Followers

Tuesday, March 20, 2012

Alia Najwa 1











“Ros!!!! Jagalah kau. Kalau aku dapat tangkap kau, aku patah-patahkan tulang kau tu, biar padan muka kau,” Fizan menjerit marah. Sara, Imah, Alia, Maziah, Hafiz, Ajay dan Ariy ketawa melihat gelagat Ros dan Fizan. Adegan kejar mengejar memang menjadi rutin mereka apabila tamat kelas. Mereka memang dikenali sebagai kumpulan ceria sepanjang masa oleh pelajar SMK Air Putih kerana perangai mereka yang sentiasa gembira dan ceria tidak kira masa. Hubungan mereka juga sangat rapat sehingga ke mana sahaja mereka pergi, pasti kesemuanya ikut serta.
“La… kamu berdua ni, dah takde kerja lain ke? Tiap-tiap hari bergaduh. Macam budak kecil.” Sara menggeleng kepala. Sara gadis lemah lembut yang suka merendah diri.
“Apa nak dihairankan, hari-hari macam tu, hari ni giliran Ros dan Fizan, esok Ariy dan Imah, lusa pulak Alia dan Ajay. So, apa yang nak dihairankan. Dah jadi kebiasaan kita,” Maziah tergelak halus. Maziah pula seorang yang pendiam dan menjadi penenang dan juga penasihat mereka semua.
“Aduh!!!!! Mangkuk betullah. Sakit kepala aku ni.” Ariy marah bila kepalanya terkena sesuatu yang keras. Ariy kadangkala agak emosional tetapi tetap cool. Bajet cool katakan.
“Hahahahhaah… aku ingatkan dinding tadi, sorry ye Ariy. Heheheehhe,” Dengan selamba Imah mengaku salah. Imah gadis cantik dan juga ceria sepanjang masa.
“Sorry? Meh sini kepala kau, aku bagi kau rasa sikit,” Ariy mengejar Imah. Giliran Imah dan Ariy pula berkejaran. Dah macam kanak-kanak rebina. Sedangkan sekarang mereka adalah pelajar tingkatan lima. Memang tak dapat dijadikan contoh.
“Padan muka. Ariy, dia nak lontar kat aku, tetapi terkena kau. Maklumlah tangan Imah tu senget. Bila dia nak kenakan aku, asyik terkena orang lain je, tu yang dia bengang,” Ajay ketawa melihat wajah Imah yang mencuka. Ajay adalah kembar Ariy dan seorang yang tidak ambil kisah hal sekeliling. Dia juga ahli kelab olahraga dan memegang gelaran raja pecut.
“Kau je yang bernasib baik, asyik berlindung kat belakang Ariy.” Imah mengejek Ajay. Ajay angkat kening. Imah menjelir lidah pada Ajay.
“Ariy, kenapa kau baik sangat dengan Ajay tu?” Imah bertanya sambil berpeluk tubuh dan berjalan mengundur ke belakang. Dengan ekspresi mukanya yang tak senang hati melihat Ariy selalu melindungi Ajay.
“Korang nak tau?” Alia menyampuk. Alia gadis periang yang paling muda dan manja dan disenangi rakan-rakan dan guru di sekolah mereka. Semua mata memandang wajah cerah milik gadis comel itu. Alia pelari pecut sekolah dan juga merupakan pelajar harapan dalam setiap acara olahraga dan memegang gelaran ratu pecut. Dia sering dipasangkan dengan Ajay.
“Kenapa?” Soal mereka serentak. Alia terus tersenyum simpul.
“Sebab…… Ajay ni anak manja. Nanti kalau Ariy marah dia, balik rumah hujung minggu, dia mengadu kat mak dia. Ariy pulak yang kena marah.” Alia tersenyum lucu melihat wajah Ariy dan Ajay yang tidak puas hati.
“Apa punya jiranlah kau ni, tak dapat simpan rahsia betul,” Ajay dan Ariy mencubit pipi Alia yang nipis itu. menjerit kesakitan Alia dibuatnya.
“Oiiiiii…… Sakitlah. Cubit tempat lain boleh tak? Pipi aku jugak yang jadi mangsa.” Alia menggosok pipinya yang berbekas kesan cubitan pasangan kembar itu.
“Wah!!!!! Cantik pulak aku tengok pipi kau yang merah ni Alia,” Fizan meneliti wajah Alia. Fizan agak kelakar dan kuat makan sesekali dia buat hal mesti kecoh punya.
“Ha…. Ni kau punya cantik,” Alia menujal dahi Fizan yang semakin menghampiri mukanya.
“Fizan, yang kau jolok sarang tabuan tu kenapa?” Hafiz menyampuk. Manakala Hafiz pula seorang yang tenang dan suka mengikut ke mana sahaja rakan-rakannya pergi dan lebih tepat lagi, menjadi pak turut.
“Hafiz, kau diam. Nak kena jugak?” Alia sedia untuk bagi buah tangan ke muka Hafiz. Hafiz segera menjauhkan diri dari Alia. Alia sekali sekala memang garang.
“Garang nya. Lelaki pun takut nak dekat kat kau tau. Kalau kau tak berubah, alamatnya, membujanglah kau sampai ke tua,” Hafiz sengaja membuat Alia marah. Marah Alia seketika sahaja. Mereka bekejaran lagi. Riuh rendah sekali di sepanjang jalan menuju ke asrama.
