Followers

Monday, March 3, 2014

Relaku Pujuk 43




“Hai Abang Isham,” Aku kerutkan dahi. Dia ni dah lebih. Takkan nak mengatal dekat laki aku pulak.
“Hai..Dah makan?”
“Belum. Baru keluar. Siapa dia ni?” Huh!!! Takkan tak kenal aku? Suami aku boleh pulak kau kenal. Takpe. Kita dengar apa yang pak cik ni jawab. Dia pandang wajahku sekilas kemudian memandang wajah gadis bersebelahan denganku.
“Awak rasa siapa?” Aku mendiamkan diri. Sebenarnya aku merajuk dengannya sebab pagi tadi dia bagitahu mak dan ayah dia, yang aku belum sedia nak jadi ibu sebab tu aku belum mengandung. Walaupun mak dan ayah mertuaku tak kisah, aku tetap rasa marah padanya. Dan, sekarang, dia ajak aku temankan dia makan. Ingatkan nak pujuk aku, rupanya dan tunjukkan awek cun dia. Baru nak berbaik, dia dah buat hal balik.
“Adik awak?” Aku menghentikan kunyahan. Hilang selera makanku.
“Malaslah nak main teka-teka. Boleh saya duduk?” Aku kerutkan dahi. Gediknya perempuan ni. Biasa aku nampak dia mengorat si Ikmal tu. Hari ni apahal pulak tukar orang? Agaknya Ikmal tak layan dia sebab tu dia tukar haluan.
“Duduklah. Sampai petang pun tak mengapa.” Aku berkata kasar dan terus beredar.
Tadi beria-ia nak ajak kita makan bersama sampai paksa aku keluar rehat sama waktu dengan dia. Kalau sekadar nak tunjuk glamor, baik tak payah.
“Mawar, tunggu.” Aku terus berlalu meninggalkannya. Kenapa aku nak sakit hati bila tengok perempuan tu nak dekat dengan dia? Sebab aku isteri dia. Sebab aku dah mula sayangkan dia. Sendiri tanya sendiri jawab. Aku pening kepala.
“Abang Isham...”
Aku menjeling tajam pada gadis yang sedang merengek itu. Dia ni kenapa ye? Boleh pulak dia nak merengek kat laki aku. Aku terus menghampirinya.
“Kau tak malu ke mengada-ngada macam tu kat laki orang? Aku ni isteri dia pun tak pernah nak merengek macam cacing kepanasan.” Aku pandang sinis padanya.
“Siapa laki kau?” Aku gigit bibir. Ishamudin menghampiri kami.
“Ni suami aku.” Aku peluk erat lengan Ishamudin. Dia hanya tersenyum. Gadis itu hanya tersenyum sinis.
“Ye ke? Bukan En.Haikal tu suami kau ke?” Aku tarik nafas berat. Aku berpaling ke arah Ishamudin.
“Jadi, ini yang awak rasa jika saya keluar makan dengan En.Haikal?” Dia angguk kepala.
“Kenapa?” Soalku pelik.
“Cemburu kot. Tapi, aku tahu, aku tak layak untuk cemburu. Kau tak suka aku, kan?” Ucapnya lemah. Sengaja dan tarik simpati. Siapa yang tak suka siapa ni?
“Kalau kau tak suka dia. Baik kau pass kat aku,” Perempuan itu menyampuk lagi. Aku begang betullah kat dia ni.
“Kau ingat dia ni barang ke nak pass ke sana ke mari? Dia ni suami aku tau.” Aku menjeling tajam padanya.
“Awak ikut saya sekejap.” Aku tarik tangan Ishamudin menjauhi perempuan gedik  tersebut. Aku tersenyum puas bila melihat gadis itu menghentak kaki.
Dadaku berombak kencang. Geram. Selama ni, dia tidak pernah melayan mana-mana perempuan yang nak dekat dengan dia. Tapi mengapa dia layan juga perempuan gedik tu. Kalau perempuan tu berperangai okey dari aku, aku tak kisah. Ehhh!! Siapa cakap tak kisah. Aku kisah tau. Aku marah sebab..sebab..sebab apa ye? Entahlah. Malas nak fikir. Tapi yang ini, aduh...lebih teruk dari aku. Aku tak tahu sama ada hendak marah atau aku patut biarkan je.
“Saya...Sekarang ni, hati saya sakit. Saya tak tahu kenapa. Awak tahu tak?” Dia hanya mengulum senyum dan merenung lembut kearahku. Aku baru menyedari sesuatu. Apakah  ini yang dia rasa selama ni? Selama ni, dia selalu marah-marah pada aku selepas dia ternampak aku berbual dengan mana-mana lelaki lain kat kilang ni. Sekarang aku rasa apa yang dia rasa. Tapi, perempuan tadi dah melampau. Dia buat macam tu kat suami aku sedangkan aku ada kat sebelah dia. Dia tak patut buat macam tu. Aku mundar mandir dihadapannya.
