Followers

Wednesday, November 13, 2013

Relaku Pujuk 34



Wargghhhh...sedapnya tidur. Aku duduk di atas katil sambil menggosok mata yang masih mengantuk. Pukul berapa aku tidur semalam ye? Kepala ni tiba-tiba pulak terasa gatal. Kalau sambung tidur ni, mesti best. Aku tersenyum manis dan terus menyambung tidur semula. Tidurku diganggu oleh perut yang tiba-tiba berbunyi minta diisi. Kenapalah masa ni jugak kau lapar. Cacing perliharaan aku ni tak kira masa nak melantak. Sekarang ni, masa untuk tidur. Bukan untuk makan. Semakin aku cuba bertahan, semakin kuat pulak dia bergendang. Akhirnya dengan malas, aku turun dari katil dan terus menuju ke pintu bilik. Baru pukul 4.30 pagi. Aku tutup mulut beberapa kali bila asyik menguap je. Kalau tak ditutup kelak, Cik Tan(syaitan) sempat pulak berkawad masuk dalam mulut aku ni. Gelap je dalam rumah ni. Aku terus berjalan menuju ke dapur. Peti sejuk aku buka, jenguk kat dalam, ada tak yang dapat aku makan? Aku muncung mulut. Tidak ada satu pun yang menyelerakan. Aku buka kabinet dapur. Sebaik sahaja terpandang meggi kari, aku terus tersenyum lebar. Perutku semakin galak berkeroncong.
“Sabar. Kejap lagi aku makanlah.” Aku terus memanaskan kuali dan letak air untuk memasak meggi. Sambil menunggu meggi aku masak, aku berjalan ke ruang tamu. Ingat nak menonton televisyen. Sebaik sahaja aku duduk di kerusi, aku menjerit kuat.
“Ehhhh...siapa ni? Kakak...abang..pencuri. tolong...pencuri..” Aku terus berlari ke pintu bilik tidur kakakku. Dalam kelam kabut itu, aku sempat mendengar suara memanggilku. Tapi oleh kerana takut yang amat sangat, aku terus mengetuk pintu bilik Kak Rina. Beberapa minit kemudian, terjenggul wajah Kak Rina yang jelas sekali terkejut. Begitu juga Abang Syah.
“Kenapa ni Mawar? ”
“Kak, pencuri.. kat sana tu,” Aku berpaling ke ruang tamu. Terlihat sesusuk tubuh lelaki sedang berdiri. Apabila lampu rumah dipasang oleh Abang Syah, aku gigit bibir bila melihat orang yang aku sangka pencuri tadi. Wajahnya masam mencuka.
“La...Sham rupanya? Err...Macamana Sham masuk?” Kak Rina garu kepala. Abang Syah dah geleng kepala. Aku? Aku dah berlari ke dapur bila teringat kuali yang aku panaskan tadi. Aku cuba pasang telinga mendengar penjelasan Ishamudin.
“Malam tadi. Lepas keluar dengan Mawar terus ikut dia balik sini.” Ishamudin menjawab perlahan. Jangan hairan, perangai suami aku tu, kalau depan keluarga aku, dia nampak baik sangat. Ramah, suka bergurau, kalau dengan aku? Huhh!!! Malas nak cerita.
“Owh!! Begitu. Mawar ni pun satu. Semalam cakap keluar dengan kawan. Tak pulak dia cakap keluar dengan laki dia. Budak bertuah ni. Dah tu, yang kamu tidur kat ruang tamu tu kenapa?” Aku melihat dari ekor mata. Ishamudin garu kepala.
“Kenapa? Mawar tak kasi kamu tidur dalam bilik tu?” Aku berpaling. Ishamudin angguk kepala. Dia ni, memang nak kena ketuk dengan senduk agaknya.
“Mawar...Mawar...dah, kalau nak tidur, pergi masuk bilik tu. Sham, jangan dilayan sangat budak tu. Bukannya betul sangat otak dia tu. Tengok tu. Orang makan 3 kali sehari, dia pulak berkali-kali. Tak kira masa pulak tu.”
