Followers

Friday, December 13, 2013

Relaku Pujuk 37



“Sham dan Mawar tak teringin nak buat majlis bersanding di rumah Mawar?” Aku angkat muka memandang wajah ibu mertuaku.

“Mawar tentu nak buat majlis bersanding kat kampung dia jugak,kan?,” Aku terdiam. Memang pun aku ada niat nak buat majlis bersanding tu, tapi, bila difikir balik, rasa macam tak patut pulak. Membazir je.

“Sham dah call mak dan ayah Mawar bincang tentang tu, tapi mereka kata tak perlu membazir,” Aku karutkan dahi. Ishamudin call mak dan ayah aku? Bila?

“Tapi macam tak patut pulak. Kalau tak nak buat majlis bersanding, buat majlis doa selamat je,” Mak mertuaku memberi cadangan.

“Nanti Sham call mak mertua Sham lagi. Mawar nak buat majlis bersanding atau doa selamat je?” Aku tersentak bila ditanya tiba-tiba oleh Ishamudin.

“Ermmm...Buat doa selamat je. Hari tu dah bersanding. Segan pulak nak bersanding lagi,” Aku menjawab sambil tersipu malu. Aku gosok bahuku yang ditolak keras oleh Ishamudin. Dia ni kan, memang suka sangat nak usik aku bila depan mak ayah dia. Sejak sampai semalam, dia asyik nak mengusik aku. Kami berdua bermalam di rumah keluarga Ishamudin sebelum bertolak ke rumah sewa kami. Memandangkan rumahnya paling dekat untuk aku simpan barang-barangku. Sampai Ishamudin kutuk aku sebab banyak sangat kotak. Tak sangka banyak juga harta benda aku sepanjang setahun bekerja. Yang paling banyak adalah novel. 2 kotak. Penuh rak buku Ishamudin kat bilik kami.

“Mana-manalah.” Bapa mertuaku hanya angguk kepala.

“Mak, ayah, saya nak kemas bilik dulu. Tadi belum habis kemas lagi,” Aku berdiri untuk ke bilik. Ishamudin ikut sama.

“Sham pun nak masuk bilik, mak, ayah,” Aku kerutkan dahi. Eh!! Kalau dia masuk bilik, mesti nak mengusik aku.

“Awak duduklah kat sini. Berbual dengan mak dan ayah. Biar saya kemas sendiri,” Matanya terbeliak. Kecut perut aku dibuatnya.

“Aku nak tidur. Badan aku penat.” Aku buat muncung itik dan terus berlalu meninggalkannya yang sedang tersengih penuh makna. Aku rasa dia memang ada simpan niat tak elok. Mesti nak kenakan aku.

            Aku berpaling bila mendengar pintu bilik ditutup perlahan. Wajah Ishamudin saat itu, sukar untuk tafsirkan. Aku kerutkan dahi bila dia menghampiriku. Aku berundur selangkah ke belakang. Dia semakin menghampiri.

“Awak nak buat apa ni?” Aku bertanya gugup. Dia tersengih dan sedia untuk menanggalkan bajunya.

“Err...Awak..saya..saya...err...” Kenapa dengan aku ni. Sejak bila pulak gugup. Dia semakin menghampiriku sehingga menyebabkanku terjatuh di atas katil. Dia tersenyum menang. Aku gigit bibir geram dengan sikapnya. Sekarang aku tak tahu sama ada dia sedang mengusik atau dia..... aku pejamkan mata bila terasa wajahnya semakin hampir ke wajahku.

“Mawarr....” Aku buka mata dan terus menolak tubuh Ishamudin yang sedang menunduk merenungku.

“Erkkk...Sorry bang, Mawar. Sorry sangat-sangat. Takpe..takpe...teruskan,” Aku gigit bibir geram. Isha tergelak. Ishamudin juga tergelak melihat wajahku. Saat ini, aku rasa muka ku kekeringan darah. Malu, marah, geram dan rasa nak pukul seseorang.

