Followers

Wednesday, February 24, 2010

Pilihan Hati 19

“Ari cepatlah. Mereka dah tunggu kat bawah tu,” Ariyana membetulkan sanggulnya.

“Kejap.” Ariyana sekali lagi merenung diri di hadapan cermin. Setelah yakin sempurna, barulah dia keluar dari biliknya.

“Ehhh...kenapa kau ke sini? Syuhhh...tu..Abang Is dah tunggu macam tunggul kayu kat kereta dia,” Shila menolak Ariyana yang hendak masuk ke dalam kereta Hadi.

“Aihhh...Bukan naik sebuah kereta ke?” Ariyana bersuara pelik sambil menjenguk ke dalam kereta Hadi. Shila tolak kepala Ariyana.

“Siapa kata? Merepek je kau ni. Tu, kereta Abang Is. Kita naik kereta asing-asing. Kau kan pasangan Abang Is malam ni, so, kau kena ikut Abang Is,” Shila bersuara riang. Ariyana menoleh seketika ke arah Iskandar yang masih leka bermain dengan telefon bimbitnya. Ariyana mengeluh lemah. Perlahan kaki melangkah ke arah kereta Iskandar. Semakin menghampiri Iskandar, jantungnya semakin kuat berdegup. Melihat susuk tubuh yang disaluti baju melayu warna biru muda yang sedondon dengan baju kebayanya membuatkan Ariayana semakin tidak keruan. Aura lelaki dihadapannya itu mampu membuatkan dirinya terasa seperti berada diawangan.

Iskandar sengaja menyibukan diri dengan membelek telefon bimbitnya semantara menunggu kehadiran Ariyana. Jantungnya berdegup kencang bila merasakan Ariyana semakin hampir padanya. Beberapa saat kemudian dia menghembus nafas perlahan, cuba untuk bertenang.

“Abang,” Ariyana memanggil Iskandar dengan suara yang amat perlahan. Iskandar anngkat muka memandang ke arah Ariyana. Dia terpegun seketika bila pandangan mata mereka bertaut. Ariyana memandang ke arah lain. Malu bila direnung oleh Iskandar.

“Abang, bila nak gerak?” Iskandar tersentak bila Ariyana melambai tangan dihadapan wajahnya. Iskandar tertunduk dan tanpa memandang wajah Ariyana, dia membuka pintu kereta untuk Ariyana.

“Terima kasih,” Ariyana tersenyum. Sekali lagi Iskandar tersentak. Mereka terus mendiamkan diri sepanjang perjalanan menuju ke destinasi. Perlahan kereta memasuki kawasan dewan.

“Terima kasih sebab sudi jadi pasangan abang malam ni.” Iskandar bersuara tenang sebelum mereka masuk ke dalam dewan yang dikhaskan untuk majlis tersebut.

“Takpe. Selagi Ari dapat tolong, Ari akan tolong.” Ariyana menjawab perlahan. Iskandar sengaja tidak mahu masuk ke dalam dewan dahulu. Masih ingin menghabiskan masa bersama Ariyana dalam suasana yang tenang. Ariyana gelisah. Dia terus bermain jari-jemarinya bagi menghilangkan rasa tidak selesa.

“Majlis belum bermula lagi?” Ariyana bertanya bila melihat Iskandar begitu santai disebelahnya. Iskandar yang sedang bersandar di kerusi memandu menoleh ke arah Ariyana yang nampak gelisah. Dia tersenyum.

“Belum. Masih menunggu Pesuruhjaya Polis datang.” Ariyana angguk kepala.

“Kenapa? Ari bosan?” Ariyana geleng kepala. Sebenarnya dia tidak betah tinggal berdua dengan Iskandar. Semakin hari, dia semakin kerap mengingati lelaki tersebut. Dia bimbang, jika berterusan begitu, dia akan jatuh cinta pada Iskandar.

Iskandar asyik merenung Ariyana. ‘Cantiknya dia. Kenapa aku tidak menyedarinya dari dulu?’ Iskandar berbisik sendirian. ‘Semakin hari, aku semakin rindu untuk menatap wajahnya. Perasaan yang sama aku rasa ketika pertama kali berjumpa dengannya dulu. Kenapa agaknya?’ Mereka berbalas renungan. ‘Memang sah kau dah jatuh cinta pada dia, Iskandar.’ Suara lain pula menyampuk. ‘Tak mungkin. Apa yang aku rasa sekarang, tidak sama dengan apa yang aku rasa ketika aku bercinta dengan Hanida? Mungkinkah ada pengertian lain?’ Iskandar terus leka menatap mata bening Ariyana.

