Followers

Saturday, August 24, 2013

Alia Najwa 15




“Alia!!!!” Alia berlari meninggalkan Sara yang sedang memanggilnya. Sara mengejar Alia dan diikuti oleh mereka yang lain.

“Alia tunggu dulu. Maafkan aku.” Sara menarik tangan Alia. Ketika itu mereka sedang berjalan pulang ke asrama selepas selesai kegiatan gerko pada petang tersebut. Alia menghentikan langkahnya.

“Maafkan aku. Ini semua salah aku. Aku… aku sakit hati bukan kerana Salman bercinta dengan kau. Aku sakit hati sebab kau bagi tau dia yang aku suka kat dia. Aku tak kisah pun kalau kau nak bercinta dengannya,” Sara berkata sedih.

“Kau gila ke? Kau kenal aku sejak bila? Dan aku bercinta dengan dia? Tolonglah Sara. Banyak lagi perkara lain yang aku nak buat dari fikir tentang budak tu. Dan aku hanya nak tolong kau, aku nak sedarkan budak tu, bahawa ada orang lain yang suka kat dia. Aku tak nak dia membazir masa dengan perkara yang sia-sia,” Alia berkata marah. Mereka yang lain mendiamkan diri. Membiarkan Alia dan Sara meluahkan apa yang tersimpan di hati mereka.

“Ok. Aku minta maaf ye. Maafkanlah aku.” Sara buat muka sedih sambil kedua-dua tangannya memeluk tangan Alia. Alia merenung wajah Sara.

“Belanja aku makan coklat. Budak tu punya pasal, aku terliur setiap kali tengok coklat yang dia bagi kat korang. Tapi, Ros jugak yang kenyang,” Mereka tergelak riang. Sara dan Alia saling berpelukan.

“Rugi aku tak tumbuk si Salman tu sekali. Kerana dia kita berdua bergaduh. Bagi free pun aku tak nak kat budak tu. Merosakkan suasana je,” Mereka tersenyum mendengar Sara mengutuk Salman. Alia angguk kepala.

“Oittt... aku lupak nak bagi tahu korang semua. Cikgu Syah pesan, suruh kita pergi kuarters Cikgu Salmah. Petik buah rambutan,” Alia bersuara teruja bila teringat pesan Syah Aiman tengahari tadi.

“Iye? Bila masa kau jumpa Cikgu Syah? Kau dating tak bagi tahu kami ye?” Sitah buat muka miangnya. Tersengih macam kerang busuk. Alia tolak bahu temannya.

“Kurang asam boi punya kawan. Takde maknanya aku nak dating dengan dia. Aku terserempak dengan dia kat surau tengahari tadi.”

“Surau? Korang buat apa kat surau tu?” Soal Ajay selamba.

“Mangkuk tingkat punya budak. Surau tu untuk apa?”

“Sembahyang.”

“Tahu pun. Aku takut terlepas zohor tadi. Sebelum balik asrama, aku singgah kat surau. Tak sangka terlelap. Sebab tu aku lambat sampai asrama tadi.”

“Owh..macam tu ceritanya. Habis tu, Cikgu Syah?” Arie pula bertanya. Mereka yang lain hanya menjadi pendengar setia.

“Entah. Sembahyang zohor jugak agaknya. Lepas sembahyang, aku tertidur. Dia yang kejutkan aku.”Alia menjawab selamba. Langkah kaki mereka terhenti sebaik sahaja sampai di hadapan kuarters Cikgu Salmah.

“Wah!!!!! Lebatnya buah rambutan,”Alia sudah menelan air liur. Sebelum ini,mereka hanya dapat tengok bahagian atas pokok rambutan tersebut. Sekarang, mereka berada di bawah pokok rambutan.

“Yelah. Tak sangka,lebat juga buahnya. Tengok dari jauh tak nampak sangat buah-buahnya.” Mereka menghampiri Cikgu Salmah dan rakan-rakannya serta beberapa orang cikgu lelaki yang lain termasuk Syah Aiman.

“Sampai pun awak semua. Yang lelaki boleh tolong panjat. Sesiapa yang pandai panjat jelah. yang tak pandai panjat tu, tolong kutip buah.”