“Yah, kau tau tak, kelmarin ada pelajar baru masuk kelas kami. Sombong giler. Muka boleh tahan jugak, tapi, bila Shila tegur dia, dia langsung tak layan. Fizan pun ada jugak tegur dia, dia senyum sikit camni,” Sara tersenyum sikit. Maziah angkat kening. Dia memang tak suka bila ada orang baru yang suka berlagak.
“Betul ke? Nanti kau tunjuk kat aku budak tu. Hensem sangat ke budaknya?” Maziah bertanya. Mereka yang lain leka kejar mengejar. Memang perangai mereka yang suka bergurau-senda ketika balik dari sekolah. Macam kanak-kanak rebina. Padahal umur dah 17 tahun.
“Alia…. Hati-hati, ada….” Maziah tutup mulut. Mereka yang lain tergelak bila melihat Alia jatuh terduduk. Alia terus berdiri sambil meminta maaf.
“Maaf. Saya tak sengaja,” Alia mendongak memandang wajah lelaki yang dilanggarnya itu. Alia merenung wajah yang kurang jelas dan hanya bayang-bayang menyapa ruang matanya. Memandangkan Alia ni kecil molek dan agak rendah berbanding rakan-rakannya, jadi dia terpaksa mendongak untuk memandang lelaki yang dilanggarnya itu.
“Buta ke? Hei… perempuan, mata kau letak kat mana ha? Kat kaki?” Alia tersentak bila dimarahi oleh lelaki tersebut. Wajahnya berubah merah menahan malu bila beberapa orang pelajar yang berada tidak jauh dari tempat tersebut memandang ke arah mereka. Kalau berlari tak cukup kaki, tak pulak dia rasa malu, tetapi bila ditegur oleh lelaki kat depan dia ni, barulah rasa malu tu timbul.
“Aihhhh, awak ni siapa? Tak sayang mulut ye? Memang mata saya letak kat kaki, awak tak tahu ke?” Alia berdiri tegak sambil kedua-dua tangannya berada di pinggang. Lelaki tinggi lampai itu turut memandang Alia yang hanya setakat dadanya. Hafiz tarik tangan Alia untuk mengelak pergaduhan. Alia memang tidak suka mereka yang mudah melenting sedangkan dia sudah minta maaf.
“Hafiz, lepaslah. Biar aku ajar dia sikit,” Alia semakin mara ke hadapan sambil mendongak memandang wajah garang dan penuh jambang di muka lelaki tersebut, tetapi tetap handsome. ‘Hai...nak jual karpet pun sampai masuk ke sekolah ni jugak?’ Alia mengutuk lelaki tersebut. ‘Tapi, dia marah aku dengan bahasa melayu tadi,kan?’Alia pening kepala memikirkannya. Matanya tidak lari dari merenung wajah tampan yang penuh jambang itu.
‘Harap muka je cantik, tapi perangai teruk,’ Syah Aiman berbisik sendirian. Matanya juga ralit merenung wajah cantik dihadapannya itu. Wajah putih bersih itu menarik minatnya dan tanpa sedar lama matanya merenung seulas bibir yang basah dan merah itu. Tergoda dia melihatnya.
‘Ni manusia ke monyet?’ Bisik Alia lagi sambil tersenyum sikit. Bila mengingatkan lelaki tersebut memarahinya sebentar tadi, Alia mematikan senyumannya.
“Aku dah minta maaf tadi. Kau masih nak marahkan aku? Huhhhhh!!! Rugi betul aku minta maaf kat kau tadi. Kalau aku tau, jangan kata nak mintak maaf, aku tambah lagi… Monyet” Alia menyepak kaki lelaki tersebut.
“Aduh!!!!!” Lelaki itu tunduk menyentuh kakinya.
“Padan muka,” Alia terus berlalu sambil membetulkan begnya. Lelaki tersebut memandang hairan ke arah kumpulan pelajar tersebut.
“Sorry ye. Kawan saya tu memang panas baran sikit,” Ros memohon maaf sekali lagi bagi pihak Alia. Ros gadis riang dan baik hati.
“Cakap kat kawan awak tu, jalan ni bukan tempat bergurau senda. Lagi satu, monyet kat hutan sana. Suruh dia belajar bezakan monyet dengan manusia, ye.” Pesan lelaki tersebut sambil menyapu sisa kotoran dikasutnya. ‘Perempuan apa yang perangai macam tu. Tak de sopan santun langsung. Tapi cantik...ahhh...Syah jangan pandang pada rupa okey,’ Syah Aiman berbisik sendirian. Ros yang mendengar kembali menghampiri lelaki itu dan duduk mencangkung dihadapannya. ‘Pandai pulak lelaki Pakistan ni cakap melayu. Okey je aku dengar. Datang negara orang nak marah orang. Pergi balik ke negara kau tu,’ Ros kutuk dalam hati je.
“Heiii sedara…. Kalau kawan saya dengar apa yang awak cakap tu, confirm kena sebiji,” Ros menyentuh matanya kemudian berlalu meninggalkan lelaki tersebut. Lelaki tersebut terus merenung tajam langkah kaki anak gadis yang masih berkejaran mengejar rakan-rakannya.
“Huh.....Ni yang aku tak suka datang kat sini.” Bisiknya geram sambil meneruskan perjalanan ke bilik guru.
Semasa dia sampai di bilik guru, keadaan sudah sunyi. Hanya tinggal beberapa orang guru saja lagi dan juga kaki tangan sekolah.
