Followers

Thursday, December 5, 2013

Relaku Pujuk 36



“Hilang seorang lelaki handsome.” Aku angkat muka mendengar Kak Onah bersuara lemah.

“Mana ada hilang. Tu technician baru tu. Comel sangat.” Aku menjenguk bila mendengar mereka kata ada technician baru yang comel. Teringin juga nak tengok. Maklumlah, minggu ni last Abang Asran di sini. Mereka akan berlepas ke Korea minggu depan.

“Mawar, kau tak payah tengok. Laki handsome kau tu jaga elok-elok. Aku dengar minggu lepas masa kita kerja malam, ada sorang minah gedik bahagian office baru masuk. Perangai dia tu, pantang tengok lelaki kacak. Mulalah dia nak tergedik-gedik.” Aku kerutkan dahi.

“Ala Kak Onah ni. Orang nak cuci mata jugak,” Aku tersengih kemudian kenyit mata.

“Mawar, kau tahu tak, En.Haikal tak turun kerja hari ni. Aku dengar dia bergaduh malam sabtu lepas.” Kak Mila bertanya padaku.

“Err..Ye? kenapa?” Baik aku buat-buat tak tahu.

“Entahlah.”

Aku terdiam. Kalau mereka tahu En.Haikal bergaduh dengan Ishamudin, rasanya mereka takkan lepaskan aku. Terpaksalah aku bercerita tentang perkara tu pulak. Aku malas nak ungkit kisah tu. Lagipun, aku patut berterima kasih dengan dia. Kalau tak kerana dia, tentu hubungan aku dengan Ishamudin masih hambar. Sejak semalam, dia semakin baik pada aku. Selalu hantar mesej kat aku. Aku dah tersenyum meleret ni. Aduh!! Takkan aku dah syok sendiri sekali lagi.

“Mawar...bangun..” Aku pukul pipi sendiri. Tersentak mereka yang lain melihat perangaiku. Aku angkat tangan.

“Sorry. Terlepas sudah,” Mereka geleng kepala. Sedang asyik membuat kerja, tiba-tiba mesin aku buat hal.

“Kenapa pulak mesin ni. Buat hal pulak awal pagi macam ni.”

“Kak Onah, mesin orang rosak.” Aku tersandar lemah. Kak Onah menghampiriku.

“Kenapa?”

“Tengok tu.” Jarum mesin ku berpusing tanpa henti.

“Kak Onah, panggil budak baru tu. Biar dia repair. Dapat juga cuci mata.” Kak Mila tersenyum. Kak Kate dan Kak Ita serta Kak Sally geleng kepala. Aku? Aku teringin juga nak tengok lelaki handsome tu.

Kak Onah menghampiriku kemudian dia membelek mesin yang aku guna untuk membuat kerja. Setelah yakin dia tidak mampu untuk membaikinya, dia terdiam sejenak.

“Dapat repair tak?”

“Ermmm..Panggil technician jelah.”

“Eleh!! Ingatkan pandai.” Aku mencebik. Kak Onah bagi aku jelingan maut padaku. Aku tersengih.

10 minit kemudian, Kak Onah berjalan berlenggang menghampiri kami sambil diikuti oleh seorang lelaki dibelakangnya. Aku perhatikan lelaki tersebut. Rambutnya dipotong pendek dan kemas. Kulit putih bersih, bibir merah, matanya redup je.

“Boleh tahan,” Tanpa sedar aku memuji lelaki tersebut. Ralit seketika bila melihat dia menghampiri meja kami. Sesekali dia memandang ke arah kami kemudian dia tunduk lagi. Pemalu orangnya. Seronok pulak dapat tengok lelaki pemalu ni. Aku terus ralit merenung wajahnya yang sudah kemerahan itu.

“Ikmal, mesin ni yang rosak tu. Nampaknya, tuan punya mesin ni pun dah rosak,” Aku tersengih mendengar Kak Onah mengutukku.

