Followers

Thursday, April 10, 2014

Relaku Pujuk 46



“Isha,”

“Mawar, rindunya kat kau,” Kami berdua berpelukan seperti setahun tak jumpa.

“Makin cantik kau sekarang,”

“Sengaja nak kenakan aku.”

“Korang berdua ni kenapa? Tak malu ke. Semua orang tengok tu.” Ishamudin membebel disebelah kami. Kami berdua mencebik.

“Ala..abang ni. Orang rindu tahap gaban kat isteri abang ni.” Aku angguk kepala. Sebulan kami berdua tidak berjumpa. Sebab masing-masing sibuk.

“Baru sebulan tak jumpa.”

“Lama sebulan tu. kan, Isha,” Isha angguk kepala.

“Hai, Isha,” Kami berdua berpaling ke arah suara lelaki yang menegur Isha sebentar tadi. Aku pandang wajah Isha.

“Hai, Azam. Kau buat apa kat sini?” Isha bertanya malas.

“Nak jumpa kau. Siapa perempuan cantik ni? Adik kau?” Isha berdengus kasar. Aku kerutkan dahi. isk...mulut tu. Aku pandang wajah kelat Ishamudin di sebelah.

“Kenapa kau sibuk nak tahu?” Lelaki itu tersenyum padaku.

“Hai, boleh berkenalan? Saya Awang Azam.” Aku tersenyum kelat.

“Saya Ishamudin,” Ishamudin menyambut salam yang dihulur oleh lelaki itu. Aku dan Isha tersengih.

“Err..Saya nak berkenalan dengan gadis cantik ni,”

“Kalau nak berkenalan dengan dia, kena kenal saya dulu,”

“Kenapa pulak? Apa kaitan awak dengan dia? Owhh...Dia adik awak ye?” Aku tergelak halus. Begitu juga Isha. Ishamudin menjeling tajam padaku. Tahu sangat. Tentu dia bengang sebab lelaki tersebut begitu berani mengorat aku.

“Dia isteri saya,” Ishamudin menjawab bangga. Lelaki tadi jelas sekali terkejut.

“Tak mungkin. Dia masih muda,kan. Ermmm..awak masih belajar,kan?” Aku geleng kepala.

“Saya isteri dia,” Aku tayang cincin dijari manisku.

“Owh!! Ye ke? Isha, betul ke?”

“Yelah. Padan muka.” Isha tergelak.

“Okey. Saya pergi dulu,”

“Aih...cepatnya.”

“Aku ada hal. Okey, jumpa kau kat kelas,”

“Okey.”

“Isk..suruh pergi belajar, belajar benda lain pulak. Isteri orang pun dia nak,” Ishamudin membebel.

“Manalah dia tahu saya ni isteri awak.”

“Yelah bang. Muka isteri abang ni muda belia. Semua orang tengok, mesti tak percaya dia ni dah kahwin,” Aku tersenyum bangga.

“Habis tu, aku nak buat macamana lagi. Kakak ipar kau ni, bukannya makan saman. Orang lain keluar jalan-jalan pakai baju t-shirt ladies, dia pulak..urhhh..” Aku pandang baju yang aku pakai sekarang ni. Baju t-shirt Angry Bird. Minggu lepas, puas aku pujuk Ishamudin untuk beli baju tu. Tapi dia langsung tak makan pujuk. Akhirnya, aku beli dengan duit aku sendiri. Tadi pun, dia marahkan aku sebab pakai baju ni. Aku tersengih.

“Comel je aku tengok. Mawar, kau ada belikan untuk aku?” Aku angguk kepala. Pantas aku buka pintu kereta dan mengambil beg kertas berisi baju lalu aku serahkan pada Isha.

“Wah!! Comelnya. Cantik. Pandai kau pilih. Kau tahu, hari tu, kawan aku cemburu tengok aku pakai selipar Angry Bird yang kau bagi tu,”

“Ye. Belambak jual kat pasar tu,” Kalau dah jumpa Isha ni, lupa pulak kat kawan sebelah.

“Kita ni nak terpacak kat sini je ke? Kata nak pergi tengok wayang,” Aku berpaling mendengar suara tak puas hati Ishamudin di sebelahku.

“Ahhh!! Tengok wayang? Kenapa tak cakap awal-awal. Abang, Isha nak ikut,” Ishamudin geleng kepala.

“Tak payah. Kau pergi belajar,” Isha membentak.

“Otak orang ni dah tepu tau. Asyik belajar je.”

