Followers

Wednesday, October 23, 2013

Relaku Pujuk 31



Aku tersenyum lagi. Mesej pendek yang dikirim oleh Ishamudin semalam mencuit hatiku.
‘Aku rindukan kau,’
Walaupun ayatnya tidak romantik seperti orang lain, namun perkataan rindu itu sahaja sudah cukup buat aku tersenyum sepanjang hari. Bersemangat aku turun kerja hari ni semata-mata hendak menatap wajah tampan suami aku. maknanya Ishamudin tetap teringat tentang aku. Ia ke? Huhh.. Perangai Ishamudin susah hendak dijangka. Aku menongkat dagu. Merenung jauh ke hadapan. Apa agaknya kesudahan hubungan kami.
“Mawar,” Aku mendongak memandang wajah murung En.Haikal.
“En.Haikal. Lama tak jumpa. Apa khabar?” Aku bertanya ramah. Sebelum ni aku hairan kenapa En.Haikal dah lama tak tegur aku. Masa hari perkahwinan aku tu, dia tak datang jugak. Sibuk sangat agaknya.
“Macam nilah. Tak berapa okey. Boleh saya duduk?” Aku angguk kepala. Macam tak biasa pulak.
“En.Haikal ni, macam tak biasa pulak.” Dia tersenyum lemah.
“En.Haikal tak sihat?” Wajah dia pucat je. Kenapa agaknya?
“Tak sihat kat dalam sini,” Dia sentuh dadanya. Aku tergelak.
“Gaduh dengan kakak cantik yang pelik hari tu ye?” Tekaku. Dia hanya tergelak lemah.
“Bukanlah. Awak apa khabar? Bagaimana hidup selepas kahwin ni?” Aku muncung mulut.
“Alhamdulillah.Okey.” Aku bersuara perlahan. Dia tersenyum.
“Awak tak makan? Diet?” Aku tayang gigi.
“Bukanlah. Saya berpuasa hari ni. En.Haikal dah makan?” Hari ni, aku berpuasa ganti, jadi aku menghabiskan masa di meja paling belakang kat kantin tu. Mulanya aku nak berehat kat surau, tapi, dah janji dengan Kak Onah, terpaksalah duduk kat sini. Aku tanggalkan earbuds di telingaku. Bila terpandang telefon bimbit ditanganku, aku teringat pada Ishamudin. Aku mengeluh lagi.
“Kenapa mengeluh?”
“Takde apa-apa.” Aku menompang dagu semula sambil memandang keluar. Orang yang dinanti-nanti tak muncul tiba. Alangkah indahnya kalau Ishamudin yang duduk dihadapanku sekarang ni. Baru beberapa hari tak bertegur sapa dah timbul rasa rindu. Hanya mesej pendek yang menjadi pengubat rindu. Sebaris ayat yang sentiasa buat aku tersenyum. Entah apa mimpi dia terhantar mesej padaku menyatakan rindunya padaku semalam. Agaknya dia tersalah hantar. Ataupun, dia sedang bermimpi. Bila aku call dia, tak pulak dijawabnya. Hairan betul dengan perangai manusia yang sorang tu.
“Awak bahagia?” Aku pandang wajahnya. En.Haikal sedang merenung wajahku saat itu. Apa aku nak jawab? Bahagia? Erkk....hubungan aku dan Ishamudin sekarang ni tak tahu lagi hujung pangkalnya.
“Insya Allah. Saya dan dia masih dalam proses saling mengenali.” Jawapan yang aku rasa selamat.
“Kalaulah awak tak pergi majlis tu, tentu awak tak kahwin dengan dia,” Aku tersenyum kelat.
“Dah jodoh saya dengannya,” En.Haikal mengeluh lagi. Lama wajahku direnung sehingga aku merasa tidak selesa.
“Sejujurnya, awak memang suka berkahwin dengan Isham, betul,kan?” Aku membeliakkan mata.
“En.Haikal...” Aku terjerit halus.
“Dulu saya pernah cakap yang awak sukakan Isham, awak tak nak mengaku,” Aku mencebik.
“Awak tahu tak, saya frust bila dengar awak bernikah dengan Isham. Seminggu saya cuti tau. Membawa hati yang lara,” Aku tergelak. En.Haikal ni, sempat juga nak bergurau.
