Followers

Thursday, July 10, 2014

Relaku Pujuk 53



“Abang, Mawar demam,” Aku buat muka sedih. Ishamudin terus menghampiriku. Tangannya menyentuh dahiku.
“Panas ni. Tapi, sayang tak boleh makan ubat demam, nanti effect dekat baby.” Aku mengeluh lemah.
“Habis tu? Macamana?”
“Abang tolong picit kepala Mawar ye?” Aku terus berbaring di atas pahanya. Perlahan tangannya mengurut kepalaku.
“Masih sakit?” Aku angguk kepala.
“Abang, apa kata, abang makan ubat tu.” Tiba-tiba nak kenakan cik abang aku ni.
“Kenapa abang kena makan ubat? Abang sihat je,” Aku pandang wajahnya dengan riak hampa. Aku angkat kepala dari atas pahanya dan terus meniarap di atas tilam. Pura-pura merajuk.
“Sayang, sayang tahu kan, abang tak suka makan ubat tu,” Dia berkata perlahan dan turut sama berbaring disebelahku. Matanya merenung jauh ke dasar hatiku.
“Kalau abang makan ubat tu, lepas tu, abang peluk Mawar, tenaga abang akan sampai ke badan Mawar. Jadi, Mawar pun sihatlah,” Hahahhaa...mana aku dapat idea nak kenakan suami aku ni. Tak pernah dibuat orang, isteri demam, suami makan ubat. Sedangkan aku tahu yang Ishamudin ni tak suka makan ubat.
“Merepek je sayang ni. Mari sini, abang picit kepala sayang.” Ishamudin angkat kepalaku lalu di letakan di atas pahanya semula. Perlahan jemari kasarnya memicit kepalaku. Aku pejamkan mata menikmati sentuhan lembutnya itu. Baru terasa lega sedikit.
“Selesa?” Aku angguk kepala. Beberapa minit kemudian aku merasakan bibirku diragut lembut.
“Kasihan isteri abang ni.” Aku tersenyum senang.
“Sayang, sayang tak terfikir nak berhenti bekerja?” Aku buka mata dan memandang wajahnya dengan kerutan di dahi. Setakat pening dan muntah ni, takdelah teruk sangat sampai aku nak berhenti bekerja.
“Abang, Mawar masih larat lagi nak bekerja. Abang janganlah susah hati.” Dia tersenyum. Kali ini, dahiku pula diciumnya.
“Kalau Mawar rasa tak larat nak bekerja, bagitahu abang ye,” Aku angguk kepala.
***********************
“Abang, saya rasa nak muntah lagi,” Aku menutup mulut. Namun hanya seketika bila tanpa dapat ditahan, aku termuntah di atas paha Ishamudin. Aku pandang wajah Ishamudin dengan  terkejut. Beberapa orang pesakit lain memandang ke arah kami berdua. Badanku sangat lemah saat ini. Sudah seminggu aku asyik muntah dan pening kepala.
“La, kenapa dah muntah baru nak bagi tahu?” Aku tutup mulut sekali lagi. Ishamudin kelam kabut mencari sesuatu dari dalam begku. Nasib baik ada plastik kecil di dalamnya.
“Nah, muntah dalam ni. Lepas ni kita pergi ke tandas.” Aku kasihan melihat Ishamudin membersihkan seluarnya yang terkena muntah aku tadi. Namun, wajahnya tetap tenang.
“Nak abang temankan?” Aku geleng kepala. Namun dia tetap berdegil.
Ishamudin selamba ikut masuk ke dalam tandas wanita. Di situ aku keluarkan semua makanan yang aku makan sepanjang hari. Bulan kedua aku mengandung, aku mengalami alahan yang teruk. Ishamudin terus mengurut belakang tengkukku. Tekak terasa perit apabila tiada lagi yang dapat aku keluarkan.
“Abang, sakit.” Aku merengek kesakitan. Sakit ditekak dan juga sakit diperut setelah semua isinya aku buang sekejap tadi. Ishamudin mencuci mulutku kemudian dengan selamba dia mencium dahiku dan berbisik tenang ditelingaku menyuruh aku bersabar. Melihat senyum dibibirnya, hilang seketika rasa sakit yang aku alami sebentar tadi. Ishamudin memapah aku keluar dari tandas tersebut.