“Nak buat macamana. Dah, tak payah nak kacau daun. Aku nak dating dengan kakak ipar kau ni,” Ishamudin peluk bahuku. Aku tersenyum.

“Sorry Isha. Bila abang kau sebut perkataan dating tu. Aku memang tak nak kau kacau daun,” Aku tergelak bila melihat muncung mulut Isha.

“Jahatlah korang berdua ni. Tak nak kawanlah,”

“Eleh. Boleh percaya ke?” Ishamudin sengaja mengusik adiknya.

“Yelah..yelah..Orang tengah hangat bercinta. Malas nak kacau daun,” Kami berdua saling berpandangan.

“Pergilah.”

“Menghalau nampak,” Isha tersengih.

“Abang,” Aku pandang wajah suamiku. Isha menghulur tangannya. Ishamudin menyambut salam adiknya.

“Isk..Abang ni. Orang bukan nak salam. Orang nak minta duit,” Dia tersengih. Ishamudin  geleng kepala.

“Nah!! Belanja tu jangan boros sangat,” Pesannya. Isha tersengih.

“Mawar, bye. Abang, jaga isteri abang tu ye.”

“Bye Isha. Nanti jumpa lagi,”

Selepas bersalaman, kami berdua bertolak ke destinasi yang dituju. Ketika kami berdua sampai dihadapan panggung wayang, ramai orang beratur untuk masuk ke dalam panggung.

“Ramainya orang,” Ishamudin angguk kepala.

“Musim cuti mestilah ramai orang,” Kami berdua beratur untuk masuk ke dalam panggung.

“Hai, ingat saya lagi?” Aku berpaling bila mendengar suara halus menyapa. Aku tersentak. Kakak cantik yang pelik a.k.a Jesnita.

“Saya kenal awak?” Aku sembunyikan senyum bila melihat wajah Jesnita merona merah. Tentu dia malu. Cik abang aku ni, memang tak pandai nak jaga hati orang.

“Takkan dah lupa. Masa kita jumpa kat kilang hari tu,” Kenapa dia ni macam nak mengorat suami aku je.

“Bila tu?” Ishamudin bertanya lagi. Semakin berbulu mataku bila melihat perempuan itu sengaja menghimpit suamiku.

“Sorry. Orang ramai sangat,” Ishamudin menepis tangan Jesnita yang sedang elok memeluk lengannya. Aku gigit bibir.

“Takkan awak dah lupa. Saya tak dapat nak lupakan wajah handsome awak tu,” Dia tersenyum menggoda. Aku rasakan kepala dan dadaku seakan-akan hendak meletup. Tanpa sedar aku genggam erat tangan Ishamudin.

“Mawar, sakit,” Aku berpeluk tubuh dan memandang ke arah lain. Aku menjeling sekilas wajah sinis Jesnita.

“Mawar, jum masuk. Perempuan zaman sekarang ni memang pelik.” Dia geleng kepala dan terus memeluk tubuhku.

“Awak, tunggulah saya. Saya pun nak masuk jugak ni,” Aku berdengus kasar. Ketika berada di dalam panggung, Jesnita mengambil tempat duduk disebelah Ishamudin. Aku berdengus kasar. Walaupun cerita yang ditayangkan menarik, tapi, oleh kerana minah gedik kat sebelah suami aku tu asyik nak ambil kesempatan pada suami aku. Hilang selera nak menonton. Sepanjang 1 jam 30 minit berada di dalam panggung itu, aku rasakan setahun lamanya. Tak sanggup nak tunggu lama-lama. Walaupun Ishamudin tidak melayannya dan asyik menepis tangan perempuan itu, namun Jesnita buat tidak peduli.

“Awak ni kenapa? Awak tak malu ke buat macam tu. Saya ni dah berkahwin. Ni, isteri saya. Malulah sikit dengan orang sekeliling kalau awak dah tak malu pada Tuhan,”  Marah betul Ishamudin bila Jesnita sengaja memeluknya. Aku dah tak sanggup nak pandang wajah mereka berdua saat itu. Sakit sangat hati aku bila melihat perempuan lain peluk suami aku, biarpun tanpa kerelaannya.

“Mawar, mari pergi.” Beberapa orang memandang kami dengan riak pelik. Ada yang berbisik sesama sendiri. Jesnita memandang sekeliling. Semua mata memandang jijik padanya.

“Mengganggu betul.” Ishamudin berdengus kasar sebelum kami berlalu. Aku terus mendiamkan diri.

