Followers

Wednesday, March 26, 2014

Relaku Pujuk 45



“Tak boleh,”
Aku menompang dagu merenung wajahnya. Aku beranikan diri meminta kebenaran untuk ambil bahagian dalam tarian yang dianjurkan oleh pihak syarikat. Minggu hadapan majlis ulangtahun Syarikat akan berlangsung.
“Kenapa tak boleh?” Dia memandangku seketika kemudian menyuap kembali nasi ke mulutnya.
“Aku tak nak isteri aku jadi tatapan lelaki-lelaki lain,” Aku mencebik tapi masih merenung wajahnya. Kenapa dia kacak sangat. Tak jemu mata memandang. Bila menyedari perbuatan tak senonoh aku tu, aku tergelak halus.
“Apahal kau gelak?”
“Err...Kenapa awak handsome sangat,” Dia tersipu malu.
“Kau baru tahu yang aku ni handsome? Rasanya, aku memang handsome sejak lahir lagi,” Errkkk....Tiba-tiba aku rasa yang duduk kat depan aku ni orang lain. Kenapa dia bercakap macam tu? Tersipu malu seperti gadis yang dipuji oleh lelaki idamannya.
“Ehh!! Jangan nak ubah topik,” Aku mencebik.
Dia dah balik ke perangai asal dia. Tapi takpe, aku dah tengok wajahnya yang tersipu malu tadi. Biarpun hanya sekejap tapi aku puas hati.
“Bolehlah!!! Please!!!” Aku merayu sambil buat muka comel. Mesti pujuk dia habis-habisan hari ni. Tinggal seminggu lagi masa yang diperlukan.
“Betul kau nak menari?” Aku angguk kepala.
“Untuk kali ni je. Lepas ni, saya tak buat lagi.” Aku angkat tangan seolah-olah bersumpah.
“Ermmm...okey. Tapi, kau kena buat satu perkara lepas tu.” Aku tersenyum lebar.
“Ye??? Perkara apa? Saya sanggup buat apa saja....err...” Alamak!! Tak boleh semua perkara. Nanti dia minta yang bukan-bukan, siapa yang susah, aku jugak.
“Betul kau sanggup buat apa saja?” Dia angkat kening.
“Err... tak...bukan...perkara apa yang awak nak saya buat?” Dia tersenyum sinis.
“Adalah. Nantilah aku bagi tahu.” Aku mencebik. Selepas mengemas meja makan, aku mengekori langkahnya menuju ke bilik tidur.
            Sampai di bilik, Ishamudin menanggalkan bajunya. Aku mengeluh lemah namun tetap menghampirinya. Itulah tugasku diwaktu cuti. Mengurut badan suamiku. Entah apa yang buat dia penat sangat tu, aku pun tak pasti.
“Kuat lagi. Tadi dah makan,kan?”
“Ye. Tapi, tangan orang sakitlah. Badan awak ni keras sangat. Macam batu.” Aku membebel. Jari-jemariku terasa kebas. Dia pula masih santai meniarap.
“Awak, giliran awak pulak tolong urutkan badan saya? Kat bahu dan tangan saya ni sakit tau. Sudahlah kat kilang tu, saya banyak guna tangan, sekarang awak suruh saya urut badan awak pulak. Tangan saya ni tak cukup rehatlah,” Dia angkat muka. Beberapa minit kemudian dia duduk menghadapku.
“Okey.”
“Okey?? Apa yang okey?” Tiba-tiba pulak tu.
“Kau nak aku urutkan badan kau?”
“Bukan badan. Bahu, lengan dan jari,” Aku tayang sepuluh jariku padanya.
“Cepatlah. Duduk kat bawah tu,” Aku turun dari katil dan duduk di atas lantai.
Ishamudin mengambil tempat dibelakangku. Perlahan tangan kasarnya mencengkam bahuku. Walaupun tangannya agak kasar, tetapi bila dia mengurut, aku mula rasa selesa tetapi itu hanya seketika.
“Ah!!! Awak..awak…sakit,” Aku mengaduh kesakitan bila dia menekan kuat di bawah tulang belikatku. Terasa lemah seluruh lenganku. Tetapi hanya sekejap, sebab lepas tu aku rasa lega.
“Lebih-lebih pulak dia ni. Baru sakit sikit dah bising. Nanti, aku nak kau urut macam ni kat aku.” Aku angguk kepala. Kemudian dia beralih pula ke sebelah kanan. Sekali lagi aku mengaduh kesakitan.
