Followers

Saturday, January 19, 2013

Relaku Pujuk 17





“Kak, saya nak ke tandas sekejap.” Kak Onah angguk kepala.

“Budak ni, baru masuk kerja dah nak pergi tandas.” Kak Sally membebel. Aku tersengih.

“Ala..tadi lupa nak buang sisa buangan dalam perut ni.” Aku tergelak halus.

“Macam-macam budak sorang ni. Sabar jelah.” Kak Mila menyampuk.

“Kak, tolong bawa handphone saya ni ye. Takut nanti terjatuh dalam mangkuk tandas. Bising pulak abang saya. Serik dah. Tak nak jadi macam hari tu.” Mereka semua geleng kepala. 3 minggu lepas, handphone yang abang aku bagi terjatuh dalam mangkuk tandas masa aku buang air kecil. Sampai sakit telinga aku ni kena ceramah free.

“Ala..abang kau tu. Marah sekalipun, tetap jugak dia belikan yang baru.” Aku tersenyum gembira. Abang siapa? Abang akulah.

“Kau nak pergi ke tidak?”

“Okey. Saya pergi dulu.” Aku terus berlari ke tandas bila Kak Onah sudah mengangkat pembaris kayu.

            Aku tersenyum ramah pada operator pengeluaran dari bahagian lain. Jam ditangan aku belek. Baru pukul 7.30 malam. Memang patut pun Kak Sally marahkan aku tadi. Nak buat macamana, perut tiba-tiba buat hal. Ketika aku melalui kawasan yang agak sunyi tidak jauh dari tandas kilang, aku terdengar bunyi dinding di ketuk. Bila aku berhenti seketika, bunyi itu hilang. Tetapi, bila aku melangkah, bunyi itu kedengaran lagi. Tanpa memandang ke kiri dan ke kanan, aku terus berlari ke tandas.

“Alamak!!!! Bunyi apa pulak tu. Adui...macamana aku nak balik ke tempat duduk aku?” Aku gosok pipi. Jari jemariku kesejukan. Itulah satu-satunya jalan untuk kembali ke tempat dudukku. Tempat itu juga agak jauh dari bahagian production.

            Sebaik sahaja keluar dari tandas, aku terus membaca surah-surah pendek sambil mataku terus memandang ke depan. Apabila berada dekat dengan bilik tadi, sekali lagi aku mendengar ketukan dinding tersebut. Tetapi agak perlahan. Takkanlah hantu main ketuk dinding? Orang? Siapa pulak yang takde kerja nak ketuk-ketuk dinding macam tu? Aku terdiam seketika. Ataupun,ada pencuri? Pencuri? Baik aku pergi tengok kat dalam. Pintu bilik tersebut aku tolak perlahan tetapi tidak dapat dibuka. Sekali lagi aku menolak dengan sekuat hati. Sebaik sahaja pintu tersebut terbuka, aku tersenyum lebar.

“Dapat pun.” Apabila pintu tersebut terbuka luas, cahaya dari luar memancar ke dalam.

“Ahhh!!!!!!!” Aku menjerit bila ternampak bayang-bayang manusia sedang membelakangi aku. Aku terus menutup mukaku dengan tangan.

“Jangan tutup pintu tu...arghhhh,” Aku terdengar suara lelaki. Perlahan aku membuka mata.

“Arghhhhh....Mana orang ni,” Aku berpaling dan meraba tombol pintu tadi. Berkali-kali aku cuba menolak pintu tersebut, namun gagal. Aku mendengar suara orang mengeluh.

“Siapa awak? Kenapa pintu ni tak dapat dibuka?” Aku meraba-raba dalam gelap. Keadaan bilik tersebut memang terlalu gelap. Aku berusaha berjalan ke hadapan. Ke tempat lelaki tadi berdiri.

“Aduh!!!”

“Kau tak apa-apa?” Suara ni. Macam kenal je? Takkanlah dia. Aku gigit bibir menahan sakit di kakiku. Aku terlanggar meja rupanya.

“Apa kau buat kat sini?”Suara kasar itu bertanya. Aku terus menghentikan langkah. Cuba mencari arah suara itu.

“Saya dari tandas tadi. Lepas tu, terdengar bunyi orang ketuk dinding. Sebab tu saya ada kat sini. Awak pulak? Bukankah sepatutnya,awak dah balik?”

“Ahhhh..”

