Followers

Wednesday, March 10, 2010

Pilihan Hati 22

“Ari...ada orang nak jumpa.” Ariyana tersentak bila mejanya ditepuk oleh Sani.

“Jumpa saya? siapa? Abang kenal tak?” Ariyana bertanya pelik. Sani jungkit bahu.

“Entah. Lelaki. Boyfriend kau agaknya. Handsome. Tapi abang lagi handsome dari dia.” Sani tersengih melihat muncung mulut Ariyana.

“Cepatlah. Dia tunggu kat bilik rehat tu. Lembut. Cam siput,” Sempat juga Ariyana menghadiahkan jelingan tajam pada lelaki berusia 43 tahun itu. Ariyana berjalan pantas menuju ke bilik rehat. Dadanya berdegup kencang. Ketika pintu bilik di buka, Ariyana menjenguk kepalanya terlebih dahulu. Mencari kelibat orang yang sedang menunggunya. Beberapa saat kemudian dia tersenyum.

“Irwan. Apa awak buat kat sini?” Ariyana bertanya pelik setelah memberi salam.

“Saya nak ajak awak makan kat luar. Bolehkan?” Ariyana tersentak. Kemudian dia memandang jam di pergelangan tangannya.

“Boleh jugak. Awak tunggu sekejap ye. Saya pergi ambil handbeg saya.” Irwan angguk kepala. Sebelum beredar, Ariyana menghampiri Shila.

“Shila...Aku keluar sekejap dengan Irwan ye. Sorry tak dapat temankan kau hari ni.” Shila tergamam.

“Aku salah dengar ke? Kau keluar makan dengan Irwan?” Shila bertanya lagi.

“Okey. Aku pergi dulu. Malas nak layan kau.,” Ariyana beredar sambil tersenyum pada Shila.

***************************.

“Tak sangka kita berjumpa lagi ye. Saya ingatkan kita takkan berjumpa lagi. Maklumlah dah hampir 10 tahun tak jumpa.” Irwan renung wajah Ariyana yang semakin dewasa seiring dengan waktu. Ariyana tersenyum manis.

“Ye. Saya pun tak sangka. Rasa tak percaya pulak jumpa awak kat majlis tu.” Ariyana menjawab tenang. Dadanya berdegup kencang bila melihat Irwan memandang kearahnya dengan satu pandangan yang sangat dia faham. Memang seperti yang Shila cakap padanya beberapa bulan lepas. ‘Jangan nak syok sendirilah Ariyana,’ Ariyana tergelak kecil.

“Kenapa?” Irwan bertanya hairan. Ariyana tutup mulut. Dia terlupa Irwan sedang duduk dihadapannya sambil memerhati tingkahnya.

“Takde apa-apa. Saya teringat kata-kata awak tentang Abang Is malam tu.” Ariyana menjawab tenang menyembunyikan rasa malunya.

“Owh!!! Saya pun tak sangka pulak perkara tu hanya khabar angin,” Irwan turut sama tergelak. Lama mereka mendiamkan diri menikmati ais kacang yang mereka pesan sebentar tadi.

“Sebenarnya setiap hari saya ingin nak telefon awak, tapi saya bimbang, takut awak tak layan saya. Sebab tu, saya datang terus ke pejabat awak. Maafkan saya jika buat awak rasa kurang senang." Ariyana tersenyum.

“Awak ni. Kalau setakat nak berkawan, kenapa pulak saya tak nak layan orang yang ikhlas nak berkawan dengan saya?” Ariyana geleng kepala sambil tersenyum. Irwan turut sama tersenyum.

“Manalah tahu, orang dah semakin cantik sekarang ni. Tentu pilih kawan. Betulkan?” Ariyana kerutkan dahi.

“Berkawan perlu tengok paras rupa jugak ke?” Ariyana bersuara jengkel. Irwan tergelak.

“Saya gurau je. Marah?” Ariyana mencebik. Namun beberapa ketika kemudian dia tersenyum.

“Takdelah. Saya ikhlas berkawan dengan seseiapa sahaja. Asalkan mereka tidak membawa keburukan pada saya,” Ariyana menjawab tenang. Irwan angguk kepala. setuju dengan kata-kata Ariyana.

“Apa hubungan awak dengan Tuan Iskandar tu?” Ariyana tersentak.

“Saya dan Abang Is?” Irwan angguk kepala.

“Selepas mak dan ayah saya meninggaldunia, mereka sekeluarga yang jaga kami berdua. Sebab tu kami rapat,” Ariyana menjawab perlahan. Irwan angguk kepala.

“Mak dan Ayah awak dah takde?” Irwan terkejut.

