Followers

Wednesday, January 27, 2010

Kembali Pulang 24 (Akhir)

“Nak buka hadiah yang mana dulu?” Affan duduk disebelah isterinya. Mira tersenyum.

“Mana-mana. Tak kisah,” Mereka membuka satu persatu bungkusan yang diberi oleh teman-teman mereka.

“Abang, tengok. Lan punya hadiah,” Mira tayang set bayi.

“Uiiii...Awalnya kawan Mira bagi ni. Nampaknya, terpaksalah Mira lahirkan anak untuk abang dalam tahun ni jugak,” Affan cium pipi Mira. Mira menjeling tajam wajah Affan yang tersengih disebelahnya.

“Baju ni dapat disimpan. Apalah abanglah ni,” Mira tolak ke tepi kotak yang sudah dibuka. Affan tersenyum. Tahu Mira malu.

“Esok je buka hadiah ni. Tidur lagi. Dah lewat ni,” Affan tarik tangan Mira. Mira kerutkan kening. Debaran di dada semakin kuat terasa. Seram sejuk kaki dan tangannya.

“Aiihhhh...Mira sejuk?” Affan bertanya selamba. Mira garu dahi. ‘Dia ni. Nak kena agaknya. Suka sangat buat aku malu,’ Bisiknya dalam hati. Perlahan Affan tarik tubuh Mira ke dalam pelukannya.

“Akhirnya, dapat jugak abang peluk Mira. Ingatkan, abang hanya dapat bermimpi,” Ucapnya tenang. Mira tunduk malu.

“Betul Mira cintakan abang?” Soalnya perlahan. Mira mendongak memandang wajah Affan.

“Kenapa abang tanya soalan macam tu?” Mira bersuara kecewa. Seolah-olah Affan tidak mempercayainya. Affan peluk erat tubuh Mira.

“Abang tak pernah dengar Mira ucapkan cinta pada abang,” Affan pandang wajah Mira. Mira gelabah.

“Perlu ke?” Mira bertanya pelik. Affan tersenyum.

“Abang nak dengar sekali je.” Mira tergelak kecil. Wajah Affan yang mengharap itu kadangkala melucukan.

“Tergelak pulak dia. Cepatlah. Abang nak dengar ni,” Affan sua telinganya. Mira tarik nafas dan perlahan menghembusnya.

“Mira cintakan abang,” Perlahan Mira mengucapkannya. Tersenyum lebar Affan mendengarnya. Mereka berbalas senyuman. Tiba-tiba bilik menjadi gelap. Mira menjerit kuat lalu duduk di pangkuan Affan. Bila lampu kembali menyala, Affan tersenyum melihat Mira yang kemas berada di dalam pelukannya. Mira pejam mata.

“Penakut betul isteri abang ni.” Perlahan Mira membuka matanya bila mendengar suara Affan. Mira angkat muka.

“Aduiiii,” Affan mengaduh kesakitan. Mira sentuh kepalanya. Mira hampir terjatuh bila Affan melepaskan pelukannya kerana dagunya terasa sakit dihantuk oleh kepala Mira. Nasib baik tangan Mira merangkul leher Affan.

“Sakit dagu abang ni. Ganas betul dia ni,” Affan menggosok dagunya. Mira masih merenung wajah Affan dengan senyuman. Tanpa sempat Mira mengelak, Affan mencium bibir Mira spontan. Mira tersentak dan menolak muka Affan. Akibatnya, dia sendiri terjatuh. Affan tergelak. Mira muncung mulut. Perlahan Affan menghampiri Mira, Mira tunduk memandang lantai. Affan sentuh dagu Mira dan mengangkat wajah Mira kemudian merenung wajah tersebut sehingga Mira kembali tunduk.

“Kenapa abang pandang Mira macam tu. Seram,” Mira memukul dada Affan. Affan cium dahi Mira lama sekali.

“Kita belum berkenalan dengan cara yang betul,kan?” Mira angkat muka. Hairan.

“Mari,” Affan tarik tangan Mira menuju ke katil.

“Hai, saya Affan Ikmal, saudari?” Mira kerutkan dahi. Affan menghulur tangannya.

“Hai, saya Syamira. Bukan saudari lagi, dah jadi puan,” Mira tersenyum dan menyambut tangan suaminya.

“Owh???? Saya pun dah dipunyai jugak. Puan Syamira, sayangkan suami puan? Saya sayang dan cintakan isteri saya tu,” Affan tersenyum manis.

“Saya sayangkan dia. Tapi, betul ke awak sayangkan isteri awak?” Affan angguk kepala. Tidak lama kemudian, Mira tergelak.

