Followers

Friday, June 22, 2012

Relaku Pujuk 8


“Mawar, bagi bola tu pada Ilah. Apalah budak tu buat kat sana.” Aku sempat mendengar suara Abang Akhil memekik dari tepi padang. Hari ni, sukan sedang berlangsung. Penat juga berlari ke sana ke mari mengejar bola. Tapi seronok. Aku tendang bola tersebut ke arah Ilah. Aku tergelak bila melihat Ilah terkial-kial mengejar bola tersebut. Belum sempat Ilah menyepak bola tersebut, dia sudah terjatuh dilanggar oleh pemain pihak lawan. Nampaknya, terpaksalah aku kejar bola tu lagi. Mana pulak perginya Jo. Mataku meliar mencari kelibat Jo. Aku tersenyum bila melihat dia sudah berada hampir denganku. Kami berdua berlari seiring dan apabila hampir ke pintu gol pihak lawan, aku terus menyepak bola tersebut ke arah Jo.

“Goal,” Semua penyokong bersorak riang. Aku tersenyum melihat rakan-rakan memeluk Jo.

“Tahniah Mawar.” Aku tersenyum manis bila Jo berjabat tangan denganku.

“Takde masalah.” Wisel rehat bergema di padang tersebut. Aku mengeluh lega. Nasib baik main 30 minit je. Kalau main 45 minit, mau aku pengsan kat tengah padang tu. Sudahlah tak cukup latihan.

“Nah!!” Aku mendongak bila melihat dua botol air mineral terlayar diruang mata. Dua wajah lelaki menyapa mata.

“En.Haikal, Abang Handsome..” Aku serba salah. Kedua-duanya begitu berharap aku akan mengambil botol tersebut. Akhirnya aku tersenyum.

“Takpe. Air saya masih ada ni.” Aku tayang botol mineral yang hampir kosong itu.

“Ups....dah minum tadi sebab tu tinggal sikit.” Aku cepat-cepat menjawab bila melihat mata mereka memandang ke arah botol yang telah hampir kosong itu. Aku lihat mereka tersenyum kelat. Kecewa agaknya. Wah!!! Glamorlah aku hari ni. Dua-dua jejaka pujaan melaya datang bagi air mineral kat aku. Aku tersentak bila mereka berdua mengambil tempat disebelahku. Aku toleh kiri kanan. Kemudian aku pandang pulak kawasan sekeliling. Memang betul. Begitu banyak mata memandang dengan riak benci. Yang perempuan aku tak kisah, tapi seorang hamba Allah tu, dia pun tengok aku dengan pandangan jijik. Dia dan tunang dia sama je. Apa kes???

“Pandai Mawar main. Boleh jadi pemain terbaik ni.” Aku tersengih pada En.Haikal.

“Kenapa? Tak pernah tengok perempuan pandai main bola sepak?” Aku bertanya manja. Dia tersenyum. Wah!!! Dong Jun ni asyik senyum je.

“Saya tahu Mawar pandai main. Mawar, kan suka bersukan?” Aku toleh ke kanan. Abang Handsome tersenyum manis. Wah!!! Yang ini pun kacak. Macam siapa ye? Macam Dong Hea  ahli kumpulan Super Junior tu dari Korea tu. Nakal je aku tengok.

“Terima kasih. Err...saya masuk dulu. Dia orang dah panggil tu.” tanpa menunggu jawapan dari mereka, aku terus berdiri dan berlari anak ke tengah padang. Hai...cari bala betullah.

Nasib baik rehat hanya 5 minit. Kalau lama lagi, memang berat bakul sumpahan aku. Mesti ramai yang benci kat aku lepas ni. Yang hamba Allah dua orang tu tak reti nak cover kelakuan ke? Untuk masa kedua kami bermain dengan lebih serius. Seperti yang aku katakan tadi, kalau dah berada di tengah padang. Akan hilang gadis yang sopan santun ini. Fokus ku hanya pada bola dan pintu gawang pihak lawan.