“Kau cemburu?” Soalnya perlahan.
“Cemburu?” Aku terdiam. Aku kerutkan dahi. Aku cemburu ke?
“Awak rasa?” Aku tanya dia balik. Dia tentu tahu jawapannya. Dia tersenyum lagi.
“Kalau kau rasa cemburu, maknanya kau dah mula sukakan aku. Kau suka aku?” Aku merenung wajahnya. Memang aku sukakannya, tapi, aku nak dia pun sukakan aku.
“Dahlah, masa rehat dah nak habis tu. Malam nanti kita sambung lagi. Okey?” Pujuknya. Aku tayang riak tak puas hati. Dia tidak menghiraukanku. Malah dia terus menolak tubuhku supaya berlalu meninggalkannya. Aku melangkah perlahan. Kenapa aku tak suka tengok dia bersama perempuan lain.
“Awak..”
“Apalagi?” Dia angkat kening.
“Saya tak suka awak layan perempuan tu,” Dia tersengih dan menghampiriku.
“Kalau macam tu, terpaksalah kau layan aku. Aku ni sebenarnya kurang kasih sayang dari isteri aku ni,” Aku mencebik tetapi kemudian aku tersenyum.
“Okey. Janji awak tak layan dia.” Dia angguk kepala. Aku tersenyum lebar.
*******************************
“Awak,”
“Ermmm..” Aku pukul perlahan bahu suamiku. Dia buat tak tahu je.
“Awakkkk...” Sekali lagi aku memanggilnya. Dia ni. Siang tadi nak kita layan dia. Sekarang dia buat tak tahu je.
“Apa dia? Aku masih ada kerja ni,” Aku berdengus kasar. Di kilang kerja, kat rumah pun kerja.  Nanti kata kurang kasih sayang. Ni, orang nak beri kasih sayang dia tak nak pulak.
“Nanti membebel cakap dia kurang kasih sayanglah. Sekarang, orang nak beri kasih sayang lebih dia tak nak.” Dia memandangku sekilas kemudian tersenyum. Tapi dia masih duduk menghadap laptopnya. Entah apalah yang dia buat tu. Siang malam bekerja.
Ishamudin berpaling memandang wajahku semula. Dia merenung wajahku lama sekali beserta senyuman yang menawan. Debaran di dada semakin kuat. Hari-hari berada dekat dengannya membuatkan hatiku semakin keliru. Segala perbuatannya seolah-olah dia sayangkan aku, tetapi, dia tidak pernah meluahkan rasa hatinya itu.
“Okey. Tunjukan kasih sayang kau tu pada aku.” Aku kerutkan kening. Macamana nak tunjukkan kasih sayang pada dia? Tak terfikir pulak nak buat apa kat dia? Aku garu kepala yang tak gatal. Mawar..Mawar..pandai sangat nak timbulkan masalah. Setelah agak lama menunggu, akhirnya Ishamudin menyambung semula kerja.
“Awak, saya mengantuklah,” Perlahan daguku mendarat di atas bahunya.
“Kalau mengantuk, tidur jelah.” Aku geleng kepala.
“Awak temankan saya. Tapi, tak nak lebih-lebih. Awak peluk saya. Peluk je tau,” Dia ketuk dahiku perlahan. Aku tersengih. Pantas lehernya aku peluk erat.
“Mata mengantuk macam tu pun masih degil. Aku cium kang, baru tahu. Nak tidur pun nak kena temankan. Selalu tak pulak nak bermanja macam ni,” Aku mencebik. Manja pun, bukan dengan orang lain. Dengan suami sendiri je.
“Cepatlah. Nanti saya tidur kat sini, ha..siapa yang susah?” Aku mengugutnya. Dia tergelak halus lantas bibirnya mendarat didahiku.
“Kau sendiri yang susah.”
“Apa pulak saya sendiri yang susah?” Pelik betul. Kalau aku tertidur kat sini, nanti dia jugak yang terpaksa dukung aku ke katil kami. Tapi, seronok jugak kalau dapat kena dukung olehnya.
“Aku buat apasaja yang aku suka kat kau masa kau sedang tidur,” Terbeliak mataku mendengar kata-kata selamba dari mulutnya. Dia tersenyum simpul.