“Errr...Kenapa dengan mesin ni?” Dia bertanya perlahan. Wah!!! Suaranya sungguh menawan. Nasib baik aku dah kahwin. Kalau belum, memang aku jatuh hati pada lelaki ni. Erkk...Berdosa ingat lelaki lain. Terngiang-ngiang ditelingaku kata-kata Ishamudin dulu. Aku geleng kepala.

“Tak tahu kenapa. Dari tadi wayer tu asyik putus. Rasanya jarum-jarum tu elok lagi.” Aku menjawab mewakili Kak Onah. Lama dia perhatikan jarum yang tersusun elok di mesin tersebut. Aku tersenyum sambil merenung lelaki tersebut buat kerja. Sesekali dia angkat muka dan menoleh kearahku dan tersenyum. Wajahnya usah cakaplah. Merah je aku tengok. Macam ketam kena rebus. Peluh menitik didahinya.

“Macamana? Apa masalahnya?” Aku bertanya setelah agak lama dia membelek mesin tersebut. Kadang-kala tangannya menggeletar ketika memasukkan wayer ke dalam mesin tersebut. Hahahhaa..tentu dia gelabah. Aku pun selalu macam tu bila direnung. Tak selesa sebenarnya bekerja sambil diperhatikan oleh orang lain.

Papp...

“Adui!! Sakitlah. Siapa punya kerja pu...kul.” Aku gigit bibir bila terpandang wajah seseorang sedang merenung tajam kearahku. Ala..kacau daun betul mak nenek ni. Tak pasal-pasal kepala aku kena ketuk dengan fail.

“Dari tadi aku nampak kau tengok budak ni. Macamana dia nak buat kerja?” Aku tersengih. Memang aku sengaja nak kenakan budak baru tu. Sejak dia datang tadi, aku memang menyedari tangannya menggeletar, dahi pula berpeluh.

“Ala, Madam.. saya nak belajar macamana nak repair mesin ni. Mana tahu kalau waktu terdesak, boleh juga saya guna ilmu tu.” Aku tersengih. Alasan yang bernas.

“Jangan nak berdalih. Aku tahu sangat perangai penyakat kau tu. Kalau kau betul-betul nak belajar, apasal aku nampak kau asyik tersengih je dari tadi? Tu, laki kau, dah macam nak terkeluar biji mata dia tengok drama sebabak kau tu,” Aku berpaling ke bahagian QA. Pada masa yang sama Ishamudin berpaling ke arah lain. Erkkk...dia tengok kat sini ke tadi?

“Kak, dia tengok kat sini tadi ke?” Mereka angguk kepala. Alamak!!! Macamana boleh terlupa ni? Aku garu kepala yang tidak gatal. Sudahlah suami aku tu, boleh tahan kuat cemburunya.

“Dah. Buat manual jelah sementara mesin tu belum okey,” Aku angguk kepala.

“Bye Ikmal.” Aku tersenyum manis padanya.

“Jangan di layan budak tak cukup umur tu Ikmal. Nanti kena balun suami dia. Budak ni, suami punyalah handsome, masih juga nak tengok lelaki lain. Nanti, suami lari kata suami buat hal. Pelik betul manusia zaman sekarang ni,” Aku  gigit lidah mendengar Madam membebel. Beberapa saat kemudian handsetku bergetar. Pantas tanganku membaca mesej tersebut.



‘hari ni kau temankan aku mkn’



Aku angkat muka dan berpaling ke QA. Aku geleng kepala. Ishamudin gigit bibir. Kami berdua bergaduh melalui mata. hahaha...memandangkan tempat aku dan Ishamudin ni tak jauh, senang sikit kami berdua nak buat drama pendek macam ni. Kemudian dia berdiri. Alamak!!! Kalau dia berdiri, maksudnya dia akan datang ke sini dan dia akan minta kebenaran dengan kakak-kakak kesayangan aku ni. Bila melihat dia semakin dekat menghampiri meja kami, aku angguk kepala. Dia tersenyum puas dan membelok ke arah lain. Aku mencebik.