Ishamudin tersengih macam kerang busuk. Suka kena backup oleh Kak Rina. Aku mencebik bibir. Ishamudin terus masuk ke bilik aku. Mungkin matanya masih mengantuk barangkali. Aku pula, setelah siap memasak maggi, aku terus bawa ke ruang tamu. Sambil makan maggi, aku layan movie kat Astro. Bila tidak ada cerita best, pasang radio pulak. Bila aku pandang jam dinding, dah pukul 5.30 pagi. Baik aku solat Subuh dulu. Selepas ambil wuduk, aku masuk ke bilik tidur. Ishamudin sedang enak tidur siap peluk bantal kesayangan aku. Bukan bantal busuk tau. Aku takde bantal busuk. Bantal wangi ada. Tu yang orang tua tu pakai. Tua sangat ke laki aku ni? Tualah kot. Umur dia kalau tak silap aku 26 macam tu. Aku baru je 20 tahun. Memang sesuailah.
Selepas menunaikan sembahyang Subuh, aku tak tahu macamana  nak kejutkan dia ni. Kalau aku ketuk kepala dia boleh tak? Tak pun aku tarik kaki dia sampai dia jatuh dari katil. Kejam tak aku ni. Sedang leka berfikir macamana nak kejutkan dia, aku tersentak bila pintu bilik ditutup. Bila aku pandang ke katil, Ishamudin sudah tiada di atas katil. Aku garu kepala. Bila masa pulak dia keluar. Kenapa aku tak perasan? Macamana nak perasan kalau tadi aku sedang berangan? Aku geleng kepala dan tersenyum lebar.
Katil sudah memanggil. Aku terus melompat di atas  katil. Giliran aku pulak tidur kat sini. Sebenarnya katil aku ni masih belum ditukar. Masih katil bujang. Jadi, ianya cukup untuk seorang je. Bila pintu bilik dibuka, aku terus menyelimut tubuh. Pura-pura tidur. Aku perhatikan Ishamudin sedang khusyuk sembahyang, timbul rasa hormat pada dia. Kenapalah aku tak kejutkan dia tadi. Boleh juga sembahyang berjemaah. Mana tahu dapat ciuman percuma kat dahi macam minggu-minggu yang sudah tu. Sungguh tak sangka aku berkahwin dengannya. Selama ini kami asyik bertengkar. Macam anjing dengan kucing. Kalau berjumpa, pasti ada pertengkaran yang berlaku. Terasa seperti cerita di dalam novel. Kahwin paksa. Tapi, aku rela berkahwin dengannya. Mungkin disebelah pihak dia, dia merasa terpaksa sebab perkahwinannya dengan Kak Diah dibatalkan. Sampai sekarang aku tak tahu mengapa perkahwinan mereka dibatalkan.
          Sedang leka termenung, aku terasa seperti ada seseorang sedang berbaring di sebelahku. Spontan aku duduk dan berpaling memandang ke sebelah kanan.
“Awak nak buat apa ni?” Wajah dia selamba je. Terus dia pejamkan mata tanpa menghiraukan soalan bodoh aku tadi. Aku tak nak mengalah. Dalam keadaan tegang itu, aku terasa pinggangku dipeluk erat. Lagipun selama kami berada di Sabah dan juga semasa kami pulang ke kampungnya dua minggu lepas, kami memang tidur satu katil. Takde pulak terjadi apa-apa. Aku membiarkan sahaja. Rindu sudah datang.
“Kenapa tak kejutkan aku tadi? Boleh kita sembahyang sama-sama,” Aku mendiamkan diri.
“Lupa,” Ringkas je jawapanku.
“Arghhhh..” Aku menjerit kuat bila merasa sejuk dileherku. Ishamudin ketawa besar.
“Awak....iskkk...geramnya aku,”
Aku terus melompat ke bawah dan berlalu keluar dari bilik yang semakin terasa panas. Pintu bilik aku hempas dengan kuat. Aku sentuh leherku. Berdiri bulu roma bila teringat bibirnya mendarat dileherku. Aku berasa geli-geleman pulak. Satu perangai Ishamudin yang aku sedari sejak di Sabah hari tu, dia suka sentuh leherku. Agaknya dia tahu, kat situ tempat yang paling sensitif kot. Suka sangat nak usik aku. Tiba-tiba perangai berubah. Memang susah hendak dijangka perangai suami aku ni.
“Kenapa ni Mawar? Bergaduh lagi?” Aku pandang sekilas wajah tidak puas hati Kak Rina dan terus berlalu tanpa menghiraukan kakakku itu.