“Cikgu,saya nak panjat jugak, boleh tak?” Alia angkat tangan sambil tersengih. Semua mata memandang kearahnya. Alia kerutkan dahi. Perlahan-lahan tangannya dijatuhkan ke bawah. Matanya melirik pandang ke wajah setiap mereka yang memandangnya.

“Kenapa? Saya salah cakap?” soalnya siap angkat kening.

Pappp..

“Oiii... sakitlah..ngok.” Alia gosok dahinya yang diketuk oleh Ajay.

“Kau tu perempuan. Buatlah macam perempuan.”Alia mencebik bibir.

“Apa pulak. Biasa aku okey je panjat pokok langsat kat kampung aku. Takde pulak ayah aku nak bising.” Mereka yang lain geleng kepala. Syah Aiman merenung tajam wajah Alia. Menyedari Syah Aiman sedang merenungnya, Alia tertunduk malu. Dia terlupa yang Syah Aiman turut berada di situ.

“Alia, bagi peluang orang lelaki tunjuk kemampuan mereka. Kita perempuan ni, jadi tukang kutip buah pun dah syukur,”Alia mencebik bibir bila mendengar Maziah bersuara.

“Yelah cik kak. Jadi tukang kutip je,” Marahnya sambil bergerak menghampiri Maziah dan rakan-rakannya yang lain.

            Suasana petang tersebut sangat meriah. Mereka bergelak ketawa bila melihat rakan-rakan mereka ada yang berlari tak cukup tanah bila digigit semut api. Syah Aiman mencuri pandang wajah Alia yang sudah kemerahan selepas puas ketawa bila Hafiz dan Fizan jatuh tergolek digigit semut api. Niat di hati hendak mendekati Alia, namun baru sahaja hendak melangkah, Salmah sudah memanggilnya.

“Cikgu kutiplah lebih untuk Puan Pengetua.” Salmah tersenyum manis pada Syah Aiman. Syah Aiman angguk kepala.

“Sal, aku pergi ke sana ye. Tak nak kacau  daun,” Yati tersenyum meleret pada Salmah. Salmah tersenyum sebelum menampar bahu temannya. Syah Aiman tersenyum. Dalam hati mula rasa tidak selesa. Apa tidaknya, mata pelajarnya mula mencuri pandang ke arah mereka. Matanya melekat pada riak wajah selamba Alia yang sedang khusyuk makan buah rambutan. ‘Bertuah punya budak. Orang lain sibuk kutip buah, dia pulak sibuk makan,’ Bisik Syah Aiman dalam hati.

“Alia memang macam tu. Kalau jumpa makanan kegemaran dia, dia tak hirau lagi orang-orang sekelilingnya.”Syah Aiman tersentak mendengar suara lembut Salmah. Syah Aiman tersenyum.

“Ye? Kuat makan tapi badan masih kecil saya tengok,” Syah Aiman tergelak halus. Salmah tersenyum.

“Budak-budak memang macam tu. Cikgu...” Syah Aiman meraba poket seluarnya.

“Sebentar ya. Mama saya telefon,” Syah Aiman menjawab salam ibunya.

“Ye Mama. Kenapa?”

“Pesan kat Alia, atok suruh dia datang ke rumah petang nanti.” Pn. Hamidah bersuara perlahan. Syah Aiman terus memandang wajah Alia.

“Atok nak jumpa Alia? Kenapa?”

“Adalah tu. Alia dah lama tak jenguk dia. Atok kamu dah rindu kat cucu menantu dia tu.” Syah Aiman garu kepala. Cucu menantu? Syah Aiman tergelak kecil. Lucu bila mendengar ibunya menggelarkan Alia dengan gelaran cucu menantu. Sejak Syah Aiman mengajar di sekolah itu, Alia terus tidak menjenguk atoknya.

“Okey. Nanti saya bagitahu dia. Assalamulaikum,”

“Waalaikumsalam,” Syah Aiman pandang wajah Alia lagi. Gadis itu masih leka makan. Kiri dan kanannya dipenuhi tangkai rambutan.

“Kenapa cikgu?” Syah Aiman tersentak dan memandang wajah curiga Salmah.

