Followers

Monday, April 21, 2014

Relaku Pujuk 47



“Kak, kita duduk kat sana. Boleh?” Semua mereka memandang wajahku. Aku kerutkan dahi.

“Kenapa?” Aku bertanya pelik.

“Kau nak duduk sama dengan Diah?” Aku angguk kepala. Kenapa pelik ke?

“Buat apa kau nak duduk bersama dengan dia? Kau dah lupa apa yang dia buat pada kau dulu?” Aku geleng kepala dan tersenyum. Mana mungkin aku lupa. Dan yang paling penting, kerana dia, aku akhirnya berkahwin dengan Ishamudin. Walaupun aku tak tahu kenapa mereka tak jadi berkahwin, tapi aku memang tak boleh nak bencikan dia. Sepatutnya aku ucap terima kasih pada dia kerana akhirnya aku dan Ishamudin berkahwin.

“Kasihan tengok dia duduk sorang diri kat situ,” Mereka geleng kepala. Ketika itu, kami masih beratur untuk mengambil makanan. Kasihan aku tengok dia makan seorang diri. kenapa manusia pentingkan diri. Bila orang senang, baru nak dekat, bila susah, semua lari.

            Aku berjalan perlahan menghampiri meja Kak Diah. Dia terkejut bila melihat wajahku. Aku tersenyum padanya. Dia membalas kelat kemudian kembali tunduk memandang pinggannya.

“Boleh saya duduk?” Aku meminta kebenaran padanya. Dia angkat muka memandangku. Aku terus tersenyum. Ikhlas.

“Kenapa tak duduk kat kawan-kawan kau tu,” Aku terus duduk tanpa menunggu kebenarannya.

“Kat sini best. Ada kipas angin kat atas tu,” Kami mendongak memandang ke siling dewan makan.

“Kak Diah apa khabar?” Aku memulakan perbualan. Sudah hampir 3 bulan kami tidak bertegur sapa.

“Kenapa kau nak tahu. Tentu kau nak gelakkan aku,” Aku kerutkan dahi.

“Eh..mana ada.”

“Habis tu, kenapa tiba-tiba kau nak duduk kat sini?” Aku tersengih.

“Takdelah kak. Sebelum ni, memang saya nak tegur kakak. Lagipun, saya nak minta maaf sebab salah faham antara kita sebelum ni,” Aku memang ikhlas nak minta maaf padanya.

“Bukan salah kau. Aku yang tak yakin pada cinta Isham. Entahlah. Dah nasib kami. Aku redha. Lelaki sebaik dia lebih layak bersama kau.” Aku tersenyum.

“Saya suka tengok kakak sekarang. Bila agaknya saya nak pakai tudung macam kakak ye?” Kak Diah tersenyum.

“Isham tak suruh kau pakai tudung?”

“Saya yang degil tak nak pakai,” Dia angguk kepala. Nampaknya, kami dah boleh berbual-bual.

“Kau tak malu duduk makan bersama aku?” Aku karutkan dahi.

“Kenapa nak malu? Bukan saya bukan benda tak senonoh pun,” Aku pandang sekeliling. Beberapa orang pekerja wanita memandang pelik ke arah kami. Kawan-kawan ku juga memandang pelik ke arah kami.

“Tapi semua orang malu nak duduk makan dengan aku ni. Semua orang tak nak berkawan dengan aku,”

“Biarlah mereka tu. Bukan kita ganggu mereka pun,” Aku meneruskan suapan. Kak Diah pandang wajahku.

“Kenapa kak?” Soalku pelik.

“Patutlah Isham jatuh cinta pada kau,” Aku tersentak. Aku salah dengar ye? Dia cakap Ishamudin jatuh cinta pada aku? Sejak bila?

“Apa maksud kakak?”

“Isham tu..”

“Mawar,” Aku mendongak memandang wajah risau Ishamudin.

“Awak, kenapa?” Soalku pelik. Tercungap-cungap lagaknya seperti baru buat pecut 100 meter. Ishamudin menjeling tajam ke arah Kak Diah. Kak Diah tunduk merenung pinggannya kembali.