“Isk...kau ni. Ini akulah. Oi..hidung aku. Ehhh...budak ni. Kau nak korek mata aku?” Aku gigit bibir. Alamak!!! Kenapalah tangan aku ni gatal sangat. Aku tergelak halus bila mengenangkan wajahnya menjadi mangsa jari jemariku sebentar tadi. Entah bila masa pula, dia sampai kat sebelah.

“Macamana awak tahu saya kat sini?” Soalku pelik. Keadaan gelap macam ni pun dia masih mampu menghampiriku.

“Gunakan otak. Tak macam kau. Terkejut sampai pintu tu terkunci balik.” Sempat pulak nak marahkan aku. Manalah orang tahu pintu tu rosak.

“Macamana kita hendak keluar ni?” Perlahan aku melabuhkan punggung di atas meja. Aku bergerak ke tepi memberi ruang padanya untuk duduk disebelahku.

“Terpaksalah kita tunggu orang cari. Kalau tak jumpa jugak, bermalamlah kat sini,” Ujarnya selamba.

“Bermalam kat sini? Dengan awak?” Soalku tidak percaya.

“Tak. Dengan hantu.”

“Hantu? Ehhh... awak ni. Mulut tu jaga sikit tau. Sekarang ni waktu malam.”Isk... Orang tua ni, dalam keadaan macam ni pun dia sebut perkataan tu.

“Kenapa? Kau takut?” Aku menolak bahunya yang berada dekat denganku.

“Merepek je.” Kami sama-sama mendiamkan diri.

“Mana handphone kau?”

“Hah!!! Handphone?”

“Ye.Handphone. Bagi kat aku.”

“Saya tak bawa handphone pergi tandas. Takut jatuh dalam mangkuk tandas lagi,” Ishamudin mengeluh.

“Mereka tahu tak kau pergi ke mana tadi?” Aku angguk kepala.

“Oi...Pekak ke?” Isk.. dia ni. Eh!! Salah aku juga. Manalah dia nampak kalau aku angguk kepala.

“Tahu. Tapi..kalau mereka tak jumpa kita?”

“Kita tidur kat sini malam ni,” Selamba jawapan yang diberikan. Hendak marah rasanya, baik tak payah. Membazir air liur je, kalau berdebat dengan lelaki kat sebelah aku ni. Lebih baik berdoa semoga mereka di  luar sana jumpa bilik ni.

“Yang kau berani sangat buka pintu ni kenapa? Kau tak takut, kalau jumpa penjahat?” Suara garau Ishamudin menyapa telingaku.

“Entah. Saya memang macam tu. Kalau nampak sesuatu yang mencurigakan, saya tak fikir perkara lain.” Ishamudin terdiam.

“Handphone awak mana?” Aku pula bertanya padanya.

“Tertinggal dalam loker.” Memang sesuai sangat. Kenapalah saat macam ni juga handphone tertinggal.

“Ini bilik apa ye? Takde lampu ke?” Ishamudin mengeluh.

“Stor. Aku tak jumpa suis lampu. Aku rasa ada kat luar tu.” Aku mengeluh berat. Masalah betul. Beberapa kali aku gosok hidung. Tak tahan menghidu bau bahan kimia dalam bilik tersebut.

“Awak, bau apa ni ye? Sakit tekak saya dibuatnya.” Beberapa kali aku terbatuk. Bau bahan kimia tersebut semakin kuat. Kepalaku mula terasa pening.

“Alamak!!!Kau tunggu kat sini.”

“Awak nak pergi ke mana?” Aku tarik lengannya.

“Tadi aku buat ujian untuk sample baru. Nampaknya over heat. Hanguslah coil tu.” Ishamudin menepis tanganku dan terus berlalu. Macamana dia berjalan dalam gelap macam ni.

“Aduh!!!” Ishamudin mengaduh kesakitan. Kenapa pula dengan dia. Janganlah dia cedera.

“Awak... awak tak apa-apa?”

“Aku okey.” Kepalaku semakin berdenyut-denyut. Kenapa ye? Mataku mula terasa pedih. Aku berusaha membuka mataku, namun semakin aku cuba, semakin kepalaku sakit. Aku pejamkan mata lalu rebah di atas meja tersebut.

“Awak....saya...” Aku sudah tidak berdaya untuk berkata-kata.

“Heii..budak. Jangan pengsan. Cakap dengan aku,” Sayup-sayup aku mendengar suara Ishamudin memanggilku.

