“Isha,”
“Mawar, rindunya kat kau,” Kami berdua berpelukan seperti setahun tak
jumpa.
“Makin cantik kau sekarang,”
“Sengaja nak kenakan aku.”
“Korang berdua ni kenapa? Tak malu ke. Semua orang tengok tu.” Ishamudin
membebel disebelah kami. Kami berdua mencebik.
“Ala..abang ni. Orang rindu tahap gaban kat isteri abang ni.” Aku angguk
kepala. Sebulan kami berdua tidak berjumpa. Sebab masing-masing sibuk.
“Baru sebulan tak jumpa.”
“Lama sebulan tu. kan, Isha,” Isha angguk kepala.
“Hai, Isha,” Kami berdua berpaling ke arah suara lelaki yang menegur Isha
sebentar tadi. Aku pandang wajah Isha.
“Hai, Azam. Kau buat apa kat sini?” Isha bertanya malas.
“Nak jumpa kau. Siapa perempuan cantik ni? Adik kau?” Isha berdengus kasar.
Aku kerutkan dahi. isk...mulut tu. Aku pandang wajah kelat Ishamudin di
sebelah.
“Kenapa kau sibuk nak tahu?” Lelaki itu tersenyum padaku.
“Hai, boleh berkenalan? Saya Awang Azam.” Aku tersenyum kelat.
“Saya Ishamudin,” Ishamudin menyambut salam yang dihulur oleh lelaki itu.
Aku dan Isha tersengih.
“Err..Saya nak berkenalan dengan gadis cantik ni,”
“Kalau nak berkenalan dengan dia, kena kenal saya dulu,”
“Kenapa pulak? Apa kaitan awak dengan dia? Owhh...Dia adik awak ye?” Aku
tergelak halus. Begitu juga Isha. Ishamudin menjeling tajam padaku. Tahu
sangat. Tentu dia bengang sebab lelaki tersebut begitu berani mengorat aku.
“Dia isteri saya,” Ishamudin menjawab bangga. Lelaki tadi jelas sekali
terkejut.
“Tak mungkin. Dia masih muda,kan. Ermmm..awak masih belajar,kan?” Aku
geleng kepala.
“Saya isteri dia,” Aku tayang cincin dijari manisku.
“Owh!! Ye ke? Isha, betul ke?”
“Yelah. Padan muka.” Isha tergelak.
“Okey. Saya pergi dulu,”
“Aih...cepatnya.”
“Aku ada hal. Okey, jumpa kau kat kelas,”
“Okey.”
“Isk..suruh pergi belajar, belajar benda lain pulak. Isteri orang pun dia
nak,” Ishamudin membebel.
“Manalah dia tahu saya ni isteri awak.”
“Yelah bang. Muka isteri abang ni muda belia. Semua orang tengok, mesti tak
percaya dia ni dah kahwin,” Aku tersenyum bangga.
“Habis tu, aku nak buat macamana lagi. Kakak ipar kau ni, bukannya makan
saman. Orang lain keluar jalan-jalan pakai baju t-shirt ladies, dia
pulak..urhhh..” Aku pandang baju yang aku pakai sekarang ni. Baju t-shirt Angry
Bird. Minggu lepas, puas aku pujuk Ishamudin untuk beli baju tu. Tapi dia
langsung tak makan pujuk. Akhirnya, aku beli dengan duit aku sendiri. Tadi pun,
dia marahkan aku sebab pakai baju ni. Aku tersengih.
“Comel je aku tengok. Mawar, kau ada belikan untuk aku?” Aku angguk kepala.
Pantas aku buka pintu kereta dan mengambil beg kertas berisi baju lalu aku
serahkan pada Isha.
“Wah!! Comelnya. Cantik. Pandai kau pilih. Kau tahu, hari tu, kawan aku
cemburu tengok aku pakai selipar Angry Bird yang kau bagi tu,”
“Ye. Belambak jual kat pasar tu,” Kalau dah jumpa Isha ni, lupa pulak kat
kawan sebelah.
“Kita ni nak terpacak kat sini je ke? Kata nak pergi tengok wayang,” Aku
berpaling mendengar suara tak puas hati Ishamudin di sebelahku.
“Ahhh!! Tengok wayang? Kenapa tak cakap awal-awal. Abang, Isha nak ikut,”
Ishamudin geleng kepala.
“Tak payah. Kau pergi belajar,” Isha membentak.
“Otak orang ni dah tepu tau. Asyik belajar je.”
