“Mawar, bagi bola tu pada Ilah. Apalah budak tu buat kat sana.” Aku sempat
mendengar suara Abang Akhil memekik dari tepi padang. Hari ni, sukan sedang
berlangsung. Penat juga berlari ke sana ke mari mengejar bola. Tapi seronok.
Aku tendang bola tersebut ke arah Ilah. Aku tergelak bila melihat Ilah
terkial-kial mengejar bola tersebut. Belum sempat Ilah menyepak bola tersebut,
dia sudah terjatuh dilanggar oleh pemain pihak lawan. Nampaknya, terpaksalah
aku kejar bola tu lagi. Mana pulak perginya Jo. Mataku meliar mencari kelibat
Jo. Aku tersenyum bila melihat dia sudah berada hampir denganku. Kami berdua
berlari seiring dan apabila hampir ke pintu gol pihak lawan, aku terus menyepak
bola tersebut ke arah Jo.
“Goal,” Semua penyokong bersorak riang. Aku tersenyum melihat rakan-rakan
memeluk Jo.
“Tahniah Mawar.” Aku tersenyum manis bila Jo berjabat tangan denganku.
“Takde masalah.” Wisel rehat bergema di padang tersebut. Aku mengeluh lega.
Nasib baik main 30 minit je. Kalau main 45 minit, mau aku pengsan kat tengah
padang tu. Sudahlah tak cukup latihan.
“Nah!!” Aku mendongak bila melihat dua botol air mineral terlayar diruang
mata. Dua wajah lelaki menyapa mata.
“En.Haikal, Abang Handsome..” Aku serba salah. Kedua-duanya begitu berharap
aku akan mengambil botol tersebut. Akhirnya aku tersenyum.
“Takpe. Air saya masih ada ni.” Aku tayang botol mineral yang hampir kosong
itu.
“Ups....dah minum tadi sebab tu tinggal sikit.” Aku cepat-cepat menjawab
bila melihat mata mereka memandang ke arah botol yang telah hampir kosong itu.
Aku lihat mereka tersenyum kelat. Kecewa agaknya. Wah!!! Glamorlah aku hari ni.
Dua-dua jejaka pujaan melaya datang bagi air mineral kat aku. Aku tersentak
bila mereka berdua mengambil tempat disebelahku. Aku toleh kiri kanan. Kemudian
aku pandang pulak kawasan sekeliling. Memang betul. Begitu banyak mata memandang
dengan riak benci. Yang perempuan aku tak kisah, tapi seorang hamba Allah tu,
dia pun tengok aku dengan pandangan jijik. Dia dan tunang dia sama je. Apa
kes???
“Pandai Mawar main. Boleh jadi pemain terbaik ni.” Aku tersengih pada
En.Haikal.
“Kenapa? Tak pernah tengok perempuan pandai main bola sepak?” Aku bertanya
manja. Dia tersenyum. Wah!!! Dong Jun ni asyik senyum je.
“Saya tahu Mawar pandai main. Mawar, kan suka bersukan?” Aku toleh ke
kanan. Abang Handsome tersenyum manis. Wah!!! Yang ini pun kacak. Macam siapa
ye? Macam Dong Hea ahli kumpulan Super
Junior tu dari Korea tu. Nakal je aku tengok.
“Terima kasih. Err...saya masuk dulu. Dia orang dah panggil tu.” tanpa
menunggu jawapan dari mereka, aku terus berdiri dan berlari anak ke tengah
padang. Hai...cari bala betullah.
Nasib baik rehat hanya 5 minit. Kalau lama lagi,
memang berat bakul sumpahan aku. Mesti ramai yang benci kat aku lepas ni. Yang
hamba Allah dua orang tu tak reti nak cover kelakuan ke? Untuk masa kedua kami
bermain dengan lebih serius. Seperti yang aku katakan tadi, kalau dah berada di
tengah padang. Akan hilang gadis yang sopan santun ini. Fokus ku hanya pada
bola dan pintu gawang pihak lawan.