“Sudahlah, bang. Lebih-lebih pulak dia,” Affan turut sama tersenyum.

“Mira.....” Mira pandang wajah Affan. Agak lama Affan mendiamkan diri dan hanya merenung wajah Mira.

“Cantik Mira malam ni. Sengaja nak goda abang ye?” Affan mendekatkan mukanya ke wajah Mira. Mira cuba mengelak. Tetapi tangan Affan sudah menarik wajahnya dan mencium bibirnya. Mereka hanyut bersama cinta yang semakin membara. Meninggalkan kenangan lalu. Siapa sangka dia menemui cinta kedua dengan orang yang berwajah sama dengan lelaki pertama yang dia cinta.

*******************************

Mira membuka dompet Affan. ‘Banyaknya duit,’ Mira tersengih bila melihat dompet suaminya yang penuh dengan duit kertas. Dan, matanya terpandang sekeping gambar dirinya yang bersaiz kad pengenalan. Mira tersenyum senang bila melihat gambarnya mengisi dompet Affan. Seketika kemudian, Mira terkejut. Sekeping gambar ditarik keluar dari dompet tersebut.

“Lamanya Mira ambil duit. Pak cik jual ice cream tu dah tak sabar nak balik,” Affan menghampiri isterinya. Affan kaget. Mira pandang wajah Affan dengan satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan.

“Kita cakap kemudian. Abang nak bayar duit ice cream ni dulu,” Affan berlari ke pintu. Beberapa minit kemudian, Affan menghampiri Mira. Perlahan bahu Mira diusapnya. Mira pandang wajah Affan.

“Kenapa gambar ni ada pada abang?” Mira bertanya sebak. Affan sambut gambar tersebut. Perlahan wajah didalam gambar tersebut diusapnya.

“Akmal yang bagi. Dan, melalui gambar ni, dia menceritakan segala tentang dia dan Mira. Perkara tu terjadi, 2 minggu sebelum dia menjalani pembedahan.” Affan mengeluh berat.

“Dia tunjukan gambar ni. Katanya, Mira tak tahu dia simpan gambar ni. Dia terjumpa masa hari pertama di sekolah Mira,” Mira mendengar dengan setia.

“Mulanya, dia tak nak menjalani pembedahan. Katanya, dia lebih rela hidup beberapa bulan lagi. Kemudian, selepas kami berdua bercerita tentang Mira, dia ambil keputusan nak jalani pembedahan tersebut.” Affan berhenti bercerita. Mira kesat airmata.

“Maafkan abang. Walaupun, sebenarnya Akmal suruh abang jumpa Mira sebelum dia menjalani pembedahan. Dia minta tolong abang supaya jumpa Mira dan minta maaf pada Mira. Abang dah janji dengan dia akan tolong. Tapi, abang dapat tawaran belajar di Australia dan dikehendaki pergi ke sana secepat mungkin.” Mira membetulkan duduknya.

“Abang hampir terlupa. Jika tidak terserempak dengan Mira hari tu, agaknya, abang tak dapat nak sampaikan amanah Akmal.” Affan usap air mata yang mengalir dipipi Mira.

“Jadi, abang terima Mira sebab Akmal?” Mira bertanya perlahan. Wajahnya kecewa.

“Jangan salah anggap. Sebenarnya, abang memang tak dapat lupakan Mira selepas tengok gambar Mira dan mendengar cerita dari Akmal. Mira nak tahu, bila abang teringat Mira, abang tengok gambar ni. Lepas tu, dua tahun lepas, abang bagi gambar ni pada Affiah. Abang takut kehilangannya. Dan, abang pesan kat Affiah supaya tolong cari gadis dalam gambar tu. Affiah pulak tidak perasaan orang yang kami berdua cari ada dihadapan mata,” Mira peluk erat lengan Affan.

“Jadi, abang memang berniat nak tipu Mira dengan menyamar sebagai Akmal? Betulkan?” Mira duduk tegak. Affan tergelak.

“Bila tengok Mira jual mahal sangat, abang terpaksa guna cara tu. Tapi, memang menyusahkan, yelah, abang rasa bersalah pada Mira dan Akmal. Macam mengambil kesempatan pulak. Tapi bila diingatkan, sebenarnya, abang buat semua tu sebab abang tak mahu kehilangan Mira.” Mira tersenyum.

“Ok. Alasan diterima,” Mira berdiri.

“Ehhh..Nak ke mana tu?” Affan turut sama berdiri.

“Nak makan ice cream.” Mira berlalu dengan hati yang tenang.

