Followers

Wednesday, February 9, 2011

apa-apa aje...

salam sayang buat semua..nak bagi tahu korang semua.....dalam masa terdekat ni, saya tak dapat nak post n3 terbaru utk JKP...blm ada idea yg best....saya akan gantikan dengan n3 terbaru utk novel baru yg blm ada tajuk...huhuhuhu...hope korang maafkan saya ye....kat cni saya bagi intro ckit tentang cite baru ni....kisah gadis kampung yang baru habis belajar dan bekerja di sebuah kilang electronic. dia ni seorang budak kampung yang ceria sentiasa....kadangkala dia jadi nakal mengalahkan budak tadika, kadangkala dia jadi lebih dewasa dari sahabat2nya....biasalah budak yang baru mengenal dunia luar, begitu mudah tertarik dengan perkara baru, orang baru, suasana baru dan sahabat2 baru yang berbagai jenis ragam....oklah...setakat ni je tentang cite terbaru tu..kat bawah ni ada sedikit sedutan dari novel baru tu...komen lah apa yang patut...tqvm....




“Mawar…Mawar…” Aku tersengih.

“Hai abang handsome….” Tegurku sambil tersengih. Lelaki tersebut turut sama tersenyum.

“Kenapa ikat tali kasut mereka? Kalau ada apa-apa tadi, kan susah,” Aku tunduk. Walaupun suaranya perlahan, namun membekas dihati. Aku tahu dia menegur dengan cara halus.

“Sorry kakak-kakakku sekalian. Memang nak bagi tahu tadi, tapi korang seronok sangat bercerita tentang lelaki. Tu pasallah saya terlupa nak bagi tahu,” Aku buat muka comel. Walau sebenarnya tak comel. Hahahhaa.. Aku ketawa di dalam hati. Dan, abang Handsome tu turut sama tersenyum.

“Asran, jangan hairan dengan perangai budak tu. Memang perangai dia masih di tahap budak-budak,” Kak Onah geleng kepala dengan sikapku. Asran bin Roslan. Lelaki handsome dan pendiam kat kilang kami. Dia adalah lelaki impian wanita kat kat luar mahupun kat dalam kilang. Tak tahu kenapalah orang suka kat dia? Kalau setakat handsome, okeylah. Tetapi, dia juga baik. Dan kalau nak tengok dia marah, susah sangat. Happy 24 jam je. Semua orang puji dia baik, kacak pula tu. Berharta lagi. Tu yang buat aku tak suka sangat kat dia. Tapi yang peliknya, dia nampak macam suka sangat kat aku. Itu rakan-rakan aku yang cakap. Takkanlah lelaki yang sempurna seperti itu suka kat aku yang serba kekurangan ni. Memang ada something wrong dia ni. Betulkan?

“Kenapa termenung pulak ni? Suka kat saya?” Soalnya membuatkan aku rasa hendak termuntah. Aksiku itu membuatkan dia dan mereka yang lain tergamam.

“Upsss!!!” Aku tutup mulut dan tersengih. Kemudian perlahan aku tayang gigi yang rasanya putih kot. Sebelum turun kerja dah gosok gigi. Asran geleng kepala. Kan dah kata, dia susah nak marah. Kalau orang lain, mungkin dah segunung sumpah yang aku dapat.

“Sorry. Hehehhehe…tak biasa dengar ayat power tu? Tekak rasa loya,” Aku meminta maaf. Asran tetap tersenyum.

“Owh!! Nak saya sebut hari-hari?” Giliran aku pula tergamam.

“Tak..tak nak…tak nak..tak suka…tak suka,” Aku dah buat iklan kuman pulak. Sekali lagi mereka semua tergelak.

“Asran..Asran..kesian pulak aku tengok kau. Budak ni, belum cukup umur. Baik kau pergi ngorat model kilang ni je.” Aku tersenyum mendengar suara Kak Onah. Aku dah tak sanggup nak angkat muka. Yelah, dari tadi abang Handsome ni asyik tengok aku. Beberapa minit kemudian meja kerja kami penuh oleh technician lelaki yang memang suka sangat berborak di meja kami tu. Tak tahu pulak kenapa mereka suka sangat melepak kat situ. Sudahlah membawa bau-bauan yang bermacam-macam. Aku ni jenis yang tak tahan cium bau rokok, mudah je rasa nak muntah.



4 catatan:

MaY_LiN said...

ohoooo..
cite br ya..
suka suka..

Ibu Hafiz said...

Walaupun rindukan Elman & Fiza, tapi takper..biarkan mereka g bercuti dulu... mujurlah ada citer baru pengubat rindu...

Suker citer ni, saper namer heroine citer baru ni, kaira???

mama_ariana09 said...

rindu fiya ngan elman,,hehehe

kaira_syuma said...

hehehehe...heroin nya kaira letak nama mawardina....hero dia blm tau lagi siapa.....