“Kasihannya. Kat mana En.Haikal membawa diri?” Aku tergelak halus.
“Ke mana-mana. Saya sangat berharap apa yang saya dengar itu hanya mimpi.”
“Ish...Takkan En.Haikal kecewa sebab saya berkahwin?” Aku bertanya sambil tergelak kecil. Dalam hati ada debar yang datang menyinggah. Sedar Mawar, kau isteri orang. Hati tu simpan untuk yang berhak je. En.Haikal mengeluh lemah.
“Kalau awak tak cintakan Isham, kenapa awak sudi berkahwin dengannya?” Alamak!!! Macamana nak jawab ni. Aku terdiam.
“Siapa kata saya tak suka? En.Haikal ni, merepek je. Kalau tak suka, takdenya saya nak berkahwin dengan dia,” Aku tidak mahu keruhkan keadaan. Bagiku, sudah jodohku dengan Ishamudin. Walau hakikatnya aku belum dapat menerima dirinya sepenuhnya, tetapi itu bukan sebab untuk aku memburukkan dirinya. Lebih-lebih lagi, dia sudah menjadi suamiku.
“Jadi awak memang sukakan dia?” Aku angguk kepala. Aku tahu, dia tentu dah dengar dari pekerja-pekerja lain tentang perkahwinanku dan dia hanya ingin bertanya untuk kepastian.
“ Jadi selama ni, memang awak dan dia bercinta?” Aku garu kepala. Aduh!! Kenapa aku perlu jelaskan pada dia?
“Itulah yang dikatakan jodoh. Kadangkala, kita bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain kemudian berkahwin dengan orang lain. Kita hanya merancang. Allah S.W.T yang menentukan dan tahu apa yang terbaik untuk hambanya,” Aku bersuara tenang. Ye. Aku yakin jodoh yang Allah tetapkan untuk kami adalah yang terbaik.  
“Saya tetap tak dapat terima yang awak dah berkahwin.” Aku buat muka pelik.
“Kenapa?”
“Sebab...saya..”
“Mawar..ehh...En.Haikal pun ada,” Kak Onah sentuh bahuku. Kak Onah ni, kacau daun betul.
“Dah?” Soalku padanya. Kak Onah angguk kepala.
“Okeylah. En.Haikal, saya dan Kak Onah nak pergi surau,”  En.Haikal  tersenyum cuma.
“Kenapa dengan En.Haikal tu?”
“Entahlah. Dia tanya macam-macam tentang saya dan Isham,” Kak Onah angguk kepala.
“Aku rasa dia memang kecewa sebab kau kahwin dengan Isham.” Aku kerutkan dahi.
“Kecewa? Kenapa nak kecewa? Saya dan dia bukan ada apa-apa pun.” Kak Onah terdiam.
“Ye ke?”  Aku angguk kepala. kami terus beredar ke surau.
            Keesokkan harinya, aku dan rakan-rakan rehat seperti biasa. Hari ni aku rasa tak sihat sangat. Atas sebab itu aku tidak berpuasa. Ketika kami sedang menjamu selera En.Haikal berdiri di sebelah meja makan. Dia tersenyum               
“En.Haikal, duduklah,” Kak Mila terlebih dahulu mempelawan. En.Haikal tersenyum dan mengangguk kepala. Aku tersenyum membalas senyum En.Haikal. Orang dah senyum pada kita, tak baik biarkan macam tu je. Kena balas tau. Mataku mencuri pandang ke arah suamiku yang duduk tidak jauh dari tempat kami. Wajahnya serius. Rindu nak tengok dia tersenyum lagi. Aku mengeluh.
“Aih!! Pengantin baru kita ni mengeluh,” Aku tersengih. Wajah Kak Mila aku pandang dengan wajah comel. Cuba menyembunyikan rasa hati yang tidak tentu ini.
“Suami awak marah, awak duduk makan dengan saya?” Aku geleng kepala.
“Taklah. Dia tak kisah pun,” Aku tersenyum kelat. Manalah aku tahu dia kisah atau tidak. Tapi, nampaknya dia tak kisah pun. Kalau dia kisah, tentu dia datang jumpa aku dan tarik aku supaya duduk makan dengannya. Erkk... macam tu ke? Rasanya Ishamudin bukanlah teruk sangat. Lagipun kami berada dikhalayak ramai.