“Atok saya nak jumpa Alia. Dia cakap Alia dah lama tak jenguk dia.” Salmah angguk kepala. Memang sejak Syah Aiman mengajar di situ, Alia sudah tidak lagi membantu Datuk Zamri.

“Ahh..dah lama juga tak nampak Alia tolong datuk awak membersih halaman rumah tu. Kalau dulu, setiap petang dia temankan datuk awak. Kalau tak ke kebun, dia tolong cuci longkang kuarters cikgu tu.” Syah Aiman angguk kepala.

“Sebab tu atok saya rindu dekat budak tu. Saya jumpa dia sekejap. Budak tu,kalau tak dilarang, sampai esok pagi pun tak sudah dia makan buah tu,” Salmah angguk kepala. Sedikit sebanyak dia cemburu bila melihat keluarga Syah Aiman begitu sayangkan Alia.

            Alia terus leka mengopek kulit rambutan tersebut. Rakan-rakannya yang lain sibuk mengutip buah rambutan. Dia pula sibuk menghabiskannya.

“Alia..” Alia angkat muka. Mulutnya masih mengulum buah rambutan tersebut.

“Ermmm...cikgu panggil saya?” Alia kerutkan dahi. Beberapa saat kemudian, matanya memandang sekeliling. Beberapa orang pelajar memandang ke arah mereka. Begitu juga dengan guru-guru yang lain.

“Atok nak jumpa awak petang nanti.” Alia kerutkan dahi.

“Jumpa saya? kenapa?” Syah Aiman geleng kepala.

“Manalah saya tahu. Mama call tadi,” Syah Aiman duduk mencangkung disebelah Alia. Tangannya mengutip sebiji buah rambutan lalu dibukanya.

“Okey. Cikgu pergilah jumpa Cikgu Salmah tu. Dari tadi Cikgu Salmah tengok cikgu.” Syah Aiman hanya mendiamkan diri. Dia hendak menghabiskan sedikit masa berada dekat dengan Alia.

“Saya pun nak makan jugak. Terliur saya tengok awak makan buah rambutan ni. Orang lain sibuk kutip buah tu, awak sibuk menghabiskan buah ni.” Alia mencebik bibir. Bila melihat tiada tanda-tanda Syah Aiman hendak beredar, Alia berdiri dan terus berlalu membantu rakan-rakannya mengutip buah rambutan tersebut.

“Kenapa Alia?” Maziah bertanya sebaik sahaja Alia menghampirinya.

“Kena halau secara halus. Orang tua tu asyik nak kenakan aku je. Salah ke aku makan buah tu?” Alia terus muncung mulut. Sekilas wajah Syah Aiman dipandang. Syah Aiman sedang berbual dengan Salmah.

“Cikgu Salmah tu memang minat sangat kat Cikgu Syah. Dia cemburu tengok kau dan Cikgu Syah tadi. Tapi, Cikgu Syah tu pula  macam suka kat kau.” Alia terbatuk. Bahu Maziah ditolak kasar.

“Merepek je.” Sangkalnya.

“Ala... tak salah pun. Dia hanya guru sandaran . Tempoh dia mengajar kat sini pun hampir tamat.  Lagipun, hubungan kau dengan datuknya baik. Manalah tahu, datuknya bersetuju jadikan kau menantu mereka. Tentu seronok.” Imah yang tiba-tiba muncul dari belakang memeluk bahu sahabatnya.

“Kau dah gila.” Imah tersenyum.

“Tak mustahil semua tu jadi kenyataan.” Imah angkat kening. Alia kerutkan dahi. ‘Imah tahu ke tentang aku dan Cikgu Syah?’Alia gelisah.

“Isk.. kita ni, belajar pun belum habis. Malas aku nak layan kau,” Alia menepis tangan sahabatnya dan meneruskan kerja mengutip buah rambutan. Buah rambutan tersebut akan  dibahagikan kepada pelajar-pelajar asrama ketika makan malam kelak. Bagi pelajar yang membantu memetik buah-buah tersebut, mereka dibenarkan membawa balik ke asrama.