“Awakkkk....Malunya...eiii...geram betul dekat awak ni,” Aku pukul badannya dengan bantal peluk. Dia tergelak besar.

“Kau dah sedia?” Dia tergelak lagi. Aku berdengus kasar.

“Merepek je awak ni,” Aku menolak tubuhnya yang masih cuba mendekatiku.

“Kau nak pergi mana tu?” Dia menarik tanganku.

“Nak jumpa Isha,”

“Tak boleh. Kau tolong urutkan badan aku dulu,” Aku berdengus kasar.

“Orang tak pandai urutlah,” Aku membentak. Dia tersenyum.

“Makin comellah bila kau marah.” Aku menjeling tajam wajahnya. Kenapa dia tiba-tiba gatal semacam je aku tengok. Tiba-tiba aku teringat kata-katanya waktu pertama kali kami keluar berdua. Dia kata, kalau dia dah sayang kat aku, dia akan goda aku habis-habisan. Erkkk...takkan lah secepat ini dia suka kat aku.

“Errr...Awak dah suka kat saya?” Aku memberanikan diri bertanya. Dia termenung dan menggaru dagunya. Seketika kemudian dia kerutkan dahi. Aku menanti dengan sabar.

“Pergilah jumpa Isha tu. Apa yang dia nak sangat tu,” Aku mengeluh. Kenapa susah sangat untuk dia mengaku yang dia dah sayangkan aku?mAku pun sama macam dia.

“Okey.” Aku berpaling dan bergerak ke pintu bilik.

“Mawar...” Aku berpaling semula memandang wajahnya.

“Tadi tu, aku nak suruh kau tolong urutkan badan aku. Takpelah. Nanti kau tolong urutkan badan aku. Penat betul angkat barang-barang kau tu,” Aku mencebik dan terus berlalu. Ingatkan apalah tadi.

            Aku jenguk bilik Isha. Dia sedang menonton drama Korea di laptopnya. Aku duduk disebelahnya.

“Erkkk...Mawar. Dah sudah ke? Cepatnya?” Aku kerutkan dahi.

“Apa yang sudah?” Pelik betullah perempuan ni.

“Projek buat baby lah,” Aku pukul badannya dengan bantal.

“Merepek je kau ni. Drama apa tu?” Aku meniarap disebelahnya.

“ Lie To Me.” Aku angguk kepala.

“Kenapa kau cari aku tadi?”

“Takdelah. Aku nak berborak dengan kau je. Rindu pulak kat kau. Apa cerita? Hubungan kau dan Abang Isham. Okey tak?” Aku menelentang.

“Abang kau tu....ermmm...macamana nak cakap ye. Kadangkala okey. Kadangakala tak okey,” Aku angguk kepala sambil mata terus merenung siling bilik Isha.

“Tak okey?”

“Yelah. Suka sangat usik aku. Tapi, aku suka jugak kalau dia usik aku selalu. Rasa macam hubungan kami makin rapat,” Aku tersenyum meleret.

“Wah!!! Ada perkembangan. Kau rasa, ada harapan tak aku dapat anak saudara dalam tahun ni???” Erkkk...Isha ni.

“Kau jangan nak buat lawak pulak.” Aku tayang riak tak puas hati. Isha tersengih.

“Ala..cepat-cepatlah dapat baby. Rindu tau nak pegang dan cium baby,” Isha merengek sambil menolak lenganku.

“Ishhh...Kau ni. Aku belum bersedia lagilah,”

“Tapi tadi aku nampak kau dan Abang Isham sedang ehem..ehem..kan?”

“Kau salah faham tu. Tadi tu, dia nak aku urutkan badan dia,” Lurus je aku jawab. Isha mencebik.

“Yelah tu.” Kami berbual panjang sehingga terlupa pada si dia yang sedang menungguku.

Tuk...tuk...