“Saya tak larat lagi. Kepala saya pening. Mata saya sakit”

“Jangan pengsan dulu. Tunggu aku sampai sana.” Badanku semakin lemah. Tanganku meraba-raba meja tersebut mencari sesuatu untuk menghasilkan bunyi.

“Mawar..” Aku tidak mampu bersuara lagi. Perlahan tanganku mengetuk meja tersebut.

“Teruskan.” Suara Ishamudin semakin hampir. Seketika kemudian, aku terasa tangan Ishamudin menyentuh lenganku. Kemudian Ishamudin membantuku supaya aku dapat duduk.

“Duduk. ” Mulutku ditutup dengan kain tuala. Wangian dari kain tersebut sedikit sebanyak membantuku.

“Tutup mulut dan hidung kau. Aku nak ketuk pintu.”

“Ermmm..” Ishamudin batuk beberapa kali. Mungkin kesan bahan kimia tersebut sudah mula menyerangnya. Sayup-sayup kedengaran bunyi pintu bilik tersebut diketuk. Aku berdoa semoga mereka yang berada diluar mendengar ketukan tersebut. Kepalaku semakin berat dan akhirnya aku kembali rebah.

“Mawar..bangun Mawar..” Perlahan-lahan aku cuba membuka mata bila mendengar namaku dilaung berulang kali. Badanku seperti digoncang oleh seseorang.

“Hati-hati.” Aku masih belum dapat membuka mataku.

“Sham,dapat berjalan tak?” Kepalaku berpusing mencari gerangan pemilik nama itu.

“Mawar..Bangun Mawar.” Hanya seketika mataku terbuka.Wajah pucat Ishamudin menyapa mataku. Disebalik wajahnya yang pucat itu, dia menghadiahkan senyuman buatku. Lega rasanya sebab kami selamat. Kemudian, aku terus tidak sedarkan diri. 

******************************

“Okey tak hari ni?” Aku kerutkan dahi. Wajah lelaki yang tersenyum manis padaku itu menimbulkan kerutkan didahiku.

“Saya kat mana sekarang ni?” Soalku pelik. Mataku meliar memandang sekeliling.

“Awak di hospital. Ingat tak apa yang terjadi semalam?” Aku terdiam. Semalam? Apa ye? Ligat otakku mengingati hal semalam. Tandas. Bilik. Ishamudin? Ye..kami terperangkap dalam bilik tu.

“Errr...Doktor..Ishamudin?”

“Jangan risau. Dia selamat.” Doktor tersebut tersenyum. Aku mengurut dada. Alhamdulillah. Baguslah.

“Mawar. Alhamdulillah. Sedar jugak kau. Susah hati aku tengok kau semalam.” Kak Onah terus memeluk tubuhku.  Aku kesat airmata yang tiba-tiba mengalir.

“Apahal menangis pulak ni?” Aku gosok mataku.

“Mana ada. Mata orang sakit.” Dalihku. Kak Onah tolak dahiku.

“Lain kali, jangan pandai-pandai nak jadi heroin. Kalau jumpa perkara macam tu lagi, bagitahu  orang lain. Jangan pandai-pandai nak buat sendiri.” Marahnya. Aku terdiam.

“Nasib baik Isham masih dapat bertahan dan terus ketuk pintu tu.”

“Dia tak apa-apa?” Soalku inginkan kepastian.

“Masa kami buka pintu tu, dia dah lemah sangat. Bilik tu tempat simpan semua bahan kimia. Lepas tu, oven pulak terlebih suhu sehingga bobbin didalamnya hangus. Nasib baik tak meletup.” Panjang lebar Kak Onah bercerita. Aku bersyukur sangat sebab tiada perkara buruk yang terjadi.
“Petang nanti, kakak kau datang. Semalaman dia temankan kau kat sini.” Aku angguk kepala.

“Akak tak balik ke asrama? Malam nanti kerja,kan?” Kak Onah angguk kepala.

“Aku masuk kerja pukul 11 malam. Aku dah bagitahu Madam. Dia benarkan.”

“Terima kasih Kak Onah.” Aku terus memeluknya. Terlupa pula lelaki yang sedang tersenyum memerhati gelagat kami.

“Itu pun mereka.”

“Mawar. Nasib baik kau selamat.” Aku tersenyum bila pipiku dicium oleh Kak Mila, Kak Kate dan Kak Sally.

“Ramainya orang datang melawat. Sekarang waktu melawat ye?” Wajah doctor tersebut aku pandang. Dia angguk kepala.