“Okeylah. Mawar, aku pergi dulu,”

“Ehhh...Kak Diah belum habis makan lagi tu,” Aku cuba menahannya.

“Biarlah dia,” Aku gigit bibir. Merenung tajam wajah suamiku.

“Kenapa kau jumpa dia?” Aku berdengus kasar.

“Kau nak gelakkan dia?” Aku gigit bibir. Beberapa saat kemudian, aku meneruskan suapan tanpa menghiraukan suamiku yang tengah bengang itu. Salahkah aku jumpa dia? Bukan aku nak cari gaduh. Aku cuma nak bertegur sapa. Kita ni hidup dalam satu tempat kerja, kalau boleh, aku tak nak ada musuh. Lagipun, melihat wajah Kak Diah yang murung itu menimbulkan simpati di hatiku.

“Saya kasihankan dia. Dah lama saya tengok dia makan sorang diri. Kenapa semua orang nak menjauhkan diri dari dia? Pelik betullah. Apa sebenarnya yang terjadi antara awak dan dia?” Aku pandang wajahnya.

“Jadi kau nak jumpa dia sebab nak tahu tentang tu?” Aku terdiam. Tak terfikir pulak nak tanya hal tu pada dia. Aku hanya nak berkawan dengannya.

“Nasib baik awak ingatkan saya pasal tu. Tadi tak terfikir pulak. Takpelah. Esok saya tanya pada dia. Tadi tak sempat nak korek rahsia,” Aku tersengih. Giliran Ishamudin pulak merenung tajam kearahku kemudian berdengus kasar.

“Ehhh...Air saya tu,” Selamba je dia meneguk air suamku.

“Haus. Penat tau, aku berlari dari department atas tu sampai bawah ni. Kau punya hallah ni,” Kerana aku? Dia berlari dari tingkat atas tu sampai ke bawah ni hanya disebabkan aku? Tak logik.

“Kenapa?”

“Mereka cakap kau bergaduh dengan Diah tadi,”

“Isk..Merepek je. Siapa yang cakap?”

“Aku terdengar budak-budak perempuan kat atas tu bercakap.”

“Cepatnya berita sampai. Mereka ni, pandai-pandai je buat cerita. Orang sedang elok makan kat bawah ni, dikatakan bergaduh. Awak percayalah?” Dia terdiam.

“Mawar, boleh tak lain kali jangan buat macam ni lagi. Kau tahu tak, jantung aku ni, rasa nak tercabut bila dengar cerita mereka tu,” Aku kecilkan mataku. Betul ke?

“Apasal pulak awak nak takut?”

“Aku takut kau cedera,” Aku tergelak.

“Awak ni. Tak munasabah langsung. Takkanlah Kak Diah tu nak cederakan saya. Awak jangan risaulah. Lagipun, sekarang ni dia dah tak macam dulu. Dia dah slow sikit,” Kak Diah memang dah tak macam dulu lagi. Kalau dulu, memang free lah aku mandi air orange. Sekarang dia lebih tenang.

“Aku tetap risau.” Aku tarik senyum kemudian geleng kepala. Risau tak bertempat.

“Awak dah makan ke belum?” Dia geleng kepala.

“Nak order? Sempat lagi ni,” Aku bertanya padanya.

“Kau dah habis makan?” Aku angguk kepala. Perut rasa kenyang bila ternampak wajah handsome si dia.

“Kenapa tak habiskan tu. Sini, biar aku habiskan,”

“Ambil air suam untuk aku,” Aku hanya mampu mengeluh. Dia pula selamba menyuap lebihan nasi yang aku makan tadi. Aku pandang sekeliling. Tentu ramai yang bercerita lepas ni.

“Mawar, bahagianya. Tak sangka, sayang betul Isham tu kat kau,” Aku tersengih sebaik sahaja ditegur oleh Kak Onah ketika aku melalui tempat duduk mereka.

“Alhamdulillah. Saya pergi dulu ye kak. Nanti tercekik pula cik abang saya tu.” Aku mengelak bila tangan Kak Onah cuba memukul punggungku. Ishamudin geleng kepala bila melihat aku menjelir lidah pada Kak Onah and the geng.

“Nah..khas untuk suamiku,” Aku tersenyum lebar.

