“Alia!!!!” Alia berlari meninggalkan Sara yang
sedang memanggilnya. Sara mengejar Alia dan diikuti oleh mereka yang lain.
“Alia tunggu dulu. Maafkan aku.” Sara menarik
tangan Alia. Ketika itu mereka sedang berjalan pulang ke asrama selepas selesai
kegiatan gerko pada petang tersebut. Alia menghentikan langkahnya.
“Maafkan aku. Ini semua salah aku. Aku… aku sakit
hati bukan kerana Salman bercinta dengan kau. Aku sakit hati sebab kau bagi tau
dia yang aku suka kat dia. Aku tak kisah pun kalau kau nak bercinta dengannya,”
Sara berkata sedih.
“Kau gila ke? Kau kenal aku sejak bila? Dan aku
bercinta dengan dia? Tolonglah Sara. Banyak lagi perkara lain yang aku nak buat
dari fikir tentang budak tu. Dan aku hanya nak tolong kau, aku nak sedarkan
budak tu, bahawa ada orang lain yang suka kat dia. Aku tak nak dia membazir
masa dengan perkara yang sia-sia,” Alia berkata marah. Mereka yang lain
mendiamkan diri. Membiarkan Alia dan Sara meluahkan apa yang tersimpan di hati
mereka.
“Ok. Aku minta maaf ye. Maafkanlah aku.” Sara buat
muka sedih sambil kedua-dua tangannya memeluk tangan Alia. Alia merenung wajah
Sara.
“Belanja aku makan coklat. Budak tu punya pasal,
aku terliur setiap kali tengok coklat yang dia bagi kat korang. Tapi, Ros jugak
yang kenyang,” Mereka tergelak riang. Sara dan Alia saling berpelukan.
“Rugi aku tak tumbuk si Salman tu sekali. Kerana
dia kita berdua bergaduh. Bagi free pun aku tak nak kat budak tu. Merosakkan
suasana je,” Mereka tersenyum mendengar Sara mengutuk Salman. Alia angguk
kepala.
“Oittt... aku lupak nak bagi tahu korang semua.
Cikgu Syah pesan, suruh kita pergi kuarters Cikgu Salmah. Petik buah rambutan,”
Alia bersuara teruja bila teringat pesan Syah Aiman tengahari tadi.
“Iye? Bila masa kau jumpa Cikgu Syah? Kau dating
tak bagi tahu kami ye?” Sitah buat muka miangnya. Tersengih macam kerang busuk.
Alia tolak bahu temannya.
“Kurang asam boi punya kawan. Takde maknanya aku
nak dating dengan dia. Aku terserempak dengan dia kat surau tengahari tadi.”
“Surau? Korang buat apa kat surau tu?” Soal Ajay
selamba.
“Mangkuk tingkat punya budak. Surau tu untuk apa?”
“Sembahyang.”
“Tahu pun. Aku takut terlepas zohor tadi. Sebelum
balik asrama, aku singgah kat surau. Tak sangka terlelap. Sebab tu aku lambat
sampai asrama tadi.”
“Owh..macam tu ceritanya. Habis tu, Cikgu Syah?”
Arie pula bertanya. Mereka yang lain hanya menjadi pendengar setia.
“Entah. Sembahyang zohor jugak agaknya. Lepas
sembahyang, aku tertidur. Dia yang kejutkan aku.”Alia menjawab selamba. Langkah
kaki mereka terhenti sebaik sahaja sampai di hadapan kuarters Cikgu Salmah.
“Wah!!!!! Lebatnya buah rambutan,”Alia sudah menelan
air liur. Sebelum ini,mereka hanya dapat tengok bahagian atas pokok rambutan
tersebut. Sekarang, mereka berada di bawah pokok rambutan.
“Yelah. Tak sangka,lebat juga buahnya. Tengok dari
jauh tak nampak sangat buah-buahnya.” Mereka menghampiri Cikgu Salmah dan
rakan-rakannya serta beberapa orang cikgu lelaki yang lain termasuk Syah Aiman.
“Sampai pun awak semua. Yang lelaki boleh tolong
panjat. Sesiapa yang pandai panjat jelah. yang tak pandai panjat tu, tolong
kutip buah.”
