Followers

Monday, November 30, 2009

Kembali Pulang 13

“Kenapa awak pandang saya macam tu?” Mira menolak wajah Akmal dengan buku rujukannya.

“Saya nak simpan setiap inci gambaran wajah awak untuk kenangan.” Akmal tersenyum. Mira hairan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Akmal.

“Mira.....” Akmal bersuara perlahan. Mira angkat muka memandang ke arah Akmal. Akmal tersenyum lagi. Mira hairan melihat kelakuan Akmal yang berbeza dari kebiasaannya. Semenjak balik dari kampung sebulan lepas, hubungan mereka sudah kembali rapat.

“Eiiiii....belajar lagi. Janganlah macam tu. Saya nak belajar ni,” Mira menutup wajahnya dengan buku rujukannya. Akmal mengalih buku yang menutup wajah Mira.

“Syamira....” Mira mengeluh. Kemudian dia turut sama membalas renungan Akmal yang sayu itu.

“Kenapa ni? Awak tak sihat? Kalau tak sihat, awak balik ke asrama. Rehat je, ye?” Mira bersuara perlahan. Tiba-tiba dia melihat airmata Akmal menitis. Mira gelabah.

“Kenapa ni? Akmal...saya minta maaf jika menyakitkan hati awak.” Mira sentuh bahu Akmal lembut. Akmal menarik tangan Mira.

“Saya tak apa-apa. Saya hanya nak luangkan masa bersama awak. Nak simpan kenangan ini,” Mira kerutkan dahi. Sejak kebelakangan ni, kelakuan Akmal sangat pelik.

“Suka hati awak. Saya nak belajar ni. Jangan ganggu tau,” Akmal angguk kepala. Mira meneruskan ulangkajinya tanpa menghiraukan Akmal yang masih leka dengan dunianya. Hampir 1 jam mereka diperpustakaan, Mira menggeliat dan menggosok matanya. Kemudian dia memandang ke hadapan. Akmal sedang enak tidur. Mira mengambil peluang tersebut untuk merenung wajah Akmal. Begitu tenang sekali wajah itu ketika tidur. Tertawan hatinya melihat wajah lelaki yang telah mengisi ruang hatinya.

“Akmal... Bangun.” Mira mengoncang bahu Akmal perlahan. Akmal membuka matanya perlahan. Dia tersenyum.

“Saya tertidur ye?” Mira angguk kepala.

“Mari. Semua orang dah balik,” Mira mengemas buku yang dibacanya. Akmal tersandar lemah. Mereka berlalu meninggalkan perpustakaan.

“Mira...kalau saya takde kat dunia ni lagi, awak mesti teruskan hidup ye. Cari lelaki yang baik untuk menjaga awak.” Akmal bersuara perlahan.

“Tahulah saya. Awak ingat saya tak pandai jaga diri?” Mira bertanya marah. Akmal tersenyum.

“Owh!!! Pandai jaga diri. Apa kata Mira terima Mazlan tu jadi kekasih Mira. Dia lelaki yang setia,” Mira pandang wajah Akmal dengan riak tidak percaya.

“Apa awak merepek ni? Awak dah lupa? Niat saya ke sini? Saya nak belajarlah. Bukan nak cari kekasih.” Mira berkata kasar.

“Janji pada saya, kalau saya takde kelak, awak mesti teruskan hidup dan lupakan saya,” Akmal memandang terus ke hadapan. Mira pukul bahu Akmal.

“Boleh tak jangan cakap perkara yang bukan-bukan? Suka hati saya lah nak sukakan sesiapa,” Mira membentak marah. Akmal tetap tenang.

“Mira,” Mira menoleh ke belakang bila namanya di panggil. Akmal turut sama menoleh.

“Ada orang nak jumpa kat pagar sekolah,” Mira tersenyum memandang wajah pelajar tersebut.

“Siapa?” Soalnya pelik. Pelajar tersebut angkat bahu.

“Tak tahu. Lelaki.” Mira garu kepala. Berfikir siapa yang datang menjenguknya.

“Saya balik dulu.” Akmal beredar.

“Tak nak temankan saya?” Mira bertanya pada Akmal yang sudah bersedia untuk berlalu.

