Followers

Friday, March 9, 2012

Setiaku Di Sini 5



Zul Hazmi memandang ke belakang Nazrin. Namun wajahnya hampa. Nazatul tidak bersama Nazrin hari ini. Ke mana dia pergi? Tertanya-tanya bila tidak Nampak bayang gadis itu. Hendak bertanya rasa dia tiada hak untuk bertanya. Akhirnya dia mendiamkan diri. Hari ini dia mengajak Nazrin pergi membuat tinjauan di sekitar kawasan berdekatan untuk mencari tempat yang sesuai untuk dia membuka klinik.

“Kita nak ke mana dulu?” Zul Hazmi bertanya sebelum mereka memulakan perjalanan.

“Ke rumah Pak cik Osman. Dia ada tanah di antara kampung ni dengan kampung sebelah.” Nazrin menjawab tenang.

“Okey. Awak tunjukan jalan pada saya.” Nazrin angguk kepala. Sepanjang perjalanan mereka berbual-bual tentang banyak perkara. Tentang masa depan, tentang perniagaan Nazrin yang semakin menampakkan hasilnya.

“Awak masih ada ahli keluarga? Selama 2 bulan ni, saya tak pernah dengar awak bercerita tentang keluarga awak.” Zul Hazmi tersenyum kelat. Dia sudah lama menjadi anak yatim piatu. Ada keluarga pun seperti tiada.

“Saya masih ada kakak dan abang je. Orang tua saya dah meninggal dunia tak lama dulu,” Zul Hazmi menjawab tenang.

“Maaf. Tentu sedih kehilangan orang kita sayang.” Zul Hazmi tergelak.

“Entahlah. Tak tahu nak cakap apa. Awak tak berniat nak cari penganti tunang awak?” Nazrin tergelak besar.

“Malas saya nak fikir perkara tu buat masa sekarang. saya nak kumpul duit dan senangkan mak dan adik saya, baru fikir tentang diri sendiri.” Zul Hazmi angguk kepala.

“Berhenti kat depan tu,” Zul Hazmi memperlahankan keretanya. Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, seorang lelaki menghampiri mereka. Nazrin dan Zul Hazmi keluar lalu menghampiri lelaki tersebut.

“Assalmualaikum, pak cik,” Serentak mereka memberi salam.

“Waalaikumsalam. Jemput naik.” Nazrin dan Zul Hazmi mengekori lelaki tersebut ke rumah.

“Duduklah.”

“Terima kasih.” Zul Hazmi memandang sekeliling rumah tersebut. Cantik. Mereka masih mengekalkan cirri-ciri klasik.

“Malisa, air untuk tetamu ni mana?”

“ Sekejap ayah,”

Zul Hazmi dan Nazrin saling berpandangan bila mendengar suara lembut menjawab. Masing-masing ingin menatap wajah gadis yang bersuara halus tadi. Beberapa minit kemudian, seorang gadis berbaju kebaya moden datang menghampiri mereka bertiga.

“Tak payah susah-susah pak cik. Kami dah minum kat rumah tadi.” Nazrin menolak sopan. Ketika gadis itu hendak meletakan dulang berisi bekas air dan cawan, tiba-tiba kakinya tersadung hujung karpet.

“Ahhh.. errr…” Nazrin gigit bibir menahan gelak. Wajah Zul Hazmi sudah kebasahan. Nasib baik air sirap ais. Kalau air panas, memang melecur muka handsome Zul Hazmi.

“Err…Maaf. Maaf encik. Saya tak sengaja.” Zul Hazmi angguk kepala dan mengelak bila tangan halus itu cuba menyapu sisa air diwajahnya.

“Takpe. Saya okey.” Zul Hazmi tersenyum dan mengeluarkan sapu tangannya.

“Maaf. Saya tak sengaja.” Pintanya. Zul Hazmi angguk kepala.

“Saya nak ke bilik air sekejap. Nak cuci muka,”

“Boleh. Boleh… mari saya tunjukan.” Zul Hazmi angguk kepala dan mengekori gadis itu ke dapur.