“Tengok cerita karton lagi baik,” Aku bersuara perlahan sambil jariku pantas menekan remote control. Pagi-pagi macam ni memang best kalau layan cerita karton.
****************
“Mawar, kejutkan suami kau. Minum sama-sama,” Suara Kak Rina menjerit dari dapur mengganggu tumpuanku. Tengah layan cerita best ni, Kak Rina memang tak boleh tengok orang senang. Tak sangka dari niat nak tengok cerita karton, aku tertengok cerita yang best kat Astro 413 ni. Layan jelah. Cerita hantu, tapi, takdelah menyeramkan sangat.
“Kalau dia lapar, tahulah dia keluar cari makanan, kak.” Aku menjawab selamba.
“Budak ni. Baik kau pergi kejutkan dia sebelum aku balun kau dengan senduk ni,” Aku terus berdiri tegak bila dengar perkataan senduk.
Dalam kepala dah ternampak ular tedung senduk. Takutnya aku. Aku terus berlari kebilikku. Ketika aku  sedang berkira-kira hendak mengejutkan cik abang aku ni, dia terlebih dahulu terjaga.
“Errr...Awak dah bangun?” Aku bertanya gugup.
“Subuh tadi aku dah bangun.” Jawabnya selamba. Eleh.....orang pun bangun masa subuh tadi.  Yang awak duduk dalam bilik ni kenapa? Orang nak sambung tidur pun tak dapat. Aku gigit bibir tanda geram. Bila ternampak dia tersengih, pantas tanganku mencapai kain tuala dan membalut leherku. Bimbang perkara tadi berulang lagi. Ishamudin tergelak halus. Tentu dia lucu bila tengok aku gelebah semacam je. Nak buat macamana. Aku tak biasa lagi.
“Pinggang kau dah okey?” Hah!!! Dia tanya aku? Aku sentuh pinggangku. Baru aku teringat kejadian semalam. Timbul rasa marah bila mengingatkan dia menolak aku sehingga jatuh semalam. Ehhh...kenapa tak sakit lagi. Aku tekan-tekan bahagian pinggangku. Rasa okey je. Dah tak sakit lagi.
“Dah okey. Macamana boleh okey? Semalam sakit sangat.” Aku lihat dia tersenyum simpul.
“Jadi kau tak ingat hal semalam?” Aku kerutkan kening.
Kejadian semalam? Apa ye? Rasanya, selepas penat berjalan semalam, aku terus tidur. Sakit di pinggang dan mata pula mengantuk, jadi aku tak dapat nak ingat kejadian semalam. Perlahan aku angkat muka merenung wajah Ishamudin yang tersenyum penuh rahsia. Apakah dia.....? Aku peluk tubuh dan menjarakan diri darinya. Ishamudin semakin menghampiriku. Aku berusaha menjauhkan diri darinya sehingga akhirnya jatuh di atas katil. Memang dia sengaja nak aku terbaring di atas katil tu. Aku nampak dengan jelas dia tersenyum puas. Degupan jantung semakin tidak menentu bila Ishamudin sudah mula naik di atas katil. Aku gigit bibir sambil mataku memerhati segala tindak tanduknya.
“Cantik pinggang kau. Tergoda aku dibuatnya.” Bisiknya lembut ditelingaku. Aku rasakan jantungku berhenti berdegup. Jarak yang begitu hampir itu membuatkan aku hampir tidak dapat bernafas. Oksigen. Mana oksigen ni. Tolong. Sesak nafas. Perlahan dia berbaring mengiring disebelahku.
“Kau tak ingat, semalam merupakan malam pertama kita,” Wajahnya didekatkan kewajahku. Mataku terbuka luas. Malam pertama kita? Suara Ishamudin yang perlahan itu menyebabkan bulu roma ku berdiri. Aku pandang wajahnya yang sedang tersenyum menggoda. Biar betul. Tapi, kenapa, masa bangun tadi, pakaian aku biasa je. Masih sama macam semalam. Melihat wajah miang Ishamudin, aku jadi sangsi.
“Awakkk.....Awak..apa awak dah buat kat saya semalam?” Aku bertanya gugup. Dia tergelak. Ketawanya jelas sekali tersembunyi niat jahat. Tangannya pula asyik sekali bermain dengan rambutku. Perlahan dia menarik rambutku dan menciumnya.