“Yelah. Takkanlah Isham nak marah. Bukannya Mawar duduk berdua dengan En.Haikal. Kami semua ni ada jugak kat sini. Lagipun, kita makan kat dewan makan kilang je. Lainlah kalau makan kat luar sana tu,” Aku tersenyum lagi. Mataku sesekali melirik pandang ke arah Ishamudin. Lelaki itu sedikitpun tidak memandang kiri dan kanan. Begitu asyik menikmati makanannya. Walaupun aku tersenyum namun dalam hati dah bingung. Nampaknya, hubungan kami semakin keruh. Tentu dia fikir aku ni perempuan yang tak setia. Aku menyuap nasi perlahan. Mata pulak masih memandang wajah selamba si suami yang berada tidak jauh dari tempat kami duduk.
“Sikit Mawar makan hari ni,” Aku tersenyum lemah.
“Takde selera sangat En.Haikal.” Jawab ku dengan senyum plastik. Senyum pun ada senyum plastik ye?
“Mestilah takde selera kalau berpisah dengan suami.” Aku terbatuk mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Kak Mila. Kak Mila ni,kan. Bila masa aku berpisah dengan Ishamudin. Minta jauh dari perkara macam tu. Aku tak puas lagi jadi isteri dia.
“Ermmm...Takpe En.Haikal. Saya okey,” Aku menepis tangan En.Haikal yang mengusap belakang tubuhku. Pada masa yang sama aku dan Ishamudin berpandangan. Matanya jelas sekali terpancar riak marah. Aku gigit bibir. Beberapa saat kemudian, Ishamudin berdiri dan beredar menuju ke singki. Aku mengeluh. Aku mesti jumpa dia. Tak mahu dia salah sangka. Sudah hampir  seminggu kami tidak bertegur sapa. Terlalu lama rasanya. Sudah banyak dosa yang aku kumpul sebab tidak minta maaf padanya. Aku yakin sangat, dia berkecil hati padaku kerana keluar dengan Abang Zam tanpa bagitahu dia. Sudahlah dia menyediakan makan malam yang special untuk kami berdua. Tapi, aku yang tak berapa betul ni pergi keluar dengan abang aku tanpa bagitahu dia. Suami mana tak bengang jika isteri hilang sedang dia sudah buat dinner yang romantik? Sabtu lepas pula , aku menolak bila di ajak balik kerumahnya.
“Maaf. Saya pergi dulu. Nak jumpa Abang Isham sekejap.” Wah!!! Tak sangka aku panggil Ishamudin abang kat depan mereka semua. Rasa macam best je panggil dia Abang Isham. Abang Isham tunggu Mawar. Comel je.
            Aku terus berlari mengejar Ishamudin yang berjalan laju menuju ke surau kilang. Mungkin dia hendak menunaikan solat Zohor. Tapi, masih awal lagi ni. Ada 5 minit lagi. Ketika aku melalui kawasan menuju ke surau yang agak terlindung dari pekerja kilang yang lain, aku tersentak bila tubuhku ditarik kasar.
“To...”
Mulut ku ditekup dengan tangan kasar. Bau minyak wangi yang aku hidu sekarang membuatkan aku berasa lega. Aku terus mendiamkan diri. Berada dalam pelukannya membuatkan hatiku memainkan irama yang indah sekali. Dalam diam aku rindukan pelukannya. Kalau dia suruh aku balik ikut dia, aku memang takkan tolak. Tapi, mahukah dia bawa  aku balik hujung minggu ni? Dia kan tak cintakan aku. Aku mengeluh. Aku tersentak lagi bila Ishamudin tolak tubuhku menjauh darinya. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Dia ni,kan, aku baru nak berangan, dia dah cantas angan-angan aku tadi.
“Awak nak pergi mana?” Aku bertanya cemas bila Ishamudin hendak berlalu.
