Followers

Sunday, February 7, 2010

Pilihan Hati 15

Ariyana duduk santai bila telefon bimbitnya berdering. Melihat nama pemanggil, Ariyana tawar hati.

“Assalammualaikum,” Ariyana berusaha untuk bersuara mesra. Suara di hujung talian kedengaran lemah.

“Ari, boleh tak kita jumpa petang ni? Saya ada perkara nak bagitahu awak,” Ariyana kerutkan dahi.

“Petang ni? Maaflah Hafiz, Ari baru je balik dari Mall tadi. Masih penat. Penting ke?” Ariyana bertanya hambar.

“Takpelah. Saya nak bagitahu awak yang mama saya dah jodohkan saya dengan anak kawan dia. Ini kali terakhir saya hubungi awak. Terima kasih sebab sudi berkenalan dengan saya,” Hafiz memutuskan talian tanpa sempat Ariyana menjawa. Ariyana mengeluh. ‘Ari...Ari...apa lagi yang kau tunggu. Ada lelaki yang baik, dilepaskan.’ Ariyana termenung melayan perasaan. Rasa bersalah menyebabkan hati insan lain terluka. Kejamkah dia? Tetapi, dia tidak boleh memaksa hatinya untuk menyukai seseorang. Dia harus memikirkan perasaan diri sendiri. Sampai bila asyik menggembirakan orang lain?

*****************************

“Abang Hadi dah lama kenal Abang Is?” Shila bertanya ketika mereka sedang minum petang disebuah kedai kopi.

“Lama jugak. Kami berdua sama-sama masuk Akademi Polis.” Shila angguk kepala. mereka bercerita tentang diri masing-masing. Shila memang menyenangi penampilan sederhana lelaki tersebut.

“Macamana awak kenal Ariyana?” Hadi pula bertanya. Shila tersenyum.

“Dia dan adik dia merupakan anak kepada kawan mak dan ayah saya. Apabila orang tua mereka meninggaldunia 7 tahun lalu, kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya, mak dan jadikan mereka anak angkat.” Hadi angguk kepala.

“Owh!!! Ari dan Is tu, kenapa macam orang bergaduh je?” Shila tergelak.

“Mereka berdua tu memang macam tu. Tapi, sebelum ni, mereka okey. Malah sangat okey. Sehinggalah, suatu hari mereka bergaduh besar.” Hadi tersentak.

“Gaduh? Kenapa?” Soalnya pelik. Shila menghembus nafas.

“Semuanya sebab perempuan itu.” Shila geram. Rasa marah pada bekas tunang abangnya masih berbaki.

“Perempuan?” Hadi masih bingung.

“Bekas tunang abang tu,” Shila berkata geram. Sedikit emosi bila mengingatkan perkara tersebut.

“Hanida?” Shila angguk kepala.

“Kenapa?” Hadi bertanya lagi. Mereka memang serasi. Baru pertama kali berjumpa, mereka sudah bercerita bermacam-macam perkara. Bagi Hadi, peluang untuk mengenali gadis cantik itu takkan disia-siakan. Dan, sebagai menarik minat supaya Shila bercakap dengannya adalah tentang Ariyana. Hadi dapat lihat dengan jelas di dalam mata Shila, dia sangat sayangkan Ariyana. Shila bercerita segala yang terjadi pada Ariyana selama hampir 8 tahun dia menjadi anak yatim piatu. Hadi khusyuk mendengar. Sesekali dia mengeluh berat. Dia teringat kejadian yang terjadi 3 tahun lepas.

3 tahun lepas.....

Ariyana membawa dulang berisi air untuk tunang Iskandar. Dia tersenyum melihat wanita cantik itu. Kagum melihat keindahan wajah wanita itu. Mengalahkan model terkenal. Ariyana menghadiahkan senyuman paling manis buat Hanida. Tetapi dia kecewa bila Hanida tidak membalas senyumannya. Malah wanita itu seperti tidak sudi memandang wajahnya. Iskandar masih di atas menukar pakaian kerana sebentar lagi dia dan Hanida hendak keluar.

“Kau nak rampas Iskandar dari aku?” Ariyana kerutkan dahi. Terkejut.