Kami berdua berpaling ke pintu bilik. Wajah Ishamudin terjengul di pintu.

“Tak nak tidur lagi? Dah lewat ni,” Aku mencebik lagi. Lewat apanya. Masih awal lagilah.

“Dah..pergi balik. Abang, Mawar cakap, hujung tahun ni, dia bagi Isha baby,” Terbeliak mataku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Isha. Ishamudin pula tersenyum lebar. Aku turun dari katil dan sempat memukul punggung Isha.

“InsyaAllah dik. Doakan je,” Aku gigit bibir merenung tajam wajah selamba suamiku.

“Yelah. Jangan lupa kunci pintu bilik tu. Nanti terganggu pulak,” Aku mengeluh kasar. Adik dan abang sama je perangai. Kuat mengusik. Ehh...aku pun sama macam mereka berdua. Aku melangkah perlahan menghampiri Ishamudin.

“Awak, tak larat nak berjalan, tolong bawak,” Aku mendepakan tangan minta didukung. Ishamudin tergelak halus. Lantas tubuhku dicampung dan dibawa ke bilik kami.

“Manja...” Sempat jugak Isha mengutukku. Aku menjelir lidahnya. Nasib baik mak dan bapak mertuaku sudah masuk ke bilik. Kalau tidak, tersenyum lebar mereka bila melihat menantu mereka yang terlebih manja ni.



***************************



“Kita akan tinggal kat sini?” Aku bertanya sambil mataku meliar memandang sekitar rumah tersebut.

“Ye. Kenapa? Tak suka?”

“Bukan tak suka. Ini bukan rumah, ini bilik je,” Ishamudin tersenyum kecil.

“Yelah. Kalau kau tak cakap tadi, tentu aku tak perasan ini rupanya bilik tidur.” Aku pandang wajah selamba itu. Kemudian dia menarik tanganku ke ruang tengah.

“Memanglah ini bilik. Sebenarnya ini rumah kampung, oleh kerana dekat dengan kawasan perindustrian, jadi, mereka ubah dan dijadikan rumah sewa kepada pekerja-pekerja kilang kat kawasan ni. Maklumlah, bukannya besar mana pun gaji orang macam kita ni,” Terangnya padaku. Aku angguk kepala. Memang pun gaji kami kecil je kalau nak dibandingkan dengan kaki tangan awam. Tapi, tak tahulah kat kilang lain. Tetapi, kalau rajin buat kerja lebih, gaji boleh tahan jugak.

“Berapa orang yang menyewa kat sini? Awak kenal mereka? Mereka tu baik ke tidak?” Aku menjenguk keluar rumah.

Pappp...

Aku sentuh kepalaku yang dipukul perlahan oleh Ishamudin sebentar tadi.

“Ehh!! Apahal pukul kepala orang ni?” Dia ni asyik pukul kepala aku je.

“Sebab suka sangat nak sibuk hal orang lain.” Aku tersengih. Sebenarnya, aku terdengar suara perempuan menjerit tadi. Lepas tu terdengar pulak bunyi sesuatu benda jatuh.

“Saya rasa ada orang bergaduhlah,” Aku berbisik.

“Sibuk je. Dah, temankan aku kemas barang-barang ni. Petang nanti kita pergi beli barang dapur pulak.” Aku akur dan berjalan perlahan ke tepi tingkap.

Walaupun ianya hanya sebuah bilik, namun ruangnya agak besar dan dapat memuatkan 2 buah katil king saiz. Cukuplah untuk kami berdua.

“Tingkap ni dibiarkan macam tu je?” Aku tunding jari ke arah tingkap yang tertutup rapat itu.

“Taklah. Nanti nak beli besi lagi. Takpe, kita tengok dulu apa yang patut dibeli. Apa yang pasti, utamakan keselamatan dulu.” Ishamudin berdiri ditengah-tengah bilik.

“Kat tingkap tu, boleh letak dapur. Supaya udara dapat mengalir bebas masa memasak.”

