Followers

Thursday, February 24, 2011

Relaku Pujuk 4


Hari pertama latihan agak kelam kabut. Semua pemain kelihatan kekok menendang bola. Termasuk aku. Badan pulak terasa berat bila berlari mengejar bola. Nampaknya semua urat kat dalam badan aku ni sudah berkarat. Abang Akhil ditugaskan menjadi jurulatih kami. Puas dia mentertawakan kami semua. Tak kurang juga dengan penonton yang berdiri di tepi padang.

“Cepat sikit. Kejar bola tu. Jangan mengelak pulak,” Aku tergelak bila melihat mereka lari bertempiaran mengelak dari terkena bola.

“Rokiah, saya suruh awak jaga kat sana, bukan suruh awak bersembunyi kat belakang Azrin.” Suara Abang Akhil semakin tinggi. Marah sebab, semua pemain berusaha mengelak dari terkena bola. Aku pun pada mulanya agak takut untuk menghampiri budak yang sedang bawa bola tu. Dia main agak baik. Tak sia-sia dia berperwatakkan lelaki.

“Jo, bagi bola tu kat Mawar. Mawar, saya nak awak sepak bola tu,” Aku terpinga-pinga bila mendengar suara garau Abang Akhil menyuruh aku menyepak bola tersebut.

“Giliran saya?” Aku bertanya bodoh. Tayang muka tak percaya.

“Ye. Ambil bola tu. Bawa ke sana,” Aku akur dan berjalan perlahan menuju ke kotak penalti.

“La…berlari. Ini bukan tempat untuk ratu cantik. Dah letak bola tu ke bawah,” Aku garu kepala. Orang tua ni. Aku tahulah. Takkan tak boleh sabar. Aku sepak ke muka dia baru tahu. Aku membetulkan kedudukan bola tersebut supaya aku dapat buat sepakan yang sempurna. Selepas wisel berbunyi, aku terus menyepak bola tersebut. Sorakan penyokong di tepi padang membuatkan aku garu kepala.

“Bola tak masuk pun dapat sorakkan? Pelik..pelik.” Aku geleng kepala. Aku lihat wajah pucat penjaga gol kami. Agaknya aku sepak bola tu kuat sangat kot. Mereka yang lain bertepuk tangan. Aku tak kenal sangat dengan pemain-pemain yang lain ni. Biarpun kami dari bahagian yang sama, tetapi kilang kami tu besar. Pekerjanya juga ramai. Manalah nak ingat semua nama mereka kan. Beribu orang pekerjanya. Aku tersenyum senang. Aku tak rapat sangat dengan mereka. Maklumlah baru hari pertama kami berlatih bersama. Untuk hari pertama, kami hanya di ajar perkara basic dan juga peraturan-peraturan dalam permainan bola sepak.

Aku berbaring di atas rumput. Letih. Hampir 1 jam kami berlatih. Sekarang padang sudah di ambil alih oleh pasukan dari BLC. Nampaknya pemain mereka macam handal je.

“Nah!!!” Aku tersentak bila melihat seseorang menghulur air mineral kepadaku. Bila masa pulak Abang Handsome ni duduk kat sebelah aku ni? Aku tersengih membalas senyuman lelaki kat sebelah aku ni. Aku terus duduk. Tak selesa bila ada lelaki duduk kat sebelah.

“Penat?” Aku angguk kepala.

“Ambillah. Tentu awak dahagakan?” Sekali lagi aku angguk kepala. Terus sahaja botol tersebut aku ambil. Aku berusaha membuka penutup botol tersebut namun tidak berjaya. Sebenarnya, aku memang tak pandai buka tudung botol ni. Tangan aku ni tak cukup kuat untuk membukanya. Sekali lagi aku tersentak bila botol tersebut dirampas oleh Abang Handsome tadi.

“Itulah. Orang suruh makan bayam tak nak. Nak buka tudung botol yang kecil ini pun tak larat. Tengok karton Popeye tu. Makan spinach dia jadi kuat. ” Aku muncungkan bibir mendengar lelaki itu membebel. Kalah Kak Rina. Karton Popeye pun terlibat sama.

“Terima kasih.” Aku meneguk rakus. Haus betul.