“Awak... saya... saya sakit dada. Sakit hati.” Setelah agak jauh dari tempat itu, aku luahkan apa yang aku rasa saat itu.

“Nak buat macamana. Dia tu, macam lintah. Geli aku dibuatnya,” Aku tergelak bila melihat badan Ishamudin menggeliat. Hilang rasa sakit hatiku sebentar tadi.

“Apasal kau ketawa?”

“Awak tu. Iye ke geli. Entah-entah suka bila ada perempuan peluk.” Dia besarkan matanya.

“Serius. Aku geli tau. Kalau dengan kau, aku suka. Lebih dari itu pun aku sudi,” Dengan selamba dia peluk tubuhku.

“Iskkk...Awak ni. Tak malu ke.” Dia buat muka selamba.

“Nak malukan apa. Bukan aku peluk orang lain. Aku peluk isteri sendiri. Biarlah mereka tu,” Aku geleng kepala.

“Jum, kita pergi makan. Kau nak makan apa?” Aku terdiam. Tapi, mataku sudah meliar memandang sekeliling. Teringin nak makan Sushi. Aku berhenti melangkah dan merenung wajah suamiku.

“Kenapa kau buat muka macam tu? Mesti ada yang dia nak ni,” Aku angguk kepala. Ishamudin berpeluk tubuh menunggu aku memberi cadangan.

“Teringin nak makan Sushi.” Terbeliak matanya. Aku buat muka comel.

“Sushi? Kenyang ke makan Sushi tu? Tak nak makan nasi biasa ke? Nanti mengadu lapar. Lepas ni kita nak pergi jalan-jalan lagi.” Aku geleng kepala.

“Suka hati. Nanti lapar jangan salahkan aku,” Aku angguk kepala dan terus menarik tangannya menuju ke Restorent Sushi King. Dia hanya mampu geleng kepala.

“Sebut tentang makan, memang kau tak pernah nak menolak ye.” Aku tersengih. Sebaik sahaja sampai di depan restorent tersebut, aku gigit bibir tak puas hati. Ramai sangat orang beratur menunggu giliran.

“Nak pergi jugak ke? Ramai orang tu.” Aku mengeluh.

“Takpelah. Kita makan kat tempat lain je. Lama sangat nak tunggu giliran.” Ishamudin tergelak halus. Sukalah. Sebab tak perlu beratur kat situ.

“Kalau kau nak jugak, kita cuba kat tempat lain,” Aku geleng kepala.

“Tak naklah. Kat tempat lain tentu ramai orang jugak. Kita makan kat mana-mana je,” Ishamudin tersenyum senang lantas memeluk bahuku.

“Kau tak banyak soal ye. Aku suka.” Aku angkat kening. Tak faham maksud dia.

“Tak banyak soal?” Dia angguk kepala.

“Dan tak suka nak bersusah payah,” Aku kecilkan mataku. Tak nak bersusah payah?

“Maksud awak, saya ni nak kerja senang je?” Dia tersenyum kecil.

“Bukanlah. Maksud aku, kau ni jenis yang simple je. Ikut keadaan.”

“Mestilah. Daripada membuang masa beratur kat situ, baik saya makan kat tempat lain. Lagipun, bukan teringin sangat nak makan kat situ,” Dia peluk bahuku.

“Okey. Lain kali aku belanja kau makan kat situ. Kita tunggu waktu orang tak ramai. Sekarang nak makan kat mana?”Aku tersenyum lebar. Aku tak kisah pun nak makan kat mana-mana. Asalkan ada cik abang aku ni.

“Tak kisahlah nak makan kat mana. Awak pilih. Selalu ikut selera saya. Kali ni, ikut selera awak pulak,”

“Betul?” Aku angguk kepala.

“Okey. Jum. Aku ada tempat best untuk kita makan tengahari ni,” Ishamudin tarik tanganku dan kami sama-sama berlalu menuju ke tempat letak kereta.

            Aku peluk lengan Ishamudin ketika kami berdua menyeberangi jalan. Pandang kiri kanan sebelum melintas jalan. Setelah yakin selamat, Ishamudin tarik tanganku dan kami berlari ke seberang jalan. Sebaik sahaja masuk ke kedai makan tersebut, kami mengambil tempat duduk yang ada jauh dari kebelakang.

“Order please,” Ishamudin melambai tangan pada pekerja kedai makan tersebut.