“Sorry,” Aku angguk kepala dan menyambut tangan gadis yang menolak aku tadi. Eleh..macamlah aku tak  tahu kau sengaja tolak aku.

Tapi, sepanjang masa kedua tu, beberapa kali badan aku dilanggar oleh pemain pihak lawan. Kalau 1 lawan 1 takpe jugak, ni yang sampai 3 lawan 1, mana larat nak melawan. Mereka ni main macam nak kenakan aku je. Takpe. Tunggu masa yang sesuai aku balas balik apa yang mereka buat tu. Aku ingat lagi muka mereka, okey.
            
 Bila ada peluang untuk aku balas dendam, aku tersenyum sinis. Peluang dah kat depan mata, aku buat-buat main macam biasa. Aku ternampak gadis yang tolak aku tadi sedang menghadang pemain kumpulan kami. Ini peluang yang baik aku untuk balas dendam. Kalau aku sepak bola tu, memang dia dapat halang, aku sengaja bagi dia halang kerana aku akan sepak sekuat hati. Hahahhaa....satu..dua..tiga..

“Aduh!!!” 

Kan dah kata. Aku buat-buat terkejut sebab bola tersebut betul-betul kena kepala dia masa dia berusaha hendak menanduk bola tersebut. Mesti pening lalat dia lepas ni. Beberapa orang kawannya menghampiri dan bertanya tentang keadaannya. Aku juga menghampirinya.

“Maaf. Saya nak bagi bola tu kat Lia dibelakang awak tu,” Aku minta maaf. Lia angguk kepala.

“Takpe. Aku okey.” Jawabnya kasar dan cuba untuk berdiri namun tidak berdaya.

“Aku rasa kau tak sihatlah. Baik kau berehat kat luar padang je. Sekejap lagi masa habis,” Aku terdiam cuba menahan gelak. Itulah. Suka sangat nak tolak aku tadi. Kemudian, kami bermain macam biasa dan nampaknya mereka hendak membalas dendam. Tapi aku dah tahu, so, aku mengelak jelah.

Kekalahan tetap berpihak pada kami. Aku tersenyum puas. Tak kisahlah. Dah adat permainan ada yang menang ada yang kalah.
“Takpe Mawar. Kita dah cuba yang terbaik.” Aku tersenyum. Wajah kecewa rakan-rakanku membuatkan aku turut sama berasa sedih. 

***********************
           
 Hari minggu begini aku habiskan bersama Sitah. Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba datang seorang hamba Allah.

“Boleh saya duduk?” Aku mendongak sekilas dan meneruskan kunyahan. Lelaki itu pula tanpa perlu dijemput sudah mengambil tempat disebelahku.

“En.Haikal buat apa kat sini?” Sitah memulakan perbualan. Teruja minah ni nak layan lelaki handsome. Aku malas hendak masuk campur. Aku tengah lapar ni. Dua ketul ayam goreng sedang menanti untuk dibaham. Sekarang aku sedang enak membelasah Zinger Burger  tanpa mempedulikan orang sekeliling. Setelah penat buat tawaf kat Spring, perut aku sudah lapar. Sitah ni bukan boleh layan sangat. Kalau shopping, mengalahkan anak datuk. Tapi, kalau shopping beli barang takpe jugak. Boleh dikatakan kami pergi window shopping je. Belek sekejap, kemudian letak semula. Sampai jurujual tu tayang muka tak puas hati. Manalah duit kami cukup untuk beli barang-barang berjenama tu semua. Kalau ikut aku, aku lebih selesa pergi membeli belah kat kedai-kedai tepi jalan tu. Walaupun tak berjenama glamor, tapi selesa dipakai sudah memadai bagiku. Sitah pulak jauh berbeza dengan aku. Pakaian dia, mengalahkan orang bergaji besar. Berjenama semua. Kasut bermacam-macam jenis. Duit gaji dihabiskan untuk beli pakaian. Tapi okeylah, sekurang-kurangnya dia guna duit dia sendiri. Tak macam kawan sebilik aku yang sorang tu, menghabiskan duit pakwe dia untuk beli pakaian berjenama. Alasannya, lelaki tu bagi sebagai hadiah, jadi dia terima je. Eh...terlupa pulak Dong Jun kita ni.