“Errmm...Wanginya rambut kau. Semalam kita dah jadi suami isteri dalam erti kata yang sebenar. Betul kau tak ingat?” Bibirnya menguntum senyum yang sanggat menawan.
            Aku mula terasa kelopak mataku hangat. Apakah, aku dan dia sudah... ahhh....kenapa harus terjadi perkara itu. Aku tak cintakan dia. Tapi, betulkah aku tak cinta padanya? Aku mendongak membalas renungannya. Dia terkejut. Aku gigit bibir menahan tangis. Akhirnya aku tutup muka dengan kedua-dua tanganku.
“Errr..Kenapa kau menangis?” Soalnya pelik. Aku gigit bibir menahan suara dari keluar. Bimbang Kak Rina akan mendengar esak tangisku.
“Mawar...kenapa ni?” Aku berpaling ke arah lain. Aku sedih sangat. Mengapa? Aku tidak tahu.
“Heiii...kenapa ni?” Sekali lagi dia bertanya dan duduk berlutut disebelahku. Aku terus menyembunyikan wajah ku. Kali ini, aku tutup mukaku menggunakan bantal kecil pula. Aku malu padanya.
“Mawar..okey...okey. Aku minta maaf. Semalam takde apa-apa yang terjadi antara kita.” Aku tersentak lantas memandang wajahnya.
“Apa maksud awak?” Aku bertanya dalam suara yang tertahan. Dia tersenyum kecil.
“Aku tolong urut je. Aku tak buat lebih-lebih,” Aku gigit bibir sambil menjeling tajam wajahnya yang pucat itu.
“Betul?” Soal ku inginkan kepastian. Dia angguk kepala.
“Kalau terjadi pun, bukan berdosa. Kita dah kahwin,” Dia bersuara selamba setelah melihat aku sudah berhenti menangis. Aku berdiri tegak dan mencapai bantal lalu memukul badannya menggunakan bantal tersebut. Dia berusaha mengelak dan tergelak ceria.
“Padan muka. Suka sangat usik saya,” Aku memarahinya. Dia hanya tersenyum dan terus keluar dari bilik tidur. Aku pula mengeluh lega. Tapi, apa yang dia cakap memang betul, kalau terjadi pun, bukannya kami buat dosa. Aku dan dia suami isteri yang sah. Malangnya, aku masih belum dapat menerima dia sebagai suami. Berdosakah aku?
*************************
“Mawar..” Aku angkat muka.
“Ye?” Wajah Kak Rina mencuka. Ditangannya terdapat mangkuk dan juga sapu tangan.
“Nah!! Ambil ni. Tu, suami kau tu, apasal lebam sana lebam sini. Kalau ye pun, kau benci kat dia, janganlah belasah dia ikut sedap hati kau je. Berdosa tau tak.” Aku telan liur. Apa kes???
“Mawar belasah dia? Bila masa pulak ni?” Aku tayang muka tak puas hati. Ni mesti suami aku yang pandai reka cerita untuk menagih simpati kakak aku.
“Tengok je dah tahu. Dah, tak payah nak buat drama kat sini. Kau bawak ni, tuam kat lebam dia tu. Ada suami, tak dilayan, tak dijaga dengan elok-elok. Esok-esok, kena tinggal baru nak menangis terlalak terlolong.” Kak Rina dah mula membebel. Baik aku blah.
“Kak, bukan terpekik terlolong ke?” Aku sempat bertanya setelah beberapa langkah menjauhi kakakku. Bimbang pula, kalau aku yang dapat lebam sebiji kat muka. Kakak aku kalau marah, tangan dia cepat je sampai.
“Sama je. Kalau kau nak terpekik kat sini, lawan lagi cakap aku. Aku bagi kau dua biji. Lagi teruk dari Sham punya.” Aku terus geleng kepala dan berlalu menghampiri Ishamudin yang sedang bersandar di sofa. Tanpa amaran sapu tangan yang berisi ais itu mendarat di dahi Ishamudin. Hampir melompat dia dibuatnya. Aku tergelak dan terus menekan tanpa menghiraukan Ishamudin yang menjerit kesakitan. Aku tergelak lagi.
“Macam budak-budak.” Kutukku. Dia menjeling tajam.
“Ini ke tanda terima kasih sebab tolong kau semalam?” Aku mencebik.
“Bukan. Ni tanggungjawab saya sebagai isteri awak,” Aku berkata selamba. Dia tersentak. Wajahnya pucat. Kenapa? Aku salah cakap? Tanpa mempedulikan dia yang terus mendiamkan diri, aku melakukan kerja dengan tenang. Kalau mulut dia bising, aku tak dapat tumpukan perhatian pada kerja. Yelah. Asyik membebel, menjerit dan mengata aku.
“Kat mana lagi sakit tu?” Aku bertanya terus tanpa memandang wajahnya. Tiba-tiba terasa malu pulak. Yelah, baru aku perasan, matanya dari tadi merenung wajahku.
“Err...Kita masuk bilik, boleh?” Aku kerutkan dahi. Apasal pulak kena masuk bilik? Tak boleh buat kat luar je ke?
“Kenapa?” Aku bertanya acuh tak acuh.
“Malulah kalau Kak Rina tengok.” Aku kerutkan dahi. Apasal malu pulak ni? Dia terus berjalan menuju ke bilik. Aku mengekorinya dari belakang. Sebaik sahaja sampai di bilik, dia terus membuka baju.
“Erkkk...Ni buka baju apahal?” Aku dah kalut.
“Badan aku sakit. Kuat jugak kekasih kau bagi penumbuk kat aku semalam. Tengok, sampai lebam perut aku.” Aku gigit bibir. Memang teruk. Kesan biru dibadannya jelas kelihatan walaupun kulit dia agak gelap.
“Apa pulak kekasih saya. Awak ni. Suami yang sorang ni pun tak terlayan. Beranganlah nak pasang lebih,” Dia tersengih.
“Dia cuba nak sentuh kau. Aku ni suami kau. Mestilah aku marah kalau ada lelaki lain yang cuba nak sentuh isteri aku.” Aku mencebik. Selalu tak kisah pun. Sengaja nak menang. Semua yang berkaitan dengan aku dia nak rampas. Aku tekan kuat-kuat dibahagian belakangnya.
“Arghhhh...Mawar. Sakitlah.” Aku tersengih.
“Sorry. Tak sengaja.” Aku berpaling ke arah lain. Senyuman puas terukir dibibir. Dalam hati bersorak riang. Padan muka.
“Sengajakan?” Aku angkat kening. Tapi bila tiba bahagian perut. Aku gigit bibir. Tak sanggup nak tengok lama-lama perut pak cik ni. Dadanya bidang, otot dada dan perutnya jelas kelihatan....fuhh...Boleh tahan. Mengalahkan Rain, penyanyi Korea tu. Aku serba tak kena. Dia pula santai berbaring sambil kedua-dua tangannya berada di belakang kepala. Macamana ni. Aku ni perempuan normal. Naluri ingin dibelai dan membelai tiba-tiba datang menyinggah tanpa dijemput. Aku berusaha berlagak biasa tetapi aku tetap tak mampu nak berlagak biasa. Jantung semakin kuat berdegup.
“Kenapa muka kau merah? Tergoda ye.” Aku menjeling tajam wajahnya. Dia angkat kening kemudian kenyitkan matanya padaku. Ni yang buat aku tak senang duduk. Silap hari bulan ada yang kena peluk sekejap lagi. Aku gigit bibir.
“Berangan.” Aku tekan dengan kuat sekali. Menjerit sekali lagi dia dibuatnya. Wajahnya jelas menunjukan rasa tak puas hati. Tapi hanya seketika dan dadaku berdebar kencang bila dia menarik kepalaku. Sekarang kepalaku berada didadanya. Aku cuba untuk mengelak, namun tidak berjaya.
“Lepaslah. Awak ni kenapa?” Aku berusaha melarikan diri darinya.
“Sekejap je. Esok kita keluar jalan-jalan ye. Rindu rasanya nak habiskan masa dengan kau. Macam kat Sabah hari tu,”  Aku terdiam. Haruskah aku terima pelawaannya?
“Yelah rindu. Entah-entah dia dah lupakan kita.”
“Kau nak kena cium?” Aku terus menutup mulutku.
“Siapa suruh marah orang hari tu. Kan, elok kalau bertanya. Ini tak, suka sangat nak serkap jarang.” Marahku. Dia tersengih.
“Aku tak kenal abang kau tu. Kau pun salah jugak. Telefon ditinggal kat bilik. Macam tak nak aku ganggu masa kau dengan dia.”