“Sorry,” Aku angguk kepala dan menyambut tangan
gadis yang menolak aku tadi. Eleh..macamlah aku tak tahu kau sengaja tolak aku.
Tapi, sepanjang masa kedua tu, beberapa kali badan
aku dilanggar oleh pemain pihak lawan. Kalau 1 lawan 1 takpe jugak, ni yang
sampai 3 lawan 1, mana larat nak melawan. Mereka ni main macam nak kenakan aku
je. Takpe. Tunggu masa yang sesuai aku balas balik apa yang mereka buat tu. Aku
ingat lagi muka mereka, okey.
Bila ada peluang untuk aku
balas dendam, aku tersenyum sinis. Peluang dah kat depan mata, aku buat-buat
main macam biasa. Aku ternampak gadis yang tolak aku tadi sedang menghadang
pemain kumpulan kami. Ini peluang yang baik aku untuk balas dendam. Kalau aku
sepak bola tu, memang dia dapat halang, aku sengaja bagi dia halang kerana aku
akan sepak sekuat hati. Hahahhaa....satu..dua..tiga..
“Aduh!!!”
Kan dah kata. Aku buat-buat terkejut sebab bola tersebut
betul-betul kena kepala dia masa dia berusaha hendak menanduk bola tersebut.
Mesti pening lalat dia lepas ni. Beberapa orang kawannya menghampiri dan
bertanya tentang keadaannya. Aku juga menghampirinya.
“Maaf. Saya nak bagi bola tu kat Lia dibelakang awak tu,” Aku minta maaf.
Lia angguk kepala.
“Takpe. Aku okey.” Jawabnya kasar dan cuba untuk berdiri namun tidak
berdaya.
“Aku rasa kau tak sihatlah. Baik kau berehat kat luar padang je. Sekejap
lagi masa habis,” Aku terdiam cuba menahan gelak. Itulah. Suka sangat nak tolak
aku tadi. Kemudian, kami bermain macam biasa dan nampaknya mereka hendak
membalas dendam. Tapi aku dah tahu, so, aku mengelak jelah.
Kekalahan tetap berpihak pada kami. Aku tersenyum
puas. Tak kisahlah. Dah adat permainan ada yang menang ada yang kalah.
“Takpe Mawar. Kita dah cuba yang terbaik.” Aku tersenyum. Wajah kecewa
rakan-rakanku membuatkan aku turut sama berasa sedih.
***********************
Hari minggu begini aku
habiskan bersama Sitah. Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba datang seorang
hamba Allah.
“Boleh saya duduk?” Aku mendongak sekilas dan meneruskan kunyahan. Lelaki
itu pula tanpa perlu dijemput sudah mengambil tempat disebelahku.
“En.Haikal buat apa kat sini?” Sitah memulakan perbualan. Teruja minah ni
nak layan lelaki handsome. Aku malas hendak masuk campur. Aku tengah lapar ni.
Dua ketul ayam goreng sedang menanti untuk dibaham. Sekarang aku sedang enak
membelasah Zinger Burger tanpa mempedulikan orang sekeliling. Setelah
penat buat tawaf kat Spring, perut aku sudah lapar. Sitah ni bukan boleh layan
sangat. Kalau shopping, mengalahkan
anak datuk. Tapi, kalau shopping beli
barang takpe jugak. Boleh dikatakan kami pergi window shopping je. Belek sekejap, kemudian letak semula. Sampai
jurujual tu tayang muka tak puas hati. Manalah duit kami cukup untuk beli
barang-barang berjenama tu semua. Kalau ikut aku, aku lebih selesa pergi
membeli belah kat kedai-kedai tepi jalan tu. Walaupun tak berjenama glamor,
tapi selesa dipakai sudah memadai bagiku. Sitah pulak jauh berbeza dengan aku.
