Alia mencuci tandas guru dengan tekun sekali
sambil menyanyi kecil. Setakat kena hukum cuci tandas tu, apalah sangat.
“Alia, kamu buat apa kat sini? Basah kasut saya,”
Alia mendongak bila mendengar seseorang memarahinya. Glup!!!!! ‘Harimau versi
monyet,’ Alia garu dahi yang tidak gatal.
“Errrr. Sorry cikgu. Tak sengaja.” Jawabnya gugup.
Namun dalam hati, Alia
ketawa puas-puas. ‘Padan
muka. Itu balasan sebab buli orang yang tidak bersalah.’ Alia tersenyum. Syah
Aiman gigit bibir. Wajah ceria Alia sedikit menenangkannya. Lebih-lebih lagi,
bila mendapat tahu, Salman bertepuk sebelah tangan. Nampaknya , dia salah faham
tentang Alia.
“Apa sorry..sorry. Tak tahu cakap bahasa melayu
ke? Dan apa kamu buat kat tandas guru lelaki ni?” Syah Aiman memarahi Alia.
“La… Maaf cikgu... tapi...cikgu yang suruh saya
cuci tandas tadi.” Alia menjawab keras sambil tangannya memeluk penyapu tandas.
‘Takkan dah lupa. Sayang muka hensem tapi pelupa,’ Alia berbisik sendirian.
“Saya tak suruh awak cuci tandas guru lelaki. Tu
tandas guru perempuan yang patut kamu cuci,” Syah Aiman menunding jari ke
tandas guru perempuan.
“Saya dah cuci pun. Tadi cikgu tak cakap pun cuci
tandas guru perempuan saja. Cikgu suruh cuci tandas guru saja. Saya ikut je,”
Alia angkat bahu. Syah Aiman geleng kepala. ‘Asyik menjawab je budak ni.’ Bisiknya sambil menjeling sekilas wajah mulus
itu. Alia kerutkan dahi.
“Sudah. Balik lagi. Pening kepala saya ni. Suka
sangat menjawab.” Syah Aiman cuba menyentuh kepala Alia tetapi sempat ditepis
oleh Alia. Bimbang ada mata yang memandang. Nanti kena tangkap basah kat
sekolah pula. Alia menjeling sekilas wajah Syah Aiman yang masih tergamam
dihadapannya. Alia terus beredar setelah mengemas peralatan yang digunakannya.
Alia mengemas beg sekolahnya. Selepas
mencuci tandas tadi, Alia kembali semula ke kelas untuk mengambil beg sekolah.
Keadaan sekolah sudah agak lengang. Alia mengeluh berat. Langkah di atur menuju
ke asrama. Namun, langkahnya terhenti saat matanya terpandang drama sebabak
yang berlaku di dalam bilik guru. Salmah dan Syah Aiman begitu rancak sekali
berbual. Tanpa sedar Alia mencebik. Kenapa hatinya rasa sakit? Alia mengeluh.
Antara dia dan Syah Aiman tiada apa-apa. Alia berlari pantas meninggalkan
perkarangan sekolah. Setelah berada agak jauh dari kawasan sekolah, Alia
berjalan perlahan. Hati mula terasa sunyi. Perlahan dadanya disentuh. Degup
jantungnya tidak seirama. Alia tarik nafas perlahan kemudian menghembusnya.
Alia beristighfar berulang kali sehingga hatinya kembali tenang. Hubungan
antara dia dan Syah Aiman mula bermain difikiran. Bagaimana kesudahan hubungan
mereka? Bagaimana reaksi rakan-rakannya bila mengetahui statusnya. Tentang
pernikahan mereka? Alia mengeluh. Banyaknya persoalan yang masih samar. Siapa
yang dapat memberi jawapan kepada semua soalan tersebut. Alia mengeluh lagi.
Matanya terpandang surau sekolah yang sudah lengang. Tanpa sedar, kaki Alia
melangkah menuju ke surau. ‘Lebih baik aku sembahyang Zohor dulu.’ Bisiknya
dalam hati.
