Followers

Sunday, December 27, 2009

Pilihan Hati 8

“Is, kirim salam kat adik angkat kau tu. Comel betul. Suka aku tengok. Kalau aku dapat perempuan macam tu, huhhhhh....Tuhan saja yang tahu, betapa gembiranya aku,” Hadi geleng kepala bila mengingatkan kelembutan dan keayuan wajah Ariyana. Iskandar menjeling tajam wajah sahabatnya.

“Kau jangan ada niat nak permainkan dia. Kalau nak berkenalan dengan dia, berkenalan dengan cara yang baik. Dia tu anak yatim piatu.” Iskandar bersuara keras sambil membelek fail ditangannya.

“Betul? Kau tak kisah?” Iskandar geleng kepala tanpa memandang wajah Hadi.

“Takpelah. Walaupun aku ada peluang nak dekat dengan dia, tapi aku rasa, dia takkan terima aku. Aku yakin,” Iskandar berpaling memandang wajah Hadi dengan riak hairan. Hadi tersenyum.

“Perempuan ni, hati mereka susah hendak dijangka. Walau nampak mudah didekati, tapi agak sukar ditakluki. Zaman sekarang dah berubah. Mereka sudah pandai membuat pilihan.” Iskandar termenung seketika memikirkan kata-kata Hadi.

“Aku pun berdoa semoga dia berjumpa lelaki yang baik.” Iskandar bersuara perlahan. Hadi tersenyum.

“Aku rasa dia dah jumpa lelaki tu, Cuma dia tidak yakin samaada pilihan dia tu betul atau salah. Dan yang pasti, dia tidak salah pilih.” Iskandar kerutkan dahi. Tidak memahami makna yang tersirat disebalik kata-kata yang keluar dari mulut Hadi.

“Iye?” Iskandar bertanya sinis.

“Kuat jugak iman kau ye. Tak terfikir ke, kau nak apa-apakan adik angkat kau tu? Maksud aku, dia kan cantik, kalau lelaki lain, aku rasa, sekarang ni dah jadi isteri orang si Ariyana tu.” Iskandar menjeling tajam wajah sahabatnya yang sedang tersenyum mengejek.

“Mulut. Tak ada insurance. Apa pulak aku nak buat perkara terkutuk tu. Kau ingat aku ni lelaki yang macam tu ke?” Iskandar berkata berang. Hadi tersenyum.

“Luculah kau ni. Aku gurau je. Aku tahu, kau bukan lelaki macam tu. Saja nak tengok kau marah. Tapi, macam tak yakin je,” Hadi sengaja mengusik Iskandar hingga membuatkan Iskandar melontar pen ke arah Hadi. Hadi mengelak dan ketawa besar.

“Okey. Aku balik dulu. Tak ganggu kau,” Hadi berlalu meninggalkan Iskandar seorang diri. Dia tersenyum sambil geleng kepala.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah, Iskandar masih memikirkan siapa yang dimaksudkan oleh Hadi sebentar tadi. Siapa lagi lelaki yang Ariyana kenal. Setahunya, tidak ramai yang mendekati Ariyana secara rapat. Dan ketika dia sampai di rumah, lampu ruang tamu masih menyala. Dan ketika hendak menaiki tangga, dia terdengar suara perempuan diruang tamu rumahnya. Tanpa dia sedar, bulu romanya berdiri. ‘Takkanlah ada hantu. Tapi.... malam ni malam jumaat. Mungkinkah?’ Iskandar melangkah perlahan menuju ke sofa di hadapan ruang televisyen. Dia geleng kepala bila melihat Ariyana sedang nyenyak tidur di atas sofa.

********************************

“I love you.” Ariyana tersipu malu bila si jejaka mengucap kata-kata keramat itu. Dia tersenyum lebar. Betapa bahagianya bila mendengar ucapan cinta dari lelaki yang dia puja.

“I love you too.” Jawabnya perlahan tanpa memandang wajah lelaki dihadapannya.

“Betul?” Ariyana angguk kepala kemudian Ariyana jatuh terduduk.

“Ari....Ari...Ariyana,” Ariyana buka mata perlahan-lahan. Wajah lelaki yang mengucapkan cinta padanya kurang jelas. Beberapa kali namanya dipanggil dan Ariyana terus tersenyum.

“Budak ni, tersenyum pulak dia.” Iskandar bercekak pinggang di hadapan Ariyana yang masih nyenyak tidur di atas sofa. Iskandar terkejut bila mendengar suara orang ketawa halus. Sangkanya mungkin mahluk halus yang ketawa di tangah malam. Bila dia menghampiri sofa di ruang tamu, dia terpandang Ariyana yang sedang tersenyum. Sekejap ketawa. Rupanya mengigau. Iskandar geleng kepala.

“Apa yang dia mimpi tu agaknya.” Iskandar bercekak pinggang.

“Ari..Ari...bangun Ari,” Ariyana bergerak sedikit. Matanya dibuka perlahan. Dia pandang wajah lelaki dihadapannya.

“Owh!!! Arif. Jangan ganggu kakak. Main jauh-jauh.” Ariyana menolak tangan Iskandar yang menyentuh bahunya. Iskandar garu kepala. ‘Dia ingat aku ni Arif pulak. Budak ni masih bermimpi,’ Iskandar garu kepala.