“Cikgu,saya nak panjat jugak, boleh tak?” Alia angkat
tangan sambil tersengih. Semua mata memandang kearahnya. Alia kerutkan dahi. Perlahan-lahan
tangannya dijatuhkan ke bawah. Matanya melirik pandang ke wajah setiap mereka
yang memandangnya.
“Kenapa? Saya salah cakap?” soalnya siap angkat
kening.
Pappp..
“Oiii... sakitlah..ngok.” Alia gosok dahinya yang
diketuk oleh Ajay.
“Kau tu perempuan. Buatlah macam perempuan.”Alia
mencebik bibir.
“Apa pulak. Biasa aku okey je panjat pokok langsat
kat kampung aku. Takde pulak ayah aku nak bising.” Mereka yang lain geleng
kepala. Syah Aiman merenung tajam wajah Alia. Menyedari Syah Aiman sedang
merenungnya, Alia tertunduk malu. Dia terlupa yang Syah Aiman turut berada di
situ.
“Alia, bagi peluang orang lelaki tunjuk kemampuan
mereka. Kita perempuan ni, jadi tukang kutip buah pun dah syukur,”Alia mencebik
bibir bila mendengar Maziah bersuara.
“Yelah cik kak. Jadi tukang kutip je,” Marahnya
sambil bergerak menghampiri Maziah dan rakan-rakannya yang lain.
Suasana
petang tersebut sangat meriah. Mereka bergelak ketawa bila melihat rakan-rakan
mereka ada yang berlari tak cukup tanah bila digigit semut api. Syah Aiman
mencuri pandang wajah Alia yang sudah kemerahan selepas puas ketawa bila Hafiz
dan Fizan jatuh tergolek digigit semut api. Niat di hati hendak mendekati Alia,
namun baru sahaja hendak melangkah, Salmah sudah memanggilnya.
“Cikgu kutiplah lebih untuk Puan Pengetua.” Salmah
tersenyum manis pada Syah Aiman. Syah Aiman angguk kepala.
“Sal, aku pergi ke sana ye. Tak nak kacau daun,” Yati tersenyum meleret pada Salmah.
Salmah tersenyum sebelum menampar bahu temannya. Syah Aiman tersenyum. Dalam
hati mula rasa tidak selesa. Apa tidaknya, mata pelajarnya mula mencuri pandang
ke arah mereka. Matanya melekat pada riak wajah selamba Alia yang sedang khusyuk
makan buah rambutan. ‘Bertuah punya budak. Orang lain sibuk kutip buah, dia
pulak sibuk makan,’ Bisik Syah Aiman dalam hati.
“Alia memang macam tu. Kalau jumpa makanan
kegemaran dia, dia tak hirau lagi orang-orang sekelilingnya.”Syah Aiman
tersentak mendengar suara lembut Salmah. Syah Aiman tersenyum.
“Ye? Kuat makan tapi badan masih kecil saya
tengok,” Syah Aiman tergelak halus. Salmah tersenyum.
“Budak-budak memang macam tu. Cikgu...” Syah Aiman
meraba poket seluarnya.
“Sebentar ya. Mama saya telefon,” Syah Aiman
menjawab salam ibunya.
“Ye Mama. Kenapa?”
“Pesan kat Alia, atok suruh dia datang ke rumah
petang nanti.” Pn. Hamidah bersuara perlahan. Syah Aiman terus memandang wajah
Alia.
“Atok nak jumpa Alia? Kenapa?”
“Adalah tu. Alia dah lama tak jenguk dia. Atok
kamu dah rindu kat cucu menantu dia tu.” Syah Aiman garu kepala. Cucu menantu?
Syah Aiman tergelak kecil. Lucu bila mendengar ibunya menggelarkan Alia dengan
gelaran cucu menantu. Sejak Syah Aiman mengajar di sekolah itu, Alia terus
tidak menjenguk atoknya.
“Okey. Nanti saya bagitahu dia. Assalamulaikum,”
“Waalaikumsalam,” Syah Aiman pandang wajah Alia
lagi. Gadis itu masih leka makan. Kiri dan kanannya dipenuhi tangkai rambutan.
“Kenapa cikgu?” Syah Aiman tersentak dan memandang
wajah curiga Salmah.
