Followers

Wednesday, January 5, 2011

Jangan Kau Pergi 15

“Suami Fiya mana?” Arif bertanya sebaik sahaja sampai.

“Dia pergi makan.” Arif angguk kepala.

“Kenapa tak ikut sama?” Hafiya geleng kepala.

“Saya tak nak bila Alif sedar, dia tercari-cari saya. Lagipun, saya dah pesan suruh dia belikan untuk saya.” Arif angguk kepala.

“Doktor ada cakap apa-apa tentang Alif?” Hafiya geleng kepala.

“Mereka Cuma cakap Alif dah stabil. Sekarang mereka akan hantar dia ke wad biasa.” Hafiya menjawab lemah.

“Baguslah. Jangan risau sangat. Alif akan selamat.” Hafiya angguk kepala.

“Errr..Abang ada apa-apa hal nak jumpa Fiya ke?” Hafiya baru teringat hendak bertanya. Arif geleng kepala.

Abang rindukan Alif dan Ina. Hafiya angguk kepala.

Fiya bagaimana sekarang? Hafiya tarik nafas dan tersenyum.

Macam yang abang nampak. Takde perubahan pun pada Fiya. Hafiya menjawab tenang.

Dia layan Fiya dengan baik? Sekali lagi Hafiya tersenyum. Elman memang baik. Sama seperti Abang Arif. Tapi, Abang Arif tidak pernah menengkingnya. Elman pula suka mengarah dan suka meninggikan suara padanya. Namun bagi Hafiya itu semua tidak mengapa. Dia lebih suka bila Elman marah-marah kerana dia Nampak semakin handsome. Hafiya mengeluh. Keliru.

Dia dapat terima mereka berdua ni? Arif sungguh-sungguh ingin tahu kehidupan Hafiya sekarang.

Abang jangan risau. Fiya bertuah dapat kahwin dengan Abang Elman. Dan, terima kasih sebab lepaskan Fiya dulu. Hafiya tersenyum. Wajah Arif merona merah. Malu kerana sanggup meninggalkan Hafiya hanya kerana dia tidak sanggup untuk bersama Hafiya yang seiras wajah arwah isterinya.

“Abang minta maaf sebab bertindak ikut kata hati dulu. Abang tak dapat terima Fiya sebab abang masih sayangkan Hadiah. Abang tak dapat lupakan dia. Bila tengok wajah Fiya, abang nampak wajah Diah.” Hafiya angguk kepala. dia sangat faham tentang itu. Antara dia dan Hadiah memang tiada bezanya. Hanya orang yang terdekat dapat membezakan mereka. Lagipun beza umur mereka tidaklah terlalu jauh.

“Saya faham. Saya pun tak dapat terima abang sebab saya dah anggap abang macam abang saya sendiri. Dan susah untuk ubah perasaan itu. ” Perlahan Hafiya menjawab. Arif angguk kepala.

“Tapi....abang menyesal sebab tak berusaha untuk menerima Fiya.” Hafiya tersentak. Lama wajah Arif di renung.

“Maksud abang?” Arif tersenyum kelat. Kemudian menghembus nafas berat.

“Abang patut cuba untuk menerima Fiya dan bina keluarga kita seperti biasa.” Hafiya tersentak.

“Abang tak patut cakap macam tu. Kalau isteri abang atau suami Fiya dengar, tentu mereka marah. Abang kena terima hakikat jodoh kita tak panjang. Kita sama-sama sudah berkahwin, jadi tolong jangan rumitkan keadaan,” Hafiya bersuara sayu. Arif merenung wajah Hafiya lama. Terus jari jemari Hafiya ditariknya.

“Fiya, jadi isteri abang semula. Anak-anak tentu gembira bila kita bersama semula,” Arif bertindak diluar jangkaan. Hafiya tersentak. Terus dia menepis tangan kasar yang sedang menggenggam jarinya.

“Abang jangan nak merepek. Fiya dah kahwin. Fiya tak nak perkahwinan kali ini gagal lagi. ” Hafiya berkata tegas.

“Tapi...Fiya tak kasihan pada anak-anak? Mereka rindukan abang, papa mereka.” Hafiya mengeluh. Kenapa baru sekarang Arif bertanya tentang anak-anak?