“Maaf, Encik tak boleh masuk. Kami tak beli karpet.” Syah Aiman tayang riak bengang. Apalagi ni. Siapa nak jual karpet pulak ni? Syah Aiman garu kepala yang tak gatal. Perlahan tangannya menyentuh wajahnya. Akhirnya dia tersenyum ramah bila ditegur oleh lelaki dihadapannya itu.
“Saya bukan nak jual karpet. Saya nak jumpa pengetua.” Ujarnya perlahan sambil matanya meliar memandang sekeliling pejabat tersebut.
“Lama lelaki itu merenung wajahnya.”
“Awak nak jual karpet tu dengan Puan Pengetua ye?” Syah Aiman gigit bibir.
“Saya ni anak dia Syah Aiman. Bakal guru sandaran kat sekolah ni,” Syah Aiman menerangkan tujuan dia datang dan hubungannya dengan Pengetua sekolah tersebut.
“Owh...Mari ikut saya. Maaf sebab tak kenal awak. Cikgu Hamidah ada cakap pada kami minggu lepas,” Syah Aiman angguk kepala dan mengekori langkah lelaki tersebut.
“Nama awak apa ye?” Syah Aiman bertanya. Lelaki tersebut tersenyum ramah.
“Saya Azam. Saya mengajar Sains.”
“Owh!!...”
“Masuklah. Puan Pengetua ada kat dalam tu.” Syah Aiman angguk kepala.
“Terima kasih,”
“Sama-sama,” Syah Aiman terus melangkah masuk dengan penuh yakin.
“Assalammualaikum,” Syah Aiman memberi salam pada wanita yang sedang asyik menyemak buku laporan.
“Syah!!!” Syah Aiman tersengih bila wanita tersebut menjerit memanggilnya dan berdiri menghampirinya.
“Anak mama.” Syah Aiman menyalami tangan ibunya.
“Kenapa tak tunggu kat rumah?” Pn.Hamidah bertanya sambil memeluk tubuh anaknya.
“Dah. Atok suruh jumpa mama kat sekolah. Syah rindu sangat kat mama, sebab tu Syah datang sini. Tak sabar nak jumpa mama,” Pn.Hamidah angguk kepala. Kepala Syah Aiman diusap perlahan. Syah Aiman pula tersipu malu.
“Mama ni. Orang dah besar. Malulah kena gosok kepala,” Syah Aiman membetulkan fesyen rambutnya yang sedikit berserabut.
“Maaf. Mama lupa pulak anak mama ni dah besar. Dah nak kahwin,kan?” Syah Aiman menjeling tajam.
“Mama ni. Ke situ pulak. Syah belum habis belajar lagi, mana nak fikir hal kahwin ni.” Syah Aiman duduk di kerusi yang terletak dihadapan ibunya. Pn.Hamidah angguk kepala dan tersenyum simpul.
“Kenapa muka macam stress je? Ada masalah?” Pn.Hamidah bertanya sambil tangannya membelek fail yang terletak di atas mejanya. Syah Aiman geleng kepala.
“Takde apa-apa, ma. Mama....” Syah Aiman terdiam seketika. Pn.Hamidah angkat muka dan memandang wajah anaknya dengan riak pelik.
“Apa dia?” Syah Aiman garu kepala.
“Mama, Syah ni ada serupa macam monyet?” Pn.Hamidah tersentak. Beberapa saat kemudian dia ketawa.
“Memang pun macam monyet. Jambang kat muka kamu tu, dah berapa lama tak dicukur?” Syah Aiman sentuh wajahnya. Pn.Hamidah terus tersenyum.
“Sampai hati mama. Macam monyet pun, tetap anak mama, kan?” Syah Aiman berkata sayu. Pn.Hamidah terus tergelak.
“Ni semua budak tu punya pasal,” Bisiknya geram.
“Apa dia?” Syah Aiman tersengih.
“Apa dia, mama?” Pn.Hamidah geleng kepala.
“Sejak bila Syah pandai cakap sorang diri ni?”
“Mama ni...” Syah Aiman geleng kepala. Setelah hampir 15 minit melepak di bilik ibunya, Syah Aiman meminta diri untuk keluar.
“Lepas ni nak cukur jambang ni semua. Tadi, budak tu panggil saya monyet. Cikgu Azam pulak ingat saya jual karpet.”
“Hah!!! Monyet? Jual Karpet?” Pn.Hamidah pandang wajah bujangnya. Syah Aiman angguk kepala. Pn.Hamidah tergelak besar. Kasihan anaknya. Tak pasal-pasal dikatakan penjual karpet. Tapi nak buat macamana. Suaminya pun memang penjual karpet. Kerana karpet tu jugak dia berkenalan dengan lelaki dari Pakistan itu. Kemudian dia dapat tawaran belajar di sana lalu mereka pun berkahwin.
“Nak buat macamana. Kalau kamu bukan jual karpet, tapi papa kamu tu tauke karpet,” Syah Aiman muncung mulut.
“Mama, lama lagi ke?” Syah Aiman bertanya sebelum membuka pintu bilik tersebut.
“Kejap. Mama kemas ni. Lepas tu kita balik. Mama dah lapar ni,” Pn.Hamidah terus mengemas mejanya. Syah Aiman menunggu diluar. Beberapa orang kaki tangan sekolah tersebut menegurnya.
***********************
p/s : mungkin ramai yang dah baca novel ni sebelum ni,kan. tapi, saya akan buat perubahan dan penambahan sedikit dalam novel ni...kalau best sila-silalah komen..hihihi..kalau yg lama dulu, saya guna hero dan heroin lain. sekarang saya tukar pulak hero dan heroinnya...huhuhu..