“Atok saya nak jumpa Alia. Dia cakap Alia dah lama
tak jenguk dia.” Salmah angguk kepala. Memang sejak Syah Aiman mengajar di
situ, Alia sudah tidak lagi membantu Datuk Zamri.
“Ahh..dah lama juga tak nampak Alia tolong datuk
awak membersih halaman rumah tu. Kalau dulu, setiap petang dia temankan datuk
awak. Kalau tak ke kebun, dia tolong cuci longkang kuarters cikgu tu.” Syah
Aiman angguk kepala.
“Sebab tu atok saya rindu dekat budak tu. Saya
jumpa dia sekejap. Budak tu,kalau tak dilarang, sampai esok pagi pun tak sudah
dia makan buah tu,” Salmah angguk kepala. Sedikit sebanyak dia cemburu bila
melihat keluarga Syah Aiman begitu sayangkan Alia.
Alia
terus leka mengopek kulit rambutan tersebut. Rakan-rakannya yang lain sibuk
mengutip buah rambutan. Dia pula sibuk menghabiskannya.
“Alia..” Alia angkat muka. Mulutnya masih mengulum
buah rambutan tersebut.
“Ermmm...cikgu panggil saya?” Alia kerutkan dahi.
Beberapa saat kemudian, matanya memandang sekeliling. Beberapa orang pelajar
memandang ke arah mereka. Begitu juga dengan guru-guru yang lain.
“Atok nak jumpa awak petang nanti.” Alia kerutkan
dahi.
“Jumpa saya? kenapa?” Syah Aiman geleng kepala.
“Manalah saya tahu. Mama call tadi,” Syah Aiman
duduk mencangkung disebelah Alia. Tangannya mengutip sebiji buah rambutan lalu
dibukanya.
“Okey. Cikgu pergilah jumpa Cikgu Salmah tu. Dari
tadi Cikgu Salmah tengok cikgu.” Syah Aiman hanya mendiamkan diri. Dia hendak
menghabiskan sedikit masa berada dekat dengan Alia.
“Saya pun nak makan jugak. Terliur saya tengok
awak makan buah rambutan ni. Orang lain sibuk kutip buah tu, awak sibuk
menghabiskan buah ni.” Alia mencebik bibir. Bila melihat tiada tanda-tanda Syah
Aiman hendak beredar, Alia berdiri dan terus berlalu membantu rakan-rakannya
mengutip buah rambutan tersebut.
“Kenapa Alia?” Maziah bertanya sebaik sahaja Alia
menghampirinya.
“Kena halau secara halus. Orang tua tu asyik nak
kenakan aku je. Salah ke aku makan buah tu?” Alia terus muncung mulut. Sekilas
wajah Syah Aiman dipandang. Syah Aiman sedang berbual dengan Salmah.
“Cikgu Salmah tu memang minat sangat kat Cikgu
Syah. Dia cemburu tengok kau dan Cikgu Syah tadi. Tapi, Cikgu Syah tu pula macam suka kat kau.” Alia terbatuk. Bahu
Maziah ditolak kasar.
“Merepek je.” Sangkalnya.
“Ala... tak salah pun. Dia hanya guru sandaran .
Tempoh dia mengajar kat sini pun hampir tamat.
Lagipun, hubungan kau dengan datuknya baik. Manalah tahu, datuknya
bersetuju jadikan kau menantu mereka. Tentu seronok.” Imah yang tiba-tiba
muncul dari belakang memeluk bahu sahabatnya.
“Kau dah gila.” Imah tersenyum.
“Tak mustahil semua tu jadi kenyataan.” Imah
angkat kening. Alia kerutkan dahi. ‘Imah tahu ke tentang aku dan Cikgu
Syah?’Alia gelisah.
“Isk.. kita ni, belajar pun belum habis. Malas aku
nak layan kau,” Alia menepis tangan sahabatnya dan meneruskan kerja mengutip
buah rambutan. Buah rambutan tersebut akan
dibahagikan kepada pelajar-pelajar asrama ketika makan malam kelak. Bagi
pelajar yang membantu memetik buah-buah tersebut, mereka dibenarkan membawa
balik ke asrama.