“Okeylah. Saya pergi dulu. Nanti jumpa lagi.” Aku angguk kepala.

“Ya Allah.Mawar, kau tahu tak..kelam kabut kami semua bila sedar kau hilang semalam. Ingatkan kau buat kerja amal kat bahagian lain.” Kak Mila mula bercerita.

“Berapa lama kami berdua terperangkap di dalam tu?”

“Mereka jumpa korang berdua dalam pukul 2.30 pagi. Kalau tak silap aku.” Aku angguk kepala. Lama juga. Tapi, rasa macam sekejap je.

“Yang aku hairan sangat. Macamana Isham ada kat bilik tu? Antara kau dan dia, siapa yang masuk dulu?” Kak Kate bertanya sambil tangannya ligat mengemas barang-barangku di dalam almari bersebelah katil.

“Dia yang masuk dulu.”

“Setahu aku Isham dah mula cuti minggu ni. Kenapa dia turun kerja jugak?” Kak Sally pula bertanya.

“Cuti?   Cuti apa kak?”

“La..dia dah mula cuti kahwin. Hari jumaat ni, mereka akad nikah.” Owh!! Macamana boleh terlupa pulak. Kenapa dadaku sakit. Perlahan aku sentuh dadaku. Takkan sakit sebab hidu banyak sangat bau bahan kimia?

“Kau kenapa? Sakit dada?” Aku angguk kepala.

“Ke sakit hati?” Kak Mila tersenyum meleret. Aku kerutkan dahi.

“Nampaknya, panjanglah cuti kau ye.” Kak Onah tepuk pahaku.

“Nak buat macamana kak. Benda nak jadi macam ni.” Perlahan aku bersuara. Esok hari rabu. Khamis pula cuti hari Krismas sampai hari ahad. Memang lama aku bercuti. Tapi, kalau ikut perancangan, esok aku sepatutnya ikut ibuku ke rumah Ishamudin. Ibuku sudah berjanji untuk membantu apa yang patut.

“Sham, dah sihat?” Aku angkat kepala bila mendengar nama lelaki itu.

“Dah okey. Tunggu laporan dari pihak hospital. Kalau takde apa-apa, petang ni keluarlah.” Jawabnya perlahan.

“Macamana kau boleh berada kat dalam tu? Musykil aku.” Kak Onah bertanya terus pada Ishamudin. Aku pun ingin tahu, kenapa dia terperangkap di dalam tu.

“Saya cuti semalam. Tapi, pihak kilang nak sample baru tu hari ni. Sebab tu saya turun kerja semalam. Petang semalam, saya tak tahu siapa yang tutup lampu bilik tu. Bila saya cuba buka pintu, pintu tu pulak terkunci dari luar. Handphone tertinggal dalam loker. Tak sangka pula dia ni suka sangat ambil tahu hal orang. Sebab tu dia terkunci sama di dalam tu.” Aku mencebik. Aku juga yang kena.

“Eh!! Mila, jum balik. Dah lambat ni. Malam nanti nak jadi burung hantu pulak. Okey. Kak Onah, kita orang balik dulu. Sham, kami balik dulu. Mawar, jangan main mata dengan doctor handsome tadi ye.” Aku tarik muncung.

“Tunggu aku. Aku nak sembahyang dulu. Mawar dah okey,kan?” Aku angguk kepala. Seketika kemudian, aku geleng kepala. Kenapa Ishamudin tak beredar. Tak selesalah berdua dengannya.

“Sham, tolong temankan Mawar sekejap.” Ishamudin angguk kepala dan terus menarik kerusi lalu duduk disebelah katilku.

            Kami sama-sama mendiamkan diri. Aku membelek handphone ditanganku tanpa menghiraukan Ishamudin di sebelah. Mataku terpaku pada buah epal yang dibawa oleh Kak Mila tadi. Dengan perlahan aku bergerak ke hujung katil.

“Kau nak pergi mana?” Aku berpaling semula memandang wajah Ishamudin.

“Nak makan buah epal tu.” Ishamudin berdiri dan terus membuka plastic buah epal tersebut. Tanpa mempedulikanku, dia terus mengambil sebiji dan di bawa ke singki untuk dicuci. Kemudian, Ishamudin kembali ke kerusi.

“Ada pisau tak?”Aku geleng kepala. Ishamudin berdiri dan dengan selamba dia membuka almari dan mencari pisau didalamnya.