“Err...Bilik mandi kat mana?” Aku meliar mencari bilik mandi.

“Kat luarlah.”

“Hah??? Kat luar? Macamana saya nak mandi?” Aku bercekak pinggang. Riak risau terpancar di wajah suamiku.

“Ehhh!!! Ini dia pintu ke bilik air. Dapur pun ada jugak kat sini? Singki pun ada.” Aku menjenguk keluar melalui celah ketiaknya. Memang terdapat ruang kecil di belakang bilik tersebut.

“Kenapa kecil sangat ni? Lagi satu, kat atas tu terbuka luas la. Nanti kalau saya mandi, ada orang skodeng saya, hah...siapa yang susah?” Ishamudin angguk kepala dan tersenyum. Aku tersentak bila tangannya berada di atas bahuku.

“Aku juga yang rugi.” Ucapnya perlahan. Aku pukul perutnya.

“Orang cakap betul-betul. Dia main-main pulak. Hari tu awak tak check dulu dalam rumah ni?” Aku tak puas hati dengan keadaan dalam bilik tersebut. Rasa tak selamat.

“Mana sempat lagi. Hari tu kita datang lambat, lepas tu nak kena hantar kau balik ke asrama lagi.” Aku angguk kepala. Aku pandang sekeliling. Kenapa aku rasa tak sedap hati. Rasa macam ada orang sedang perhatikan kami.

Setelah mencuci bilik tersebut dan memastikannya bersih, kami berdua keluar untuk membeli peralatan dapur.

“Awak, saya rasa tak sedap hatilah.” Aku mendekatinya. Dia hanya memandang wajahku dengan kerutan di dahi. Ketika itu kami berada di dalam pasaraya.

“Kenapa?” Soalnya sambil membelek satu persatu sudu ditangannya.

“Rumah sewa tu rasa tak selamatlah. Rasa macam ada orang tengok je.” Aku menyuarakan apa yang aku rasa sewaktu kami berdua berada di dalam bilik tersebut. Seakan-akan segala perbuatan kami menjadi perhatian orang. Tapi, aku pelik juga, bila aku perhatikan tak nampak pula apa yang mencurigakan.

“Kenapa pulak kau cakap macam tu?” Aku tak tahu bagaimana hendak menerangkan padanya.

“Saya tak tahu nak cakap macamana. Tapi, saya rasa tak selamatlah.” Ishamudin berpaling ke arah ku. Matanya merenung  jauh ke dalam mataku. Aku gigit bibir. Betul, aku rasa tak selamat bila berada di dalam bilik itu.

“Okey. Kita cuba untuk bulan ni je. Kalau ada apa-apa yang pelik terjadi, kita pindah.” Aku angguk kepala.

“Jadi, rasanya tak perlulah beli benda ni semua. Nanti, kena pindah lagi, banyak pulak barang yang hendak di bawa.” Aku angguk kepala. Tapi, sebulan. Lamanya. Aku tetap rasa tak sedap hati. Kami berdua beredar setelah tidak jadi membeli barang dapur.

“Kita makan kat luar jelah malam ni.” Aku ikut je. Sejak aku berkahwin dengan dia, jika kami keluar bersama, semua perbelanjaan dia yang tanggung. Aku kan isteri dia, jadi aku tanggungjawab dia sekarang. Huhuhu...tanggungjawab aku pada dia???? Maaf awak, doakan hatiku terbuka untuk menjalankan tanggungjawabku padanya dengan rela hati.

            Selepas mandi, kami berdua duduk santai di tengah bilik. Ishamudin pandang wajahku. Kemudian matanya beralih pula ke tubuhku. Aku terus berpeluk tubuh bila mata Ishamudin seperti menembusi baju yang aku pakai.

“Kau tak rasa rimas?” Aku geleng kepala.

“Kenapa?” Tiba-tiba tanya soalan macam tu.

