“Ma……”
“Aduh!!!!!” Aku menggosok kepalaku yang terkena meja.
“Apa kau buat kat bawah tu?” Kak Onah menjerit sambil tunduk memandangku yang sedang duduk santai di bawah meja. Aku tersengih.
“Budak ni. Entah apalah yang dia buat kat bawah tu,” Aku keluar dari bawah meja dan duduk sambil goyang kaki. Tersenyum sebab aku dah berjaya ‘mengecas’ mata. Aku sempat tertidur sekejap selepas mengikat tali kasut kawan-kawanku. Aku tersenyum jahat pada mereka yang memandang wajahku.
“Tersenyum macam kerang busuk,” Kak Onah menjuihkan bibirnya. Aku tergelak. Aku yang dia kata tersenyum macam kerang busuk? Cara dia tersenyum tu, dah macam kerang masak. Bezanya, tak dapat di makan.
“Mawar…budak tu kirim salam,” Aku berpaling pada budak yang dimaksudkan oleh Kak Sally. Aku kerutkan kening.
“Mana ada budak,”
Liar je mataku memandang sekeliling. Mereka yang lain tergelak. Yang berlalu kat depan aku ketika itu adalah lelaki handsome. Masalahnya, dia dah berpunya. Sekadar mencuci mata tak salah. Dia pandang aku dengan tajam sekali. Elehhhhh. Kau tak suka aku, aku seratus kali tak suka kat kau. Aku kutuk dia dalam hati je lah. Mula-mula aku nampak dia, seronok sangat. Yelah dapat tengok orang handsome. Sebelum ni dapat tengok kat dalam tv je, sekarang bila sudah bekerja, dapat tengok live. Lelaki yang handsome dan perempuan yang cantik. Maklumlah aku tak cantik. Sudah la hitam, pendek pulak. Memang tak sesuai langsung. Dah lumrah manusia suka yang sedap dipandang je. Tapi, bila aku tahu dia sudah berpunya, buat apa hendak habiskan masa sengaja nak tarik perhatian dia? Betulkan?
“Kak Sal, tak patut akak buat macam tu tau. Malu saya dibuatnya. Nampak sangat saya ni hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.” Aku berdengus kasar. Dan, lelaki itu juga seperti memusuhi aku. Sedangkan aku tak buat salah kat dia. Entahlah. Pelik juga perangai manusia ni. Bermacam-macam.
“Kita gurau je. Takkan nak ambil hati pulak?” Kak Sally muncung mulut.
“Mulai hari ni, tak boleh bergurau perkara yang berkaitan lelaki itu. Kalau lelaki lain, Mawar ok je. Tapi, orang tu, jangan sekali-kali. Bermula dari hari ini. Mawar nak lupakan dia. Nak anggap dia tak pernah wujud dalam dunia Mawar,” Aku berkata tegas. Mereka semua hanya terkebil-kebil mendengar suara lantangku. Aku tersengih.
“Betul?” Mereka bertanya lagi. Aku angguk kepala.
“Baguslah. Kita orang cuma nak sedarkan kau. Lagipun, masih banyak lelaki yang lebih handsome dari dia. Kalau kau nak, nanti akak kenalkan kau dengan staff dari bahagian Welding tu. Kau nak?” Kak Onah angkat kening padaku. Aku kerutkan dahi.
“Eh…sibuk hal kita pulak. Tu…Akak semua, bila lagi nak kahwin. Umur bukan semakin muda. Lainlah macam Mawar, Mawar baru je 19 tahun. Belum lulus lagi ujian memasak,” Aku pandang satu persatu wajah mereka di sekelilingku. Rata-rata mereka berumur lewat 20-an.
“Kita orang belum jumpa yang sesuai lagi. Lagipun, umur macam kami ni, susah nak cari lelaki yang lebih kurang sebaya kita orang. Lainlah Mawar, masa muda nilah, Mawar cari betul-betul. Tak jadi macam akak ni. Dah digelar dara tua.” Kak Onah bersuara lemah.
“Kak Onah tak patut cakap macam tu, kalau ada jodoh, kahwinlah. Kalau takde, mungkin ada kebaikannya. Betul tak?” Aku lihat mereka angguk kepala.
“Yelah Onah. Betul apa yang Mawar cakap tu. Tengok si Norizan tu, dapat bakal suami muda dari dia. Handsome lagi. Manalah tahu jodoh kau kelak dengan lelaki muda,” Aku tergelak mendengar Kak Sally memujuk Kak Onah. Bukan semakin elok mood Kak Onah dibuatnya, semakin merah wajahnya mendengar bicara Kak Sally.
“Cakap ikut suka hati dia je.” Kak Onah geleng kepala. Muncung mulut juga semakin panjang. Sepanjang malam asyik cerita tentang lelaki sampai mata pun dah tak mengantuk lagi. Minggu ni, kena shiff malam. Memang menyeksakan. Walaupun, kerja teruk, tetapi bila berkumpul dengan kawan-kawan sama kerja, hilang rasa penat. Tapi, tak sangka pulak dia bekerja malam. Mungkin dia menggantikan tempat pekerja lain.
“Aduh!!!” Kak Etot terjatuh. Aku tergelak besar. Oleh kerana leka bercerita, aku terlupa nak bagitahu mereka bahawa tali kasut mereka aku ikat. Semua mereka memandang ke arah ku.
“Mawar!!!!!!!!” Mereka menjerit serentak. Aku sudah berlari jauh dari mereka dan bersembunyi di section lain. Masing-masing membuka ikatan tali kasut mereka yang aku ikat tadi. Aku tergelak lagi. Kasihan pulak tengok Kak Etot, sudahlah jatuh depan juruteknik yang kebetulan lalu di bahagian kami. Lelaki tersebut geleng kepala. Dari jauh, aku nampak dia bercakap dengan Kak Sally sambil tersengih. Beberapa ketika kemudian dia memandang ke arahku yang sedang bersembunyi dari mereka. Perlahan aku berjalan menghampiri mereka.
“Mawar…Mawar…” Aku tersengih.
************
p/s : untuk sementara waktu, kita guna tajuk ni...nanti kalau ada tajuk yang best, kita tukar lagi...huhuhuhu....harap2..lepas ni dapat idea utk cite JKP tu...huhuhu..
4 catatan:
Mawar..mawar...nakal tu... :-)
sape la hero dia ek.. lelaki sombong ke juruteknik tu :p
tp biasanya mesti lelaki sombong tu huhuhu :)
hihihi..
mawar mawar
tulisan kecil sangat.. sakit mata la baca.. besar ckit ek.. mekasih.
citer bezz la!!
Post a Comment