“Awak cepatlah. Mata orang mengantuk ni,” Aku tarik hujung baju tidurnya. Dia tersengih lagi.
“Okey. Kejap. Aku nak siapkan kerja ni. Tinggal sikit lagi,” Aku berdengus kasar.
“Awak ni, siang malam bekerja.” Hai..Mawar, takkan nak mengedik pulak. Aku dekatkan wajahku ke arahnya. Mata pulak aku pejamkan. Nak bagitahu dia aku mengantuk sangat.
Cupp...
Mataku terbuka luas bila terasa bibirku disentuh lembut. Dia tersenyum lebar selepas menciumku.
“Awak ci..” Aku muncung bibir dan tayang riak tak puas hati. Sebenarnya tak puas kena cium. Sebab, sekejap sangat. Hahahaha... kalau Ishamudin tahu, mahu kena gelak sampai esok pagi.
“Ci? Apa tu?” Soalnya. Siap angkat kening. Wajahnya juga serius.
“Mawardina isteriku, kau nak cakap apa tadi?” Aku tersipu malu. Hujung bajunya, aku pintal-pintal. Isk..dia ni, suka sangat buat aku termalu sendiri. Nanti, kalau ada yang tergoda, siapa yang susah. Aku jugak.
 Pappp..
“Aduh!!!”
Aku pandang wajahnya yang selamba badak je pukul tangan aku.
“Kau nak tanggalkan baju aku? Jadi kau betul-betul nak rasmi malam pertama kita?” Aku tersentak dan terus memandang ke bawah. Erkkk...tangan aku sedang elok memintal hujung bajunya. Aku tersengih. Cover malu.
“Sorry. Mana ada.” Ishamudin geleng kepala. Setelah shut down laptopnya, Ishamudin mencampung tubuhku lalu di bawanya ke atas katil. Aku tersipu malu.
“Aku suka tengok kau ketawa,” Suka aku ketawa?
“Awak suka tengok saya ketawa je? Kalau saya tak ketawa, awak tak sukalah?” Aku bertanya sedih. Dia angguk kepala. Uwa......sedihnya.. Rasa nak nangis. Airmata sudah bergenang dikelopak mataku. Aku mendiamkan diri. Hilang mood untuk bermanja dengannya. Perlahan aku berpaling membelakanginya namun sempat juga aku menangkap senyum sinis dibibirnya.
“Kenapa?” Soalnya selamba.
“Awak hanya suka saya ketika saya senyum je?” Aku teresak kecil. Sensitif pulak emosi aku malam ni. Dia tergelak kecil lalu mengusap kepalaku.
“Kenapa kau  comel sangat?” Aku menjeling tajam padanya namun hanya seketika bila Ishamudin cium kelopak mataku. Terlupa sekejap yang aku terasa hati dengannya sebentar tadi. Ishamudin tersenyum dan menarik tubuhku supaya menghadapnya.          
Aku membalas renungannya. Walaupun setiap hari tengok wajahnya, aku masih rasa rindu. Kenapa ye?
“Aku tahu aku handsome. Hari-hari kau tengok pun, kau takkan jemu,” Ucapnya selamba. Aku tersipu malu.
“Wajah awak yang handsome tu buat saya tertarik pada awak. Selain, sikap tak layan awak tu.” Dia tersenyum. Memang dulu aku minat kat dia sebab wajah dia yang handsome. Sekarang, aku semakin suka, minat,sayang dan cinta padanya kerana dirinya sendiri.
“Betul?” Aku angguk kepala. Ishamudin terdiam.
“Kenapa?” Soalku pelik bila Ishamudin pandang aku semacam. Tanganku pantas membetulkan selimut lalu menutup separuh badan. Dia masih merenungku kemudian dia berpeluk tubuh.
“Sebagai isteri aku, aku nak kau buat sesuatu untuk aku,”
“Hah!!!” Aku terus duduk. Takkan dia nak aku tunaikan tanggungjawab aku sabagai isteri dia. Aku gigit jari. Dah mulalah penyakit gelabah aku ni. Aku pandang kiri dan kanan. Nak larikan diri? Erkkk...macam tak patut je. Aku tundukan wajah. Takut untuk menatap wajah suamiku itu. Aku bergerak ke tepi katil bila terasa Ishamudin turut duduk merenungku sambil tersenyum. Bila terasa wajahnya semakin mendekat, aku terus angkat muka.
“Aduh!!!! ”
“Awak kenapa?”
“Sakit,”
“Ah!! Sakit? Kat mana?”
“Kat sini,” Aku karutkan dahi bila dia sentuh bibirnya. Perlahan aku pandang bibirnya.