“En.Haikal dah makan?” Aku bertanya setelah melihat dia asyik memerhati aku makan. Sitah pula dah buat muka blur. Mesti dia marah. Sebab, hampir 10 minit lelaki tu duduk kat situ, aku baru teringat nak pelawa dia makan.

“Takpe. Saya dah kenyang. Tengok awak makan dah buat saya kenyang.” Jawabnya sambil tersenyum. Aku angkat bahu. Aku teruskan suapan. Kali ini, aku makan pula ketulan ayam yang masih panas itu. Seronok betul dapat makan. Tak tahulah kalau aku dihantar ke tampat yang takde makanan, aku rasa aku orang pertama yang mati tak makan.

“Kuat makan awak ni ye. Badan masih juga kecik,” Aku kerutkan dahi. Pantas wajah En.Haikal yang comel itu aku pandang.

“Dia memang macam tu En.Haikal. Sehari tak makan, macam orang kebuluran pulak. Masa bulan puasa tak pulak dia buat hal. Kalau nak bawa dia keluar, cakap je, nak bawa dia makan. Kalau En.Haikal bawa dia makan kat Pizza Hut, lagi dia suka.” Sitah buat promosi tanpa gaji. Ala..masa bulan puasa, kita dah pasang niat nak berpuasa, sebab  tu takde masalah. En.Haikal pula tersenyum. Wah!!! Handsome nya dia. Dalam hati aku dah puji dia melambung. Kalau dia dengar, tentu dia tersenyum sampai ke telinga.

“Lepas makan ni, kita tengok wayang, nak tak?” Aku kerutkan dahi. Jam dipergelangan tangan aku pandang sekilas. Baru pukul 1.30 petang. Nak tengok atau tak? Esok aku kerja pagi. Tapi, mata aku ni rasa mengantuk. Sebelum aku menjawab, Sitah terlebih dahulu menjawab.

“Boleh. Lagipun, kami takde apa nak buat petang ni. Esok Mawar kerja pagi.” Aku pandang wajah selamba Sitah. Hai..minah....aku kerja pagi, kau kerja malam, sayang..... tak nak tidur ke? Aku berbisik geram. Namun senyuman masih tak lekang dari bibir. Aku lihat Sitah buat-buat tak faham. En.Haikal pula masih tersenyum memandangku. Orang tua ni, nak kena korek mata tu? Dari tadi tengok orang macam tak pernah nampak perempuan comel. Errrkkk.....perasan la pulak.

“Kalau macam tu, mari. Tentu seronok. Nak tengok cerita apa?” Aku angkat bahu.

“Mana-manalah.” Aku akhirnya mengalah jua. Sebelum, berlalu meninggalkan KFC, aku sempat menghantar mesej pada kakakku tentang rancangan kami. Dia benarkan dan nasihat juga tidak dilupakan.

“Tengok cerita hantu?” Aku geleng kepala. Bukan sebab aku takut. Bosan. Kalau tengok cerita orang berlawan, baru seronok.

“Cerita romantik, nak tak?” Aku bagi jelingan maut kat Sitah yang dah tersengih. Diakan tahu, aku paling tak suka tengok cerita romantik kalau ada orang lelaki. Dia ni memang nak kena.

“Tak seronok.” Aku tersenyum menang bila En.Haikal menolak. Tak sangka dia pun tak minat tengok cerita romantik.

“Kita tengok cerita kung fu je. Macam best je, cerita ni,” Aku membaca sinopsis cerita yang ditunjukkan oleh En.Haikal. Wah!!!! Aku minat cerita macam ni. Cerita tentang pahlawan Cina dalam zaman Dinasty Qin.