“Mawar duduk kat sini sekejap. Abang pergi beli sesuatu untuk Mawar ye,” Ishamudin berlari ke luar dari klinik. Tergambar riak risau diwajahnya. Tidak sampai 15 minit, dia kembali menghampiriku. Giliran aku masih jauh lagi. Tak sangka, waktu ni pun, ramai orang kat klinik ni. Lebih-lebih lagi sekarang musim demam. Cuaca tak menentu.
“Nah. Makan ni. Lepas ni tentu okey.” Aku mengambil buah limau mandarin yang sudah dikupas oleh Ishamudin dan terus aku kunyah. Barulah terasa lega sedikit. Air mineral yang dia hulurkan aku terima tanpa banyak soal.
“Dah ok.”  Aku angguk kepala.
“Terima kasih, abang.” Dia tersenyum lantas menarik tubuhku. Tangannya menyentuh perutku.
“Abang yang patut berterima kasih pada sayang sebab mengandungkan zuriat abang,” Aku genggam erat tangannya. Aku isterinya. Menjadi tanggungjawabku  melahirkan zuriat untuknya.
Setelah membuat pemeriksaan dan kandunganku disahkan sihat, aku dibenarkan pulang. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku masih muntah sehingga aku kehabisan tenaga. Perlahan airmataku mengalir dipipi. Sakit sangat kurasakan waktu itu. Tekak terasa mual. Kepala pening, perut pula terasa sakit kerana aku asyik muntah. Sudahlah perut kosong, muntah pulak. Yang keluar hanya cecair kuning yang sangat pahit. Ishamudin begitu tenang memandu disebelahku. Dia sedikitpun tidak merasa jijik melihat aku muntah. Malah, dia dengan rela hati mengelap mulutku.
“Lebih baik Mawar tidur. Nanti, takdelah rasa muntah tu datang.” Aku angguk kepala. Kepala terasa berat dan aku akhirnya tertidur.
***********************************
            Aku buka mata perlahan. Terasa kepalaku di usap perlahan. Sesekali, aku merasakan seseorang mencium dahiku.
“Abang..” Lemah suaraku namun Ishamudin tetap mendengar. Dia tersenyum.
“Sayang dah bangun. Sayang nak makan bubur?” Aku geleng kepala. Perut lapar tapi tekakku sakit.
            Aku menolak tubuh suamiku. Tiba-tiba aku rasa tak selesa bila dipeluk olehnya.
“Kenapa?” Soalnya pelik.
“Tak tahan cium bau minyak wangi abang tu,” Aku tutup hidung dan memandang ke arah lain.
“Aih...Biasa sayang suka je dengan bau minyak wangi abang ni.” Aku geleng kepala. Tekakku terasa loya semula. Perlahan aku bangkit dan berusaha turun dari katil sehingga hampir jatuh terduduk. Nasib baik Ishamudin sempat memeluk tubuhku.
“Sayang nak pergi mana?”
Aku tutup mulut menahan muntah yang sudah penuh di dalam mulutku. Aku tolak tubuh Ishamudin dan terus berlari ke bilik air. Terasa tangan kasar Ishamudin mengurut belakang tengkukku.
“Kesian sayang.” Ishamudin usap airmata yang mengalir dipipiku. Aku tersenyum lemah padanya. Aku tahu dia sedih melihat penderitaanku mengandungkan zuriatnya. Sebelum ini, aku pernah merasa jengkel pada wanita mengandung. Rasa macam mereka tu mengada-ngada. Bila diri sendiri mengandung, baru tahu langit itu tinggi atau rendah. Sakit yang tak tertahan.
“Kalau kesian, jadi abang kena sayang Mawar seumur hidup tau,” Dia angguk kepala dan terus mencampung tubuhku lalu diletakkan di atas katil. Semalam, selepas balik dari klinik, aku terus tidur tak ingat dunia. Nampaknya, aku terlepas sembahyang Isyak dan Subuh.
“Kenapa abang tak kejutkan Mawar Subuh tadi?” tanyaku. Ishamudin usap kepalaku.
“Sayang tak sihat. Tak sampai hati abang nak kejutkan.”