“Nak buat macamana. Dah, tak payah nak kacau daun. Aku nak dating dengan kakak ipar kau ni,”
Ishamudin peluk bahuku. Aku tersenyum.
“Sorry Isha. Bila abang kau sebut perkataan dating tu. Aku memang tak nak kau kacau daun,” Aku tergelak bila
melihat muncung mulut Isha.
“Jahatlah korang berdua ni. Tak nak kawanlah,”
“Eleh. Boleh percaya ke?” Ishamudin sengaja mengusik adiknya.
“Yelah..yelah..Orang tengah hangat bercinta. Malas nak kacau daun,” Kami
berdua saling berpandangan.
“Pergilah.”
“Menghalau nampak,” Isha tersengih.
“Abang,” Aku pandang wajah suamiku. Isha menghulur tangannya. Ishamudin
menyambut salam adiknya.
“Isk..Abang ni. Orang bukan nak salam. Orang nak minta duit,” Dia
tersengih. Ishamudin geleng kepala.
“Nah!! Belanja tu jangan boros sangat,” Pesannya. Isha tersengih.
“Mawar, bye. Abang, jaga isteri abang tu ye.”
“Bye Isha. Nanti jumpa lagi,”
Selepas bersalaman, kami berdua bertolak ke
destinasi yang dituju. Ketika kami berdua sampai dihadapan panggung wayang,
ramai orang beratur untuk masuk ke dalam panggung.
“Ramainya orang,” Ishamudin angguk kepala.
“Musim cuti mestilah ramai orang,” Kami berdua beratur untuk masuk ke dalam
panggung.
“Hai, ingat saya lagi?” Aku berpaling bila mendengar suara halus menyapa.
Aku tersentak. Kakak cantik yang pelik a.k.a Jesnita.
“Saya kenal awak?” Aku sembunyikan senyum bila melihat wajah Jesnita merona
merah. Tentu dia malu. Cik abang aku ni, memang tak pandai nak jaga hati orang.
“Takkan dah lupa. Masa kita jumpa kat kilang hari tu,” Kenapa dia ni macam
nak mengorat suami aku je.
“Bila tu?” Ishamudin bertanya lagi. Semakin berbulu mataku bila melihat
perempuan itu sengaja menghimpit suamiku.
“Sorry. Orang ramai sangat,” Ishamudin menepis tangan Jesnita yang sedang
elok memeluk lengannya. Aku gigit bibir.
“Takkan awak dah lupa. Saya tak dapat nak lupakan wajah handsome awak tu,”
Dia tersenyum menggoda. Aku rasakan kepala dan dadaku seakan-akan hendak
meletup. Tanpa sedar aku genggam erat tangan Ishamudin.
“Mawar, sakit,” Aku berpeluk tubuh dan memandang ke arah lain. Aku
menjeling sekilas wajah sinis Jesnita.
“Mawar, jum masuk. Perempuan zaman sekarang ni memang pelik.” Dia geleng
kepala dan terus memeluk tubuhku.
“Awak, tunggulah saya. Saya pun nak masuk jugak ni,” Aku berdengus kasar.
Ketika berada di dalam panggung, Jesnita mengambil tempat duduk disebelah
Ishamudin. Aku berdengus kasar. Walaupun cerita yang ditayangkan menarik, tapi,
oleh kerana minah gedik kat sebelah suami aku tu asyik nak ambil kesempatan
pada suami aku. Hilang selera nak menonton. Sepanjang 1 jam 30 minit berada di
dalam panggung itu, aku rasakan setahun lamanya. Tak sanggup nak tunggu lama-lama.
Walaupun Ishamudin tidak melayannya dan asyik menepis tangan perempuan itu,
namun Jesnita buat tidak peduli.
“Awak ni kenapa? Awak tak malu ke buat macam tu. Saya ni dah berkahwin. Ni,
isteri saya. Malulah sikit dengan orang sekeliling kalau awak dah tak malu pada
Tuhan,” Marah betul Ishamudin bila
Jesnita sengaja memeluknya. Aku dah tak sanggup nak pandang wajah mereka berdua
saat itu. Sakit sangat hati aku bila melihat perempuan lain peluk suami aku,
biarpun tanpa kerelaannya.
“Mawar, mari pergi.” Beberapa orang memandang kami dengan riak pelik. Ada
yang berbisik sesama sendiri. Jesnita memandang sekeliling. Semua mata
memandang jijik padanya.
“Mengganggu betul.” Ishamudin berdengus kasar sebelum kami berlalu. Aku
terus mendiamkan diri.