“Ok. Saya suka cerita ni,” Aku berkata teruja. Aku lihat Sitah buat muka tak puas hati.

“Tak seronok langsung. Takpelah. Kita layan jelah.” Aku tersenyum menang. Sitah memang sahabat baik aku. Setelah membeli tiket, kami bertiga berjalan sementara menunggu waktu tayangan. Sambil berjalan, kami membeli makanan untuk dibawa ke dalam.

“Mari masuk. Dah nak mula,” Kami bertiga berlari ke pintu masuk. Oleh kerana terlalu leka memerhati gelagat manusia dia dalam Shopping kompleks itu, kami bertiga hampir terlepas waktu tayangan.

“Nasib baik sempat.” Kami bertiga tergelak. Tak sangka, En.Haikal ni okey juga. Dapat satu kepala dengan aku dan Sitah, kira ok lah tu. Aku sangat teruja melihat permulaan cerita tersebut. Memang sungguh mengasyikkan. Kami mendiamkan diri sepanjang menonton cerita tersebut. Seolah-olah kami sedang berada pada zaman itu.

“Mawar, aku nak ke tandas dulu.” Aku angguk kepala. Sitah ni, waktu kemuncak ni jugak dia nak pergi ke tandas.

“Kau tak payah temankan aku. Aku pandai pergi sendiri.” Aku pandang wajahnya. Dia tersenyum.

“Betul?” Aku bertanya lagi. Manalah tahu dia merajuk bila aku macam tak berminat nak temankannya.

“Betullah. Kau layan je cerita tu. Nanti aku masuk balik,” Aku angguk kepala.

“Kenapa?” Aku tersentak bila En.Haikal bertanya padaku.Wajahnya begitu hampir padaku. Aku mengelak sedikit.

“Sitah pergi tandas.” Aku lihat dia tersenyum dan angguk kepala.

“Seronok?” Soalnya padaku. Aku angguk kepala namun mataku masih melekat di skrin besar itu. Selepas itu, aku tidak mendengar suara En.Haikal lagi. Tumpuanku seratus peratus pada cerita yang ditayangkan.

“Saya suka tengok awak.” Aku berpaling ke arah En.Haikal. Dia sedang merenungku.

“Encik tak tengok cerita ke?” Dia hanya tersenyum kecil.

“Tengok. Menyelam sambil minum,” Ucapnya selamba. Aku geleng kepala. Malas nak layan. Tengok orang berlawan lagi baik. Aku menoleh ke belakang bila terasa kerusiku ditolak seseorang. Oleh kerana keadaan agak gelap, jadi, aku tidak dapat melihat dengan jelas siapa yang kurang ajar sangat menyepak kerusi aku ni. Kalau aku naik hantu, nanti tak pasal-pasal, semua orang tak dapat tengok cerita.

“Mana Sitah ni? Buang air ke buat air? Budak ni,” Aku merungut. En.Haikal tergelak halus.

“Dia tolong orang kat luar tu bancuh air agaknya,” En.Haikal menjawab perlahan bersama gelaknya. Aku menjeling tajam. Pandai je nak buat lawak.

“Kalau macam tu, saya nak keluar jugak. Nak tolong Sitah bancuh air.” Aku berdiri, namun tanganku ditarik dan akhirnya aku duduk kembali.

“La...nanti masuklah dia tu. Kita tunggu kat dalam ni je. Okey?” Aku terdiam seketika dan akhirnya angguk kepala. Yelah. Takkan Sitah nak tinggalkan aku dengan pak cik ni. Aku kembali memandang ke hadapan. Bila tiba aksi lucu, aku tergelak besar bersama mereka yang berada di dalam panggung tersebut.

“Saya suka bila awak ketawa. Cantik.” Aku berpaling memandang wajah En.Haikal sekilas. Eleh...ayat jiwang. Ingat aku nak cair? Huwargg...tak rasa apapun. Takut tu adalah. Aku tak pernah lagi keluar berdua dengan lelaki lain. Kira ini kali pertama tengok wayang dengan lelaki yang bukan Mahram aku. Kalau abang aku tahu, memang teruk aku kena ceramah.

