Followers

Tuesday, March 8, 2011

Jangan Kau Pergi 18

Fiya kenapa? Macam tak sihat je, Pn.Mariam bertanya sambil mengusap bahu menantunya.


Takde apa-apa ma, Fiya sihat. Semalam tidur lewat sikit, Hafiya berbohong. Pn.Mariam angguk kepala.


Elman mana? Belum turun sarapan lagi, Hafiya menoleh ke tingkat atas. Dia sendiri tidak tahu Elman tidur di mana.


Belum. Nanti Fiya kejutkan. Hafiya berdiri dan sedia untuk melangkah. Namun langkah kakinya terhenti bila mendengar suara garau suami tergelak besar di tangga.


Okey. Kejap lagi aku sampai, Elman tergelak lagi.


Tunggu kat tempat biasa, Elman menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar sebelum melangkah ke dapur tanpa memandang wajah Hafiya. Hafiya hanya memerhati gelagat Elman yang jelas ceria pagi itu. Hafiya pandang wajah Elman namun lelaki itu langsung tidak memandangnya. Hafiya mengeluh. Namun seketika kemudian dia menghembus nafas perlahan. Menahan rasa sebak di dada.


Elman nak pergi ke mana ni? Kemas je anak mama ni, Pn.Mariam gosok bahu anaknya. Elman tersengih dan menghadiahkan kucupan mesra dipipi ibunya.


El nak jumpa kawan lama. Mungkin keluar sampai malam. Kita orang dah lama tak jumpa. Hari ni kami buat reunion. Elman berkata selamba. Selepas menyuap sebuku roti, Elman terus berlalu meninggalkan meja makan. Hafiya mengekori langkah Elman.


Err…Abang… Hafiya panggil Elman namun lelaki itu langsung tidak mempedulikannya. Hafiya terasa hati. Langkah kaki Elman diperhati dengan rasa sebak. ‘Kau mesti kuat. Ini yang kau mahu. Jangan salahkan dia,’ Hati kecil Hafiya berkata tegas. Hafiya tarik nafas kemudian menghembusnya bagi menghilangkan rasa sebak yang kian mencengkam jiwanya.


**********************


Elman termenung. Dia hanya menjadi pemerhati rakan-rakannya bersuka ria. Bermacam-macam aktiviti dilakukan sempena perjumpaan mereka selepas 10 tahun berlalu. Fikirannya melayang entah ke mana.


Hai kawan, kenapa ni? Muka macam kena tinggal bini, Suara Asran menegur. Elman tersenyum kelat. Memang benar apa yang Asran cakap. Dia kena tinggal oleh isteri.


Kau ni. Aku biasa je. Elman menjawab perlahan dan kurang yakin. Asran merenung wajah temannya. Setahu dia, Elman bukan jenis yang tidak yakin pada diri sendiri. Selama ini Elmanlah tempat dia meluah perasaan. Cuma kebelakangan ini mereka jarang berjumpa kerana jarak dan masa yang tidak mengizinkan.


Aku minta maaf kat kau, Elman berkata lemah. Asran kecilkan matanya.


Minta maaf? Kenapa? Kau ada buat salah kat aku? Asran bertanya pelik. Elman angguk kepala.


Minta maaf sebab marahkan kau dulu. Asran semakin pelik dengan sikap Elman. Elman mengeluh.


Pasal apa pulak ni? Setahu aku, kau tak pernah buat salah kat aku. Tapi tak tahulah kalau kau ada buat dibelakang aku, Elman tergelak kecil. Mana mungkin dia menyakitkan hati sahabatnya. Selama ini jika dia tidak puas hati, dia akan berterus terang.


Sebab ketawakan kau bila kau putus cinta dengan Sarimah dulu dan juga marahkan kau cukup-cukup dulu. Dah lupa? Asran tercengang. Namun kemudian ketawanya meletus.


Kau ni. Perkara lama tu. Lagipun, masa tu memang padan muka aku. Siapa suruh gatal sangat nak pasang lebih. Bila dia tinggalkan aku, baru aku terasa kehilangan. Kenapa ni? Lain macam je aku dengar? Elman mengeluh. Asran renung wajah Elman.


Owh!!! Kau bercinta tak bagi tahu aku ye? Asran bersuara nyaring. Beberapa orang rakan mereka menoleh kea rah mereka. Elman gelabah. Seperti yang mereka tahu, Elman bukanlah lelaki yang suka membuang masa dengan berpacaran.