“Awak... saya... saya sakit dada. Sakit hati.” Setelah agak jauh dari
tempat itu, aku luahkan apa yang aku rasa saat itu.
“Nak buat macamana. Dia tu, macam lintah. Geli aku dibuatnya,” Aku tergelak
bila melihat badan Ishamudin menggeliat. Hilang rasa sakit hatiku sebentar
tadi.
“Apasal kau ketawa?”
“Awak tu. Iye ke geli. Entah-entah suka bila ada perempuan peluk.” Dia
besarkan matanya.
“Serius. Aku geli tau. Kalau dengan kau, aku suka. Lebih dari itu pun aku
sudi,” Dengan selamba dia peluk tubuhku.
“Iskkk...Awak ni. Tak malu ke.” Dia buat muka selamba.
“Nak malukan apa. Bukan aku peluk orang lain. Aku peluk isteri sendiri.
Biarlah mereka tu,” Aku geleng kepala.
“Jum, kita pergi makan. Kau nak makan apa?” Aku terdiam. Tapi, mataku sudah
meliar memandang sekeliling. Teringin nak makan Sushi. Aku berhenti melangkah
dan merenung wajah suamiku.
“Kenapa kau buat muka macam tu? Mesti ada yang dia nak ni,” Aku angguk
kepala. Ishamudin berpeluk tubuh menunggu aku memberi cadangan.
“Teringin nak makan Sushi.” Terbeliak matanya. Aku buat muka comel.
“Sushi? Kenyang ke makan Sushi tu? Tak nak makan nasi biasa ke? Nanti
mengadu lapar. Lepas ni kita nak pergi jalan-jalan lagi.” Aku geleng kepala.
“Suka hati. Nanti lapar jangan salahkan aku,” Aku angguk kepala dan terus
menarik tangannya menuju ke Restorent Sushi King. Dia hanya mampu geleng
kepala.
“Sebut tentang makan, memang kau tak pernah nak menolak ye.” Aku tersengih.
Sebaik sahaja sampai di depan restorent tersebut, aku gigit bibir tak puas
hati. Ramai sangat orang beratur menunggu giliran.
“Nak pergi jugak ke? Ramai orang tu.” Aku mengeluh.
“Takpelah. Kita makan kat tempat lain je. Lama sangat nak tunggu giliran.”
Ishamudin tergelak halus. Sukalah. Sebab tak perlu beratur kat situ.
“Kalau kau nak jugak, kita cuba kat tempat lain,” Aku geleng kepala.
“Tak naklah. Kat tempat lain tentu ramai orang jugak. Kita makan kat
mana-mana je,” Ishamudin tersenyum senang lantas memeluk bahuku.
“Kau tak banyak soal ye. Aku suka.” Aku angkat kening. Tak faham maksud
dia.
“Tak banyak soal?” Dia angguk kepala.
“Dan tak suka nak bersusah payah,” Aku kecilkan mataku. Tak nak bersusah
payah?
“Maksud awak, saya ni nak kerja senang je?” Dia tersenyum kecil.
“Bukanlah. Maksud aku, kau ni jenis yang simple je. Ikut keadaan.”
“Mestilah. Daripada membuang masa beratur kat situ, baik saya makan kat
tempat lain. Lagipun, bukan teringin sangat nak makan kat situ,” Dia peluk
bahuku.
“Okey. Lain kali aku belanja kau makan kat situ. Kita tunggu waktu orang
tak ramai. Sekarang nak makan kat mana?”Aku tersenyum lebar. Aku tak kisah pun
nak makan kat mana-mana. Asalkan ada cik abang aku ni.
“Tak kisahlah nak makan kat mana. Awak pilih. Selalu ikut selera saya. Kali
ni, ikut selera awak pulak,”
“Betul?” Aku angguk kepala.
“Okey. Jum. Aku ada tempat best untuk kita makan tengahari ni,” Ishamudin
tarik tanganku dan kami sama-sama berlalu menuju ke tempat letak kereta.
Aku peluk lengan Ishamudin
ketika kami berdua menyeberangi jalan. Pandang kiri kanan sebelum melintas
jalan. Setelah yakin selamat, Ishamudin tarik tanganku dan kami berlari ke
seberang jalan. Sebaik sahaja masuk ke kedai makan tersebut, kami mengambil
tempat duduk yang ada jauh dari kebelakang.
“Order please,” Ishamudin melambai tangan pada pekerja kedai makan
tersebut.
