Followers

Thursday, September 9, 2010

Jangan Kau Pergi 8

Sebuah kereta berhenti dihadapan rumah Hafiya. Kemudian keluar seorang lelaki yang berpakaian kemas. Dia menanggalkan cermin matanya dan memandang sekeliling rumah yang jauh berbeza dari kali terakhir dia datang ke kampung itu. Rumah yang dulunya hampir roboh juga sudah berdiri teguh. Dia berpaling bila mendengar seseorang menghampirinya.

“Anak ni cari siapa?” Wanita separuh abad itu bertanya perlahan. Lelaki muda itu tersenyum dan menyalami tangan wanita tua itu.

“Mak cik, saya nak Hafiya. Mak cik kenal dia?” Wanita tua itu tersenyum.

“Kenal. Anak ni siapa? Kenapa nak jumpa dia?”

“Saya Arif. Bekas suami dia,” Wanita itu angguk kepala.

“Marilah duduk kat sana dulu. Kita berborak.” Arif mengekori langkah wanita itu ke bangku dibawah pokok mangga yang tidak jauh dari rumah Hafiya.

“Mak cik memang asal orang sini ye? Mak cik ni nama apa?” Arif bertanya ramah.

“Orang panggil mak cik, mak cik Senah. Memang asal orang kampung ni,” Arif angguk kepala.

“Dah lama bercerai dengan Hafiya?” Arif pandang wajah wanita tua itu.

“Setahun lebih dah kita orang berpisah,” Jawabnya tenang. Mak Cik Senang angguk kepala.

“Owh!!!! Tahu tak Hafiya ni dah berkahwin?” Arif tersentak.

“Fiya dah kahwin? Dengan siapa?” Soalnya terkejut.

“Dengan cikgu yang mengajar kat sekolah kampung ni,” Arif tersandar lesu. Mak Cik Senah pun bercerita tentang semua yang terjadi sepanjang Hafiya tinggal di kampung tersebut.

“Dah berapa lama?” Arif seakan-akan tidak percaya. setelah

“Dah hampir 9 bulan. Sekarang ni dia dan anak-anak mengikut suaminya bercuti di bandar. Sekarangkan musim cuti sekolah.” Arif angguk kepala.

“Fiya sanggup berkahwin dengan lelaki itu?” Arif masih tidak percaya Hafiya sanggup berkahwin dengan lelaki yang dia tidak kenal. Dia risaukan anak-anaknya.

“Orang kampung yang paksa dia kahwin. Lagipun, ramai yang takut suami mereka kena goda oleh Hafiya. Maklumlah dia tu janda muda. Cantik pulak tu. Bila dia dah kahwin barulah orang-orang perempuan kat kampung ni merasa aman.” Arif angguk kepala. memang dia akui Hafiya memang cantik. Jika Hafiya bukan adik arwah isterinya, memang dia akan cuba merebut hati gadis itu. Oleh kerana tidak sanggup menatap wajah yang begitu seiras dengan arwah isterinya membuatkan Arif terpaksa melepaskan Hafiya. Bimbang Hafiya tidak bahagia hidup bersamanya.

“Anak-anak dia bawa sekali ye mak cik? Suami dia baik tak dengan budak-budak tu?” Mak Cik Senah angguk kepala.

“Alhamdulillah. Sepanjang yang mak cik tengok, Cikgu Elman tu memang baik dengan mereka bertiga. Selalu tolong Hafiya kat sawah tu. Rumah ni pun dia jugak yang tolong baiki. Upah orang kampung baiki mana yang rosak.” Panjang lebar penerangan yang diberikan. Arif hanya mengangguk kepala. Dia tersenyum lega. Nampaknya keputusannya melepaskan Hafiya memang satu tindakan yang betul. Tetapi timbul rasa bersalah sebab terpaksa menyusahkan Hafiya menjaga anak-anaknya. Setelah berpisah, dia tidak pernah menjenguk anak-anaknya. Isterinya masih belum mahu berhenti bekerja. Keadaan rumah yang sunyi membuatkan hatinya tergerak hendak menjenguk anak-anaknya.

“Kalau macam tu, terima kasih ye mak cik. Boleh tak tolong berikan nombor telefon saya pada Hafiya. Kalau dia sampai kelak, tolong hubungi saya. Saya nak jumpa anak-anak saya. Tolong ye mak cik.” Mak Cik Senah angguk kepala dan mengambil kad yang dihulurkan.

*********************

“Mama masak apa tu? Boleh Fiya tolong?” Hafiya bertanya sopan. Pn.Mariam angguk kepala.

“Tolong masak ketam tu. Elman suka ketam masak merah.” Hafiya garu kepala. Dia tidak pandai memasak makanan yang melibatkan ketam.

“Mama, sebenarnya Fiya tak pandai masak ketam. Fiya tak pernah masak pun ketam ni kat rumah,” Pn.Mariam kerutkan dahi. Beberapa saat kemudian dia tersenyum. Nampaknya Hafiya seorang perempuan yang baik. Langsung tidak menyembunyikan kelemahannya.

