Followers

Thursday, August 26, 2010

Jangan Kau Pergi 7

“Mengantuknya.” Elman toleh ke belakang. Wajah Alif yang lena membuatkan Elman tersenyum. Alif hendak tidur dengannya. Dari petang lagi dia menyatakan niatnya untuk tidur dengan Elman. Agaknya anak kecil itu rindukan belaian seorang ayah. Lama wajah itu direnungnya. Terbayang wajah Hafiya yang lembut. Tanpa sedar Elman tersenyum dan menggeleng kepala. Tiba-tiba fikirannya terbayang wajah kelat Hafiya ketika dia mengatakan Alif akan tidur dengannya. Mungkin Hafiya tidak sanggup berjauhan dari Alif.

“Nanti, kalau dia bangun tengah malam. Minta susu, awak larat ke nak bangun bancuh air untuk dia?” Hafiya bersuara tegas.

“Apa susahnya. Saya pun kadangkala selalu terjaga waktu malam. Setakat buat air untuk Alif tu, takde masalahlah. Lainlah kalau buatkan air untuk awak,” Hafiya berdengus geram. Dia pula yang terkena.

“Semua perkara awak kata takde masalah. Tapi, bila dah jadi, saya jugak yang awak cari.” Elman angkat kening. Malas hendak melayan Hafiya yang masih tidak mempercayainya.

Tangisan kecil Alif menyedarkan Elman dari lamunan. Perlahan punggung Alif dipukul. Sambil mulutnya mengalunkan lagu yang dia sendiri tidak faham liriknya. Beberapa minit kemudian Alif kembali nyenyak. Elman tersenyum bangga.

“Takdelah susah sangat nak tidurkan budak ni. Fiya memang tak nak aku rapat dengan anak dia.” Elman bersandar di katil. Semenjak kebelakangan ini, hatinya sering bermain irama yang dia sendiri tidak tahu rentaknya. Apa yang pasti dalam diam, dia senang bersama Hafiya. Melihat Alif dan Nurina yang begitu menyayangi ibu mereka membuatkan Elman merasa cemburu.

“Kenapa mereka berpisah ye? Kenapalah aku tak tanya masa mula-mula kahwin dulu, kalau tanya sekarang, rasanya tentu dia tak nak jawab.” Elman garu kepala.

**************************

“Jemputlah masuk Fiya. Alif, mari dekat nenek,” Alif yang malu-malu kucing itu menghampiri Pn.Mariam. hafiya tersenyum melihat anaknya menghampiri mama Elman.

“Terima kasih mak cik. Buat susah-susah.” Pn.Mariam pandang wajah Hafiya. Hafiya hairan.

“La, kenapa panggil mak cik lagi. panggil mama mulai sekarang. Fiya kan menantu mama,” Hafiya tunduk memandang kaki. Malu sendiri.

“Maaf. Belum biasa, ma...mama.” Pn.Mariam tersenyum.

“Kan sedap bunyinya. Mari masuk. Barang-barang tu, biar Elman yang bawa,” Hafiya berpaling ke arah Elman yang bercekak pinggang melihat Hafiya berlalu bersama mamanya. Hafiya tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih bersih itu.

“Mama, banyak barang ni. Mana larat El nak bawak semua,” Elman membentak. Pn.Mariam berpaling.

“La, mama bukan suruh El bawa semua tu sekaligus. Bawak la sikit-sikit. El tu bukannya Hulk.” Hafiya tersenyum lagi.

“Takpe mama. Biar Fiya tolong dia. Kasihan pulak kat anak mama tu. Nanti dia cakap Fiya dera dia pulak,” Hafiya menghampiri Elman. Elman pandang Hafiya dengan riak wajah tak puas hati. Pn.Mariam geleng kepala dan berlalu sambil memimpin tangan Nurina dan Alif.

“Kalau saya sakit tangan, awak kena urut tangan saya ni.” Hafiya menjeling sekilas wajah mengada Elman itu.

“Angkat barang sikit tu pun nak merungut. Anak mak,” Hafiya terus berlalu setelah mencapai beg pakaiannya dan anak-anak. Elman hanya mampu memandang langkah isterinya yang semakin hilang dari pandangan. Akhirnya Elman geleng kepala. Tersenyum. Timbul rasa senang bila mendengar Hafiya mengejeknya. Kalau beberapa bulan lepas, dia selalu hendak marahkan Hafiya, kini, segala kata-kata yang keluar dari bibir comel mampu membuatkan dirinya terleka. Elman geleng kepala sekali lagi.

**********************

“Fiya buatlah macam rumah sendiri ye. Mama nak ke dapur.” Hafiya angguk kepala. dia masih tercegat di ruang tamu. Tidak tahu hendak ke mana. Alif dan Nurina sudah dibawa oleh En.Ezhan ke bilik mereka.

“Kenapa tercegat kat sini?” Elman yang datang dari luar bertanya pelik. Hafiya merenung wajah tampan itu.

“Kat mana nak simpan beg ni?” Hafiya bertanya sambil mengangkat beg pakaiannya. Elman garu kepala. Dia terlupa sesuatu.

“Mari.” Hafiya mengekori langkah Elman menaiki tangga ke tingkat atas.

“Letak kat bilik ni,” Elman dan Hafiya sama-sama melangkah masuk ke dalam bilik yang besar itu. Hafiya tergamam. Kagum dengan hiasan bilik yang begitu menenangkan. Memenuhi citarasanya. Katil bertilam empuk itu menjadi sasarannya. Perlahan dia menyentuh cadar tilam yang lembut itu, kemudian Hafiya dengan selamba duduk.

“Selesanya. Bilik siapa ni?” Hafiya merenung sekeliling bilik. Elman pula memerhati Hafiya yang jelas seronok berada di bilik besar itu.

“Tak sangka awak ni kaya jugak ye?” Hafiya masih tersenyum panjang tanpa menyedari Elman sedang memerhati perlakuannya.

“Awak...bi..” Hafiya tergamam bila menyedari Elman sedang memerhati dirinya. Pantas Hafiya membetulkan pakaiannya. Bimbang ada yang mendedahkan auratnya. Bila melihat wajah serius Elman membuatkan Hafiya gelabah. Pantas matanya menghala ke pintu. Menyedari Elman turut sama memandang ke arah pintu, Hafiya cepat-cepat berlari ke pintu. Namun langkahnya terhalang bila merasakan pinggangnya dirangkul kemas dari belakang.

“Arhhh..” Hafiya menjerit namun sempat dihalang oleh Elman.

“Syuuitt...” Hafiya tutup mulut. Perlahan dia mendongak memandang wajah Elman. Elman tersenyum. Hafiya kerutkan dahi.

“Lepaslah. Awak ni kenapa?” Soalnya gugup. Berdua dengan lelaki itu mengundang satu perasaan tidak enak. Wajahnya terasa membahang. Namun tangan Elman masih setia memeluk pinggangnya.

“Ni bilik kita. Awakkan isteri saya. Suka hati saya la nak peluk awak.” Elman bersuara perlahan. Berdebar dada Hafiya mendengar suara Elman yang romantik itu. Terasa lemah kakinya. Tidak pernah sekalipun dalam hidupnya berada begitu dekat dengan lelaki.

“Err....awak...saya...” Hafiya berusaha melepaskan diri dari pelukan lelaki itu.

“Kenapa ni? Awak mesti tahukan apa yang pasangan suami isteri buat bila berdua? Awakkan dah pernah kahwin?” Elman usap bahu Hafiya. Hafiya hampir pengsan bila terasa nafas hangat Elman menghembus lehernya. Elman tersentak bila merasakan Hafiya jampir terjatuh.

“Err...awak...awak tak apa-apa?” Elman gelabah bila melihat peluh memercik didahi Hafiya. Wajah isterinya itu juga pucat. Perlahan tubuh kecil itu di dukung dan dibaringkan di atas katil. Elman berlari ke bilik air.

“Apasal pulak aku ke bilik air. Ya Allah. Air suam,” Elman pukul dahi sendiri. Pantas kaki melangkah ke pintu bilik. Pn.Mariam hairan bila melihat anaknya berlari menuruni tangga.

“Kenapa El?” Elman hanya memandang wajah ibunya tanpa sebarang jawapan. Setelah mengisi air suam ke dalam gelas, Elman terus berlari semula ke bilik. Hafiya masih seperti mula-mula ditinggalkan.

“Awak...Minum air ni,” Elman membantu Hafiya minum. Tubuh Hafiya disandarkan ke badannya. Perlahan Hafiya meneguk air tersebut. beberapa minit kemudian wajahnya kembali normal. Hafiya terpinga-pinga. Wajah bersalah Elman di pandang.

“Err....Awak. maafkan saya. saya belum bersedia untuk jadi isteri awak,” Ucapnya perlahan sambil kepala ditundukkan.

“Takkan sampai pengsan?” Elman bertanya perlahan. Sebenarnya dia rasa bersalah. Niat hendak mengusik Hafiya menyebabkan isterinya hampir pengsan.

“Saya...tak pernah ada lelaki yang begitu dekat dengan saya seperti itu,” Hafiya bersuara perlahan. Elman kerutkan dahi. Pelik.

“Habis tu, macamana boleh keluar mereka berdua tu?” Elman bertanya hairan. Hafiya tutup mulut. Tersedar yang dirinya telah menceritakan perkara yang tidak sepatutnya.

“Maksud saya...saya belum bersedia lagi,” Akhirnya itu saja alasan yang dia ada. Elman pandang wajah pucat Hafiya. Seperti wanita itu mempunyai rahsia.

“Pelik betullah awak ni. Saya gurau je tadi.” Hafiya pandang wajah Elman. Wajah selamba itu menimbulkan rasa sakit hati Hafiya.

“Awak usik saya?” Elman tersenyum. Kemudian dia tergelak.

“Jadi awak ingat saya betul-betullah nak buat perkara tu kat awak? Awak takut ye. Sebab tu awak hampir pengsan?” Hafiya gigit bibir. Lelaki dihadapannya terus tersenyum. Beberapa saat kemudian dia ketawa besar.

“Awak ni jahat,” Hafiya tolak tubuh Elman yang berada dekat dengannya.

“Takkan bekas suami awak tak pernah buat macamtu?” Elman geleng kepala. ‘Pelik betul. Anak dah dua tapi macam tak biasa kena peluk.’ Fikirnya. Hariya mendiamkan diri.

“Saya nak keluar. Lama-lama tinggal dalam bilik ni boleh gila dibuatnya.” Hafiya turun dari katil. Namun langkahnya terhenti. Wajah Elman dipandang.

“Errr....Ni bilik awak?” Elman hanya angguk kepala sambil bersandar di katil. Wajah Hafiya kembali pucat.

“Jadi kita kena tidur sebilik?” Elman angguk kepala lagi.

“Boleh tak saya tidur dengan Alif dan Ina?” Hafiya bertanya dengan riak wajah cemas. Tergelak Elman melihat wajah takut isterinya. Dia geleng kepala.

“Tak boleh. Suami isteri dalam rumah ni kena tidur sebilik dan sekatil. Kalau boleh sebantal,” Kata-kata tersebut hampir membuatkan Hafiya pengsan terus. Mujur juga dia sempat berpaut pada meja kerja di dalam bilik tersebut. Setelah agak tenang, Hafiya terus berlalu ke pintu. Panggilan Elman langsung tidak dihirau. Apa yang dia inginkan adalah keluar dari bilik tersebut. Mana mungkin dia tidur sebilik dengan lelaki itu. Semasa menjadi isteri Arif dia tidak pernah tidur sebilik dengan bekas suaminya itu. Adakah Elman benar-benar maksudkannya? Hafiya geleng kepala.

*********************************

6 catatan:

keSENGALan teserlah.. said...

eh..mama n papa elman dah tahu kan yang bdk dua orang tu bukan anak fia..dorang tak gtaw elman yee..

ohhho..kalau elman tahu..agak2 makin kuat la elman mengusik..
smbung2..

MaY_LiN said...

alalala..
nak lagi..
hikhikhik

hana_aniz said...

hehehe.. good job elman!!

weee~~~~~

nursya said...

lawak la fiya nie...
elman nie sj jer wat fiya kelam kabut...
hehehe...

Yong said...

elman tak tau pun yang anak2 tu bkn anak fiya. hehehe mmg lawak lah fiya ni. siap blh nak pengsan lagi.

Anonymous said...

Mama n papa leman dh thu yg bdk 2 org tu bkn anak fiya