Followers

Monday, November 2, 2009

Kembali Pulang 4

Akmal menyanyi kecil sambil bersiap ala kadar. Zainal hairan melihat rakan baiknya gembira sekali malam itu.

“Kau ni kenapa? Seronok semacam aku tengok. Ada apa-apa yang kau tak bagi tau aku ye?” Zainal serkap jarang. Akmal hanya tersenyum.

“Kau belum kemas lagi? Kau tak nak keluar ke?” Akmal merapikan rambutnya. Zainal geleng kepala melihat senyuman dibibir Akmal.

“Aku macam ni pun dah ok,” Zainal dan Akmal keluar dari bilik menuju ke tasik yang menjadi tempat remaja berkumpul.

“Errrr…mari,” Zainal ikut langkah Akmal yang pantas menghampiri dua orang pelajar perempuan.

“Siapa tu? Kau kenal mereka?” Zainal berbisik di telinga Akmal. Akmal angguk kepala.

“Assalammualaikum,” Mira dan Zuriana menyambut salam tersebut dan menoleh ke belakang.

“Errrrr….Awak,” Mira gugup seketika. Akmal tersenyum.

“Tak sangka jumpa kat sini,” ujarnya perlahan.

“Boleh kami duduk?” Akmal bertanya sopan.

“Duduklah,” Zuriana menjawab mewakili Mira yang jelas terkejut. Akmal tersenyum.

“Kenalkan ini kawan saya. Zainal. Nal, kenalkan,” Zainal hulur tangan untuk bersalam.

“Zuriana,” Mereka berjabat tangan.

“Syamira,” Mira pula memperkenalkan diri. ‘Kenapa dengan Akmal ni? Lain macam je aku tengok,’ Zainal berbisik sendirian. Dia asyik melihat Akmal yang sedikit gelisah itu.

“Dah lama kenal Azlan?” Mira bertanya bagi memecah kesunyian antara mereka berempat.

“Kawan masa di tingkat satu hingga tingakatan tiga. Kami satu sekolah dan satu kampung,” Akmal menjawab perlahan.

“Mira….” Zuriana menyiku lengan Mira. Mira tersentak.

“Kenapa?” Soal Mira pelik. Akmal dan Zainal turut sama kehairanan.

“Mazlan…. Tu..” Zuriana muncung mulut ke arah sepasang remaja yang bergelak ketawa. Mira tersenyum.

“Biarlah. Hak dia,” Mira berkata perlahan.

“Memang tak tetap pendirian,” Ujar Zuriana sambil geleng kepala. Akmal dan Zainal berpandangan sesema sendiri.

“Siapa tu?” Akmal bertanya.

“Peminat,” Mira tersenyum.

“Owhhhh!!!!” Akmal angguk kepala.

“Al, tu…macam si Faridah. Betulkan?” Giliran Zainal pula menyiku Akmal. Akmal memandang ke arah yang ditunjuk oleh Zainal.

“Kan aku dah cakap, dia memang jenis yang tak setia,” Zainal membebel. Akmal tersenyum. Mira dan Zuriana hairan.

“Siapa tu? Kekasih awak ye?” Soal Mira sambil tersenyum. Namun dadanya berdegup kencang. Mengharapkan Akmal menidakkan tanggapannya.

“Peminat,” Akmal dan Mira sama-sama tersenyum. Mereka saling berbalas senyuman. Zainal dan Zuriana seperti dapan mengesan sesuatu dari padangan mata Mira dan Akmal.

“Al, aku nak berjalan-jalan dulu. Kau jumpa kat sini nanti ye,” Zainal berdiri. Tiba-tiba, Zuriana turut sama berdiri.

“Mira, aku pun nak jalan-jalan jugak. Awak tak kisahkan, saya ikut,” Zuriana memandang wajah Zainal. Zainal angguk kepala.

“Tapi…” Mira cuba menghalang temannya, namun Zuriana dengan pantas mengejar langkah Zainal. Akhirnya Mira duduk kembali. Mira dan Akmal sama-sama membisu.

“Awak selalu datang ke sini?” Akmal bertanya perlahan.

“Ermmm… ye. Saya suka suasana yang sunyi dan aman. Tenang jiwa,” Mira merenung dada langit yang dipenuhi bintang.

“Saya juga suka suasana sunyi macam ni, tapi…ada masanya, saya tak suka.” Akmal turut sama memandang ke langit. Dan jarinya mengetuk meja kayu tersebut. Mira menoleh kearah Akmal.

“Kenapa?” Soalnya hairan. Pada anggapannya, Akmal tentu suka suasana sunyi berdasarkan sikapnya.

“Kerana kesunyian membuatkan saya terkenang kenangan lalu.” Mira angguk kepala.

“Tentu kenangan sedih yang awak maksudkan?” Mira garu keningnya. Akmal tersengih.

“Walaupun kenangan sedih, tetapi kadang-kala, saya ingin mengingatinya. Sebab, ada sedikit kebahagiaan dalam kenangan sedih itu,” Akmal bersuara perlahan.

“Ye. Saya setuju dengan pendapat awak tu.” Mira menyentuh pergelangan tangannya. Parut yang menjadi kenangan paling indah dan sukar untuk dilupakan. Akmal memerhati perlakuan Mira dan dia tersentak bila melihat kesan parut di pergelangan tangan Mira.