            Sebelah petang pula, hujan turun dengan lebat sekali. Masing-masing sedang berehat santai di atas katil selepas penat mengutip buah rambutan siang tadi. Memandangkan semua pelajar dibenarkan membuat ulangkaji di asrama, ramai yang mengambil peluang untuk berehat panjang. Alia gelisah di atas katil. Pesanan Syah Aiman tadi mengganggu fikirannya. Bila teringat kemesraan Syah Aiman dengan Salmah di sekolah dan ketika memetik buah rambutan petang tadi, Alia jadi tawar hati hendak ke rumah pengetua. Dia yakin, sekiranya dia datang ke rumah tersebut, Pn.Hamidah pasti akan menyuruhnya bersalaman dengan Syah Aiman. Pasti dirinya dilayan bagai menantu.

“Sara, temankan aku pergi rumah pengetua,” Alia merenung Sara yang leka membaca novel.

“Eiii. Malas, lah. Kau ajak Ros tu,” Sara muncung mulut ke arah Ros. Alia memandang wajah Ros dengan riak sedih.

“Laaa… Aku nak gunting rambut Maziah ni. Kau ajak si Imah tu, dia free. Imah, kau temankan Alia ke rumah pengetua kejap. Kesian dia ni,” Ros menyuruh Imah menemani Alia sambil tangannya mengusap bahu Alia. Alia menepis tangan Ros yang berada dilehernya.

“Eiiii. Geli lah.” Ros tersengih.

“Aku tak nak temankan kau. Aku nak berehat ni. Ala… macam tak biasa ke rumah pengetua tu, dulu kau, kan selalu ke sana?” Imah menjawab selamba.

“Ok. Jangan menyesal. Kalau pengetua bagi aku makanan sedap, aku tak mahu bagi korang,” Alia berkata sombong sambil berlalu.

“Ala… Katakan saja yang kau takut terserempak dengan Cikgu Syah. Kalau kau jumpa Cikgu Syah, bagi tau dia, kami kirim salam,” Mereka berempat ketawa riang. Alia berdengus marah. Kawan-kawannya itu, bukan mahu menolong, semakin menyakitkan hatinya saja. ‘Bagaimana reaksi mereka kalau tahu aku dah kahwin dengan Cikgu Syah tu?’ Alia gerun memikirkan apa yang bakal terjadi. Tentu mereka menjauhkan diri darinya. Bukankah orang yang ditangkap berkhalwat akan dipandang serong. Alia mengeluh mengenang nasib diri. ‘Kenapa aku diuji dengan ujian yang berat ini?’ Soalnya pada diri sendiri. Alia mencapai payung dan berjalan perlahan ke menuju ke rumah pengetua.

            Alia berdiri kaku di tangga rumah Pengetua. Serba salah untuk memberi salam. Kalau ikut hatinya yang sedang resah saat ini, mahu rasanya dia berlari balik ke asrama semula. Namun, pesan ibu mertuanya menghalang niatnya. Alia mengeluh berat. Nafas ditarik perlahan kemudian dihembus kasar.

“Assalammualaikum,” Alia memberi salam. Kedengaran suara tua menyahut salamnya. Alia masuk ke rumah tersebut dengan bacaan Bismillah.

“Sunyinya. Atok, nak jumpa saya?” Soalnya lembut setelah berjabat tangan dengan atoknya.

“Ye. Dah lama tak  jumpa Alia. Rindu dengan cucu atok ni,” Alia tunduk malu.

“Cikgu Hamidah mana?”

“Kat dapur tu,” Datuk Zamri menunding jari ke dapur.

“Kenapa panggil cikgu lagi, panggil mama. Baru mesra,” Usik Datuk Zamri.

“Belum biasa Tok,” Alia tersipu malu dan meninggalkan orang tua itu.

“Wah!!!! Banyaknya lauk,” Alia menghampiri ibu mertuanya yang sedang mencuci ayam yang telah di potong.

“Malam ni, Alia makan kat sini je. Banyak lauk ni,” Pn.Hamidah mempelawa. ‘Kalau aku makan kat sini, nanti mereka marahkan aku. Tapi, tadi aku dah ajak mereka datang, tapi mereka menolak, ahhh. Biarlah, siapa suruh tak mahu temankan aku tadi,’ Alia segera membantu Pn.Hamidah memasak. Mereka seperti ibu dan anak saling membantu dan sekali sekala bergelak ketawa bercerita apasaja.

