Followers

Friday, May 3, 2013

Relaku Pujuk 21




“Ehh!! Awak nak buat apa  ni?” Aku bertanya gugup bila Ishamudin menghampiriku. Wajahnya juga keliru. Pertama kali berdua dengan lelaki buat aku kekok. Segala gerak geri Ishamudin aku awasi. Bimbang dia akan mengapa-apakanku. Pelik. Mana ada istilah mengapa-apa bila dah jadi suami isteri. Aku geleng kepala. Bilik tidur bertemakan warna ungu muda itu  memang memenuhi citarasaku. Nasib baiklah cita rasa aku dan Ishamudin ni sama. Nampaknya mulut jurujual hari tu, memang masin. Tak pasal-pasal kami berdua yang berkahwin.

“Kenapa?” Soalnya pelik. Aku kerutkan dahi.

“Awak jangan nak buat apa-apa kat saya. Saya menjerit nanti.” Aku memberi amaran padanya. Ishamudin sentuh dahinya. Dia mengeluh perlahan dan berpaling.

“Ehhhh...Awak nak pergi mana pulak tu?” Pelik betul. Nak pergi macam tu je. Soalan aku tak jawab lagi.

“Kau ni kenapa? Mata aku ni dah mengantuk. Aku nak tidur kau tak benarkan, aku nak keluar pun, kau nak halang.” Takpe ke dia tidur kat sini? Semalam mak ada cakap, suka atau tidak, aku kena terima Ishamudin. Tapi, susahnya.

“Mana ada. Orang tanya je.” Akhirnya aku menjawab tanpa memandang wajahnya. Segan la pulak. Sekarang, kami dah jadi suami isteri. Aku takut untuk memandang wajahnya. Tetapi, siang tadi dia okey je. Atau itu hanya untuk mengaburi mata tetamu yang datang. Tiba-tiba aku terasa seseorang berada dekat denganku.

“Kau dah sedia untuk jalankan tanggungjawab sebagai isteri aku?” Aku menoleh ke sisi dan bila menyedari wajah Ishamudin begitu hampir dengan wajahku, aku mengelak.

“Errr...saya..saya...”  Tiba-tiba penyakit gugup ni datang. Aku nak jawab apa ye? Tapi, aku kan uzur sekarang ni. Aku bergerak jauh sedikit darinya. Dia tersenyum.

“Kalau kau nak tidur dengan aku, kau cakap jelah. Bila-bila masa pun aku sudi,” Erkk... bengang betul lelaki ni. Dulu kata tak sudi nak kahwin dengan aku. Cakap je lebih. Aku kutuk dia siap-siap. Tapi dalam hati jelah.

“Aku nak tidur,” Mungkin dia bosan sebab aku tak layan dia. Jadi dia terus berbaring disebelahku.

“Mana boleh.”

Ishamudin merenung tajam wajahku. Aku gigit bibir. Terlepas sudah. Dia terus duduk dan setelah agak lama mendiamkan diri, dia turun dari katil.

“Malas nak layan kau. Aku haus ni. Kau nak minum?” Soalnya selamba. Aku pulak yang bengang. Dia buat aku ni macam takde perasaan. Sekejap baik sekejap perangai entah apa-apa. Aku geleng kepala perlahan. Dia terus beredar keluar. Aku gigit bibir. Aku terus tarik kain selimut dan lelapkan mata. Tapi, aku tak dapat nak melelapkan mata. Aku duduk tegak. Beberapa minit kemudian, aku melangkah keluar dari bilik. Baik aku pergi tidur bilik Isha. Aku tersenyum lebar. Dengan perlahan, aku membuka pintu bilik Isha. Aku geleng kepala bila melihat Isha tidur tidak sedarkan diri. Aku terus naik atas katil dan berbaring disebelah Isha. Aku tersenyum lebar.

*******************

“Mawar..Ya Allah... Budak ni.” Aku menggeliat mendengar suara Isha.

“Aku mengantuk ni. Badan aku sakit tau.”Aku terus menyambung tidur.

