Followers

Monday, March 29, 2010

Pilihan Hati 26

Iskandar berlari masuk ke dalam rumah. Shila tersentak bila melihat wajah tidak terurus abangnya.

“Shila....Ari mana?” Shila kerutkan dahi.

“Datang tak bagi salam. Terus tanya Ari? Abang dah lupa ye, adik ni siapa? Dah berbulan-bulan tak hantar khabar berita, datang je terus tanya hal Ari.” Shila muncung mulutnya. Tiga bulan lebih Iskandar tidak menghubunginya. Katanya dia ada kursus dan tidak dibenarkan menghubungi kaum keluarga sepanjang tempoh tersebut kecuali ada perkara penting sahaja..

“Cepatlah...cakap Ari kat mana?” Iskandar merayu. Sebaik sahaja tamat taklimat dan telefon bimbit mereka dikembalikan, dia terus mendail nombor telefon Ari, namun tiada jawapan. Kemudian dia mendail nombor telefon Hadi. Dan berita yang Hadi sampaikan seperti batu yang menghempas kepalanya.

“Dia pergi jumpa Irwan. Abang...Tak sangka Ari dan Irwan akhirnya bercinta jugak. Termakbul doa adik,” Shila tersenyum gembira. Iskandar yang mendengarnya hampir pengsan.

“Abang? Kenapa ni?” Shila membantu Iskandar duduk di atasa sofa.

“Abang penat je. Dah lama Ari pergi?” Shila hairan. ‘Kenapa dengan abang aku ni? Asyik tanya tentang Ari,’ Bisiknya dalam hati.

“Dia baru jugak keluar tadi. Janji dengan Irwan nak jumpa kat Waterfront.” Iskandar terus berdiri. Shila juga berdiri sama.

“Abang nak ke mana tu?” Iskandar tidak menoleh lagi. Fikirannya hanya tertumpu pada Ariyana. Kereta dipandu laju tanpa sempat dihalang oleh Shila.

“Kenapa dengan orang tua tu? Masalah betul.” Shila geleng kepala.

**********************

“Ari...tolong tunggu abang...” Iskandar berbisik dalam hati. Keadaan jalan raya juga agak sibuk mungkin ramai yang keluar ke pasar sama ada untuk membeli-belah ataupun keluar makan angin dengan ahli keluarga. Iskandar semakin gelisah. Keadaan tersebut seolah-olah tidak memberi petanda yang baik untuknya. Iskandar mencari tempat parking untuk kereta hampir 30 minit.

“Ari...Ari kat mana?” Iskandar memandang sekeliling dan satu persatu wajah pengunjung di tebingan sungai itu menjadi sasarannya. Namun kelibat Ariyana masih belum kelihatan. Iskandar meraup mukanya dan menggigit bibir bila merasakan dia hampir gagal menemui Ariyana. Kelopak mata terasa hangat apabila airmata mula menunjukan tanda hendak jatuh. Iskandar mengambil tempat duduk di kerusi yang terdapat di Waterfront sambil merenung jauh ke hadapan. Dan, disudut yang lain pula, Ariyana sedang berkira-kira samaada keputusan yang dia bakal ambil betul atau salah. Sebahagian hatinya menolak, sebahagian lagi memaksa dia menerima Irwan. Lama wajah Irwan yang tenang itu ditatap. ‘Kenapa tiada debar dirasakan bila bersama lelaki ini. Sedangkan dulu, bila berhadapan dengan Irwan, terasa semua perkara yang aku lakukan tidak menjadi. Tapi...kenapa sekarang perasaan tu hambar?’ Ariyana bertanya pada diri sendiri.

“Jadi...apa keputusan awak?” Irwan bersuara bila terlalu lama mereka mendiamkan diri. Ariyana tunduk kemudian beberapa minit kemudian dia mengangguk kepala.

“Maksud awak?” Ariyana angkat muka memandang wajah Irwan.