Pakaian dia, mengalahkan orang bergaji besar. Berjenama semua. Kasut
bermacam-macam jenis. Duit gaji dihabiskan untuk beli pakaian. Tapi okeylah,
sekurang-kurangnya dia guna duit dia sendiri. Tak macam kawan sebilik aku yang
sorang tu, menghabiskan duit pakwe dia untuk beli pakaian berjenama. Alasannya,
lelaki tu bagi sebagai hadiah, jadi dia terima je. Eh...terlupa pulak Dong Jun
kita ni.
“En.Haikal dah makan?” Aku bertanya setelah melihat dia asyik memerhati aku
makan. Sitah pula dah buat muka blur. Mesti dia marah. Sebab, hampir 10 minit
lelaki tu duduk kat situ, aku baru teringat nak pelawa dia makan.
“Takpe. Saya dah kenyang. Tengok awak makan dah buat saya kenyang.”
Jawabnya sambil tersenyum. Aku angkat bahu. Aku teruskan suapan. Kali ini, aku
makan pula ketulan ayam yang masih panas itu. Seronok betul dapat makan. Tak
tahulah kalau aku dihantar ke tampat yang takde makanan, aku rasa aku orang
pertama yang mati tak makan.
“Kuat makan awak ni ye. Badan masih juga kecik,” Aku kerutkan dahi. Pantas
wajah En.Haikal yang comel itu aku pandang.
“Dia memang macam tu En.Haikal. Sehari tak makan, macam orang kebuluran
pulak. Masa bulan puasa tak pulak dia buat hal. Kalau nak bawa dia keluar, cakap
je, nak bawa dia makan. Kalau En.Haikal bawa dia makan kat Pizza Hut, lagi dia
suka.” Sitah buat promosi tanpa gaji. Ala..masa bulan puasa, kita dah pasang
niat nak berpuasa, sebab tu takde
masalah. En.Haikal pula tersenyum. Wah!!! Handsome nya dia. Dalam hati aku dah
puji dia melambung. Kalau dia dengar, tentu dia tersenyum sampai ke telinga.
“Lepas makan ni, kita tengok wayang, nak tak?” Aku kerutkan dahi. Jam
dipergelangan tangan aku pandang sekilas. Baru pukul 1.30 petang. Nak tengok
atau tak? Esok aku kerja pagi. Tapi, mata aku ni rasa mengantuk. Sebelum aku
menjawab, Sitah terlebih dahulu menjawab.
“Boleh. Lagipun, kami takde apa nak buat petang ni. Esok Mawar kerja pagi.”
Aku pandang wajah selamba Sitah. Hai..minah....aku kerja pagi, kau kerja malam,
sayang..... tak nak tidur ke? Aku berbisik geram. Namun senyuman masih tak
lekang dari bibir. Aku lihat Sitah buat-buat tak faham. En.Haikal pula masih
tersenyum memandangku. Orang tua ni, nak kena korek mata tu? Dari tadi tengok
orang macam tak pernah nampak perempuan comel. Errrkkk.....perasan la pulak.
“Kalau macam tu, mari. Tentu seronok. Nak tengok cerita apa?” Aku angkat
bahu.
“Mana-manalah.” Aku akhirnya mengalah jua. Sebelum, berlalu meninggalkan
KFC, aku sempat menghantar mesej pada kakakku tentang rancangan kami. Dia
benarkan dan nasihat juga tidak dilupakan.
“Tengok cerita hantu?” Aku geleng kepala. Bukan sebab aku takut. Bosan.
Kalau tengok cerita orang berlawan, baru seronok.
“Cerita romantik, nak tak?” Aku bagi jelingan maut kat Sitah yang dah
tersengih. Diakan tahu, aku paling tak suka tengok cerita romantik kalau ada
orang lelaki. Dia ni memang nak kena.
“Tak seronok.” Aku tersenyum menang bila En.Haikal menolak. Tak sangka dia
pun tak minat tengok cerita romantik.
“Kita tengok cerita kung fu je. Macam best je, cerita ni,” Aku membaca sinopsis
cerita yang ditunjukkan oleh En.Haikal. Wah!!!! Aku minat cerita macam ni.
Cerita tentang pahlawan Cina dalam zaman Dinasty Qin.