“Macamana nak kejutkan dia ni.” Iskandar terus merenung wajah Ariyana. ‘Comelnya dia. Macam budak-budak,’ Iskandar ralit seketika. Bila melihat senyuman dibibir Ariyana, Iskandar turut sama tersenyum. Beberapa minit kemudian, Ariyana berputar dan terus jatuh ke lantai. Iskandar tidak dapat menahan rasa lucu lalu tergelak. Ariyana menggosok punggungnya kemudian menggosok matanya yang masih terasa mengantuk. Kemudian dia memandang ke hadapan. Serta merta matanya terbuka luas dan Ariyana terus berdiri tegak.

“Abang Is... apa abang buat kat sini?” Ariyana bertanya hairan. Iskandar kerutkan dahi.

“Aku yang patut tanya kau soalan tu. Yang kau tidur kat sini kenapa? Kena halau dari bilik sendiri?” Ariyana garu kepala. Otaknya terasa lambat menafsirkan perkara yang terjadi.

“Owh.... Alamak!!!!! Sorry,” Ariyana terus berlari kebiliknya. Iskandar geleng kepala kemudian mengurut dadanya tanda lega. ‘Nasib baik dia tersedar cepat, jika tidak... tak tahulah apa yang terjadi,’ Iskandar mengeluh lega. Dia bimbang tidak dapat menahan niat jahat yang sedang bermain difikiran saat melihat Ariyana tidur nyenyak dihadapannya. Ariyana terus berlari tanpa menoleh. Sebaik sahaja sampai dibiliknya, Ariyana bersandar pada pintu bilik. Kemudian melompat ke atas katil. ‘Macamana aku boleh terlupa yang aku kat rumah dia. Aduh!!!!!’ Ariyana tutup mukanya dengan tapak tangan.

Sementara di bawah pula, Datin Hasmah hairan melihat Iskandar tersenyum seorang diri.

“Is, apa yang lucunya? Balik kerja terus tersenyum.” Iskandar tersentak.

“Errr...Mak. terkejut Is dibuatnya. Takde apa-apa. Mak nak minum ye?” Iskandar bertanya bodoh sambil menggaru dahi.

“Tak. Mak lupa kejutkan Ari. Tadi dia pesan kalau dia tertidur kat sini, dia suruh kejutkan.” Iskandar tersenyum lagi.

“Is dah kejutkan dia tadi.” Iskandar menaiki tangga menuju kebiliknya sambil tersenyum. Datin Hasmah hairan.

“Macam-macam perangai budak ni,” Datin Hasmah geleng kepala dan berlalu ke bilik menyambung kembali tidurnya yang terganggu.

Keesokan paginya, Ariyana bangun lambat. Selepas dikejutkan oleh Iskandar,matanya terus tidak mahu lelap. Selepas Subuh, barulah matanya mengantuk. Bila tersedar, jam sudah menghampiri 11 pagi.

“Mak. Maaf sebab lambat bangun. Ari tak dapat tidur semalam,” Ariyana serba salah. Sudahlah menumpang dirumah orang, bangun lambat pulak.

“Kenapa dengan Ari ni? Ari masih tak sihat, kan? Biasalah tu bangun lambat. Jangan risaulah. Mak faham,” Ariyana tersipu malu. Datin Hasmah geleng kepala.

“Mak ni, terlalu baik sangat. Segan Ari dibuatnya,” Ariyana bersuara perlahan.

“Apa yang Ari nak segan. Mak dah anggap Ari macam anak mak sendiri. Lagipun, bukan semua orang yang mak layan dengan baik. Hanya orang-orang yang tertentu saja dapat layanan yang baik dari mak,” Datin Hasmah tersenyum. Ariyana angguk kepala.

“Hari ahad ni, Ari balik ke sana. Dah lama sangat tinggalkan Shila. Nanti bising pulak dia.” Ariyana menghirup teh tarik yang disediakan oleh Datin Hasmah.

“Baiklah. Nanti mak bagi tahu Abang Is kamu. Minta tolong dia hantarkan Ari ke sana,” Ariyana tersentak.

“Ehhhh. Tak payah mak. Macamana ye?” Ariyana gelabah. Kejadian semalam bermain difikiran. Kemudian dia garu kepala. Datin Hasmah hairan.

“Apa pulak tak payah? Jangan nak berdalih. Biar Is yang hantar kamu balik. Kalau tidak, tak payah balik ke sana. Tamankan mak kat sini,” Ariyana buat muka kecewa. Beberapa saat kemudian, dia menompang dagu memandang wajah serius Datin Hasmah.

“Okey mem,” Ucapnya perlahan. Tergelak Datin Hasmah dibuatnya. Ariyana angkat kening.

“Mak, selalu betul Abang Is balik? Dia tak tinggal kat sana lagi ye?” Ariyana bertanya sambil mencuci gelas yang digunakannya.

“Dah 2 minggu ni, dia asyik balik rumah. Ada tugasan kat Balai Polis kat sini.” Ariyana angguk kepala.

“Patutlah. Selalu nampak dia kat rumah ni,” Ariyana bersuara perlahan. Datin Hasmah tersenyum kemudian geleng kepala.

*******************************

3 catatan:

MaY_LiN said...

yea..
yea..
is hantar ari

sinichies_girl88 said...

is dah jatun tangga ngn ary hehhe
sweet...
nak lagi...sambung..sambung...
:)

nursya said...

ari jatuh kerusi...
is lak jatuh ati...
wakakaka...
best..best..