“Orang risau dekat dia, boleh pulak dia sambung tidur dengan nyenyak.” Perlahan aku buka mata namun hanya sekejap. Walaupun mata terpejam, namun telingaku masih dapat mendengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut Isha.

“Abang nak tidur kat sini atau nak dukung Mawar bawa balik ke bilik abang?” Abang???? Malas nak layan. Aku terus menyambung tidur semula.

            Keesokan paginya, aku bangun dengan perasaan tenang. Beberapa kali aku menguap. Nyenyak betul aku tidur semalam.

“Selamat pagi Isha.” Sapaku ceria. Wajah Isha masam mencuka. Aku kerutkan dahi.

“Dah. Bangun lagi. Kau sedar tak apa yang kau dah buat malam tadi?” Isha duduk dibirai katil.

“Malam tadi? Apa aku dah buat?” Aku dan Isha berpaling ke pintu bilik yang terbuka dari luar.

“Dah bangun?” Ishamudin dengan selamba masuk ke dalam bilik tersebut. Aku kerutkan dahi. Aku tahulah ini bilik adik dia, tapi, sekarang ni selain Isha ada orang lain dalam bilik ni.

“Baik abang bawa isteri abang ni ke bilik sendiri. Tengah malam menceroboh bilik orang.” Erkk... isteri? Aku dan Ishamudin. Alamak!!! Macamana boleh terlupa ni. Aku garu kepala bila teringat hal semalam.

“Abang memang nak bawa dia balik bilik abang.” Ishamudin tarik tanganku. Aku pula hanya menuruti langkahnya.

Ishamudin mengeluh. Aku tunduk merenung kaki sendiri. Sedar akan kesalahanku.

“Maaf. Semalam tu, saya...saya belum biasa lagi.”

“Takpe.” Jawabnya malas. Sekilas aku pandang wajahnya. Ishamudin sedang menyikat rambut. Pakaiannya juga kemas.

“Awak nak pergi ke mana?” Soalku inginkan kepastian.

“Nak hantar Arisa ke asrama.”Arisa? Siapa Arisa tu? Aku termenung sejenak. Biarlah. Malas hendak ambil tahu.

“Esok kau kerja,kan?”

“Ye. Kenapa?”

“Kau tak nak cuti?” Ishamudin memandangku melalui cermin meja solek.

“Cuti? Rasanya tak payahlah. Lepas berehat hari ni, saya okey je.”

“Okey.”

“Errr...Awak, petang nanti temankan saya ambil baju kerja kat asrama, boleh tak?”

“Okey. Aku pergi dulu,” Aku angguk kepala.

“Pergi mandi. Jangan nak sambung tidur pulak.” Pesannya sebelum keluar dari bilik. Aku tarik muncung. Perlahan aku melangkah ke almari.

“Ehhh... alamak. Kenapa asyik lupa je ni.” Aku berlalu ke tepi almari. Semalam aku letak beg pakaian aku kat situ.

“Mana pulak beg aku ni? Siapa yang pandai-pandai alihkan beg tu?” Aku menompang dagu di meja solek.

“Baik aku pergi mandi dulu.” Aku terus mencapai kain tuala dan berlalu ke bilik air. Sejuk betul air ni. Aku menyanyi kecil sambil menggosok badan. Tak tahan mandi lama-lama. Sejuk sangat.         

            Perlahan almari Ishamudin aku buka. Terbeliak mataku bila terpandang pakaianku sudah tersusun rapi didalamnya. Aku tersenyum lebar. Tentu Ishamudin yang kemaskannya. Setelah siap mengenakan baju t-shirt dan seluar panjang, aku keluar dari bilik. Sunyi betul rumah ni. Ahli keluargaku terus balik selepas majlis selesai semalam.

“Mawar tak ikut Sham tadi?” Aku tersentak bila disapa lembut oleh ibu mertuaku.

“Tak.” Aku geleng kepala.

“Makanlah.”Aku angguk kepala.

“Mawar, terima kasih sebab sudi berkahwin dengan anak mak tu. Mak bersyukur sangat majlis ni berjalan dengan lancar. Mak minta maaf sebab melibatkan Mawar dalam hal ni,” Aku angguk kepala lagi.

