Followers

Wednesday, February 29, 2012

Setiaku Di Sini 4


“Hah!!!”

“Owhh...cinta hatiku lari…” Nazatul melatah. Bila terpandang wajah Zul Hazmi, Nazatul mengeluh. ‘Mamat kerek ni lagi,’ Zul Hazmi ketawa tak ingat dunia. Suka dia mengusik gadis itu. Bila ditengok, tak nampak macam orang kena tinggal tunang. Happy je sentiasa. Dengan kambing abang dia pun boleh lagi dia buat kawan.

“Siapa bau kambing ni?” Zul Hazmi pura-pura tutup hidung. Nazatul menjeling tajam.

“Pernah makan guna straw tak?” Nazatul bertanya selamba sambil tangannya melempar makanan untuk udang peliharaan abangnya.

“Makan guna straw belum lagi. Kalau minum guna straw selalu. Tapi, pernah tengok orang makan guna straw masa belajar dulu.” Nazatul bagi lagi jelingan maut dia. Zul Hazmi angkat kening.

“Makin cantik awak bila menjeling macam tu,”

“Huh!!! Ayat memang power. Tapi, maaf. Salah orang. Pergilah mengayat Kak Zara tu.” Muncung mulut Nazatul buat Zul Hazmi semakin kuat ketawa. Tak pernah dia jumpa gadis yang tak makan pujian.

“Apa kelas puji dia. Tak puji pun dia dah kembang. Kalau dipuji semakin kembang pulak dia. Nanti semua baju dia koyak sebab hari-hari mengembang,” Zul Hazmi sendiri hairan dengan sikapnya sendiri. Suka melayan kerenah gadis muda ini.

“Kenapa awak tak sambung belajar?” Zul Hazmi bertanya serius. Rasanya, gadis ni masih muda.

“Tak minat. Otak dah beku,”

“Dah beku? Rasanya awak masih mudakan? Tak menyesal tak sambung belajar.”

“Isk..Sibuk je awak ni. Awak ni siapa nak tegur saya? Abang Naz takde pulak nak paksa-paksa orang pergi belajar.” Nazatul menghentak kaki. Zul Hazmi tahan gelak.

“Belajar ni baik untuk masa depan.”

“Perempuan belajar tinggi-tinggi pun lepas tu kahwin, duduk kat dapur jugak. Kalau jumpa yang kaya bolehlah goyang kaki sebab ada orang gaji. Daripada saya menghabiskan duit mak dan abang, baik saya cari kerja, kumpul duit. Tapi, abang tu, huhhh…orang nak tolong dia, dia tak benarkan. Hari-hari menghadap muka kambing ni. Nanti muka aku macam muka kambing ni.” Zul Hazmi terpinga-pinga mendengar Nazatul membebel.

“Kolot betul pemikiran awak ni. Ilmu ni, tak semestinya untuk cari kerja saja, tapi untuk kegunaan harian. Kalau awak dah kahwin, ada anak, sekurang-kurangnya, dapat juga awak tolong beri tunjuk ajar pada anak-anak awak.” Nazatul mencebik.

“Isk…Apahal tiba-tiba bercakap tentang anak-anak ni? Siapa yang nak kahwin? Orang masih muda lagilah.”

“Mudalah sangat. Habis tu kenapa dah bertunang?” Nazatul garu hidungnya yang tiba-tiba gatal.

“Hari ni, hari ceramah sedunia ye? Dari tadi asyik dengar ceramah ni. Kesian kambing-kambing ni semua. Tentu otak mereka dah biul. Sebab tak faham ceramah apa yang dorang dengar ni,” Zul Hazmi geleng kepala. ‘Memang degil betul budak ni. Kalau adik aku perangai macam dia ni, memang dah lama aku heret dia pergi kolej.

“Bukan hari ceramah sedunia. Hari kambing sedunia.” Nazatul mencebik.

“Yang awak menempel kat sini apahal? Awak tak kerja ke? Anak isteri awak tak bising ke kalau awak keluar lama-lama macam ni?” Zul Hazmi tersenyum.

“Saya mana ada isteri. Anak jauh sekali. Belum jumpa yang berkenan. Tapi, kalau awak nak jadi isteri saya, saya okey je,” Terbeliak mata Nazatul mendengar kata-kata dari mulut lelaki disebelahnya itu.