“Tapi...”
“Sayang, sayang sakit. Bukan sayang sengaja nak tinggalkan solat.” Aku mengeluh. Perlahan perutku disentuhnya.
“Assalamualakum. Anak abah yang baik, jangan nakal-nakal ye. Kesian kat mama.” Aku tersenyum lemah.
“Abang ni. Dia masih kecik lagi.” Ishamudin tersenyum manis padaku.
“Rindu nak tengok sayang senyum.”
“Maafkan Mawar. Mawar tak sempat nak senyum kat abang.” Ishamudin tergelak halus. Lantas hujung hidungku dicuitnya.
“Kesian kat budak ni. Dulu muka tu happy je. Sekarang dah macam kain batik lusuh. Nak senyum pun susah. Tapi, tetap cantik dimata abang,” Terbeliak mataku mendengar ucapannya.
“Sampai hati abang cakap Mawar macam kain batik lusuh. Tahulah, orang dah tak cantik. Nanti perut orang besar. Pipi tembam. Abang nak cari lainlah ye?” Aku sedih sangat bila dia samakan aku dengan kain batik lusuh. Tak patut tau.
“Alah sayang abang ni. Merajuk pulak dia. Maaf ye. Abang gurau je tadi. Abang tak bermaksud apa-apa pun.” Aku kakukan diri bila Ishamudin peluk tubuhku.
“Sayang abang ni semakin kuat merajuk sejak nak jadi ibu ni.” Aku masih mendiamkan diri. Kepalaku pening sebab bau minyak wangi suamiku.
“Kepala orang pening ni. Abang pergilah mandi. Bau,” Aku menolak tubuhnya. Tak tahan lagi. Jelas sekali dahi suamiku berkerut seribu.
“Abang dah mandi tadi. Sayang yang belum mandi,” Aku geleng kepala.
“Habis tu, kenapa abang bau sangat ni?” Aku tutup hidung dan menolak tubuh suamiku.
“Peliklah sayang ni. Abang rindu nak peluk sayang ni.” Ishamudin masih memelukku. Aku berusaha menolak tubuhnya.
“Sayang tak sayang abang lagi?” Wajahnya mendung.
“Abang pergilah mandi dulu,” Aku menolak badannya. Ishamudin merenung pelik ke arah ku.
“Pelik-peliklah sayang ni. Sayang, lah pergi mandi. Abang sediakan sarapan untuk sayang ye,” Akhirnya aku angguk kepala.
            Selepas mandi, aku keluar dari bilik menuju ke dapur. Di atas meja sudah tersedia Nasi Goreng Cina dan telur mata kerbau. Aku tersenyum lebar melihat hidangan tersebut. Perutku memang lapar. Maklumlah, semalam muntah tak henti-henti.
“Makanlah banyak sikit Mawar.” Aku angguk kepala bila ibu mertuaku menepuk bahuku.
“Mak dan ayah dah makan?” Soalku ramah. Tangan pula laju memilih kekacang yang terdapat di dalam nasi. Satu persatu aku asingkan dan letak di dalam pinggan Ishamudin. Suamiku hanya geleng kepala. Tahu sangat dengan tabiat aku yang satu tu.
“Dah. Mawar macamana hari ni? Okey tak?”
“Tak okey mak. Dia cakap Sham ni bau. Sedangkan Sham dah mandi.” Aku tayang muka tak puas hati. Itupun nak mengadu dengan mak dia.
“Iye? Biasalah tu Sham. Orang mengandung ni macam-macam ragam. Sensitif pulak tu.”
“Yelah mak. Abang cakap Mawar macam kain batik lusuh. Tahulah orang dah tak cantik,” Aduku. Ishamudin garu belakang tengkuknya.
“Kain batik lusuh?”
“Ala...bukan itu maksud Sham, mak. Mawar salah faham tu. Sham gurau je. Dulu, masa dia sihat, berseri-seri je muka dia. Sekarang ni, tak bermaya je,” Aku menjeling tajam padanya. Ishamudin buat muka selamba. Seolah-olah dia tak bersalah. Dia tak tahu ke, dia sudah mengguris hati isteri dia yang comel ini.
“Sham, kenapa cakap macam tu. Dia tak sihat, sebab tu dia macam tu. Kamu ni pun satu, orang mengandung, memang macam tu. Mula-mula memang nampak lesu, berat badan dia susut. Selera makan hilang. Nanti, bila selera makan dia dah okey, cukup zat, waktu tu, mak yakin, Sham memang akan menempel kat sebelah Mawar,” Aku tergelak. Terhibur sedikit bila mak mertuaku memarahi Ishamudin.