Biar betul? Kau bercinta? Dengan siapa? Kami kenal tak? Soalan bertubi-tubi dari sahabatnya. Elman raup rambutnya ke belakang. Satu persatu wajah teman rapatnya di pandang sepi.


Takdelah. Aku hanya teringat kisah Asran dan Sarimah dulu. Dahlah. Korang pergi sana. Takde cerita best pun, Elman berusaha untuk tersenyum. Dia terus berdiri membetulkan segala urat saraf sebelum berlari ke tengan padang. Asran mengejar dari belakang.


Kau nak ceritakan kat aku? Elman tersenyum kelat.


Ye. Tapi..dia.. Elman terasa sebak tiba-tiba. Cinta pertamanya akan berakhir. Sungguh ianya amat menyakitkan.


Cinta yang tak kesampaian, Elman bersuara lemah. Asran tepuk bahu sahabatnya.


Cinta pertama kau? Elman angguk kepala.


Siapa gadis tu?


Gadis kampung,


Dah berapa lama kenal?


Lebih kurang satu tahun,


Cantik?


Cantik.


Kau ni, nak cerita atau tak? Asran bercekak pinggang. Elman mengeluh. Mereka berhenti berlari dan duduk di tepi padang.


Aku dah kahwin. Elman memulakan ceritanya. Asran tersentak.


Kau dah kahwin? Tak bagi tahu aku? Asran meninggi suara. Elman mengeluh lagi. Hari ini entah berapa kali dia mengeluh.


Maaflah. Aku kahwin segera. Tak sangka pulak kehadiran aku kat kampung tu menamatkan zaman bujang aku. Elman tersenyum kecil.


Biar betul? Asran tidak percaya.


Ye betul. Kami berkahwin sebab kena tangkap basah. Mulanya aku menolak dan aku biarkan dia selama 5 bulan kalau tak silap aku. Tetapi, bila mama dan papa tahu, mereka paksa aku terima Hafiya. Elman tarik nafas.


Hafiya? Asran bertanya penuh minat. Nama yang cantik semestinya orangnya juga cantik.


Ye. Hafiya namanya. Orangnya cantik, manis, kadangkala nakal. Kadangkala suka berdikari dan perasan diri dia hebat tapi kenyataannya dia memang hebat. Elman tergelak kecil. Teringat kenakalan Hafiya yang kadangkala mengundang ketawa.


Dapat aku bayangkan, mesti dia seorang yang cantik, lemah lembut. Kalau tidak, mana mungkin sahabat aku ni angau. Asran tepuk bahu Elman.


Tapi, masalahnya, semalam dia suruh aku cari perempuan lain. Dia suruh aku kahwin dengan perempuan yang aku suka dan cinta. Aku tak dapat terima, Elman emosi.


Kenapa dia suruh kau cari perempuan lain? Peliknya. Elman merenung jauh ke hadapan.


Entah. Aku sendiri tidak pasti. Puas sudah aku cari apa salahku. Aku dah sedaya upaya menerima dia dan anak-anak dia. Aku dah anggap anak-anak dia seperti anak aku sendiri, tapi itu masih belum cukup untuk dia terima aku sebagai suaminya. Selama kami berkahwin, aku tak pernah sentuh dia sebab aku tahu dia belum bersedia untuk menerima aku sebagai suaminya. Panjang lebar Elman menceritakan masalahnya. Asran terlopong mendengar cerita sahabatnya.


Kau kahwin dengan janda anak dua? Elman angguk kepala.


Aku jatuh cinta pada dia. Aku tak tahu sejak bila, tetapi aku memang yakin ini perasaan cinta, Elman berkata yakin. Asran keliru.


Kau dah pastikan kau jatuh cinta pada dia? Manalah tahu, itu hanya rasa simpati atau rasa tanggungjawab. Aku rasa, apa yang dia cakap tu ada betulnya. Dia tak mahu kau menyesal kerana berkahwin dengannya. Dia mahu kau jumpa perempuan yang kau cinta setulus hati bukan kerana terpaksa, Asran menasihati sahabatnya.


Entahlah As. Aku tak sanggup kehilangan dia. Sejak kami berkahwin, semua keperluan aku dia yang sediakan. Bila balik dari sekolah, wajah dia yang pertama aku ingin lihat. Bila aku ada masalah, asalkan dengar suara dia je, dah cukup. Elman tarik nafas. Terasa matanya hangat. Pantas jarinya menyeka airmata yang hampir menitis.


El, apakata kamu berdua berpisah sementara. Maksud aku, bagi masa dan ruang untuk kamu berdua. Elman mengeluh. Dia tidak sanggup berjauhan dengan Hafiya. Hatinya benar-benar sudah tertawan. Dia bimbang jika mereka berjauhan, hati mereka juga akan berjauhan. Dia tidak sanggup.


Aku tak sanggup berpisah dengannya walau sehari. Inikan pula nak berpisah lama. Elman berkata lemah. Asran turut sama mengeluh. Dia pun akan berkata begitu. Lebih-lebih lagi Elman. Disaat cintanya sedang membara, dugaan datang tanpa diduga. Sangkanya semua itu tidak akan berlaku padanya dan Hafiya. Mereka masih dalam tempoh saling mengenali. Sepanjang hari Elman melayan hati yang tak tenteram. Fikiran melayang entah ke mana.


“Okey. Macam ni. Apa kata kau pikat isteri kau tu?” Sepantas kilat Elman menoleh ke arah sahabatnya.


“Pikat dia?” Elman bertanya bodoh. Asran angguk kepala.


“Yelah. Daripada kau pening kepala nak fikirkan masalah ni. Lebih baik kau pikat dia sampai dia jatuh cinta kat kau. Bila dia dah jatuh cinta pada kau, tak perlulah kamu berdua berpisah. Dan aku yakin, dia pun akan datang pada kau dengan rela hati,” Elman terdiam seketika. Bila difikirkan, cara itu nampaknya boleh dijadikan jalan penyelesaian untuk masalahnya kini. Tetapi, dia tidak pernah melakukan perkara tersebut. Sepanjang hidupnya, perempuan yang pikat dia, bukan dia yang pikat perempuan.


“Kau macamlah tak kenal aku. Aku mana da pengalaman nak pikat perempuan ni,” Asran tepuk dahi sendiri.


“La...perkara mudah macam ni pun kau tak tahu. Tak perlu guna wang ringgit. Cukup kau berikan perhatian sepenuhnya pada dia, aku yakin dia akan jatuh cinta pada kau. Tak perlu nak beri bunga, tapi kalau kau ada duit lebih sekali sekala apa salahnya beri bunga pada dia. Atau pun coklat. Lagi elok, dapat dimakan.” Elman mengeluh. Seumur hidupnya dia tidak pernah melakukan perkara tersebut.


“Entahlah. Nanti aku fikir. Aku cuba untuk berjauhan dari dia sementara waktu. Kalau tak dapat jugak, aku cuba ikhtiar cara ni,” Asran geleng kepala.


****************************


Betul Fiya nak kerja kat syarikat papa? En.Ezhan bertanya teruja. Hafiya angguk kepala. Setelah berfikir baik buruknya semua perkara, Hafiya mengambil keputusan untuk membantu bapa mertuanya di Syarikat. Bekerja sebagai kerani dan dalam masa yang sama, dia juga mengambil Pengajian Jarak Jauh. Nurina juga akan dibawa tinggal dirumah besar itu dan berpindah ke sekolah rendah yang berdekatan.

Lagipun, ini memudahkan Nurina bertemu papanya. Elman hanya mendiamkan diri, walau dalam hati dia rasa tidak puas hati sebab Hafiya tidak berbincang dengannya namun dia hanya mendiamkan diri.


El, El okey ke tinggal sorang kat kampung tu? Elman jungkit bahu. Malas mahu menjawab.


Aih!!! Tak kisah? Tak rasa sunyi kelak? Pn.Mariam mengusik anaknya. Wajah Elman tetap masam mencuka. Hafiya tunduk memandang lantai. Tahu Elman sedang marah padanya. Biarlah dia buat keputusan sendiri. Semua ini demi kebaikan mereka berdua.


El tak kisah, Ucapnya kasar dan terus berlalu ke bilik.


Kenapa dengan Elman tu? En.Ezhan bertanya. Hafiya tersenyum. Namun senyumannya tidak bermaya. Sudah 3 hari Elman tidak bercakap dengannya.


Fiya masuk ke bilik dulu ya, mama, papa. Selamat malam, Pn.Mariam dan En.Ezhan angguk kepala.


Bergaduh barangkali. Mesti Elman tak sanggup nak berjauhan dari Fiya. Nampaknya mereka tu dah suka antara satu sama lain, Pn.Mariam tersenyum. En.Ezhan juga tersenyum.


Berjaya jugak rancangan kita, Mereka berdua tersenyum bahagia.


Sementara itu, dibilik Hafiya dan Elman sama-sama mendiamkan diri. Alif sudah tidur dibilik Pn.Mariam. Sejak mereka datang, Alif memang menghabiskan masanya dengan Pn.Mariam. Seronok betul dia bila Alif begitu manja dengannya. Hafiya sedang memasang lotion ke tangan dan lehernya. Sesekali matanya mencuri pandang wajah Elman yang serius membaca majalah. Hafiya gigit bibir menahan geram.


Abang, bolehkan, saya bekerja dengan papa? Hafiya akhirnya bersuara. Namun Elman langsung tidak mengangkat muka sebaliknya lelaki itu meletakkan majalah ke meja dan merebahkan dirinya. Hafiya berpaling.


Abang dengar tak apa yang Fiya cakap ni? Hafiya bertanya lagi. Kali ini dia berdiri dan melompat ke atas katil. Kain selimut yang menutup muka suaminya ditarik perlahan.


Eiiii…jangan ganggu orang nak tidur, Hafiya tersentak bila ditengking oleh Elman.


Fiya nak tolong papa. Jadi masa ni abang gunakan untuk cari perempuan yang abang cinta. Hafiya berkata perlahan sambil tersenyum. Walau hatinya terluka.


Ye. Kau tinggallah kat sini. Biar aku sorang kat kampung tu. Cari perempuan yang sudi jaga aku. Puas hati? Elman menjawab kasar. Hafiya tersenyum kecil. Wajah Elman yang marah itu tetap tampan dimatanya. Entah bila lagi dia akan melihat wajah tampan itu. Hafiya merebahkan kepalanya di atas bantal sambil matanya merenung Elman.


Dah. Tak payah nak tengok muka aku ni. Tak handsome. Muka bekas laki kau tu lagi handsomekan? Hafiya angguk kepala. Elman berdengus kasar. Elman berpaling. Sakit hatinya bila Hafiya mengiakan soalannya. Hafiya terus merenung wajah Elman sehingga tertidur.


***********************************

13 catatan:

Ibu Hafiz said...

huhu...naper jadi camni??

Elman ni emotional sungguh... dia kenalah control keadaan..selidik dulu naper fiya suruh dia kawin lain...apa masalah fiya sebenarnya, bukan biarkan hubungan dia dgn fiya makin jauh... dua-dua ni macam tak reti nak luahkan perasaan masing2.. Emmm...Pn Mariam kena tolonga agaknya? :-)

Anonymous said...

kenapa fiya buar macam tue...berterus terang je lah fiya...cian elman dia dah suka dgn fiya

Mahxiauwen said...

Kahkahkah
marah sayang elman,,
x mau diorang bercerai,,
mau elman n hafiya kekal dlm b'rmh tangga smpi dpt bAby, heE;)

nak lagi kak;)

Unknown said...

ibu hafiz, org muda mmg macam tu. suka simpan masalah. dah berat br nak selesaikan...hihihihi

aonymous, kurang komunikasi bila dlm bab2 tertentu...

ema,elman dah sayang giler..tp, kerna syg, ada yg terluka....

MaY_LiN said...

alahai..
abang..
tamaula marah

nursya said...

aduhai...
naper jd mcm nie lak..
huhuhu...

tarisuria said...

naperla elman ni ego sgt!!! tp y bestnyer, mama n papa dyeorg supportive,hehe suke3..lg galakkn..hehe

nani cute said...

hish...elman ni ngape merajuk x mancho le

diahperi said...

fiya2 napalah suruh elman cari lain sdgkan hati sendiri dah mula menyayangi si elman elok berterus terang gan elman sebab yg sebnrnya seblm terlambat elman pula napa cpt melenting camna nak pikat fiya kalau 2 x nak megalah

Unknown said...

may_lin, marah sebab fiya tak fhm perasaan dia...

nursya,nak buat camne kalau sama2 tak berterus trg...

tari, tq..saje je elman tu,

nani, dia merajuk sbb nak fiya pujuk...

diahperi, itulah masalah mereka..tak pandai berterus terang...

Unknown said...

lucu la plak...

emylase. said...

alolo , sweet nye dyorg ni!! hee, parents elman sporting lak tu!! :)

tapi asal la dua2 , cinta dibilang benci .. hmm ..

sambung lg kak..:)

Anonymous said...

cptla smbg lg... nk tau ending cte ni cpt2..hehehhe