“Seronok juga bila memasak bersama-sama. Biasanya, Alia buat sorang je kat rumah. Nenek kadangkala je tolong Alia kat dapur. Itu pun dia hanya bagi tau cara dan petua saja.” Alia bercerita tanpa dipinta.

“Yelah. Mama pun macam kamu jugak. Selalu buat kerja sorang-sorang kat dapur ni.” Pn.Hamidah sengaja membahasakan dirinya mama di depan Alia. Dia mahu Alia sentiasa ingat akan statusnya kini. Alia tunduk memandang lantai bila teringat yang dia kini sedang bersama keluarga mertuanya.

  “Janganlah bersedih. Mungkin ada hikmah yang kita tidak tahu, dan Allah telah aturkan untuk kita. Lagipun, kahwin muda ni, ada baiknya, bagi mengelakkan gejala buruk. Mama lega kerana Alia yang jadi menantu mama. Sebab mama kenal Alia sejak berpindah ke sini dan mama sukakan Alia.” Pn.Hamidah menenangkan perasaan Alia. Walauapapun yang terjadi dia tetap menerima Alia malah amat senang sekali Alia menjadi menantunya.

“Tapi saya takut kalau rakan yang lain tahu, tentu mereka menjauhkan diri dari saya. Mereka akan kata yang saya ni jahat. Buat maksiat dengan cikgu sendiri pulak tu,” Alia mengesat airmatanya.

“Kenapa Alia cakap macam tu? Kami tahu Alia dan Syah tak buat apa-apa, itu sudah cukup. Jangan terlalu tertekan, kamu akan menduduki SPM hujung tahun ni. Mama tak mahu kamu gagal hanya kerana dugaan seperti ini.” Pn.Hamidah menasihati Alia sambil mengusap rambut Alia.

“Ni kenapa tak ikat rambut?” Pn.Hamidah bertanya. Alia tersengih.

“Eh!! Lupa pulak nak ikat. Tapi, Alia tak bawa ikat rambut.” Alia tersengih menampakkan barisan giginya yang putih itu. Pn.Hamidah geleng kepala.

“Dah 6.30 petang. Tolong kamu kejutkan, Syah tu. Dah petang macam ni dia tidur pulak. Hai…” Pn.Hamidah mengeluh mengenangkan perangai anaknya yang suka tidur pada waktu petang.

“Hahhh!! Kejutkan Cikgu Syah?” Soal Alia cemas.

“Kenapa?” Soal Pn.Hamidah hairan.

“Err.. Takde apa-apa. Mana bilik dia?” Soal Alia gugup. Pn.Hamidah tersenyum. Tahu yang Alia gelabah.

“Tu. Bilik yang tertutup rapat tu.” Alia berjalan perlahan menghampiri pintu bilik Syah Aiman.

        Pintu diketuk, namun tiada suara yang menyahut. Alia garu kepala. ‘Macamana ni. Nak masuk atau tak?’ Otaknya masih berfikir tetapi, tangannya sudah menolak pintu bilik tersebut. ‘Alamak!!!! Dah masuk pulak. Macamana ni?’ Syah Aiman sedang berbaring menelentang di atas katil. Perlahan Alia melangkah menghampiri katil Syah Aiman dan berkira-kira hendak mengejutkan lelaki itu. Ketika Alia tunduk hendak menyentuh lengan Syah Aiman, lelaki tersebut menarik tangan Alia hingga menyebabkan Alia terbaring sama di atas katil. Syah Aiman tergelak halus melihat wajah pucat Alia. Alia kaku bila diperlakukan sedemikian oleh Syah Aiman.

“Kenapa?” Soal Syah Aiman lembut sambil tangannya membelai wajah mulus isterinya. Alia berusaha menolak tubuh Syah Aiman yang berat itu.

“Ehhh. Tepilah. Sakit tahu tak,” Alia berusaha lagi namun tetap tidak berjaya. Syah Aiman terus tersenyum lebar. Pelukan di pinggang Alia semakin erat.

“Lepaslah. Cikgu, saya menjerit nanti,” Ugutnya. Namun Syah Aiman hanya tersenyum.