8 catatan:

wuteva said...

memang dah baca...dalam p2u kalau tak salah...apa apa pun cerita nie memang best...i hope yang nie semakinlah best....gewd luck...

Unknown said...

wuteva, mmg penah post ke P2U. lama dah..terima kasih sebab masih ingat..insyaAllah, saya akan cuba yang terbaik.

kaknOOr said...

Tumpang tanye kenapa diulang semula cerita Alia walaupun sudah diedit?...
adakah untuk keversi cetak?

Bila nak sambung setiaku disini?

Unknown said...

kaknoor, ermmm.. msh dlm pertimbangan.. saya nak buat survey.. kalau ok, saya akan cuba hantar manuskripnya. sebab ada yg berminat nak terbitkan novel ALIA ni...insyaAllah..

NuRuL AdhiLLa (Eunhaediela) said...

da bce pun sblm nie tp kali nie jgn la wat syah aiman n alia najwa bercerai... sdey bce la...

Unknown said...

eunhae diela, ok..akan d usahakan utk tidak pisahkan mereka..

MaY_LiN said...

uuuuhhh..
alia n aiman..
isk isk isk..

Unknown said...

may_lin, kenapa? tak okey ke??? hihihihi...(pengaruh cite hindi dan taiwan lah ni) uwarghh