“Tak sangka awak pun main bola jugak,” Aku tersenyum mendengar kata-kata Abang Handsome ni.

“Masa kat kampung dulu memang selalu ikut main. Kita orang wakil kampung lawan pasukan dari kampung lain. Mula-mula main memang malu, tapi bila dan kejar bola ke hulu ke hilir, timbul rasa seronak pulak.” Aku geleng kepala bila mengingatkan kenangan bermain dikampung. Abang Handsome tersenyum senang. Dia ni memang suka sangat tersenyum.

“Pernah sekali tu, kami bermain lawan pasukan dari kampung sebelah. Badan mereka besar-besar. Maklumlah, semua dah jadi mak orang. Kami pulak, semuanya gadis-gadis muda yang baru habis belajar. Teruk jugak kita orang kena belasah. Sekali mereka sengol dengan punggung mereka, gedebab. Jatuhlah kita orang yang berbadan kecil ni. Macam buah nangga busuk.” Abang Handsome ketawa besar. Aku tersenyum. Beberapa pasang mata memandang pelik ke arah kami berdua. Aku buat tanda peace. Kalau orang nak cemburu biarlah. Bukan salah aku. Dia yang datang duduk kat sebelah aku.

“Macam buah nangka busuk? Tentu lucu rupa awak masa tu,” Aku tersenyum.

“Takdelah teruk sangat. Punggung je yang sakit sebab jatuh terduduk. Kawan saya yang seorang tu lagi kasihan. Perempuan sorang ni, sepakan dia kuat tau, betul-betul terkena dahi, terus jatuh pengsan.” Kali ini kami berdua serentak ketawa.

“Sampai pengsan?”

“Iya. Lepas tu, masa bermain dengan kumpulan yang lagi satu tu, saya kena lebih teruk. Sudahlah kaki kena sepak, lepas tu bola pulak terkena perut. Rasa hendak terkeluar segala isi perut. Kaki pulak terasa patah. Lebam sana sini. Bila dah habis bermain, malamnya kena berurut pulak,” Abang Handsome hanya tersenyum mendengar aku bercerita. Dia memang pendengar yang setia. Aku pula, tak sangka jadi banyak cakap.

“Err…Alamak. Abang Handsome, saya balik dulu. Cacing peliharaan saya dah meronta nak makan,” Aku bingkas berdiri. Wajah pelik Abang Handsome tu aku tidak peduli. Aku terus berlari meninggalkan Abang handsome. Dari jauh aku lambai tangan padanya.

*******************

Aku berusaha membuka kunci pintu bilik namun masih tidak dapat dibuka. Tiba-tiba aku terdengar suara halus menyapaku.

“Adik, kenapa?” Aku tersentak. Aku berpaling dan tersenyum.

“Entahlah kak, pintu tak dapat dibuka.” Aku menjawab sambil mata meliar memandang sekeliling. Aih!!!! Macam pelik je tempat ni. Aku kembali ke tangga. Hari ini tiba-tiba pula aku rasa hendak naik guna tangga belakang. Setelah aku perhatikan betul-betul, rupa-rupanya aku salah bilik. Sepatutnya aku naik lagi satu tingkat. Aku ketawa kecil dan berlari ke tingkat atas. Bila sampai di bilik, semua rakan-rakanku memandang pelik ke arahku.

“Kau kenapa? Tersengih-sengih macam kerang busuk,” Aku duduk di katil Kak Tena.

“Kak, saya buat lawak besar hari ni. Tadi, saya salah masuk bilik. Patutlah kunci tak masuk. Rupa-rupanya saya buka pintu bilik kat WING C2.” Mereka terus ketawa besar.

“Apa yang kau fikirkan tu. Hari tu kau naik tingkat atas sekali, hari ni salah masuk bilik pulak.” Kak Ema geleng kepala. Di dalam bilik kecil ini, ada 3 buah katil 2 tingkat khas untuk 6 orang pekerja. Tetapi, di dalam bilik ni kami tinggal berlima. Seorang sudah keluar dari asrama sebab sudah berkahwin.