********************************

“Akmal...” Ups!!!!! Mira tutup mulut. Affan berpaling sambil bercekak pinggang. Bibir digigit geram. Mira tersengih.

“Sorry!!!!” Ucapnya sambil tangannya di angkat tanda minta maaf. Affan geleng kepala. Mira tersenyum bila melihat Affan berjalan pantas dihadapannya. Kemudian dia tergelak. Tahu bahawa Affan marah. Perlahan Mira mengekori langkah Affan. Sengaja membiarkan suaminya melayan perasaan sekejap.

“Aihhh...masih marah?” Mira mencebik. Mira berlari kemudian memeluk erat pinggang Affan. Ketika itu mereka sedang honeymoon di Pantai Damai. Affan tersentak bila merasakan tangan halus mengusap dadanya.

“Abang bukan Akmal,” Mira masih memeluk erat suaminya. Affan berusaha menepis tangan Mira.

“Abang marah? Mira gurau jelah. Nak tengok rupa abang bila marah,” Mira berdiri dihadapan Affan. Affan pura-pura memandang ke arah lain. Mira tarik muka Affan supaya memandangnya.

“Ingat abang takde perasaan ke?” Affan berkata kasar. Mira tergelak.

“Tak ‘handsome’lah rupa abang bila marah. Takde selera Mira nak tengok,” Mira melepaskan tangannya. Perlahan berlalu meninggalkan Affan. Affan cekak pinggang.

“Hai...dia yang sengaja buat kita marah, lepas tu kutuk kita pulak. Nak kena dia ni,” Affan mencampung tubuh Mira dan dengan selamba dia membawa Mira ke laut. Mira menjerit.

“Abang....Janganlah,” Mira berusaha menepis tangan Affan. Affan tergelak.

“Padan muka,” Affan cekak pinggang bila melihat Mira sudah basah kuyup.

“Abang jahat,” Mira menerpa ke arah Affan. Mereka bergelut seketika. Setelah penat bergaduh, Affan peluk erat tubuh Mira kemudian mencium pipi Mira.

“Abang tak marah pun. Abang tahu, Mira sengaja sebut nama Akmal. Kalau Mira nak, nanti kita namakan anak kita ikut nama Akmal. Nak tak?” Mira pandang wajah suaminya.

“Tak naklah. Nanti ada yang makan hati. Sekarang memanglah tak kisah, nanti bila abang dah tak suka Mira, masa tu, baru abang ungkit. Sakit pulak hati Mira.” Mira tersengih. Affan ketuk kepala Mira.

“Mulut ni, takde insuran. Ikut sedap mulut dia je bercakap.” Mira tergelak bila melihat wajah Affan yang masam itu.

“Mira nak berapa orang anak?” Affan bertanya perlahan setelah agak lama mendiamkan diri. Mira pandang wajah Affan.

“Mira tak kisah. Rezeki Tuhan nak bagi. Kita terima je lah,” Mira menjawab perlahan. Affan angguk kepala.

“Macam tu lah isteri abang,” Mereka tersenyum bahagia. Mereka sama-sama mendiamkan diri menikmati permandangan laut yang cantik itu. Mira tersenyum bahagia.

-Tamat-

p/s : salam. maaf jika ending nya tak memuaskan hati pembaca...dah tak tahu nak buat ending yg macamana. terima kasih sebab sudi mengikuti e-novel ini.....

10 catatan:

Unknown said...

salam, akhirnya siap jugak...hope korang enjoy...

epy elina said...

hohohoho....
akhirnya hbs jg...
best2x....
sbb hepy ending....

MaY_LiN said...

akhirnyaaaa

hijab4piz said...

best r citer ni
ske sgt ^_^

Anonymous said...

best citer nie..hmpir jatuh air mata..
klu citer nie panjang boleh terbit novel tau..
gud job..(x_x)

Yong said...

good job, best cter ni.

Unknown said...

yong jiao xiu....terima kasih atas sokongan anda...seronok bila ada yang menghargai kerya saya...selamat membaca. komen dr kalian sangat saya harapkan.....

Aida Sherry said...

baru je baca cite ni..... best sangat... rasa sian jugak kan akmal, nyawanya tak panjang tapi nak buat camne...rezeki, jodoh, ajal maut ditangan tuhan... akhirnya mira bahagia bersama affan ikmal not affan akmal...

Anonymous said...

bestt....tersentuh hati ni...tq kaira.

Unknown said...

ahaaa... bestnya citer nii . tergelak sorang-ii saye di buatnya . btw, nii lah blog yg pertama saye komen . best sangat >_< teruskan usaha ya cik writer :)