********************
“Cikgu Syah belum balik?” Syah Aiman geleng
kepala. Salmah tersenyum manis pada Syah Aiman. ‘Handsome betul cikgu ni,’
Bisiknya nakal sambil melirik pandang wajah Syah Aiman yang sedang tekun menaip
sesuatu.
“Belum. Nak habiskan kerja ni dulu.”
“Owh!! Err... Cikgu Syah...” Salmah tersenyum lagi
bila Syah Aiman angkat kening padanya.
“Ye...”
“Petang nanti, cikgu free tak?” Syah Aiman
kerutkan dahi. Lama wajah Salmah direnungnya. Salmah menyedari sesuatu lalu
menggeleng kepala.
“Errr.. kalau
cikgu free, saya nak minta tolong petik buah rambutan kat belakang kuarters
kami tu.” Syah Aiman tersenyum. Dia ingatkan perkara lain. ‘Ingatkan nak ajak
aku pergi dating.’ Syah Aiman geleng kepala bila wajah comel Alia
terlayar di ruang matanya.
“Kalau tak free, takpelah. Nanti minta tolong
budak-budak kat asrama.” Salmah bersuara
perlahan. Sedikit rasa malu datang menyapa bila Syah Aiman geleng kepala.
“Ehhhh!!! Saya takde masalah. Saya free petang ni.
lagi pun, kalau petik buah rambutan, saya takkan menolak. Dapat jugak saya
makan buah rambutan tu.” Syah Aiman tersenyum. Salmah tersenyum senang.
“Okey. Nanti saya bagitahu teman serumah saya yang
lain.” Syah Aiman angguk kepala. ‘Kalau ada Alia lagi seronok. Tentu bising mulut
budak tu.’ Syah Aiman tersenyum kecil. Setiap perkara mengingatkan dia tentang
Alia.
“Cikgu, kita panggil budak-budak kat asrama dan
sama-sama kita petik buah rambutan tu. Boleh tak? Kalau ramai-ramai panjat
pokok rambutan, lagi seronok.” Shah Aiman pandang wajah Salmah yang sedikit
terpinga-pinga.
“Err... owh.. okey jugak. Ramai-ramai, baru
seronok.” Shah Aiman angguk kepala.
“Cikgu nak panggil siapa?”
“Nanti saya minta tolong Ajay dan kawan-kawan
dia.” Segan pula rasanya hendak menyebut nama Alia.
“Okey. Jumpa petang nanti.”
“Dah nak balik?” Salmah angguk kepala.
“Cikgu belum balik?”
“Tinggal sedikit lagi ni.”
“Saya pergi dulu,”
Syah
Aiman memandang sekeliling bilik guru. Sunyi sepi. Syah Aiman menyemak email
yang dihantarnya pada sahabat baiknya. Syah Aiman tersenyum. Tidak lama lagi
sahabatnya akan balik ke Malaysia. Bila teringat sahabat baiknya yang sudah
berumahtangga sedang bahagia bersama keluarganya, Syah Aiman teringat
isterinya. Bagaimana kehidupan mereka kelak. Adakah hubungannya dengan Alia
akan sampai ke penghujung. Syah Aiman geleng kepala.
“Biarlah. Semuanya sudah suratan. Semoga jodoh
kami berkekalan hingga ke akhir hayat.” ucapnya perlahan sambil tersenyum
panjang.
Syah
Aiman berjalan perlahan menuju ke kuarters. Sesekali matanya meliar memandang
sekeliling kawasan sekolah yang bersih. Udara di kawasan tersebut bersih
memandangkan sekelilingnya adalah hutan. Landskap sekolah tersebut teratur dan
dijaga rapi oleh pihak sekolah dan dibantu oleh pelajar.
“Selamat petang cikgu,” Syah Aiman tersentak bila
disapa mengejut oleh sekumpulan pelajar lelaki.
“Selamat petang. Nak pergi ke mana?” soalnya.
