Followers

Monday, December 21, 2009

Pilihan Hati 7

Selepas 3 hari berada di hospital, Ariyana dibenarkan pulang. Oleh kerana dia masih belum sembuh sepenuhnya, Ariyana diberi cuti sakit dan dipaksa tinggal di rumah keluarga Shila. Shila pula kembali bekerja.

“Mak...Mak masak apa tu?” Ariyana menghampiri Datin Hasmah yang sedang sibuk memasak.

“Mak nak masak bubur ayam untuk kamu.” Datin Hasmah tersenyum memandang wajah Ariyana yang semakin berisi semenjak dia tinggal dirumah besar tersebut.

“Mak, tengoklah badan Ari ni, dah nak macam tong pulak. Asyik makan je,” Ariyana berpusing dihadapan Datin Hasmah.

“Apa pulak macam tong. Cantik ni. Lelaki suka tengok badan perempuan berisi sedikit. Berisi yang cantiklah. Macam Ari sekarang ni,” Datin Hasmah peluk pinggang Ariyana. Ariyana Tersipu malu.

“Mak sengaja masak makanan yang sedap tetapi menyihatkan badan. Biar berat Ari bertambah.” Ariyana hanya mampu tersenyum. Tanpa mereka sedari, seseorang sedang memerhati kemesraan mereka itu.

“Kalau Ari jumpa lelaki yang baik kelak, jangan lupakan kami semua ye,” Datin Hasmah berkata perlahan. Dia bimbang sekiranya Ariyana melupakan mereka suatu hari kelak.

“IsyaAllah mak. Doakan Ari tak berubah. Ari akan cari lelaki yang sayangkan mak sekeluarga lebih dari dia sayangi diri Ari,” Ariyana memeluk erat wanita yang begitu meyayanginya itu. Datin Hasmah angguk kepala.

“Mak akan sokong sesiapa saja yang Ari pilih. Mak tak kisah. Yang penting Ari bahagia.” Ariyana angguk kepala lagi.

“Mak...apa yang berbau hangus ni?” Ariyana menghidu bau hangit.

“Alamak. Ari, dah hangus pulak bahan-bahan ni,” Datin Hasmah berkata lemah. Ariyana tergelak riang.

“Nanti Ari tolong siapkan bahan-bahannya,” Ariyana membantu Datin Hasmah menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur ayam. Mereka bercerita sambil bergurau senda. Sesiapa yang melihat kemesraan mereka pasti menganggap mereka adalah pasangan ibu dan anak.

“Siap pun. Ari tolong panggil abang Is kamu. Makan sama,” Ariyana garu kepala yang tidak gatal. Semenjak kejadian di hospital beberapa hari lepas, hubungan Ariyana dan Iskandar semakin renggang. Ariyana sedikit pun tidak memandang Iskandar. Dan lelaki itu juga menjauhkan diri dari dia.

“Biar Ari tolong hidangkan. Mak je pergi panggil Abang Is. Nanti kalau Ari yang panggil, dia tak nak turun makan pulak,” Ariyana cuba mengelak. Datin Hasmah geleng kepala. Dia juga hairan mengapa Iskandar dan Ariyana seperti orang bermusuhan.

“Ari ada gaduh dengan Abang Is ye?” Datin Hasmah bertanya sambil tersenyum. Ariyana tersentak kemudian laju menggeleng kepala.

“Takdelah.” Ariyana menjawab gugup. Datin Hasmah geleng kepala.

“Macam orang bercinta kemudian bergaduh. Betul ke?” Sekali lagi Ariyana terbatuk.

“Mak!!! Kita orang tak apa-apa. Bila masa pulak Ari dan dia bercinta. Takdelah. Ari mana layak bercinta dengan orang macam Abang Is tu,” Ariyana berkata perlahan.

“Ari suka Abang Is?” Datin Hasmah bertanya lagi. Mendengar nada suara Ariyana yang seperti berjauh hati itu membuatkan Datin Hasmah menyangka sesuatu.

“Ari anggap Abang Is macam abang Ari sendiri. Tak lebih dari itu,” Datin Hasmah angguk kepala. Kecewa dengan jawapan yang didengarnya.

“Ari tolong hidangkan bubur tu. Mak pergi panggil Is.” Ariyana angguk kepala. Beberapa minit kemudian Ariyana mendengar suara lelaki ketawa. ‘Siapa yang ketawa macam tak ingat dunia ni?’ Ariyana menoleh kebelakang. Dia tersentak bila terpandang wajah lelaki yang tersenyum memandang wajahnya. Mereka saling berbalas senyuman.

“Jemputlah duduk. Is, siapa nama kawan Is ni,” Iskandar tersentak mendengar pertanyaan ibunya dan berpaling pada wajah tua itu.

“Owh!!! Lupa pulak. Saya Hadi mak cik...errr....Datin,” Hadi tersenyum. Kerana leka memandang wajah jelita dihadapannya membuatkan dia terlupa memperkenalkan diri.

“Panggil mak cik je. Jemputlah duduk.” Hadi tersenyum.

“Terima kasih.” Hadi terus memandang Ariyana yang sedang menyediakan bubur ayam untuk mereka. Iskandar menyedari pandangan mata sahabatnya yang masih melekat di wajah Ariyana merasa kurang senang. Dia terasa sesuatu.

“Oiiii... Tak sangka adik kau cantik macam bidadari,” Hadi berbisik di telinga Iskandar. Iskandar hanya mampu tersenyum kelat.

“Bukan adik akulah. Anak kepada kawan mak dan ayah aku. Sekarang dia dah jadi anak angkat mak aku,” Hadi angguk kepala dan tersenyum pada Ariyana yang turut sama memandang wajahnya. Ariyana membalas senyuman jejaka kacak itu. ‘Tu mesti kutuk aku. Benci betullah kat orang tua tu. Tapi, lelaki ni macam pernah jumpa. Kat mana ye?’ Ariyana garu kepala.