Ariyana memberanikan diri membalas renungan mata Iskandar. Membiarkan lelaki itu menyelami dasar hatinya. Dunia terasa berhenti berputar. Dimatanya hanya terbayang wajah Iskandar.

“Ari cantik malam ni,” Ariyana tersentak bila mendengar pujian ikhlas dari mulut Iskandar. Iskandar tersenyum malu bila menyedari dia terlepas cakap.

“Errrr...Abang, mereka semua dah masuk ke dalam dewan.” Ariyana sengaja mengubah topik dan kebetulan juga semua hadirin mula memasuki dewan. Iskandar menoleh ke arah beberapa pasangan yang datang mula memasuki dewan.

“Ok. Mari,” Iskandar membuka pintu kereta untuk Ariyana. Ariyana tersenyum.

“Kenapa?” Soal Iskandar pelik.

“Takde apa-apa. Tak biasa.” Ariyana tersenyum lagi. Rasa lucu pulak bila Iskandar melayannya seperti puteri. Mereka berjalan beringinan menuju ke dalam dewan.

“Wah!!!!! Cantiknya kekasih Tuan,” Iskandar dan Ariyana tersentak bila ditegur oleh orang bawahan Iskandar sebaik sahaja mereka duduk. Tempat duduk juga sudah ditetapkan untuk mereka semua.

“Terima kasih,” Iskandar tersenyum bangga. Ariyana gigit bibir. ‘Kalau macam ni sepanjang malam, alamatnya, lubang hidung aku ni semakin membesar dibuatnya.’ Ariyana berbisik dalam hati. Kurang senang dengan pujian tersebut.

“Patutlah tak nak pandang staff perempuan kat balai tu. Awek dia lebih cantik.” Seorang lagi lelaki datang memuji. ‘Mereka ni, buat malu aku je. Ada lagi perempuan yang lebih cantik dari aku. Macam tak pernah nampak perempuan cantik,’ Ariyana berbisik dalam hati. Namun dia tetap tersenyum.

“Ramai lagi yang lebih cantik dari saya,” Ariyana bersuara lembut. Mereka yang berada dihadapan Iskandar tersenyum.

“Merendah diri pula tu. Tuan, kekasih tuan ni, ada adik tak?” Zakri bertanya sambil tersengih. Iskandar tersenyum sambil memandang wajah Ariyana.

“Ada,” Jawabnya ringkas. Zakri semakin teruja.

“Owh!!! Ye ke? Bolehlah kenalkan dengan saya?” Zakri tersenyum lebar. Ariyana berusaha menyembunyikan senyumannya. Menyedari Iskandar sengaja mengenakan Zakri.

“Cepatlah tuan, bagi nama dia, nombor telefon dia,” Iskandar geleng kepala. ‘Budak ni, tak dapat tengok perempuan cantik. Nanti kau,’ Iskandar tersenyum sinis sambil membetulkan koler baju melayunya.

“Nama dia Arif,” Senyuman yang mekar dibibir Zakri mula hilang bila mendengar nama tersebut.

“Nak nombor telefon dia, Ari...bagi no telefon Arif,” Ariyana tersenyum bila menyedari wajah Zakri sudah berubah warna.

“Tuan kenakan saya ye?” Iskandar tergelak. Ariyana geleng kepala.

“Betullah. Adik dia nama Arif.” Iskandar menjawab selamba.

“Adik perempuanlah. Apa pulak bagi adik lelaki,” Zakri bersuara hampa.

“Saya dan Arif saja dalam keluarga saya.” Ariyana berkata perlahan. Kasihan melihat wajah keruh Zakri.

“Zack....Zack...lain kali, cakaplah, ada adik perempuan lagi ke tidak. Ni tak, tanya soalan ada adik atau tak. Betullah Tuan jawab tu,” Lelaki disebelah Zakri mengutuk sahabatnya.

“Abang Hadi dan Shila duduk kat mana?” Ariyana bertanya perlahan di telinga Iskandar. Iskandar tersentak bila mendengar suara halus itu begitu dekat ditelinganya. Namun dia sedikit kecewa bila mendengar Ariyana begitu mesra memanggil Hadi dengan panggilan abang.

“Mungkin duduk kat meja hujung sana,” Iskandar berbisik ditelinga Ariyana. Ariyana angguk kepala.

“Bila nak mula ni?” Ariyana bertanya lagi bila terasa lama menunggu. Mereka masih mendengar ucapan alu-aluan dari Pesuruhjaya Polis. Iskandar tersenyum.