“Aku nak pergi sembahyang.”
“Tapi, saya belum puas jumpa awak,” Aku menghentak kaki. Dia kerutkan dahi. Seketika kemudian dia tersenyum sinis.
“Belum puas jumpa aku? Tapi dah puas jumpa Haikal tu?” Nada suaranya jelas sekali menunjukkan dia sedang marah dan dia berusaha mengawalnya. Aku tarik tangannya semula. Hampir 2  minggu dia tak layan aku. Terasa kami semakin jauh. Tapi, dia tak patut buat aku macam ni tau. Sepatutnya dia pujuk aku. Tapi, sekarang, seperti aku yang paksa dia kahwin dengan aku.
“Awak, kami tak buat apa-apa pun.”  Dia membuang pandang ke arah lain.
“Saya minta maaf jika ada buat salah yang saya tak tahu,” Aku bersuara perlahan lagi. Lebih perlahan dari tadi. Bila menyedari dia masih kaku dan langsung tidak membalas setiap kata-kataku, aku mengeluh dan melepaskan peganganku. Biarlah. Kalau orang tak sudi nak pandang kita nak buat macamana. Aku ni bukan isteri yang dia nak. Aku terus mendiamkan diri memerhati dia yang sedang berwudhu.
“Malam esok ikut aku balik kampung.”
“Hah!!!” Aku salah dengar ke? Dia ajak aku balik kampung? erkk.. Senyum lebar terukir dibibir.
“Saya tak salah dengar,kan?” Tanyaku inginkan kepastian. Dia angguk kepala dan terus berlalu.
“Terima kasih awak.” Terus tangannya aku capai dan cium. Akhirnya dapat juga aku lepaskan rindu padanya. Senyum lebar ku ukir.
“Isk..lepaslah. Batal air sembahyang aku.” Marahnya.
“Sorry.” Aku angkat tangan paras dahi. Buat tabik spring kat dia.
“Cepat ambil wudhu. Kita sembahyang sama-sama.” Aku angguk kepala.
            Ramai jugak orang dalam surau ni. Aku berjalan ke bahagian perempuan. Tak sangka  hari ni nasib aku baik. Ishamudin akan jadi imam kami. Bangga rasa hati bila si suami diberi kepercayaan untuk mengimamkan solat kami tengahari ni. Tapi, bila fikir balik, macam tak patut pulak. Si suami sembahyang tak pernah tinggal, tapi aku, free hair. Suami buat pahala, aku top up dosa. Aku mengeluh lagi. Bila nak berubah ni.
“Kenapa mengeluh ni?” Aku tersentak bila bahuku dicuit seseorang. Aku tersenyum pada wanita yang mencuit bahuku sebentar tadi. Aku tak kenal dia tapi oleh kerana kami ni saudara sesama Islam, jadi aku pun membalas dengan senyum manis.
“Takkan suami jadi imam pun nak mengeluh.” Aku tersengih. Dia kenal aku ni isteri Ishamudin. Tentu semua orang kenal aku. Aku je yang tak kenal orang.
“Bukanlah. Saya suka sangat dia jadi imam.” Dia angguk kepala. Kami mendiamkan diri bila mendengar suara lelaki membaca Iqamat.
            Aku tunggu sehingga semua orang keluar dari surau. Perlahan aku menghampiri Ishamudin yang sedang bersandar di tepi dinding. Aku terus duduk dihadapannya. Masa rehat masih ada baki 5 minit lagi. Wajahnya aku tatap sepuas hati. Rindu sangat.
“Kenapa?” Soalnya pelik. Siap angkat kening. Wah!!! Handsomenya. Memang aku dah jatuh hati pada dia ni. Aku tersengih lalu menarik tangannya lalu ku kucup.
“Maafkan saya kalau saya ada buat salah pada awak,” Aku duduk berlutut dihadapannya. Nasib baik surau ni dah takde orang sebab semua orang sudah masuk bekerja semula. Kejap lagi loceng rehat untuk shiff kedua pula.