“Sabar lah wei…nanti, orang dengar, ingat kita buat benda lain pulak,” Aku gigit bibir. Ala…pak cik ni. Sudahlah tangan dia tu kasar dan kuat. Badan aku ni lemah je tau. Aku kerutkan dahi.
“Kenapa kau kurus sangat? Sedangkan, makan tak henti-henti.” Aku mencebik.
“Ala, nanti orang gemuk bising pulak.” Aku menjawab marah.
“Bukanlah nak suruh kau gemuk. Tapi, sekurang-kurangnya, tambahlah sedikit berat tu, baru sedap nak dipeluk,” Aku gigit bibir geram. Dia tergelak halus.
“Merepek je. Tapi saya bukan tak nak tambah. Dah macam-macam jenis ubat saya  makan, tapi, masih tak naik berat badan ni.”
“Minum susu banyak-banyak,” Aku buat muka pelik.
“Erkk… Tak minat susu. Manis dan cepat muak,”
“Tengok. Banyak alasan,”
“Awak, mengantuk ni. Nak tidur. Esok sambung lagi ye.” Aku terus memanjat naik atas katil. Malas nak dengar dia membebel.

*******************

“Nasib baik pakaian ni tak menjolok mata. Kalau tak, memang Isham tak benarkan kau menari,” Aku tersengih mendengar suara Kak Onah. Mereka ni, aku kat belakang pentas ni pun, mereka nak ikut.
“Kalau pakai baju yang menjolok mata, belum sempat dia tengok saya dah reject. Tak sanggup nak suruh mereka semua ni pakai,” Kak Sanah merangkap jurulatih kami menjawab. Kak Onah angguk kepala.
“Manalah tahu kau tak pentingkan semua tu. Aku kasihankan Mawar ni, suami dia lagi. Sudahlah suami dia ni kuat cemburu. Isteri cantik katakan. Manalah dia sanggup nak tayang body kat orang lain.” Aku angguk kepala.
Nasib baik kami disuruh memakai baju lengan panjang dipadankan dengan skirt. Make up pulak nipis je. Berangan nak jadi macam artis Korea. Tak sangka pulak aku tergolong dalam golongan mereka yang syok sendiri ni. Aku mengeluh. Tiba-tiba rasa menyesal pulak ikut serta dalam persembahan ni bila melihat ramai orang di luar sana. Nasib baik hanya persembahan, kalau pertandingan, memang bisinglah cik abang aku tu.
“Mawar, Ishamudin panggil,” Aku angkat muka bila terdengar nama Ishamudin,
“Hah!! Dia panggil. Kenapa?” Kak Sanah jungkit bahu.  Kenapa pulak ni? Takkan dah rindu kat isteri dia yang comel ni. Sembuh dari demam hari tu, perangai dia terus berubah. Manja tak bertempat. Romantik. Sampai aku malu kat mak dan bapa mertua aku. Asyik nak menempel kat sebelah aku.
            Perlahan kakiku melangkah ke pintu bilik tempat kami menukar pakaian. Sebaik sahaja sampai di hadapannya, aku kerutkan dahi. Wajahnya saat itu buat aku runsing.
“Ehh!! Awak, kenapa ni?” Soalku pelik bila dia tarik tanganku menjauhi rakan-rakan yang lain. Seketika kami berbalas pandang. Ishamudin memandangku dengan mata yang tidak berkelip. Aku belek penampilanku.
“Kenapa? Teruk sangat ye?” Aku bertanya. Dia masih kaku. Aku layangkan tanganku dihadapan mukanya. Dia masih kaku. Perlahan aku pukul pipinya. Barulah Ishamudin tersedar. Aku tergelak halus.
“Awak..teruk sangat ke pakaian saya ni?” Dia geleng kepala.
“Habis tu, yang awak tengok saya macam nampak hantu tu kenapa?” Geram pulak aku dekat dia ni. Tengok  orang macam tak pernah nampak perempuan.
“Mawar tak payah menari ye,” Ishamudin genggam erat tanganku. Aku kerutkan dahi. Kata-kata yang keluar dari mulutnya saat itu membuatkan aku terdiam seketika.
“Tapi awak dah janji hari tu,” Ni yang buat aku rasa tak puas hati. Tiba-tiba je nak batalkan.
“Aku tak sanggup nak kongsikan kecantikan kau dengan lelaki lain,” Erkkk...Melihat wajahnya saat ini buat aku serba salah. Kembang hidung bila dipuji oleh suami sendiri.