“Terima kasih. Saya memang cantik dah lama tau. Baru tahu ye?” Aku menjawab selamba dan memandang ke skrin besar itu. Best jugak cerita ni. Nanti aku nak beli CD pulak. Kalau tengok kat rumah mesti best ni. Sekali lagi aku menoleh ke belakang. apasallah orang yang duduk kat belakang aku ni asyik tolak kerusi aku ni.

“Awak dah ada pak we?” Iskhhh...orang tua ni. Aku nak layan cerita best pun tak dapat. Apahal tetiba tanya pasal boyfriend ni. Aku mana ada masa nak cari boyfriend.

“Takde.” Aku menjawab selamba sambil tergelak lagi. Lucu jugak cerita. Berlawan asyik terjatuh je. Dah macam orang menari pulak.

“Ye ke? Nak saya jadi pak we awak?” Aku kerutkan kening.

“Tak nak.” Aku pandang sekilas wajahnya yang sedang tersenyum itu. Selamba je nak jadi pak we aku. Nak kena bantai oleh abang aku? Tak nak aku cari masalah.

“Kenapa? Saya handsome apa, lebih handsome dari Asran.” Aku buat muka tak puas hati.

“Abang Handsome lagi kacak tau.” Aku lihat dia sedikit kecewa.

“Tapi, yang paling handsome, mestilah ayah saya. Lepas tu, abang-abang saya...lepas tu, bakal suami saya. Siapa lagi ye...ermmm” Aku garu dagu seketika.

“Sudah..sudah..ke situ pulak. So, apa ciri-ciri lelaki idaman awak?” Aku pandang wajah En.Haikal. tak puas hati betul dengan dia ni. Orang nak tengok wayang, bukan nak buat wayang.

“La...orang nak tengok cerita ni. Malaslah nak fikir hal remeh tu.” Aku muncung mulut. Dia tersengih dan akhirnya mendiamkan diri. Tumpuan kami kembali terarah ke skrin besar itu. Kerana terlalu seronok melayan filem tersebut, aku tidak peduli samaada Sitah ada atau tidak. Sehingga kami keluar dari panggung tersebut.

“Seronok betul. Nanti nak pergi beli CD pulak. Tak puas tengok kat dalam tadi.” Aku tersenyum lebar. En.Haikal hanya tersenyum kemudian dia geleng kepala. Sebaik sahaja sampai diruang legar, aku tersentak. Pantas, jari aku gigit.

“Encik, Sitah mana? Macamana saya nak balik?” Aku pantas mengeluarkan telefon bimbitku. Ada mesej.
Beb, aku blk dulu. Aku lupa, aku kerja mlm, malam ni. Nak tidur. Ko blk dgn en.haikal ye,’
Aku mengeluh. Aku pandang wajah En.Haikal. Balik dengan dia? Aku garu kepala. Tak naklah. Nanti dia culik aku? Aku garu kepala yang tidak gatal. Walaupun kita kenal seseorang itu, tetapi, kita tak tahu apa yang tersimpan di dalam hatinya. Pada masa yang sama, aku terpandang seseorang yang aku kenal sedang merenung tajam kearahku.

“Err...En.Haikal, saya balik dulu ye.” Aku terus berlari mengejar lelaki yang aku nampak tadi.

“Mawar..tunggu..” Aku berjalan pantas.

“Saya hantar ye.” Aku gigit bibir. Bukan aku tak mahu, dia hantar, tapi...aku tak selesa berdua dengannya. Mungkin sebab cara dia pandang aku, penuh dengan niat yang tersirat.

“Takpe. Saya balik naik bas je.” Aku menolak. Aku lihat wajahnya kecewa. Aku terus berlari mencari lelaki yang aku lihat tadi. Tetapi, hampa. Cepat betul dia menghilang. Tapi, mengapa aku nak cari dia? Aku dan dia bukan ada apa-apa kaitan.