“Saya terima awak. Tapi....buat masa sekarang, saya belum ada apa-apa perasaan pada awak. Dan, saya akan pupuk hati saya untuk menyukai awak. Bolehkan?” Ariyana bertanya bimbang. Irwan berfikir sejenak. Lama wajah dihadapannya itu direnung.

“Saya sanggup. Saya janji akan buat awak jatuh cinta pada saya.” Irwan berkata yakin.

********************************
Sudah 6 bulan berlalu. Hubungan Iskandar dan Ariyana kembali seperti dahulu. Dingin. Masing-masing cuba melarikan diri. Namun jauh disudut hati, Ariyana masih mengharapkan cinta dari Iskandar. Iskandar pula berusaha membuang rasa cintanya terhadap Ariyana bila yakin bahawa Ariyana menyintai Irwan.

“Saya tahu awak masih cintakan dia.” Irwan berkata kasar. Ariyana gigit bibir menahan geram.

“Kan saya dah cakap. Bagi masa untuk saya melupakan dia. Kenapa awak masih tak faham. Awak tak membantu saya melupakan dia. setiap hari awak sebut nama dia. sampai saya rasa, dia semakin dekat dihati saya.” Ariyana berkata marah. Sekali lagi Iskandar menjadi punca mereka bergaduh. Irwan terlalu kuat cemburu. Memang dia masih cintakan Iskandar, namun, Irwan patut tahu, keputusan dia adalah muktamad. Dia sudah memilih Irwan, sepatutnya Irwan menjaga hubungan mereka. Cuba untuk memikat hatinya. Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Irwan sering mencari kesilapannya.

“Saya ni ada hati dan perasaan. Saya dapat baca dari setiap perbuatan awak bila kita balik rumah keluarga angkat awak. Cara awak pandang Iskandar tu sering buat saya terasa hati. Kenapa susah sangat awak nak terima kenyataan yang awak sekarang bersama saya?” Ariyana gigit bibir. Kali ini, dia memang tak dapat nak bersabar lagi.

“Jadi...saya pulak? Takde hati dan perasaan? Macam tu? Awak tak pernah percayakan saya. Awak nak saya putuskan hubungan dengan mereka? Mereka yang menjaga saya semasa saya susah? Bila saya dah ada awak, saya lupakan mereka. Awak nak saya jadi seorang yang tak kenang budi?” Ariyana bertanya geram. Irwan mendiamkan diri. Dia hanya inginkan perhatian Ariyana. Dia mahu Ariyana melayan dirinya seperti Ariyana melayan ahli keluarga Iskandar.

“Saya nak balik,” Ariyana terus beredar meninggalkan Irwan. Irwan hanya memerhati langkah Ariyana yang semakin laju menuju keluar restaurent. Niatnya hendak mengejar Ariyana terbantut bila dia disapa oleh Zawiyah.

“Wan, kebetulan pulak. Awak sorang?” Zawiyah bertanya sambil tersenyum. Sedangkan dia tahu Irwan bersama Ariyana sebentar tadi.

“Owh....Puan, saya keluar dengan Ariyana tadi. Tapi, dia merajuk pulak,” Irwan tersenyum kelat.

“Owh!!! Hubungan awak berdua okey ke?” Zawiyah bertanya lagi sambil terus merenung wajah tampan itu.

“Biasa je. Biasalah Puan, sekali-sekali bergaduh. Err...saya pergi dulu ye,” Zawiyah angguk kepala. irwan terus berlalu mengejar Ariyana. Namun dia hampa, bila kelibat Ariyana sudah tidak kelihatan lagi. Matanya meliar mencari disekeliling tetapi tidak kelihatan bayang Ariyana.

“Mana pulak dia pergi? Cepat betul?” Irwan garu kepala.


*****************************

“Tuan, tengok tu...mereka tu nampak mencurigakan. Nak singgah tak?” Zakri bertanya pada Iskandar. Iskandar turut sama menoleh ke stesen bas yang sunyi itu.