“Tak panas pakai baju tidur macam tu?” Aku geleng kepala lagi.

“Awak nak saya pakai baju tidur yang seksi-seksi tu? Huh!!! Tak naklah saya. Tak selesa,” Dia angguk kepala. Mataku terbeliak. Dia tersengih.

“Gurau jelah. Aku pun tak kisah kau pakai baju apa pun,” Barulah wajahku tenang. Susah juga kalau dia paksa aku pakai baju yang seksi lagi menyeksakan itu. Tak dapat aku nak bayangkan, kalau tidur guna gaun. Memang cari masalah. Sudahlah aku ni jenis yang lasak ketika tidur.

“Nampaknya terpaksalah kita tidur berkongsi tilam dan bantal,” Aku muncung mulut.

“Tadi orang suruh beli bantal 2, tak nak dengar,” Aku peluk bantal tersebut. Dia hanya memandang sepi kearahku.

“Takpe. Jadikan lengan aku ni sebagai bantal kau.” Aku mencebik.

“Tak best. Kurus sangat,” Dia membeliakkan matanya. Aku tersengih.

“Awak tak takut, nanti kena karate?” Usikku. Dia kerutkan dahi.

“Aku karate kau jugak,” Aku tergelak. Tengok. Sekarang dia dah pandai bergurau.

“Takdelah. Sejak akhir-akhir ni, cara kau tidur semakin ayu,” Dia tergelak. Aku mencebik.

“Asyik nak mengata orang je,” Aku pukul dia dengan bantal.

“Gurau sikit pun tak boleh,” Bentaknya. Giliran aku pulak tersengih. Dia bergurau? Tak sangka dia pandai bergurau.

            Selepas menunaikan sembahyang Isyak, kami berdua berbual-bual kosong. Setelah hampir tengah malam, kami berdua bersedia untuk tidur.

“Errr...Awak. Saya takut.” Aku merapatkan diri padanya. Malam pertama kami berdua tidur di bilik tersebut. Ishamudin berpaling memandangku.

“Mari,” Aku terus menghimpitnya dan tidur berbantalkan lengannya. Kami berdua melelapkan mata setelah yakin tiada apa-apa yang berlaku.



            ********************

           

Pagi sabtu yang tenang itu, Ishamudin mengajakku keluar untuk berjoging disekitar kawasan tersebut. Sebaik sahaja balik dari berjoging, kami ditegur oleh seseorang.

“Kamu berdua ni penyewa baru tu ye?” Kami berdua angguk kepala. Lelaki awal 40-an itu bertanya ramah.

“Saya menyewa kat bilik sebelah tu. Kalau ada apa-apa, jangan malu dan segan, datang je,” Kami berdua angguk kepala.

“Lupa pulak, saya Amran. Panggil Abang Am jelah.” Dia menghulur tangan pada Ishamudin. Ishamudin menyambutnya.

“Ishamudin. Panggil Isham. Ini isteri saya, Mawar,” Aku angguk kepala bila lelaki itu menghulur tangan. Pak cik ni, takkan nak bersalam dengan aku pulak.

“Owh!! Maaf.” Dia tersipu malu. Aku tayang riak tak puas hati. Lelaki ni, mata dia nak kena cungkil agaknya.

“Maaflah Bang Am. Kami masuk dulu. ” Ishamudin memeluk pinggangku dan kami meminta diri untuk masuk ke bilik. Lelaki itu hanya tersenyum dan mengangguk kepala.

“Macam tak pernah nampak perempuan,” Aku menjeling sekilas wajah tak puas hati Ishamudin.

“Awak cemburu ye?” Usikku. Dia berdengus kasar. Beberapa saat kemudian,Ishamudin tersengih. Aku kerutkan dahi. Ishamudin tarik tanganku.

“Jum mandi,” Terkejut beruk aku dibuatnya. Takkan nak mandi bersama? Walaupun, hakikatnya aku tak kisah pun mandi bersama dengannya. Bukan orang lain. Dah jadi suami aku pun. Aku sedang cuba belajar untuk menerimanya.