********************************

Aku berjalan perlahan menuju ke perhentian bas. Sebaik sahaja sampai dihentian bas, aku mengeluh lega. Nak naik bas nombor berapa ye, kalau nak balik? Inilah padahnya, kalau asyik ikut orang. Aku mendail nombor telefon Sitah. Beberapa kali aku mendail, namun hanya peti suara yang menjawab. Aku berdengus kasar.

“Ada telefon tak diguna. Orang call tak jawab. Nanti kau, datang asrama aku pecahkan kau punya telefon.” Aku berkata geram. Aku menongkat dagu memandang kereta yang melintas di depanku. Rasa nak nangis ada jugak. Aku gigit bibir menahan sebak di dada. Macamana kalau takde bas atau van. Macamana aku nak balik? Aku rasakan airmata mula mengalir dipipi. Kalau mak tahu aku terkandas di pasar ni, tentu dia susah hati. Nak telefon Kak Rina, aku takut kena marah. Perlahan aku kesat airmata yang mula mengalir dipipiku.

“Aku hantar kau balik,” Aku mendongak memandang wajah lelaki yang berdiri dihadapanku. Erkkkk...Aku toleh kiri dan kanan. Tiada sesiapa kat situ. Dia ni bercakap dengan aku ke, atau tengah menjawab panggilan telefon.

“Awak bercakap dengan siapa?” Aku bertanya pelik sambil mendongak memandang wajahnya dengan wajah sedih.

“Dengan kau, lah. Siapa lagi yang ada kat sini?” Aku kerutkan dahi. Nak ajak orang macam nak bunuh orang je. Kasar betul.

“Takpelah. Saya tunggu bas je. Errr...awak tahu tak bas nombor berapa yang patut saya naik?” Aku bertanya perlahan sambil mengesat airmata yang tiba-tiba berhenti bila tengok wajah masam lelaki itu.

“Huhhhh...dah tahu tak pandai balik naik bas, jangan keluar seorang diri. Kenapa tak suruh boyfriend kau hantarkan?” Aku muncung mulut. Sibuk je. Dia ni siapa ye?

“Dah...tak payah nak bertekak. Abang, jum balik. Awak pun ikut sama.” Aku tersentak bila mendengar suara perempuan mencelah. Aku pandang wajah comel itu.

“Errrr...saya..tapi..saya..” Aku tidak sempat menjawab bila tanganku ditarik oleh gadis tersebut. Setelah berada di dalam kereta gadis itu memperkenalkan dirinya.

“Saya Isha. Adik cik abang ni.” Aku angguk kepala dan tersenyum padanya.

“Mawar.” Dia tersenyum.

“Bunga Mawar?” Katanya selamba. Aku tergelak halus.

“Abang, kenapa abang kasar sangat dengan dia tadi?” Aku pandang wajah lelaki yang sedang serius memandu itu. Namun tiada jawapan yang keluar dari mulutnya.

“Mawar, kenapa Mawar tak nak balik dengan kekasih Mawar tadi?” Aku kerutkan dahi. Kekasih aku? Siapa? En.Haikal? aduh!!! Dia dah salah faham ni.

“En.Haikal? Awak ni, dia bukan kekasih sayalah. Kebetulan terserempak dengan dia tadi. Lepas tu kita orang tengok wayang. Kawan saya pulak, balik tak bagi tahu. Saya takut dengan lelaki yang ada kereta ni. Nanti kena culik,” Aku memperlahankan suara. Mataku mencuri pandang wajah tegang lelaki dihadapanku itu.

“Lucu lah awak ni. Takkan takut nak kena culik oleh lelaki handsome tu. Kalau saya, saya suka kena culik oleh dia.” Isha ketawa besar. Namun seketika kemudian dia terdiam. Mungkin abangnya dah bagi jelingan maut. Isha..Isha..Dia ingat kena culik tu okey ke? Kita ni perempuan. Jadi berhati-hati adalah sikap yang mampu menyelamatkan kita dari menjadi mangsa lelaki-lelaki buas.

