Followers

Monday, January 19, 2015

Cinta Bola 4




Putra tersengih. Misi untuk medapatkan nombor telefon gadis misteri tersebut sudah tercapai. Lebih manis lagi apabila menyedari kad memori telefon gadis tersebut juga berada ditangannya.
“Weii...apa yang lucu sangat ni,” Harry menepuk bahunya. Putra tersengih.
“Takde apa-apa.”
“Eleh..macamlah orang tak tahu dia sedang angau dengan perempuan kat airport tadi. Siap bagi telefon bimbit kat dia lagi.” Putra tersegih. Zali mengambil tempat duduk disebelah Putra.
“Macam cantik jer..macam cantik jer..” Zali buat dialog yang sedang glamor sekarang ni. Putra tersengih.
“Nampak macam dalam hati ada taman. Tapi, aku setuju kau bercinta dengan perempuan tu. Memang sepadan dengan kau,” Zali angguk kepala.
“Betul ke?” Putra bertanya teruja.
“Kalau aku hantar mesej pada dia, okey tak?” Putra tersengih lagi. Rakan-rakannya geleng kepala.
“Macam tak sabar jer.. macam angau jer..” Putra tolak bahu sahabatnya.
“Isk.. takkan semudah itu kau fall in love with her.” Soal Harry pelik. Putra jungkit bahu.
“Kau rasa aku jatuh cinta pada dia? Tapi, seperti yang kau kata tadi, tak mungkin semudah itu.” Putra garu kepalanya.
“Apa pulak tak mungkin. Kau ingat kita hanya akan jatuh cinta pada orang yang kita selalu jumpa je atau orang yang kita kenal sahaja? Takde maknanya. Cinta itu buta.” Zali berkata penuh semangat. Putra sedang membelek telefon bimbitnya. Nasib baik dia ada dua telefon. Gambar Syifa sedang tidur sambil memeluk lengannya dipandang satu persatu.
“Comelkan.” Ucapnya tanpa dapat dikawal. Zali dan Harry geleng kepala.
“Memang sah kawan kita yang seorang ni sedang jatuh cinta.” Putra tersenyum senang. Jari-jemarinya laju menaip mesej.
“Err....korang rasa, patut tak aku hantar mesej pada dia?” Harry dan Zali geleng kepala.
“Aku tak pernah nampak kau macam ni. Bagi aku, lebih baik jangan. Dari caranya, aku yakin dia bukan jenis perempuan yang suka ayat jiwang. Aku takut dia fikir bukan-bukan tentang kau kelak. Lebih baik bersikap selamba,” Putra terdiam sejenak. Naluri lelakinya sukar dikawal. Hatinya seolah-olah memanggil-manggil nama gadis tersebut.
“Syifa..cantikkan nama tu? Syifa..” Harry dan Zali geleng kepala.
            Syifa terbersin. Selsema mula datang menyerang. Dahinya diletak kain basah. Sejak  keluar dari lapangan terbang semalam, badannya mula panas. Semua aktiviti tergendala dibuatnya.
“Syifa larat ke hendak pergi stadium ni?” Syahrul bertanya sambil menyentuh pipi adiknya.
“Orang nak tengok jugak.” Syifa berkeras. Syahrul geleng kepala.
“Kenapa bang?” Nadira menghampiri suaminya.
“Budak ni. Demi pemain kesukaan dia, sanggup dia pergi stadium tu. Kalau pengsan kat sana, siapa yang susah,” Syahrul geleng kepala.
“Ala..abang ni. Takkanlah Syifa nak bazirkan tiket Syifa tu. Tiket kapal terbang lagi. Bukan selalu dapat datang ke sini.” Syifa masih berkeras hendak pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan pasukan kegemarannya.
“Elehh...macam orang tak tahu dia nak tengok lelaki tu. Semalam kata dah jumpa dia. Siap bagi telefon lagi. Tengoklah kat telefon tu. Banyak gambar dia.” Syifa mencebik.
“Yang itu lain. Abang tolonglah. Syifa janji, kat stadium nanti, Syifa sihat walafiat. Kalau dah balik tu, Syifa tak boleh janji.” Syifa tersengih apabila abangnya mengusap kepalanya.
“Biarlah, bang. Budak ni baru sampai. Kita pun takde masa hendak bawa dia jalan-jalan. Biarlah dia buat apa yang dia suka. Lagipun, dia bukan pergi seorang diri. Kita,kan ada.” Syifa tersengih sambil memeluk lengan Nadira.
“Terima kasih,kak.” Nadira geleng kepala. Syifa memang manja. Nadira sudah anggap Syifa seperti adiknya sendiri. Sayangnya pada Syifa lebih dari sayangnya pada adik kandungnya sendiri. Apabila mengenangkan sikap adik bongsunya, Nadira mengeluh. Kalaulah Nadurah seperti Syifa. Mendengar kata dan tahu apa yang baik dan apa yang buruk.
“Akak, jangan sedih ye. Kita doakan dia di beri hidayah dan kembali ke pangkal jalan,” Syifa peluk bahu kakak iparnya. Syifa memahami perasaan kakak iparnya. Sebab itu dia selalu bermanja dengan kakak iparnya. Syifa tahu, setiap kali dia bermanja dengan Nadira, Nadira akan terdiam dan berkata ‘Kalaulah Nad macam Syifa,’. Nadira tersenyum senang. Syifa tahu masalah yang dia hadapi.
“Terima kasih, dik.”
“So...maknanya Syifa boleh ikut. Yahooo...” Syifa menjerit riang. Syahrul geleng kepala.
“Nanti kalau team dia kalah, merapu pulak dia,” Syifa tersengih.
“Mana ada. Kalah menang tu adat permainan,” Jawabnya selamba.