Zul Hazmi geleng kepala mengenangkan gelagat lucu gadis itu. Saat itu, dia terkenang Nazatul. Nazatul pun pernah menyiram dia dengan air suam, tapi, waktu itu memang salah dia sendiri sebab suka sangat buat gadis itu terkejut. Terbayang diruang matanya, riak terkejut Nazatul ketika disergah. Nazatul sedang menuang air ke dalam gelas untuk mereka. Akibat terkejut, Nazatul jirus air tersebut di atas kepalanya. Kemudian dia dengan selamba menarik kerusi dan terus duduk makan. Ibu dan abangnya membebel, dia buat tak dengar je.

“Awak, awak tak apa-apa ke?” Zul Hazmi tersentak bila mendengar suara halus bertanya. Dia geleng kepala kerana sempat lagi berangan di dalam bilik air tu.

“Saya tak apa-apa. Okey dah.” Jawabnya sambil tersenyum. Gadis itu tersipu malu dan sambil tersenyum manis pada Zul Hazmi. Zul Hazmi geleng kepala dan terus berlalu ke ruang tamu. Tidak sanggup menunggu lama-lama disitu. Bila melihat gelagat manja gadis itu, dia jadi takut.

“Maaf. Lambat.” Nazrin memandang wajah temannya yang sudah kering. Tetapi rambut temannya masih basah. Begitu juga dengan baju Zul Hazmi.

“Kat mana kita tadi?” Zul Hazmi bertanya terus. Dia tidak mahu berlama-lama dirumah tersebut. Rasa tidak selesa bila merasakan dirinya menjadi perhatian seseorang.

*********************

Nazatul terkebil-kebil dihadapan computer. Pening kepala hendak membuat permohonan hampir 1 jam di cyber cafe, satu pun belum di isi borang yang terpapar di skrin. Akhirnya Nazatul mengeluh dan menutup Portal SPA tersebut. Beg galas di sangkut dibahu kemudian dia berlalu ke kaunter untuk membayar bil.

Setelah keluar dari cyber café, Nazatul termenung seketika. Matanya meliar mencari kelibat abangnya. Sebelum keluar tadi dia sudah menghantar mesej pada abangnya mengatakan dia sudah selesaikan urusannya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Matanya meliar memandang sekeliling. Bimbang ada yang mendengar nada dering telefonnya yang kedengaran sangat antic. Nazrin sengaja memberi telefon nokia 3310 pada Nazatul sebab adiknya suka sangat merosak harta benda.

“Abang kat mana?” Tanpa salam, Nazatul terus bertanya.

“Assalamualaikum. Dah lupa nak bagi salam?” Suara dihujung talian membuatkan Nazatul gigit bibir.

“Waalaikumsalam. Sorry naik lori,” Nazatul tergelak halus.

“Abang kat mana ni? Lenguh dah kaki orang berdiri kat depan café ni. Sudahlah, dari tadi ada orang asyik tengok Atul je.” Nazatul terus mengadu. Sengaja dia berkata begitu, supaya abangnya cepat-cepat datang.

“Yelah. Sekejap lagi, abang sampai. Kenapa tak duduk kat dalam cyber tu je,” Sempat lagi Nazrin membebel. Nazatul mencebik.

“Yelah. Orang tunggu. Panas kat luar ni. Sudahlah perut orang lapar. Helmet abang ada bawa tak? Nanti, kalau lupa, Atul nak pakai apa?”

“Helmet? Aduh!!! Lupalah dik. Macamana ni? Nanti abang beli buah tembikai. Belah dua, buang isi dia, jadilah helmet untuk Atul.” Nazatul pandang hensetnya. Kepala penuh dengan soalan. Macamana abangnya yang sedang menunggang motorsikal elok je bercakap dengannya. Kenapa takde bunyi kenderaan lalu lintas.