“Okey. Berhenti dulu. Memang mencurigakan gelegat mereka tu,” Iskandar bersuara tegas. Ketika kereta Iskandar berhenti di stesen bas tersebut, keempat-empat lelaki tersebut menoleh ke arah mereka. Ketika itu, Iskandar dan Zakri memakai pakaian biasa kerana mereka baru sahaja balik dari membuat serbuan.

“Kenapa ni?” Zakri bertanya pada mereka. Lelaki-lelaki tersebut hanya tersengih.

“Jangan nak sibuk hal kita orang. Kami tak mengganggu sesiapa pun,” Salah seorang mereka menjawab.

“Kenapa dengan dia tu?” Zakri bertanya lagi. Iskandar hanya memandang ke arah lelaki tersebut. Bersedia untuk bertindak sekiranya mereka cuba melakukan sesuatu.

“Owh...dia... dia adik saya.” Lelaki berbaju hitam pulak menjawab.

“Kenapa dengan adik awak tu?” Iskandar pula bertanya. Dan pada masa yang sama gadis tersebut angkat muka dan menerpa ke arah Iskandar.

“Abang Is. Tolong Ari...” Iskandar tersentak. Begitu juga mereka yang lain. Zakri terus mengeluarkan pistolnya bila melihat 4 lelaki tersebut cuba menarik tangan Ariyana.

“Ari? Kenapa Ari ada di sini?” Iskandar bertanya pelik. Wajah pucat lelaki-lelaki dihadapannya di pandang tajam.

“Minta kad pengenalan kamu semua,” Iskandar bersuara tegas selepas menunjukan lencananya pada lelaki tersebut. Semua mereka kecut perut.

“Maaf tuan. Kami hanya nak bantu dia saja. Kasihan tengok dia sorang diri kat sini,” Lelaki yang bernama Harun itu bersuara mewakili mereka yang lain. Iskandar geram.

“Sekali lagi saya nampak awak semua buat perkara yang tak elok, saya tak teragak-agak untuk tangkap awak semua.” Iskandar bersuara geram. Setelah selesai mencatat nama-nama lelaki tersebut, mereka disuruh beredar. Ariyana masih memeluk Iskandar. Ketika mereka hendak beredar Irwan datang.

“Tuan...kenapa dengan Ari?” Irwan bertanya hairan. Dan, dia juga hairan bagaimana Iskandar boleh berada di situ.

“Kalau kau sayangkan Ari, tunjukkan kasih sayang kau tu. Jaga dia elok-elok.” Iskandar bersuara marah sebaik sahaja matanya menjamah wajah Irwan. Ariyana masih memeluk tubuhnya. Takut dengan kejadian yang hampir meragut kesuciannya sebentar tadi. Nasib dia baik kerana sempat diselamatkan oleh Iskandar dan Zakri. Irwan terdiam. Menyesali perbuatanya yang membiarkan Ariyana pulang sendirian. Kerana kelalaiannya, 4 orang lelaki yang tidak dikenali cuba melakukan perkara yang tidak senonoh pada Ariyana ketika gadis tersebut menunggu teksi.

“ Saya minta maaf. Saya tak bermaksud begitu,” Irwan meminta maaf. Ariyana masih menyembunyikan wajahnya disebalik dada bidang itu. Iskandar menarik tubuh Ariyana menuju ke keretanya meninggalkan Irwan dengan rasa bersalah. Beberapa kali nama Ariyana di panggil, namun Ariyana terus berlalu.

“Kan abang dah cakap dulu, jangan keluar sorang-sorang. Lepas tu, boleh tak Ari pakai pakaian yang elok sikit? Ni...pakaian macam orang nak tayang diri. Lelaki mana yang tak tergoda. Lepas tu nak salahkan lelaki pulak,” Ariyana mendiamkan diri mendengar Iskandar membebel. Hanya airmata yang mengiakan segala teguran Iskandar. Iskandar bersyukur kerana dia sempat menyelamatkan Ariyana. Ariyana langsung tidak bergerak di kerusi belakang. Zakri hanya mendengar Iskandar memarahi Ariyana. Sebaik sahaja sampai di rumah Ariyana, Shila meluru keluar. Sebelum sampai ke rumah tersebut, Iskandar terlebih dahulu menelefon Shila memberitahu perkara tersebut pada Shila, supaya adiknya itu tahu apa yang perlu dibuat. Dia yakin, Ariyana masih dalam ketakutan. Ariyana terus memeluk Shila dan menangis sepuas hati dibahu temannya itu.