“Nak ke koperasi cikgu. Nak beli bekalan.” Syah
Aiman melirik sekilas jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir pukul 3.00
petang.
“Owh!! Tak perasan pulak hari ni dah lewat. Saya
balik dulu.” Syah Aiman terus berlalu. Apabila menghampiri surau sekolah, Syah
Aiman menghentikan langkah.
“Lebih baik aku sembahyang kat surau je.”
Syah
Aiman merasakan bulu romanya mula menegak. Syah Aiman toleh kiri dan kanan.
Tiada sesiapa pun di surau itu selain dia. Selepas menunaikan solat Zohor tadi, Syah Aiman terkejut bila
mendengar suara orang batuk. Syah Aiman tersentak bila ternampak kelibat
seseorang sedang tidur di bahagian yang dikhaskan untuk jemaah wanita. Perlahan
Syah Aiman menghampiri susuk tubuh yang sedang berbaring itu.
“Maaf.. awak siapa?” Syah Aiman bertanya perlahan.
Agak lama Syah Aiman menunggu jawapan dari pemilik tubuh yang sedang dibaluti
telekung itu.
“Awak...” Syah Aiman memberanikan diri menghampiri
susuk tubuh kecil itu. Perlahan tangannya cuba untuk menyentuh bahu mahluk yang
sedang membelakanginya itu.
“Ya Allah..” Syah Aiman jatuh terduduk sebaik
sahaja melihat wajah pemilik tubuh yang sedang nyenyak tidur itu. Syah Aiman
gigit bibir. Beberapa saat kemudian dia tersenyum. Kecut perut seketika bila
mengenangkan kemungkinan lain tadi.
“Alia..Alia.. boleh pulak dia tertidur kat sini.”Syah
Aiman geleng kepala. Akal jahatnya datang lagi. Syah Aiman mengambil telefon
bimbitnya. Sejak berkenalan dengan Alia, Syah Aiman sudah ada hobi baharu.
Menangkap gambar Alia tanpa disedari isterinya itu. Setelah berjaya menjalankan
misi rahsianya, Syah Aiman menyentuh bahu Alia dengan perlahan. Beberapa kali
bahu Alia ditolak dan akhirnya Alia terjaga. Alia gosok matanya yang masih rasa
mengantuk.
“Aiks... cikgu buat apa kat sini?” Alia memandang
sekeliling. Hanya mereka berdua di surau itu.
“Sembahyang Zohor. Kenapa awak tidur kat sini?
Awak tak sihat?” Syah Aiman menyentuh dahi Alia. Alia tersentak dan tidak
sempat menepis tangan Syah Aiman yang sedang elok menyentuh dahinya.
“Errr... lepas zohor tadi, saya terlelap. Saya tak
demam pun. Orang sihat je.” Alia bingkas bangun dan terus menanggalkan telekungnya.
Syah Aiman tergamam seketika.
“Errr... Alia..tunggu.”
“Apa dia?”
Alia terus membelakangi Syah Aiman.
“Ajak rakan-rakan awak ke kuarters Cikgu Salmah.
Cikgu Salmah suruh petik buah rambutan.” Alia angguk kepala dan terus berlari
pulang ke asrama. Dadanya berdegup kencang. Syah Aiman geleng kepala melihat
gelagat Alia yang sentiasa kelam kabut.
****************************
p/s : layan je.. lama sangat bercuti..huhuhu
6 catatan:
best sambnug please tq.
Comel la Alia ni. Tu sbb Cikgu Syah mula jatuh sayang hgga sntiasa tkenang wlau dimana berada. he... ;D Cik Writer plz continue the next episode yea... ;D
nk lg..
:)
best2....nk lg
terima kasih semua... in sha Allah, saya akan rajin update cite ni.. hihihi...
Secara x sengaja terjumpa blog ni mlm td...been reading all ur e- novels dr mlm td..best citer u..x heavy sgt..konflik pun xde yg tahap gaban..i like it so much!
Nmpkny kene bookmark blog u ni..heh3..
Thx for d stories ;)
Post a Comment