Followers

Thursday, March 3, 2011

Relaku Pujuk 5


“Ma, jum lepak kat bawah,” Sitah peluk bahu aku. Lupa nak bagi tahu korang. Aku ada kawan rapat yang memang rapatlah. Kami sama kampung, berjiran, satu sekolah dari darjah 1 hingga tingkatan 5. BFF. Masuk kerja kat kilang ni pun, kami berdua tetap sama. Bezanya dia Shiff B aku pulak shiff A. Sabtu ahad je kita orang dapat jumpa. Itupun kalau dia tak OT. Bahagian Sitah selalu OT. Banyak tempahan.

“Kejab beb, alamatnya tak habis lagi novel aku ni,” Namun begitu aku tetap menyimpan novel yang ku baca itu ke atas katil. Setelah memakai jaket kami berdua keluar dari bilik.

“Mawar, macamana dengan secret admire kau tu? Kau masih syok kat dia?” Aku buat muka meluat. Yelah. Aku dah malas nak syok sendiri. Buang masa aku je.

“Malaslah nak fikir tentang lelaki tu. Aku belum buat apa-apa lagi, dia dah benci kat aku. Pelik betullah,” Aku pun hairan. Kenapa lelaki itu memusuhi aku. Agaknya dia pernah ditinggalkan oleh kekasih yang wajah dia serupa macam aku. Betul tak? Ada ke orang yang muka dia sama macam aku?

“Manusia berbagai ragam. Kadangkala kita tak tahu apa yang mereka fikirkan. Lagipun, siapa kita nak halang orang dari membenci kita.” Sitah tepuk bahuku. Dia ni kalau bab cintan cintun memang nombor 1. Tapi kalau putus cinta pun dia jugak yang juara.

“Mawar, nak pergi mana tu?” Aku membalas senyuman Kak Tena. Kak Tena ni kawan baik kakak aku. Boleh dikatakan dia ni spy kakak aku. Semua tentang aku dia akan update pada kakak aku.

“Kak, nak lepak kat bawah sekejap. Boring sangat malam ni. Takde cerita best. Semua asyik tengok lagu,” Kat asrama ni, kalau tiba musim program realiti, sanggup mereka duduk 24 jam kat depan tv tu. Sampai aku nak tengok cerita karton pun tak dapat.

“Hati-hati. Jangan melepak jauh sangat.” Aku angguk kepala. Kak Tena memang seorang yang prihatin.

“Aku ada cerita best ni,” Sitah memulakan cerita sebaik sahaja kami berdua duduk di tepi pagar asrama. Takut nak keluar. Ramai sangat orang lelaki kat luar tu. Perkara biasa yang kami tengok kat depan kilang ni. Setiap malam sabtu dan ahad, ramailah pasangan yang bercinta mengambil peluang untuk berbual-bual. Ada jugak yang hanya lepak sambil berborak-borak. Ketika kami berdua sedang leka mengenang kisah lama, tiba-tiba kami berdua ternampak sesuatu yang melucukan. Seorang gadis sedang membetulkan helmetnya. Masalahnya, helmet tersebut terbalik.

“Tah, tengok tu. Lucu betul. Macam tu ke pakai helmet. Bukan bahagian cermin tu letak kat muka ke?” Aku dah tergelak. Kalau tak mengenangkan lantai yang aku duduk ni kotor, memang aku dah berguling-guling ketawa. Sitah turut sama ketawa.

“Yelah. Kenapa lelaki tu tak tolong kekasih dia. Kasihan pulak aku tengok.” Aku ketawa lagi bila melihat lelaki tersebut terus berlalu ketika kekasihnya baru hendak duduk di atas motorsikal. Akibatnya, gadis itu terjatuh. Kemudian dia terus membuka helmet dan menghempas ke tanah. Terus dia berlari naik ke atas. Beberapa orang yang sedang lepak dan menyaksikan drama lucu itu terus tergelak. Lelaki itu pula terus berlalu selepas mengambil helmet kekasihnya. Macam-macam je gelagat orang kat sini.