“Kalau saya ada buat silap mak cik...errr..mak tegurlah ye. Saya tak yakin saya mampu jadi isteri dan menantu yang baik,” Aku masih mentah dalam hal rumahtangga. Tengoklah semalam. Selamba aku lari tidur dibilik Isha.

“Tak mengapa. Semua orang ada kelemahan. Isham pun ada kekurangannya jugak. Tapi, kamu berdua kenalah saling bertolak ansur. Yang penting, kamu berdua belajar untuk menerima pasangan masing-masing.”Aku angguk kepala.

“In shaa Allah.. Mak.. doakan rumahtangga kami berkekalan hingga ke akhir hayat.” Ibu mertuaku tersenyum lebar. Tanganku digenggam erat.

“Itulah doa setiap ibu untuk anak-anaknya.” Aku tersenyum senang. Sedikit lega bila kehadiranku diterima baik oleh keluarga ini.

*******************************

            Aku menggeliat. Lega rasanya. Hari ni kena pergi kerja. Kenapa sunyi je bilik ni? Aku duduk berlutut di atas katil. Aku gosok mata yang masih ada sisa mengantuk ni. Aku pandang sekeliling bilik. Pelik je bilik ni. Aku meniarap dan menjenguk ke bawah katil.

“Erkkk...” Kemudian aku mendongak ke atas. Nampak siling bilik je. Aku pukul bahuku yang terasa lenguh.

“Kau kenapa?”

“Mak!!” Mana datang suara orang lelaki ni? Aku berpaling ke belakang. Rasanya, kalau ditoreh kulit mukaku saat ini, tentu takde darah yang keluar. Kenapa aku tak sedar dia sedang duduk menyandar di sebelahku?

“Kenapa? Aku handsome sangat?” Aku  menjarakkan diri bila dia mendekatkan wajahnya padaku.

“Awak buat apa kat sini?” Aku bertanya pelik. Beberapa saat kemudian aku pukul kepala sendiri.

“Owh!! Sorry. Lupa lagi.” Serba salah dah ni. Mana nak sembunyikan muka aku ni. Pantas aku capai bantal lalu menutup mukaku dengan bantal tersebut. Kenapa asyik terlupa yang aku dah kahwin. Mungkin sebab, aku berkahwin dengan orang yang aku tak kenal sangat.

“Awak tidur kat mana semalam?” Hai..kenapalah aku bertanya soalan yang tak patut ditanya pada dia ni.

“Kat sinilah. Kat mana lagi?” Mataku terbeliak. Kat sebelah aku?

“Kat sebelah saya?” Dia angguk kepala.

“Kenapa?” Soalnya pelik. Aku geleng kepala.

“Betul awak tidur kat sini? Dalam bilik ni, satu katil dengan saya?” Aku bertanya lagi. “Yelah. Dah kita ni suami isteri. Ni buktinya. Ganas betul cara kau tidur ye. Habis terjatuh dari katil aku dibuatnya.” Aku pandang ke arah skrin telefon bimbitnya. Erkk...betul ke aku tidur macam tu? Biasa takdelah aku tidur melintang kat tengah katil macam tu.

“Ni pulak, macam budak-budak. Kau masih tidur hisap jari ye?” Aku gigit bibir. Manalah orang tahu. Masa tidur manalah kita sedar apa yang kita buat. Aku mencebik. Gambar aku sedang tidur sambil menghisap ibu jari itu membuatkan aku malu untuk mengangkat muka.

“Takpe. Comel je aku tengok. Nasib baik kau uzur sekarang ni.” Dia tersenyum nakal. Aku tersipu malu. Mana dia tahu aku uzur ni. Benci betullah.

“Pergi mandi lagi. Kau kerja hari ni,kan?” Aku angguk kepala dan turun dari katil menuju ke beg pakaianku. Nasib baik sempat balik asrama semalam. Kalau ikutkan hati,aku nak balik asrama terus.Pihak asrama bagi kebenaran supaya aku tinggal di asrama sementara menunggu Ishamudin mencari rumah sewa untuk kami berdua. Kebanyakan pakaianku,masih di tinggalkan di asrama.