“Kejap lagi. kenapa? Ari lapar?” Iskandar merenung lembut wajah Ariyana hingga membuatkan Ariyana terpaku.

“Errr...ye.” Ariyana menjawab gugup. Memang perutnya terasa lapar. Sebelum keluar tadi, dia hanya sempat menjamah roti Tiger 4 keping.

“Lapar sangat ke?” Iskandar bertanya pertihatin. Bimbang sekiranya Ariyana sakit perut akibat lapar. Ariyana geleng kepala. Hampir 15 minit kemudian, Pesuruhjaya Polis tersebut habis berucap dan acara makan malam pun bermula. Berbagai jenis hidangan disediakan di atas meja. Ariyana agak malu hendak makan. Lagipun, makanan tersebut terdiri daripada makanan laut. Akhirnya Ariyana hanya menikmati ikan bakar dan sayur-sayuran serta salad. Iskandar kasihan melihat Ariyana telan liur bila melihat orang disekelilingnya menikmati udang, ketam dan kerang.

“Kenapa abang tak makan udang tu?” Ariyana bertanya hairan bila melihat Iskandar juga tidak memakan makanan laut tersebut.

“Kasihan tengok Ari. Abang temankan Ari. Biar sama-sama tak makan,” Iskandar bersuara lembut. Terpesona Ariyana dibuatnya. ‘Ni yang buat aku tak dapat tidur lena malam-malam,’ Ariyana menghembus nafas.

“Hai Is, lama tak nampak awak? Sejak balik dari kursus kat KL dulu, kita tak berpeluang keluar bersama ye,” Iskandar tersenyum pada gadis yang menegurnya. Ariyana turut sama berpaling.

“Ye. Semua orang sibuk dengan hal masing-masing,” Iskandar menjawab tenang.

“Tak nak kenalkan saya dengan dia?” Iskandar tersentak kemudian tersenyum.

“Puan, inilah kekasih Tuan Is,” Zakri menjawab tanpa sempat Iskandar memperkenalkan Ariyana. Zawiyah tersenyum pada Ariyana.

“Zawiyah, awak?” Zawiyah menghulur tangan pada Ariyana. Ariyana menyambut sambil tersenyum manis.

“Ariyana,” Jawabnya sepatah.

“Tak sangka awak dah ada kekasih. Saya ingatkan khabar angin tu benar.” Zawiyah tergelak bila melihat wajah kelat Iskandar.

“Mereka merepek je tu,” Ariyana hairan. Ariyana kebosanan bila mereka disekelilingya bercerita tentang perkara yang dia tidak faham. M-16 lah, rifel. Dan sebagainya. Nama-nama alat yang dia langsung tak pernah dengar menyesakkan telinganya. Ariyana memandang sekeliling, matanya terpandang sebuah sofa yang terletak ditepi tingkap.

“Abang, Ari nak duduk kat sana tu. Bolehkan?” Ariyana berbisik ditelinga Iskandar. Iskandar pandang wajah yang kebosanan itu dan kemudian dia memandang ke arah tempat yang ditunjuk oleh Ariyana.

“Ok.” Iskandar angguk kepala. Ariyana berjalan perlahan sambil matanya terus memandang sofa tersebut. Dan, kerana berjalan tanpa memandang ke kiri ke kanan, Ariyana terlanggar seseorang.

“Maaf,” Ucapnya sopan. Lelaki yang dilanggarnya tadi menoleh. Ariyana angkat muka. Dia tersentak.

“Awak?” Ariyana dan lelaki tersebut saling berpandangan. Terkejut.

**********************

9 catatan:

Unknown said...

salam, semoga enjoy membacanya..

epy elina said...

hohoho...
dua2 dah suke...
bila nak meluahkan prsaan ni...
nk dorng brcnta...
sape ekk yg langgr ari 2???

bibi said...

at last..slalu tertunggu pilihan hati ni..xsabar..thnx 4 da new n3.

sinichies_girl88 said...

bila la si is ni nak mengaku yang dia dah jatuh cinta kat ari..
huuhuhuhu
ermmm writer,bila erk cte ni nk habis..
hehhehe panjang lagi ke...
:)

rosse - violet said...

agree with bibi......mmg selalu tertgu2 ngan n3 baru dr pilihan hati......

Unknown said...

rasanya msh panjang...ending dah ada, cuma nak pergi ke ending tu ada lambat ckit...huhuh

MaY_LiN said...

alahai~
sape lak ni..

farra ramli said...

hehe..bestnya.xsabar nk tggu smbgn nya..

nursya said...

hai ati ari ngn is nie dh bertaman2 n berbunga2 nie..
saper lak org yg si ari langgar tuh...