“Tapi....” Kenapa baru sekarang? Mana sempat nak cari penganti lagi? Aku gigit bibir sambil merenung wajahnya yang penuh mengharap saat itu. Kenapa aku tak rasa marah bila dia tak benarkan aku menari?
“Tapi semua orang tahu saya ni isteri awak. Mereka tak kisah dah,” Dia tarik tanganku lalu diusap perlahan. Kemudian matanya yang redup itu merenung jauh ke dasar hatiku. Debaran di dada semakin sukar untuk aku kawal. Tiba-tiba dada rasa sesak untuk bernafas. Baik aku kawal sebelum aku buat aksi melampau kat sini.
“Walaupun mereka tak kisah, tapi, aku tetap tak suka. Aku tak nak dengar mereka cakap benda yang bukan-bukan tentang isteri aku. Lelaki suka tengok perempuan menari sebab mereka suka tengok badan korang je. Nanti mulalah nak berangan benda yang bukan-bukan,” Suaranya mendatar sekali. Aku tergelak halus. Merajuk pulak cik abang aku ni. Tapi, mungkin jugak. Bila difikirkan, memang takde sebab lain pun.
“Yelah..yelah. Tapi, nak cakap apa kat Kak Sanah tu?” Aku akhirnya mengalah.
Sejak kebelakangan ni, aku rasa aku perlu berubah. Ikut keutamaan. Ishamudin dah jadi suami aku, jadi, kena utamakan permintaannya. Dia tersenyum lebar.
“Cakap je aku tak benarkan. Takpe. Nanti aku bagi tahu dia,” Aku angguk kepala. Tiba-tiba Ishamudin cium pipiku. Aku kerutkan dahi. Mataku meliar memandang sekeliling. Bimbang pulak ada orang tengok. Tak naklah dikatakan romantik tak kira tempat.
“Kenapa pulak ni?” Dia tersengih.
“Terima kasih,” Aku tersenyum manis padanya. Genggaman tangannya aku balas.
“Awak, saya ni macam budak-budak,kan? Semua benda nak ikut,” Aku merenung wajahnya. Tiba-tiba timbul keinsafan dalam diri aku.
“Ermm...Perangai macam budak-budak. Tapi, aku suka. Bukan tak boleh ikut aktiviti yang mereka anjurkan tu. Tapi, kenalah tengok keadaan,” Aku angguk kepala.
“Okey. Jum, temankan Mawar jumpa Kak Sanah. Nanti, kalau dia marah, biar dia marah awak dulu,” Aku tersengih. Aku peluk erat lengannya.
“Aku tak kisah kena marah oleh Kak Sanah tu. Yang penting, lelaki-lelaki lain tu tak dapat tengok isteri aku menari,” Aku mencebik. Dia je yang lebih. Aku ni taklah cantik sangat. Ramai lagi perempuan cantik kat kilang ni kalau nak dibandingkan dengan aku.
“Hah!!! Mawar, mana nak cari pengganti sekarang ni. Ya Allah budak ni, kenapa tak cakap awal-awal. Habis tu macamana sekarang. Sham, apasal baru sekarang nak larang isteri kau ni?” Ishamudin tersengih. Aku pandang wajah Ishamudin.
“Kenapa akak make up dia cantik sangat? Lepas tu, baju ni, walaupun tak menjolok mata, bila Mawar pakai, saya tak nampak orang lain lagi. Jadi, saya tak naklah lelaki lain tengok isteri saya yang cantik ni,” Aku kerutkan dahi. Boleh pulak dia puji aku ni depan Kak Sanah yang tengah bengang tu. Ini ke Ishamudin yang suka bermasam muka dengan aku dulu?
“Sanah, apahal?” Kami bertiga memandang wajah Madam yang entah dari mana datangnya.
“Madam, ni, budak ni dah buat hal lagi. Dia dan suami dia sama je perangai. huhhh” Aku tersengih. Begitu juga Ishamudin.
“Kenapa Mawar?” Aku pandang wajah Ishamudin. Dia pulak pandang kearahku.
“Dia cemburu tengok saya menari kat atas tu.” Aku tergelak bila melihat Ishamudin membeliakan matanya. Eleh...tak takut pun.