Sebelah petang pula, hujan turun
dengan lebat sekali. Masing-masing sedang berehat santai di atas katil selepas
penat mengutip buah rambutan siang tadi. Memandangkan semua pelajar dibenarkan
membuat ulangkaji di asrama, ramai yang mengambil peluang untuk berehat
panjang. Alia gelisah di atas katil. Pesanan Syah Aiman tadi mengganggu
fikirannya. Bila teringat kemesraan Syah Aiman dengan Salmah di sekolah dan
ketika memetik buah rambutan petang tadi, Alia jadi tawar hati hendak ke rumah
pengetua. Dia yakin, sekiranya dia datang ke rumah tersebut, Pn.Hamidah pasti
akan menyuruhnya bersalaman dengan Syah Aiman. Pasti dirinya dilayan bagai
menantu.
“Sara, temankan aku pergi rumah pengetua,” Alia
merenung Sara yang leka membaca novel.
“Eiii. Malas, lah. Kau ajak Ros tu,” Sara
muncung mulut ke arah Ros. Alia memandang wajah Ros dengan riak sedih.
“Laaa… Aku nak gunting rambut Maziah ni. Kau
ajak si Imah tu, dia free. Imah, kau temankan Alia ke rumah pengetua kejap. Kesian
dia ni,” Ros menyuruh Imah menemani Alia sambil tangannya mengusap bahu Alia.
Alia menepis tangan Ros yang berada dilehernya.
“Eiiii. Geli lah.” Ros tersengih.
“Aku tak nak temankan kau. Aku nak berehat ni.
Ala… macam tak biasa ke rumah pengetua tu, dulu kau, kan selalu ke sana?” Imah
menjawab selamba.
“Ok. Jangan menyesal. Kalau pengetua bagi aku
makanan sedap, aku tak mahu bagi korang,” Alia berkata sombong sambil berlalu.
“Ala… Katakan saja yang kau takut terserempak
dengan Cikgu Syah. Kalau kau jumpa Cikgu Syah, bagi tau dia, kami kirim salam,”
Mereka berempat ketawa riang. Alia berdengus marah. Kawan-kawannya itu, bukan
mahu menolong, semakin menyakitkan hatinya saja. ‘Bagaimana reaksi mereka kalau
tahu aku dah kahwin dengan Cikgu Syah tu?’ Alia gerun memikirkan apa yang bakal
terjadi. Tentu mereka menjauhkan diri darinya. Bukankah orang yang ditangkap
berkhalwat akan dipandang serong. Alia mengeluh mengenang nasib diri. ‘Kenapa
aku diuji dengan ujian yang berat ini?’ Soalnya pada diri sendiri. Alia
mencapai payung dan berjalan perlahan ke menuju ke rumah pengetua.
Alia
berdiri kaku di tangga rumah Pengetua. Serba salah untuk memberi salam. Kalau
ikut hatinya yang sedang resah saat ini, mahu rasanya dia berlari balik ke
asrama semula. Namun, pesan ibu mertuanya menghalang niatnya. Alia mengeluh
berat. Nafas ditarik perlahan kemudian dihembus kasar.
“Assalammualaikum,” Alia memberi salam. Kedengaran suara tua menyahut salamnya.
Alia masuk ke rumah tersebut dengan bacaan Bismillah.
“Sunyinya. Atok, nak jumpa saya?” Soalnya lembut
setelah berjabat tangan dengan atoknya.
“Ye. Dah lama tak jumpa Alia. Rindu dengan cucu atok ni,” Alia
tunduk malu.
“Cikgu Hamidah mana?”
“Kat dapur tu,” Datuk Zamri menunding jari ke
dapur.
“Kenapa panggil cikgu lagi, panggil mama. Baru
mesra,” Usik Datuk Zamri.
“Belum biasa Tok,” Alia tersipu malu dan
meninggalkan orang tua itu.
“Wah!!!! Banyaknya lauk,” Alia menghampiri ibu
mertuanya yang sedang mencuci ayam yang telah di potong.
“Malam ni, Alia makan kat sini je. Banyak lauk
ni,” Pn.Hamidah mempelawa. ‘Kalau aku makan kat sini, nanti mereka marahkan
aku. Tapi, tadi aku dah ajak mereka datang, tapi mereka menolak, ahhh. Biarlah,
siapa suruh tak mahu temankan aku tadi,’ Alia segera membantu Pn.Hamidah
memasak. Mereka seperti ibu
dan anak saling membantu dan sekali sekala bergelak ketawa bercerita apasaja.