“Bagi Sham, setiap hari Mawar cantik. Setiap hari nak dekat dengan dia. Kalau boleh, memang Sham nak letak dia dalam poket ni. Bawa pergi ke hulu ke hilir.” Aku geleng kepala bila Ishamudin cium pipiku. Tangannya melingkar dipinggangku.
“Mak suka tengok kamu berdua bahagia. Mawar, mak berterima kasih sebab Mawar sudi terima anak mak ni,” Aku tersenyum.
“Ala....Sham ni pandai menggoda mak. Menantu mak ni, memang dah lama sukakan anak mak yang handsome ni.” Aku mencebik. Ishamudin besarkan matanya.
“Ye mak. Sampai orang tu nak batalkan majlis kahwin dia, kalau Mawar tak nak kahwin dengan dia,” Aku sengaja hendak mengusiknya.
“Owhh...Kenakan abang ye?” Sekali lagi Ishamudin mencium pipiku. Dia ni bukan tahu malu. Sabar jelah dapat suami yang terlebih romantik ni.
“Uwarggg....cemburu Isha tengok. Mak, Isha nak kahwin jugak,” Kami bertiga berpaling ke arah Isha. Isha buat muka kasihan. Kami semua tergelak.
“Aihhh...Anak dara mak ni dah teringin nak kahwin?” Isha angguk kepala.
“Cemburu tengok Mawar dah tak lama lagi nak jadi mak orang,” Isha tarik muncung. Mak mertuaku geleng kepala.
“Nak mak pergi pinang siapa ni? Kalau nak kahwin kena ada calon,” Mak mertuaku angkat kening pada Isha. Isha mencebik.
“Orang belum jumpa calon lagi.” Tiba-tiba aku teringat tentang Abang Asran. Balik dari Korea hari tu, dia terus datang jumpa aku dan bagi hadiah. Sambil tu, dia minta nombor telefon Isha.
“Mak, saya tahu.” Aku angkat tangan. Eh...bila menyedari kesilapan kecil aku tu, aku terus tersipu malu. Itulah dah terbiasa mengejek Kak Ita. Selalunya, jika kami berbual-bual, Kak Ita terpaksa angkat tangan untuk bercerita kerana dia selalu tak berpeluang untuk bercerita.
“Aih...Siap angkat tangan isteri abang ni.” Aku tersengih.
“Mak, ada orang berkenan dengan Isha. Cinta pandang pertama katanya.” Isha kerutkan dahi dan memandangku tidak berkelip.
“Kau cakap tentang siapa tu?” Soalnya sambil angkat kening. Aku pandang wajah suamiku. Aku pun tak sempat nak cerita tentang hal tu pada Ishamudin. Mana tak lupa, kalau dia asyik nak bermanja dengan aku.
“Abang Handsome. Ehhh...Abang Asran. Ingat tak lelaki yang datang masa majlis kahwin kami tu,” Wajah Isha terus merona merah.
“Aih??? Kenapa muka anak mak ni memerah ni. Berkenan ye?”
“Dia ada call kau, Isha?” Isha angkat muka dan menjegilkan matanya padaku. Aku tutup mulut. Alamak!!! Terlepas cakap sudah. Nampaknya, Abang Asran memang dah fall in love dekat Isha. Isha pun sama.
“Asran? Mana sayang tahu ni?” Giliran Ishamudin pula bertanya. Aku tersengih.
“Masa dia jumpa Mawar hari tu. Dia bagi hadiah untuk Mawar sebab dah mengandung.” Ishamudin kerutkan dahi. ni mesti tak puas hati sebab isteri dia dapat hadiah dari lelaki lain.
“Dia bagi apa pada sayang?”
“Dia bagi oleh-oleh dari Korea tu. Tanda kenangan.”
“Isha berkenan kat budak tu? Dia okey tak?”
“Okey sangat-sangat,” Isha menjawab teruja. Kami bertiga memandang ke arah Isha yang sudah tersipu malu.
“Bawalah jumpa mak dan ayah. Ehh...macam pelik je.” Aku tergelak. Mak mertua aku ni memang pandai buat lawak.
“Apa yang peliknya mak?”
“Kalau dia berkenan dekat anak mak ni, suruhlah dia datang meminang.”