“Ye ke, Sham? Takpelah. Sanah, tarian tu serupa je,kan? Tak kisahlah. Biarlah mereka yang lain tu je. Isteri kena ikut cakap suami tau. Lagipun, manalah si Sham ni sanggup nak biarkan isteri dia jadi bahan tontonan lelaki lain,” Ishamudin angguk kepala.
“Yelah Madam. Dia hanya menari untuk saya je,” Aku pukul bahu suamiku. Madam angguk kepala.
“Okey. Saya tukar baju dulu. Awak tunggu kat luar,” Aku tolak badan Ishamudin keluar dari bilik persalinan. Kejap lagi majlis pembukaan akan dirasmikan oleh MD syarikat.
            Ramainya orang. Penuh dewan makan tu dengan manusia pelbagai bangsa. Setiap tahun, majlis ulang tahun Syarikat di sambut di kilang sahaja untuk menjimatkan kos. Tak kisahlah. Tapi yang bestnya, kat kilang ni semua operatornya pekerja tempatan. Memang prosedurnya, mereka hanya mengambil pekerja tempatan kecuali orang atasan yang terdiri daripada pekerja import. Mereka pun sebenarnya hanya ditugaskan untuk mengajar pekerja-pekerja tempatan.
“Awak, ramainya orang,” Aku mengeluh. Penat betul berhimpit-himpit dengan mereka ni.
“Tak payah masuklah. Jum, kita pergi kat belakang tu je,” Aku angguk kepala. Tak sanggup aku nak bergelut dengan mereka semua tu.  Semua berebut nak berdiri dihadapan tu sebab ada artis jemputan. Aku tak kisah sangat dengan benda ni semua. Ishamudin genggam erat tanganku dan kami beredar ke belakang sekali.
            Majlis perasmian bermula dengan ucapan alu-aluan oleh MD syarikat. Aku menguap. Bila bab-bab ucapan ni, aku cepat bosan. Tak tahan nak mendengar ucapan yang panjang berjela tu. Sudahlah kat luar tu hujan. Bila sejuk, mata pun mudah mengantuk. Aku tersenyum lebar bila teringat cik abang aku kat sebelah ni.
“Awak, saya sejuklah,” Aku tersenyum manis padanya.
“Sini,” Dia tarik tubuhku lalu dipeluk erat. Teringat masa kat Sabah hari tu. Aku tersenyum meleret.
“Seronok ye?” Aku angguk kepala.
“Ermm...Macam kat Sabah hari tu,” Dia angguk kepala. Seketika kemudian, aku merasakan kepalaku diletakkan sesuatu. Aku mendongak memandang wajahnya.
“Apa ni?”
“Cap. Aku tak nak dia orang tengok wajah isteri aku.” Aku mencebik. Suka sangat buat aku syok sendiri.
“Siapa yang tengok?” Aku bertanya pelik. Matanya memandang ke satu sudut. Sekumpulan lelaki yang aku tak kenal memandang ke arah kami sambil tersenyum dan ada yang melambai tangan bila aku memandang ke arah mereka. Aku kerutkan dahi. Manusia zaman sekarang ni bukan peduli perempuan tu sudah berkahwin atau belum. Semua nak dipikatnya. Takut aku tengok mereka tu.
“Dari tadi tengok kat sini. Mata tu nak kena cungkil agaknya,” Ishamudin berdengus kasar. Aku tersenyum simpul. Aku tarik tangannya yang berada dipinggangku, lalu ku cium lembut.
“Biarlah mereka tu. Yang penting, saya tak pandang mereka pun. Kat mata saya ni dah penuh muka awak. Tak perlu risaulah.” Aku memujuknya.
“Ye?” Soalnya teruja.
“Ermmm..” Aku gigit bibir bila pipiku dicium olehnya. Hai, Mawar. Bila dapat lelaki romantik macam ni, tak tahu pulak macamana nak beriaksi. Sabar jelah. Ishamudin ni pun satu. Kalau datang mood romantik dia, tak kira tempat dia nak tunjukan.
            Bila persembahan rakan-rakanku tadi bermula. Aku tolak tangan Ishamudin dan terus menari ikut rentak. Tindakan spontan. Hahaha...
“Mawar,” Keras suaranya memanggilku. Aku muncung mulut dan menghampirinya semula. Aku mengeluh.
“Memang tak dapat dengar muzik. Kaki tu, terus je bergerak,” Kutuknya. Walaupun aku kembali dalam pelukannya, tapi, badanku tetap bergerak mengikut rentak muzik. Tangannya aku gerakan juga. Walaupun sudah beberapa kali kena tegur. Memang tak makan saman. Perangai macam budak-budak tak cukup umur.