“Jeritlah. Biar semua orang tahu yang kita ni sudah berkahwin. Biar si Salman tu malu sendiri sebab mengorat isteri guru dia,” Syah berkata selamba. Alia menggigit bibirnya tanda geram dengan perbuatan Syah Aiman.

“Jangan buat muka macam tu, tergoda saya dibuatnya,” Syah Aiman sengaja mengusik Alia. Alia menjeling tajam wajah Syah Aiman yang jelas tersenyum bahagia.

“Tak sangka, saya kahwin dengan budak sekolah yang garang. Bertumbuk dengan budak lelaki pulak tu. Kelak, bila kita ada anak, kita ceritakan kisah lucu Alia tu pada mereka,” Syah Aiman memasang angan-angan. Alia mencebik.

“Berangan. Siapa nak jadi isteri awak? Ehhh. Lepaslah, Cikgu Hamidah dah tunggu saya kat luar tu,” Alia masih meronta cuba melepaskan diri dari lelaki yang selalu menganggu hidupnya. ‘Kenapa dengan dia ni? Kalau kat luar selalu buat aku marah, selalu nak kenakan aku. Cakap pun garang. Sekarang boleh jadi romantic dan bercakap lembut je dengan aku.’ Alia keliru.

“Apa pulak berangan. Dah kenyataan awak ni isteri saya. Alia yang harus sedar, bahawa kini awak sudah bersuami.” Syah Aiman mencubit pipi Alia.

       Sedang asyik dia memikirkan kata-kata Syah Aiman padanya, dia tidak sedar Syah Aiman telah mengucup dahinya dengan lembut sekali. Akibat terkejut, Alia menolak tubuh Syah Aiman sekuat hati dan berdiri jauh dari Syah Aiman. Alia menggosok dahinya yang telah di cium oleh Syah Aiman sebentar tadi dengan tangannya. Syah Aiman tersenyum lucu dan berlalu ke pintu bilik.

“Lain kali tak perlulah pukul orang, sekalipun awak tak suka dia, cakap elok-elok. Kasihan Salman tu. Kena tumbuk,” Syah Aiman tergelak mengenangkan pipi Salman lebam sebelah terkena tumbukan Alia.

“Siapa suruh dia gatal sangat, orang nak belajar dia asyik mengganggu je. Cikgu pun, kalau cikgu buat apa-apa kat saya, saya tak takut nak pukul cikgu tau,” Alia membela diri. Syah Aiman  tergelak kemudian bersuara lembut.

“Sebelum terlupa. Nah. Ini untuk perbelanjaan Alia. Sekarang Alia sudah menjadi tanggungjawab saya. Kalau ada apa-apa yang Alia perlukan, jangan malu dan segan nak bagi tahu. Saya dah cakap kat abah dan abang-abang Alia, semua perbelanjaan Alia, saya yang akan tanggung,” Alia masih mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang patut diucap tetapi dia tetap menyambut duit yang dihulur oleh Syah Aiman.

“Selebihnya, saya akan masukkan ke akaun Alia. Nanti bagi nombor akaun ASB Alia.” Alia angguk kepala dan dengan berat hati dia mengucapkan terima kasih. Syah Aiman tersenyum lebar.

“Errrrrr…Cikgu, masa kat bilik pengetua tadi, Cikgu Hamidah cakap, cikgu marah kat saya? Kenapa cikgu marah?” Alia baru teringat perkara yang mengganggu fikirannya semenjak dari balik sekolah tadi.

“Marah? Bila masa saya marah? Nak marah pasal apa pulak. Mama bohong tu.” Syah Aiman menyangkal lalu bergerak ke pintu. Dia memang marah semenjak gosip Alia dan Salman sedang bercinta tersebar di seluruh sekolah. Dia merasa lega bila mengetahui Salman hanya bertepuk sebelah tangan.

“Mari keluar. Nanti mama ingat saya buat apa-apa kat Alia. Satu minggu saya kena ceramah free nanti.” Alia muncung mulutnya bila soalannya tidak dijawab.

“Tunggu sekejap. Ni apasal rambut tak diikat?” Syah Aiman bertanya  dengan wajah tegang. Alia tersengih tiada alasan yang baik untuk diberi.