“Mana awak dapat parut tu?” Soalnya gugup. Mira merenung wajah Akmal yang jelas terperanjat itu. Kenangan lalu datang tanpa diundang.

“Mak aku cakap, lesung pipit aku ni pemanis wajah. Bila dewasa kelak, aku akan jadi lelaki kacak ,” Budak lelaki berusia lapan tahun itu berkata bangga.

“Perasan. Kacak pun tak berguna, kalau jahat,” kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu mencebik.

“Dah besar kelak, aku kan jadi lelaki baik,” Jawabnya pantas.

Akmal merenung cantik yang dimiliki oleh Mira. Mata yang mengembalikan ingatanya pada seseorang.

“Mak aku pun cakap mata aku cantik…dia cakap perempuan bermata cantik akan…” Kata-kata itu terputus bila Akmal menyampuk.

“Akan menjadi milik lelaki kacak macam aku,” Akmal menyambung kata-kata kanak-kanak itu.

“Perasan. Tak ingin aku jadi milik kau. Jahat.” Kanak-kanak perempuan itu menjelirkan lidahnya.

“Ehemmm…Kamu berdua tak nak balik. Dah lewat ni,” Mira dang Akmal tersentak. Masing-masing tertunduk malu. Zuriana dan Zainal tersenyum penuh makna melihat rakan mereka gugup seketika.

“Mari…” Mira menarik tangan Zuriana dan berjalan pantas meninggalkan Akmal dan Zainal.

“Nal, aku rasa…aku nak pindah sekolah,” Akmal berkata yakin. Zainal terpinga-pinga.

“Pindah sekolah? Sekolah mana? Kenapa?” Soalnya hairan. Akmal tersenyum kemudian berlalu.

“Hoi!!!Kau belum jawab lagi soalan aku,” Akmal berlari terus meninggalkan Zainal yang kebingungan.

**********************************

“Kenapa nak pindah sekolah?” Puan Kalsom bertanya hairan. Anak bongsunya itu kelihatan sedikit berbeza dari beberepa bulan lepas. Semenjak balik dari sukan antara sekolah sebulan yang lepas, Akmal menjadi pendiam dan suka menyendiri. Tuan Adnan hanya mendiamkan diri.

“Boleh kan ayah.” Akmal memujuk ayahnya. Tuan Adnan melipat surat khabar sambil merenung wajah anak bongsunya itu.

“Nanti, kalau saya berpindah disana, saya akan tumpukan perhatian dalam pelajaran. Tak terlibat dengan sukan. Sebab mereka tak kenal saya. Lagi pun jika tinggal di asrama, saya dapat belajar sungguh-sungguh,” Akmal bertongkat dagu di hadapan ayahnya.

“Ayah tak halang. Yang penting, kau kotakan kata-kata tu. Dan ayah akan suruh Zainal ikut sekali. Biar dia jadi spy ayah,” Akmal memeluk erat ayahnya. Dan mencium pipi Puan. Kalsom. Tuan Adnan geleng kepala melihat anaknya begitu gembira sekali.

“Terima kasih ayah. Mak,” Ucapnya girang.

“Nal,” Akmal memeluk bahu Zainal.

“Kau ni kenapa? Gembira tak tentu pasal,” Zainal hairan. Akmal tersengih.

“Kita akan berpindah sekolah. Ayah benarkan kita pindah sekolah.” Akmal tergelak riang.

“Apa yang gembira sangat ni Al,” Mak Senah meletak dulang yang berisi air dan biskut di atas meja.

“Mak cik, Al nak bagi tau mak cik. Ayah izinkan Al dan Zainal pindah ke sekolah berasrama penuh. Supaya kami dapat belajar dengan bersungguh-sungguh.” Zainal tersentak.

“Owh!!!..Itu. mak cik tak kisah. Yang penting niat kamu betul,” Zainal menjeling tajam kea rah Akmal yang tersenyum.

“Ingatkan apa tadi. Kau nak kejar pelajar perempuan tu?” Bisik Zainal perlahan. Akmal angguk kepala.

“Kau biar betul. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Kau cintakan dia?” Zainal bertanya serius. Akmal geleng kepala.

“Entah. Tapi…. Sebelum ni aku tak pernah rasa seperti ini terhadap mana-mana perempuan yang aku kenal. Bila berjumpa dengan dia, aku rasa lain. Rasa sesuatu. Tak tahu macamana nak terangkan pada kau. Dan kadangkala aku rasa seperti seseorang memanggil namaku. Aku rasa seperti ada sesuatu yang mengikat kami untuk saling mengingati.” Akmal berkata perlahan sambil menyentuh parut dilengannya. Zainal mendiamkan diri.

“ Macamana, kalau dia tidak merasa apa yang kau rasa? Bila kita berada disana kelak, dia sedang bercinta dengan lelaki yang sering mengejar dia tu?” Zainal menduga sahabatnya. Akmal mendiamkan diri. Berfikir akan kemungkinan kata-kata Zainal itu.

“Perempuan ni, Al, hati mereka lembut. Jika dipujuk selalu, mereka akan mengalah.” Zainal menepuk bahu Akmal.

***************************

2 catatan:

keSENGALan teserlah.. said...

waaaaaa..
sanggup pindah sekolahhh tuhh..

Yong said...

tu la sanggup pindah tu. tak syg ke apa yg dah dibina kat sek tu? sukan n akademik?kan hero kat sek tu.