“Mana perempuan tu ye? Kenapa dia tak menari?” Aku angkat muka bila mendengar suara lelaki yang baru sampai dihadapan kami.
“Yelah. Alamak!!! Melepaslah tak dapat tengok dia menari. Body cun, muka cun...huhhh..melepas..melepas..”
“Tak kisahlah. Yang kat atas tu pun boleh tahan jugak.” Aku kerutkan dahi. Aku mendongak memandang wajah Ishamudin. Dia tersenyum lega. Mesti dia lega, sebab, lelaki-lelaki tu tak dapat tengok aku menari.
“Tentu suami dia tak benarkan.” Lelaki yang berada dihadapan kami tu rancak sekali berbual tanpa menyedari orang yang menjadi topik perbualan mereka berada dibelakang.
“Manalah suami dia sanggup nak biarkan isteri dia jadi bahan tontonan umum. Kalau aku dapat isteri cantik macam tu, aku simpan kat rumah je.” Aku mencebik bibir.
“Kalau isteri tak cantik, kau tayang kat luar. Macam tu?” Mereka semua tergelak.
“Takdelah.” Ishk... dasar lelaki mata keranjang.
“Kan aku dah cakap tadi,” Aku angguk kepala bila Ishamudin berbisik ditelingaku.
Pelukan dipinggangku semakin erat. Sepanjang majlis berlangsung, kami berdua tidak pernah berenggang. Walaupun, ada mata yang memandang ke arah kami dengan riak tak senang hati. Cemburu kot. Apa aku kisah. Bukan aku peluk lelaki lain. Aku peluk suami aku sendiri. Lantak koranglah nak mengata aku. Pelik betul. Aku peluk suami aku sendiri mereka rasa tak senang hati. Ramai lagi yang berpelukan tu, kenapa mereka tak kisah? Ada antaranya pasangan kekasih je. Belum ada ikatan yang sah, berpeluk sakan kat tempat awam, takde pulak mereka nak tengok.
“Isham,” Kami berdua berpaling ke arah suara lelaki yang menegur Ishamudin.
“Eh...Alik,”
“Siapa yang kau peluk tu?” Aku kerutkan dahi. Abang Alik ni, sengaja nak kenakan kami. Aku angkat muka sambil tersenyum.
“La....Mawar rupanya. Aku ingatkan kau dengan siapalah tadi,” Ishamudin tersengih.
“Kau ni, takkan aku nak peluk perempuan lain. Mestilah aku peluk isteri aku sendiri.” Ishamudin menjawab selamba. Abang Alik tersengih.
“Yelah. Manalah tahu. Mawar, kenapa tak menari tadi?” Aku tersengih sambil membalas renungan suamiku.
“Aku tak benarkan,” Mendatar je ayat pak cik ni. Abang Alik tergelak.
“Nampaknya, lepas ni tak dapat tengok Mawar menari lagi. Dulu, kalau kami kerja malam, selalu jugak kita orang curi-curi tengok Mawar ni menari.” Ishamudin merenung tajam padaku. Aku angguk kepala.
“Saya dah pencen, Abang Alik. Menari untuk cik abang saya je.” Kami tergelak lagi. Beberapa orang lelaki memandang ke arah kami. Beberapa saat kemudian, ketawaku terhenti. Mataku terpaku pada seseorang. Wajah mendung itu membuatkan aku rasa serba salah.
“Awak, saya nak jumpa En.Haikal sekejap. Boleh tak?” Aku meminta kebenaran. Ishamudin kerutkan dahi.
“Kenapa nak jumpa dia?” Suaranya jelas sekali tidak menyukai aku berjumpa dengan En.Haikal. Sekarang, agak susah untuk aku berjumpa En.Haikal. Dia seolah-olah menjauhkan diri dariku.
“Nak bertanya khabar je. Dah lama tak jumpa dia,” Ishamudin buat muka tak puas hati. Aku tersengih lagi.
“Sham, takkan cemburu lagi. Dah sah-sah, Mawar ni jadi isteri kau, masih cemburu jugak?” Abang Alik pukul bahu Ishamudin. Aku tersenyum lebar sambil merenung wajah tegang suamiku.
“Owh!!! Cemburu ye? Takpe, orang kata cemburu tanda sayang,” Sengaja aku mengusiknya. Aku angkat kening. Ishamudin mencebik.