“Aku maafkan,” Jawabnya dingin dan aku sedia untuk membuka telekungku. Seketika kemudian aku terasa tanganku ditarik sehingga membuatkan aku jatuh terduduk di atas pangkuannya. Aku tergamam. Wajahku terasa membahang saat itu. Ishamudin pula tetap selamba. Kemudian dia sentuh kedua-dua belah pipiku dan dengan pantas dia mencium dahiku. Aku gigit bibir. Isk...pak cik ni. Tak patut dia buat aku macam ni kat dalam Surau ni. Mana aku nak letak muka aku yang comel ni. Aku terus berdiri dan membuka kain telekung. Serba tak kena aku dibuatnya. Kain telekungku aku sangkut di penyakut. Tanpa memandang wajahnya, aku terus berlari keluar dari surau. Tak sanggup nak berhadapan dengan dia. Malu dan terharu. Aku tergelak lagi sehingga tanpa sedar aku terlanggar seseorang. Kenapa aku asyik terlanggar orang ni?
“Aduh!!!” Aku gosok dahiku.
“Mawar tak apa-apa?” Aku kerutkan dahi bila En.Haikal menggosok dahiku. Pada masa yang sama Ishamudin keluar dari surau. Matanya merenung tajam ke arah kami. Kemudian dia terus berlalu dengan riak wajah tegang. Tentu dia marah lagi. Bertambah bala lagi. Baru tadi minta maaf, sekarang aku dah buat hal lagi. Kenapalah En.Haikal ni berdiri tegak kat sini?
“Saya tak apa-apa. Saya nak cepat ni. Terima kasih En.Haikal.” Aku terus berlari masuk ke dalam production sebelum pekerja lain ternampak kami. Tak nak popular dengan cara yang tak baik. Sepanjang hari aku bekerja dengan penuh semangat. Tidak sabar menunggu esok.
“Sham, rindu sangat kat isteri ke?” Aku angkat kepala bila terdengar suara Kak Onah menyebut nama Sham. Aku memandang sekeliling. Namun wajah lelaki yang disapa oleh Kak Onah tidak kelihatan.
“Kasihan aku tengok budak ni. Tapi nak buat macamana, orang baru berkahwin memang macam tu,” Kak Mila bersuara dalam gelak. Aku garu kepala yang tiba-tiba gatal.
“Akak kutuk saya ke?” Mereka tersenyum simpul.
“Kau berangan? Tu, suami kesayangan kau berdiri ke tepi kau dari tadi. Takkan buat kerja sampai lupa suami ada kat sebelah. Atau kau sedang berangan,” Kak kate pula menyampuk. Aku menoleh ke kiri kemudian memandang wajah tuan punya badan yang sedang memandang kearahku dengan wajah tenang. Ditangannya terdapat fail yang kemudiannya diserahkan kepadaku.
“Tolong buat sample ni,” Aku terus menyambutnya tanpa banyak soal.
“Sham, kesihan aku tengok kau. Isteri kau ni kuat berangan.” Aku takut untuk memandang wajahnya.
“Saya tak kisah Kak Onah, yang penting dia berangankan saya.” Aku tarik nafas kemudian menghembusnya dengan kasar. Tak suka tau. Walau hakikatnya aku memang berangan tentang dirinya.
“Pura-pura malu pulak dia.” Aku bagi jelingan maut pada Kak Sally yang sedang tersengih macam kerang busuk dihadapanku. Nasib baik Ishamudin ada disebelah. Kalau tidak., tahulah apa aku nak buat kat dia. Setelah selesai membuat sample contoh tersebut, Ishamudin terus berlalu setelah mengucap terima kasih.
“Best kalau bekerja satu tempat kerja. Hari-hari boleh lepaskan rindu.” Kak Mila bersuara perlahan. Mereka yang lain angguk kepala.

*************************
P/S : Selamat membaca semua.. maaf sebab tak reply komen korang semua... apa-apa pun, terima kasih buat yang masih mengikuti cerita ini..

2 catatan:

Anonymous said...

Yeay.... nak lagi.... secepat mungkin.... Hahahaha.... demandlah pulak!

MaY_LiN said...

yeay!!!balik kg..