“Kalau akulah ada pakwe macam tu, dah lama jalan,” Sitah buat muka meluat.

“Ye ke? Kalau hati dah suka, aku rasa kau takkan sanggup tinggalkan dia,” Aku berkata perlahan. Yelah. Bukan aku tak tahu perangai kawan aku ni. Kalau bercinta tak ingat dunia. Bulan lepas putus cinta menangis sampai bengkak mata. Aku juga yang dia jumpa. Aku juga yang jadi guru kaunseling dia. Hai....apa boleh buat. Dari bangku sekolah aku menjadi tempat untuk rakan-rakan meluahkan perasaan.

“Budak tu buat lawak pulak sampai cerita aku pun kau tak tanya.” Sitah dah buat muncung itiknya.

“Yelah..yelah...apa dia. Kau jatuh cinta lagi?” Sitah terkejut.

“Ehh!!! Mana kau tahu? Hebatlah kawan aku ni.” Aku hanya buat muka tak puas hati. Memanglah.

“Lelaki mana pulak ni?” Aku bertanya malas. Kalau ikutkan hati, malas aku tanya, tetapi oleh sebab dia kawan aku, sekurang-kurangnya aku kena tahu dia berkawan dengan siapa. Manalah tahu kalau perkara buruk terjadi kat dia. Ehhh....tak baik aku cakap macam tu. Semoga sahabat ku dilindungi di mana saja dia berada.

“Razif.”

“Asal mana? Kerja apa,”

“Kau ni, banyak tanya betul. Dia asal Johor. Askar.”

“Berapa lama kenal?” Aku dah mula jadi polis tak bertauliah.

“Dah lama dah. Tapi, bila dia tahu aku couple dengan Hamid, dia hanya tengok dari jauh je. Aku terima sebab dia begitu ambil berat tentang aku.” Dah tau dah. Minah ni memang minat giler dengan orang yang pakaian seragam ni.

“Hati-hati je bila berkawan tu. Kau tak serik ke, asyik kena tinggal?” Dia tersenyum.

“Kenapa pulak nak serik. Normallah kalau putus cinta. Ianya mengajar kita untuk pilih lelaki yang jauh lebih baik. Putus cinta ni pengalaman berharga tau. Hampir setiap manusia pernah melaluinya.” Aku mencebik.

“Aku tak pernah.” Yelah. Aku mana ada pernah bercinta. Jadi, macamana nak putus cinta.

“Putus cinta tak pernah, tapi frust menonggeng tu adalah kan?” Aku pandang wajah Sitah.

“Bila masa aku frust menonggeng ni? Pandai je buat cerita.” Bila masa pulak aku frust.

“Bila orang yang kau suka dalam diam jatuh cinta kat gadis lain lah,” Segera aku teringat kisah semasa dibangku sekolah. Aku memang pernah syok sendiri dengan mamat ni. Dia pemain bola kat sekolah kami. Orangnya tinggi lampai, handsome. Ada lesung pipit kat pipi kiri. Renungan matanya tajam hingga menusuk jauh ke dalam hati. Dia juga merupakan kawan baik aku. Tapi nak buat macamana, dah takde jodoh aku nak couple dengan dia.

“Huhuhuhu...kasihan kan kat aku. Mula-mula dulu, aku ingat dia memang ada hati kat aku. Tapi lepas tu, tiba-tiba pulak dia bercinta dengan budak Shila tu. Rasa nak menghempas diri tau. Tapi oleh kerana dia kawan aku, terpaksalah aku buat muka happy masa dia cakap dia dah couple dengan Shila.” Sitah tergelak riang.

“Itulah. Siapa suruh buat muka blur. Lambat sangat bertindak.” Memang salah aku sebenarnya. Aku layan semua kawan-kawan aku sama rata.