“Abang, Fiya tak kisah pun kalau abang nak jumpa mereka. Mereka anak-anak abang. Dan, kalau abang nak ambil mereka semula, Fiya juga tidak kisah. Tapi, pastikan isteri abang benar-benar sudah bersedia untuk menerima mereka. Tetapi, kalau dia belum bersedia, Fiya takkan lepaskan mereka berdua kembali pada abang. Dan,..untuk kembali menjadi isteri abang, saya minta maaf. Tak terlintas di fikiran untuk kembali pada abang.” Arif bersandar lemah.

“Abang tahu. Abang Cuma...abang rasa kesunyian. Di rumah hanya abang dan isteri yang ada. Isteri abang pula bekerja. Rumah sunyi tanpa gelak ketawa anak-anak.” Hafiya mengeluh.

“Kenapa? Isteri abang masih tidak mahu ada anak?” Arif angguk kepala. perbualan mereka terganggu bila Alif terjaga dan terus menangis mencari papanya.

“Papa..papa..nak papa...” Hafiya dan Arif berlari mendapatkan Alif. Badan Alif digoncang perlahan.

“Alif..bangun sayang. Ibu dan papa ada kat sini,” Hafiya bersuara perlahan. Alif membuka matanya. Satu persatu wajah dipandang. Alif merenung wajah Arif. Beberapa saat kemudian dia menangis lagi. Hafiya cuba memujuknya namun masih gagal. Malah suara Alif semakin kuat.

“Kenapa dengan Alif ni? Kenapa dia tak nak abang dukung dia?” Arif bertanya pelik. Hafiya juga pelik.

“Mungkin dia cari suami Fiya.” Hafiya masih cuba memujuk Alif. Tangisan anak kecil itu masih kedengaran sayu sekali.

“Papa...papa...nak papa..ibu..nak papa..papa...” Alif menangis sambil menghentak kaki. Bingung Hafiya dibuatnya. Dia sendiri tidak tahu ke mana suaminya pergi. Hendak menghubungi Elman dia tidak tahu nombor telefon lelaki itu. Akhirnya Hafiya berdoa di dalam hati semoga Elman cepat sampai. Tidak sanggup melihat Alif menangis mencari papanya. Semenjak Elman marahkan dirinya, layan Elman pada Alif juga semakin dingin. Mungkin anaknya itu terlalu rindukan Elman kerana lelaki itu yang selalu memanjakannya. Pintu bilik di tolak dari luar, wajah Elman menyapa matanya. Hafiya bersyukur pada Allah S.W.T .

“Kenapa dengan Alif?” Elman bertanya lembut dan menghampiri Alif.

“Alif...kenapa ni?” Sebaik sahaja mendengar suara Elman, Alif terus memeluk leher Elman erat sekali.

“Papa...papa..” Elman tersenyum sambil mengusap belakang Alif dengan lembut sekali.

“Kenapa menangis ni? Sayang anak papa,” Elman mencium pipi Alif. Alif tersenyum ceria. Arif terasa hati. Sepatutnya dia yang memeluk dan mencium Alif. Tetapi, semua itu hanya mimpi. Alif langsung tidak kenal dirinya. Hafiya tersenyum melihat wajah ceria Alif.

“Rindukan papa ya?” Elman bertanya lagi. Alif hanya mengangguk kepala.

“Papa minta maaf sebab abaikan Alif. Nanti papa temankan Alif . okey?” Alif angguk kepala.

“Fiya, abang balik dulu. Rasanya Alif dah okey tu. Papa dia dah sampai,” Arif terus berlalu tanpa sempat dihalang oleh Hafiya. Elman hanya menjeling sekilas. Hafiya dan Nurina mengejar Arif.

“Abang tunggu dulu. Fiya minta maaf,” Hafiya berkata perlahan. Arif mendiamkan diri. Dia terkilan kerana Alif tidak kenal padanya.

“Papa..papa tak nak kami ye?” Nurina bertanya sedih. Arif tersentak dan terus memeluk tubuh kecil itu. Airmata Nurina mengalir dipipi.

“Papa sayang kamu berdua. Tapi, papa tak dapat bawa kamu berdua balik. Ibu perlukan Ina dan Alif.” Arif menjawab tenang. Nurina menangis teresak-esak.

“Papa mesti selalu datang jumpa Ina dan Alif ye.” Arif angguk kepala.

“Okey. Papa balik dulu,” Nurina angguk kepala. Hafiya hanya memandang sayu langkah lesu Arif meninggalkan mereka.

***************************

Sesekali Elman mencuri pandang wajah Hafiya yang sedang menyuap makanan ke mulut Alif. Setelah diperiksa dan yakin kesihatan Alif semakin baik, Hafiya dan Elman mengeluh lega. Alif akan dibenarkan keluar esok jika keadaannya memuaskan. Kerana itu, terpaksalah mereka berempat bermalam di wad tersebut.

Awak, kalau awak tak selesa, awak baliklah ke rumah.” Hafiya bersuara lembut. Elman merenung tajam wajah Hafiya. Dia teringin mendengar Hafiya memanggilnya dengan panggilan abang seperti dia memanggil Arif. Namun, Elman tetap kecewa. Hafiya hanya berlakon di hadapan Arif.

Saya nak tidur kat sini jugak. Macamana kalau Alif menangis dan cari saya lagi? Tak payah risau, setakat tidur atas kerusi ni, tak jadi masalah pun pada saya. Hafiya angguk kepala.

Errr….awak.. Hafiya angkat muka memandang wajah Elman.

Nah!! Hafiya tersentak namun menyambut bungkusan yang dihulurkan.

Apa ni? Soalnya pelik.

Bukalah, Elman berkata acuh tak acuh. Hafiya kecilkan matanya.

Apa kat dalam ni? Awak bagi bom ya? Hafiya berkata selamba sambil tangannya membuka bungkusan tersebut. Elman menjeling tajam wajah Hafiya yang sedang tersengih itu.

Wah!!!!! Apa ni? Hafiya bertanya bodoh. Elman kerutkan dahi.

Nokia C5, Elman menjawab selamba. Hafiya bulatkan mata. Sekarang mulut dan matanya sedang membulat. Elman kerutkan dahi bila melihat gelagat Hafiya.

Nokia C5? Untuk saya? Elman angguk kepala. Dalam hati dia tersenyum melihat gelagat Hafiya yang sama seperti ketika Alif menerima kereta mainan.

Yelah. Takkan untuk Alif pulak. Tempelak Elman. Hafiya tersengih.

Tapi awak…macamana nak guna ni? Lagi satu, tentu mahalkan? Hafiya pandang wajah Elman dengan wajah susah hati.

Ye. Mahal. Jadi, jaga elok-elok. Gunakan untuk perkara yang elok je. Hafiya tersenyum lebar. Perlahan tangannya membelek telefon tersebut.

Sini, Elman menarik telefon tersebut dari tangan Hafiya dan menerangkan satu persatu cara menggunakan telefon tersebut.

Yang ini kamera ye? Hafiya berkata perlahan dan Elman angguk kepala.

Jadi, kalau nak ambil gambar, kena tekan kat sini ye? Sekali lagi Hafiya bertanya. Elman angguk kepala lagi. Rasa hendak di ketuk kepala isterinya yang masih tidak faham.

Ye. Berapa kali saya nak terangkan? Nak kena hantar ke sekolah lagi, baru nak faham? Elman berkata geram. Hafiya tersengih lagi. Perlahan Hafiya menghampiri Elman dan mendekatkan pipinya ke pipi Elman dan terus tangannya menekan butang kamera telefon tersebut.

Err…apa awak buat ni? Tersentak Elman dengan tindakan spontan Hafiya itu. Hafiya tersenyum.

Nak cuba ambil gambarlah. Selalu tengok dalam TV diaorang buat macam tu. Comel jugak saya kat dalam gambar ni, Hafiya tersenyum senang sambil menunjukkan gambar tersebut pada Elman. Elman pura-pura marah namun di dalam hati dia tersenyum bahagia. ‘Hafiya..Hafiya..macam budak-budak,’ Elman terus merenung wajah bersih itu.

Awak? Hafiya memanggil Elman dengan perlahan sekali.

Apa lagi? Elman usap rambut Alif yang sedang tidur. Hafiya tersenyum.

Nombor telefon awak? Nanti senang saya nak hubungi jika ada apa-apa hal. Hafiya berkata perlahan.

Saya dah save kat dalam tu. Semua nombor-nombor penting saya save. Hafiya angguk kepala.

Awak, macamana nak gunakan gambar tadi tu sebagai gambar kat depan ni? Hafiya bertanya lagi. Elman mengeluh. Lantas dia menghampiri Hafiya dan duduk disebelah isterinya.

Pergi kat album tadi. Lepas tu pilih gambar mana yang awak nak guna, tekan option dan pilihlah ini. Use as WallPaper. Hafiya angguk kepala sambil tersenyum senang. Elman beredar menghampiri Alif semula.

Awak, betul awak bagi ni kat saya? Hafiya bertanya sambil menghampiri Elman yang sedang mengusap rambut Alif. Elman pandang wajah Hafiya yang berseri-seri itu.

Kenapa? Tak nak? Bagi balik, Hafiya muncungkan bibir. Kemudian dia tersenyum. Terasa hendak dipeluk lelaki itu. Untuk menyatakan betapa dia gembira dengan pemberian itu.

Kenapa awak bagi kat saya? Sekali lagi Hafiya bertanya. Elman renung wajah lembut itu. ‘Kalau kat rumah, memang aku cium dia ni,’ Elman berbisik dalam hati.

Saya tak nak dikatakan lelaki yang mengabaikan keluarga. Tengok, apa yang terjadi siang tadi? Orang lain yang tahu tentang Alif. Hafiya tersenyum lebar.

Awak masih marahkan saya? Hafiya bertanya lagi. Elman garu kepala yang tidak gatal.

Masih. Sikit, Jawabnya sambil menunjukkan hujung jarinya. Hafiya tergelak.

Kalau awak panggil saya dengan panggilan yang selayaknya, baru marah sikit tu hilang, Elman menyambung kata. Hafiya terdiam.

Panggil awak dengan panggilan apa? Hafiya garu kepala. Elman tersengih nakal.

Tadi masa ex-husband awak datang, awak panggil saya apa? Hafiya garu kepala lagi. ‘Aku panggil apa ye?’ Hafiya cuba mengingati perkara tersebut.

Abang? Elman angguk kepala dan tersenyum.

Okey. Kalau saya panggil abang, awak tak marah saya lagi. Awak takkan abaikan Alif lagi? Betul? Hafiya bertanya sambil merenung wajah Elman mencari kepastian di wajah itu.

Ye. Hafiya angguk kepala. Elman tersenyum senang. Mungkin ini permulaan yang baik untuk mereka.

***************************

9 catatan:

Ema Emaharuka said...

Akhirnya keluar juga cite ini,dah rindu:-)
Wah bestnye...
CoMel juga hafiya..
Nak lg kak:-)

itu_aku +_^ said...

suka2
love in the air
nk lg
jgn lama sgt tnpa n3

IVORYGINGER said...

yoyoyo... dah ada pkembangan yg baik nmpk. he... tp kan asyik hafiya ja mulakan langkah. Elman ni still ngan ego n merajuk dia dia ja. bila la nk move???

aqilah said...

sweeeeeeeetnyaaaaaaaaaaaaaaaa......
nak lagi!!!!!!!!!!!!!!

MaY_LiN said...

suke nye..
sayang gak el kat fiya ya

Ibu Hafiz said...

Wah...terasa berbunga2 hati ni bila Elman hadiahkan handphone kat Fiya...sweet pulak tu Fiya spontan ambik gambar dgn Elman walaupun baru pandai guna kamera hp...

Best! Best! Terubat rindu kat mereka ber4 ni..

nursya said...

alaihai...
sweet jer si el ngn fiya nie...
suka..suka...

hani said...

best...nak lg

mISz EmIyLiA :) said...

sweeeeetnyeeeee !!!
heee ~ bestlah cite nie ,
blum penah miss lg .. :)
smbung lg cpt2 ..

btw , follow blog sy jom , thanks ..
[www.emilyaqamelia.blogspot.com]