“Seronok juga bila memasak bersama-sama. Biasanya,
Alia buat sorang je kat rumah. Nenek kadangkala je tolong Alia kat dapur. Itu
pun dia hanya bagi tau cara dan petua saja.” Alia bercerita tanpa dipinta.
“Yelah. Mama pun macam kamu jugak. Selalu buat
kerja sorang-sorang kat dapur ni.” Pn.Hamidah sengaja membahasakan dirinya mama
di depan Alia. Dia mahu Alia sentiasa ingat akan statusnya kini. Alia tunduk
memandang lantai bila teringat yang dia kini sedang bersama keluarga mertuanya.
“Janganlah
bersedih. Mungkin ada hikmah yang kita tidak tahu, dan Allah telah aturkan
untuk kita. Lagipun, kahwin muda ni, ada baiknya, bagi mengelakkan gejala
buruk. Mama lega kerana Alia yang jadi menantu mama. Sebab mama kenal Alia
sejak berpindah ke sini dan mama sukakan Alia.” Pn.Hamidah menenangkan perasaan
Alia. Walauapapun yang terjadi dia tetap menerima Alia malah amat senang sekali
Alia menjadi menantunya.
“Tapi saya takut kalau rakan yang lain tahu, tentu
mereka menjauhkan diri dari saya. Mereka akan kata yang saya ni jahat. Buat
maksiat dengan cikgu sendiri pulak tu,” Alia mengesat airmatanya.
“Kenapa Alia cakap macam tu? Kami tahu Alia dan
Syah tak buat apa-apa, itu sudah cukup. Jangan terlalu tertekan, kamu akan menduduki SPM hujung tahun ni. Mama tak
mahu kamu gagal hanya kerana dugaan seperti ini.” Pn.Hamidah menasihati Alia
sambil mengusap rambut Alia.
“Ni kenapa tak ikat rambut?” Pn.Hamidah bertanya. Alia tersengih.
“Eh!! Lupa pulak nak ikat. Tapi, Alia tak
bawa ikat rambut.” Alia tersengih menampakkan barisan giginya yang putih itu.
Pn.Hamidah geleng kepala.
“Dah 6.30 petang. Tolong
kamu kejutkan, Syah tu. Dah
petang macam ni dia tidur pulak. Hai…” Pn.Hamidah mengeluh mengenangkan
perangai anaknya yang suka tidur pada waktu petang.
“Hahhh!! Kejutkan Cikgu Syah?” Soal Alia cemas.
“Kenapa?” Soal Pn.Hamidah hairan.
“Err.. Takde apa-apa. Mana bilik dia?” Soal
Alia gugup. Pn.Hamidah tersenyum. Tahu yang Alia gelabah.
“Tu. Bilik yang tertutup rapat tu.” Alia
berjalan perlahan menghampiri pintu bilik Syah Aiman.
Pintu diketuk, namun tiada suara yang menyahut. Alia garu kepala.
‘Macamana ni. Nak masuk atau tak?’ Otaknya masih berfikir tetapi, tangannya
sudah menolak pintu bilik tersebut. ‘Alamak!!!! Dah masuk pulak. Macamana ni?’
Syah Aiman sedang berbaring menelentang di atas katil. Perlahan Alia melangkah
menghampiri katil Syah Aiman dan berkira-kira hendak mengejutkan lelaki itu.
Ketika Alia tunduk hendak menyentuh lengan Syah Aiman, lelaki tersebut menarik
tangan Alia hingga menyebabkan Alia terbaring sama di atas katil. Syah Aiman tergelak
halus melihat wajah pucat Alia. Alia kaku bila diperlakukan sedemikian oleh
Syah Aiman.
“Kenapa?” Soal Syah Aiman lembut sambil
tangannya membelai wajah mulus isterinya. Alia berusaha menolak tubuh Syah Aiman
yang berat itu.
“Ehhh. Tepilah. Sakit tahu tak,” Alia berusaha
lagi namun tetap tidak berjaya. Syah Aiman terus tersenyum lebar. Pelukan di
pinggang Alia semakin erat.
“Lepaslah. Cikgu, saya menjerit nanti,” Ugutnya.
Namun Syah Aiman hanya tersenyum.