“Kalau aku ingat balik, masa kita tingkatan 3, cikgu adakan jamuan selepas solat hajat sebelum kita exam. Dia tengok aku dengan satu pandangan yang susah untuk aku tafsirkan. Aku masih tak faham bab hati dan perasaan ni. Akukan budak yang hiperaktif . Jadi mustahillah aku faham bab-bab jiwang ni,” Sitah angguk kepala.

“Ye. Aku pun nampak dia macam suka kat kau. Tapi masalahnya kau,” Aku kerutkan dahi.

“Apa pulak salah aku? Aku kan perempuan, lagipun kita masih belajar. Baru tingkatan 3, manalah reti nak bercintan-cintun ni.” Aku pulak disalahkan. Walaupun dalam diam memang aku sukakan dia jugak. Aku pernah berangan untuk menjadi kekasihnya. Tapi itu masa kita orang di tingkatan 4. Barulah ada perasaan ingin berkasih ni timbul. Tapi aku rasa, itu hanya cinta monyet. Cinta yang tidak kekal.

“Hoi...kau dah sampai kat mana?” Aku tersentak bila bahuku ditepuk kasar oleh seseorang.

“Aku teringat masa aku di tingkatan 3. Rasa baru semalam aku habis belajar. Rindu betul kat kawan-kawan,” Aku bersuara lemah.

“Eleh!!! Bila jumpa je gaduh. Bercakar. Bila tak jumpa rindu. Betul kau rindu mereka tu sebagai sahabat? Tak lebih daripada itu?” Aku pelik bila Sitah tanya aku soalan macam tu.

“Maksud kau?” Sitah membuang pandang ke depan.

“Dalam ramai-ramai kawan baik kau tu, takkan kau tak terpikat pada mereka. Sudahlah kawan-kawan kau hencem-hencem belaka. Kalau aku jadi kawan mereka, semua aku pastikan jadi kekasih aku.” Aku kerutkan dahi.

“Hoi mak cik. Kau jangan nak buat kerja giler. Mereka tu kawan-kawan aku. Aku takkan buat mereka bergaduh hanya kerana aku.” Ye. Itulah faktornya mengapa aku tidak suka bercinta dengan rakan baik. Aku tidak suka sebab bagi aku, bila bergaduh, semuanya akan rasa kekok.

“Kerana itu kau biarkan hati kau kosong dan sebab itu juga kau kehilangan orang yang kau suka,” Aku termenung. Mungkin benar apa yang Sitah katakan.

“Aku tahu kau seorang yang sangat sayangkan ikatan persahabatan, tetapi jangan sampai butakan hati kau tu untuk menerima kehadiran cinta pula.” Aku kerutkan dahi. Cinta? Apa kena mengena dengan cinta pulak. Bila masa aku bercinta? Yang paling penting, siapa yang cintakan aku? Ada ke lelaki yang cintakan aku?

“Yang kau buat muka blur tu kenapa? Kau ingat aku tak tahu kau tengah layan lelaki handsome tu?” Sitah buat jelingan maut kat aku.

“Lelaki handsome? Siapa?” Banyak sangat lelaki handsome kat kilang tu. Aku pun jadi blur.

“Buat-buat tak tahu pulak. Aku hairanlah. Kat mana ada kau, kat situ jugak dia ada. Sampai kawan aku yang syok kat dia pun naik meluat tengok kau. Dia asyik tanya aku, apa hubungan kau dengan ..siapa nama lelaki tu..ala, lelaki yang selalu tolong kau tu?”

“Abang Handsome tu?” Sitah kerutkan dahi.

“Siapa abang Handsome?” La...dia tak tahu Abang Handsome. Kenapalah kau boleh kerja kat kilang ni kalau tak kenal Abang Handsome?

“Setahu aku kau rapat dengan Abang Asran je? Kau ada lelaki hensem lain ke?” Aku garu kepala yang terasa gatal tiba-tiba. Agaknya, tadi mandi tak cuci rambut kot.