“Ok. Saya suka cerita ni,” Aku berkata teruja. Aku lihat Sitah buat muka
tak puas hati.
“Tak seronok langsung. Takpelah. Kita layan jelah.” Aku tersenyum menang.
Sitah memang sahabat baik aku. Setelah membeli tiket, kami bertiga berjalan
sementara menunggu waktu tayangan. Sambil berjalan, kami membeli makanan untuk
dibawa ke dalam.
“Mari masuk. Dah nak mula,” Kami bertiga berlari ke pintu masuk. Oleh
kerana terlalu leka memerhati gelagat manusia dia dalam Shopping kompleks itu,
kami bertiga hampir terlepas waktu tayangan.
“Nasib baik sempat.” Kami bertiga tergelak. Tak sangka, En.Haikal ni okey
juga. Dapat satu kepala dengan aku dan Sitah, kira ok lah tu. Aku sangat teruja
melihat permulaan cerita tersebut. Memang sungguh mengasyikkan. Kami mendiamkan
diri sepanjang menonton cerita tersebut. Seolah-olah kami sedang berada pada
zaman itu.
“Mawar, aku nak ke tandas dulu.” Aku angguk kepala. Sitah ni, waktu
kemuncak ni jugak dia nak pergi ke tandas.
“Kau tak payah temankan aku. Aku pandai pergi sendiri.” Aku pandang
wajahnya. Dia tersenyum.
“Betul?” Aku bertanya lagi. Manalah tahu dia merajuk bila aku macam tak
berminat nak temankannya.
“Betullah. Kau layan je cerita tu. Nanti aku masuk balik,” Aku angguk
kepala.
“Kenapa?” Aku tersentak bila En.Haikal bertanya padaku.Wajahnya begitu
hampir padaku. Aku mengelak sedikit.
“Sitah pergi tandas.” Aku lihat dia tersenyum dan angguk kepala.
“Seronok?” Soalnya padaku. Aku angguk kepala namun mataku masih melekat di
skrin besar itu. Selepas itu, aku tidak mendengar suara En.Haikal lagi.
Tumpuanku seratus peratus pada cerita yang ditayangkan.
“Saya suka tengok awak.” Aku berpaling ke arah En.Haikal. Dia sedang
merenungku.
“Encik tak tengok cerita ke?” Dia hanya tersenyum kecil.
“Tengok. Menyelam sambil minum,” Ucapnya selamba. Aku geleng kepala. Malas
nak layan. Tengok orang berlawan lagi baik. Aku menoleh ke belakang bila terasa
kerusiku ditolak seseorang. Oleh kerana keadaan agak gelap, jadi, aku tidak
dapat melihat dengan jelas siapa yang kurang ajar sangat menyepak kerusi aku
ni. Kalau aku naik hantu, nanti tak pasal-pasal, semua orang tak dapat tengok
cerita.
“Mana Sitah ni? Buang air ke buat air? Budak ni,” Aku merungut. En.Haikal
tergelak halus.
“Dia tolong orang kat luar tu bancuh air agaknya,” En.Haikal menjawab
perlahan bersama gelaknya. Aku menjeling tajam. Pandai je nak buat lawak.
“Kalau macam tu, saya nak keluar jugak. Nak tolong Sitah bancuh air.” Aku
berdiri, namun tanganku ditarik dan akhirnya aku duduk kembali.
“La...nanti masuklah dia tu. Kita tunggu kat dalam ni je. Okey?” Aku
terdiam seketika dan akhirnya angguk kepala. Yelah. Takkan Sitah nak tinggalkan
aku dengan pak cik ni. Aku kembali memandang ke hadapan. Bila tiba aksi lucu,
aku tergelak besar bersama mereka yang berada di dalam panggung tersebut.
“Saya suka bila awak ketawa. Cantik.” Aku berpaling memandang wajah
En.Haikal sekilas. Eleh...ayat jiwang. Ingat aku nak cair? Huwargg...tak rasa
apapun. Takut tu adalah. Aku tak pernah lagi keluar berdua dengan lelaki lain.