“Terima kasih Isteriku,” Aku tersipu malu.

********************

“Kau nak keluar dengan baju macam tu?” Aku angguk kepala.

Hari ni kami berdua berjanji untuk keluar jalan-jalan lagi. Ishamudin memang suka keluar berjalan-jalan. Katanya, dia tak nak aku asyik terperap di rumah. Padahal, aku tahu, dia sengaja nak menghabiskan masa denganku. Aku memakai blouse longgar dan sedikit terdedah di bahagian bahu. Aku padankan dengan seluar jean ketat. Aku tersenyum puas dengan penampilanku. Dia yang nak aku berpakaian seperti wanita. Rasanya, ini okeylah.

Ketika aku hendak melangkah keluar dari bilik, Ishamudin menarik tanganku dan dengan selamba dia mencium bahuku. Aku tersentak dengan tindakan mengejutnya. Tak pernah lagi dia buat aku begitu. Walaupun, dia pernah kata nak goda aku habis-habisan, tapi, dia tak pernah lagi buat apa yang dia buat sekarang ni. Aku biarkan sahaja dia melakukannya kerana aku suka dimanjanya.

“Ahh..Sakitlah.” Aku tolak kepalanya menjauhi bahuku. Aku gosok bahuku yang digigitnya tadi. Aku terus berlari ke meja solek. Bila ternampak kesan merah dibahuku, aku merenung tajam wajahnya. Dia hanya tersenyum sambil angkat kening.

“Awak ni kenapa? Kita dah lambat ni,” Aku menghentak kaki. Dia hanya tersenyum.

“Kau tak nak tukar baju? Kau tak rasa malu bila orang tengok kesan merah kat bahu tu?” Ucapnya selamba sambil merenung wajahku. Wajahku sekarang usah cakap, blushing habis.

“Asyik nak buat orang marah,” Aku berlalu ke almari pakaian kemudian mencapai sehelai t-shirt lengan panjang kemudian berlalu ke bilik air.

“Puas hati?” Aku terus berlalu.

“Belum. Kalau boleh aku nak kau pakai tudung.” Dia gosok kepalaku. Aku mencebik. Kami berdua keluar dari bilik.

            Aku gembira sangat bila Ishamudin begitu setia menggenggam tanganku. Aku peluk lengannya. Cap dikepala aku betulkan. Sebelum keluar dari kereta, Ishamudin paksa aku pakai cap ini. Susah juga bila jumpa suami yang kuat cemburu ni.

“Awak, nak beli sunglass ni,” Aku tayang sunglass hitam itu padanya. Ketika itu, kami berdua berada di kedai cermin mata. Dia kerutkan dahi. Aku mencuba satu persatu cermin mata gelap itu.

“Cantik tak?” Aku bertanya lagi. Dia masih buat muka tak puas hati.

“Cuba yang ini,” Aku ambil sunglass hitam besar yang dihulurkan padaku.

“Wah!!! Besar nya.” Kalau aku pakai ni, sebahagian daripada wajahku ditutup oleh sunglass tersebut. Aku tanggalkan cap tersebut dan rambut aku biarkan lepas bebas.

“Cantik,” Giliran aku pulak kerutkan dahi.

“Cantik? Tak nampak muka saya pun,” Aku merungut. Dia tergelak.

“Dah, jum... aku bayar,” Cap ditanganku di ambil lalu diletakkan di atas kepalanya. Aku ikut sahaja. Orang nak bayar, kenalah terima. Dia pula tersenyum lebar.

“Awak, saya nak beli novel.” Dia angguk kepala. Kenapa aku rasa dia tidak pernah menghalang minatku. Asyik ikut cakap aku je. Apakah dia ni jenis lelaki yang akan ikut cakap isteri?

“Errr...Awak, awak asyik ikut cakap saya je. Memang perangai awak macam ni, ke?” Dia kerutkan dahi. Kemudian dia tersenyum.

“Kenapa? Kau tak suka?” Aku terdiam. Aku suka, tapi, macam tak patut pulak. Suami dengar cakap isteri.