“Mak ni. Malulah Isha nak cakap macam tu. Dia baru je nak berkawan dengan Isha,” Isha membentak. Kami bertiga tergelak besar.
“Tak perlu nak berkawan. Kahwin terus. Macam abang dengan Mawar ni. Kan sayang?” Aku pukul paha suamiku.
“Aduh!! Kenapa? Abang salah cakap? Tapi, betullah. Bercinta lepas kahwin. Nak peluk ke nak cium ke nak pegang tangan, takde orang larang pun,” Aku geleng kepala. Isha dah tarik muncung dia.
“Abang dan Mawar lainlah. Dah kenal antara satu sama lain.” Isha berdengus kasar.
“Dulu abang dan Mawar, kalau berjumpa je mesti nak bertikam lidah dan berbalas pandang sampai orang tu jatuh hati kat abang. Mana sempat nak kenal hati budi masing-masing. Lepas kahwin, baru kami belajar menerima antara satu sama lain.” Aku mencubit pahanya. Ishamudin menjerit kesakitan.
“Yelah. Abang je menang.” Isha mengalah. Ishamudin tergelak besar. Tahu sangat perangai adiknya yang cepat mengalah itu.
“Nanti abang suruh Asran datang meminang,”
“Abang, janganlah. Biarlah dia.” Aku pukul lengan suamiku.
“Kenapa? Abang nak tanya dia, kalau dia betul-betul ikhlas nakkan Isha, lebih baik mereka berkahwin. Kalau setakat nak mainkan adik abang ni, baik tak payah mulakan apa-apa hubungan,” Aku geleng kepala. Tahu sangat sikap dia yang satu ini.
“Mawar, Abang Sham ni lebih teruk dari Abang Zam tau.” Isha berbisik ditelingaku.
“Oittt...kalau bukan abang yang nak lindungi kau, siapa lagi yang kau nak harapkan?” Isha mencebik. Aku hanya mampu tersenyum. Sayang sangat kat adik dia. Tapi, Abang Asran tu okey je aku tengok. Mesti suami aku ni sengaja nak kenakan Isha.
“Ikut suka abanglah. Nanti, kalau dia menolak, mana Isha nak letak muka Isha ni,” Isha berkata perlahan.
“Kalau muka dapat di letak di belakang kepala, boleh jugak tu. Lain dari yang lain,” Aku cubit paha suamiku. Dia ni. Tak sensitif langsung. Tak nampak ke wajah Isha dah mendung tu. Kalau ye pun nak bergurau, tengoklah keadaan.
“Abang ni. Apa yang Isha cakap tu memang betul. Kalau abang yang bertanya pada Abang Asran, nampak sangat macam Isha ni tergila-gilakan dia. Dia baru je nak berkawan. Belum sampai tahap serius lagi,” Ishamudin tergelak.
“Pandai ye sayang abang ni nak back up kawan dia. Yelah. Yelah. Kita tunggu Asran datang meminang. Abang cuma tak nak Isha terlalu berharap dan akhirnya kecewa.”
“Yelah. Isha masuk bilik dulu,” Aku geleng kepala. Ishamudin kerutkan dahi.
“Kenapa budak tu?”
“Sham, sian adik kau tu,” Mak mertuaku menyampuk. Masing-masing terdiam mengenangkan perkara tersebut.

**************************

******************************
selamat membaca semua. masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. tidak lupa juga sedekahkah Al Fatihah untuk pejuang Palestin dan doakan semoga mereka dilindungi Allah S.W.T. Doakan juga semoga Allah S.W.T tunjukan kekuasaannya pada mereka yang sombong di bumi Allah ini.

6 catatan:

Anonymous said...

Kenapa bab 53 sama dgn bab 52 ?

nieza said...

Dear

knapa repeat story bab 52 sama dgn bab 53??

Anonymous said...

yg ni da update da.. bab 52

>>k<<

Unknown said...

maaf semua... aduiii .. tersalah post pulak... itu sebab dah lama tak post new entry.. hahhahaha... dah post yg baru.. maaf sangat2.. hihihihihi..

Eijan said...

Baru la betul, konfius kejap sbb bab 52 & 53 sama sebelum ni

MaY_LiN said...

nk lg kaira
xsbr tgg mawar n sham jr