“Betul kau tak nak cuti?” Soalnya sebelum aku masuk ke bilik air.

“Tak nak,” Aku menjawab pantas. Dia angguk kepala.

“Okey,” Jawabnya perlahan.

***************************     

“Pengantin baru. Tak cuti ke?” Kak Kate tepuk bahuku. Aku tersentak mendengar pertanyaan rakan-rakanku.

“Cuti apa pulak. Orang kahwin terjun. Mana sempat nak ambil cuti.” Aku mengeluh lemah. Penat badan masih belum hilang. Nasib baik suami aku...erkkk...suami????. Dia sedang enak berehat di rumah, aku pulak terpaksa bekerja pagi ni. Oleh kerana aku kahwin mengejut masa cuti Krismas, jadi aku belum sempat nak apply cuti.

“Ahhhh...” Aku mengeluh lemah.

“Kenapa?” Aku tersentak bila ditegur oleh Kak Onah.

“Awal pagi dah mengeluh. Hari tu bukan main lagi korang berdua. Siap cium dahi lagi atas pentas tu.” Kak Onah angkat kening.

“Mestilah penat. Kena layan suami dia. Lepas tu, tak dapat cuti pulak. Macamana malam pertama kau Mawar?” Aku tergamam.

Dapatku rasakan wajahku membahang. Soalan dari Abang Alik mematahkan semangatku untuk bekerja. 18sx. Nasib baik umur aku ni dah masuk 20 tahun walaupun belum genap lagi. Lebih-lebih lagi bila teringat peristiwa pagi tadi. Bangun je, tengok dia sedang baca buku disebelahku. Nasib baik tidak terjadi apa-apa antara kami semalam.

“Alik ni, kalau bab macam tu memang nombor satu. Tengok tu, dah merah muka Mawar dibuatnya.” Aku hanya mampu terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Kan baik, kalau aku bercuti jugak sekarang ni. Abang Alik tersengih.

“Bertuah Sham dapat kahwin dengan Mawar. Kau dengan Isham tu memang dah lama bercinta, betulkan?” Glupppp....aduh!!! Pak cik ni.

“Merepek je kau ni. Bila masa pulak Mawar dan Isham bercinta. Jangan nak buat fitnah pulak,” Kak Onah sudah melenting. Macam dia yang kena gosip. Aku tersenyum.

“Yelah tu. Tapi, kalau aku kena kahwin dengan gadis cantik macam ni, aku takkan tolak punya. Kenapalah Diah buat hal pulak hari tu. Ramai yang kecewa ni,” Aku kerutkan dahi.  Pentingkan paras rupa. Adakah Ishamudin juga begitu? Adakah dia menerima cadangan ibunya kerana paras rupa? Tapi, Kak Diah buat hal? Hal apa?

Flight korang tengahari ni, kan? Kenapa kau masih kat sini?” Abang Alik bertanya serius sambil menarik kerusi dan duduk dihadapanku.

“Err....” Aku tidak tahu hendak jawab apa. Pagi tadi, Ishamudin ada tanya kat aku, sama ada nak cuti atau tidak. Aku dengan bangganya cakap tak nak. Nampak macam kecewa mamat tu bila aku menolak untuk memohon bercuti.

“Tak sangka betul. Bertunang dengan orang lain, kahwin dengan orang lain. Kasihan aku tengok Sham hari tu. Terpaksa buat tempahan semula untuk pakej honeymoon dia. Lucu pulak bila terpaksa tukar nama pengantin.” Abang Alik tergelak. Hah!!! Tukar nama pengantin? Tapi, sempat kah dia membuat penukaran untuk pekej bulan madu dia?

“Nasib baik dapat ditukar. Kalau tak, rugilah duit dia. Habis macam tu je.” Apa? Dia dah tukar tempahan dan letak nama aku? Kenapa aku tak tahu? Macamana ni? Aku pandang wajah Kak Onah.

“Errr...Saya pergi pejabat sekejap.” Aku terus berlari ke pejabat utama. Beberapa langkah kemudian, aku berpaling. Masih awal lagi ni. Pejabat buka pukul 8 pagi. Sekarang baru pukul 7.30 pagi.