“Abang dah gerak ke belum ni? Abang jangan nak main-mainkan Atul pulak. Kang Atul balik naik teksi, abang jugak yang bising,” Terdengar suara lelaki ketawa besar dibelakangnya. Nazatul berpaling. Bibir dikertap geram. Wajah dua orang lelaki yang sedang tersengih di hadapannya membuatkan sakit hati bertambah. Tanpa amaran, terus penumbuknya singgah di bahu abangnya. Jelingan tajam pula dihadiahkan pada Zul Hazmi. Sejak dua menjak ni, abangnya begitu rapat dengan lelaki itu. Ke mana-mana saja pasti berdua.

“Aduh!!! Atul, sakitlah. Hishh..budak ni. Patutlah tunang lari. Kasar mengalahkan orang lelaki.” Marahnya. Nazatul membeliakkan matanya. Zul Hazmi tergelak. Dia tahu, Nazatul sedikit pun tidak terasa dengan kata-kata abangnya itu. Kadangkala dia pelik bila melihat gadis itu begitu selamba lagaknya.

“Ala…biarlah dia lari. Dia yang rugi. Nasib baik dia lari, dapat jugak Atul cari lelaki lain,” Nazatul mencebik bila melihat Zul Hazmi menyembunyi senyum.

“Awak buat apa kat sini?” Soalan yang ditujukan pada Zul Hazmi sambil mukanya memandang ke arah lain. Bila tiada jawapan, Nazatul berpaling memandang wajah selamba Zul Hazmi. Nazrin geleng kepala. Tahu sangat dengan perangai Zul Hazmi yang tidak suka menjawab pertanyaan adiknya jika Nazatul tidak memandang wajahnya.

“Sayang muka punyalah handsome, tapi pekak,” Nazatul bersuara sinis. Zul Hazmi buat tak faham.

“Handsome? Siapa? Saya?” Soalnya teruja. Nazatul berdengus kasar. Nazrin geleng kepala.

“Zul, jum, kita pergi makan dulu.” Nazrin bersuara setelah melihat tanda-tanda bom akan meletup. Wajah adiknya yang kemerahan itu di tatap lembut. Zul Hazmi angguk kepala dan berjalan di sebelah Nazrin. Nazatul menghentak kaki bila melihat Zul Hazmi menjeling nakal padanya.

“Atul tak nak makan? Nanti bising cakap perut laparlah. Cacing buat konsert kat dalam perutlah,” Nazatul terus berjalan laju mengejar langkah kaki Nazrin dan Zul Hazmi.

Nazatul mendiamkan diri. Topic yang Nazrin dan Zul Hazmi bincangkan langsung tidak difahami. Sekejap matanya memandang keluar restaurant. Sekejap pula ke atas meja. Akhir sekali dia jatuhkan kepalanya di atas meja sambil jari-jemarinya mengetuk perlahan meja makan tersebut. Bosan sangat. Kemudian matanya melirik pada Zul Hazmi yang sedang rancak menerangkan sesuatu pada Nazrin. Matanya terus melekat pada wajah tampan itu. Wajah yang sejuk mata memandang. ‘Mungkin mak atau ayah dia orang Pakistan. Handsome sangat.’ Matanya masih ralit merenung wajah tampan itu. Perlahan tangannya menyentuh dada yang tiba-tiba berdegup kencang. Nazatul geleng kepala. Sekali lagi matanya melekat pada wajah tampan itu. Semakin di renung, semakin berdegup kencang jantungnya. Nazatul semakin terpukau bila melihat senyum manis yang terukir di bibir lelaki. Rasa indah mula menyinggah bila merasakan senyum itu khas untuknya. Nazatul ketuk kepala sendiri bila menyedari perbuatan tak senonohnya. Boleh pulak dia meng‘usha’ wajah lelaki dihadapannya itu. Apabila Nazatul angkat kepala, matanya bertembung pandang dengan Zul Hazmi yang pada masa sama turut merenungnya. Nazatul gigit bibir dan terus melarikan wajahnya ke arah lain.

“Seronok usha wajah saya yang tampan ni?” Nazatul tersentak. Matanya terus memandang sekeliling. Hanya tinggal mereka berdua di meja.