“Errr. Datang sini tadi rambut masih basah, getah ikat rambut pulak lupa kat asrama. Errrr…. Cikgu sendiri tu, jambang kat muka dah semakin tebal, bila lagi nak dicukur. Geli saya tengok,” Alia buat muka jijik. Syah Aiman menyentuh dagunya.

“Hensem apa,” Katanya selamba sebelum menolak pintu bilik. Malas mahu melayan kata-kata Alia. Alia mencebik sambil mengekori langkah Syah Aiman. ‘Hensem? Dah macam  monyet aku tengok.’ Alia tergelak dalam hati.

“Monyet yang hensem tau. Dan juga suami awak. Ingat tu,” Syah Aiman berkata selamba. Alia tutup mulut dan berasa hairan, Syah Aiman seperti tahu apa yang sedang bermain difikirannya.

“Perasan,” Alia segera ke dapur membantu Pn.Hamidah menyediakan makan malam mereka.

“Syah dah bagi duit pada kamu tadi?” Soal Pn.Hamidah lembut sambil menyusun pinggan di atas meja. Alia angguk kepala sambil tersenyum.

“Mama mahu ikatan kamu berdua kekal hingga ke akhir hayat. Jaga anak mama dengan baik ye,” Pn.Hamidah mengusap rambut Alia.

“Tapi, Alia masih budak lagi. Alia ni nakal, degil dan suka cari pasal dengan dia. Semua orang tahu yang kami tak sebulu,” Alia tunduk bermain kain tepi meja makan.

 “Tak mengapa, Syah tu pun masih budak juga. Sama-samalah kamu berdua mengatasinya.” Pn.Hamidah berkata tenang. Alia angguk kepala dengan lemah.

            Sebelum balik ke asrama, Alia sempat mengambil MP3 Syah Aiman yang terletak kat atas katil lelaki tersebut.

“Cikgu, saya pinjam ni ye?” Alia buat muka simpati.

“Ehhhh. Jangan bermimpi. Asyik nak dengar lagu je. Sini,” Syah Aiman merampas kembali MP3nya dari tangan Alia.

“Huhhh. Kedekut,” Ucapnya spontan. Alia terpandang telefon bimbit Syah Aiman yang terletak di atas meja ruang tamu, sementara menunggu Pn.Hamidah mengemas bekal untuk rakan-rakan di asrama, Alia membelek telefon bimbit Syah Aiman. Alia tersentak bila melihat gambar  muka depan telefon bimbit tersebut adalah gambarnya.

“Gambar saya,” Alia berkata perlahan. Syah Aiman yang tersedar sesuatu segera merampas telefon dari tangan Alia.

“Gambar saya,” Alia seperti orang kena pukau.

“Kenapa Cikgu ada simpan gambar saya?” Soalnya pelik. Syah Aiman berlagak selamba dan terus menyimpan telefon bimbitnya ke dalam saku seluarnya.

“Cikgu,” Alia masih menarik baju Syah Aiman serta menghentak kakinya meminta penjelasan.

“Eiiii. Budak ni. Dah, balik lagi. Nanti risau pulak kawan-kawan awak kat asrama tu,” Syah Aiman  menolak tubuh Alia ke pintu rumah. Datuk Zamri dan Pn.Hamidah tersenyum melihat gelagat Alia dan Syah Aiman.

“Tak aci macam ni. Cikgu ambil gambar saya tanpa kebenaran,” Alia membentak sambil kakinya melangkah meninggalkan rumah tersebut. Seketika kemudian, dia berpaling, merenung tajam Syah Aiman yang sedang tersenyum senang. Syah Aiman kenyitkan mata. Sekali lagi Alia berdengus kasar dan terus berlalu. Ditangannya, penuh dengan bungkusan makanan yang disediakan oleh Pn.Hamidah khas untuk kawan-kawannya.

*******************************

P/s : terima kasih sebab masih sudi jenguk, singgah blog saya ni... kalau saya ada buat kesilapan harap ada yang sudi menegur... 

3 catatan:

eija said...

Sweet psgan nie kn..sbg lg yek.

MaY_LiN said...

kaira..
xsabar nak tunggu part syah fly..
huhuhu

Unknown said...

nk lg dek writer....teruja sngt...