“Sudah. Sabarlah..okey. Sekarang Ari dah selamat. Sabar ye,” Shila mengurut belakang Ariyana yang masih menangis itu. Iskandar geleng kepala. Selepas Ariyana dan Shila masuk ke dalam rumah, barulah Iskandar dan Zakri beredar.

***********************

“Nah....minum ni,” Shila menghulur segelas air suam kepada Ariyana. Ariyana menyambut perlahan dengan tangan yang terketar-ketar. Dia masih dapat merasa tangan kasar cuba menarik tangan dan cuba memeluknya 1 jam yang lepas.

“Kenapa boleh jadi macam tu? Irwan tak hantar kau balik?” Shila duduk dihadapan Ariyana. Ariyana menghirup air suma tersebut dengan perlahan.

“Dia....dia marahkan aku.” Akhirnya Ariyana bersuara.

“Kenapa?” Soal Shila sepatah. Ariyana kesat airmata yang tiba-tiba mengalir.

“Dia marah sebab aku masih belum dapat terima dia dalam hati aku sepenuhnya,” Ariyana teresak kecil. Shila terkejut.

“Kenapa boleh jadi macam tu?” Shila pula hairan. Apa yang dia tahu, Ariyana memang cintakan Irwan. Mungkinkah Ariyana hanya menipu dirinya. Berpura-pura menyukai Irwan?

“Entahlah. Aku pernah cakap kat dia, yang aku belum ada perasaan sayang pada dia. Dan aku akan cuba untuk menerima dia sepenuh hati. Dia cakap, dia akan sabar menunggu. Tapi...kami bergaduh sebab perkara tu, dan aku terus balik tanpa menunggu dia.” Ariyana kesat airmata yang mengalir dipipi.

“Lepas tu...masa aku menunggu teksi...tiba-tiba 4 buah motorsikal berhenti kat situ jugak. Mulanya, mereka buat tak tahu sambil pandang sekeliling. Lebih kurang 15 minit macam tu lah...mereka cuba mendekati aku. Dan tanya macam-macam soalan.” Ariyana terus bercerita dan Shila menjadi pendengar setia.

“Mereka tarik tangan aku dan cuba nak peluk aku. Aku terus duduk bila mereka berempat menghalang perjalanan aku. Tidak lama lepas tu, aku dengar suara orang bertanya. Tapi...aku tak kenal sangat suara tu. Kemudian, aku terdengar suara Abang Is. Aku terus meluru ke arah dia.” Shila angguk kepala.

“Nasib baik tak jadi apa-apa.” Shila bersyukur sebab Ariyana terselamat.

“Okeylah. Syukurlah. Mandi lagi. Lepas tu tidur. Kalau kau takut, tidur dengan aku malam ni,” Ariyana angguk kepala.

************************

7 catatan:

MaY_LiN said...

abang is jadi hero lagi..
bile abang is n ari nak cakap ni..

bibi said...

is ni..asal slow sgt..sian ari.xkn die nk mula dl..die kn pompuan.mesti la malu..

akak said...

a'ah lah..si is ni, cpt2lah buka langkah..

aqilah said...

menyampah tau!!!!!bila is dgn ari ni nak bersemuka?????????? nak akak jadi org tengah ke????? boleh aje.....................

sofi said...

salam,
x sabar tunggu is ngan ari ni bersatu...
nak next n3 please..

Unknown said...

slm...tak lama lagi Is dan Ari akan bersama...tp...bahagiakah mereka???????? sama2 kita tunggu ye...

nursya said...

abg is...
u my hero...
sib baik xde aper2 jd kat ari...
eee...
si irwan nie...
xyah la nk kat si ari tuh..
kena reject ngn abg is nie...