“Saya pergi sekejap ye?” Dia angguk kepala.
“Sekejap je tau,” Aku geleng kepala. Perlahan langkah kaki aku aturkan menuju ke arah En.Haikal. Dia tersenyum tawar.
“En.Haikal,”
“Mawar. Apa khabar?”
“Saya sihat. En.Haikal?”
“Saya sihat.” Kami mendiamkan diri.
“Ermmm...Lama saya tak nampak En.Haikal.” En.Haikal tersenyum kelat.
“Orang dah kahwin, manalah nampak orang lain lagi. Saya selalu nampak awak, tapi, awak je yang tak perasankan saya.” Dia tersenyum. Aku tergelak kecil.
“Isk...takkan saya tak perasan. Orang handsome macam En.Haikal ni, dari jauh lagi orang dah nampak tau.”
“Yelah tu. Tapi, suami awak lagilah awak nampak,kan?”
“Semestinya.” Aku tersenyum lebar.
“Mawar, saya minta maaf pasal malam tu,” Aku karutkan dahi.
“Malam bila?”
“Malam yang saya pukul suami awak tu. Tapi saya mengaku, yang saya mula sukakan awak dulu,” Aku terkedu. Erkkk...terlupa pulak.
“Err...En.Haikal..saya..”
“Saya faham. Orang macam saya ni, memang tak layak untuk perempuan baik seperti awak,” Aku mengeluh. Takkan nak meluahkan perasaan kat sini. Macam tak patut pulak.
“Err...Saya berdoa semoga En.Haikal berjumpa perempuan yang jauh lebih baik dari saya.” Aku ikhlas mendoakan dia berjumpa perempuan yang lebih baik dari aku.
“Terima kasih.”
“En.Haikal, saya pergi dulu ye. Suami saya panggil,” En.Haikal angguk kepala. Tak boleh lama-lama kat situ. Nanti lain pulak jadinya. Tak pasal-pasal, mereka bergaduh lagi. Wajah kelat suamiku aku pandang dengan rasa tak senang hati.
“Asslamualaikum,”
“Waalaikumsalam,”
            Wajah En.Haikal waktu tu mengamit rasa simpatiku. Ahh...lelaki handsome, kaya macam En.Haikal tu, tak susah untuk berjumpa perempuan yang lebih baik dari aku. Ketika aku sampai di sebelah Ishamudin, wajahnya kelat. Mesti dia merajuk. Aku merenung wajahnya yang masam mencuka itu. Lama aku perhatikan wajahnya. Sekarang, tumpuanku bukan pada artis jemputan kat atas pentas tu. Sekarang, aku fokuskan mataku pada hamba Allah kat depan aku ni. Yang handsome dan sedang marah. Aku yakin dia sedang marah. Aku terus tersenyum manis. Perlahan aku menghampirinya. Setelah pasti tiada sesiapa yang memandang ke arah kami, aku peluk erat tubuh suamiku.
“Awak, ermmm...wanginya,” Aku berbisik perlahan. Nasib baik Abang Alik dah beredar tadi. Kalau tidak, tentu dia gelakkan kami. Aku mendongak memandang wajah Ishamudin yang tetap selamba memandang wajahku.
“Ye ke? Orang tu lagi wangi,kan?” Aku tergelak. Kalau dulu, malas aku nak pujuk dia ni. Tapi, sekarang, aku tak nak dia marah. Nanti dia tak nak tidur dengan aku, siapa yang susah, aku jugak. Tapi, dia belum pernah lagi tinggalkan aku seorang diri kat bilik. Kalau dia marahpun, bila dia yakin aku dah tidur, dia akan menghampiriku. Mungkin dia tidak tahu yang aku masih sedar setiap kali dia mencium dahiku.
“Dahlah. Orang tengok tu.”  Dia tolak dahiku. Aku tersengih dan melepaskan pelukanku.
*************************** 
p/s : Selamat membaca semua. jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah dan ucapan takziah pada penumpang dan kru pesawat MH370. semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini. berikan sokongan pada pasukan pencari dan penyelamat dan juga mereka yang bertungkus lumus menyalurkan maklumat untuk tatapan umum. sesungguhnya, kita hanya merancang Allah S. W. T yang menentukan segalanya. 

2 catatan:

MaY_LiN said...

romantik sungguh c isham ni
pe la yang c isham nk suruh mawar wat tu nnti
majok sungguh ni
chaiyok2 mawar

Anonymous said...

best...sweet..