Followers

Thursday, August 15, 2013

Alia Najwa 14




Alia mencuci tandas guru dengan tekun sekali sambil menyanyi kecil. Setakat kena hukum cuci tandas tu, apalah sangat. 


“Alia, kamu buat apa kat sini? Basah kasut saya,” Alia mendongak bila mendengar seseorang memarahinya. Glup!!!!! ‘Harimau versi monyet,’ Alia garu dahi yang tidak gatal.


“Errrr. Sorry cikgu. Tak sengaja.” Jawabnya gugup. Namun dalam hati, Alia ketawa puas-puas. ‘Padan muka. Itu balasan sebab buli orang yang tidak bersalah.’ Alia tersenyum. Syah Aiman gigit bibir. Wajah ceria Alia sedikit menenangkannya. Lebih-lebih lagi, bila mendapat tahu, Salman bertepuk sebelah tangan. Nampaknya , dia salah faham tentang Alia.


“Apa sorry..sorry. Tak tahu cakap bahasa melayu ke? Dan apa kamu buat kat tandas guru lelaki ni?” Syah Aiman memarahi Alia.


“La… Maaf cikgu... tapi...cikgu yang suruh saya cuci tandas tadi.” Alia menjawab keras sambil tangannya memeluk penyapu tandas. 
‘Takkan dah lupa. Sayang muka hensem tapi pelupa,’ Alia berbisik sendirian.


“Saya tak suruh awak cuci tandas guru lelaki. Tu tandas guru perempuan yang patut kamu cuci,” Syah Aiman menunding jari ke tandas guru perempuan.


“Saya dah cuci pun. Tadi cikgu tak cakap pun cuci tandas guru perempuan saja. Cikgu suruh cuci tandas guru saja. Saya ikut je,” Alia angkat bahu. Syah Aiman geleng kepala. ‘Asyik menjawab je budak ni.’  Bisiknya sambil menjeling sekilas wajah mulus itu. Alia kerutkan dahi.


“Sudah. Balik lagi. Pening kepala saya ni. Suka sangat menjawab.” Syah Aiman cuba menyentuh kepala Alia tetapi sempat ditepis oleh Alia. Bimbang ada mata yang memandang. Nanti kena tangkap basah kat sekolah pula. Alia menjeling sekilas wajah Syah Aiman yang masih tergamam dihadapannya. Alia terus beredar setelah mengemas peralatan yang digunakannya.



Alia mengemas beg sekolahnya. Selepas mencuci tandas tadi, Alia kembali semula ke kelas untuk mengambil beg sekolah. Keadaan sekolah sudah agak lengang. Alia mengeluh berat. Langkah di atur menuju ke asrama. Namun, langkahnya terhenti saat matanya terpandang drama sebabak yang berlaku di dalam bilik guru. Salmah dan Syah Aiman begitu rancak sekali berbual. Tanpa sedar Alia mencebik. Kenapa hatinya rasa sakit? Alia mengeluh. Antara dia dan Syah Aiman tiada apa-apa. Alia berlari pantas meninggalkan perkarangan sekolah. Setelah berada agak jauh dari kawasan sekolah, Alia berjalan perlahan. Hati mula terasa sunyi. Perlahan dadanya disentuh. Degup jantungnya tidak seirama. Alia tarik nafas perlahan kemudian menghembusnya. Alia beristighfar berulang kali sehingga hatinya kembali tenang. Hubungan antara dia dan Syah Aiman mula bermain difikiran. Bagaimana kesudahan hubungan mereka? Bagaimana reaksi rakan-rakannya bila mengetahui statusnya. Tentang pernikahan mereka? Alia mengeluh. Banyaknya persoalan yang masih samar. Siapa yang dapat memberi jawapan kepada semua soalan tersebut. Alia mengeluh lagi. Matanya terpandang surau sekolah yang sudah lengang. Tanpa sedar, kaki Alia melangkah menuju ke surau. ‘Lebih baik aku sembahyang Zohor dulu.’ Bisiknya dalam hati.