“Ye. Mereka terlibat dalam kemalangan jalanraya masa result SPM keluar.” Ariyana tunduk memandang ais kacangnya yang masih penuh.

“Maaf. Saya tak tahu.” Irwan simpati melihat wajah Ariyana yang murung itu.

“Takpe. Perkara lama. Saya dah boleh terima.” Ariyana tersenyum.

************************

Semenjak dari hari tersebut, hubungan Ariyana dan Irwan semakin rapat. Iskandar pula semakin sibuk dengan tugasan membenteras jenayah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Masa untuk bersama keluarga juga semakin kurang. Namun, dia masih seperti dulu, suka menelefon Ariyana hampir setiap malam hanya kerana hendak mendengar suara Ariyana.

“Awak tak kisah ke selalu dengar saya bercerita?” Ariyana bertanya pada Irwan ketika mereka menikmati

“Saya suka dengar awak bercerita. Seronok.” Irwan menjawab sambil tersenyum.

“Saya tak pernah bagi tahu perkara ni pada orang lain. Sekalipun pada Shila. Malu pulak saya,” Ariyana tergelak. Dia senang bercerita pelbagai perkara dengan Irwan. Baginya, Irwan adalah kawan rapatnya. Tempat untuk dia menceritakan segala masalahnya.

“Tentang apa?” Irwan pandang wajah Ariyana yang sudah kemerahan itu.

“Errrr...kalau saya cakap, awak jangan gelakkan saya.” Ariyana masih tersenyum malu. Irwan angkat kening. Tidak faham.

“Ceritalah.” Irwan menunggu dengan sabar. Ariyana membetulkan duduknya. Ketika itu Irwan menemani Ariyana membeli belah di SPRING.

“Janji awak tak bocor rahsia ni?” Ariyana berpaling memandang Irwan. Irwan angguk kepala.

“Saya...saya.... ” Ariyana tergamam seketika. Irwan pandang wajah Ariyana yang sedang terpaku memandang sesuatu.

“Kenapa?” Irwan turut sama memandang ke arah tempat yang dipandang oleh Ariyana.

“Tuan Iskandar dan Puan Zawiyah. Nampaknya, khabar angin yang saya dengar kat pejabat tu memang batul,” Irwan tersenyum. Ariyana pula terasa seperti dihempap batu. Hatinya bagai dihiris sembilu.

“Khabar angin tentang apa?” Ariyana bertanya pelik. Matanya masih memandang ke arah Iskandar dan Zawiyah yang sedang leka di kedai barang kemas.

“Ada yang cakap, mereka berdua tu bercinta.” Irwan turut sama menoleh. Ariyana mengeluh.

“Ye ke? Takde pulak Shiila cerita kat saya tentang perkara tu.” Ariyana masih tidak dapat menerima kenyataan tersebut.

“Mungkin masih dalam perancangan agaknya. Lupakan cerita mereka. Awak nak bagitahu saya tentang apa tadi?” Ariyana tersentak. Lama dia mendiamkan diri, akhirnya Ariyana tersenyum dan menggeleng kepala.

“Takde apalah. Rahsia tak best,” Jawabnya perlahan sambil tersenyum tawar. Irwan kerutkan dahi. Pelik dengan perubahan sikap Ariyana. Ariyana terus mendiamkan diri dan hanya menjawab bila ditanya. Irwan seperti dapat merasakan bahawa Ariyana menyimpan perasaan lain pada Iskandar. Namun, bagi Irwan, dia akan berusaha untuk memiliki hati Ariyana.

*************************


p/s : slm, sorry sangat sebab lambat post n3 terbaru. tak tahulah n3 ni okey ke tidak...apa2 pun, harap korang enjoy membacanya

6 catatan:

keSENGALan teserlah.. said...

alaahaaii..
aryana nk kasi taw irwan pasal feeling dye kat abg is kan??
isk2..
smbng2..

epy elina said...

hohoho...
btul 2...
aryana mmg nak gtahu tntg prsaan dia kat abg is....
abg is 2 pun mcm ada prsaan kat ari....
mgkin abg is hnya anggp Zawiyah sbgai kwn....
x nak ari ngn irwan nak ngn abg is.....

rosse - violet said...

alaa.....nape ari ngan irwan plak?xsuke2....minta2lah...IS nmpak ari ngan irwan tu...bagi jelous lg...kcian ari tau.....

Unknown said...

hehehehe...nak kasi mereka merana sekejap...dalam diam ku mencintaimu...warghhh...ada yg bakal menangis lepas ni..huhuhu

MaY_LiN said...

o-o..
speechless..

nursya said...

ala...
camne leh tserempak ngn abg is ngn zawiyah lak nie...
potong jln tul la...