“Biasalah tu. Aku mula-mula masuk kerja dulu lagi teruk. Kau bayangkan, aku dengan selamba masuk bilik orang lepas tu aku terus baring kat atas katil. Penghuni dalam bilik tu pulak tengok muka aku dengan wajah pelik. Masing-masing pandang muka rakan-rakan mereka. Lepas tu, adalah budak sorang tu tegur aku. Tanya aku siapa? Malunya, hanya Tuhan yang tahu.” Kami semua tergelak. Itu lagi dashyat.

“Mesti mereka gelakkan kakak selepas tu,” Aku tergelak lagi. Kak Tena tersenyum sambil geleng kepala.

“Yelah. Itu semestinya. Memang lucu. Confident je masuk bilik orang kemudian terus berbaring. Siapa yang tak hairan.” Sekali lagi kami ketawa.

“Dah..dah…dah..Mawar, pergi mandi. Kejap lagi nak turun makan.” Aku tengok jam, sudah pukul 7 malam. Patutlah perut aku berbunyi gendang.

“Tunggu.” Aku terus mencapai kain tuala dan baldi. Terus berlari ke bilik air yang hanya di sebelah bilik kami. Aku menyanyi kecil. Biarpun liriknya tunggang langgang, namun aku tetap juga menyanyi riang.

*****************************

Aku mengeluh tengok lauk yang disediakan. Perut lapar jadi kenyang dibuatnya. Masakan sama je hari-hari. Oleh kerana perut aku lapar, aku belasah je apa yang terhidang. Tak boleh nak memilih sangat. Semenjak aku bekerja, aku sudah pandai makan sayur terung cina masak sambal. Sedap. Sebelum ni aku tak pandai makan segala jenis sayur yang adik beradik dengan terung ni.

“Mawar cepat bawa mangkuk tu. Kak Tena panggil.” Suara Kak Ema yang nyaring itu membuatkan beberapa orang penghuni lain memandang ke arah kami. Aku terus berjalan menghampiri Kak Tena di dapur yang disediakan khas untuk memasak mee.

“Letak kat situ. Sudunya mana?” Aku tayang sudu sambil buat muka comel. Kak Tena geleng kepala. Beberapa orang penghuni asrama yang lain hanya tersenyum melihat gelagat aku. Mereka kat asrama ni memang peramah. Kami semua seperti ahli keluarga sendiri. Mungkin sebab kami tinggal di asrama jauh dari ahli keluarga, jadi hubungan yang terbina sesama kami cukup erat.

“Mawar, makan mee lagi?” Aku tersentak bila bahuku ditepuk kasar oleh seseorang.

“Isk…Kak Ita ni… comelnya,” Aku tersengih. Kak Ita buat muka comel. Dia memang comel walaupun usianya tahun ini 28 tahun. Tapi masih seperti orang yang berumur 23 tahun. Cemburu aku tengok.

“Budak ni. Ada-ada je. Dah masak ke belum?” Aku peluk lengannya.

“Belum. Kak Ita nak makan mee jugak ya? Nanti badan macam mee,” Aku menyakatnya. Kak Ita ketuk kepala aku.

“Aduiii…Eiii..sakit la,” Aku gosok kepalaku yang diberi hadiah oleh Kak Ita.

“Hai Kak Sally. Belum makan jugak?” Aku bertanya ramah bila Kak Sally menjenguk.

“Belum. Yang kau ganggu Kak Ita kau tu kenapa? Bila lagi dia nak masak mee tu,” Aku tersengih.

“Akak ni, orang baru je nak bermanja dengan Kak Ita.” Aku buat nada merajuk.

“Sudah Mawar, tak payah nak merajuk. Dah siap ni. Mari. Makan lagi,” Kak Tena bersuara kasar.

“Ok sis, gua cau dulu. Lapar la,” Aku berlalu mengekori langkah Kak Tena. Sudah menjadi kebiasaan kami untuk makan dengan rakan sebilik. Hubungan kami juga seperti adik beradik. Semua perkara dilakukan bersama.

***************************

3 catatan:

Zass said...

ermmm... makin best plak citer ni...

tapi lagi best jangan kau pergi tu disambung... hihihi

MaY_LiN said...

oho..
mawar ni nakal la..

emylase. said...

wah semakin best lah..
tp sy nk sambungn cite JKP..
tp tkpe lah, dh diubati dgn cite baru ni..
akak, follow blog sy...
thanks sgt2. kalau akak follow ..
appreciate sgt2..