“Saya kahwin dengan awak? Tunggu kambing jantan tu ada anak,” Nazatul mencebik. Zul Hazmi angguk kepala.

“Owh!!! Senang je. Tak lama lagi kambing betina tu nak beranak. Hari tu saya tanya dekat Naz, dia kata 3 bulan lagi anak kambing tu akan lahir,” Zul Hazmi angkat kening bila Nazatul menjeling tajam wajahnya.

“Eiii…awak ni..malas nak layan awak.” Nazatul terus berlalu ke kandang kambing. Tugasnya sekarang adalah memastikan kambing-kambing abangnya makan kemudian masuk semula ke dalam kandang.

“Tapi saya belum puas lagi nak berbual dengan awak,” Zul Hazmi mengekori langkah Nazatul.

“Isk…Awak ni. Apa sebenarnya yang awak buat kat kampung ni?”

“Saya?” Nazatul angguk kepala.

“Nak cari calon isteri.” Nazatul terbatuk kecil dibuatnya.

“Kat kampung ni?” Zul Hazmi angguk kepala. Dia tersenyum. Sengaja hendak mengusik Nazatul. Gadis itu terlalu mudah diusik.

“Kenapa kat kampung ni?”

“Teringin nak duduk kat kampung. Tepi laut lagi. Best tau,” Nazatul mencebik. Best apa? Hari-hari tengok naik jemu. Tapi, memang best, petang-petang boleh jalan-jalan kat tepi pantai menghirup udara segar.

“Awak pergilah jumpa Abang Naz tu. Yang awak asyik ikut saya ni kenapa?” Nazatul buat muka tak puas hati dia. Zul Hazmi buat selamba. Sengaja hendak mengusik gadis ni. Suka dia melihat gelagat Nazatul yang kadangkala agak kelam kabut. Selama beberapa hari dia tinggal di kampung tersebut, selalu sangat dia terserempak dengan gadis itu dalam keadaan mencemaskan dan memalukan gadis itu.

“Naz lagilah sibuk. Malas saya nak ganggu dia. Usik awak best.” Dia tersengih melihat muncung Nazatul yang semakin panjang itu.

“Kenapa perempuan suka buat mimic muka bermacam-macam ye?” Nazatul memandang pelik ke arah Zul Hazmi. Dahi dikerutkan. Tidak faham dengan soalan tersebut.

“Mimic muka? Maksud awak?” Nazatul buka pagar kambing abangnya.

“Sekejap muncung, sekejap kembong pipi, lepas tu kerutkan dahi. Besarkan mata.” Semakin pening Nazatul dibuatnya.

“Saya buat semua itu ke? Bila?” Zul Hazmi mencebik.

“Buat-buat tak tahu pulak dia.” Zul Hazmi membiarkan Nazatul berfikir. Tapi, betul ke dia berfikir? Nampak macam buat tak tahu je.

“Awak, kat kampung ni, kat mana sesuai untuk bina klinik ye?” Tiba-tiba Zul Hazmi bertanya serius. Nazatul kerutkan dahi. Mencerna kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Kemudian Nazatul tersenyum lebar.

“Klinik? Awak nak buka klinik kat kampung ni?” Soalnya teruja. Zul Hazmi angguk kepala.

“Okey tak?” Nazatul terdiam.

“Err…awak ni doctor ke? Doctor betul-betul?” Giliran Zul Hazmi pula yang kerutkan dahi.

“Ada doctor tipu ke?” Soalnya pelik. Nazatul angguk kepala.

“Ada. Sebelum ni ada jugak orang buat klinik kat kampong ni. Tapi, tak lama. Pihak Jabatan Kesihatan buat serbuan dan rupanya, doctor tu menipu. Sijil dia tu, dia beli.” Zul Hazmi angguk kepala.

“Saya nak buat betul-betul. Saya nak cari tapak dulu. Lepas tu baru ambil lessen untuk buka klinik tu,” Nazatul angguk kepala.

“Kalau macam tu, ada harapan tak saya bekerja kat situ?” Nazatul tersengih. Zul Hazmi pandang wajah gadis itu. Kemudian dia geleng kepala.

“Kedekut.”