“Apahal Mawar?” Aku tersentak.

“Dari tadi aku nampak kau dan Ishamudin bermain mata. Korang berdua ada penyakit mata ke?” Aku tergelak. Kak Mila geleng kepala.

“Orang kena dendalah.” Aku menjawab lemah.

“Denda?” Soal mereka serentak.

“Nampaknya hari ni, kena keluar makan sama dengan pak cik tu,” Aku muncung bibir ke arah Ishamudin. Mereka berlima tersengih.

“Baguslah. Boleh makan bersuap pulak. Tapi, sebelum kau berdua makan bersuap, ada orang nak jumpa kau kat guardroom.” Aku kerutkan dahi.

“Nak jumpa saya? siapa?”

“Entahlah. Pergilah,”

“Saya sorang je? Kalau orang nak culik saya?” Aku buat muka takut. Kak Onah angkat tangan ala-ala nak bagi aku penampar. Sebab mulut ni celupar sangat.

“Mulut tu memang tak pernah nak keluarkan ayat yang bagus sikit,” Aku muncung mulut.

“Yelah...yelah... orang pergi. Siapa yang pandai-pandai nak jumpa orang masa kerja ni.” Aku membebel. Sambil berjalan keluar dari department, aku keluarkan handsetku dan menghantar mesej pada suamiku. Bimbang pulak dia tercari-cari isteri dia yang comel ni. Bukan tak tahu perangai pak cik tu, aku ni tak boleh hilang dari mata dia sejak kami berbaik-baik.

Aku mengatur langkah menuju ke guardroom.

“Pak cik, siapa yang nak jumpa saya tadi?” Aku bertanya sambil menjenguk kepala ke dalam bilik pak guard tu. Dia tersenyum.

“Tak tahu pulak pak cik. Tadi ada perempuan cantik  kat sini. Agaknya dia ke tandas,” Aku garu kepala dan duduk sementara menunggu perempuan yang nak jumpa aku. Kalau perempuan, taklah aku takut sangat. Maknanya dia takkan culik aku.

“Kau Mawar?”

“Owhh...mak landak..” Aduh!!! Kan dah melatah aku dibuatnya. Apasal kau kejutkan aku? Aku urut dada.

“Owh!! Kakak cantik yang pelik hari tu ye?” Aku tersengih.

“Siapa kakak kau? Panggil aku Jes. Jesnita, okey,” Aku angguk kepala. Cantiknya nama. Sesuai dengan orangnya.

“Apa kau dah buat kat Haikal, ha,” Aku terdorong ke belakang bila ditolak kasar olehnya. “Err...En.Haikal? Kenapa dengan dia?” Soalku pelik. Takkan kena tumbuk oleh Ishamudin sampai masuk hospital?

“Kerana kau dia tolak cinta aku. Kau ni siapa nak bersama dia. Sedarlah diri tu. Budak kilang ada hati nak pikat lelaki macam Haikal tu. Jangan nak berangan okey.” Owh!!! Ingatkan En.Haikal tenat atau apalah tadi. Pelik betul. Bila masa aku berangan nak bersama En.Haikal tu? Kalau dengan Ishamudin, adalah. Ehh!! Apa aku merepek ni.

“Sekali lagi aku nampak atau dengar kau keluar dengan dia, tahulah aku apa nak buat kat kau,” Aku mengeluh. Tiba-tiba mata perempuan bernama Jesnita ni bulat macam ternampak hantu.

“Hai sayang. Kenapa ni?” Aku tersentak bila bahuku dipeluk erat oleh seseorang. Bila aku berpaling. Wajah manis Ishamudin menyapa mataku. Aikss.... tiba-tiba peluk aku ni kenapa? Siap panggil aku sayang lagi. Dari mana dia datang ye? Ikut jelah rentak dia.