********************



“Cikgu Syah belum balik?” Syah Aiman geleng kepala. Salmah tersenyum manis pada Syah Aiman. ‘Handsome betul cikgu ni,’ Bisiknya nakal sambil melirik pandang wajah Syah Aiman yang sedang tekun menaip sesuatu.


“Belum. Nak habiskan kerja ni dulu.”


“Owh!! Err... Cikgu Syah...” Salmah tersenyum lagi bila Syah Aiman angkat kening padanya.


“Ye...”


“Petang nanti, cikgu free tak?” Syah Aiman kerutkan dahi. Lama wajah Salmah direnungnya. Salmah menyedari sesuatu lalu menggeleng kepala.


“Errr.. kalau cikgu free, saya nak minta tolong petik buah rambutan kat belakang kuarters kami tu.” Syah Aiman tersenyum. Dia ingatkan perkara lain. ‘Ingatkan nak ajak aku pergi dating.’ Syah Aiman geleng kepala bila wajah comel Alia terlayar di ruang matanya.

“Kalau tak free, takpelah. Nanti minta tolong budak-budak kat asrama.”  Salmah bersuara perlahan. Sedikit rasa malu datang menyapa bila Syah Aiman geleng kepala.                  


“Ehhhh!!! Saya takde masalah. Saya free petang ni. lagi pun, kalau petik buah rambutan, saya takkan menolak. Dapat jugak saya makan buah rambutan tu.” Syah Aiman tersenyum. Salmah tersenyum senang.


“Okey. Nanti saya bagitahu teman serumah saya yang lain.” Syah Aiman angguk kepala. ‘Kalau ada Alia lagi seronok. Tentu bising mulut budak tu.’ Syah Aiman tersenyum kecil. Setiap perkara mengingatkan dia tentang Alia.


“Cikgu, kita panggil budak-budak kat asrama dan sama-sama kita petik buah rambutan tu. Boleh tak? Kalau ramai-ramai panjat pokok rambutan, lagi seronok.” Shah Aiman pandang wajah Salmah yang sedikit terpinga-pinga.


“Err... owh.. okey jugak. Ramai-ramai, baru seronok.” Shah Aiman angguk kepala.


“Cikgu nak panggil siapa?”


“Nanti saya minta tolong Ajay dan kawan-kawan dia.” Segan pula rasanya hendak menyebut nama Alia.


“Okey. Jumpa petang nanti.”


“Dah nak balik?” Salmah angguk kepala.


“Cikgu belum balik?”


“Tinggal sedikit lagi ni.”


“Saya pergi dulu,”


            Syah Aiman memandang sekeliling bilik guru. Sunyi sepi. Syah Aiman menyemak email yang dihantarnya pada sahabat baiknya. Syah Aiman tersenyum. Tidak lama lagi sahabatnya akan balik ke Malaysia. Bila teringat sahabat baiknya yang sudah berumahtangga sedang bahagia bersama keluarganya, Syah Aiman teringat isterinya. Bagaimana kehidupan mereka kelak. Adakah hubungannya dengan Alia akan sampai ke penghujung. Syah Aiman geleng kepala.


“Biarlah. Semuanya sudah suratan. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat.” ucapnya perlahan sambil tersenyum panjang.


            Syah Aiman berjalan perlahan menuju ke kuarters. Sesekali matanya meliar memandang sekeliling kawasan sekolah yang bersih. Udara di kawasan tersebut bersih memandangkan sekelilingnya adalah hutan. Landskap sekolah tersebut teratur dan dijaga rapi oleh pihak sekolah dan dibantu oleh pelajar.


“Selamat petang cikgu,” Syah Aiman tersentak bila disapa mengejut oleh sekumpulan pelajar lelaki.


“Selamat petang. Nak pergi ke mana?” soalnya.


“Nak ke koperasi cikgu. Nak beli bekalan.” Syah Aiman melirik sekilas jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir pukul 3.00 petang.