**************************

            Syifa mengambil tempat duduk diantara kakak ipar dan abangnya. Syifa tersenyum bangga dapat melihat jejaka pujaan bermain di tengah pandang. Syifa mengikut peminat-peminat lain menyanyi untuk memberi semangat pada pasukan pilihan masing-masing.
            Di tengah padang pula semua pemain bermain dengan penuh semangat. Masing-masing menumpukan sepenuh perhatian pada permainan. Putra terkaku seketika apabila terpandang wajah gadis yang dirindunya keluar di skrin besar. Pada masa yang sama kepalanya terkena bola. Akibat terlalu kuat hentakan yang terkena kepalanya, Putra tumbang. Semua yang melihat kejadian tersebut terdiam. Permainan dihentikan seketika. Putra geleng kepala beberapa kali  sebelum paramedik datang memberi rawatan.
“Awak okey tak? Ada sakit kat mana-mana?” Putra sentuh kepalanya. Walaupun terasa pening sekejap, namun dia masih dapat bertahan.
“Saya okey. Saya tak apa-apa.” Pengadil permainan meniup wisel tanda permainan diteruskan. Putra tersenyum sambil menunduk kepala pada penyokongnya. Putra tercari-cari wajah bersih tadi namun hampa. Tetapi beberapa saat kemudian dia tersenyum lagi. Dia yakin, Syifa datang memberi sokongan pada kumpulan mereka berdasarkan baju yang Syifa pakai di dalam skrin besar tadi. Walaupun fokusnya kembali pada bola, namun sekali sekala matanya turut sama meliar mencari kedudukan Syifa.
            Wisel penamat ditiup. Masing-masing tersenyum puas. Biarpun seri mereka puas hati. Mereka masih ada peluang untuk menang di gelanggang sendiri. Putra geleng kepala beberapa kali. Putra cuba berdiri namun tidak berjaya.
“Putra, kau okey tak ni?” Zali mencangkung dihadapan Putra.
“Kepala aku pening. Mungkin kesan terkena bola tadi baru terasa.” Putra picit kepalanya. Zali membantu Putra berdiri. Mereka berjalan perlahan menuju ke bilik persalinan. Namun beberapa langkah kemudian, Putra tidak dapat mengimbangi badannya lalu rebah.
“Putra... Coach.. Putra pengsan.” Semua pemain menghampiri Putra untuk mengetahui keadaannya.