“Bukan tak suka. Kalau semua yang saya cakap, awak ikut, ermmm... macam tak patut pulak,”

Aku meluahkan rasa hatiku. Sejak kami berkahwin, dia asyik ikut cakap aku je. Walaupun aku tak pernah lagi minta dia buat benda yang bukan-bukan.

“Selagi yang kau minta tu tak menyalahi agama, tak salah aku ikut. Tapi, kau pun ikut cakap aku,kan?” Aku kerutkan dahi. Aku ikut cakap dia? Mana ada.

“Ye? Bila masa saya ikut cakap awak?” Dia tersengih.

“Tak payah pening kepala fikir benda tu semua. Apa yang kau minta tu, masih mampu aku nak tunaikan, aku layan jelah. Lainlah kalau kau suruh aku tinggalkan kau, yang itu, hanya Allah S.W.T yang tentukan,” Aku pandang wajahnya. Betul ke apa yang dia cakap ni? Dia takut untuk berpisah denganku?

“Nak beli novel atau tak?” Pantas aku angguk kepala. Kami berdua berjalan sambil berpimpin tangan menuju ke POPULAR.

“Mawar, sini kejap,” Aku menghampiri Ishamudin yang sedang leka membelek sebuah buku.

“Kau patut beli buku ni,”Aku baca tajuk buku tersebut.

“Panduan Untuk Menjadi Isteri Solehah,” Aku pandang wajahnya. Timbul pula rasa bersalah. Selama ni, aku tak pernah cuba untuk menjadi isteri yang baik padanya. Dia menegur dengan cara halus. Aku tahu dosa pahala, tetapi, aku mengabaikannya.

“Awak, saya ni terukkan?” Aku bertanya sedih padanya. Dia kerutkan dahi.

“Teruk? Apa maksud Mawar?”

“Saya dah kahwin, tapi, saya tak pernah cuba untuk menjadi isteri yang baik pada awak,” Aku genggam erat tangannya. Tiba-tiba aku rasa hendak menangis.

“Mawar, kenapa ni?”

“Saya ni terukkan?” Aku bertanya lagi. Dia tersenyum dan angguk kepala.

“Awak, lepas ni kita pergi beli tudung. Mawar nak pakai tudung, Mawar nak jadi isteri yang diredhai Allah S.W.T,” Aku genggam erat tangannya.

Perlahan Ishamudin tarik tubuhku dan mencium dahiku lama sekali.

“Awak, malulah. Orang tengok tu,” Aku tersipu malu.

“Alhamdulillah.” Ucapnya perlahan.

Setelah membayar harga buku tersebut, kami berdua beredar pula ke butik yang menjual pakaian muslimah. Aku membelek-belek beberapa helai kain tudung dan selendang.

“Awak mana satu yang okey?”

“Semua okey. Yang penting menutup aurat.” Aku angguk kepala.

“Cik, boleh cuba tak?” Aku bertanya pada jurujual tersebut.

“Boleh.” Aku ambil beberapa helai tudung lalu mencubanya satu persatu.

“Cantik.” Aku tersenyum mendengar pujian suamiku. Sedang leka memilih pakaian, aku tersentak bila seorang gadis menegur suamiku.

“Hai, Sham. Lama tak jumpa,” Aku pandang wajah terkejut Ishamudin. Gadis yang menegurnya itu tersenyum mesra. Aku yang ketika itu sedang leka memilih baju hanya mendiamkan diri.

“Hai!!” Pelik. Tak pernah nampak Ishamudin bersikap dingin pada mana-mana perempuan kecuali ketika bersamaku. Itupun, pada mula-mula kami kenal.

“Awak tak rindukan saya?” Gadis itu bertanya manja sambil bermain kolar baju Ishamudin. Aku gigit bibir. Ini dah lebih. Aku ni isteri dia pun tak pernah lagi sentuh dia sesuka hati. Namun aku tersenyum bila Ishamudin menepis tangan halus itu dan memandang ke arah ku.

“Mawar, sini.” Aku menghampirinya dan menyambut tangannya sambil tersenyum manis. Dia membalasnya dan menggenggam erat jari-jemariku.

“Kenalkan ini, kawan lama aku. Suri. Suri, ini isteri saya, Mawardina,” Kami bersalaman. Gadis itu tersenyum sinis.