Kira ini kali pertama tengok wayang dengan lelaki yang bukan Mahram aku. Kalau
abang aku tahu, memang teruk aku kena ceramah.
“Terima kasih. Saya memang cantik dah lama tau. Baru tahu ye?” Aku menjawab
selamba dan memandang ke skrin besar itu. Best jugak cerita ni. Nanti aku nak
beli CD pulak. Kalau tengok kat rumah mesti best ni. Sekali lagi aku menoleh ke
belakang. apasallah orang yang duduk kat belakang aku ni asyik tolak kerusi aku
ni.
“Awak dah ada pak we?” Iskhhh...orang tua ni. Aku nak layan cerita best pun
tak dapat. Apahal tetiba tanya pasal
boyfriend ni. Aku mana ada masa nak cari boyfriend.
“Takde.” Aku menjawab selamba sambil tergelak lagi. Lucu jugak cerita.
Berlawan asyik terjatuh je. Dah macam orang menari pulak.
“Ye ke? Nak saya jadi pak we awak?” Aku kerutkan kening.
“Tak nak.” Aku pandang sekilas wajahnya yang sedang tersenyum itu. Selamba
je nak jadi pak we aku. Nak kena bantai oleh abang aku? Tak nak aku cari
masalah.
“Kenapa? Saya handsome apa, lebih
handsome dari Asran.” Aku buat muka
tak puas hati.
“Abang Handsome lagi kacak tau.”
Aku lihat dia sedikit kecewa.
“Tapi, yang paling handsome,
mestilah ayah saya. Lepas tu, abang-abang saya...lepas tu, bakal suami saya.
Siapa lagi ye...ermmm” Aku garu dagu seketika.
“Sudah..sudah..ke situ pulak. So, apa ciri-ciri lelaki idaman awak?” Aku
pandang wajah En.Haikal. tak puas hati betul dengan dia ni. Orang nak tengok
wayang, bukan nak buat wayang.
“La...orang nak tengok cerita ni. Malaslah nak fikir hal remeh tu.” Aku
muncung mulut. Dia tersengih dan akhirnya mendiamkan diri. Tumpuan kami kembali
terarah ke skrin besar itu. Kerana terlalu seronok melayan filem tersebut, aku
tidak peduli samaada Sitah ada atau tidak. Sehingga kami keluar dari panggung
tersebut.
“Seronok betul. Nanti nak pergi beli CD pulak. Tak puas tengok kat dalam
tadi.” Aku tersenyum lebar. En.Haikal hanya tersenyum kemudian dia geleng
kepala. Sebaik sahaja sampai diruang legar, aku tersentak. Pantas, jari aku
gigit.
“Encik, Sitah mana? Macamana saya nak balik?” Aku pantas mengeluarkan
telefon bimbitku. Ada mesej.
‘Beb, aku blk dulu. Aku lupa, aku
kerja mlm, malam ni. Nak tidur. Ko blk dgn en.haikal ye,’
Aku mengeluh. Aku pandang wajah En.Haikal. Balik dengan dia? Aku garu
kepala. Tak naklah. Nanti dia culik aku? Aku garu kepala yang tidak gatal.
Walaupun kita kenal seseorang itu, tetapi, kita tak tahu apa yang tersimpan di
dalam hatinya. Pada masa yang sama, aku terpandang seseorang yang aku kenal
sedang merenung tajam kearahku.
“Err...En.Haikal, saya balik dulu ye.” Aku terus berlari mengejar lelaki
yang aku nampak tadi.
“Mawar..tunggu..” Aku berjalan pantas.
“Saya hantar ye.” Aku gigit bibir. Bukan aku tak mahu, dia hantar,
tapi...aku tak selesa berdua dengannya. Mungkin sebab cara dia pandang aku,
penuh dengan niat yang tersirat.
“Takpe. Saya balik naik bas je.” Aku menolak. Aku lihat wajahnya kecewa.
Aku terus berlari mencari lelaki yang aku lihat tadi. Tetapi, hampa. Cepat
betul dia menghilang. Tapi, mengapa aku nak cari dia? Aku dan dia bukan ada
apa-apa kaitan.