 Pada masa yang sama, di tempat duduk penonton pula beberapa orang penonton sibuk memanggil paramedik untuk membantu seorang penonton yang juga pengsan.
“Syifa.. bangun. Ya Allah.. budak ni. Tadi orang dah larang dia pergi.”
“Abang, macamana ni?” Tanpa menunggu paramedik datang Syahrul mendukung adiknya.
“Tolong beri laluan. Ada orang pengsan.” Syahrul berterima kasih pada lelaki yang membantunya. Mereka terus membawa Syifa ke pintu utama. Ketika berada di pintu utama, mereka dihalang oleh polis bertugas.
“Kenapa encik?”
“Adik saya pengsan. Dia demam.” Polis tersebut angguk kepala dan memanggil beberapa orang rakannya.
“Encik tunggu sekejap.” Anggota polis tersebut menahan ambulance yang sedang menghampiri mereka.
“Saya hendak cepat ni.”
“Ye saya tahu. Tapi, kita mesti selamatkan nyawa orang.” Pemandu ambulance tersebut memandang wajah Syahrul yang sedang mendukung seorang gadis.
“Tetapi kat dalam ni, pemain bola sepak.”
“Pemain bola tu pun manusia. Sama dengan gadis ni.”
“Kenapa ni? Kenapa tak jalan lagi. Kalau apa-apa terjadi pada pemain saya, saya saman awak semua.”
“Encik, saya tahu mereka tu penting buat encik, tapi, encik kena bawa gadis ni ke hospital sekali. Mereka sama-sama memerlukan rawatan.”
“Tak mengapa tuan. Saya sendiri akan bawa dia ke hospital.” Syahrul sedia untuk beredar.
“Cepat bawa dia masuk ke dalam,” Mereka berpaling memandang wajah lelaki yang memberi arahan tadi.
“Tapi Encik Mohan... dalam tu..”
“Saya tak kisah. Nyawa mereka lebih penting.” Mereka angguk kepala. Syahrul terus membawa adiknya ke dalam ambulance.
“Dira, ikut mereka. abang ikut dibelakang.” Nadira angguk kepala.
“Terima kasih encik. Jasa encik saya akan kenang selamanya.” En.Mohan tersenyum dan mengangguk kepala.
“Terima kasih tuan. Terima kasih semua.” Syahrul kesat airmata mengenangkan sifat pemurah mereka yang sudi memberi bantuan padanya.
“Sudah menjadi kewajipan kami.” Syahrul angguk kepala dan terus berlari ke keretanya.
            Nadira genggam erat tangan Syifa. Matanya tidak lepas merenung wajah pucat adiknya. Dahi Syifa disentuh.
“Puan, boleh saya tolong check dia?” Nadira pandang wajah paramedik tersebut. Beberapa saat kemudian, dia angguk kepala.
“Terima kasih.” Nadira beralih tempat duduk. Dia tersenyum pada lelaki yang sedang memandang kearahnya.
“Adik awak?”
“Adik suami saya.” Lelaki tersebut angguk kepala.
“Siapa tu?” Nadira bertanya dan matanya memandang wajah lelaki  yang sedang terbaring kaku disebelah Syifa.
“Putra. Pemain yang terkena bola tadi.” Nadira tutup mulut. Kebetulan yang sangat tidak diduga.
“Ye? Kebetulan. Adik saya ni minat sangat pemain ni. Dia tak apa-apa,kan?” Nadira bertanya bimbang. Melihat wajah pucat adiknya sudah cukup membingungkan. Kalau adiknya tahu pemain pujaannya juga pengsan dan berada di dalam ambulance yang sama, tentu bertambah sakit adiknya.
“Adik awak sakit ke?”
“Taklah. Dia berhujan semalam. Dia ni tak dapat kena hujan. Antibody tak kuat.”
“Owh.. Lupa pulak nak kenalkan diri. Saya Zali. Kawan dan juga rakan sepasukan Putra.” Nadira tersenyum.
“Saya Nadira. Yang pengsan ni, namanya Syifa. Kami ni penyokong kumpulan awak. Terutama yang pengsan tu. Demam pun dia sanggup pergi stadium. Sanggup beli tiket penerbangan ke sini.” Zali angguk kepala.  Zali tersenyum mengenangkan Putra dan Syifa berada dalam satu ambulance.

            Putra dan Syifa di bawa ke wad kecemasan. Nadira dan Zali saling berbalas senyum sebelum katil Putra dan Syifa ditolak ke tempat yang berasingan.
            Syahrul berlari ke kaunter pertanyaan. Wajah cemasnya langsung tidak dapat disembunyikan.
“Nurse, adik saya kat wad mana?” Syahrul bertanya bimbang. Jururawat yang bertugas tersebut pandang wajah Syahrul.
“Bila dia masuk wad?” Syahrul terdiam seketika.
“Err... Dia pengsan di stadium tadi, jadi mereka hantar dia ke sini.”
“Owh!!! Yang perempuan atau lelaki?” Jururawat tersebut bertanya sambil membelek fail pesakit.
“Yang perempuan. Syifa Amna.” Jururawat tersebut membelek senarai nama pesakit.
“Abang... Syifa kat sana.” Mereka berpaling memandang wajah Nadira.
“Alhamdulillah. Nasib baik Dira datang tadi. Syifa dah okey.” Nadira geleng kepala.
“Masih pengsan. Dira takut abang tak tahu Syifa kat mana. Sebab tu, Dira tunggu kat sini.” Syahrul angguk kepala dan mencium tangan isterinya tanda terima kasih. Syahrul berpaling pada jururawat yang bertugas.
“Terima kasih.” Jururawat tersebut tersenyum senang padanya. Nadira turut sama membalas senyum gadis tersebut dan mereka terus berlalu ke tempat Syifa ditempatkan.
“Abang tahu tak siapa pemain bola yang pengsan tadi?” Syahrul geleng kepala.
“Manalah abang tahu. Lagipun, abang takde masa nak tahu hal macam tu. Nyawa Syifa lebih penting.” Nadira tergelak halus.
“Dira rasalah, Syifa ada jodoh dengan pemain bola tu.” Syahrul kerutkan dahi. Wajah ceria isterinya dipandang dengan riak tanda tanya.
“Apa maksud Dira?” Nadira tersenyum senang sambil memeluk lengan suaminya.
“Pemain bola kegilaan Syifa yang pengsan tadi. Yang satu ambulance dengan Syifa. Budak dua tu memang nampak sepadan sangat. Boleh pulak mereka pengsan dalam satu masa.” Syahrul  masih tidak percaya.
“Dira jangan nak buat cerita pulak.”
“Apa pulak buat cerita bang. Bukankah Dira yang hantar Syifa tadi. Dira sempat juga bertanya dengan kawan budak tu, dia cakap memang Si Putra tu.. lagipun, Dira belum rabun lagi. Memang pemain bola tu yang terbaring kaku kat dalam ambulance tu.” Nadira menjawab yakin.
“Betul?” Nadira angguk kepala. Syahrul tersenyum sambil geleng kepala.
“Ada jodoh agaknya. Rasanya dah beberapa kali mereka terserempak.” Nadira angguk kepala.
“Hari tu, masa dia sampai, dia tersenyum lebar sambil merenung telefon bimbit. Bila saya tengok, dia tersenyum sambil tunjukan gambar lelaki pujaan hati dia.”
“Nampaknya dah nak kahwin adik kita tu,” Nadira tersenyum.
“Kalau dah jodoh tak ke mana.”

*****************
p/s : Selamat membaca semua.. tak sempat nak letak entry baharu...

3 catatan:

Unknown said...

BEST 3X.

Unknown said...

Cute! Suka citer ni...dr 1st kuar dulu lg...hope 2 c more ya ;)

MaY_LiN said...

yeayyyy
syifa + putra