“Owh!! Inilah perempuan yang jadi pengantin terjun awak tu, ye. Cantik. Tapi...” Aku kerutkan dahi. Siapa dia ni? Sudahlah pandang orang macam tak pernah tengok orang. Dia ni lelaki ke perempuan.

“Dia ni macam saya dan bekas tunang awak jugak?” Aku pandang wajah Ishamudin yang sudah merah ketika itu. Apa maksud dia ni? Tak faham aku. Aku tayang riak wajah pelik. Gadis bernama Suri tadi tersenyum sinis dan cuba menyentuh pipiku namun sempat ditepis oleh Ishamudin. Dia ketawa.

“Cantik isteri awak. Tapi, saya yakin, walaupun dia dah jadi isteri awak, awak tetap takkan sentuh dia. Betulkan?” Aku tersentak. Begitu juga Ishamudin. Matanya merenung tajam pada Suri.

“You terkejut?” Soalnya padaku. Kemudian dia tersenyum.

“Aku rasa dia ni bukan lelaki tulen. Macam-macam aku buat untuk goda dia, satu tu pun tak jalan.” Dia bersuara perlahan ditelingaku.

“Suri awak jangan nak lebih-lebih. Saya bukan tak tergoda, tapi Allah S.W.T melindungi saya dari melakukan perbuatan terkutuk tu. Dan, saya bersyukur sebab, akhirnya saya berkahwin dengan gadis yang baik seperti Mawar.” Aku tersenyum bangga.

“Ye ke? Sedih pulak saya tengok dia ni, terpaksa jadi korban. Okeylah, tak nak kacau awak berdua.” Dia tersenyum sinis. Sebelum berlalu, dia berbisik ke telinga Ishamudin. Namun aku masih dapat mendengarnya.

“Tentang bekas tunang awak tu, saya rancang semuanya. Saya sengaja jumpa dia dan goda dia. Tak sangka, rupanya dia pun macam saya jugak. Jangan-jangan, isteri awak ni pun, orang macam saya jugak.” Aku menepis tangannya yang berada dipipiku.

“Eh!!! Apa ni. Rosak agaknya.” Aku merungut sambil menggosok pipiku. Dia terus berlalu sambil ketawa. Geli-gelaman aku tengok perempuan tu. Tak sangka pulak Ishamudin ada kekasih macam tu.

“Kita balik ye?” Aku tarik tangannya.

“Kenapa? Awak janji nak dating dengan saya hari ni?” Aku pandang wajahnya.

“Kau masih ada mood nak dating dengan aku?” Soalnya pelik.

“Ye. Saya belum puas lagi keluar dengan awak hari ni,” Yelah. Dia belum usik aku lagi. Dia belum kenakan aku. Aku rindu untuk diketuk kepala olehnya.

“Tapi, dia tadi..”

“Awak ingat saya percaya semua tu?” Dia angguk kepala.

“Tapi itu kenyataannya. Memang aku ni ada masalah agaknya,” Dia mengeluh dan terus berlalu. Aku mengejarnya.

“Kita jalan-jalan kat pantai nak tak?” Aku peluk lengannya. Lama wajahku direnung kemudian dia angguk kepala.



**************
p/s : selamat membaca semua... maaf sebab lambat post new entry. maaf juga sebab, ada part yang saya tak upload kat sini..jadi kalau nampak mcm ada yang kurang, saya minta maaf terlebih dahulu....

9 catatan:

Anonymous said...

best..ape masalah suri tu gan isham..?? pelik..
-ada

Unknown said...

BEST 3X.

MaY_LiN said...

cian isham kena fitnah smp camtu
nasib mawar percaya isham

Ziana Eunos said...

Best..hihi

MaY_LiN said...

Kaira
Nk lg
Nk lg
Cian isham

AINULRIDA HUSNI said...

Isham tu x bernafsu pada perempuan ke? Atau dia memang jaga diri dia until dia kahwin? Mawar la pulak kena goda Isham lepas ni.

Anonymous said...

Best!cepat sambung!!

Anonymous said...

Best best best... cepat sambung ye...

Anonymous said...

Bila nk sambung?cepat sambung ye :)