“Takde pisau. Gigit jelah.” Aku angguk kepala. Ketika aku hendak menggigit epal tersebut, telefon bimbitku berbunyi. Terbeliak mataku bila membaca nama yang tertera di skrin telefon.

“Abang Zam..” Aku pandang wajah Ishamudin yang penuh tanda Tanya. Tentu dia hairan sebab aku tak jawab panggilan tersebut.

“Kenapa tak jawab?” Aku geleng kepala. Ishamudin berdiri dan beredar. Epal yang berada ditanganku diambilnya. Sekali lagi telefonku berbunyi. Aku pandang sekeliling. Ishamudin sedang berbual dengan wanita pertengahan umur dihujung bilik ini.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Kenapa lambat jawab?”

“Errr...emm..ada orang tadi.”

“Ermm.. Mawar dah okey?” Aku angguk kepala.

“Okey ke tidak? Atau dah bisu?” Aku mencebik. Abang aku yang sorang ni. Orang sakit macamni pun dia nak marah.

“Dah okey.” Mataku terpaku pada Ishamudin  yang sedang menghiris buah epal dihujung katilku. Hirisan epal tersebut disusun dengan teratur.

“Berapa kali abang pesan, jangan pandai-pandai nak tunjuk berani. Nasib baik tak terjadi apa-apa. Adik ni,kan, boleh tak jangan sibuk hal orang lain?” Dia dah mula dah. Sabar jelah. Aku jarakan sedikit handphone tersebut dari telingaku. Bimbang pula kalau rosak gegendang telinga aku ni. Tak pasal-pasal aku jadi pekak.

“Adik tu perempuan. Kalau jumpa orang jahat? Siapa yang susah? Aduh..sakit kepala aku dibuatnya. Lain kali fikir dulu sebelum ambil tindakan. Kalau dengar bunyi yang mencurigakan, panggil orang lain. Minta tolong orang lain. Jangan pandai-pandai nak tunjuk lagak.”

“Mana ada. Semalam tu, orang tak sengaja. Lagipun, mana ada penjahat dalam kilang tu.” Mataku menjeling sekilas Ishamudin yang masih berdiri dihadapan katilku.

“Malas aku nak nasihatkan budak tak dengar kata ni. Okeylah. Abang nak masuk kerja ni. Kalau ada apa-apa, call abang segera.”

“Okey. Assalamualaikum.” Call orang setakat nak marahkan orang. Aku tarik muncung. Tak puas hati betul.

“Waalaikumsalam. Jaga diri tu.”

“Ermm...” Aku mengeluh berat. Nasib baik dia membebel sekejap je. Kalau tidak, memang sakit teruk aku dibuatnya. Ishamudin menghulur pinggan berisi hirisan epal kepadaku.

“Awak belum balik?” Ishamudin kerutkan dahi.

“Entah. Takde rasa nak balik pun.” Wajahnya selamba.

“Awak, terima kasih sebab selamatkan saya malam tadi.” Aku patut ucapkan terima kasih padanya. Jika tidak kerananya, tak tahulah apa nasibku.

“Aku yang patut berterima kasih pada kau. Kalau kau tak masuk ke dalam tu, takde siapa yang tahu aku kat situ. Semua orang ingat aku sudah bercuti.” Aku angguk kepala. Betul juga. Kalau aku tak masuk bilik tu, takde siapa yang tahu ada orang kat dalam bilik tu. Mungkin juga nyawa Ishamudin dalam bahaya.

“Sham????” Kami berdua memandang ke arah pemilik suara tersebut.

“Mak...” Aku dan Ishamudin serentak memanggil ibu kami. Aku pandang wajah Ishamudin.

Di hadapan kami berdua, ibuku dan ibu Ishamudin datang menghampiri. Di belakang mereka pula,Isha dan ayahnya. Kakakku dan abang iparku.

“Sham dan Mawar?” Mak cik Yon pandang wajah Ishamudin dengan riak tanda tanya. Ibuku menghampiriku.

“Kamu berdua ni ada apa-apa, ke?” Ibuku merenung tajam wajahku. Aku gigit bibir.

“Mak, mak cik, sebenarnya mereka berdua ni satu tempat kerja. Kebetulan yang terperangkap dalam bilik tu mereka berdua ni.” Kak Rina menerangkan hal sebenar. Aku dan Ishamudin angguk kepala. Isha menghampiriku.

“Macam tu rupanya. Hari tu tak pulak korang berdua cakap yang kamu berdua bekerja di kilang yang sama.” Ibuku geleng kepala.