“Saya nak rampas Abang Is dari kakak? Kenapa?” Ariyana bertanya pelik. Ariyana yang baru saja hendak beredar selepas menghidang air untuk Hanida berpaling. Pelik mendengar kata-kata dari mulut Hanida.

“Aku tahu kau sukakan Is.” Hanida bersuara sinis. Ariyana berpeluk tubuh.

“Semua orang suka kat Abang Is tu. Apa masalahnya?” Ariyana kurang faham. Memang dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Hanida.

“Ye. Tapi, suka mereka lain. Dan, kau...kau cintakan dia.” Ariyana tersentak. ‘Aku? Cintakan Abang Is? Gila ke?’ Ariyana geleng kepala.

“Saya cintakan Abang Is? Apa yang Kak Ida merepek ni? Saya anggap Abang Is tu, macam abang saya sendiri. Takkan saya nak cintakan dia pulak?” Ariyana berkata pelik sambil geleng kepala. sungguh dia terkejut mendengar kata-kata tersebut lahir dari mulut Hanida.

“Huhhh...jangan nak berdalih. Aku nampak segala perbuatan kau yang sengaja menarik perhatian dia.” Hanida masih menuduh Ariyana.

“Kenapa dengan Kak Ida ni? Kakak tak percaya pada Abang Is? Dalam hati dia hanya ada kakak. Kakak kena percayakan dia.” Ariyana berkata geram. Hanida memandang ke arah lain. Benci melihat wajah Ariyana.

“Percayakan dia? huhhh!!!! Kalau kau nak tahu, semua perkara yang kau buat dia tahu. Sampai kau tidur lewat sebab study pun, dia tahu. Makan minum kau, semua dia jaga. Hari-hari telinga ni sakit sebab dia asyik sebut nama kau je. Ari nak itu. Ari nak ini. Ari suka makan ini. Ari suka main benda tu. Semua benda mengingatkan dia pada kau. Aku yang dah jadi tunang dia, dia langsung tak tahu aku suka makan apa.” Hanida bercekak pinggang di hadapan Ariyana. Ariyana kerutkan dahi dan berundur setapak ke belakang. Ariyana memang akui, semenjak dia dan Arif menjadi anak angkat kepada ayah dan ibu Iskandar, layanan yang mereka terima dari ahli keluarga Iskandar memang diluar jangkaannya. Sehingga dia terasa seperti berada di dalam keluarganya sendiri.

“Kak Ida salah faham. Takkan akak tak kenal Abang is? Dia memang baik pada sesiapa je.” Ariyana menjawab tenang walaupun di dalam hati, dia sangat takut sekarang. Takut jika Hanida berkasar dengannya. Dia pernah mendengar cerita tentang orang yang sedang bercinta sanggup buat apa saja untuk melindungi kekasih mereka.

“Salah faham kau kata? Kerana aku kenal dia, sebab tu aku tahu kau dan dia memang sedang bercinta. Nampak macam takde apa-apa, tapi sebenarnya kamu berdua memang ada hubungan.” Ariyana mengeluh. Susah juga hendak meyakinkan Hanida. Perlahan Ariyana beredar. Dia teringat sesuatu. ‘Agaknya Abang Is dan kak Ida bergaduh. Mungkin aku yang menjadi puncanya? Kasihan pulak kat Kak Ida.’ Ariyana geleng kepala. Ariyana hampir terjatuh kerana terpijak longkang ketika hendak masuk ke dalam rumah. Tetapi dia tubuhnya sempat disambut oleh Iskandar. Keadaan mereka ketika itu sangat intim. Ariyana mendengar dengan jelas degupan jantungnya. Begitu juga Iskandar. Mereka tersedar bila mendengar suara Hanida menjerit memanggil nama Iskandar.

“Is!!!!” Hanida menjerit kasar. Iskandar tersentak dan melepaskan pelukannya. Ariyana berusaha untuk berdiri dengan stabil kerana sebelah kakinya masih berada di dalam longkang.

