisik Syah dalam hati.
       Syah Aiman duduk agak jauh dari mereka, namun masih dapat mendengar suara-suara anak-anak muridnya yang sedang rancak bercerita itu. Mereka semua rancak berbual merancang strategi yang akan digunakan dalam acara lari berganti-ganti kelak. Syah Aiman pula leka memerhati tingkahlaku Alia dan rakan-rakan yang masih keanak-anakan itu.
***********************
p/s : salam...maaf sebab lambat post new n3...sibuk memanjang...semoga terhibur hendaknya...

2 catatan:

Lieynaim mohd noor said...

hah..baru ada dah lama tunggu tau kaira...sweet tol la alia nie...syah aiman jgn tenung2 anak dara org 2...nanti tergoda

Unknown said...

lieyna, sorry..sibuk sangat... sekarang musim menuai, jd, saya merajinkan diri pergi menuai padi...hahahhahahaa...sabtu ahad kena pegi ke sawah, sebab tu masa agak terhad utk mengarang..