“Awak, ada darahlah,” Erkk...Macamana boleh luka pulak bibir dia.
“Darah? Banyak ke?” Soalnya dan terus berlari ke meja solek. Aku turun dari katil dan menghampirinya. Aku jenguk dari tepi.
“Berdarahlah, awak. Sakitkan?” Aku bertanya sayu. Ishamudin memandang kearahku. Sedih hatiku bila melihat wajahnya yang jelas sekali menahan rasa sakit.
“Kenapa kau pulak yang nak nangis?” Soalnya pelik. Aku kesat airmata yang tiba-tiba mengalir.
“Orang bukan menangis. Airmata tu nak keluar sendiri,” Aku kesat lagi airmataku yang semakin laju mengalir dipipiku. Ishamudin tergelak halus.
“Macam budak-budak. Jangan nangis. Luka sikit je. Salah aku sendiri sebab nak curi-curi kiss kepala kau tadi,” Dia sapu airmata yang mengalir dipipiku.
“Jadi, tadi tu awak memang ada niat nak buat sesuatu kat saya ye?” Aku muncung mulut. Ishamudin tersengih.
“Mana ada.” Dia berdalih.
“Bohong,” Aku merenung tajam padanya. Dia buat tak tahu. Aku pulak yang bengang. Ishamudin menyapu ubat ditepi bibirnya.
“Huhuhu...Sakitnya. Keras betul kepala kau,” Aku jegilkan mataku padanya. Dia tergelak halus lalu menghampiriku.
“Siapa suruh pasang niat tak elok,”
“Apa pulak niat tak elok. Bukan berdosa pun kalau nak cium kepala isteri sendiri. Lebih dari itu pun  aku berhak tau.”
“Huhhhh...malas nak layan.”
“Mana boleh. Kan dah janji nak layan aku siang tadi,” Aku tersentak.
“Erkk...Bukan layan yang satu tu. Ermm..orang...macamana nak cakap ye?” Aku garu tapak tanganku. Aku angkat muka dan terpandang Ishamudin sedang tersengih.
“Owh!! Awak nak kenakan saya ye.” Dia terus tergelak. Aku terus menerpa kearahnya dan mencubit lengannya.
“Okey..okey..aku nak kau buat sarapan pagi untuk aku mulai esok. Makan malam pulak, takpelah. Sebab kita balik lambat. Tapi, kalau kerja malam, aku nak kau sediakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan petang,” Terlopong mulutku mendengar arahannya. Tanpa banyak bicara aku angguk kepala.
“Dah. Tidur lagi. Nanti lambat bangun,” Aku angguk kepala.
            Malam ini pun seperti malam-malam yang lain. Tiada yang istimewa berlaku. Mungkin ada yang tak percaya kalau aku katakan, selama kami tidur bersama, Ishamudin tak pernah mengambil kesempatan ke atas ku. Kalau setakat peluk dan cium tu, memang dia biasa buat. Tapi tak pernah lebih dari itu. Kadangkala, aku terfikir jugak, adakah suami aku ni tak normal? Aku mendongak merenung wajah suamiku. Perlahan bibirnya yang luka tadi aku sentuh. Kerana sikap nakalnya itu, tak pasal-pasal luka kat bibir. Aku tergelak halus.
“Mawar, tidur lagi.” Aku terkejut. Erkkk..dia belum tidur?
“Awak belum tidur?” Dia angguk kepala.
“Kenapa tak tidur lagi ni? Tadi kata mengantuk sangat,” Aku tersenyum.
“Awak,”
“Ermmm..”
“Awak tak peluk saya pun?” Kalian jangan marah ye. Aku dah biasa tidur dalam pelukannya. Jadi, kalau dia tak peluk aku, aku rasa ada yang kurang. Perlahan tangannya menarik tubuhku menghampirinya.
“Puas hati?” Aku angguk kepala.
“Tidur lagi. Kalau kau tak tidur, terpaksalah kau layan aku sampai pagi.” Erkk... Aku tolak badannya.
“Ehhh...Orang belum sedia lagi,” Aku bersuara perlahan. Mulut kata tak sedia, dalam hati tu dah terbuka luas, tapi, aku takut, Ishamudin hanya mengusikku.
“Itulah. Orang suruh tidur bukan suruh kau tengok muka aku yang handsome ni. Nanti, tak pasal-pasal, aku makan besar malam ni,” Aku muncung mulut.
“Okey. Nak tidurlah ni,” Aku menjawab perlahan dan melelapkan mata bila terasa tangan kasar suamiku melingkari pinggangku.