“Ada yang lebih hensem dari Abang Handsome tau. Dong Jun,” Selamba je aku bagi nama tu kat mamat yang iras muka Dong Jun tu.

“Siapa?” Sitah bertanya pelik.

“Ala..takkan kau tak pernah jumpa dia. Lelaki Korea tu. Mr. Park tu.” Sitah bagi jelingan maut kat aku.

“Mr.Park kepala otak kau. Dia bukan Mr.Park, tu En. Haikal,” Aku kerutkan dahi. En.Haikal, setahu aku En.Haikal melayu, Dong Jun pulak Korea.

“Bila masa pulak Mr.Park jadi En.Haikal?” Sitah geleng kepala.

“Kau ni tak tahu perkembangan terkini. Kata minat kat Dong Jun tu, tapi benda yang basic tu pun kau tak tahu,” Aih...benda basic apa pulak?

“Apa benda basic tu?”

“En.Haikal tu, ayah dia melayu, mak dia asal dari Korea. Baru jugak balik ke sini kalau tak silap aku, lepas raya tahun lepas. Tapi cara hidup dia memang sosial betul. Pantang tengok perempuan cantik,” Aku kerutkan dahi. Mana pulak minah ni tau segala perangai dan latar belakang Dong Jun tu? Tiba-tiba pula kepalaku gatal.

“Oiii...Kau dengan Abang Asran tu, ada apa-apa yang aku tak tahu ke?” Sitah buat serkap jarang.

“Abang Handsome tu?” Sitah buat mula blur.

“Yang kau sesedap rasa je bagi nama kat mereka tu kenapa? Nama orang lawa-lawa kau tukar ikut suka hati kau je. Mak bapak dia orang dah bagi nama elok-elok, kau nak ubah pulak,” Wah!!!!!!!!!! Panjangnya. Sabar jelah. Bukan orang lain. Kawan aku jugak.

“Okeylah tu. Aku panggil dia dengan nama yang baik. Bukan aku panggil dia babun ataupun king kong,” Sitah geleng kepala. Betullah. Aku bagi nama yang baik-baik kat mereka. Kalau yang tembam sikit, muka dia bulat, aku panggil Abang Comel. Ada jugak Abang Macho. Macam-macam lagi. Kalau aku jumpa polis pulak, aku panggil dia Abang Polis. Asal nama tu senang nak sebut, aku guna jelah.

“Dah. Jangan nak ubah topik. Kau dan Abang Asran tu bercinta? Cakap terus terang,” Ish...budak ni.

“Ishss..mana ada. Kau ni. Suka je buat gosip. Aku dan dia mana layak jadi pasangan kekasih. Aku tak minat kat dia. Dia tu nampak terlalu mengongkong. Kalau aku jadi girl dia, aku tak bebas nak buat apasaja. 24 jam asyik berkepit je,” Sitah dah tergelak.

“Beranganlah kau ni. Dia bukan jenis macam tu. Tengok dari paras rupa dia, dia Cuma mengambil berat je.” Aku buat muka tak puas hati. Mana ada orang ambil berat macam tu. Abang aku takde pulak asyik ikut ke mana aku pergi. Cukuplah, kalau aku bagi tahu dia aku jumpa kawan, ataupun aku kata nak pergi rumah kawan. Mereka okey je. Tapi, Abang Handsome tu. Tak cukup dengan tanya, dia ikut jugak ke mana aku pergi. Buat aku jadi rimas.

“Lain orang lain cara. Dah, jum..balik. aku dah mengantuk ni,” Sitah berdiri sambil menepuk punggungnya. Mungkin kotor sebab duduk atas jalan. Kami berdua beredar meninggalkan pagar asrama.

********************************

3 catatan:

aqilah said...

best...best.......suka cite ni
nak lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MaY_LiN said...

waaaa
dpt famili yang protective
bagusnya

nur iman arman said...

tul-tul best lah cite ni