“Entahlah, bang. Kakak ni, tiba-tiba je marahkan Mawar,” Aku menjawab manja. Pinggang Ishamudin aku peluk mesra. Tiba-tiba rasa nak berlakon manja depan minah tak cukup kain ni.

“Hai..saya Jesnita,” Jesnita menghulur tangan untuk bersalam dengan Ishamudin. Ehh..eh.. Dengan aku tak nak salam. Dengan laki aku, kau nak salam. Aku gigit bibir dan memandang wajah Ishamudin. Kalau dia sambut salam perempuan ni, memang aku sepak kaki dia. Aku peluk lebih erat pinggangnya. Ishamudin tersenyum manis padaku kemudian mencium dahiku. Aku tersipu malu. Perlahan aku pukul dadanya. Buat malu aku je.

“Awak tak tahu ke, lelaki dan perempuan bukan muhrim tak boleh bersentuhan?” Aku tersenyum lebar mendengar kata-kata sinis Ishamudin.

“Owh!! Ermmm...Sorry. Terlupa. Tapi, awak dan dia ni buat lebih teruk dari saya. Berpeluk sakan,” Aku tergelak.

“Untuk pengetahuan Cik Jesnita, saya dah kahwin. Ini suami saya. Saya takde masa nak layan lelaki lain,” Aku berkata bangga. Ishamudin cubit hujung hidungku.

“Sayang layan lelaki lain ye?” Aku buat muka bila mendengar soalan yang keluar dari mulut Ishamudin.

“Ermmm..er..Ye. Nampaknya isteri encik ni berminat kat Haikal.” Aku kerutkan dahi. Erkk...takkan perempuan ni pun nak berlakon jugak. Tadi marahkan aku.

“Ye? Kenapa awak jumpa isteri saya ni?” Ishamudin bertanya tegas. Aku gigit bibir. Geram tengok minah tak cukup kain ni. Tengok laki aku macam tak terkeluar matanya. Tak pernah nampak lelaki kacak agaknya.

“Sebenarnya. Saya nak bagi tahu Mawar ni yang Haikal memang sayang sangat pada dia sampai sanggup tinggalkan saya. Jadi, kalau mereka saling menyintai, lebih baik mereka bersama,” Matanya tajam merenung ke arah ku.

“Apa???”

Aku menjerit bila mendengar kata-kata dari mulut perempuan bernama Jesnita ni. Nak kena pelempang agaknya. Tadi bukan main lagi mengutuk aku. Sekarang dia nak aku bersama En.Haikal? Rasanya dia ni salah tempat. Mungkin nak mendaftar kat tanjung rambutan agaknya.

“Ye ke? Kenapa tadi saya dengar lain ye? Saya dengar awak marah isteri saya tadi,kan?” Aku tersenyum. Sayanglah kat suami aku ni. Aku peluk erat pinggang Ishamudin sambil tersenyum. Wajah Jesnita saat itu, susah aku nak cakap. Bengang habis.

“Jadi awak tak kisah isteri awak cintakan lelaki lain?” Ishamudin tersenyum.

“Saya kenal isteri saya. Dia hanya cintakan saya. Tentang Haikal tu, memang dia minat kat isteri saya ni. Tapi, isteri saya tak minat kat dia. Awak dan dia lagi sesuai bersama.” Jesnita gigit bibir. Marah benar bila melihat aku berbalas senyum dengan Ishamudin. Entah apalah motif dia nak fitnah aku. Takkan dia terpikat pada suami aku ni. Aku mendongak memandang wajah serius Ishamudin.

“Rasanya, ada apa-apa lagi yang awak nak cakap pada isteri saya?” Jesnita geleng kepala dan terus beredar. Aku melambai tangan padanya. Aku pandang langkah marah Jesnita berlalu meninggalkan kami berdua. Aku masih memeluk pinggangnya. Rasa selesa pulak. Kalau lama-lama macam ni, kan best.