“Tak mengapa ke?” Akmal bertanya bodoh. Mira tersenyum. Dari jauh Mira tersenyum melihat lelaki yang menunggunya di pintu pagar sekolah.

“Saya tunggu kat sini,” Akmal bersuara lemah. Kepalanya terasa berat. Mira angguk kepala dan terus berlari menghampiri lelaki yang sedang tersenyum menunggunya. Akmal memandang pelik ke arah Mira yang selamba memeluk lelaki muda tersebut. Timbul rasa cemburu dihatinya.

“Bila abang sampai?” Mira bertanya riang.

“Aih!!! Tak tanya khabar abang?” Mira tersipu malu bila di tegur oleh abangnya.

“Hehheehhee... Sorry. Suka sangat tengok abang kat sini,” Mira memeluk lengan Syamsuri.

“Ni kenapa lebih-lebih je ni. Biasa malu nak peluk abang,” Mira mencebik. Matanya melirik ke arah Akmal yang memandang sayu ke arah mereka. Syamsuri turut sama memandang ke arah Akmal. Akhirnya dia tersenyum.

“Nak buat pak we cemburu ye? Patutlah.” Syamsuri tersenyum. Mira tersipu malu.

“Mana ada. Dia kawan Mira lah. Kami cuma kawan je,” Mira berkata manja. Syamsuri geleng kepala.

“Abang sekejap je singgah ni. Minggu depan dah balik ke sana lagi,” Mira muncung mulutnya.

“Sekejapnya. Tak sempatlah Mira nak berbual dengan abang,” Mira membentak. Syamsuri tersenyum.

“Alahhhh...tak lama lagi abang cuti lama sikit. Nanti kita jumpa hari-hari,” Syamsuri menarik hidung Mira.

“Mira sihat? Tentu sihatkan, sebab ada orang jaga. Nanti kirim salam abang pada kekasih Mira tu. Okey. Abang pergi dulu. Kawan Mira dah merajuk tu,” Syamsuri memeluk adiknya sebelum berlalu. Mira angguk kepala.

“Abang...” Mira menelentang tapak tangannya sambil tersenyum. Syamsuri geleng kepala.

“Duit yang mama bagi tak cukup ke?” Syamsuri menyeluk saku bajunya dan mengeluarkan dompetnya. Mira tersenyum senang.

“Terima kasih,” Mira menyalami tangan Syamsuri sebelum lalaki itu beredar. Mira melambai tangan sambil tersenyum manis pada abangnya. Ketika dia berpaling, dia tidak nampak kelibat Akmal menunggunya. Kemudian, Mira tersenyum. ‘Tahu pun cemburu,’ Mira tersenyum lagi.

*************************

“Hai Mira,” Mira tersentak bila di sapa oleh Mazlan. Mazlan duduk di hadapan Mira. Mira hairan.

“Hai,” Jawabnya sepatah. Matanya meliar mencari Akmal.

“Kenapa? Cari Akmal? Akmal suruh aku datang jumpa kau.” Mira tersentak. Mazlan tersenyum.

“Maksud kau?” Mira bertanya pelik.

“Aku tahu kau dan Akmal berkawan baik. Dan aku tahu dia sayangkan kau seperti adik dia sendiri. Kerana itu, dia tidak mahu sesiapa pun melukakan hati kau. Dan, mungkin dia nampak kesungguhan aku untuk membahagiakan kau, jadi dia berikan peluang untuk aku memikat kau,” Mazlan berkata tenang. Mira tergamam. Terasa dunia berhenti berputar seperti otaknya yang gagal berfungsi. ‘Akmal...... apa yang awak buat ni? Kalau pun awak tak suka saya, kenapa paksa saya terima orang lain,’ Mira berbisik sendirian.

“Tak payah. Bagi tahu dia, saya dah ada kekasih,” Mira terus berlari ke asrama. Dia menangis sepuas-puasnya. Semenjak itu hubungan mereka renggang kembali. Akmal dan Mira sama-sama mengelak dari berjumpa.

************************

2 catatan:

::cHeeSeCaKe:: said...

akmal sakit ker??
xmo la akmal mati...
nnk mira ngn akmal gak..!

Yong said...

la salah faham lagi la ni...