“Takpelah. Biar mama sendiri yang buat. Fiya boleh tolong potong sayur ye.” Pn.Mariam menunjuk sayur kacang panjang yang berada di atas meja.

“Kalau Fiya nak masak ketam ni, mama boleh tolong ajarkan tak? Bolehlah Fiya belajar.” Hafiya bertanya sambil membawa ketam tersebut ke sinki untuk dicuci.

“Ye tak ye jugak. Kalau tak belajar macamana nak pandai. Sebelum tu, Fiya cuci dulu ketam tu. Pandai cuci ketam tu tak?” Hafiya tersengih dan menggeleng kepala.

“Macam ni. Tanggalkan dulu cengkerangnya. Lepas tu cuci bahagian ni,” Hafiya memerhati dengan tekun sekali. Memandangkan dia seorang yang cepat belajar, jadi tidak menjadi masalah untuknya mengingati langkah-langkah yang diajar.

“Bila dah bersih. Bolehlah dimasak. Fiya pernah memasak udang masak merah?” Fiya angguk kepala.

“Kalau macam tu senang sikit. Bahan-bahannya sama je. Caranya pun sama.” Pn.Mariam memerhati Hafiya menyediakan bahan-bahan untuk memasak ketam tersebut. Pn.Mariam tersenyum.

“Masaklah macam biasa.” Hafiya tersenyum bila dapat belajar masakan baru dari ibu mertuanya.

“Nanti kalau mama ada resepi masakan yang sedap-sedap boleh tak ajarkan Fiya?” Hafiya bertanya perlahan.

“Boleh. Nanti mama bagi resepi masakan kegemaran Elman.” Hafiya tersenyum puas. Mereka memasak sambil bercerita tentang pelbagai perkara.

*********************

“Hubungan El dengan Fiya tu macamana? Dah okey?” En.Ezhan bertanya pada anaknya. Elman pandang wajah ayahnya sekilas. Kemudian dia menyandar tubuhnya ke kerusi. Mereka sedang menikmati minum petang di halaman rumah.

“Okey yang macamana maksud papa?” En.Ezhan angkat kening.

“La...okey. yelah, okey ke tidak budak tu. Kamu dapat terima dia tak?” Elman mengeluh.

“Entahlah papa. Setakat ni, El belum ada perasaan kat dia. pendek kata El belum dapat terima dia.” En.Ezhan geleng kepala.

“Kenapa pulak? Papa tengok Fiya tu baik. Berbudi bahasa, tutur kata pun lembut. Cantik pulak tu. Takkan tak tergugat iman El?” Elman tersengih mendengar kata-kata dari mulut ayahnya. Siapa yang tidak tergugat dengan kecantikan Hafiya? Malah semasa di kampung ramai yang memuji kecantikan isterinya itu. Ramai lelaki di kampung Hafiya tidak puas hati dengan Elman kerana dapat memperisterikan janda cantik itu. Semua mengatakan dirinya memakai ubat guna-guna untuk memikat Hafiya. Malah ada yang mengatakan dia sengaja memerangkap Hafiya sehingga mereka terpaksa berkahwin.

“Papa, bukan kecantikan yang El pandang. El mahukan seorang perempuan yang El dapat terima dan cinta. Yang mampu membuatkan dada El berdegup kencang. Bersama Fiya, El tak rasa pun perasaan tersebut,” Elman bersuara yakin sambil menyandar di kerusi. Pandangannya menghala ke halaman rumah yang semakin berseri dengan bunga berbagai jenis di taman ibunya.

“Ye? Tapi papa rasa El tak bagi peluang untuk diri El kenal Fiya. El tak cuba untuk menyemai perasaan tersebut,” Elman pandang wajah papanya. En.Ezhan tersenyum.

“El, kadangkala perasaan cinta itu perlu dipupuk. Tak semua cinta itu hadir dengan sendirinya. Kadangkala, bila kita kehilangan barulah kita menyedari bahawa orang yang berada dekat dengan kita itulah wanita yang kita cinta.” Elman mendiamkan diri. memang dia tidak pernah memikir perhubungannya dengan Hafiya. Hatinya sudah di asuh supaya tidak mudah untuk jatuh cinta. Bimbang terluka sebelum mengecap bahagia.

“Entahlah papa. Kalau jodoh panjang, kami akan terus bersama. Fiya sendiri ada kehidupannya. El kena tanya pendapat dia jugak.” En.Ezhan angguk kepala.

“Ingatlah. Mereka tu sudah menjadi amanah El. Kalau betul El tak dapat terima Fiya, papa sarankan El lepaskan dia. demi kebaikan kamu berdua. Biar teruskan hidup tanpa ikatan. Tentu sukar untuk dia melakukan kerja hariannya bila menjadi isteri orang. Pergi ke mana-mana kena minta izin suami. Kena jaga maruah suami.” Elman tersentak. dia tidak pernah berfikir sejauh itu. Semenjak tinggal bersama Hafiya, tidak terlintas difikirannya untuk meninggalkan Hafiya.

“Bagi El masa. El tak pernah berfikir sejauh itu,” Elman bersuara perlahan.