“Weii…saya bukan kedekut. Saya takut nanti, orang kampong ni mengadu dengan pihak jabatan kesihatan sebab saya upah pekerja yang takde sijil dalam bidang perubatan. Saya juga yang susah.” Nazatul mencebik.

“Tahulah orang tak berpelajaran. Nantilah orang pergi mohon kat SPA tu. Minta jadi Pelatih Jururawat.” Jawabnya selamba. Zul Hazmi tergelak.

“Betul ke?” Zul Hazmi pula teruja mendengarnya.

“Entahlah. Gurau je kot,” Zul Hazmi bedengus kasar.

“Maknanya awak tak nak bekerja dengan saya?” Giliran Nazatul pula teruja mendengar soalan dari lelaki itu.

“Boleh ke? Nanti, pesakit awak mengadu saya tak pandai bagi ubat. Orang batuk saya bagi dia ubat gastric.” Zul Hazmi dah tergelak. Terbayang-bayang dimatanya jika Nazatul menjadi tukang beri ubat pada pesakitnya.

“Kalau awak ada sijil dalam bidang perubatan, saya janji, saya akan upah awak kerja dengan saya.” Nazatul terdiam. Keputusan SPM dia taklah teruk sangat. Cuma dia malas hendak menyambung belajar.

“Gaji?” Nazatul tergelak sendiri. Belum apa-apa dah Tanya hal gaji. Mata duitan. Kutuknya dalam hati.

“Tengok kemahiranlah.”

“Ok. Nanti saya mohon kat SPA. Tapi, kalau tak dapat jugak, terpaksalah saya jadi tukang cuci kat klinik awak.” Zul Hazmi angguk kepala.

“Setuju sangat.” Nazatul mencebik sambil menjeling tajam pada Zul Hazmi. Oleh kerana matanya memandang kea rah lain, Nazatul terjatuh ke dalam parit. Tergelak besar Zul Hazmi melihat gadis itu terjatuh tertiarap.

“Isk…tak suka betul. Awak tu..kalau dekat dengan awak, mesti saya jatuh.” Nazatul menghentak kaki. Habis kotor pakaiannya. Dan paling lucu, hanya matanya sahaja yang terkebil-kebil melihat Zul Hazmi tergelak sampai terduduk. Nazatul genggam lumpur dan terus melontarnya kea rah Zul Hazmi. Malang buat Zul Hazmi sebab lumpur tersebut terkena mukanya. Giliran Nazatul pula ketawa smapai tak ingat dia masih berada di dalam parit. Zul Hazmi gigit bibir. Tak pasal-pasal muka dia kotor. Sudahlah bau lumpur tersebut buat dia rasa hendak muntah.

“Awak, ada lintah kat kaki awak tu,” Jarinya menunding ke kaki Nazatul.

“Lintah? Mana?” Sepantas kilat Nazatul naik ke atas. Zul Hazmi dah tergelak besar melihat gelagat Nazatul yang mengalahkan pelari pecut Dunia.

Nazrin hanya geleng kepala. Gelagat nakal Nazatul dan Zul Hazmi sedikit sebanyak mengubat hatinya yang terluka kerana kecurangan tunangnya. Zul Hazmi suka melayan kerenah Nazatul yang kadangkala terlalu kebudak-budakkan itu. Nampaknya kehadiran Zul Hazmi memang tepat pada masanya.

************************

6 catatan:

MaY_LiN said...

amboi..
kemain depa tu ya..
kawin kan aja..
hihihihi

Lieynaim mohd noor said...

baru ad mase nak baca,,
best la doctor k zul 2..heheh

Unknown said...

may_lin, lmbt lagi mereka nak kahwin.. kalau kahwin, memang haru jadinya..

lieyna, takpe... kali ni letak hero dia jd doktor pulak...doktor ni gila2 ckit perangai dia..

Anonymous said...

kelakar sungguh...boleh pulak zul hazmi melayan kerenah nazatul... sesuailah deorang tu...

~ kak min ~

MaY_LiN said...

tingat kt syah dlm kesah alia lak..

Anonymous said...

best lah ...klakar dorg ni...hehe..

mmg tpat pn kdtgan doktor zul ni..hati akak ni pun terubat jg ni.. haha..