“Jangan memandang luaran je tau.” Aku berkata yakin. Dia tersenyum.

“Iya. Wajah yang handsome belum tentu bersikap baik. Macam abang saya ni, walaupun tak handsome, tapi hati dia baik. Tapi yang tak bestnya, nak kahwin dengan perempuan yang tak baik.” Isha mencebik. Ishamudin pula menjeling tajam wajah adiknya. Perempuan tak baik? Mustahil dia akan memilih perempuan yang tak baik. Lagipun, kalau dah jodoh nak buat macamana.

“Abang, apakata abang putuskan pertunangan abang dengan Kak Diah tu. Lepas tu abang pergi pinang Mawar ni. Isha sukalah kalau Mawar jadi kakak ipar Isha.” Aku tersentak. Iskh..iskh..tak nak aku. Kahwin dengan lelaki takde perasaan ni?

“Iskh...Isha, tak baik tau buat macam tu. Saya lagi teruk dari bakal kakak ipar awak tau.” Aku merendah diri.

“Tapi, sekurang-kurangnya, abang kahwin dengan perempuan yang muda dari dia. Ni tidak, kenapa mesti nak kahwin dengan perempuan yang lebih tua dari dia. Tak sesuai.” Isha mencebik. Aku tergelak.  Wajah Ishamudin mula keruh. Padan muka.

“Jangan nak merepek. Kalau adik cakap pelik-pelik lagi, abang tinggalkan adik tepi jalan.”Isha menjelir lidah pada abangnya.

“Tinggallah. Bagi masa untuk abang kenal dengan gadis cantik ni. Mana tahu boleh jatuh cinta. Erk..macamana abang kenal Mawar?” Mesra betul Isha ni. Berbeza dari abangnya. Macam langit dengan bumi.

“Kami satu kilang.” Isha angguk kepala.

“Mawar jangan hairan. Perangai orang tua ni memang macam tu. Memang padanlah jumpa Kak Diah. Kalau nak harapkan dia cari sendiri calon isteri, alamatnya tak kahwinlah dia sampai ke tua. Nasib baik Kak Diah tu sanggup mencemar duli mengorat dia.” Aku tergelak halus. Namun hanya seketika, bila aku terpandang dia sedang menjeling tajam kearahku.

“Mawar, minta nombor telefon, boleh?” Aku kerutkan dahi. Untuk apa dia minta nombor telefon aku?

“Err...boleh.” Aku menjawab perlahan. Aku lihat Isha tersenyum.

“Terima kasih. Nanti, kalau ada masa, kita keluar bersama. Nak tak? Nanti, saya kenalkan Mawar dengan kawan baik saya. Lelaki tau. Handsome lagi tu. sesuai sangat dengan awak yang comel ni.” Aku angguk kepala. Pada masa yang sama, aku terpandang Ishamudin tersenyum. Apa yang lawak sangat sampai dia tersenyum.

“Mawar, ingat tau. Nanti kita keluar lagi ye.” Aku angguk kepala.

               Setelah mengucapkan terima kasih, aku terus beredar. Aku tersenyum kecil. Tak sangka aku berjumpa seorang kawan hari ni. Tapi, bila aku teringat wajah keruh En.Haikal tadi, aku jadi kasihan pulak. Takpelah. Esok aku jumpa dia minta maaf kat dia. Hari ni dalam sejarah, aku dapat tengok Ishamudin tersenyum. Wah!!! Handsomenya dia. Aku tampar pipi sendiri. Sedar sikit yang dia tu bakal suami orang. Dah takde lelaki lain kat dunia ni? Sampai tunang orang pun kau nak kebas? Aku geleng kepala.

*****************************

Versi Edit.... okey ke tidak????

1 catatan:

MaY_LiN said...

wawawa..
ngimbau masa lampau ya..