********************************
Aku berjalan perlahan menuju ke perhentian bas.
Sebaik sahaja sampai dihentian bas, aku mengeluh lega. Nak naik bas nombor
berapa ye, kalau nak balik? Inilah padahnya, kalau asyik ikut orang. Aku
mendail nombor telefon Sitah. Beberapa kali aku mendail, namun hanya peti suara
yang menjawab. Aku berdengus kasar.
“Ada telefon tak diguna. Orang call tak jawab. Nanti kau, datang asrama aku
pecahkan kau punya telefon.” Aku berkata geram. Aku menongkat dagu memandang
kereta yang melintas di depanku. Rasa nak nangis ada jugak. Aku gigit bibir
menahan sebak di dada. Macamana kalau takde bas atau van. Macamana aku nak
balik? Aku rasakan airmata mula mengalir dipipi. Kalau mak tahu aku terkandas
di pasar ni, tentu dia susah hati. Nak telefon Kak Rina, aku takut kena marah.
Perlahan aku kesat airmata yang mula mengalir dipipiku.
“Aku hantar kau balik,” Aku mendongak memandang wajah lelaki yang berdiri
dihadapanku. Erkkkk...Aku toleh kiri dan kanan. Tiada sesiapa kat situ. Dia ni
bercakap dengan aku ke, atau tengah menjawab panggilan telefon.
“Awak bercakap dengan siapa?” Aku bertanya pelik sambil mendongak memandang
wajahnya dengan wajah sedih.
“Dengan kau, lah. Siapa lagi yang ada kat sini?” Aku kerutkan dahi. Nak
ajak orang macam nak bunuh orang je. Kasar betul.
“Takpelah. Saya tunggu bas je. Errr...awak tahu tak bas nombor berapa yang
patut saya naik?” Aku bertanya perlahan sambil mengesat airmata yang tiba-tiba
berhenti bila tengok wajah masam lelaki itu.
“Huhhhh...dah tahu tak pandai balik naik bas, jangan keluar seorang diri.
Kenapa tak suruh boyfriend kau
hantarkan?” Aku muncung mulut. Sibuk je. Dia ni siapa ye?
“Dah...tak payah nak bertekak. Abang, jum balik. Awak pun ikut sama.” Aku tersentak
bila mendengar suara perempuan mencelah. Aku pandang wajah comel itu.
“Errrr...saya..tapi..saya..” Aku tidak sempat menjawab bila tanganku
ditarik oleh gadis tersebut. Setelah berada di dalam kereta gadis itu
memperkenalkan dirinya.
“Saya Isha. Adik cik abang ni.” Aku angguk kepala dan tersenyum padanya.
“Mawar.” Dia tersenyum.
“Bunga Mawar?” Katanya selamba. Aku tergelak halus.
“Abang, kenapa abang kasar sangat dengan dia tadi?” Aku pandang wajah
lelaki yang sedang serius memandu itu. Namun tiada jawapan yang keluar dari
mulutnya.
“Mawar, kenapa Mawar tak nak balik dengan kekasih Mawar tadi?” Aku kerutkan
dahi. Kekasih aku? Siapa? En.Haikal? aduh!!! Dia dah salah faham ni.
“En.Haikal? Awak ni, dia bukan kekasih sayalah. Kebetulan terserempak dengan
dia tadi. Lepas tu kita orang tengok wayang. Kawan saya pulak, balik tak bagi
tahu. Saya takut dengan lelaki yang ada kereta ni. Nanti kena culik,” Aku
memperlahankan suara. Mataku mencuri pandang wajah tegang lelaki dihadapanku
itu.
“Lucu lah awak ni. Takkan takut nak kena culik oleh lelaki handsome tu.
Kalau saya, saya suka kena culik oleh dia.” Isha ketawa besar. Namun seketika
kemudian dia terdiam. Mungkin abangnya dah bagi jelingan maut. Isha..Isha..Dia
ingat kena culik tu okey ke? Kita ni perempuan. Jadi berhati-hati adalah sikap
yang mampu menyelamatkan kita dari menjadi mangsa lelaki-lelaki buas.
“Jangan memandang luaran je tau.” Aku berkata yakin. Dia tersenyum.
“Iya. Wajah yang handsome belum tentu bersikap baik. Macam abang saya ni,
walaupun tak handsome, tapi hati dia baik. Tapi yang tak bestnya, nak kahwin
dengan perempuan yang tak baik.” Isha mencebik. Ishamudin pula menjeling tajam
wajah adiknya. Perempuan tak baik? Mustahil dia akan memilih perempuan yang tak
baik. Lagipun, kalau dah jodoh nak buat macamana.
“Abang, apakata abang putuskan pertunangan abang dengan Kak Diah tu. Lepas
tu abang pergi pinang Mawar ni. Isha sukalah kalau Mawar jadi kakak ipar Isha.”
Aku tersentak. Iskh..iskh..tak nak aku. Kahwin dengan lelaki takde perasaan ni?
“Iskh...Isha, tak baik tau buat macam tu. Saya lagi teruk dari bakal kakak
ipar awak tau.” Aku merendah diri.
“Tapi, sekurang-kurangnya, abang kahwin dengan perempuan yang muda dari
dia. Ni tidak, kenapa mesti nak kahwin dengan perempuan yang lebih tua dari dia.
Tak sesuai.” Isha mencebik. Aku tergelak.
Wajah Ishamudin mula keruh. Padan muka.
“Jangan nak merepek. Kalau adik cakap pelik-pelik lagi, abang tinggalkan
adik tepi jalan.”Isha menjelir lidah pada abangnya.
“Tinggallah. Bagi masa untuk abang kenal dengan gadis cantik ni. Mana tahu
boleh jatuh cinta. Erk..macamana abang kenal Mawar?” Mesra betul Isha ni.
Berbeza dari abangnya. Macam langit dengan bumi.
“Kami satu kilang.” Isha angguk kepala.
“Mawar jangan hairan. Perangai orang tua ni memang macam tu. Memang
padanlah jumpa Kak Diah. Kalau nak harapkan dia cari sendiri calon isteri,
alamatnya tak kahwinlah dia sampai ke tua. Nasib baik Kak Diah tu sanggup
mencemar duli mengorat dia.” Aku tergelak halus. Namun hanya seketika, bila aku
terpandang dia sedang menjeling tajam kearahku.
“Mawar, minta nombor telefon, boleh?” Aku kerutkan dahi. Untuk apa dia
minta nombor telefon aku?
“Err...boleh.” Aku menjawab perlahan. Aku lihat Isha tersenyum.
“Terima kasih. Nanti, kalau ada masa, kita keluar bersama. Nak tak? Nanti,
saya kenalkan Mawar dengan kawan baik saya. Lelaki tau. Handsome lagi tu.
sesuai sangat dengan awak yang comel ni.” Aku angguk kepala. Pada masa yang
sama, aku terpandang Ishamudin tersenyum. Apa yang lawak sangat sampai dia
tersenyum.
“Mawar, ingat tau. Nanti kita keluar lagi ye.” Aku angguk kepala.
Setelah mengucapkan
terima kasih, aku terus beredar. Aku tersenyum kecil. Tak sangka aku berjumpa
seorang kawan hari ni. Tapi, bila aku teringat wajah keruh En.Haikal tadi, aku
jadi kasihan pulak. Takpelah. Esok aku jumpa dia minta maaf kat dia. Hari ni
dalam sejarah, aku dapat tengok Ishamudin tersenyum. Wah!!! Handsomenya dia.
Aku tampar pipi sendiri. Sedar sikit yang dia tu bakal suami orang. Dah takde
lelaki lain kat dunia ni? Sampai tunang orang pun kau nak kebas? Aku geleng
kepala.
*****************************
Versi Edit.... okey ke tidak????
1 catatan:
wawawa..
ngimbau masa lampau ya..
Post a Comment