“Jemputlah makan. Anak dara mak cik yang masak ni. Sedap tau,” Datin Hasmah memeluk bahu Ariyana. Ariyana tersipu malu.

“Memang sedap.” Hadi memuji masakan tersebut setelah beberapa kali dia menyuap ke mulut.

“Pandai awak masak. Sedap.” Hadi pandang wajah Ariyana yang merona merah.

“Mak yang masak. Saya tolong sikit je,” Ariyana merendah diri. Mereka bercerita dengan rancak sekali. Ariyana senang berbual dengan Hadi. Lelaki tersebut suka membuat lawak dan juga suka ketawa. Beberapa kali Ariyana dan Iskandar berbalas pandang. Wajah Iskandar serius dan dia hanya mendiamkan diri bila Hadi dan Ariyana sibuk berbual.

“Errrr...Abang Hadi. Saya macam pernah nampak Abang Hadi sebelum ni. Tapi tak ingat kat mana.” Ariyana bersuara perlahan sewaktu mereka duduk santai di halaman rumah.

“Saya pun rasa macam pernah dengar suara Ari.” Hadi berfikir sejenak.

“Owh!!!! Saya ingat.” Serentak mereka berkata sambil menunding jari ke arah masing-masing.

“Kat Bangunan Sultan Iskandar. Betulkan? Masa awak kena ragut tu,” Ariyana angguk kepala. Hadi tersenyum.

“Tak sangka pulak awak ni adik angkat Iskandar. Maaflah, hari tu nak cepat tak sempat nak kenalkan diri.” Ariyana tersenyum.

“Terima kasih sebab tolong Ari hari tu. Kalau Abang Hadi takde, tak tahulah macamana nasib saya.” Ariyana dan Hadi berbalas senyuman.

“Pejabat saya tak jauh dari tempat tu. Masa nak balik tu, tak sangka pulak terserempak dengan peragut,” Ariyana tersenyum.

“Betul juga. Tak ingat. Abang Is pun selalu jugak jumpa kami berdua Shila. Tapi, tak pernah pulak nampak awak keluar dengan Abang Is.” Ariyana bertanya hairan. Hadi tersenyum.

“Saya baru saja dipindahkan ke sini. Sebelum ni kat balai polis Bukit Aman.” Ariyana angguk kepala.

“Owhhhh...Patutlah..” Ariyana tersengih.

“Mana pulak Is, ni. Saya nak balik ke pejabat. Nanti lambat pulak.” Hadi berdiri dan membetulkan baju seragam yang dipakainya. Nampak kemas dan segak sekali.

“Jum. Dah lambat ni,” Iskandar segera menghampiri Hadi dan Ariyana. Ariyana terpegun melihat Iskandar berpakaian seragam. Nampak lebih kemas dan kacak. Kebiasaannya Iskandar hanya memakai pakaian biasa dan hanya memakai pakaian seragam bila ada majlis penting sahaja. Sebagai Inspektor Polis, Iskandar memang sesuai memakai pakaian tersebut. Tinggi lampai dan berbadan tegap. Leka seketika Ariyana melihat dua jejaka kacak dihadapannya.

“Ari, kau tu demam, pergi masuk. Berehat kat bilik tu,” Ariyana tersentak bila ditegur oleh Iskandar. Ariyana muncung mulut.

“Orang nak duduk sekejap. Nak ambil udara segar. Asyik duduk kat bilik, sakit badan Ari,” Ariyana membantah. Iskandar geleng kepala. Hadi tersenyum.

“Kau ni. Biarlah dia. Udara pagi ni memang baik untuk kesihatan. Pedulikan dia, Ari. Rehat secukupnya okey. Jum.. Is, nanti lambat pulak,” Hadi segera berlalu.

“Bye Ari. Nanti kita jumpa lagi,” Hadi melambai tangan pada Ariyana. Ariyana tersenyum.

“Wah!!! Handsome. Kalau Shila tengok, tentu jatuh cinta.” Ariyana tersenyum sendirian.

“Kenapa tersenyum sorang diri ni. Berkenan dengan kawan Abang Is kamu tu?” Ariyana geleng kepala.

“Mak ni. Mana ada. Mak, apa kata, kita kenalkan kawan Abang Is tu pada Shila. Okey tak?” Ariyana peluk bahu Datin Hasmah.

“Tak payah susah-susah. Shila mak tak kisah. Dia pandai cari sendiri. Ni, Ari, Ari dah jumpa bakal menantu mak?” Ariyana muncung mulut. Kemudian perlahan geleng kepala.

“Ari nak mak tolong carikan? Anak kawan-kawan mak ramai yang handsome dan bekerja bagus. Kalau Ari nak, nanti mak tolong aturkan pertemuan Ari dengan mereka.” Ariyana berfikir sejenak. ‘Okey jugak. Apasalahnya mencuba.’ Ariyana tersenyum dan angguk kepala.

“Okey. Tapi, syarat utama dia mesti menghormati orang tua. Terutama mak dan ayah.” Ariyana berkata tenang.

“Okey. Mak akan cari yang sesuai untuk Ari.” mereka berdua masuk ke dalam rumah sambil bergurau senda.

************************

4 catatan:

MaY_LiN said...

alaaaa....
nak ngan abg is...

Anonymous said...

best!best!pndai awk bt...hahahaha...sonok

nursya said...

wah...
si ari dh buka pintu ati dia dh..
biler lak abg is nk g ketuk pintu ati ari nie????
lalalala....

hima idayu said...

perggh , best kot .. bru bce la .. cite nie da lme .. haahahaha