“Macamana boleh terperangkap ni?”

            Aku ceritakan satu persatu perkara yang berlaku. Mereka mendengar dengan tenang. Sekali sekala Ishamudin menyampuk. Menceritakan bagi pihaknya.

“Bila boleh keluar ni?” Aku geleng kepala.

“Doktor cakap tadi, kalau laporan dia okey, petang ni dah boleh keluar.” Aku kerutkan dahi. Aih!!! Mana pulak mamat ni tahu? Aku pandang wajahnya minta penjelasan.

“Sham pun sama?” Ishamudin angguk kepala.

“Saya jumpa doctor tadi.” Kami semua angguk kepala.

“Kalau macam tu, Yah, kau dan Mawar balik rumah kami jelah.” Mataku terbeliak. Balik rumah mereka?

“Eh!! Tak payahlah. Aku balik rumah anak aku ni, je.” Aku angguk kepala.

“Tapi, kau dah janji nak datang awal,kan? Dah lupa majlis anak aku minggu ni?”

“Ye tak ye jugak. Lupa pulak. Tapi aku tak bawa pakaian lagi.”

“Ala..balik rumah sekejap ambil barang-barang kau tu. Mawar dah start cuti esok,kan?” Aku angguk kepala.

“Kalau macam tu. Okeylah.” Mataku terbeliak mendengar keputusan ibuku. Aku pandang wajah Ishamudin. Dia turut sama memandang kearahku. Wajahnya gelisah semacam. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Mungkin dia bimbang tentang majlis perkahwinannya yang akan berlangsung beberapa hari lagi. Aku mengeluh berat. Aku kena kuatkan azam untuk melupakan lelaki tu. Tetapi, mengapa begitu sukar untuk aku melupakannya? Aku terus mendiamkan diri. Ahli keluargaku bercerita tentang majlis yang akan berlangsung hujung minggu ni. Kalaulah aku sambung belajar dulu, tentu aku tak terserempak dengan Ishamudin. Fikiranku melayang ketika pertama kali aku terlanggar Ishamudin di hadapan tandas. Wajah dinginnya menyapa mataku. Biarpun bersikap dingin, namun dia tetap membantuku berdiri. Selama ini, hubungan kami tidak pernah baik. Ada sahaja yang menjadi punca pergaduhan. Aku mengeluh.

“Mawar, kenapa?” Aku tersentak bila bahuku ditepuk perlahan oleh ibuku. Beberapa saat kemudian aku tersengih.

“Takde apa-apa mak. Mawar tengah fikir, kalau Mawar masih tak sihat, alamatnya kena bermalam di sini lagilah malam ni,” Nasib baik aku sempat cari alasan.

“Tak mengapa. Yang penting kau sihat. Kalau duduk kat sini lama sikit, bagus lagi. Dapat jagaan rapi dari mereka yang pakar,” Aku menoleh sekilas pada Ishamudin. Dia suka aku tinggal kat sini. Maknanya, dia tak mahu aku datang ke majlis perkahwinan dia. Tapi, betul juga. Takkan dia nak jemput aku datang ke majlis perkahwinan mereka. Selama ni, aku yang menjadi punca pergaduhan mereka.

“Cik Mawar dah sihat?” Perbualan kami terhenti seketika bila beberapa orang doctor menghampiri katilku. Aku tersenyum membalas senyum manis doctor tersebut.

“Alhamdulillah.”

“Lain kali jangan jadi heroin lagi ye,” Aku angguk kepala.

“Ada demam tak?” Aku geleng kepala. Doctor tersebut dengan selamba menyentuh dahiku. Sejuk dan lembut tangannya. 

“Ada panas sikit ni. Ubat dah makan?” Aku angguk kepala. Mereka yang lain hanya menjadi pemerhati.

“Doktor, bila anak saya boleh balik?” Ibuku bertanya mewakili kami semua.

“Kami masih tunggu keputusan dari makmal. Dalam pukul 4, baru tahu keputusannya.”

“Owh.. macam tu. Okey. Terima kasih doctor,”  Kalau bermalam di sini pun okey jugak. Tak perlulah aku menghadap muka serius Ishamudin. Dapat tengok muka manis doctor tadi aku dah puas hati. Aku tersenyum senang.

****************************

p/s: Salam, maaf buat semua. semoga kalian masih ingat kat novel ni....hhuhuhuhu...

0 catatan: