Followers

Tuesday, December 15, 2009

Pilihan Hati 5

“Wah!!!!! Hari – hari dapat bunga. Bertuah badan,” Shila membaca kad yang terselit di dalam jambangan bunga di atas meja Ariyana. Ariyana mengeluh malas.

“Kalau kau nak, ambillah. Membazir betul. Baik dia beli makanan dari beli bunga tu. Dapat juga aku makan. Kenyang perut,” Ariyana membebel sambil tangannya lincah menaip sesuatu di komputernya.

“Kalau tak suka, semua benda kau benci. Bila dah suka, cukup dia bagi bunga kertas pun okey jugak. Betulkan?” Shila menepuk bahu Ariyana.

“Ye ke?” Ariyana bertanya sinis. Sengaja menyakiti hati sahabatnya.

“Tapikan, kalau dia bagi makanan kat engkau, jangan lupakan aku ye?” Shila peluk bahu Ariyana. Ariyana muncung mulutnya.

“Hai..... Ari, nak kalahkan muncung itik? Ingat cantik buat muka macam tu?.” Ariyana membesarkan matanya bila mendengar Shila berkata sinis padanya. Beberapa saat kemudian Shila tergelak riang melihat riak tidak puas hati di wajah Ariyana. Akhirnya, Ariyana geleng kepala.

“Minggu ni kita balik rumah aku ye. Mak pesan bawa kau balik. Kalau kau tak nak, mak cakap, aku boleh gunakan kekerasan. Jadi, kau tak dapat nak mengelak.” Ariyana kerutkan kening.

“Tapi Shila, aku banyak kerjalah. Minggu ni, aku ada buat kursus untuk petani-petani kat kampung Mayan.” Ariyana buat muka sedih. Shila geleng kepala.

“No...No...No...Aku dah bagi tahu bos, kita berdua balik rumah aku. Ada hal penting. Dia benarkan. Kau patut ucap terima kasih kat aku,” Ariyana mengeluh. Shila tersenyum.

“Apa perkara yang penting sangat tu?” Ariyana bertanya lemah.

“Entah. Mak suruh kita berdua balik. Mungkin dia dah jumpa jodoh untuk Abang Is. Kau nak tahu, Abang Is sedia terima sesiapa sahaja perempuan yang mak kenalkan.” Ariyana tersentak.

“Iye?” Ariyana tidak percaya.

“Tentu kau tidak percaya. Aku pun tak percaya masa mak bagi tahu. Terkejut beruk aku dibuatnya,” Shila geleng kepala bila mengingatkan keputusan abangnya itu.

“Macamana rupa beruk terkejut ye?” Ariyana bertanya bodoh.

“Hah!!! Kau ni...itu pun nak kena tunjuk ke?” Ariyana tergelak.

“Malas aku nak layan kau. Dah lari...syuhhhh...aku nak buat kerja ni,” Ariyana tersenyum dan berlalu ke meja kerjanya. Ariyana termenung seketika. ‘Takkan Abang Is terima cadangan mak. Tak masuk akal langsung,’ Ariyana berbisik sendirian. Kemudian dia geleng kepala.

******************************

“Uiiiii...sedapnya,” Shila gosok tangan sambil berdiri mengadap semangkuk besar udang galah di atas meja.

“Mana mak dapat ni? Sedapnya. Dah lama tak makan udang galah ni,” Shila telan liur beberapa kali. Tersenyum ibunya melihat wajah ceria anaknya.

“Mak sengaja beli kat pasar pagi tadi. Tengok macam bagus je, sebab tu mak beli.” Shila sudah duduk dan bersedia hendak menikmati makanan kegemarannya. Datin Hasmah geleng kepala. Shila, kalau sudah ada udang galah di depan mata, dia lupa orang disekelilingnya. Sebelum jam 1.00 petang Ariyana dan Shila sampai di rumah. Itupun, mereka berdua sempat bergaduh sebelum memulakan perjalanan.

“Shila, makanlah perlahan-lahan. Takde siapa yang nak berebut dengan Shila.” Marah ibunya. Shila tidak mempedulikan kata-kata ibunya.

“Hoi minah.... makan sorang-sorang ye?” Ariyana tolak belakang Shila. Shila tarik mangkuk udangnya. Ariyana menjenguk namun tidak dapat melihat apa yang disembunyikan oleh Shila.

“Kau makan apa tu? Sedapnya bau. Macam bau udang je,” Ariyana tarik tangan Shila.

“Eh!!! Tepi. Memang udang pun. Kau tak boleh makan. Mak masak untuk aku je,” Shila melarikan mangkuknya. Ariyana muncungkan mulutnya.

“Bagi sikit kat aku. Aku teringin jugak nak makan.” Rayunya. Shila tidak menghiraukan Ariyana yang terus memujuk.

“Shila. Bagi sikit kat aku. Please!!!!!!!!!!!!” Ariyana duduk di hadapan Shila.

“Apa hal ni?” Ariyana berpaling dan berlari memeluk bahu Datin Hasmah.

“Mak, tengok Shila tu. Dia tak bagi Ari udang. Ari teringin nak makan udang tu,” Ariyana merengek. Shila geleng kepala.

“Mana boleh. Mak, jangan berlembut hati dengan Ari tu.” Shila cepat-cepat mengupas kulit udang tersebut dan berusaha menghabiskannya.

“Mak...Boleh kan? Sikit je,” Ariyana terus memujuk Datin Hasmah sehingga wanita tua itu mengalah.

“Shila, bagi dia sikit. Kasihan pulak mak tengok dia ni,” Shila geleng kepala dan berusaha menyembunyikan mangkuk udang tersebut. Ariyana berusaha merampas mangkuk udang itu.

“Bagilah. Mak dah benarkan,” Shila menepis tangan Ariyana tetapi sudah terlewat, sebab Ariyana sempat menyambar 2 ekor udang tersebut. Dengan lahap sekali Ariyana mengupas dan makan udang tersebut tanpa memandang kiri dan kanan. Datin Hasmah geleng kepala melihat tingkah laku anak sahabatnya itu. Shila tergelak.

“Macam orang setahun tak makan. Tadi tak nak balik. Kan bagus kalau kau tak ikut tadi. Selamat udang 2 ekor aku tu,” Ariyana mencebik.

*************************

4 catatan:

Anonymous said...

napa cite die berulang..? sket sgt la..nak lagi..

MaY_LiN said...

ha..saspen nye..

sinichies_girl88 said...

lawak tul ari ni...
cam bebudak heheh
smbung lagi..
suspen ni heheh

nursya said...

bgs btl la si ari ngn shila nie...
dh mcm kembar jer...
hihihi...