“Saya nak Raja Ayam Bakar 1. Kau nak makan apa?” Aku baca satu persatu menu tersebut. Raja Ayam Penyet?

“Awak, yang mana satu sedap?” Aku minta pendapatnya. Selama aku duduk kat bandar ni, ini kali pertama aku makan kat sini. Dia tersenyum.

“Semua pun sedap. Tapi, aku suka makan ayam bakar ni.” Aku terdiam. Nampak macam sedap je.

“Okey. Ikut sama macam awak jelah. Air saya nak Teh C-Special dan air mineral 1 botol.”

“Bagi saya air Rebina Sprite.” Aku tersenyum lebar bila Ishamudin memesan air Rebina Sprite.

“Itu saja?”

“Yups..” Aku memandang sekeliling kedai. Hiasan dindingnya terdapat gambar-gambar lama. Klasik.

“Ramainya orang makan kat sini. Tentu sedapkan?” Ishamudin angguk kepala. Matanya melekat diwajahku. Dia dah mula balik. Suka sangat buat aku tersipu malu.

“Dulu aku dan Diah selalu makan kat sini.” Aku tersentak. Terus wajahnya menjadi sasaran mataku.

“Iye? Kiranya ini tempat kenangan awak dengan Kak Diah?” Dia angguk kepala. Iskk...Tak suka betul. Patutlah selama ni dia tak pernah bawak aku pergi makan kat sini.

“Kat tempat makan macam ni, mana ada simpan kenangan indah.  Kat sini orang datang nak makan. Lepas kenyang terus blah. Aku suka makan kat sini sebab makanannya sedap.” Aku mencebik. Alasan.

“Habis tu, selama ni, kenapa awak tak pernah bawa saya makan kat sini?” Ishamudin tersenyum kecil.

“Selama ni, kau yang buat keputusan nak makan kat mana,kan?” Iye ke? Makan kat Pizza Hut, KFC, Mc’D. Semuanya makanan barat.

“Awak yang bagi greenlight, saya ambil peluang je.” Dia tetap tersenyum.  Pada masa yang sama, makanan yang kami pesan sampai.

“Wah!!! Besarnya ayam ni.” Ada limau. Ulam-ulaman. Macam sedap je sambal dia. Tapi satu je, takde sup. Selepas membaca doa makan, aku terus merasa sambal tersebut.

“Pedaslah awak. Awak tak payah makan sambal tu. Nanti sakit perut.” Selamba aku tarik mangkuk sambalnya. Ishamudin terkejut.

“Ala, aku makan sikit je. Mana sedap kalau tak makan ulam ni dengan sambal.” Aku geleng kepala.

“Tak sanggup tengok awak sakit.” Dia mengeluh.

“Bagi sikit je.” Ishamudin buat muka comel. Aduiii....siapa yang ajar dia buat muka macam tu? Kesian pulak tengok dia.

“Okey. Tak boleh banyak sangat.” Dia tersenyum lebar. Kami menikmati makan tengahari dengan berselera. Memang pedas sambalnya sampai berair mataku. Ishamudin seperti biasa. Dia tergelak bila melihat aku berkali-kali mengesat hingus yang mula memenuhi hidungku.

“Tak larat lagi nak habiskan nasi ni.” Setelah ulam-ulaman habis, aku menolak pingganku ke tengah meja. Pinggan Ishamudin pulak bersih. Yang tinggal hanya ulam-ulaman. Kemudian, dengan selamba, dia menarik pingganku.

“Tak baik membazir.” Selamba je wajah dia meratah ayam tersebut. Aku pula dengan selamba minum air yang dia order tadi. Ishamudin bagi jelingan tajam. Tahu sangat yang aku suka ubah selera. Apa yang dia pesan, selalunya menjadi makananku. Dia pulak akan menghabiskan apa yang aku order.

“Alhamdulillah. Kenyang sudah.” Ishamudin geleng kepala melihat aku kekenyangan. Sekejap lagi, Ishamudin ajak pergi jalan-jalan. Seharian kami habiskan berdua.

           

***************************
p/s : Selamat membaca semua..

6 catatan:

Unknown said...

mane bab 46?

Unknown said...

YA LA MANA 46.

Anonymous said...

best...mne 46..??

Anonymous said...

Tak paham ape c jesnita tu. Skrg ni nk merampas depan bini pon bole yer

Anonymous said...

Best... best... best.... cepat lah sambung cik writer...

Anonymous said...

Nak lg.... nak lg... cepat lah sambung.... Tq