“Kau nak pergi mana tu, Mawar?” Aku berjalan perlahan dan kembali duduk. Kenapa dia tak bagi tahu aku. Benci betullah keadaan macamni. Aku berdengus kasar. Terasa airmataku hampir jatuh.

“Kak Onah, saya nak apply cuti.” Akhirnya aku buat keputusan untuk ikut Ishamudin. Biarlah dia terkejut tengok aku. Tapi betul ke dia dah beli tiket untuk aku? Nanti, kalau aku pergi ke airport, dia kata dia nak pergi seorang diri, malulah aku. Lebih baik aku call Isha  sekarang. Aku terus berlari ke tandas. Aku yakin, mereka semua pasti hairan melihat gelagat aku yang macam perempuan hilang suami. Hahhaa...mungkin hampir kehilangan dengan sikap tak matang aku ni.

“Isha, kau dah balik ke kampus?” Aku bertanya sebaik sahaja salamku berjawab.

“Dalam perjalanan ni. Kak ipar, nanti kalau balik dari Sabah, jangan lupa bawa buah tangan tau.” Aku terkejut. Jadi, Isha ingat aku dan Ishamudin akan pergi ke Sabah. Maknanya betullah semua ini. Kenapa dia tak cakap kat aku. Walaupun aku  kahwin dengan dia kerana terpaksa, tapi, kalau pergi bercuti, aku takkan tolak. Lebih-lebih lagi kalau free.

“Ye. Kau ingat tak flight kami tu pukul berapa ye? Aku nak apply cuti tadi. Sekarang masih kat kilang,” Aku bertanya selamba.

“Hahh!!! Masih kat kilang? Barang-barang kau dah kemas? Flight korang tu pukul 1.40 petang ni. Sempat ke nak kemas barang kau tu?” Aku menjerit halus. Sempat tak aku kemas barang-barang. Ahhh...tak payah bawa baju banyak sangat.

“Aku lupa nak tanya Abang Isham tadi, berapa lama kena ambil cuti?” Aku dengar Isha menjerit dihujung talian.

“Mangkuk betul budak ni. Malam tadi aku tengok tarikh kat tiket tu, balik hari minggu. Minta cuti seminggu jelah.” Aku angguk kepala.

“Okey, mem. Aku chau dulu. Nanti lambat, cuti tak approve, terpaksalah abang kau honeymoon sorang diri.” Aku tergelak dengan lawak sendiri. Isha turut sama tergelak. Kena hantar mesej kat mamat tu pulak lepas apply cuti.

***************************

“Wah, seronoknya dapat pergi bercuti. Jangan lupa bawa ole-ole untuk kami, Mawar.” Aku angguk kepala. Nasib baik, mereka izinkan aku bercuti tanpa banyak soal. Lagipun, order tak banyak sangat untuk bulan ni. Jadi senang sikit nak bercuti. Dan aku terus balik ke asrama untuk kemas pakaian.

“In shaa Allah. Saya pergi dulu.” Aku terus berlari ke loker dan mengeluarkan barang-barangku kemudian berlari pula ke asrama.

‘Awak, ambil saya kat asrama. Saya ikut awak pergi,’

Tanpa salam aku terus send mesej pada suamiku sebelum aku mengemas barang-barang untuk dibawa pergi. Lantaklah kalau dia nak gelakkan aku. Dia pun satu. Apa salahnya cakap je dekat aku. Aku takkan tolak kalau bab bercuti ni.

‘Okey,’

Itu sahaja? Huh!!! Memang dasar lelaki kedekut ayat. Apasalahnya dia tanya kenapa? Ataupun, tunggu saya datang. Tak romantik langsung. Sempat juga aku kutuk dia. Padan muka. Memandangkan barang-barangku tidak banyak, tidak sampai 1 jam semuanya sudah siap di kemas. Kemudian aku mencuci pakaian dan kasut kerja sebelum Ishamudin sampai menjemputku.

*****************************
P/s: maaf sebab lambat post new n3. Saya dah hantar manuskrip utk novel ni pada penerbit. in shaa Allah, doakan novel ni berjaya diterbitkan ke versi cetak.

0 catatan: