Followers

Monday, June 18, 2012

Alia Najwa 12



“Apa pulak tak jadi? Tok, tok dah janji nak kahwinkan Alia dengan saya pagi tadi. Mana boleh batalkan macam tu je?” Salim yang segak berbaju melayu melenting. Sebaik sahaja mendapat persetujuan Tok Man pagi tadi, dia terus ke pekan membeli baju melayu yang baru untuk majlis akad nikah dia dan Alia. Tetapi, ketika dia sampai di Masjid, Alia sudah sah menjadi isteri Syah Aiman. Setelah bersusah payah dia merancang semua itu, tetapi hasrat untuk berkahwin dengan Alia tetap tidak kesampaian.

“Saya yang bersalah. Jadi, biar saya yang bertanggungjawab.” Syah Aiman menjawab tenang.

“Jadi, memang kamu berdua buat benda tak eloklah semalam?” Suara orang kampung yang lain pula menyampuk.

“Allah S.W.T Maha Melihat. Dia lebih tahu apa yang terjadi semalam. Saya akan bertanggungjawab.” Alia terdiam di sebelah Pn.Hamidah. Sebaik sahaja mendengar kesudian Syah Aiman untuk berkahwin dengannya, dia mengeluh lega. Tidak dapat dibayangkan jika dia berkahwin dengan Salim. Lelaki yang selama ini selalu mengusiknya dengan kata-kata yang tidak sedap didengar.

“Saya tak kira. Saya nak jugak kahwin dengan Alia.” Salim terus menghampiri Alia dan menarik tangan gadis tersebut.

“Ehhh...Lepaslah. Lepaskan saya,” Alia meronta-ronta minta dilepaskan. Syah Aiman gigit bibir dan terus menarik tubuh Alia lalu memeluknya. Tubuh Salim yang agak gempal itu di tolak sehingga terjatuh.

“Dia dah jadi isteri saya. Saya, hairan, kenapa awak beria-ia sangat nak kahwin dengan Alia? Apa motif awak sebenarnya?” Salim gigit bibir geram. Tangannya digenggam erat. Matanya merenung tajam pada Syah Aiman dan Alia yang saling berpelukan.

“Salim, mak dah kata, mak tak benarkan kau kahwin dengan budak tu. Kenapa degil sangat.” Pn.Sanah menarik telinga anaknya. 

“Mak, Salim cintakan Alia. Salim nak kahwin dengan Alia. Dah lama Salim tunggu saat ni.” Mereka yang hadir saling berpandangan.

“Kau dah gila? Sampai bila-bila pun, mak tak nak dia jadi menantu mak. Faham. Sudah, mari balik. Banyak lagi perempuan baik-baik kat kampung ni, kenapa kau bodoh sangat nak jadi kambing hitam mereka?” Pn.Sanah berkata marah.

“Alia pun baik mak. Semalam tu salah faham je. Saya ingatkan, lelaki ni takkan kahwin dengan Alia kalau mereka kena tangkap basah.” Semua tetamu yang datang saling berpandangan.

“Kalau baik takdenya dia bawa lelaki balik ke rumah. Jangan nak jadi bodoh. Sudah. Balik. Asyik nak memalukan aku je.” Alia gigit bibir geram.

“Nampaknya, semua dah selesai. Walauapapun, kamu berdua memang bersalah. Kita jadikan ini satu pengajaran buat mereka yang lain. Tok Man, maaflah sebab paksa cucu Tok Man berkahwin dengan lelaki ni.” Tok Imam menepuk bahu Tok Man.

“Nak buat macamana. Dah jodoh mereka. Mungkin ada hikmah semua ni.” Tok Man memandang wajah lesu cucunya. Ketika mereka semua sedang sedia untuk beredar, sekali lagi Alia jatuh pengsan. Nasib baik, Syah Aiman sempat menyambut tubuhnya.

“Alia..Ya Allah selamatkanlah isteriku,” Tanpa sedar Syah Aiman mengeluarkan ayat tersebut. Pn.Hamidah dan Datuk Zamri saling berpandangan dan senyum lega terukir dibibir mereka.

“Syah, cepat bawa dia ke dalam kereta.” Tanpa berlengah lagi, Syah Aiman terus mencampung tubuh isterinya dan di bawa ke dalam kereta.

“Mama drive.” Syah Aiman sentuh dahi Alia.

“Panas mama. Demam Alia masih belum kebah. Kita bawa dia ke hospital.” Pn.Hamidah angguk kepala. 

            Datuk Zamri geleng kepala. Tak sangka pulak cucunya berkahwin dengan cara yang macam tu. Matanya memandang wajah risau lelaki dan perempuan yang sebaya dengannya.

“Jangan risau. Syah tu bakal doktor. Pandailah dia jaga isteri dia. Mari, saya hantarkan kamu balik,” Tok Man angguk kepala. En.Alwi masih merenung jauh ke depan. Sungguh tak sangka, anak perempuan tunggalnya sudah berkahwin. En.Alwi mengeluh perlahan.

“Serahkan pada Syah. InsyaAllah, dia akan jadi suami yang baik.” En.Alwi memandang wajah lelaki yang tersenyum padanya. Lelaki yang sebaya ayahnya itu kelihatan tenang sekali. Wajahnya dan perempuan tadi seiras, tetapi, mengapa cucunya berwajah ala-ala Pakistan?

“Menantu saya tu, memang cucu pak cik ye?” En.Alwi dan Datuk Zamri berjalan beriringan ke kereta di mana Tok Man dan Nek Som mengekori dari belakang.

“Ye. Cucu tunggal saya. Jadi awak ni ayah Alia ye. Baik budak Alia tu. Selalu bantu saya di sekolah tu.” En.Alwi angguk kepala.

“Saya Alwi. Ini ayah dan mak saya.” Leka dengan hal tadi, mereka terlupa untuk berkenalan.

“Yelah. Macamana pulak boleh lupa nak tanya nama.”

“Azman, panggil Man jelah. Ini isteri saya, Kalsom.” Datuk Zamri angguk kepala.

“Saya Zamri.” Mereka bertiga angguk kepala.

“Cucu awak tu ermm..memang orang Malaysia ke?” Nek Som tersengih bila disiku oleh Tok Man. Datuk Zamri tergelak. Sesiapa sahaja akan bertanya tentang cucunya itu. 

“Syah? Dia memang cucu saya. Ayah dia asal dari Pakistan. Sebenarnya, hari ini, kami kena berangkat ke Pakistan. Adik tiri Syah tu nak kahwin. Tak sangka pulak, dia yang berkahwin dulu.” Datuk Zamri tergelak.

“Ye? Jadi, tak dapat pergilah?” Datuk Zamri angguk kepala.

“Nampaknya macam tulah. Lepas hal ni selesai, rasanya, terpaksalah saya dan Hamidah je yang pergi ke sana esok hari.” Mereka bertiga angguk kepala.

************************

            Alia membuka matanya dengan perlahan. Sebaik sahaja matanya terbuka, wajah pertama yang dia nampak adalah wajah Syah Aiman. Alia terkejut dan kepalanya hampir terkena hidung Syah Aiman.

“Cikgu..”

“Sedar pun. Awak ni buat saya risau je.” Syah Aiman duduk di tepi katil. Tangannya dilekapkan ke dahi Alia. Sejak tengahari tadi Alia pengsan sehingga sekarang membuatkan Syah Aiman tidak senang duduk. Alia melirik jam di dinding bilik tersebut. ‘Lamanya aku tidur,’ Bisiknya dalam hati. Sekarang sudah hampir pukul 10 malam. 

“Masih panas lagi ni.” Alia mendiamkan diri. Hanya matanya sahaja bergerak memerhati setiap gerak geri Syah Aiman. Syah Aiman bergerak ke singki untuk membasahkan kain tuala untuk diletak di atas dahi Alia. Alia membuang pandang ke arah lain. Fikirannya tidak menentu. ‘Arghhh..kenapa aku kahwin dengan dia? Tapi, kalau kahwin dengan Salim tu..ermmm..masalahnya, aku tak nak kahwin. Aku belum bersedia lagi,’ Alia gigit bibir. Airmata mula mengalir perlahan dipipinya. Akhirnya Alia menangis teresak-esak.

            Syah Aiman tersentak bila mendengar Alia menangis. Syah Aiman mengeluh dan perlahan duduk disebelah isterinya. Dia tahu Alia tertekan dengan status mereka sekarang. Menjadi isteri di usia yang muda dan masih belajar di sekolah menengah. Mungkin Alia bimbang tentang penerimaan rakan-rakannya dan juga orang sekeliling. Semua itu dia akan bincangkan dengan mamanya. Sekarang, dia mahu Alia luahkan apa yang terbuku dihati gadis itu. 

Alia angkat muka dan memandang wajah Syah Aiman. Syah Aiman tersenyum lemah padanya.

“Menangislah sepuas-puasnya. Esok hari, tak boleh nangis lagi. Mari,” Perlahan Syah Aiman tarik tubuh Alia lalu dipeluknya erat walaupun Alia cuba menolak. Akhirnya, Alia mengalah dan menangis sepuas-puasnya dibahu Syah Aiman sehingga tertidur.

“Alia.. Alia...” Masih senyap. Perlahan Syah Aiman merebahkan tubuh isterinya di atas katil. Syah Aiman geleng kepala bila melihat mata Alia sudah terpejam. Nafasnya sudah kembali teratur. Nyenyak sekali gadis itu tidur. Syah Aiman mengeluh. Perlahan langkah kaki di atur menuju ke kerusi. Pn.Hamidah sudah balik ke rumah sebab esok dia dan datuknya berlepas ke Pakistan.

            Syah Aiman merenung wajah gadis yang sudah menjadi isterinya siang tadi. Sekali lagi dia mengeluh. Kenapa mesti mereka berkahwin dengan cara yang memalukan? ‘Ya Allah Ya Tuhanku, kalau memang dia jodohku, kekalkanlah hubungan kami dan teguhkan hatiku untuk menghadapi dugaanmu. Aku berdoa semoga Alia tabah dan menerima hubungan baru kami ini dengan hati yang terbuka.’ Doanya dalam hati. Kepala terasa berat dan akhirnya Syah Aiman melelapkan matanya.

            Syah Aiman terjaga bila terdengar azan Subuh di masjid berdekatan. Matanya memandang sekeliling. Senyap. ‘Alia,’ Syah Aiman menerpa ke katil Alia. Dalam kesamaran lampu koridor, Syah Aiman tersenyum bila melihat Alia masih nyenyak seolah-olah tidak pernah menghadapi masalah. Hatinya lega bila melihat wajah tenang isterinya. Setelah memastikan Alia masih nyenyak tidur, Syah Aiman beredar untuk menunaikan solat Subuh.
 
            ************************

            Alia picit kepala yang terasa masih pening. Matanya meliar memandang sekeliling.

“Kat mana aku ni?” Alia garu kepala. Ketika dia sedang berfikir tentang apa yang terjadi semalam, pintu bilik dibuka. Alia kerutkan dahi bila melihat wajah guru sandarannya.

“Awak dah bangun? Okey tak hari ni?” Alia terdiam sekejap. ‘Aiks...takkan cikgu dah jadi doktor pulak? Tapi, dia memang bakal doktor pun.’ Alia bersoal jawab sendiri.

“Kalau awak dah ok. Baik awak pergi sembahyang Subuh dulu. Nanti tak sempat pulak,” Alia masih terdiam namun dia tetap turun dari katil. Syah Aiman memandang pelik kearahnya. Alia terus berlalu ke surau. Syah Aiman mengekorinya dari belakang. ‘Takkan demam campak kena masuk hospital pulak?’ Bisiknya. Alia terus berjalan. Ingatannya tiba-tiba teringat tentang sesuatu. Dia bermimpi berkahwin dengan Syah Aiman. Alia geleng kepala. ‘Tiba-tiba pulak dapat mimpi berkahwin dengan harimau tu. Tak masuk akal langsung,’ Bisiknya dan terus berlalu. Beberapa langkah kemudian, Alia menghentikan langkah kakinya.

“Cikgu, ermmm..semalam saya bermimpi, saya dah kahwin dengan cikgu. Lawakkan?” Alia tiba-tiba berpaling sehingga membuatkan Syah Aiman hampir terjatuh sebab terkejut. Syah Aiman mengurut dadanya.

“Oh ye ke? Takkan awak beria-ia nak kahwin dengan saya sampai bermimpi pulak?” Syah Aiman sengaja mengusik isterinya. Alia kerutkan dahi. Malas hendak melayan guru sandarannya, Alia menukar topik perbualan.

“Kenapa saya kat sini cikgu? Takkan kita kena pukul oleh mereka yang semalam tu?” Alia masih keliru. Syah Aiman hanya tersenyum.

“Lepas ni kita bincang. Sembahyang dulu. Saya tunggu kat luar,” Syah Aiman membiarkan Alia masuk ke surau tersebut. Tanpa berfikir panjang, Alia menurut.

            Syah Aiman tarik nafas. ‘Takkan Alia dapat penyakit hilang ingatan pulak,’ Bisiknya sendirian. Syah Aiman memandang sekeliling. Keadaan masih agak sunyi ketika itu.  Syah Aiman tersenyum bila teringat kisah semalam. Walaupun terkejut dengan perkahwinan mengejut mereka, Syah Aiman turut merasa lega. Dia sendiri keliru. Kenapa mesti dia merasa lega dengan perkahwinan itu. Mungkinkah sebab dia dapat menghalang Alia dari berkahwin dengan Salim? Tapi kenapa? Siapa Alia padanya? Kalau Alia hendak berkahwin dengan sesiapapun, dia tiada hak untuk melarang. Tetapi, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Dia lebih rela berkahwin dengan Alia dari membiarkan Alia berkahwin dengan lelaki pelik itu.

“Cikgu....kita dah kahwin ye?” Syah Aiman tersentak dan terus mendongak memandang wajah sedih Alia. Syah Aiman berdiri. Wajah sedih Alia dipandang dengan tenang.

“Kita balik ke bilik dulu. Tak elok bercerita kat sini,” Alia angguk kepala. Syah Aiman menarik tangan Alia menuju ke bilik yang dihuni oleh Alia sejak tengahari semalam.

            Syah Aiman tarik nafas kemudian menghembusnya perlahan. Wajah penuh tanda tanya Alia membuatkan hatinya sedikit goyah. Bimbang Alia pengsan seperti semalam.

“Alia janji jangan pengsan macam semalam ye.” Alia angguk kepala. Sebenarnya, semalam, dia pengsan sebab perut kosong.

“Baiklah. Kita dah berkahwin semalam. Saya tahu awak sukar hendak terima perkahwinan kita ni. Tapi, awak jangan risau, saya dah minta tolong mama untuk rahsiakannya dari pengetahuan mereka di sekolah. Mama pun akan berbincang dengan pihak atasan tentang perkara ni. Jadi, saya tak nak awak fikir benda yang bukan-bukan. Tumpukan perhatian awak pada pelajaran. Yang lain tu, kita fikir kemudian,” Alia terkaku. Tidak tahu apa yang harus dia katakan.

“Jadi, saya sekarang ni dah jadi isteri orang?” Sekali lagi Alia bertanya. Syah Aiman tergelak halus.

“Ye. Awak dah jadi isteri saya. Puas hati?” Syah Aiman tolak perlahan dahi Alia. Alia menompang dagu.

“Jadi isteri cikgu? Takpelah. Janji tak kahwin dengan Si Salim tu.” Tiba-tiba Alia menggeliat. Geli gelaman bila mengingatkan kemungkinan jika dia berkahwin dengan Salim. Apa yang pasti, tentu dia tidak dibenarkan menyambung belajar.

“Kenapa cikgu sanggup berkahwin dengan saya?” Syah Aiman tersentak mendengar soalan tersebut. 

“Erkkk.. tentang tu? Ermmm..” Syah Aiman terdiam. Otaknya bekerja keras memikirkan jawapan yang paling sesuai.

“Errmm..Mungkin sebab, ermmm...kalau kita berkahwin, senang sikit nak buli awak.” Kemudian Syah Aiman terus berlalu.

“Hah!!! Sebab nak buli saya?” Alia bertanya tidak percaya. Syah Aiman jungkit bahu dan terus berlalu. Alia berdengus kasar. Setelah Syah Aiman keluar dari bilik tersebut. Alia duduk termenung. Bila difikirkan semula, sepatutnya dia berterima kasih pada Syah Aiman sebab sudi berkahwin dengannya. Alia yakin, Syah Aiman sangat pentingkan pelajaran dan semestinya, Syah Aiman akan benarkan dia sambung belajar dengan aman.

****************

            Syah Aiman melirik sekilas wajah lesu Alia disebelahnya. Setelah disahkan sihat, Alia dibenarkan pulang. Semenjak masuk ke dalam kereta, Alia dan Syah Aiman  mendiamkan diri. Tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan. Alia pejamkan mata.

“Saya nak awak buat macam biasa kat sekolah kelak. Jangan fikir banyak sangat.” Alia angguk kepala.

“Cikgu pun akan tetap buli saya macam biasa ye?” Alia bertanya bodoh. Syah Aiman tersentak. Beberapa saat kemudian dia tersenyum. Wajah blur Alia di pandang sekilas.
“Kalau saya layan awak dengan baik, nanti dorang syak pulak. Rasanya, saya kena kuatkan usaha untuk mengusik awak.” Alia mencebik bibir. ‘Saja nak ambil kesempatan,’
 Marahnya di dalam hati.

“Kalau macam tu, cikgu tak kisah saya berkasar dengan cikgu,kan?” Syah Aiman tersenyum sinis.

“Kan saya dah kata. Buat macam biasa. Saya izinkan awak buat apa saja, tetapi, pandai-pandailah awak kontrol perangai nakal awak tu. Kalau dengan saya, takpe. Lebih-lebihkan. Kalau dengan kawan-kawan lelaki awak tu, kurangkan.” Alia gigit bibir sekali lagi.

“Lepas ni, cikgu nak bawa saya ke mana?” Alia cuba menukar topik perbualan. Syah Aiman tersenyum. Nampaknya, senyum dibibirnya semakin lebar sekarang ni. Hilang sudah rasa bersalah dalam dirinya sejak Alia sudi berbual dengannya.

“Balik rumah saya. Sebelum tu, kita balik kampung awak dulu. Bagi tahu mereka yang awak ikut saya. Kita kan dah jadi suami isteri.” Syah Aiman tersenyum nakal. Alia kecilkan mata.

“Cikgu pasang niat jahat ye?” Syah Aiman berdengus. ‘Budak ni, aku gurau jelah.’ 

“Jahat apa pulak. Orang senyum pun tak boleh?” Alia kerutkan dahi.

“Cara cikgu senyum tadi, macam nak kenakan saya je.”

“Merepek je awak ni. Oleh sebab saya terkahwin dengan awak. Ter... T.E.R.. ok. Lepas tu, saya pulak terpaksa batalkan penerbangan ke Pakistan tu. Jadi, awak kena bayar denda.” Alia menjeling sekilas pada wajah serius Syah Aiman.

“Apa pulak kena denda?” Alia muncung mulut. Syah Aiman tergelak senang. ‘Kalau begini, memang tak sia-sia aku kahwin dengan Alia,’ Bisiknya dalam hati. Hati mula ditumbuhi bunga-bunga indah. Alia pula berdengus. ‘Sabar jelah. Kena denda, kena buli. Apalah nasib badan. Keluar mulut naga masuk mulut jerung. Erkk..betul ke peribahasa aku ni? Lantaklah. Malas nak fikir.’ Alia berpeluk tubuh dan membuang pandang keluar.

            Syah Aiman menekan brek mengejut. Alia yang sedang melayan perasan tersentak. Sepantas kilat dia menoleh ke depan.

“Erkkss..dah sampai? Cepatnya.” Alia menanggalkan tali pinggang keledar sebelum membuka pintu kereta. Syah Aiman hanya mampu geleng kepala.

“Cepat sikit kemas barang tu. Nanti, lambat pulak sampai ke rumah.” Alia berpaling ke belakang. Dia terlupa apa yang Syah Aiman bagitahu sebentar tadi.

“Kemas barang? Nak pergi mana?” Alia kerutkan dahi. Syah Aiman geleng kepala dan terus berlalu ke tangga rumah kayu milik keluarga Alia.

“Assalamualaikum.” Syah Aiman memberi salam.

“Waalaikumsalam. Syah, Alia... naiklah. Alia dah sihat?”  En.Alwi menyambut tangan menantunya. Alia mendiamkan diri dibelakang Syah Aiman.  En.Alwi hairan melihat anak gadisnya mendiamkan diri.

“Kenapa cucu nenek tu?” Nek Som bertanya pada Syah Aiman bila melihat Alia terus berlalu selepas bersalaman dengan mereka.

“Tadi okey je. Masuk angin kot.” Syah Aiman tersenyum. Mereka yang lain geleng kepala. Setelah selesa duduk, Syah Aiman memandang satu persatu wajah tua yang memandangnya penuh minat. 

“Nek, Tok, Abah... ermmm..Syah nak bawa Alia balik ke rumah Syah kejab lagi.” Nek Som, Atok Man dan En.Alwi berpandangan sesama sendiri.

“Errmm.. Tapi..” En.Alwi berpaling memandang wajah ibunya bila tangannya di pukul perlahan.

“Bawalah. Alia dan jadi isteri Syah. Alwi, sekarang ni, Alia dah jadi isteri Syah. Isteri memang patut bersama suami dia.” En.Alwi terdiam.

“Err..Kalau abah tak benarkan, takpelah.” Syah Aiman tersenyum. Dia tahu, bapa mertuanya tidak percayakannya. Lagipun, mereka belum saling mengenali. En.Alwi terdiam. Lama wajah serba salah Syah Aiman di pandang.

“Bawalah. Jagalah dia seperti Syah jaga diri Syah. Dia satu-satunya anak perempuan abah. Kalau Syah dah tak nak dia lagi, hantar dia ke sini semula seperti mana Syah bawa dia pergi,” Syah Aiman tersentak.

“Alwi, apa pulak cakap macam tu. Kita harus mendoakan kebahagiaan mereka. Syah jangan ambil hati dengan apa yang abah kamu cakap tu. Dia susah hati sebab terpaksa lepaskan Alia awal sangat.” Syah Aiman angguk kepala. Dia tahu, tentu berat untuk bapa mertuanya melepaskan satu-satunya anak perempuan mereka pada lelaki yang mereka tak kenal asal usul.

“InsyaAllah Nek. Abah, saya akan jaga dan sayangi Alia seperti abah dan ahli keluarga lain.” Janjinya. 

“Apa pulak macam tu. Syah suami Alia sekarang ni. Sayang Syah pada dia mestilah sayang suami pada isteri.” Syah Aiman tersipu malu. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.

“Kalau dia buat salah. Maafkan dia. Nenek harap, Syah dapat bertolak ansur dengan dia. Alia tu masih mentah. Suka melawan.” Syah Aiman tersenyum. Tak perlu diberitahu pun, Syah Aiman memang sudah sedia maklum yang Alia tu seorang yang suka melawan. 

“Dah siap,” Alia meletakkan beg pakaiannya sebelum melabuhkan punggung di sebelah ayahnya. Lengan ayahnya dipeluk erat.

“Abah, abah tak kisah Alia ikut cikgu Syah?” Soalnya perlahan. En.Alwi usap kepala Alia. Perlahan airmata Alia mengalir dipipi. Sekarang, dia sudah tidak dapat bermanja dengan ayahnya lagi. Matanya menjeling sekilas pada Syah Aiman yang sedari tadi merenungnya. Tanpa sedar, bibirnya menjuih tanda tidak suka. Syah Aiman geleng kepala.

“Dah, tak payah nak berdrama kat sini. Entah-entah, dalam hati tu, suka sebab dapat tinggalkan abah kat sini,” Alia pukul lengan abahnya.

“Sampai hati abah cakap macam tu. Alia belum puas lagi nak bermanja dengan abah. Abah dah suruh Alia kahwin.” Alia menolak perlahan lengan ayahnya.

“Syah, abah harap Syah sabar dengan kerenah Alia ni. Pelajaran dia, tolong tengok ye. Walaupun, dia sudah berkahwin, abah berharap sangat dia dapat sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Syah Aiman angguk kepala.

            ****************************
p/s : herrmmm...inilah akibatnya kalau lama sangat bertapa. kalau ada yang tak best tu, memang salah saya ye...sebab lama sangat bercuti..huhuhuhuhu...jangan lupa komen ye..

5 catatan:

Anonymous said...

salam....nape buat br ye? yg dulu kan dah abis cite ni....

MaY_LiN said...

isk isk..
comel je alia ni..
kaira..byk typo la

Unknown said...

anonymous, yang ini byk perubahan saya buat...
may_lyn, tulah pasal...lama sangat bercuti....huhuhu...nanti saya check lagi ye..tqvm

Anonymous said...

salam...klu nk jdkan versi cetakan pn sy ska...:)

hasiza bt abdullah said...

assalamulaikum. Lama sangat dah berhenti bila sambunganya. dah tak sabar nak tahu kesudahan alia dengan Shah Aiman