“Saya nak Raja Ayam Bakar 1. Kau nak makan apa?” Aku baca satu persatu menu
tersebut. Raja Ayam Penyet?
“Awak, yang mana satu sedap?” Aku minta pendapatnya. Selama aku duduk kat
bandar ni, ini kali pertama aku makan kat sini. Dia tersenyum.
“Semua pun sedap. Tapi, aku suka makan ayam bakar ni.” Aku terdiam. Nampak
macam sedap je.
“Okey. Ikut sama macam awak jelah. Air saya nak Teh C-Special dan air
mineral 1 botol.”
“Bagi saya air Rebina Sprite.” Aku tersenyum lebar bila Ishamudin memesan
air Rebina Sprite.
“Itu saja?”
“Yups..” Aku memandang sekeliling kedai. Hiasan dindingnya terdapat
gambar-gambar lama. Klasik.
“Ramainya orang makan kat sini. Tentu sedapkan?” Ishamudin angguk kepala.
Matanya melekat diwajahku. Dia dah mula balik. Suka sangat buat aku tersipu
malu.
“Dulu aku dan Diah selalu makan kat sini.” Aku tersentak. Terus wajahnya
menjadi sasaran mataku.
“Iye? Kiranya ini tempat kenangan awak dengan Kak Diah?” Dia angguk kepala.
Iskk...Tak suka betul. Patutlah selama ni dia tak pernah bawak aku pergi makan
kat sini.
“Kat tempat makan macam ni, mana ada simpan kenangan indah. Kat sini orang datang nak makan. Lepas
kenyang terus blah. Aku suka makan kat sini sebab makanannya sedap.” Aku
mencebik. Alasan.
“Habis tu, selama ni, kenapa awak tak pernah bawa saya makan kat sini?” Ishamudin
tersenyum kecil.
“Selama ni, kau yang buat keputusan nak makan kat mana,kan?” Iye ke? Makan kat
Pizza Hut, KFC, Mc’D. Semuanya makanan barat.
“Awak yang bagi greenlight, saya ambil peluang je.” Dia tetap tersenyum. Pada masa yang sama, makanan yang kami pesan
sampai.
“Wah!!! Besarnya ayam ni.” Ada limau. Ulam-ulaman. Macam sedap je sambal
dia. Tapi satu je, takde sup. Selepas membaca doa makan, aku terus merasa
sambal tersebut.
“Pedaslah awak. Awak tak payah makan sambal tu. Nanti sakit perut.” Selamba
aku tarik mangkuk sambalnya. Ishamudin terkejut.
“Ala, aku makan sikit je. Mana sedap kalau tak makan ulam ni dengan
sambal.” Aku geleng kepala.
“Tak sanggup tengok awak sakit.” Dia mengeluh.
“Bagi sikit je.” Ishamudin buat muka comel. Aduiii....siapa yang ajar dia
buat muka macam tu? Kesian pulak tengok dia.
“Okey. Tak boleh banyak sangat.” Dia tersenyum lebar. Kami menikmati makan
tengahari dengan berselera. Memang pedas sambalnya sampai berair mataku.
Ishamudin seperti biasa. Dia tergelak bila melihat aku berkali-kali mengesat
hingus yang mula memenuhi hidungku.
“Tak larat lagi nak habiskan nasi ni.” Setelah ulam-ulaman habis, aku
menolak pingganku ke tengah meja. Pinggan Ishamudin pulak bersih. Yang tinggal
hanya ulam-ulaman. Kemudian, dengan selamba, dia menarik pingganku.
“Tak baik membazir.” Selamba je wajah dia meratah ayam tersebut. Aku pula
dengan selamba minum air yang dia order tadi. Ishamudin bagi jelingan tajam.
Tahu sangat yang aku suka ubah selera. Apa yang dia pesan, selalunya menjadi
makananku. Dia pulak akan menghabiskan apa yang aku order.
“Alhamdulillah. Kenyang sudah.” Ishamudin geleng kepala melihat aku
kekenyangan. Sekejap lagi, Ishamudin ajak pergi jalan-jalan. Seharian kami
habiskan berdua.
***************************
p/s : Selamat membaca semua..
6 catatan:
mane bab 46?
YA LA MANA 46.
best...mne 46..??
Tak paham ape c jesnita tu. Skrg ni nk merampas depan bini pon bole yer
Best... best... best.... cepat lah sambung cik writer...
Nak lg.... nak lg... cepat lah sambung.... Tq
Post a Comment