**********************************

Bunyi kokokan ayam mengganggu lenaku. Pantas jam di telefon bimbit aku pandang. Pukul 5.30 pagi. Aku terus bangun dan mandi.
“Awak, bangun.” Aku sentuh bahu suamiku. Ishamudin menggeliat.
“Okey,” Perlahan je suaranya kemudian terus turun dari katil. Sementara menunggu Ishamudin mandi, aku ambil kesempatan melayan novel-novel online.
“Mawar dah ambil air sembahyang?”
“Belum. Sekejap,” Aku terus berlari ke bilik air. Ketika aku kembali, Ishamudin sudah membentangkan dua sejadah di atas lantai.
            Selesai menunaikan solat subuh, aku terus keluar dari bilik. Hari ni, hari pertama aku sediakan sarapan untuk cik abang aku tu. Sebelum ni, asyik mak mertua aku je yang sediakan sarapan. Kasihan pulak kat mak mertua aku tu. Nak buat macamana, aku ni sebenarnya macam pahat. Nak kena tukul baru nak bergerak.
“Assalamualaikum mak,”
“Waalaikumsalam. Eh..Mawar, buat apa kat dapur ni?”  Aku tersengih.
“Saya nak sediakan sarapan untuk Abang Isham.” Hahahhaa..kalau depan mak mertua aku ni, lancar je aku panggil Ishamudin tu abang.
“Takpelah. Nanti mak buatkan. Masih awal lagi ni, Mawar berehatlah.” Aku tayang wajah sedih.
“Saya nak belajar memasak mak. Tak nak asyik menyusahkan mak je.” Aku kasihan melihat ibu mertuaku itu.
“Mak masih larat. Lagipun, mak bukannya ada kerja lain lepas ni. Lainlah, Mawar tu, lepas ni nak ke kilang lagi. Tak payah susah-susah.” Aku terus menarik kerusi dan duduk di meja makan.
“Saya tolong apa-apa je,” Aku nak berubah sedikit demi sedikit. Mak mertuaku tersenyum senang.
“Mak nak masak apa pagi ni?” Aku perhatikan periuk nasi di atas meja.
“Mak nak buat nasi goreng. Kamu nak buat tak?” Nasi goreng? Apa kata aku cuba masak nasi goreng? Aku tersenyum lebar.
“Okey. Mak tolong ajar saya ye,” Dia angguk kepala. Perlahan-lahan aku mengikut arahan yang diberikan oleh ibu mertuaku. Kali ni aku tak takut lagi kalau terkena minyak, sebelum ni, Ishamudin selalu juga mengajarku menggoreng ikan. Aku nak buat kelainan dalam nasi gorengku.
“Memasak ni tak susah. Asalkan cukup bahan dan rasa, sedaplah dia. Nasi goreng ni, macam-macam orang buat. Ikut selera masing-masing,” Aku angguk kepala. Cara yang mak mertua aku cakap ni lain dari yang aku selalu tengok mak aku buat masa kat kampungku.
“Mak, kalau saya buat ikut resepi saya sendiri, okey tak?” Aku tersenyum. Sabar menanti. Ni di kira minta kebenaranlah.
“Ye? Baguslah. Sekali sekala cuba rasa masakan lain pula.” Aku tersenyum lebar. Lampu hijau dah menyala.
“Okey.” Aku terus melakukan kerjaku.
“Mak, ada udang kering tak?”
“Ada kat dalam peti sejuk tu,” Aku angguk kepala. Aku tersenyum lebar bila melihat cili hantu. Sedap kalau dibuat sambal. Pedas tapi sedap. Setelah mencuci udang kering, aku mula menjalankan operasi memasak nasi goreng. Bawang merah dua biji, belacan tak dilupakan, kiub pati ayam juga aku sediakan. Setelah siap menumbuk bawang, udang kering, cili hantu dan belacan, aku sudah sedia untuk menggoreng.