“Orang terlupalah. Nak naik ke atas rasanya tak sempat lagi. Takut lewat pulak. Dah tu, yang awak tak angkat telefon bilik tu kenapa?”
“Aku tak dengar pun bunyi telefon.” Aku mengeluh.
“Kita keluar esok ye?” Lembut sekali suaranya ditelingaku.
“Awak ajak saya dating ye?” Dia ketuk kepalaku perlahan.
“Sakitlah. Teruklah hobi baru awak ni.” Dia tersengih.
Aku cubit perutnya. Dia menjerit kesakitan. Padan muka. Suka sangat ketuk kepala aku. Walaupun tak kuat, tapi, tetap juga sakit. Aku gosok kepalaku.
“Bukanlah. Aku nak kau bayar upah aku tolong urutkan pinggang kau malam tadi.” Aku angkat muka memandang wajahnya. Dia angkat kening. Aku mencebik.
“Eleh!! Ye ke awak tolong urut,kan? Semalam, pinggang saya taklah sakit sangat.” Aku menjawab lagi.
“Tak kira. Kau mesti temankan aku jalan-jalan esok. Kalau tak, kau temankan aku malam ni?”
“Yelah..yelah. Lepaslah,” Aku menjawab kasar.
“Betul kau nak temankan aku malam ni?” Aku karutkan dahi.
“Temankan apa pulak ni? Yang mana satu betul ni? Sekejap kata keluar jalan-jalan, lepas tu nak temankan malam ni pulak? Awak main-mainkan saya?” Aku merungut. Mata pulak merenung tajam padanya. Wajahnya tetap selamba.
“Kalau kau temankan aku malam ni, kita check in di hotel je malam ni?” Aku kerutkan dahi.
“Nak buat apa pulak kat hotel tu?” Pelik betul laki aku ni. Takkan ada gegaran otak semalam?
“Kita raikan malam pertama kita di hotel. Nak tak?” Aku dapat rasakan wajahku membahang.
“Apa yang awak merepek ni? Hiss..” Aku menolak keras badannya dan terus bersedia untuk beredar.
“Yelah. Esok kita keluar. Tapi, petang ni ikut aku balik rumah sewa. Ambil baju untuk malam ni dan esok.” Ucapnya perlahan dan menarik semula kepalaku supaya melekap di dadanya.
 Aku mengeluh lemah namun membiarkan dia mengusap kepalaku. Aku terleka mendengar degupan jantungnya yang kadangkala tenang, kadangkala tidak menentu. Ketika aku hampir terlena melayan alunan degupan jantungnya, aku tersentak bila terasa tangannya mula menggosok belakang tubuhku.
“Err...Awak, saya nak keluar ni. Nanti kakak bising pulak.” Aku berusaha melepaskan diri dari pelukannya.
“Okey. Jangan lupa, esok kita keluar jalan-jalan. Petang nanti kita ke rumah sewa aku. Errr...Mawar, ada baju dan seluar panjang tak? Tak selesalah pakai baju ni. Dah bau semacam,” Katanya sambil melepaskan pelukannya dengan wajah yang aku tak dapat nak menekanya. Aku terus  bangkit dari tempat tidur dan  tanpa berpaling aku terus menuju ke almari pakaianku. Beberapa helai t-shirt aku keluarkan.
“Baju saya ni kecil je. Cubalah, okey atau tak dengan awak?” Dia menghampiriku. Satu persatu bajuku dicubanya. Semuanya baju ketat-ketat. Akhirnya dia mencapai baju t-shirt hitam yang agak longgar dan membelek pula seluar track suit aku yang tersusun kemas di dalam almari.
“Ok. Yang ni sesuai.” Dia tersenyum dan terus mencapai kain tuala. Aku terus keluar dari bilik tersebut. Panas. Aku sentuh pipi yang terasa panas. Entah macam manalah rupa Ishamudin bila pakai pakaian aku.

********************************
p/s : selamat membaca semua...

4 catatan:

Unknown said...

Hihihi...lawak la Mawar nih..bc citer ni bbyk kali pun x borink..
Tq cik writer :)

Anonymous said...

best!! cayalah !!

-aKIF

MaY_LiN said...

weeee..
dia da start da..
:)

Anonymous said...

xsabar tgu chap 35...huhu..sll dah ade n3 br..arini dah brp kali ngendap blog ni...hihihi