“Yelah. Nurina panggil kamu dengan panggilan apa?” Elman tersenyum.

“Dia panggil El cikgu. El dan Fiya tak pernah bagitahu dia status kami. Tapi, Alif tu, dia panggil El papa. Seronok betul bila ada orang panggil papa,” Elman tersenyum lebar. Kenangan beberapa minggu lepas terlayar diruang mindanya.

“Papa....papa..” Elman dan Hafiya berpaling ke belakang. Alif sedang memandang wajah Elman sambil tangannya diangkat. Hafiya dan Elman saling berpandangan.

“Alif panggil siapa?” Hafiya duduk di hadapan Alif. Wajahnya pucat. Terkejut bila mendengar suara halus itu memanggil papa. Alif menghampiri Elman dan memeluk kaki Elman.

“Ni bukan papa. Panggil cikgu,” Hafiya menarik semula tubuh Alif. Namun anak kecil itu semakin erat memeluk kaki Elman. Sementara itu, Elman masih kaku. Terasa seperti hatinya disiram dengan sebaldi air sejuk. Biarpun rasa sejuk, namun tetap mendamaikan. Perlahan wajah mulus Alif disentuh. Pertama kali mendengar kanak-kanak kecil memanggilnya Papa membuatkan Elman kaku. Perasaannya saat itu sukar untuk digambarkan.

“Mari. Papa dukung ye,” Giliran Hafiya pula yang tergamam. Wajah berseri Elman ditatap dalam. Dia keliru. Sukakah Elman dengan panggil tersebut?

“Awak....” Kata-katanya terhenti bila melihat Alif begitu erat memeluk leher Elman. Elman pula terus berlalu membawa Alif kebiliknya.

“Alif nak makan apa? Nanti papa tolong suapkan,” Hafiya tepuk dahi sendiri. Elman hanya tersenyum melihat wajah kelat isterinya.

“Ni kenapa tersenyum sorang diri. El dengar tak apa yang papa cakap tadi?” Elman terpinga-pinga bila disergah oleh papanya.

“Err...papa cakap apa?” En.Ezhan geleng kepala.

“Fiya bagaimana? Dia suka dengar Alif panggil kamu dengan panggil papa tu?” Elman tersenyum.

“Dia macam tak suka je. Agaknya, dia rasa saya ni tak layak jadi papa Alif,” En.Ezhan angguk kepala. mungkin benar apa yang Elman fikirkan. Hafiya terlalu berdikari. Semua perkara dilakukan sendiri. Namun jauh disudut hati, En.Ezhan merasakan Hafiya takut untuk membina harapan bersama Elman. Mungkin kerana perkahwinan mereka yang jelas dan nyata bukan kerana cinta. Lama wajah Elman direnung.

“El, kalau suatu hari Fiya tu minta perpisahan? Apa yang El nak buat?” Elman tersentak. Wajah papanya direnung. Sukar untuk mentafsirkan kata-kata tersebut.

“Apa maksud papa?” Elman tidak senang duduk.

“Yelah. kalau bekas suami dia nak dapatkan hak penjagaan anak-anaknya? Fiya mungkin tak sanggup nak berpisah dengan anak-anaknya.” Lama Elman mendiamkan diri. Mencerna ayat yang keluar dari mulut papanya.

“Papa hanya nak ingatkan El. Lagipun, Fiya mungkin berfikir, El tak suka padanya. Buat apa dia hendak menghabiskan masa bersama El? Betulkan?” Elman picit dahi. Tiba-tiba kepala terasa pening.

“Papa, El masuk dulu. Kepala El pening,” Elman berdiri dan sedia untuk berlalu ke dalam rumah.

“El fikirlah masak-masak. Kalau El tak sayangkan dia, lebih baik El pilih jalan terbaik untuk kebahagiaan kamu berdua,” Elman pandang wajah papanya. Lama sekali. Kenapa papanya beria-ia mahukan mereka berpisah. Adakah papanya tidak suka dia dan Hafiya menjadi pasangan suami-isteri? Tetapi bukankah papanya juga yang memaksa dia mengenali Hafiya dan menyuruh dia mendekati Hafiya? Bingung Elman memikirkan apa yang papanya mahu.

Ketika menaiki tangga untuk ke bilik, Elman mendengar suara Hafiya dan mamanya berbual-bual di dapur. Suara Hafiya yang kedengaran riang itu membuatkan dada Elman sedikit berkocak.

*****************************

salam lebaran buat semua. maaflah kepada mereka yang menunggu n3 terbaru utk JKP ni...hope korang enjoy ya...selamat menyambut aidilfitri yang mulia ini. ampun maaf dipinta...:p

4 catatan:

Anonymous said...

selamat hari raya kak!
hope el x ceraiakn fiya^_*

MaY_LiN said...

tamau la pisah2..
nak fiya ngan elman
slmt hr raya sis

nursya said...

hai tol ker elman x tergugat ngn fiya???
cam da goyah pn..
hahaha...

selama hari raya suma....

kaira_syuma said...

tq may_lin,nursya...slmt hari raya jugak buat rakan2 semua..