“Sedap baunya.” Aku tersenyum lebar bila ibu mertuaku memuji.
“Ala, mana tahu, bau je lebih, nanti rasa tak seberapa,” Aku berpaling ke arah suara yang menyindirku. Aku menjeling tak puas hati pada Ishamudin. Datang je, terus kutuk orang.
“Belum cuba belum tahu,” Dia tergelak dan terus menghampiriku.
“Macam sedap je. Dah masak ke?” Dia menjenguk ke dalam kuali.
“Belumlah. Sabarlah sikit,” Dia tersengih.
“Aku nak minum air kopi,” Aku angguk kepala.
“Sekejap,” Kelam kabut aku dibuatnya.
“Dah siap. Awak, cubalah rasa,” Aku hidangkan nasi goreng itu di atas meja.
“Bau sedap. Rasa belum tahu lagi?”
“Ini kali pertama saya masak nasi goreng tu.” Ishamudin menceduk nasi goreng tersebut ke dalam pinggan. Sesuap. Dia senyap. Sesuap lagi.
“Mawar, nak air suam,” Aku terus berlari mengambil gelas dan menuang air suam ke dalam gelas lalu kuhulurkan pada Ishamudin.
“Rasa sedap. Tapi, pedas sangat.” Aku tersengih. Bibirnya semakin merah. Matanya juga merah.
“Sham, tak mengapa ke kamu makan cili tu?” Aku pandang wajah mak mertuaku. Jelas sekali riak bimbang diwajahnya.
“Sham ok je, mak. Lagipun, sedap ni. Cuma pedas je.” Aku tersenyum lebar lantas aku tarik kerusi disebelah Ishamudin dan duduk disebelahnya.
“Berapa biji cili kau letak dalam ni?” Aku tayang 3 jari.
“Hah!!! 3? Cili hantu tu?” Aku angguk kepala.
“Pedas sangat ye?” Aku buka mulut bila Ishamudin menghulur sudu berisi nasi ke mulutku. Makan bersuap pulak di awal pagi ni. Mak mertuaku tersenyum lebar di hadapanku. Gembira tengok anak dan menantu dia bermesra ye.
“Takdelah pedas sangat. Awak ni, pedas sikit pun tak dapat tahan,” Aku mencebik.
“Pedas sikit kau kata? Memang hantu cili kau ni,” Aku tersengih. Eleh..kata pedas, tapi habis jugak dia makan. Siap bertambah lagi.
“Nasib baik hanya pedas. Kalau masin tadi, jangan harap aku nak habiskan,” Aku tersenyum lebar.
“Sedap.Terima kasih ye. Lain kali kurangkan cili. Okey.” Ucapnya perlahan sambil tangannya menyentuh pipiku.
“Isk..Awak ni. Malulah, mak tengok tu,” Aku pukul perlahan tangannya yang berada dipipiku. Dia buat tak tahu.
“Dah siap? Nanti lambat pulak sampai ke kilang,” Aku angguk kepala. Selepas mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk kotor, aku berlari ke bilik. Aku buat rumah ni macam stadium. Ikut suka aku nak berlari.

*************************
P/S : Semoga ceria semua.. selamat membaca... maaf sebab lambat post new entry...

4 catatan:

Anonymous said...

sweet..best...
nk lgi...
-ada

MaY_LiN said...

bes bes
nak lg kaira
sungguh tabah mawar ngan sham ni kan

Eijan said...

Bukan mawar yg tabah dgn Isham, tp Isham yg byk sgt tabah dgn perangai x matang mawar tu....tahannya Isham menanti mawar menjalankan tggungjwbnya sbg isteri...

Anonymous said...

best...cepat2lah sambung