“Jeritlah. Biar semua orang tahu yang kita ni
sudah berkahwin. Biar si Salman tu malu sendiri sebab mengorat isteri guru
dia,” Syah berkata selamba. Alia menggigit bibirnya tanda geram dengan
perbuatan Syah Aiman.
“Jangan buat muka macam tu, tergoda saya
dibuatnya,” Syah Aiman sengaja mengusik Alia. Alia menjeling tajam wajah Syah Aiman
yang jelas tersenyum bahagia.
“Tak sangka, saya kahwin dengan budak sekolah
yang garang. Bertumbuk dengan
budak lelaki pulak tu. Kelak, bila kita ada anak, kita ceritakan kisah lucu
Alia tu pada mereka,” Syah Aiman memasang angan-angan. Alia mencebik.
“Berangan. Siapa nak jadi isteri awak? Ehhh.
Lepaslah, Cikgu Hamidah dah tunggu saya kat luar tu,” Alia masih meronta cuba
melepaskan diri dari lelaki yang selalu menganggu hidupnya. ‘Kenapa dengan dia
ni? Kalau kat luar selalu buat aku marah, selalu nak kenakan aku. Cakap pun
garang. Sekarang boleh jadi romantic dan bercakap lembut je dengan aku.’ Alia
keliru.
“Apa pulak berangan. Dah kenyataan awak ni isteri
saya. Alia yang harus sedar, bahawa kini awak sudah bersuami.” Syah Aiman mencubit
pipi Alia.
Sedang
asyik dia memikirkan kata-kata Syah Aiman padanya, dia tidak sedar Syah Aiman
telah mengucup dahinya dengan lembut sekali. Akibat terkejut, Alia menolak
tubuh Syah Aiman sekuat hati dan berdiri jauh dari Syah Aiman. Alia menggosok
dahinya yang telah di cium oleh Syah Aiman sebentar tadi dengan tangannya. Syah
Aiman tersenyum lucu dan berlalu ke pintu bilik.
“Lain kali tak perlulah pukul orang, sekalipun
awak tak suka dia, cakap elok-elok. Kasihan Salman tu. Kena tumbuk,” Syah Aiman
tergelak mengenangkan pipi Salman lebam sebelah terkena tumbukan Alia.
“Siapa suruh dia gatal sangat, orang nak belajar
dia asyik mengganggu je. Cikgu pun, kalau cikgu buat apa-apa kat saya, saya tak
takut nak pukul cikgu tau,” Alia membela diri. Syah Aiman tergelak kemudian bersuara lembut.
“Sebelum terlupa. Nah. Ini untuk perbelanjaan
Alia. Sekarang Alia sudah menjadi tanggungjawab saya. Kalau ada apa-apa yang
Alia perlukan, jangan malu dan segan nak bagi tahu. Saya dah cakap kat abah dan
abang-abang Alia, semua perbelanjaan Alia, saya yang akan tanggung,” Alia masih
mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang patut diucap tetapi dia tetap menyambut
duit yang dihulur oleh Syah Aiman.
“Selebihnya, saya akan masukkan ke akaun Alia.
Nanti bagi nombor akaun ASB Alia.” Alia angguk kepala dan dengan berat hati dia
mengucapkan terima kasih. Syah Aiman tersenyum lebar.
“Errrrrr…Cikgu, masa kat bilik pengetua tadi,
Cikgu Hamidah cakap, cikgu marah kat saya? Kenapa cikgu marah?” Alia baru
teringat perkara yang mengganggu fikirannya semenjak dari balik sekolah tadi.
“Marah? Bila masa saya marah? Nak marah pasal
apa pulak. Mama bohong tu.”
Syah Aiman menyangkal lalu bergerak ke pintu. Dia memang marah semenjak gosip
Alia dan Salman sedang bercinta tersebar di seluruh sekolah. Dia merasa lega
bila mengetahui Salman hanya bertepuk sebelah tangan.
“Mari keluar. Nanti mama ingat saya buat apa-apa
kat Alia. Satu minggu
saya kena ceramah free nanti.” Alia muncung mulutnya bila soalannya tidak
dijawab.
“Tunggu sekejap. Ni apasal rambut tak diikat?”
Syah Aiman bertanya dengan wajah tegang.
Alia tersengih tiada alasan yang baik untuk diberi.