“Owh!! Tak perasan pulak hari ni dah lewat. Saya balik dulu.” Syah Aiman terus berlalu. Apabila menghampiri surau sekolah, Syah Aiman menghentikan langkah.


“Lebih baik aku sembahyang kat surau je.”


            Syah Aiman merasakan bulu romanya mula menegak. Syah Aiman toleh kiri dan kanan. Tiada sesiapa pun di surau itu selain dia. Selepas menunaikan solat  Zohor tadi, Syah Aiman terkejut bila mendengar suara orang batuk. Syah Aiman tersentak bila ternampak kelibat seseorang sedang tidur di bahagian yang dikhaskan untuk jemaah wanita. Perlahan Syah Aiman menghampiri susuk tubuh yang sedang berbaring itu.


“Maaf.. awak siapa?” Syah Aiman bertanya perlahan. Agak lama Syah Aiman menunggu jawapan dari pemilik tubuh yang sedang dibaluti telekung itu.


“Awak...” Syah Aiman memberanikan diri menghampiri susuk tubuh kecil itu. Perlahan tangannya cuba untuk menyentuh bahu mahluk yang sedang membelakanginya itu.


“Ya Allah..” Syah Aiman jatuh terduduk sebaik sahaja melihat wajah pemilik tubuh yang sedang nyenyak tidur itu. Syah Aiman gigit bibir. Beberapa saat kemudian dia tersenyum. Kecut perut seketika bila mengenangkan kemungkinan lain tadi.


“Alia..Alia.. boleh pulak dia tertidur kat sini.”Syah Aiman geleng kepala. Akal jahatnya datang lagi. Syah Aiman mengambil telefon bimbitnya. Sejak berkenalan dengan Alia, Syah Aiman sudah ada hobi baharu. Menangkap gambar Alia tanpa disedari isterinya itu. Setelah berjaya menjalankan misi rahsianya, Syah Aiman menyentuh bahu Alia dengan perlahan. Beberapa kali bahu Alia ditolak dan akhirnya Alia terjaga. Alia gosok matanya yang masih rasa mengantuk.


“Aiks... cikgu buat apa kat sini?” Alia memandang sekeliling. Hanya mereka berdua di surau itu.


“Sembahyang Zohor. Kenapa awak tidur kat sini? Awak tak sihat?” Syah Aiman menyentuh dahi Alia. Alia tersentak dan tidak sempat menepis tangan Syah Aiman yang sedang elok menyentuh dahinya.


“Errr... lepas zohor tadi, saya terlelap. Saya tak demam pun. Orang sihat je.” Alia bingkas bangun dan terus menanggalkan telekungnya. Syah Aiman tergamam seketika.


“Errr... Alia..tunggu.”


“Apa  dia?” Alia terus membelakangi Syah Aiman.


“Ajak rakan-rakan awak ke kuarters Cikgu Salmah. Cikgu Salmah suruh petik buah rambutan.” Alia angguk kepala dan terus berlari pulang ke asrama. Dadanya berdegup kencang. Syah Aiman geleng kepala melihat gelagat Alia yang sentiasa kelam kabut.


****************************
 p/s : layan je.. lama sangat bercuti..huhuhu

6 catatan:

Unknown said...

best sambnug please tq.

IVORYGINGER said...

Comel la Alia ni. Tu sbb Cikgu Syah mula jatuh sayang hgga sntiasa tkenang wlau dimana berada. he... ;D Cik Writer plz continue the next episode yea... ;D

Anonymous said...

nk lg..
:)

Unknown said...

best2....nk lg

Unknown said...

terima kasih semua... in sha Allah, saya akan rajin update cite ni.. hihihi...

Anonymous said...

Secara x sengaja terjumpa blog ni mlm td...been reading all ur e- novels dr mlm td..best citer u..x heavy sgt..konflik pun xde yg tahap gaban..i like it so much!
Nmpkny kene bookmark blog u ni..heh3..
Thx for d stories ;)