“Err…Abang Naz mana?” Soalnya gugup. Pertama kali dia merasa tidak selesa bila berdua dengan Zul Hazmi. Sebelum ini dia tidak kisah pun tentang lelaki-lelaki lain. Kenapa bila bersama lelaki itu, hatinya memainkan irama yang dia sendiri tidak tahu.

Zul Hazmi tersenyum kecil. Sedari tadi dia menyedari Nazatul begitu ralit merenungnya. Mata gadis itu begitu asyik sekali dengan dunianya. Tanpa sedar, dia juga merasa bahagia bila Nazatul sudi memandang wajahnya.

“Awak tak jawab soalan saya pun?” Zul Hazmi sengaja hendak mengusik Nazatul. Nazatul terdiam. Jari-jemarinya mula memintal hujung tudungnya. Sekali lagi Zul Hazmi terhibur melihat wajah Nazatul yang sudah kemerahan itu.

“Ishk…awak ni. Pandang kat tempat lainlah.” Nazatul berdengus kasar. Matanya tajam merenung wajah ceria Zul Hazmi yang masih merenungnya.

“Tak nak. Kalau tengok kat tempat lain, buat sakit hati je. Lebih baik tengok ciptaan Allah S.W.T kat depan ni.” Jawabnya selamba. Nazatul membuang pandang ke tempat lain. Bila kepalanya terasa lenguh, akhirnya Nazatul tunduk merenung meja. Dia hanya mengangkat muka bila abangnya sampai.

“Aiks…Atul kenapa? Lapar lagi?” Nazatul geleng kepala lemah sekali. Kepala langsung tidak di angkat.

“Kalau sudah, kita balik lagi. Dah lambat ni,” Nazatul terus berdiri dan berjalan laju keluar dari restaurant tersebut. Zul Hazmi tergelak halus.

“Kenapa dengan budak tu?”

“Kena tangkap basah sebab skodeng lelaki handsome tadi,” Nazrin tergelak mendengar kata-kata Zul Hazmi.

“Ye ke? Biasa dia tak layan pun lelaki-lelaki kat luar ni.” Nazrin geleng kepala.

Nazatul menunggu dengan sabar diluar. Perlahan pipinya dipukul. Menyesal dengan tindakan bodohnya tadi. Boleh pula dia berangan benda yang bukan-bukan dia berada di depan lelaki itu.

“Jum. Kita tumpang Zul hari ni. Kebetulan abang ikut dia tadi.”

“Hah!!!!”

“Cepatlah. Panas ni,” Nazatul gigit bibir. Geram. Nampaknya peluang untuk dia menjauhkan diri dari Zul Hazmi tidak ada. Sekarang terpaksa pula duduk dalam satu kereta dengan lelaki tersebut. Sepanjang perjalanan, Zul Hazmi asyik mencuri pandang wajah Nazatul yang langsung tidak memandang wajahnya. Nazatul lebih suka membuang pandang keluar.

**************************


P/S : sorry sebab lambat post new n3...kesibukan yang melampau.... hilang fokus sekejap....terima kasih sebab masih sudi singgah di blog yang dah tak serupa blog ni...hhuhuhu...selamat membaca semua...

4 catatan:

kaknOOr said...

Penulis akak suka dgn cerita ni teruskan...adakah nanti Malisa menjadi saingan nazatul untuk merebut hati zul hazmi.

MaY_LiN said...

alahai..
atul..cecepat ngorat zul..
nnti kena kebas..
hikhikhik

Anonymous said...

mesti ada saingan...lelaki handsome, kaya pulak tu...datang dari bandar.. mesti tinggi sahamnya.

~ kak min ~

Unknown said...

kaknoor, terima kasih sebab suka cite ni...ermmm..pasal malisa, sama2 kita tunggu ye..
May_lin, huhuhuhu...atul nak mengorat zul? hahahhaa...mcm mana agaknya atul nak mengorat zul tu?
kak min, saingan memang ada, tp, terpulang pada org yg direbut pulak...