“Depan mata saya sendiri awak berdua berpelukan? Itu awak kata takde hubungan? Awak ingat saya ni buta ke?” Hanida sudah bercekak pinggang. Ariyana serba salah. Kerana asyik memikirkan kata-kata Hanida sebentar tadi, dia hilang tumpuan dan hampir terjatuh.

“Ida, tolonglah jangan salah faham. Ida sendiri nampakkan perkara tu tak disengajakan.” Ariyana angguk kepala.

“Ye..kak.” Ariyana mengiakan.

“Kau diam...kau sengaja jatuh tadikan?” Ariyana tersentak. Terkejut mendengar suara kasar Iskandar. Dia berpaling memandang Iskandar yang sedang menahan marah.

“Abang Is...” Ariyana gugup. Dia terasa hati. Iskandar menuduhnya pura-pura terjatuh.

“Saya nak putuskan pertunangan kita. Awak curang.” Hanida berlalu meninggalkan rumah besar itu selepas melontar cincin pertunangan mereka ke kaki Iskandar.

“Ida tunggu. Ida.....”Iskandar mengejar Hanida tetapi sudah terlambat kerana kereta Hanida bergerak laju meninggalkan halaman rumah Iskandar. Ariyana masih tidak percaya dengan apa yang dia alami sekarang.

Melihat wajah muram Iskandar, Ariyana semakin rasa bersalah.

“Abang Is...Ari minta maaf jika...” Ariyana kaku.

“Aku tak nak tengok muka kau lagi. Pergi kau dari hidup aku. Kau dah hancurkan hubungan aku dan Ida. Sekarang puas hati kau?” Ariyana sebak. Tanpa dia sedar, airmata mengalir dipipinya. Kecewa kerana Iskandar turut sama menyalahkannya.

Ariyana berlari menuju kebiliknya dan mengunci pintu bilik. Dia menangis sepuas-puasnya sehingga tertidur.

**************************

Shila dan Hadi duduk merenung laut yang terbentang luas di hadapan mereka. Selepas minum di kedai kopi sebentar tadi, mereka berjalan menyusir pantai sambil bercerita.

“Semenjak hari itu, hubungan mereka renggang. Ari pulak kembali ke rumah keluarga mereka. Rumah yang kita orang duduk sekarang ni. Kemudian, bila saya dapat kerja kat pejabat dia jugak, saya pun tinggal dengan dia,” Shila membetulkan rambutnya yang ditiup angin.

“Tetapi selepas Ariyana berpindah ke rumah keluarganya, barulah cerita sebenarnya diketahui. Kak Ida yang curang. Dia sengaja mencari kesilapan Abang Is. Dan ,Ariyana yang menjadi mangsa. Sebab tu, Abang Is bersikap dingin pada Ariyana. Dia rasa bersalah.” Shila mengeluh.

“Kasihan Ariyana. Hanida memang dah lama bercinta dengan lelaki tu. Is saja yang tak tahu. Saya pernah bagi tahu dia. Biasalah, orang yang sedang dilamun cinta ni, susah nak terima kata-kata orang lain kecuali dia tengok dengan mata kepala dia sendiri.” Hadi memang mengetahui kecurangan Hanida kerana tempat kerja Hanida tidak jauh dari tempat dia bertugas. Malah dia sering terserempak Hanida bersama lelaki lain.

“Sebab tu, sampai sekarang Abang Is masih belum jumpa penganti. Bayangkan bercinta hampir 10 tahun. agaknya Abnag Is dah serik. Sebab tu masih belum jumpa penganti.” Shila membetulkan urat saraf. Penat duduk terlalu lama.

“Mungkin jugak. Shila kenapa? Penat? Kalau penat, kita balik. Dah lewat jugak ni,” Hadi pandang wajah Shila yang lesu kemudian memandang jam di tangannya. Shila angguk kepala.

“Okey.” Mereka berjalan menuju ke kereta.

*********************

3 catatan:

epy elina said...

hohohoh...
kcian ari ngn is...
nak mrka brcnta...
mst hanida mnysal lepaskan is...
smbung2x..

MaY_LiN said...

alolo..tamo la kenang kisah sedih..

nursya said...

serasi btl si shila ngn hadi nie...
suka..suka..