“Errr. Datang sini tadi rambut masih basah,
getah ikat rambut pulak lupa kat asrama. Errrr…. Cikgu sendiri tu, jambang kat
muka dah semakin tebal, bila lagi nak dicukur. Geli saya tengok,” Alia buat
muka jijik. Syah Aiman menyentuh dagunya.
“Hensem apa,” Katanya selamba sebelum menolak
pintu bilik. Malas mahu melayan kata-kata Alia. Alia mencebik sambil mengekori
langkah Syah Aiman. ‘Hensem? Dah macam monyet
aku tengok.’ Alia tergelak dalam hati.
“Monyet yang hensem tau. Dan juga suami awak. Ingat tu,” Syah Aiman berkata selamba.
Alia tutup mulut dan berasa hairan, Syah Aiman seperti tahu apa yang sedang
bermain difikirannya.
“Perasan,” Alia segera ke dapur membantu
Pn.Hamidah menyediakan makan malam mereka.
“Syah dah bagi duit pada kamu tadi?” Soal Pn.Hamidah
lembut sambil menyusun pinggan di atas meja. Alia angguk kepala sambil
tersenyum.
“Mama mahu ikatan kamu berdua kekal hingga ke
akhir hayat. Jaga anak mama dengan baik ye,” Pn.Hamidah mengusap rambut Alia.
“Tapi, Alia masih budak lagi. Alia ni nakal,
degil dan suka cari pasal dengan dia. Semua orang tahu yang kami tak sebulu,”
Alia tunduk bermain kain tepi meja makan.
“Tak
mengapa, Syah tu pun masih budak juga. Sama-samalah kamu berdua mengatasinya.” Pn.Hamidah berkata tenang. Alia
angguk kepala dengan lemah.
Sebelum
balik ke asrama, Alia sempat mengambil MP3 Syah Aiman yang terletak kat atas
katil lelaki tersebut.
“Cikgu, saya pinjam ni ye?” Alia buat muka
simpati.
“Ehhhh. Jangan bermimpi. Asyik nak dengar lagu je.
Sini,” Syah Aiman merampas kembali MP3nya dari tangan Alia.
“Huhhh. Kedekut,” Ucapnya spontan. Alia terpandang
telefon bimbit Syah Aiman yang terletak di atas meja ruang tamu, sementara
menunggu Pn.Hamidah mengemas bekal untuk rakan-rakan di asrama, Alia membelek
telefon bimbit Syah Aiman. Alia tersentak bila melihat gambar muka depan telefon bimbit tersebut adalah
gambarnya.
“Gambar saya,” Alia berkata perlahan. Syah Aiman yang
tersedar sesuatu segera merampas telefon dari tangan Alia.
“Gambar saya,” Alia seperti orang kena pukau.
“Kenapa Cikgu ada simpan gambar saya?” Soalnya
pelik. Syah Aiman berlagak selamba dan terus menyimpan telefon bimbitnya ke
dalam saku seluarnya.
“Cikgu,” Alia masih menarik baju Syah Aiman serta
menghentak kakinya meminta penjelasan.
“Eiiii. Budak ni. Dah, balik lagi. Nanti risau
pulak kawan-kawan awak kat asrama tu,” Syah Aiman menolak tubuh Alia ke pintu rumah. Datuk Zamri
dan Pn.Hamidah tersenyum melihat gelagat Alia dan Syah Aiman.
“Tak aci macam ni. Cikgu ambil gambar saya tanpa
kebenaran,” Alia membentak sambil kakinya melangkah meninggalkan rumah
tersebut. Seketika kemudian, dia berpaling, merenung tajam Syah Aiman yang sedang
tersenyum senang. Syah Aiman kenyitkan mata. Sekali lagi Alia berdengus kasar
dan terus berlalu. Ditangannya, penuh dengan bungkusan makanan yang disediakan
oleh Pn.Hamidah khas untuk kawan-kawannya.
*******************************
P/s : terima kasih sebab masih sudi jenguk, singgah blog saya ni... kalau saya ada buat kesilapan harap ada yang sudi menegur...
3 catatan:
Sweet psgan nie kn..sbg lg yek.
kaira..
xsabar nak tunggu part syah fly..
huhuhu
nk lg dek writer....teruja sngt...
Post a Comment