“Dah. Masuk lagi. Nanti Madam bising,” Aku mengeluh berat. Memang rasa berat hati nak lepaskan dia setelah dengar apa yang dia lafazkan tadi. Aku cintakan dia? Ye ke?  Tapi mengapa aku tak tahu yang aku dah jatuh cinta pada dia? Bagaimana dia boleh tahu ye? Ada terpampang kat muka aku ke?

“Kenapa ni? Apa lagi yang tak puas hati ni,” Ishamudin angkat kening.

“Errr...Awak cakap saya cintakan awak? Mana ada saya cintakan awak.” Dia tergelak.

“Itu pun nak suruh kau pening kepala. Tak payah fikir banyak. Masuk lagi,” Akhirnya aku angguk kepala.

“Rehat nanti jangan lupa. Kalau aku lambat, kau order dulu,” Beberapa langkah kemudian, aku berpaling dan berlari menghampirinya lalu memeluknya erat.

“Terima kasih sebab percayakan saya,” Ucapku tenang dan terus berlari masuk ke dalam kilang. Ketika kau berpaling, dia sempat melambai tangan padaku. Ahhh...bahagianya aku rasa saat ini.



*************************



“Bagi balik,” Aku melompat untuk mengambil kerepek pisang ditangan Ishamudin. Dia tersengih.

“Orang lapar ni,” Aku merungut. Dia buat tak tahu. Kenapalah dia tinggi sangat? Baru rehat pertama, kalau tengahari dia buat hal juga, kebulurlah aku lepas ni. Tadi aku tak sempat nak beratur untuk membeli makanan. Lepas tu, dia pujuk aku dan  kata nak belanja aku, tapi bila aku ambil kerepek pisang dia tayang muka tak puas hati. Kemudian dia beli pula minuman milo kotak dan paksa aku minum. Setelah berdebat, barulah aku minum. Sekarang dia suruh aku habiskan roti bun berinti kacang merah tu pulak. Tapi aku tak nak makan roti tu, aku nak makan kerepek. Aku buat muncung itik bila tidak dapat merampas kerepek darinya. Selamba dia tarik tanganku dan dibawa ke kawasan loker. Kami berdua duduk bersandar di tepi loker.

“Makan roti tu dulu. Baru makan kerepek ni,” Aku berdengus kasar.

“Cepatlah. Nak kena suap? Masa rehat tinggal sikit lagi tu. Nanti lapar pulak,” Pujuknya. Aku menjeling tajam padanya. Wajahnya tetap selamba.

“Sorry. Tadi ada kerja sikit. Lain kali tak lambat lagi,” Kerana dia lambat, aku tak sempat nak pesan makanan. Melihat wajahnya saat itu membuatkan aku tersenyum kecil. Kenapa aku rasa dia sekarang dah berubah? Aku terus merenung wajahnya.

“Kau nak makan atau nak cium aku?” Aku kerutkan dahi kemudian pantas merampas roti dari tangannya. Dia tergelak halus lalu menarik tubuhku mendekatinya. Rasanya sekarang  kami macam pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta. Tapi, dia tak pernah mengucap kata cinta padaku. Apa sebenarnya perasaan dia padaku ye?



********************************
p/s : maaf sebab biar anda semua tertunggu-tunggu entry terbaharu. enjoy semua..

6 catatan:

Unknown said...

best...

MaY_LiN said...

next next

eija said...

alolo sweetnya dorg.. ailah mawar utung jd awk kn.. byk sgt pminat nya.. jels sy taw..hihihi

eisya said...

Yeayyy!!tq cik writer..akhirnye ade n3..nk lagiiiiiii...hihihi

Anonymous said...

Mawar...... Mawar....... sweetnyer.... He he he
Yanshi

ada said...

Best..