“Awak nak mandi bersama saya?” Soalku inginkan kepastian.

“Kau tak kisah?” Aku terdiam sejenak.

“Ermmm..Tapi saya tak biasa lagi,” Dia tersenyum kecil.

“So, kena biasakan. Marilah. Nanti lambat pulak.” Aku angguk kepala dan mencapai kain tuala dan juga kain batik basahan yang aku bawa dari asrama. Dia tersenyum bila melihat aku tayang riak tak puas hati. Yelah. Bilik mandi ni, memang tak selamatlah. Tetapi setakat seminggu ni, tiada apa-apa yang berlaku. Aku bersyukur sangat semuanya selamat. Minggu depan aku bekerja shiff  malam. Maknanya, aku kena tinggal seorang diri di rumah sementara Ishamudin pula bekerja. Tentu bosan bila tinggal seorang diri. Aku pandang sekeliling bilik mandi tersebut.

“Awak, okey ke? Ada tak orang skodeng saya mandi?” Aku bertanya sambil buat muka comel. Dia tolak dahiku dengan hujung jarinya. Setiap hari aku bertanya soalan yang sama.

“Cepatlah mandi tu. Aku tunggu kat luar,” Aku kerutkan dahi. Tadi kata nak mandi bersama dengan aku. Dia tak sudi mandi dengan aku ke? Huhuhuhu....kesiannya aku.

“Ni apahal buat muka sedih?”

“Awak tu. Tadi ajak kita mandi sama, lepas tu nak tunggu kat luar pulak,” Aku merungut. Dia tersenyum.

“Kau nak mandi dengan aku?” Soalnya nakal. Aku buat muncung itik.

“Takpelah. Sekarang, kau mandi dulu. Aku berjaga kat luar ni. Mana tahu ada orang nak skodeng isteri aku. Dapat jugak aku bagi sebiji kat dia,” Aku tersenyum lebar. Setiap hari dia menjadi pengawal peribadi untuk isterinya ini. Mawar...Mawar... Perangai macam budak-budak tak cukup umur. Akhirnya aku mandi dengan aman. Setelah siap mandi aku terus keluar dari bilik air.

“Giliran awak. Terima kasih,” Dia angguk kepala.

            Ishamudin memang pandai memasak. Sarapan pagi yang tersedia membuatkan perutku berbunyi. Ishamudin geleng kepala bila melihat aku duduk bersila di atas lantai.

“Cantik baju kau,” Tegurnya sebaik sahaja dia duduk dihadapanku.

“Cantikkan? Angry bird,” Aku berkata bangga. Dia geleng kepala.

“Setiap masa pakai baju Angry Bird. Baju tidur Angry Bird, baju jalan-jalan pun Angry Bird. Baju harian pun Angry Bird. Kau takde baju lain?” Aku hanya tersengih. Ishamudin geleng kepala.

“Petang nanti kita balik kampung. Tak best bermalam di rumah ni.” Aku ikut ke mana sahaja dia membawaku.


*******************************
p/s : terima kasih semua. sebab masih setia menjenguk blog ni...maaf sekali lagi, kalau saya tak reply komen korang semua... yang pasti saya baca semua tu.. cuma nak membalas ada susah sikit sebab line internet kat rumah teruk sangat. kalau kat pejabat, busy memanjang... 

6 catatan:

ada said...

Best..

MaY_LiN said...

mesti pakcik tu skodeng

Anonymous said...

Besh sgt2...nak lagiiii...hihi

Unknown said...

terima kasih semua..sedang berusaha untuk selalu mengupdate.. hehehee... seminggu sekali je...

Anonymous said...

Huhuhu...dh xsbr tgu n3 br..

Anonymous said...

Huwaaaa...bl nk smbg?da rindu ngn mawar n sham...