Followers

Wednesday, May 28, 2014

Relaku Pujuk 50



“Wah!!! Mawar. Aku ingat pekerja baru tadi.” Aku tersenyum manis. Semua rakan-rakanku mengelilingiku. Masing-masing merenung wajahku.
“Ish...cik kak - cik kak semua, dah takde kerja? Kalau tengok muka saya ni, korang dapat capai target ke?” Aku bersuara jengkel.
“Mawar, cantiklah kau. Muka pun berseri-seri. Ishamudin pun sama. Kau mengandung ye?”
“Hisss....Merepek je,” Aku rasakan wajahku membahang sekarang ni. Teringat kenangan semalam. Aku tersenyum meleret. Bila teringat kejadian awal pagi tadi, aku muncung mulut. Kerana kenakalan Ishamudin, tak pasal-pasal kami berdua hampir tak sempat punch card. Lepas sembahyang Subuh, sempat pulak dia nak mengatal.
“Aih...hoi minah. Dah sampai ke mana? Kau ni, macam orang baru berkahwin. Sedangkan dah kahwin 3 bulan lebih.” Aku gigit bibir. Memang kahwin dah 3 bulan lebih, tapi, baru rasmi jadi isteri orang semalam. Teringat lagi hal semalam, aku gigit bibir. Malu teramat sangat.
“Memang rosak budak ni. Fikiran dia dah jauh melayang,” Aku terus tersenyum.
“Mawar, Isham datang,”
“Hah!! Mana dia?” Automatik kepalaku terangkat dan mataku memandang sekeliling. Mereka tergelak.
“Mabuk cinta,” Aku muncung mulut.
Memang tak dapat tengok orang senang. Mereka geleng kepala dan meneruskan kerja masing-masing bila loceng kedua berbunyi. Kami semua begitu khusyuk sekali melakukan kerja. Tiba-tiba handsetku bergetar. Perlahan aku keluarkan dan membaca mesej yang dihantar oleh suamiku.
‘Salam, boleh berkenalan? Hihihihihi.’
Aku geleng kepala. Suami aku ni. Ada saja modal hendak mengusikku. Aku pandang ke arah QA. Ishamudin sedang memandang kearahku sambil angkat kening.
‘tak boleh..’
‘Nape????’
‘sbb sy dah kawen,’
‘ye ke? Siapa lelaki bertuah tu?’
‘suami sy la...maaf ye, sy nak kerja..takde masa nak lyn awak...:p’
‘okey...’
Aku tergelak halus bila melihat senyum lebar dibibir suamiku. Susah juga kalau bekerja satu tempat kerja ni. Sibuk pulak nak bercinta. Macam orang baru bercinta pulak.
“Tengok. Sibuk nak bermesej pulak budak ni. Mawar, bila nak habis bobbin tu?” Aku tersengih pada Kak Mila.
“Sekejap lagi habislah. Jangan risau.” Aku menjawab selamba. Nasib baik kami bekerja ikut target masing-masing. Cepat buat kerja, dah habis bolehlah berehat. Hahahhaa...suka sangat kerja macam ni. Tak amanah langsung. Huhuhuhu....
“Bertuah Isham tu dapat isteri cantik macam Mawar ni. Memang patut pun, mata suami dia tu macam melekat je kat sini,” Aku angkat muka.
“Apa dia kak?” Kak Mila tersenyum penuh makna. Aku buat muka tak tahu.
“Suami kau tu, semakin hari semakin miang aku tengok. Tapi, bila dia tengok kau jelah. Bila dia tengok perempuan lain, macam takde perasaan pulak. Pelik betul aku dekat budak sorang tu,” Aku tergelak. Memang pun. Ishamudin memang macam tu. Kalau dengan aku, romantik dia tak payah cakap. Tapi aku suka.
“Biarlah mereka tu, janji mereka bahagia. Kita tumpang sekaki jelah. Untung nasib, hujung tahun ni kita dapat anak saudara.” Kak Onah tiba-tiba menyampuk. Wajahku serta merta merona merah. Kak Onah ni, takde ayat lain ke nak dikeluarkan.
******************************           
“Isham, tunggu saya. Saya belum habis makan lagi,” Aku gigit bibir. Geram betul dengan perempuan tak tahu malu tu. Apa dia buat kat sini?
“Abang,” Aku memanggil suamiku. Ishamudin tersenyum lantas menghampiriku.
“Sayang dah makan?” Soalnya lembut sambil tersenyum manis padaku. Aku geleng kepala.
“Tak  ada selera,” Aku muncung mulut.
“Nak abang suap?” Tanyanya. Aku tersengih sambil memandang wajah rakan-rakanku yang lain.
“Nak.”
“Tak malu,” Marahnya sambil tangannya sudah sampai didahiku. Aku buat muka tak puas hati. Sempat pulak nak kutuk aku. Aku menghentak kaki.
“Sayang, sayang dah jadi isteri orang. Hairan pulak orang tengok sayang hentak kaki macam budak kecil tu,” Ishamudin berbisik perlahan di telingaku. Aku menjeling tajam padanya. Dia tersenyum kecil.
“Marilah. Abang temankan sayang makan,” Aku angguk kepala.
“Kak, orang makan dengan dia ye.” Aku buat muka comel depan Kak Mila, Kak Kate, Kak Onah dan Kak Sally. Mereka berempat angguk kepala. Kak Ita tak makan. Perut dia sakit, jadi dia berehat di bilik rehat.
“Yelah. Orang dah berkahwin, makan dengan laki dia. Baru lauk tu rasa sedap,” Kak Onah menyindirku. Aku tersengih.
“Cepatlah.” Aku angguk kepala dan mengikut langkah kaki Ishamudin ke meja yang agak jauh dari pekerja lain.
“Nak abang suapkan?” Aku kerutkan dahi kemudian geleng kepala. Tadi beria-ia nak minta suap. Lepas tu, rasa malu pulak. huhuhuhu
“Tak naklah. Tangan orang masih kuat lagi,” Dia angguk kepala.
“Mawar, suapkan untuk abang,” Arahnya. Aku besarkan mata. Terkejut mendengar permintaannya.
“Hah!! Eiii..Malulah bang,” Aku tersipu malu.
“Cepatlah sayang. Abang nak makan sambil disuap oleh sayang,” Giliran dia pulak merengek. Aku kerutkan dahi. Perangai Ishamudin sejak ke belakangan ni sangat pelik. Kadangkala dia minta aku cium pipi dia tak kira tempat. Nak bermanja lebih-lebih pulak suami aku ni. Sama macam aku. Sentiasa rindu padanya.
“Abang ni. Malulah orang tengok. Tunggu kita sampai kat rumah jelah.” Dia mencebik.
            Wajahnya saat itu susah untuk aku gambarkan. Korang bayangkan je, rupa lelaki yang merajuk. Nasib baik dia suami aku, kalau orang lain, memang dah lama aku blah. Aku pandang kiri dan kanan. Bila yakin tiada yang memandang ke arah kami, aku suapkan nasi ke mulut Ishamudin yang sudah ternganga macam anak burung menunggu makanan dari ibunya. Aku tergelak kecil. Comel je wajah suamiku saat ini.
“Sedap. Tadi tak aman nak makan. Ada gangguan,” Ucapnya perlahan. Aku mencebik.
“Ye ke? Entah-entah makin berselera sebab dapat makan depan perempuan cantik,” Aku menjeling sekilas padanya. Dia tersenyum.
“Taklah. Lainlah kalau makan dengan Mawar, baru ada selera.” Aku mencebik.
“Sejak bila perempuan tu suka sangat datang makan kat sini?” Aku bertanya cuba mengorek rahsia.
“Entah. Tiba-tiba je duduk kat depan abang tadi. Dia kerja kat sini ke?” Aku pun tak tahu. Tapi, mereka kata, Jesnita bukan pekerja kat sini. Oleh kerana dia berkawan dengan En.Haikal, jadi, dia ada kebebasan untuk keluar masuk kilang ni.
“Kawan abang yang lain, mana?”
“Mereka terus cabut lari bila tengok perempuan tu datang. Abang tak sempat lari,”
“Apahal pulak abang tak sempat lari?”
“Sebab asyik sangat tengok isteri abang keluar dari production,” Dia tersengih. Aku pukul dahinya. Giliran aku pulak ketuk dahi dia. Dia hanya tersenyum manis dihadapanku.
“Kita balik kampung Mawar minggu ni, ye?”
“Balik kampung? Ye? Bestnya.” Dia tersenyum.
Seronoknya dapat balik kampung. Dah lama juga tak balik ke kampung sebenarnya. Yelah, setiap hujung minggu Ishamudin ajak aku keluar. Rakan-rakan yang lain pun, aku dah lama tak jumpa. Rindu betul nak jumpa mak dan ayahku. Sebelum ni, asyik call je.
******************
“Abang, lembu tu jahat tau,” Aku menunding jari ke arah seekor lembu yang ditambat di sebatang pokok kelapa.
“Jahat? Kenapa?”
“ Lembu tu pernah kejar Mawar tau,” Ishamudin tergelak. Mesti tak percayakan aku.
“Kenapa abang gelak?” Aku muncung mulut. Tak puas hati betul kat suami aku ni.
“Mesti lawak bila lembu tu kejar Mawar.” Dia tergelak besar.
“Abang tak percaya ye? Cuba abang libas payung ni depan muka dia,” Aku hulurkan payung merah itu padanya. Dia menyambutnya dengan kerutkan didahi.
“Untuk apa?” Soalnya pelik.
“Itulah. Pusing-pusing depan lembu tu. Kita buat dia naik angin.” Ishamudin ikut jugak. Perlahan kakinya melangkah menghampiri lembu tersebut.
“Abang, jangan dekat sangat. Nanti disondol dek lembu tu pulak,” Ishamudin mengundur ke belakang. Tahu takut. Beberapa kali Ishamudin melibas payung tersebut di depan lembu itu. Lembu itu pulak terus berdengus marah dan sedia hendak mengejar kami berdua.
“Abang lari.” Aku tarik tangannya dan kami tergelak setelah berada agak jauh dari lembu tersebut.
“Marah betul lembu tu. Macam sukan dekat Sepanyol tu,” Aku angguk kepala.
“Nasib baik kena ikat. Kalau tak memang kenalah kita berdua ni,” Kami berdua berjalan kaki ke sawah ayahku yang terletak di hujung kampung.
“Cantik jugak kampung Mawar ni. Masih bercirikan kampung tradisional. Patutlah, kulit isteri abang ni cantik, gebu.” Aku tolak kepalanya yang berada dekat dengan wajahku.
“Isk..abang ni. Malulah kalau orang tengok. Ingat sikit. Kita ni kat kampung. Nak bermesra tak kira tempat je,” Bebelku. Dia tetap tidak mengendahkannya. Tetap juga bibirnya mendarat di pipiku.
“Eleh...mengata orang. Dia sendiri pun macam tu jugak. Kalau datang mood miang dia, dalam kilang pun dia nak orang peluk dia.” Aku tersengih.
“Abang pun sama. Mawar tahu, abang nak bagitahu kat pekerja baru tu, yang Mawar ni isteri abang, kan?” Giliran dia pulak tersengih.
“Mestilah. Mereka tu, baru masuk kerja dah nak usha isteri abang. Kalau kat belakang, tak mengapalah jugak, ni tidak, depan-depan abang pun mereka nak mengorat. Siap bertanya pada abang, siapa nama budak perempuan cantik tu ye? Buat sakit hati je.” Dia tarik muka empat belas dia. Aku tergelak. Lebih-lebih lagi sejak aku mula memakai tudung. Ramai yang tak kenal. Walaupun, kepala dah bertudung, perangai nakal tak boleh hilang. Bukan tak boleh hilang, tak dapat dibuang. Sampai Ishamudin asyik hantar mesej mengingatkan aku supaya control perangai. Kadangkala, aku cuba untuk menjadi matang, tapi, tetap tak dapat. Sehari tak mengusik orang, hidupku terasa tak lengkap.
“Abang kasihan tengok pekerja baru hari tu. Macamana dia boleh tersalah letak perencah maggi ke dalam bekas air kopi dia. Lepas tu, kopi 3 in 1  pulak dia letak dalam mangkuk maggi dia. Khusyuk sangat tengok isteri abang ni,” Aku tergelak lagi. Sampai terduduk aku ketawa bila mengingatkan kejadian beberapa hari lepas.
“Dia yang syok sendiri. Dia ingatkan Mawar tengok dia. Dia pun tengok Mawar. Padahal masa tu Mawar sedang tengok abang. Kasihan pulak dia,” Aku tergelak lagi.
Bila menyedari kesilapannya, pantas dia berlari ke singki mencuci magginya. Kemudian, air dalam cawan yang sudah diletak perencah tadi dituang ke dalam pula ke dalam mangkuk.
“Mata sayang ni memang buat orang hilang kawalan tau,” Ishamudin tutup mataku dengan tangannya.
“Habis tu, abang nak Mawar buat apa? Apakata Mawar pakai cermin mata?” Aku memberi cadangan.
“Mawar rabun?” Soalnya bimbang.
“Isk..Abang ni, taklah. Mawar pakai yang takde kanta tu. Supaya orang tak pandang mata Mawar,” Ishamudin mencebik.
“Tak payah. Mawar pakai apa pun, tetap cantik. Kalau boleh abang nak simpan Mawar kat rumah je.” Dia peluk tubuhku. Aku berdengus kasar lantas menolak tubuhnya.
“Abang, saya belum puas lagi pegang duit sendiri,” Dia angguk kepala.
“Kan abang cakap tadi, kalau boleh...kalau...faham?” Aku menjeling tak percaya padanya. Pantas telingaku ditariknya. Nasib baik guna tudung, kalau tak, memang nampaklah kesan merah ditelingaku.
“Abang, sakitlah. Abang ni tak sayang Mawarlah,” Aku berpeluk tubuh dan berpaling ke belakang.
“Eleh, baru cubit sedikit dah kata tak sayang.” Aku tergamam bila melihat sesuatu datang menghampiri kami.
“Abang, cepat lari.” Aku tarik tangan Ishamudin dan terus berlari sekuat hati.
“Mawar kenapa ni? Mawar..” Walaupun kepalanya penuh dengan pertanyaan, namun dia tetap juga mengikut langkahku.
“Tu..kat belakang tu. Cepat bang..lari..” Kami berdua berlari sekuat hati. Bila sampai di satu selekoh, aku tarik tangan Ishamudin dan kami terus terjun ke dalam tali air depan sawah keluargaku.
“Mawarrrr....” Aku ketawa bila melihat kami berdua sudah basah lencun. Ishamudin geleng kepala. Nasib baik, dia sempat menyelamatkan telefon bimbitnya.
“Mawar tak apa-apa?” Soalnya bimbang dan membelek badanku. Aku geleng kepala dalam gelak yang masih bersisa. Kami berdua naik ke seberang.
“Tu lembu yang tadi,kan?” Aku angguk kepala.
“Kenapa dia kejar kita? Macamana dia boleh lepas?” Aku terus ketawa tak ingat dunia.
“Budak ni, kita tanya dia, dia pulak tergelak sakan,”
Lembu yang mengejar kami berdua tadi masih menunggu di seberang dengan wajah tak puas hati. Pandai jugak lembu tu tayang muka tak puas hati dia. Lembu tersebut masih berdengus marah di seberang sana. aku
“Ni mesti dia terlepas masa nenek nak tukar tempat dia kena tambat tu,” Dari jauh aku terpandang nenekku sedang berlari mengejar lembu dia.
“Tengok tu. Kasihan nenek. Terpaksa berlari sebab nak kejar lembu tu.”
“Dia marah sebab kita usik dia tadi,kan? Berdendam jugak rupanya binatang ni,” Aku tersengih lagi. Ishamudin pandang wajahku kemudian matanya jatuh kebadanku yang basah kuyup. Nasib baik kepala tak basah. Giliran dia pulak ketawa tak ingat dunia. Siap jatuh terduduk lagi. Bila aku pandang badanku, baru aku tersedar yang badanku penuh dengan kiambang. Aku gigit bibir. Ishamudin pulak, selamba menangkap gambarku ketika aku sedang blur. Setelah puas dia gelakkan aku, aku rampas handphone dia dan aku letakkan kiambang tersebut di atas kepala dia. Wajahnya saat itu melucukan. Terkejut dengan tindakanku agaknya.
“Owh!! Nak kenakan abang ye.” Ishamudin terus menerpa ke arahku. Aku terus melarikan diri dengan meniti permatang sawah. Kami berlari berkejaran di sawah seperti orang bercinta zaman dulu-dulu. Aku tergelak bila dia terjatuh beberapa kali. Setelah sampai dia sawah keluargaku, barulah aku berhenti dan memandang ke belakang. Aku tergelak lagi bila melihat badan Ishamudin penuh selut. Tanpa membuang masa, aku terus menangkap gambarnya yang hanya nampak mata. Agaknya dia terjatuh tertiarap di dalam selut tadi.
“Habis kotor badan abang ni. Kat mana nak cuci baju ni?” Ishamudin menghampiriku. Aku mengelak bila tangannya cuba menyentuh wajahku.
“Tu, kat dangau nenek tu.” Ishamudin berpaling dan kami sama-sama melangkah ke dangau. Aku membuka penuntup tempayan yang menjadi tempat biasa nenek menakung air.
“Uwarghhh..sejuknya.” Ishamudin menjerit kesejukan bila air dari dalam tempayan itu disimbah ke badannya. Aku tergelak.
“Burrr...Abang jahat,” Wajahku basah disimbah air. Ini mesti kerja suami aku. Memang tak pernah nak merasa aman. 
“Cuci muka tu..” Dia terus tergelak.
            Selepas membersihkan diri, kami berdua duduk di tangga dangau merenung sawah padi yang menghijau itu. Tidak lama lagi, akan tiba musim menuai. Lama kami berdua mendiamkan diri. Aku menongkat dagu di atas pahanya.
“Mawar, ermm...abang rasa Mawar belum period lagi bulan ni,kan?” Aku angkat muka merenung wajahnya dengan dahi berkerut seribu.
“Ah..aha lah bang...lupa pulak nak bagitahu abang. Pagi tadi, Mawar tengok kelendar, sepatutnya, minggu lepas Mawar period.” Aku terlupa nak bagitahu Ishamudin pagi tadi.
“Ye? Ermmm...maknanya, memang ada harapanlah hujung tahun ni kita dapat baby,” Aku mencebik bibir.
“Abang ni. Belum tahu lagi? Kalau takde nanti, hahh...abang juga yang kecewa,” Aku terasa kepalaku ditarik kemudian dicium.
“Tak kisahlah sayang. Kalau belum pun, abang suka. Jadi, kena kerja keras lepas ni. Lagipun, panjanglah masa untuk kita berdua honeymoon,” Aku pukul dadanya. Agaknya, inilah yang orang rasa bila bercinta selepas berkahwin. Kami ada masa untuk menyulam rindu seumur hidup kita. In shaa Allah.

**********************
p/s : Selamat membaca semua... kalau ada yang kurang tu, saya minta maaf. 

5 catatan:

eifa said...

Lagi lagi lagi

emyliana adlin said...

so sweet....nk lg

call me ziana said...

Best2..

Anonymous said...

ending da ke?

>>k<<

MaY_LiN said...

nk lg
sweet je isham ngan mawar ni